JARANG JARANG, KADANG KADANG- TAPI ELOK LAH MENTERI KENA BERSUARA BAB FATWA-BAB BAB YANG BERKAITAN DENGAN AGAMA DAN SALAH TATACARA NI. JANGAN JADI MACAM YANG LEPAS- JANGAN KATA 5 HARI- 59 HARI DIA PEE KENDURI PUN DIA BUBUH SEBAGAI SASARAN KERJA DIA....

 

Perarakan bersenjata beri gambaran tak baik pada Islam, kata menteri agama

Na’im Mokhtar berkata, adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan

Mohd Na’im Mokhtar berkata, perarakan replika bersenjata menggunakan simbol agama itu menimbulkan pelbagai persepsi dan kegelisahan masyarakat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perarakan membawa replika senjata dan menggunakan simbol agama adalah tidak wajar kerana ia akan memberi gambaran yang tidak baik kepada Islam serta negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

Na’im berkata, beliau dimaklumkan tentang program perhimpunan pemuda yang turut melibatkan perarakan menggunakan simbol Islam sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dan kegelisahan masyarakat.

“Pada hemat saya tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan boleh memberikan gambaran tidak baik kepada Islam dan negara.

“Adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada satu perbarisan dalam satu program Pemuda PAS Terengganu yang membawa replika pedang, lembing dan perisai.

Katanya, semua pihak bertanggungjawab untuk menyeru kepada keamanan dan keharmonian dalam masyarakat. Apa-apa tindakan yang boleh mengundang kegelisahan awam perlulah dielakkan sama sekali.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berpandangan perkara ini perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan apa-apa tindakan berkaitan sekiranya penganjur menyalahi peraturan keselamatan negara,” katanya

Awal hari ini, tular di media sosial gambar sekumpulan lelaki dipercayai ahli PAS berarak menggunakan pedang, lembing dan perisai.

Difahamkan, perarakan itu berlaku pada Jumaat, di Setiu, Terengganu, pada acara pembukaan sempena perkumpulan Pemuda PAS negeri itu yang berlangsung selama dua hari.

Penganjur Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023) berkata, peserta perbarisan itu hanya memakai pakaian seragam perang era zaman sahabat dan bagi memenuhi tema perarakan mereka.

PEMIMPIN PAS MENGARUT, AUTISME DAN AUTOIMUNE TIDAK KAITAN DENGAN MAKANAN


KENYATAAN HALIMAH ALI GURIS PERASAAN PENIAGA – RAZEEF


ISU NIIS: MUHYIDDIN JANGAN BERDALIH!


SAYA SOKONG KERAJAAN KERANA SPRM SIASAT PANDORA PAPERS


NAK BERPERANG KA LAGU MANA ???









Menghimpunkan pemuda Islam itu perbuatan yang baik. Boleh dipuji. Cuma, dengan berpakaian ala nak masuk medan perperangan, apa motifnya?

Di peringkat global, Islam dicop sebagai agama yang membenarkan keganasan. Ratusan tahun kita cuba perbetulkan, kita laung Islam agama damai.

Tapi himpunan sebegini seolah mengiyakan segala tuduhan jahat yang pernah dilemparkan. Sedangkan Islam tak pernah tertegak dengan mata pedang.

Kan lebih baik kalau anak muda ini diajak berzikir dan berselawat? Dari pikul pedang, kan lebih elok kalau pikul peralatan pertukangan, betulkan rumah fakir yang usang?

Atau apakah ini contoh satu amaran yang kononnya mereka sedia nak 'berperang'? Jangan begitu. Ini tak baik untuk imej Islam. Mencemarkan.

Bila ada yang kaitkan dengan Taliban, mereka tak terima. Suruh ambil tindakan. Kononnya dakwaan begitu boleh menimbulkan kegentaran awam. YB Saifuddin Nasution Ismail sila ambil perhatian.

Tapi perlakuan sebegini, yang lebih menggentarkan awam, mengapakah dianjurkan? Aku cuma harap perkara sebegini takkan berulang lagi. Guane boh?

Raja Gelap

KITA DENGAR APA BEKAS PM TEBUK ATAP YANG KECEWA- MUHYIDDIN YANG UCAP DIA YANG CAKAP


 

APA BERLAKU SEMASA MUHYIDDIN YASSIN MEMERINTAH- GAGALIS


 

PENDEDAHAN KETUA AUDIT NEGARA SENDIRI- BELI TAK ADA JAMINAN


 

KISAH PELIK HARI NI- PATUT HANGPA TUNJUK LA SEGALA BENDA KEJAYAAN NEGARA ISLAM...


 

KISAH VENTILATOR- MELINGKUP 13 JUTA- KISAH YANG DICERITAKAN INI LEBIH JELAS-SILA DENGAR. . HABIH ALIM ULAMA DALAM PAS DIAM ?


 

ORANG PAS SUKA DIPANGGIL WALAUN


 

INILAH INSAN YANG MENDEDAHKAN KONSPIRASI DAN KEPALANYA AZIZ SAMSUDIN


 

KEH..KEH..POLIS PANGGE DAH WOIII-


 

HANGPA LIHAT DIA PUNYA SAMSENG- KALAU NAK DIBALAS BIARKAN LAH TUHAN YANG BALAS KE DIA


 

NAK PELIK APA- MEMANG DAH BANYAK YANG PELIK DAH PUN.DENAR CERITA POLIS DAH PANGGIL...KEH..KEH... .

 LATEST HEADLINESSelangor hands out RM5,000 to families of Batang 

‘Pelik la’, kata ketua Pemuda PAS lihat ahli sayap berarak guna pedang, lembing

Tular di media sosial hari ini melibatkan gambar ahli PAS berarak menggunakan pedang dan lembing di jalan awam.

Gambar dalam akaun Pemuda PAS Terengganu memaparkan ahli parti itu berarak menggunakan pedang, lembing dan perisai. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari menganggap “pelik” melihat Pemuda PAS Terengganu berarak pada satu majlis bersama pedang, lembing dan perisai.

Difahamkan, perarakan itu berlaku pada Jumaat, di Setiu, Terengganu, pada acara pembukaan sempena perkumpulan Pemuda PAS negeri itu, Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit), berlangsung selama dua hari.

Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel

Fadhli berkata, beliau hanya dijemput pada pelancaran majlis itu dan tidak mengetahui berhubung perarakan.

“I (saya) pun tengok gambar tu (itu) pagi tadi…I tengok gambar and I pun rasa agak pelik la,” katanya kepada FMT.

“I tak ‘join’ (sertai) ‘event’ (perarakan) tu,” katanya mengulas lanjut mengenai ahli PAS berarak menggunakan pedang dan lembing.

“Tapi kalau nak tau (tahu) lebih lanjut, I think better (saya rasa lebih baik) tanya dengan Pemuda PAS Terengganu.”

FMT sudah menghubungi Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Harun Esa bagi ulasan lanjut.

FMT juga cuba mendapatkan ulasan Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa sama ada perarakan seumpama itu memerlukan permit atau tidak.

Awal hari ini, tular di media sosial gambar sekumpulan lelaki dipercayai ahli PAS berarak menggunakan pedang, lembing dan perisai.

Carian dalam akaun Facebook Pemuda PAS Terengganu mendapati, terdapat gambar sekumpulan lelaki berarak bersama pedang, lembing dan perisai, sambil bendera PAS turut sama kelihatan.

Akaun sama juga turut memaparkan kehadiran Presiden PAS Abdul Hadi Awang, selain beberapa tetamu lain.

Antara aktiviti dijalankan selama dua hari itu melibatkan perlawanan bola sepak dan sepak takraw, dan konvoi bermotosikal mengibarkan bendera PAS.

Menurut laporan The Malaysian Insight, Ketua Polis Setiu Afandi Hussin dipetik sebagai berkata, anggotanya sudah menghubungi Pemuda PAS Terengganu selaku penganjur untuk tampil membantu siasatan berhubung program berkenaan.

TU DIA...NAK PEE PERANG MANA PULAK..ORANG TUNJUKKAN TENTANG KEMAJUAN ISLAM..BUKA.N PATAH BALIK KE KURUN KE BELAKANG . ISLAM SUDAH MENCAPAI KEMAJUAN DALAM SEGALA BIDANG.





 *Apa motif Himpunan Pemuda Islam Terengganu (PAS) hingga berarak bawa senjata tiruan di program Pemuda PAS semalam, 17 Februari 2023?*


Kita dah nak berperang ke? Jika tengok kepada aturcara, program lebih kepada Himpunan Ahli Pas. Bukannya sambutan Israk Mikraj.


Program dirasmikan oleh TG Haji Hadi Awang, Presiden PAS dan di iringi oleh Utz Fadhli Shaari, Ketua Pemuda PAS


*Bagi pertuduhan ini, jika didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjaya Berbahaya 1958 boleh membaca hukuman penjara tidak kurang 5 tahun atau tidak lebih 10 tahun jika disabit kesalahan.*


Jika orang lain buat, comfirm kena report polis dan maki berjemaah.


Buat perarakan motor sepatutnya dah cukuplah. Bagi saya Pemuda PAS tidak patut dibuat perarakan seperti ini, nampak seperti ada unsur unsur mengugat ketenteraman awam, walaun pun benda itu tiruan.


Syam Ghaz


https://www.facebook.com/100008302865519/posts/pfbid02qhbwz1LvVbfELxY7WJCYnr3N85gsiQBKindyzqEAh3YjrS7HW6CDnz27sraf7HP7l/?mibextid=l066kq

LEBAI HABIH. MODAL

 

Ok, bab fitnah kononnya kerajaan mahu kurangkan jumlah pejawat awam, telah dinafikan oleh kerajaan.  Tahniah kerana sekali lagi kita dah buktikan kebodohan lebai.  Ok..pasni apa lagi modal mereka agaknya? 


Aku agak mereka akan reka cerita bahawa RUU 355 itu PH yg janji, dan mereka akan tuntut tunai segera.  Bila kita laksana saja RUU 355 itu nanti, barulah mereka akan kata itu sebenarnya idea Hadi.  Waktu lebai pegang kuasa, Hadi terlupa nak buat sebab sibuk jadi duta pantai timur.  


Itulah Lebayyun..


W.faudzin.





LICIK ATOK NAK ATUR UMNO

 

Ibrahim Mat Isa

Licik betul game atuk. Kalau orang UMNO masih percayakan pemilik lembu kondo ni alamat suatu kejayaan atuk saka melingkupkan UMNO. Jangan kasi muka!




AUTISM


Saya tengok di Tiktok, punya la mereka spin, nak tunjuk YB Kapar tu maksum. Habis cytro bekerja kuat defend YB mereka ini. Itu masalahnya bila dah taksub. Otak pun jadi tepu. 


Cuba kita bezakan kenyataan ini:


“Saya takde masalah dengan Menu Rahmah. Cuma sebolehnya peniaga pastikan makanan yang diberi berkualiti, cukup khasiat dan tidak menipu golongan yang memerlukan” 


Bezakan dengan: 


“Menu Rahmah ini untuk golongan miskin B40, jangan diberi makanan yang mutu rendah, boleh dedahkan mereka dengan kanser dan autism”


Satu menggalakkan peniaga berbuat benda baik. Tolong mereka yang memerlukan. 

Satu lagi, kenyataan yang meremehkan peniaga dan golongan B40, dan cuba nak menakutkan orang nak makan menu rahmah. 


Satu menunjukkan Pembangkang yang berhemah. Satu lagi menunjukkan Pembangkang yang kuat main politik. Semua nak dipolitikkan. 


Cuba tanya YB Kapar ini, mana study yang tunjuk, makanan low quality boleh sebabkan autism? Merapu much. 


Mintak simpang la, YB begini jadi Menteri. 


~LM~



PRESIDENG PAS KATA NEGERA EROPAH TAK BANTU TURKI- DIA MEMANG BUTA MAKLUMAT- NASIB BAIK MARANG JA KELUAR BERITA...NASIB TAK JADI KERAJAAN...


 

MAN KASTAM KENA - KISAH LAMA TAPI MASIH SEGAR DAN TERSUKA- DIA CAKAP PANDAI DILUAR- DALAM DEWAN DIA KENA KAW KAW.


 

6 NEGERI DIJANGKA BUBAR DUN SERENTAK


 

KALAU DAH BERKALI-KALI TARIK ATAU GANTUNG TERUS- OLEH KERANA YB FAHMI INI DAH MULA GERAK MAKA AKU AKAN PADAM KEMPEN AKU NAK HENTAM DIA- TAPI AKU SEDANG MEMERHATIKAN AKHBAR SUARA KEADILAN DIHIDUPKAN KEMBALI MEWAKILI PARTI PKR...


 

ORANG PAS NI DENGAN AGAMA PUN DIA SELEWENG DENGAN MAKAN PUN DIA SELEWENG JUGAK...


 

DIS IS KOTE BARU PENANG. DON SEE DON NO....


 Mukhlis Eddie- Don pitenah n send rong picture...all news are pelesu.....



TUNGGU GAJI BARU KE...BARU NAK BUAT KEEJE...INI BARU BERITA BUKAN FITNAH DAN PELESU. NI BERITA REAL.


 

Amboiii..Angpa ni kaki pitenah betoi aihhh..beeita pelesu nihhhhh....



 Wow.. Inilah kaki kaki FITNAH..



ISHHH...ISSSHHHH..NO...DAMPAI GITU....KUTIP SAMPAH BANYAK DAH ...

 


Amboi! Macam tu sekali cium tangan. Ada bau kari kelah tak tu? Hahaha...


Kesian jugak PAS ni. Dah macam pipi tak mancung, hidung tersorong-sorong (aku tau terbalik - sengaja) lagaknya. Punya gilakan KJ, orang tu belum hantar borang pun dah nak pertimbang beri kerusi.


Seingat aku, masa bermusuh dulu, macam-macam yang PAS kutuk KJ. Ada yang siap share gambar tak elok pasal KJ. Kalau baca, kadang rasa macam KJ dah confirm ahli neraka dah masa tu.


Tiba-tiba KJ jadi pujaan hati pulak ye? Mungkinkah KJ dah sampai taraf wali sekarang ni? Pengajaran untuk PAS. Lain kali jangan syok sangat keji orang. Satu hari nanti terhegeh-hegeh nakkan orang tu.


Apa pun, ini bukti yang PAS ketandusan pemimpin muda. Cuba tengok PH. Langsung tak pandang pun KJ. Sebab PH ada barisan pemimpin muda yang sedia galas tanggungjawab.


Tapi tidak bagi PAS. Mereka terpaksa tebalkan muka mengharap cinta dibalas oleh KJ sebab tiada pemimpin muda yang mereka boleh harapkan. Yang adapun jenis pandai buat kelakar je.


Untuk KJ, boleh je nak try join PAS. Tapi janganlah harap dapat jawatan tertinggi. Sebab jawatan tu cuma untuk lebai. Dulu PAS pernah buang setandan pemimpin hebat, hanya kerana mereka bukan ustaz. Kalau KJ cuba nak duduk jawatan tertinggi, sedia untuk dibuang sekali lagi.


PAS-KJ mungkin kombinasi hebat. Teringin juga aku nak tengok KJ bergelar ustaz. Al-Fadhil Ustaz Tuan Guru KJ. Mungkin KJ pun dah boleh belajar keluarkan dalil. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

USAHA TELAH DIMULAKAN UNTUK MENGURANGKAN BEBAN GURU

 




Berita baik untuk para guru. Alhamdulillah, usaha telah dimulakan untuk mengurangkan beban guru. Benda yang baik, kita kena puji.


Sekarang kita tunggu reaksi PPD serta Jabatan Pendidikan Negeri. Biasanya mereka ini kreatif bab putar belit arahan.


Contoh macam pertandingan hanya yang memberi impak kepada pelajaran. Nanti tiba-tiba banyaklah pulak pertandingan yang beri impak pelajaran.


Kita tengok bagaimana respon menteri nanti. Tapi setakat yang ini, aku hargai dan ucapkan tahniah dan terima kasih buat menteri.


Namun sebagai bapa, aku masih terkilan dengan menteri bila dia berkata pendidikan kita setaraf dengan negara seperti Singapura dan Jepun.


Apa lagi kenyataan itu berdasarkan kajian dibuat oleh pegawai kementerian. Aku teringin nak lihat kajian dibuat tentang silibus pendidikan negara kita. Tapi rasanya itu takkan berlaku.


Aku masih berharap menteri akan buat satu JK yang melibatkan ibu bapa, guru, tokoh akademi dan mereka yang dirasakan perlu untuk kaji silibus pendidikan di sekolah kita.


Tak apa. Dengan apa yang berlaku ini, kita berikan masa untuk menteri lakukan sesuatu. Setidaknya sudah ada progress.


Yang baik, kita puji. Yang tak capai tahap, kita kritik. Kita kritik bukan sebab benci. Tapi sebab kita mahu yang terbaik. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

HOK ALOH- KALU BETUL LAH LAGU NI-ISHHH...SAPA SAPA JEJAK KAKI KE SINI- TANAM JIRAT CINA. NAK KIRO LAGU MANA NIH...


 Gambar fb Muklis Eddie



TERINGAT ZAMAN NAJIB. SAYA TAK KENAL KHO LO..SUMPAH...DIN PAGOH PUN SAMA JUGA..

 

Teringat zaman Najib "Saya tak kenal jho low"

Tapi last-laat Jho Low tipu saya 🤣



UNTUNG ADA MADANI- DI KELANTAN ADA APA DIANYA- NAK PECAHKAN UMMAT ISLE NIM.


 

OOOO- TEDIAAAAA AIIIIHHHH NO- THE REAL PENYAMUN- PUNYA TERUK- SYARIKAT BARU 4 BULAN DAPAT HAK MELOMBONG...


 

PAS PEMBOHONG AHLI- MENTERI UNDANG UNDANG DAN MENTERI AGAMA DAH PAS PEGANG-HAPA PUN TARAK- YELLEK- KISAH RUU 355- PAS PEMBOHONG KUAT JOM DENGAQ ELOK ELOK


 

KEDAH MAJU APA- PAKCIK NI BAGI TAU DAP BUAT MASJID LAGI ELOK DARI KEDAH


 

MP PAS YANG BIADAP AKHIRNYA TARIK BALIK KEBIADAPANNNYA


 

GENG PENGKHIANAT SEDANG RANCAK MENYEBARKAN MESEJ BERANTAI FITNAH PRESIDE...

PM luang masa bertemu rakyat sebelum solat Jumaat di Masjid Taman Putra ...


Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini singgah di Medan Selera Taman Putra Perdana bagi menikmati juadah tengah hari, nasi ayam Hainan sebelum bersolat Jumaat. Usai menjamu selera bersama Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari, Anwar bergerak ke Masjid Taman Putra Perdana, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari premis makanan itu.

Undi BN PH Masuk Neraka. PN Turut Menunggu Sokongan BN Pada Muhyidin.