ULAMAK SUK.


 

ELUN MASK


 

PROGRAM BERSAMA ANWAR PUN PUTAQ BELIT LAGI


 

MANA ADA MELAYU HILANG DI PENANG. MENGARUT JA.


 

LUPUS HUTANG FELDA.


 

HARAM HUKUMNYA MENJATUHKAN KERAJAAN


 

Khairudin Takiri, Mahfuz Omar & Pimpinan Perpaduan: Ceramah Jelajah Mada...

DATO KAMAL RESPON KENAPA TUN M & MUHYIDDIN BERTEMU BINCANG APA ???

MENJAWAB HUJAH 5K OLEH TUN FAISAL DALAM WACANA- SIAPA KHIANAT? PN TOLAK ...

RENTASAN 1401 | PANAS!! KETUA PEMUDA PAS ROMPAK HAK ORANG LAIN UNTUK DIJ...



MENARIK DALAM RENTASAN 1401
1. KENAPA PAS BIADAB SANGAT? 2. ANNUAR BAKAL ‘SEMBELIH’ ANAK SENDIRI 3. UMPAMA ‘BIAWAK HIDUP’ DAN ‘BANGKAI BERNYAWA’ KEPADA RAKYAT





RAKAMAN Hari Peneroka Felda | 7 Julai 2023

Daripada menyusahkan, eloklah Muda bertanding solo








 Tindakan parti Muda ingin bertanding secara sendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dialu alukan oleh komponen Pakatan Harapan (PH), khususnya KEADILAN.


Bagi aktivis KEADILAN, Yuslaini Azmi, sudah sampai masanya Muda berdikari dan menentukan haluan sendiri daripada menyusahkan komponen PH untuk memberi kerusi kepada parti itu, dan kemudian berkhianat meletak calon di DUN yang ditandingi KEADILAN seperti yang berlaku dalam PRN Johor pada 2022 lalu.


Berkenaan hujah Muda ingin membawa politik baharu pula, Yuslaini mempersoalkan sikap yang tidak jelas ditunjukkan oleh presiden parti itu sendiri, dan apakah kekaburan itu boleh memberi kejelasan kepada anak muda.


"Saya mempunyai persoalan buat Syed Saddiq, adakah beliau benar ingin membawa politik naratif baharu sedangkan sehingga sekarang pendirian Muda tidak jelas.


"Syed Saddiq menyatakan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas berlakunya Langkah Sheraton namun kita juga masih belum lupa audio mesyuarat terakhir pemimpin PH bagaimana beliau secara keras menginginkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu.


"Jika benar Muda ingin membawa politik baru beliau seharusnya menjadi orang yang berprinsip namun semenjak tertubuhnya parti itu sehingga kini Muda berulang kali membuat pusingan U dan terlampau gopoh dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan Syed Saddiq sebagai untuk belajar bersabar dalam setiap tindakan kerana sehingga kini tindakan gopoh Presiden Muda itu menyebabkan parti diterajuinya semakin hilang kepercayaan rakyat.


MUKHRIZ MAHATHIR












Teringat beberapa kali jumpa DS Mukhriz Mahathir. Dalam beberapa Majlis dan dua kali di pejabat beliau sebelum PRU15.

Orangnya rendah diri, sopan, articulate dan bijak sekali. Bersuara lembut tetapi tegas. Karisma nya

hebat

.

Kami berdialog banyak isu, termasuk pasal Tanah Rizab Melayu. The major thing I like about him, is that his honesty.

Dia cakapkan masa jadi MB dia sedar banyak isu TRM di Kedah. Dari zaman dulu lagi tapi sistemik isu ini perlu sentiasa diterjah.

Beberapa kali dia turun ke kampung untuk selesaikan, Tanah Melayu dirembat, ada banyak kes yang tukang tipu orang Melayu juga. Jual tanah sedara mara ke orang Cina.

Saya juga cakap pada dia, ada kes di mana, orang Pejabat Tanah yang bantu sama. It’s an open secret. Tapi bukan semua mereka, ramai yang baik2 jua.

Saya juga tanya apa cita2 nya. Dia cakap he has super big shoes to fill, and people know he’s not his father. Banyak yang perlu dibuat dalam politik untuk bantu negara. Sayu saya dengar.

Saya dah jumpa ramai orang politik. Dan bertugas dengan pelbagai Menteri. Hence I can tell you, this one is special. He talks from his heart. Dan nampak dia ikhlas.

His only liability sebab dia anak Tun Mahathir. Orang akan sentiasa bandingkan dia dengan si bapa. Sentiasa di bawah bayangan jua. Walhal dia punya future.

Tapi sekarang nasib tak menyebelahi MM. Beliau carry baggage untuk partinya. Ditolak oleh PN baru2 ini. Sanusi siap komen sinis lagi.

Saya dah pernah komen, antara Sanusi dan MM, saya team #MM. Nampak lah juga semenggah nya…

This one is a future leader. Next Gen of national leaders: including JG, RR dan KJ. Cuma nak jadi PM tu mencabar juga. Buaya merata2.

Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah. Itu ciri pengundi biasa, yang tak taksub berhala.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

p/s- 2-3 minggu lepas terbaca, ramai pro-Pejuang angkat Sanusi ni sebagai bakal PM. I wonder what they fell now.

 

PRN: Mood bukan Melayu lebih kepada Kerajaan Perpaduan - Prof Azizuddin






 Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos ini, terutama di sebelah utara Semenanjung Malaysia, mood pengundi bukan Melayu dilihat lebih cenderung ke arah menyokong Kerajaan Perpaduan.


Hal itu dinyatakan oleh Profesor Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.


Menurut Dr Azizuddin, dalam tinjauan yang beliau lakukan pengundi bukan Melayu lebih cenderung kepada membincangkan dasar atau polisi berbanding isu isu sensasi seperti isu perkauman sebagaimana dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) ketika ini.


"Secara umumnya parti bertanding kemukakan dasar terbaik untuk rakyat 6 negeri.


"Saya melihat di Kedah dan di Pulau Pinang, apa yang saya nampak rakyat masih lagi membicarakan isu ekonomi, keperluan hidup, pekerjaan dan sebagainya


"Anak muda pun ada pertambahan undi 18, dan mereka ini banyak di universiti, mahukan bantuan kerajaan untuk ringankan beban sebagai pelajar.


"Manakala dari segi mood yang bukan Melayu (secara khusus) saya rasa mereka rasional melihat apa yang berlaku, dan kalau saya tengok trend sokongan, saya rasa lebih menyokong kepada PH dan BN," katanya dalam forum atas talian terbitan Sumberkini bertajuk "PRN: 'Mood' Pengundi Bukan Melayu", malam tadi.


Dr Azizuddin turut mendedahkan penemuan agak mengejutkan apabila mendapati BN kembali mendapat tempat di hati orang Melayu biar pun sebelum ini, kira kira 7 bulan lalu, mereka menolak BN secara besar besaran di peti undi


"BN sebelum ini ditolak orang Melayu, kini dilihat boleh diterima melalui dasar Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan itu juga mungkin diterima di peringkat negeri (PRN)," katanya.


Bagaimanapun, beliau risau mengenai isu kaum, agama dan raja (3R) yang dimainkan oleh Perikatan Nasional.


Katanya isu berkenaan tidak seharusnya menjadi bahan utama kempen dan membongsaikan minda Melayu, namun berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, jelas beliau, isu berkenaan amat diminati Melayu.


"Saya risau orang Melayu termakan isu ini kerana sebelum ini mereka terpengaruh dengan isu itu menyebabkan mereka menyokong parti memainkan isu tersebut.


"Gelombang hijau ketika ini semakin reda tetapi timbul pula isu Islamophobia. Saya tidak nampak apa isu Islamophobia di Malaysia.


"Jadi dalam konteks ini saya mengharapkan rakyat bijak dan harus menyoal semula (maklumat yang disogokkan) kerana kempen yang berlaku nanti bukan sahaja di media sosial tetapi rumah ke rumah.


"Di Kedah, kawasan luar bandar, rumah ke rumah masih sangat efektif memenangi hati dan jiwa. Kempen inilah nanti, elemen 3R digunakan dan ia sukar untuk dikawal," katanya.


Mengenai isu Malaysia Madani dan pemulihan ekonomi pula, Dr Azizuddin berkata meskipun istilah Madani itu agak sukar difahami namun elemen Madani boleh difahami rakyat.


"Kita dah nampak elemen Madani ini cuba diterapkan dalam pentadbiran. Fokusnya Anwar basmi kemiskinan dan membanteras rasuah. Ekonomi pula dia nak bawa banyak lagi pelaburan dan kemiskinan tegar dihapuskan.


"(Secara perbandingan, rakyat melihat) ekonomi sudah bertambah baik walau tidak pulih sepenuhnya. Kadar pertumbuhan 5.6% suku pertama 2023, inflasi 2.8% lebih rendah dari negara lain. Cuma yang masalah isu ringgit sebab OPR di AS yang mengukuh tetapi di negara lain pun perkara itu berlaku.


"Bagi saya kalau Kerajaan Perpaduan ini tidak diganggu gugat dan memerintah selama 5 tahun, maka banyak kesan positif kepada ekonomi akan dapat dilihat," katanya lagi.