TIONG LAI GANTI ONG??ANWAR LAKUKAN LAWATAN KE JOHOR 6 SEPTEMBER

Dalam pertempuran untuk mengusai MCA sekarang ini , dua nama Ong Tee Keat dan juga Chua Soi Lek telah menjadikan parti gabungan Bn tersebut berada dalam keadaan yang harubiru.Ini adalah kerana Ong Tee kiat didapati tidak kukuh untuk mengusai MCA berikutan skandal yang melanda beliau berkaitan PKFZ , manakala Chua Soi Lek pula dipecat dengan penuh kontroversi dari parti ekoran skandal seks beliau.

Dalam keadaan ini , menteri kesihatan Liew Tiong Lai didapati sesuai dan dijangkakan akan menggantikan Ong Tee Kiat dalam usaha mengukuhkan parti tersebut.Namun ada usaha menyerahkan pengerusi MCA tersebut kepada Tiong Lai kerana dengan cara ini krisis MCA akan dapat di selesaikan.

Ianya dikatakan akan dilaksanakan dengan cara penyerahan sebagaiman yang sering dilakukan oleh Umno iaitu dari Mahathir kepada Pak Lah dan dari Pak lah kepada Najib.Jika ini berlaku dipercayai Tiong Lai akan menjadi presiden MCA dan Ong Tee Keat akan bersara.

Namun dalam masa yang sama ,pertelagahan ini bukanlah sesuatu yang kecil kepada Bn/umno kerana selama ini saling bergantung antara satu sama lain.Kini keadaan akan berlaku sebaliknya apabila kedua-dua parti didapati tidak kukuh.

Pada 6 September , DSAI dikatakan akan ke Johor.Kemungkinan melalui akhbar berbahasa Cina menyatakan bahawa ada ahli Parlimen MCA akan melompat ke PKR dan mengistiharkan mereka menyertai PKR


Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang).

Jika ini berlaku,sama-sama kita nantikan sejauh mana kekuatan yang sering Muhyiddin katakan dalam BN dan keretakan kepada Pakatan Rakyat????

UMNO DISEBALIK KEPALA LEMBU-Khalid


SHAH ALAM.Ahli Parlimen Shah Alam Ir Abdul Khalid Samad menegaskan bahawa isu mengenai perarakan kepala lembu yang berlaku baru-baru ini adalah didalangi Umno.demikian jelas beliau.


Menurut Khalid, beliau telah menemui penduduk dikawasan tersebut dan telah berbincang mengenai isu tersebut sejak Jun lalu dan,walau beberapa penduduk telah menyalahkan beliau,namun menurut Khalid lagi, sebagai muslim kita perlu bertolak ansur akan perkara ini, dan kita juga telah mengkajinya.Ianya bukan terletak dibelakang rumah ,sebaliknya kita jarakkan ia kepada lebih 200 meter sebagaimana yang telah kita jelaskan.


"Saya mendapat tahu bahawa Noh Omar , baru-baru ini telah mengadakan lawatan pada bulan Ogos dan sejak itu penduduk mula melahirkan perasaan tidak puas hati mereka.Malah dalam indiden tersebut saya melihat salah seorang yang mengusung kepala lembu adalah Dato Ahmad Nawawi yang dilihat ,mengusung kepala lembu tersebut", demikian telas beliau lagi.


Menurut Khlaid lagi, kita telah mempunyai surau dan kita juga perlu memenuhi kuil ketiga di kawasan terbabit,semua pihak perlu sedar bahawa masing-masing punya hak untuk beragama dan memenuhi tempat ibadat masing-masing.Jika kita berlaku adil,maka krisis ini akan selesai dengan baik.Semua ada hak untuk beribadat.


Menururt Khalid ,beliau akan menemui semula penduduk pada 5 September nanti dan menjelaskan hak itu terletak ditangan MBSA,majlis tempatan dan juga PKNS yang juga pemilik tanah tersebut.



PERISTIWA KAMPUNG BUAH PALA BELUM BERAKHIR







Balai polis Jelutong semalam kecoh apabila sekumpulan penduduk Kampung Buah Pala mengadakan benteng bagi menahan pihak berkuasa dari mengambil tindakan menahan apa yang dikatakan sebagai ketua kepada penduduk Kampung buah Pala.Mereka yang ditahan dan dibebaskan 2 jam kemudiannya ialah
M Sugumaran, Joseph Stephen Draviam and C Tharmaraj.Penahanan ketiga-tiga pemimpin ini adalah ekoran tindakan laporan polis yang dibuat oleh penduduk M Shanta pada July 9 dan seorang rakyat Bangaldeshi bernama Nordin on Aug 4.Meraka ditahan seawal jam 1040 malam semalam.
Penduduk kampung hadir ke balai polis Jelutong.Namun jam 1.30 kemudiannya Nantha hadir bagi menarik balik laporan polis yang dibuat beliau.Menurut Nantha laporan di buat adalah untuk melindungi diri beliau dari di apa-apakan atau berlaku sebarang kejadian yang tidak dingini terhadapnya.
Manakala Sugumaran pula tidak ada dalam beberapa kes di Kampung Buah Pala.
Polis memang aka menahan mereka ,dan kemudiannya di bebaskan oleh peguam Darshan Singh Khaira yang hadir .

KENYATAAN MEDIA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KENYATAAN MEDIA
29 OGOS 2009
KERAJAAN NEGERI KECAM TINDAKAN HINA AGAMA

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kesal terhadap tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, di sini.


Pada ketika rakyat Selangor sedang bersiap-sedia untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih wujud dalam kalangan segelintir warganegara Malaysia itu, sangatlah dikesali. Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan.

Walhal usaha tersebut, sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara bangsa yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti. Seterusnya, Kerajaan Negeri berharap semua rakyat supaya bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum.


Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan. Sehubungan ini, Kerajaan Negeri meminta supaya pihak polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada Sabtu, 5 September 2009, yang dihadiri oleh penduduk sebenar Seksyen 23, pegawai-pegawai MBSA dan pegawai-pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).


Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.


Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, Kerajaan Negeri menggesa supaya penduduk Seksyen 23 bertenang dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh fakta-fakta yang tidak benar yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik Kerajaan Negeri Selangor. Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini.



TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

-- Salam Sejahtera.
Disertakan disini lampiran kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha Akhbar Arfa'eza A. Aziz di talian 03-5544 7452. Terima kasih.
Harap Maklum

Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN) (National Consciousness Movement)
103 Medan Penaga, 11600 Penang, Malaysia
Tel: +60 (0)4 658 5251
Fax: +60 (0)4 658 5197
e-mail: aliran@streamyx.com
Website: http://www.aliran.com/ALIRAN is a reform movement dedicated to Justice, Freedom, and Solidarity and is listed on the roster of the Economic and Social Council of the United Nations To subscribe to Aliran Monthly, click http://www.aliran.com/oldsite/subsform.htmlTo become an Aliran member, click http://www.aliran.com/content/view/2/8/To donate to Aliran, click http://www.aliran.com/content/view/1/7/ To subscribe to the Aliran e-mailing list, send an e-mail to alirankn-subscribe@yahoogroups.com To subscribe to the Charter2000 e-mailing list, click charter2000-subscribe@yahoogroups.com