PMX BERSAMA WARGA DESA SRI HARTAMAS

 

Alhamdulillah berkesempatan makan tengah hari bersama warga Desa Sri Hartamas di Kuala Lumpur hari ini. Usai makan tengah hari, saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ubudiah, Bukit Segambut. 











Khutbah Jumaat hari ini menjunjung kasih mengimbau jasa Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sepanjang di tampuk pemerintahan negara. 


Khatib turut menyingkap peranan penting dimainkan Seri Paduka Baginda tatkala mengemudi negara di saat ketidaktentuan politik, penularan wabak dan kegawatan ekonomi yang menyaksikan Al-Sultan Abdullah menjadi satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang memerintah dengan lebih dari seorang perdana menteri. 


Selesai solat Jumaat, saya sempat singgah dan menyantuni anak-anak pelajar di Surau Al-Muqarrabin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segambut Jaya yang dahulu sering ke rumah saya di Bukit Segambut untuk bersama dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan. 


#MalaysiaMADANI



BERHIBUR DENGAN PUTIH.


 

AKIBAT SIBUK MENYAKAW


 IMBAS KEMBALI - Apabila terlalu ghairah menyakau selama 33 bulan memerintah, kajian penyelerasan gaji penjawat awam pun dilupakan.




KERAJAAN ANTI-SUBSIDI DAN ANTI-ORANG MISKIN?


Saya tidak terkejut kalau lepas ini, serangan terbaru pembangkang ialah mengenai penyasaran semula subsidi. 


Malah, saya faham kalau ada kebimbangan kenapa semua ini yang ditumpukan kerajaan – kan bagus kalau bagi wang kepada semua dan gunakan duit cukai rakyat untuk tetapkan harga barang serendah mungkin?


Kita sebenarnya dah terlepas kapal. 


Semasa polemik turunkan harga RON95 antara 2007 ke 2015, situasinya berbeza.


Tanggungan subsidi negara masih rendah berbanding pendapatan keseluruhan kerajaan, jadi isunya adakah lebih baik sejumlah beberapa bilion digunakan untuk rakyat terbanyak dan bukannya untuk projek-projek mega.


Malah, antara tahun 2014 hingga 2018, ada ketikanya rakyat membayar harga RON95 yang lebih tinggi dari pengiraan harga pasaran. Maknanya, ada elemen cukai yang dikutip secara senyap-senyap. 


Keadaannya cukup berbeza sekarang.


Apabila jumlah tanggungan subsidi melangkaui RM80 bilion setahun dan kita tahu banyak ketirisan berlaku (orang kaya mendapat lebih banyak manfaat, bukan warganegara turut sama mendapat subsidi), ia perlu distrukturkan semula.


Jika tidak, perbelanjaan rakyat yang lain akan dikekang dengan keadaan fiskal sebegini.


Sebab itu, tindakan yang sedang diambil kerajaan sekarang bukannya anti-subsidi. Ia adalah penyasaran semula subsidi supaya ia sampai kepada yang benar-benar memerlukan.


Saya ulas perkara ini apabila dibakar oleh Profesor Barjoya Bardai baru-baru ini.

Saksikan video penuh Yang Bakar Menteri EP 2 di laman YouTube saya atau di Spotify: Yang Bakar Menteri. 


#YangBakarMenteri 

#ekonomimadani



KAH..KAH..KAH...PADAN MUKA HANGPA. DIA NAK TOLONG ORANG LAIN LA BONGOK


Hajat sekumpulan penyokong PN untuk menyampaikan rasa marah dan kecewa mereka kepada Ahli Parlimen Tanjung Karang, Zulkafperi Hanapi, tidak kesampaian hari ini. Berkumpul di hadapan pusat khidmat Zulkaferi seperti yang dirancang lebih awal, kira-kira 50 orang terbabit bagaimanapun gagal menyerahkan memorandum mereka kerana pejabat berkenaan ditutup hari ini. Zulkafperi menjadi wakil rakyat pembangkang terbaru mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Dia mengumumkan pendirian tersebut pada 24 Jan lalu.



PENCEN AHLI POLITIK JUGA AKAN BERTUKAR JUGA KEPADA CARUMAN KWSP

NOHHH


 

[panas] KAPAL BERSATU KIAN TENGGELAM! MEREKA BERANG & SERANG MP TANJUNG ...


Tan Sri Noh Omar mengutuk rakan sekapalnya, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi selepas ahli Parlimen Tanjong Karang itu menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri. Noh berkata, tindakan Zulkfperi tidak membawa apa-apa perubahan kepada rakyat di kawasan berkenaan kerana didakwa jarang turun padang dan pejabat pun tidak beroperasi. Kata beliau, rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. ============================================================================== Pemimpin BERSATU menganggap, sebagai ahli Parlimen yang sebelum ini lantang mengkritik kerajaan, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi sepatutnya malu dengan tindakannya yang mudah 'longlai' dengan tawaran peruntukan daripada kerajaan, sekali gus membelakangkan perjuangan parti. Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata selepas pelbagai perbincangan antara pemimpin dan bai'ah untuk setia dizahirkan pada PAT lalu supaya Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menerajui parti, tindakan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu amat mengecewakan. =========================================================================== Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menyifatkan tindakan Zulkafperi sebagai pengkhianatan kepada parti dan pengundi. Ahli Parlimen Machang itu turut mempersoalkan mengapa siasatan polis berhubung dakwaan wujud unsur habuan, umpan atau ugutan susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen PN menyokong Anwar sebelum ini, belum selesai. "Datuk Botak (ejen didakwa memujuk ahli Parlimen PN) dan macam-macam lagi ejen digunakan, termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen yang sudah 'lari' ini. "Perkara ini mencabuli demokrasi kerana menyekat peruntukan pembangkang dan menggunakan kuasa serta undang-undang menggertak ahli Parlimen yang tidak menyokong kerajaan," dakwanya. Sumber Berita



MENAKJUBKAN !! DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI SAMBUT MERIAH JEMAAH MASJID A...

PARTI YANG BAKAL PUPUS

 Bab ramal meramal dalam politik ni dah jadi perkara rutin.



Che Ibrahim


Dulu parti ambo diramalkan beranak cacat atau mati dalam polybag, kalu hidup pun takdang 2 tahun. 


Ramalan paling bersohor ialah ramalan dah cukup jumlah, wpun PRU dah berlalu lebih Dari setahun, namun polemik cukup jumlah semakin menjadi jadi, bahkan sampai tahap tunggu di pagar istana.


Ramalan @ desas desus terkini ialah parti Bersatu bakal pupus.... Kalau tengok ke kawasan ambo Parlimen Ketereh, walaupun MPnya dari Bersatu, tapi dia keseorangan, tidak ada aktivis atau pimpinan Bersatu yang gi mari bersamanya, orang Pas apa la lagi, maknanya bukan mustahil MP ambo di Ketereh akan turut jejak langkah beberapa orang rakannya yang terdahulu untuk menyokong PMX.



JANGAN BAGI PADA DIA. KEPALA BAPAK HANG... CARI ALTERNATIF LAIN. KEPALA BAPAK BUKAN MAKI TUAN TUAN. TU PUJIAN.



Learry Jabul


Air itu percuma, semulajadi tuhan turunkn kepada manusia, manakala hutan itu pula tuhan yang "taburkan benih pokok" kesuburan pokoknya tuhan yang tentukan... Aliran sungai pula tuhan sudah sediakan  ke mana ianya harus mengalir.... 

Tiba-tiba ada orang yang nak "kutip" hasil... Hehehe... Mengutip hasil kerja tuhan nihh ibarat ada lesen besar ooo... Sudah daftar syarikat kutip hasil ka??

 Hahaha... Jangan itu macam bro... Orang mau tolong pun tak mau ka?? Malah seakan diperas ugut pula orang yang nak tolong... Banyak  sangat kau minta tuhh sedangkan tak ada apa2 pun kau perlu buat... Hehehe...

(EJAAN TELAH DI BETULKAN) 





BODOH BUKAN JENAYAH- KAKITANGAN AWAN YANG BAHARU- MULAI 2024-2025


CHE IBRAHIM


Isu sekarang ialah kerajaan sedang menggubal satu Sistem Saraan Baru yang tidak berpencen. Jika skim ini diluluskan, penjawat awam yang dilantik atau ditawarkan kerja di bawah skim ini (mungkin mulai 2024 atau 2025) tidak akan lagi dibayar pencen selepas tamat perkhidmatan mereka 30-40 tahun akan datang @ apabila genap umur 60 tahun nanti.

Penjawat Awam yang dilantik di bawah skim lama, atau yang sedang berkhidmat di bawah skim pencen sekarang ini, atau yang sudah menerima bayaran pencen, akan terus menikmati faedah pencen. Skim tidak berpencen ini hanya bagi lantikan baru, saya ulang, hanya untuk lantikan di bawah Skim Saraan Baru nanti yang belum diluluskan lagi.

Sementara menunggu Skim Saraan Baru ini diluluskan, semua perlantikan penjawat awam, jika ada atau perlu dibuat, akan dilantik secara kontrak.

Maknanya skim baru ini tidak menjejaskan pegawai yang sedang berkhidmat atau sudah berpencen, ianya hanya untuk lantikan baru yang belum dibuat, kalau tuan/puan tak setuju, tuan/puan jangan terima jawatan tersebut, benda mudah, pasaipa jadi payah????

 

GOL MALAYSIA LAWAN KOREA

 


KEH..KEH..KEH KISAH MENTERI SUKAN REVEAL BAB MEE KARI-MEMANG HANG SEMBANG KARI LA PEJA




 

KERAJAAN TANGGUNG PENCEN 47 BILLION SETAHUN MENJELANG 2030

 

Sehari je (semalam) aku tak tengok sangat FB sebab sibuk driving. Sekali heboh dunia sebab isu pencen penjawat awam. Macam dah lama sangat lak aku tak bukak FB.

Sebenarnya kebelakangan ini memang aku selalu juga fikir soal pencen ni. Kesimpulan yang aku buat, negara kota malang kerana ada pembangkang kayu.

Pertama sekali, kos membayar pencen ni amat besar. Kalau ikut kata Ismail Sabri, menjelang 2030, ia boleh mencecah hingga RM47 bilion. Banyak ke sikit tu?

Disebabkan ini, kalau kerajaan nak tambah penjawat awam yang baharu, kerajaan bukan setakat kena fikir soal gaji tetapi juga soal pembayaran pencen.

Kalau lebih ramai penjawat awam, maka lebih besar juga pencen yang kerajaan perlu bayar. Dan ia bukan untuk belanjawan tahun tersebut je tapi tahun-tahun akan datang sekali. Sebab tu kerajaan sudah nak ambil kakitangan baru.

Pencen ni kena masuk dalam bajet. Jadi ia akan jejas perbelanjaan yang lain termasuklah subsidi dan juga perbelanjaan pembangunan. Sebab kerajaan tak boleh berhutang untuk bayar pencen, ikut perlembagaan.

Jadi mahu tak mahu, pembayaran pencen ini perlu dihentikan. Cuma nak kalau hentikan pada penjawat awam yang ada sekarang, memang mengamuk la.

Cara paling sesuai dan berkesan adalah dengan buat perlantikan baharu tanpa pencen. Aku baru je cakap hal ni dengan kawan aku tiga hari lepas.

Sebab dia persoalkan kena hospital tak pernah cukup kakitangan. Jawapan aku, sebab kerajaan tak mampu nak bayar pencen kalau terus tambah kakitangan.

Jadi begitu ceritanya. Kita tak dapat lari. Pembayaran pencen perlu dihentikan. Dan di sinilah puncanya aku kata negara kita malang sebab ada pembangkang kayu.

Kenapa aku kata begitu?

Sebab sekiranya pembangkang bijak, mereka takkan politikkan isu ini. Sebab tak kira siapa pun yang jadi kerajaan, perkara ini memang akan terpaksa dibuat.

Sepatutnya pembangkang tolong kerajaan jelaskan hal ini. PH dah buat the worst part untuk hapus pencen. Jadi kalau ditakdirkan pembangkang jadi kerajaan nanti (wana'uzubillah), kerja mereka lebih mudah. Tak payah lagi nak hadap haruk penjawat awam.

Begitu juga soal subsidi bersasar. Memang tak dapat nak lari. Kalau dorang jadi kerajaan pun, 200% aku kata dorang akan buat juga. Jadi kan lebih baik menyokong dari sekarang?

Tapi itulah. Pembangkang kita tunnel vision. Mereka tak berpandangan luas. Cuma nampak kuasa. Mereka tak fikir apa buat bila berkuasa. Itu yang jadi begitu

Aku ada terbaca rungutan katanya penat kerja berapa tahun sekali tak ada pencen. Setahu aku yang terjejas cuma lantikan baru je. Bukan yang sedia ada

Siapa yang bising tu, usah risau. Kerjalah di sektor swasta. Sama je lepas ni sebab dapat KWSP. Malah mungkin dapat gaji lebih besar lagi.

Siapa yang tak kerja kerajaan tapi bising pasal pencen ni, kita jawab macam ni je. Kalau nak sangat penjawat awal terus dapat pencen, kita kena terima 2 perkara.

Pertama, cukai dinaikkan. Dan kedua, subsidi dihapus terus. Subsidi bersasar pun tak ada. Biar kita semua susah asalkan penjawat awam terus dapat pencen. Nak?

Cuma yang aku tunggu, adakah pencen ahli parlimen dan menteri juga akan ditiadakan? Sebab sepatutnya itu perkara pertama yang kerajaan buat. Guane boh?

Raja Gelap II

 

Mahathir kantoi lagi

 

MOHD SAYUTI OMAR


NOTA MALAM  

PDRM dan SPRM menafikan dakwaan Mahathir Mohamad yang dibuat ketika mengadakan sidang akhbar dalam episod untuk membela anak-anaknya semalam, yang mendakwa polis dan SPRM melakukannya sebagai penjenayah semasa menyoal siasatanya dan memburukkan SPRM tidak melaksanakan tanggungjawab. 

Beliau disiasat selama satu jam ekoran laporan 16 polis berhubung kenyataanya mempertikaikan kesetiaan kaum India ke atas negara ini. Kenyataan Mahathir itu tidak disenang kaum India sehingga beberapa orang pemimpin bangsa itu mempertikaikannya.

Menurut PDRM kenyataan itu diambil di pejabatnya di Yayasan Perdana seperti mana dikehendak Mahathir bukan di Bukit Aman.

Dalam sidang media itu juga beliau membangkitkan isu fitnah kononnya Anwar Ibrahim memiliki kekayaan sebanyak RM3 billion dan mempunyai akaun simpanan berlainan tetapi ia tidak disiasat oleh SPRM. 

Dalam satu kenyataan dikeluarkan SPRM hari menjelaskan pihak suruhanjaya itu telah menyiasat dakwaan dibuat bekas penolong Bank Negara Abdul Murad Khalid Oktober 1999 itu dengan membuka enam kertas siasatan tetapi tidak menemui apa-apa bukti terhadap tuduhan itu.

Kata kenyataan itu siasatan dilakukan ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

Penolong Bank Negara Abdul Murad Khlid telah membuat akuan berkanun pada Oktober 1999 mendakwa Anwar memiliki kekayaan sebanyak RM3 billion disamping mempunyai 120 akaun bersendirian dimana Murad mengakui dia yang uruskan akaun berkenaan.

Merujuk kepada dakwaan Murad itu Mahathir cuba menyalahkan dengan menempelak SPRM kenapa Anwar tidak disiasat.

Anwar sendiri semasa berbahas dalam satu sidang parlimen ketika menjadi ketua pembangkang mencabar ahli parlimen BN yang membangkit perkara itu untuk bangun berhadapan dengannya secara gentelmen. Malangnya seorang pun ahli parlimen BN tidak berani menyahut cabarannya hanya berani melalak di luar dewan saja.

Dengan penafian PDRM dan SPRM itu menyebabkan bekas PM dua kali itu kantoi dalam masa 48 jam untuk kesekian kalinya dalam usaha ke akhir hayatnya memburuk-buruk Anwar Ibrahim.

Sebagai rekod, akhirnya bekas penolong Gebenur Bank Negara itu mengakui sumpah berkanun (SD) yang dibuat itu adalah atas arahan SPRM ketika itu dimana perdana menteri Mahathir Mohamad yang giat membina naratif menipu rakyat untuk menghalalkan tindaknnya memecat dan membuang Anwar dari Umno dan jawatan timbalan perdana menteri, tanggal 3 September 1998. [wm. 8.12 pm 24/01/2024]

 

Lantikan politik, Menteri, wakil rakyat juga tidak berpencen - PM


 

Skim saraan tidak berpencen kakitangan awam yang bakal dilaksanakan akan melibatkan juga ahli politik yang dilantik sebagai menteri dan wakil rakyat.



Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.



Menurutnya, beliau pada dasarnya bersetuju bahawa jawatan lantikan politik akan menikmati skim saraan yang sama seperti kakitangan kerajaan lainnya.



Bagaimanapun Anwar, hal itu tidak terkesan kepada menteri atau wakil rakyat yang berkhidmat sebelum tarikh kuatkuasa diumumkan.



"Apa saja keputusan yang ditetapkan bagi penjawat awam terpakai juga bagi ahli politik. Maknanya, kalau kita mula pada 1 Februari 2024 dan semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka itu juga sama untuk semua lantikan baharu ahli politik.



"Jadi ada orang kata mengapa tidak (termaktub sama ahli politik). Soal lain ada yang pernah jadi menteri besar, jadi menteri dan kemudian jadi timbalan perdana menteri, itu menunjukkan Perlembagaan kita boleh kaji tetapi tak boleh dibawa ke belakang secara retrospektif.



"Untuk yang baharu kita boleh kaji. Saya ingat kita tidak ada masalah, kita nak tukar penyesuaian ini.



"Secara prinsipnya, saya bersetuju supaya apa sahaja keputusan yang dibuat untuk perkhidmatan awam terpakai bagi pelantikan politik tetapi dimuktamadkan setelah kajian dibawa dan Jemaah Menteri putuskan," katanya dipetik BH dalam sidang media sebelum makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar Pelita, Desa Sri Hartamas.



PM berkata demikian sebagai menjawab persoalan warganet yang mengecam cadangan menghentikan skim saraan berpencen kakitangan awam yang seharusnya turut melibatkan ahli politik.



Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini tidak berpencen.



Ahmad Zahid dilaporkan berkata, pengumuman mengenai tempoh dan tarikh pelaksanaan akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

 

SEBUAH RUMAH BERNAMA MALAYSIA


 

MP Tanjung Karang pengkhianat | RCI Tak jejas hubungan Singapura | Sanus...

KENAPA AHMAD LEBIH MISKIN DARIPADA AH CHONG?



ADRIAN LIM CHEE AN







AHMAD seorang penjawat awam.

Bekerja 30 tahun.

Bergaji RM4k sebulan.

Takde KWSP.

Tapi ada pencen.

Ah Chong seorang pekerja swasta.

Pun bekerja 30 tahun.

Pun bergaji RM4k sebulan.

Ada KWSP.

Tapi takde pencen.

Di antara Ahmad dan Ah Chong, tempoh bekerja mereka sama, gaji mereka pun sama. Yang berbeza cuma cara penyimpanan wang untuk masa bersara.

Ahmad mengambil pencen kerajaan, manakala Ah Chong menyimpan dalam KWSP.

Tetapi masa bersara pada umur 60 tahun, Ahmad lebih miskin daripada Ah Chong. Kenapa?

———

A. AHMAD

Selepas bersara pada umur 60 tahun, Ahmad menerima pencen sebanyak RM2,400 sebulan (kadar maksima 3/5 gaji terakhir Ahmad), tetapi tidak mempunyai durian runtuh.

RM2,400 X 12 bulan X 20 tahun = RM576,000

-> Ahmad mempunyai peluang menerima durian runtuh sebanyak RM576,000, tapi tu lah, kene tunggu 20 tahun sampailah cecah usia 80 tahun. Sebab pencen diberi secara bulanan. Itupun kalau setiap sen daripada pencen Ahmad tidak disentuh selama 20 tahun lah.

B. AH CHONG

Selepas bersara pada umur 60 tahun, Ah Chong tidak mempunyai pencen sebanyak RM2,400 sebulan, tetapi mempunyai durian runtuh RM765,375 dalam KWSP. Boleh ambil keluar terus.

RM4,000 X 24% (11% + 13%) X 30 tahun = RM765,375

!! < Ambil kira Formula P(1 + r/n)nt untuk mengira compounding interest >

-> Ah Chong masa pencen mempunyai “durian runtuh” RM765,375, tak perlu tunggu 20 tahun seperti Ahmad.

———————

Kedua-dua individu tersebut berkerja 30 tahun, kedua-dua individu tersebut menerima gaji yang sama, tetapi akhirnya mempunyai nasib yang berbeza semasa bersara, gara-gara skim bersara yang berbeza.

Ah Chong dapat durian runtuh RM765,000 sejurus selepas bersara. Ah Chong ada duit untuk melancong, ada modal untuk membuat investment kat tempat lain, ada modal untuk membuka perniagaan sendiri, suka hati dialah nak buat apa.

Yang penting, AH CHONG ADA CASH SEBANYAK RM765 RIBU. HAMPIR SEJUTA RINGGIT CASH!

Ahmad pula, takde duit melancong, takde modal melabur, takde modal berniaga. Ahmad setiap hari mengharap hujung bulan tiba secepat mungkin, supaya dapatlah pencen bulanan sebanyak RM2,400.

Kenapa begitu? Sebabnya “compounding interest”.

———————

Ah Chong ada hampir sejuta ringgit cash semasa bersara kerana kuasa “compounding interest” dalam bab pengurusan kewangan.

Compounding interest ini bukan biashe-biashe.

Bank buat untung sebab kelewatan membayar kad kredit, bank buat untung daripada loan rumah, semuanya berdasarkan matematik “compounding interest”, iaitu faedah atas faedah.

“Compounding interest” dalam dua contoh di atas memihak kepada bank di mana bank menerima “compounding interest” daripada rakyat.

Tetapi “compounding interest” ini sebenarnya boleh juga diaplikasikan untuk menguntungkan pengguna, di mana si penerima “compounding interest” adalah rakyat dan si pembayar “compounding interest” adalah KWSP.

Faham bab “compounding interest”, faham lah kurang kenapa orang kaya suka memerap duit kat dalam KWSP ataupun skim-skim pelaburan yang mempunyai “compounding interest”.

COVID-19

Masa Covid-19, kaum yang paling enggan mengeluarkan KWSP walaupun dibenarkan, ialah orang Cina. Ini fakta. Statistik KWSP dan Kementerian Kewangan membuktikannya.

Ini kerana masyarakat Cina tahu, sekali usik KWSP, “compounding interest” akan terkesan. Jadi KWSP takkan disentuh sampailah usia bersara. Biar duit yang duduk kat dalam KWSP itu menumbuhkan duit je.

Maka dalam keadaan sekarang, pelan kerajaan untuk menukar skim pencen penjawat kepada KWSP bukanlah sesuatu yg buruk.

Ia boleh menguntungkan penjawat awam di masa bersara, selain memastikan sumber kewangan sedia ada boleh diguna sebaik mungkin.

Mudah kata. Ahmad pun boleh jadi seperti Ah Chong.

 

Mansuhkan Pencen Wakil Rakyat Terlebih Dahulu - Akmal Saleh #MGFlash


CADANGAN MEMANSUHKAN SKIM PENCEN UNTUK PENJAWAT AWAM

Kita memahami tekanan kewangan yang sedang ditanggung oleh kerajaan ketika ini

Tetapi biarlah pemansuhan skim pencen ini dimulakan oleh wakil-wakil rakyat terlebih dahulu

Tidak adil jika kita mansuhkan pencen mereka ,tetapi kita pula menikmati pencen sehingga mati

Tiada dua darjat antara wakil rakyat dan rakyat!!!

Kerana kami percaya atas prinsip kepimpinan melalui tauladan

Mohon cadangan ini diambil kira dan dipersetujui oleh semua wakil rakyat sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang

Anwar Ibrahim

Zahid Hamidi

Abdul Hadi Awang

Muhyiddin Yassin

Hamzah Zainudin

YB Dr Akmal Saleh

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

 


KEBENARAN PASTI DATANG DAN YANG BATIL ITU BAKAL LENYAP.







Dato Murad ni kisah nya sedih la jugak. Sumber 'trust me bro'. Nak percaya boleh tak nak percaya pun takpe.

Description: 🌐 Cerita dia, SD tu Atok & Co yg prepare, SB dh tunggu Dato Murad ni siap2 dekat hospital.

Bapa nya sakit teruk time tu, senang lah keje SB nk bagi antara dua, nyawa bapa atau sign.

Dia pilih utk sign, lepas tu resign kemudian lari ke Singapore (in exile lah kiranya)

Description: 🌐 Selingan, kisah Daim time tu jugak, bila nk di lantik jadi Menteri Kewangan, BNM periksa profil kewangan dia. Standard lah business man banyak hutang.

Sepatutnya tak lepas lah jadi Menteri Kewangan. Tapi dh dapat wahyu, lepas jelah.

Description: 🌐 Fast forward, satu persatu kejahatan 'org tua' tu terbongkar.

Fitnah RM3 Billion ke atas @anwaribrahim ni di ulang-ulang berdekad, biarpun dh di jawab di parlimen, 6 kertas siasatan telah dibuka tapi hasil nya, PMX bersih dan beliau 'clear' dari sebarang salah guna kuasa atau mengumpul kekayaan dgn cara haram.

Description: 🌐 Khianat orang lain, khianat negara, khianat rakyat. Semua 'org tua' tu langgar. Apa yg terbongkar satu per satu skrg adalah KIFARAH atas segala apa yg dah di laku kan.

Dari seorang negarawan, akhir nya jatuh ke lembah kehinaa.




 

JANGAN BERI SEKUPANG PUN PADAKEDAH. PP DAPATKAN BEKALAN AIR DARI PERAK

 


HANG DOK KALUT NGERI ORANG TAK PA PULAK. KEPALA BAPAK HANG. KEPALA BAPAK BUKAN MAKI TUAN TUAN- TU PUJIAN...



Kronologi:

 

KM PP mencadangkan kepada kerajaan persekutuan agar diwujudkan lembaga lembangan ulu muda  memastikan kualiti hutan kawasan tadahan air di kawasan ulu muda terjaga...

 

Nusi naik berang... Sebab seakan KM PP masuk campur urusan negerinya... "langkah mayat saya dulu" katanya... Maknanya dia tak setuju la tuhhh...

 

KM PP menyatakan bahawa pentingnya diwujudkn lembaga lembangan ulu muda kerana kawasan tadahan air itu perlu diurus secara professional. Kawasan tadahan air itu adalah sumber air kepada kedah, PP n Perlis...

 

Nusi kata bayar dulu apa yang sepatutnya kamu bayar.... Tiada lagi pemberian percuma... (Ini lbh kurang sama macam kes viral yang gaduh sungai kawasan memancing hari tuhh laaa)

 

NGO  RIMBAWATCH  dalam kajian mereka melalui imej satelit menunjukkn bahawa pembalakan sebagai punca kepada berlakunya kelodak n pencemaran di tasik muda... Ngo rimbawatch kata imej satelit menunjukkn mendapan kelodak sejak mac 2023 n kelodak semakin meningkat pada Oct tahun yang sama...

 

Jawatankuasa kerja raya, sumber asli, bekalan air n sumber alam negeri kedah berkata xada aktiviti pembalakan di kawasan itu...

Note: 80% sumber air ke PP bakal akan terjejas...

Nusi kata "bayar dulu rm100 juta setahun, maka di jamin bahawa kemuncup pokok pun kami tak potong"...

Kesimpulan yg mungkin:

Penyokong PN di PP, kedah, perlis mungkin sudah dapat menilai perangai panglima perang (pengarah pilihanraya) pas nihh...

 

NOTA: PP TELAH MENGAMBIL JALAN MENDAPATKAN AIR DARI PERAK. SEKUPANG PUN JANGAN BAGI PADA SANUSI.