CUBAAN MENTERI KESIHATAN MENYALAHKAN KERAJAAN PH.



1. Sangat malang cubaan Yang Berhormat Menteri Kesihatan, menyalahkan Kerajaan PH yang kononnya gagal membendung Kluster Tabligh yang mengakibatkan penularan COVID-19. Benar Kluster Tabligh, akhirnya menyumbangkan 40% dari seluruh kes positif di negara ini.

2. Untuk meletakkan rekod yang tepat, perhimpunan di Masjid Seri Petaling itu bermula pada 28 Februari dan berakhir 3 Mac.

3. 24 Februari Tun M meletakkan jawatan sebagai PM ini menyebabkan Jemaah Menteri juga melepaskan jawatan dan Tun M seorang dilantik sebagai PM interim. Hari terakhir saya berada di KKM adalah pada 24 Februari seperti bukti kicauan Tweet saya (yang mendapat 48.1K likes dan 38.5K RT).

4. Pada 8 April lalu, KP Kesihatan dalam rakaman video sidang akhbarnya, mengesahkan kesiapsiagaan awal KKM bermula pada Disember 2019 di bawah Kerajaan PH dan saya sebagai YBMK dipertanggungjawab mengawal wabak covid19 ini, bersama-sama kepimpinan KKM. Saya bertanggungjawab melaporkan kepada YAB PM & Jemaah Menteri pada setiap hari mula Mesyuarat Kabinet sejak bermula kes pertama pada 24 Januari 2020.

5. Nah, kalaulah ada Menteri yang lebih memaklumi kedudukan perkara perhimpunan Tabligh ini, pastinya beliau itu ialah Menteri KDN, yang sekarang ini ialah Perdana Menteri ke-8. YBMK wajar bertanya beliau kalau ingin tahu letak duduk dakwaannya bahawa kerajaan PH gagal mengawal perhimpunan tabligh. Mungkin sahaja YAB PM-8 tidak perasaan, kerana ada agenda lebih serius yang mengganggu tumpuan kerja beliau ketika itu.

4. Sesungguhnya, sangat mengecewakan, fokus mengurus krisis COVID-19 telah di'hijack' dengan keberantakan 'Sheraton Move' atau 'Langkah Sheraton'.

5. Pada 29 Febuari TSMY dilantik sebagai Perdana Menteri dan mengangkat sumpah pada 1Mac dan hanya dapat menubuhkan sebuah Kabinet pada 9hb Mac, sekaligus menyebabkan lebih dari 2 minggu pengurusan COVID-19, tidak punya kepimpinan politik dan strategik berbanding sebelumnya. Tidak dapat dinafikan kepimpinan KPK adalah cemerlang dalam saat 'Hari-Hari Kegelapan Politik Malaysia' itu.

6. Justeru, saya ingatkan Menteri Kesihatan supaya segera berhenti 'berpolitik' dalam suasana negara berdepan krisis COVID-19 ini, tambahan pula dalam tempoh lanjutan PKP ketika ini.

7. Lebih konstruktif seandainya beliau benar-benar menguasai realiti cabaran getir yang dihadapi negara mutakhir ini dengan menampilkan kepimpinan YB dengan mengesyorkan, antara lainnya:

A. Pemikiran dan cadangan yang jelas dan tuntas, Bagaimana 'Satu Exit Strategy' mampu diolah dengan pendekatan yang berteraskan 'Data and Evidence' guna membimbing PM & Kabinet, membuat langkah-langkah 'Penamatan PKP/MCO Bertahap-Berfasa' ke depan nanti.

B. Membimbing Kabinet dalam isu menangani 'Kajian lmmuniti' atau 'Sero-Surveillance' bagi mengenal pasti 'tahap infeksi dalam negara-komuniti', bagi merancang secara konkrit, 'Penamatan PKP' serta mengorak langkah untuk 'Jump Start The Economy'. Amat parah ramalan MIER yang mengunjurkan rakyat yang akan kehilangan 2.4 juta pekerjaan serta mengalami pertumbuhan negatif - 2.9% KDNK.

C. Menangani dan menyelesaikan tuntutan pembuatan PPEs (contoh gowns, face shields, plastic aprons, boots dan penutup kepala) serta pengedaran secara meluas dan seimbang, khasnya untuk 'Frontliners' samada untuk warga KKM serta seluruh 'sukarelawan dari pihak Swasta dan NGOs.

Sekali lagi saya menyeru semua pihak Kerajaan dan Pembangkang serta Swasta dan NGOs, supaya bersama menggembleng tenaga, dana dan kepakaran untuk segera mengurus seterusnya krisis COVID-19 dengan pendekatan yang lebih berkesan, bertanggungjawab, telus dan berintegriti.

Semoga Rakyat & Negara dilindungi AlLah Azza Wajalla..Amin.


KALAU ANDA TONTON VIDEO DAN RASANYA SEMUA DAH DENGAR..

W.faudzin

Dua-dua kaki kelentong. Selamba je menteri ni kata ada 500 negara dalam dunia yg buat video conf dengan beliau. Zahid pun kelu tak mahu betulkan menteri yang memang dikenali sebagai menteri air suam tu. Mungkin Zahid pun tak tahu kot. Haha...

Sesuailah. Dua-dua kaki kelentong. Zahid pernah beritahu mahkamah, minta tangguh bicara kerana beliau ada perjumpaan di pejabat Putrajaya. Tiba-tiba kantoi, tiada perjumpaan. Tak sampai tiga bulan jadi kerajaan pintu belakang, dah mula nak kelentong sana...sini...sana...sini...

klik video

SALAHKAN ORANG LAIN, DIRI SENDIRI TAK PERFORM


Ibrahim Mat Isa

Ini yang selalu kita peringatkan supaya jangan celupar dengan bala yang Tuhan turunkan. Kau salahkan orang itu, salahkan orang ini sedangkan diri sendiri tidak perform dan mempunyai kompetensi untuk bertugas sebagai menteri kesihatan.

Mujur Tuhan tidak jadikan Malaysia dilanda pandemik korona seperti Italy, atau seperti German atau Iran. Entah-entah, Tuhan pun akan disalahkan!


ALAHAI MENTERI AIR SUAM...



NIZAM AKA



✓ Alahai menteri  air suam..Cuba check tarikh perjumpaan kumpulan tabligh tu..Bukankah tarikhnya ialah 27hb Feb?Kerajaan PH hilang kuasa 24hb Feb..Antara 27hb dgn 24hb,yang mana dulu menteri  oiii?

✓ 24hb itu M'sia sudah tiada Menteri Kesihatan kerana Kerajaan PH telah hilang kuasa gara-gara geng semburit kamu yang bekerja keras tebuk atap rumah..


✓ Apa tidak gagalnya,sebab waktu itu geng-gang  kamu sibuk ke hulu ke hilir sdang merancang nak tebuk atap rumah..Masa tu kamu dengan geng-gang kamu tengah mabuk air suam kat hotel Sheraton kot?


✓ Menteri  oiii..Masa kerajaan PH hilang kuasa pada 24hb tu,kes covid di Malaysia hanya ada 24 kes,yang mana 22 telah sembuh dan hanya 2 orang lagi yang masih di rawat dalam wad..Tapi bila geng-gang tebuk atap haramjadah kamu ambil kuasa,kes melonjak beribu-ribu..


✓ Last-last..PH juga yang kamu salahkan?dasar menteri kesihatan tak ada otak..Kamu sebenarnya yang telah memalukan negara dengan lawak bodoh  kamu mengenai rawatan air suam...satu dunia ketawakan teori air suam kamu sehinggakan banyak tv luar negara mengambil apa yang kamu katakan itu sebagai bahan lawak jenaka..




Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'Geng2 Dgn Semburit Dasar Makluk Lembam Mula Gerakan Kjaan Suam Gerakan menyingkirkan kerajaan bermula 23 Kerana Kerja2 Gila Babi Kamu,Kjaan Mulai 24Hb Feb Lagi..Bongok! mkk Februari, Menteri kesihatan: Kerajaan PH kluster Tabligh Menteri Kesihatan Dr mendakwa kerajaan PH sebelum ini gagal membendung kluster Tabligh Sri Lumpur, yang kepada penularan Bermula 24 hingga dipimpin Mahathir menjadi perdana menteri sementara. Negara kerajaan sepanjang tempoh 24hb M'sia Sudah Tiada Menteri Kesihatan.. terakhir Menteri Kesihatan. Terima Dr Dzulkefly Petaling menjadi gelombang Abdullah, Himpunan Berlaku Feb,Beruk "la (himpunan Masjid Sri Petaling) berlaku daripada 27 Februari hingga la sungguh sehingga hari ini, kita dapat menghentikan (sepenuhnya)'





MENTERI AIR SUAM MELABON LAGI



MEREKA YANG KHIANAT SANGGUP RUNTUHKAN KERAJAAN MANDAT RAKYAT KETIKA COV-19 , TAPI TUDING JARI KEPADA PH.SUDAH LAH JARANG MUNCUL ,FAKTA PULA SERINGKALI AUTA.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Semua tahu, usaha untuk menjatuhkan kerajaan PH yang waktu itu sedang fokus untuk menangani wabak COVID-19 telah bermula pada 23 Feb 2020.  Beberapa hari sahaja selepas kerajaan PH mendapat pujian daripada WHO (Persatuan Kesihatan Sedunia), kerajaan ini telah jatuh apabila Muhyidin Yassin, Presiden Bersatu dan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan telah membawa beberapa orang MP yang menyokong mereka untuk keluar dari PH.

Pada 24 Feb hingga 29 Feb 2020, Tun M menjadi PM sementara tanpa kerajaan atau Kabinet.  Himpunan Tabligh di Seri Petaling adalah pada 27 Feb 2020.  Siapa yang boleh kawal dan menanganinya dengan baik jika kerajaan pun tiada?  

Waktu itu semua orang politik bergelut dengan politik.  PH bertungkus lumus untuk cuba pertahankan mandat rakyat.  Gabungan pengkhianat yang dibantu oleh Umno dan Pas kononnya parti Islam ini pun bertungkus lumus untuk merampas mandat rakyat tanpa mahu menunggu PRU15.

Bermula 27 Feb 2020 (Himpunan Tabligh di Seri Petaling), wabak ini mula mewujudkan kluster tanpa kawalan akibat ketiadaan kerajaan atau menteri melainkan seorang PM sementara.  Ianya terus dibiarkan sehinggalah PM baru angkat sumpah pada 01 Mac 2020. 

 Selepas Muhyidin angkat sumpah dan tercapai impiannya untuk menjadi PM, gabungan  pengkhianat ini pula berebut untuk menjadi menteri atau menteri kanan.  Kabinet kerajaan pintu belakang ini mula diumumkan pada 10 Mac 2020 termasuk Menteri Kesihatan.

Amat lewat pembentukan kabinet kerajaan pintu belakang dibuat kerana tidak mudah untuk mengagihkan jawatan kepada para penyokong mereka yang sanggup untuk khianat kepada mandat rakyat.  Sehingga sekarang rasa tidak puas hati tetap wujud.

Mengapa perlu salahkan kerajaan PH yang kamu rampas dari rakyat itu?  Kamu takut untuk hadapi kutukan rakyat akibat kerakusan kamu hingga satu negara terpaksa alami kesukaran sebegini?  
 Rakyat patut bersyukur walaupun kerajaan PH dikhianati, tetapi kerajaan PH masih ada wang simpanan hasil penjimatan selama 22 bulan kita berkuasa dan wang ini lah yang diagihkan oleh mereka sekarang.

Sudahlah merompak mandat rakyat, sekarang mahu tuding jari kepada pihak lain?

WFAUZDIN NS



GLC YANG TIADA AHLI PARLIMEN TIDAK WAKILI RAKYAT?





Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata perlantikan Ahli Parlimen sebagai Pengerusi GLC memperlihatkan kerajaan benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat kerana mereka yang dilantik adalah dalam kalangan mereka yang dipilih oleh rakyat. “Peranan mereka adalah mewakili rakyat memantau perjalanan sesuatu GLC..." Ujarnya, seperti dipetik Berita Harian. Sebaliknya pemimpin PAKATAN HARAPAN menyelar tindakan mengagih-agihkan kedudukan Pengerusi agensi Kerajaan/GLC di kalangan Ahli Parlimen di saat rakyat sedang kelaparan sebagai lucu, malah satu jenayah. Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat perlantikan seorang dua ahli parlimen yang memiliki kelayakan luar biasa untuk memimpin GLC, boleh dipertimbangkan. "Tetapi jika kamu jadikannya sebagai peraturan, setiap ahli parlimen akan diberi jawatan tambahan, ganjaran tambahan sedangkan rakyat sedang bergelut untuk mencari makan - ini bagi saya, adalah satu jenayah, justeru kita akan menentang," katanya semasa persidangan akhbar dalam talian baru-baru ini.


Anwar Ibrahim: Soal Jawab Tentang Isu Frontliners Covid-19 & PKP



Anwar Ibrahim: Bagaimana Machiavellianism Boleh Mencatur Politik Malaysia?




Ulasan dan kenali konsep Macchiavellianisme dan apa yang terjadi dalam keadaan negara kita .Apa perbezaan antara mempertahankan nasihat kepada The Prince supaya jaga kuasa demikepentingan negara.Pada hal dalam islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Bukan cara menipu dan mencuri demi kepentingan peribadi. orang politik nafsu serakah untuk harta dan kuasa semata mata.

Rakyat bingung dengan PN?

Rakyat bingung dengan PN?

Rakyat bingung dengan PN?


Jika rakyat menyanjungi kerajaan “tebok atap” (Kata-kata daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, Malaysia Dateline, 16 Marh 2020) Perikatan Nasional (PN) berikutan dua rangsangan pakej ekonomi dilaksanakan semasa pandemik Covid-19, rakyat tentu tertanya-tanya apa yang sedang berlaku di sebalik topeng Covid-19 ini?
Beberapa perkembangan politik yang berlaku menunjukkan seolah-olah persediaan PN berhadapan dengan era pasca Covid-19 yang dirasakan tidak lama lagi. Ini berdasarkan kerancakan pergerakan dan strategi politik belakang topeng Covid-19.
Terdapat tiga perkara yan membingungkan rakyat. Pertama pesaingan dalaman parti Bersatu, kedua pemberian jawatan GLC atau agensi kerajaan kepada ahli parlimen dalam situasi kritikal sekarang dan ketiga, kritikan pedas parti gabungan muafakat nasional.
Pertama, melalui berita dari media atas talian, rakyat pun dapat membaca dan menilai sendiri permainan dan percaturan politik yang sedang bergerak pantas bertujuan mengukuhkan kerajaan dalam berhadapan dengan politik pasca Covid-19.
Rakyat akan gusar apabila membaca di tengah-tengah pergelutan penularan Covid-19 dan isu PKP, berlaku pertandingan merebut kerusi presiden Bersatu antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pencabarnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Di samping itu bergelut pula pertandingan merebut kerusi timbalan presiden Bersatu juga menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara bekas setiausaha agung Marzuki Yahaya dan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu. Terdapat kerancakan dalam mempertahankan jawatan ketua armada dan calon yang bertanding kerusi tersebut. Pertandingan ini antara bekas Menteri Sukan dan pengawal khasnya.
Kedua, di tengah kegelisahan rakyat dengan PKP oleh batasan pergerakan, PM bertungkus lumus menukar semua jawatan GLC yang ada sekarang untuk diberikan kepada ahli parlimen. Sedangkan negara kita sedang menghadapi pandemik COVID-19 tetapi PM terus juga melakukan pertukaran di kala ini.
Skala serta skop perubahan dalam kalangan pengarah dan pengurusan kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) cukup membingungkan rakyat. Apa yang berlaku sekarang mana yang lebih diutamakan Covid-19 atau perlantikan ahli politik ke jawatan pengerusi, pengarah atau jawatan kanan tersebut. Manakah yang lebih terdesak dan mendesak?
Kadar perubahan pantas lebih mengejutkan rakyat memandangkan lantikan ini dibuat PN yang diketuai oleh perdana menteri dan menteri-menteri kanan yang sebelum ini berada dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Menurut Terence Gomez, Profesor Ekonomi Politik di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, jumlah jawatan pengarah GLC yang dapat diberikan kepada ahli politik sangat besar, ia merupakan jalan utama untuk menenangkan wakil rakyat yang tidak berpuas hati kerana tidak dilantik ke dalam jemaah menteri.
Pada awalnya, kita tidak sedari tetapi apabila diteliti dengan halus, rupa-rupanya PM kena pastikan yang kesemua 112 ahli parlimen bersamanya untuk berhadapan dengan sesi Dewan Rakyat apabila dibuka nanti. Rakyat tentulah bingung dengan keadaan ini, sudahlah ada 73 menteri dan timbalannya kemudian dilantik pula ahli politik ke dalam Khazanah yang menjaga duit negara, dan ke jawatan ke GLC.
Tujuannya bagi memastikan semua ahli parlimen yang bersama PN mendapat balasan jawatan sewajarnya dan ini juga melalui perlantikan ke jawatan pengerusi GLC. Ini dilakukan supaya untuk kekal menjadi PM dalam kerajaan PN perlu ada 112 kerusi parlimen. Ini bagi mengelakkan kebimbangan semasa sidang parlimen nanti Muhyiddin akan menjadi PM yang paling singkat dalam sejarah negara.
Pada zaman edan ini, dalam berhadapan dengan keadaan kritikal sekarang, Muhyiddin pada masa yang sama harus memikir dan menyusun atur strategi agar kesemua ahli parlimen tersebut mempunyai jawatan besar didalam GLC.
Bagi saya adalah hak kerajaan hendak melantik sesiapa pun untuk memegang jawatan pengerusi GLC atau jawatan kanan dalam agensi kerajaan tetapi mestilah seseorang ahli politik yang dilantik itu adalah bersih, bebas daripada tuduhan kes rasuah, berkelayakan sekurang-kurang berpengalaman atau ada kaitan dengan bidang perlantikan dan harus melalui tapisan oleh ahli jawatankuasa tertentu misalnya.
Kerajaan harus mempunyai tanda arasnya dan perlantikan sekarang semacam tergesa-gesa demi kepentingan dan survival PM dan PN.
Badan apakah yang akan memantau cara pengurusan ahli parlimen tersebut dalam mengendalikan GLC atau agensi kerajaan bagi memastikan tiada rasuah politik, wang atau seumpamanya. Adakah SPRM dapat menjalankan tugasnya dengan telus? Jika bertujuan sekadar mendapat sokongan ahli parlimen kepada kedaulatan PN maka tiada tanda aras atau kelayakan sesuai diperlukan, cukup sekadar jaminan mendapat sokongan di Dewan Rakyat nanti.
Sehubungan itu bekas menteri perdagangan antarabangsa dan perindustrian, Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan kekecewaannya dengan tindakan kerajaan PN melantik ahli-ahli parlimen mengetuai syarikat GLC.
Beliau berkata “sesetengah orang” yang mentadbir negara seharusnya kembali kepada asas-asas pentadbiran untuk mencapai aspirasi bangsa dan rakyat.”Bukan hanya dengan melantik individu ke mana-mana jawatan kosong, dikosongkan, atau jawatan yang diwujudkan.
“Tetapi untuk mentadbir berpandukan integriti, kejujuran, tanggungjawab, akauntabiliti, dan kerja berpasukan, tidak dipandu oleh cita-cita dan matlamat peribadi untuk menjejaskan negara,” kata Rafidah dalam kiriman Facebooknya.
Ketiga, berlaku keretakan dalam gabungan PN. Ini jelas membingungkan rakyat kerana di tengah kekalutan berhadapan masalah ekonomi, rakyat bergelut dengan kurangya pendapatan takut akan kehilangan pekerjaan terutamanya bagi mereka yang di bawah B40, muncul pula kritikan dan serangan yang dibuat oleh para pemimpin dan menteri Umno terhadap rakan-rakan mereka dalam Kabinet PN.
Serangan ditujukan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang sebelum ini adalah perancang utama kerajaan ini.
“MITI dah nak jadi super ministry ke?” tanya veteran Umno, Tan Sri Shahril Samad menegur langkah Azmin yang mengumumkan pelbagai perkara yang bukan di bawah kawalan kementerian itu. (Malaysia Dateline, 16 April 2020)
Dalam hubungan itu Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki juga menghalakan senjatanya kepada Azmin apabila MITI mengumumkan kebenaran beberapa sektor pekerjaan yang melibatkan warga asing dibuka ketika negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.
“Tidakkah cukup pengalaman negara jiran Singapura yang kembali meningkat kes jangkitan baharu Covid-19 dan kebanyakannya disumbangkan oleh pekerja asing,” kata Asyraf.
Selain Azmin, pemimpin Umno juga menghalakan serangan mereka kepada pemimpin Bersatu yang lain manakala MCA pula mula menunjukkan sikap sebenar mereka terhadap Pas. Datuk Azalina Othman Said terus menerus membuat serangan kepada Bersatu Iitu terhadap Datuk Seri Rina Mohd Harun. Tan Sri Annuar Musa pula mengkritik dan terus mensekolahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan dari Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal yang terasa berada dalam Kabinet walaupun hanya timbalan menteri.
Serangan Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting terhadap Timbalan Menteri Wanita, Siti Zailah Yusof dari Pas tidak mengejutkan walaupun ia kemudiannya ditarik balik selepas tersedar. “Maaf cakap, Siti Zailah tidak layak menjadi Timbalan Menteri KPWKM.
“Hanya berdiam diri terhadap sikap kasar suami? Ini tidak boleh diterima,” tulis Nicole. Bagaimanakah PN yang bercadang membina rangka bangunan daripada buluh tiba-tiba lantainya sudah retak? Rakyat makin berserabut dengan perkembangan ini, apa yang berlaku sekarang?
PAS diam membisu tidak memberikan sebarang ulasan adakah sudah berpuas hati dengan habuan yang diberikan. Pada masa yang sama Muhyiddin perlu bersaing dengan sikap berpuak di dalam Bersatu yang melemahkan, apalagi ketika pemilihan Bersatu semakin hampir.
Bagaimana sekiranya selepas tamat PKP dan redanya Covid-19 andaikan tarikh maksimum adalah bulan Jun, tiba-tiba pilihanraya mengejut diadakan Bagaimanapun ini juga bergantung kepada sidang Parlimen pada bulan Mei nanti.
Seandainya pilihan raya mengejut diadakan, rakyat yang sudahlah bingung akan terus terperanjat, ,sudahlah bosan dengan kerutinan PKP, keletihan barisan hadapan, keadaan atau situasi ekonomi yang tidak menentu, dalam hal ini PN tentu berhadapan dengan maslah besar pembahagian kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu di Semenanjung Malaysia.
Calon-calon PPBM, Umno dan Pas tentunya memfokuskan kerusi-kerusi selamat untuk calon-calon mereka. Apakah formula yang akan digunapakai dalam perundingan dan siapa kah yang mempunyai kuasa pemutus dalam membuat keputusan muktamad dan terakhir?Dalam keadaan sekarang, adalah dipercayai bahawa TSMY masih buntu dalam menentukan strategi nya atas isu ini. (Malaysia Dateline 16 April 2020)
Sehingga artikel ini ditulis, Kerajaan PN masih belum mengumumkan struktur kepimpinannya, siapakah yang menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan ahli jawtaankuasanya. (Malaysia Dateline 16 April 2020)
Sehubungan itu tiada sebarang maklumat berkaitan dengan alamat Pejabat Urusetia. Apatah lagi logo PN dan risalah mengenai PN.
Tidak dinafikan PM perlu mengatur strategi bagi memantap dan mendaulatkan kerajaan PN yang tertubuh dari Langkah Sheraton dan ekoran kekosongan jawatan PM serta terlerainya PH selepas Bersatu keluar, jika tidak apakah guna dan erti segala usaha tersebut, walaupun meenggunakan pintu belakang.
Namun dalam keadaan kebingungan, kita tidak mahu rakyat akan berkata “Kami kecewa dengan PN.”
Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel)


KALAU ANDA BIJAK, SIAPA YANG CARUT CAM GINI

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks mungkin yang mengatakan 'Hull tacebook 09:53 48% 4 BABI setan Poookemak Anjeng Neraka jahanam Pondan anak haram sial Hanat takda otak takda pantat. Orang suruh duduk rumah, kau melantak kenduri apa woi! Ini contoh kalau AA maki... Timbalan Menteri Kesihatan PN sendiri langgar PKP ! Suruh rakyat duduk rumah, kau berkenduri ramai-ramai! PDRM jangan pilih kasih'

TIMBALAN MENTERI KESIHATAN WAJIB DIPENJARA?

SHAHBUDIN HUSSEIN


Semalam tiga lelaki dihukum penjara dan denda kerana melanggar arahan PKP dengan bermain golf.
Apa bezanya bermain golf dengan makan kenduri?
Dalam hal ini, Timbalan Menteri Kesihatan lebih wajib dihukum penjara dan denda atas kesalahannya kerana menangani wabak Covid-19 terletak di bawah kementeriannya.

ISLAM TERANCAM BILA ATAP KENA TEBUK





SOALAT LAH DIRUMAH. Kan baik jadi imam kat rumah dengan isteri dan anak anak. Selama ini selalu saja jadi makmum,kali ni jadi lah imam pulak dirumah?Salahkah, ? Tentu tidak salah pun, malah lebih baik jadi iamam dirumah.

Adakah islam itu terancam kalau tidak dibenarkan solat dimasjid?Tidak kan. Jadi apa salahnya.Masa orang nak halang wabak merebak, masa itu jugalah kamu nak ke masjid. Jangan bimbang DAP tak ada pun kalau nak halang solat di masjid.Sampai masa nanti,dah selesai wabak, kamu nak qiyamulail kat masjid pun tak ada yang larang.. 




Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

ANTARA DUA DARJAT...



HAMSINA HAMZAH

𝗦𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨...

5 SEKAWAN ditahan polis lepak di beranda rumah kerana ingkar PKP.
Tetapi... LEBIH 12 ORANG berkumpul bersama VIP Pas-Umno di perkarangan rumah tiada pula tangkapan dibuat..

𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗻𝗶 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗿𝗵𝗮𝗲𝗻 𝗷𝗲 𝗸𝗲 

Beranikah pihak berkuasa terutama polis nak ambil tindakan terhadap pemimpin Pas tersebut..

𝗔𝗣𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗛𝗘𝗥𝗔𝗡.. Pada VVIP Pas-Umno setakat kompaun RM1,000 tu celah gigi jer. Benarlah kata Menteri Pertahanan.. "KERANA KOMPAUN RM1,000 RAMAI TIDAK TAKUT"

Imej mungkin mengandungi: 4 orang

TOLONGLAH BOSS KAMU YANG DILUKU SETIAP HARI

W.Fauzdin

Hampir setiap hari si kitol ni kena kutuk dan dihentam, bukan oleh kami tetapi puak-puak pengkhianat tu juga. Tiada mana-mana menteri yang tolong pertahankan dia. Puak-puak dlm Umno dan Pas pun tiada yang mahu membelanya.

Wahai teman-teman ke bekas ahli Keadilan yang digelar 'kartel" yang telah keluar parti atau dipecat, sanggupkah kamu biarkan bos kamu si kitol ini dipersenda dan dihina sedemikian rupa? 

Tolonglah pertahankan, jangan hanya mengharapkan dedak baru nak bangkit. Ajak la mak lampir tu sekali bangkit pertahankan bos kamu itu. Kami tidak sanggup melihat dia dilakukan serendah itu.

KAN DAH KENA TEGUR

Oleh kerana pemimpin kanan UMNO sendiri sudah memberi respon terhadap perlakuan Timbalan Menteri Kesihatan melanggar arahan PKP ini, tindakan mesti diambil terhadap beliau.
Tindakan paling sesuai ialah menasihatkannya meletak jawatan dengan segera...
DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN
46 min
New Zealand, menteri kesihatannya letak jawatan kerana melanggar peraturan lockdown, begitu juga orang awam dinegara masing2 melahirkan kemarahan kepada menteri perumahan UK dan menteri komunikasi South Afrika atas sebab yang sama. Kita tidak mahu ada peraturan2 yang berbeza, kepimpinan mesti tunjukkan tauladan



RAMAI KATA NI KERJA KARTEL..KARTEL MANA TAK TAU LA PULAK...

HH


Tiada penerangan foto disediakan.


HAMSINA HAMZAH

Kartel buat kerja setan cipta fake news..... Kartel semburit laknat Allah akan tiba bila-bila masa sahaja. Otak udang kerja cerdik mereka Tak tahu buat kerja bodoh memang kepakaran mereka!
Imej mungkin mengandungi: teks mungkin yang mengatakan 'Pejabat Presiden Yesterday Allahamudlillah, DSAI ter dan ultra Melay kita perkukuhkan Melayu dan seora tokoh yang berjiwa besar seperti yang dimom... See more PKR bak sertai kabinet P N tanpa DAP dan AMAI TAH Pertemuan 45 minit Anw Muhyiddin asa politik Anwar YO beri peranan dalam kerajaan dan ketepikan beberapa menteri yang tidak 'perform' Anwar rayu diberi peluang sebagai Timbalan Perdana Menteri, janji akan bantu Muhyiddin tentang Mukhriz'Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teksImej mungkin mengandungi: 2 orang
Tiada penerangan foto disediakan.