ADA PERKARA YANG BOLEH DILAKSANAKAN OLEH PR

Seperti yang telah dilaksanakan oleh media Umno/Bn ,anugerah kewartawanan boleh dilaksanakan jika betul caranya.Dengan berbagai media yang di ketuai oleh media Pakatan Rakyat, sama seperti yang dianjurkan oleh anugerah media Umno/Bn, usaha ini patut di berikan sokongan secara moral walau bukan hadiah melimpah ruah.Dengan 5 buah negeri yang dikuasai PR sekarang,(mengiktiraf Perak sebagai negeri Pakatan Rakyat) , maka ianya boleh dilaksanakan.

Media cetak PR yang semakin bertambah kini juga punya komitmen yang baik dan tersebar baik secara blog atau pun media cetak, namun bukan itu harapan wartawan yang berada di alam cyber dan media cetak mahukan anugerah, namun patut di sedari bahawa golongan inilah yang memenangkan PR kalau bukan 100%, namun jasa perlu juga di berikan.Apa salahnya jika pandai menjaga hati wartawan dan tidak siapa pun yang rugi.

Pahit manis wartawan baik para blogger dan juga wartawan media cetak dipukul,hidu asap gas beracun sudah menjadi perkara biasa.Namun semua ini nampaknya tidak pernah pun wartawan ini merasa jemu ,malah menjadi semakin giat untuk membuat liputan dan juga membantu bersama Pakatan Rakyat.Jadi fikir-fikirkanlah...

LENA...LENA..LENA DI BUAI MIMPI KEMENANGAN

PAKATAN RAKYAT MASIH LENA



Saya telah mencadangkan kepada Pakatan Rakyat betapa perlunya kerajaan yang di perintah mereka agar memberikan khidmat percuma kepada rakyat di negeri yang diperintah meeka sejak mac 2008 , tetapi tida tindakbalas.Tidak lama lagi kita akan menyambut ulangtahun ke 2 dimana kita merayakan kemenagan besar pada pilihanraya umum yang ke 12 lalu, dan masih tidak punya capaian internet percuma hingga kini.(KECUALI PULAU PINANG YANG KINI DI FASA KE 2NYA )



KARYA ASAL OLEH :RAJA PETRA DI TERJEMAH OLEH WRLR DAN DI TAMBAH BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN SEMASA.



Pakatan Rakyat masih lena di buai mimpi dengan kemenangan lalu bukan kerana kegigihan orang mudanya bekerja atau pun kerana betapa lamanya ahli berkhidmat untuk parti, namun ianya adalah di sebabakan betapa bencinya rakyat terhadap pimpinan Bn yang makin mendesak rakyat untuk membenci meraka. Pakatan Rakyat juga masih mengidamkan kemenangan untuk masa akan datang terutamanya pada pilihanraya ke 13 tanpa melakukan apa-apa pun.mereka tidak menyedari betapa pentingnya rangkaian internet di hubungkan dengan rakyat dan betapa ianya memberi kesan yang cukup besar kepada pengundi mereka, kecuali mereka hanyalah mengidamkan sesatu tanpa melakukanya sesuatu yang berguna untuk pengundi mereka.Jangan pula selepas mendapat keputusan pada pilihanraya yang ke 13 nanti masing-asing telah berkata”lihat aku telah mengingatkan kamu” kepada diri masing-masing.Pada hal mereka sendiri masih hilang idea untuk melaksanakannya .Lihat video dibawah untuk membuktikan betapa relevennya pegunaan internet di perluaskan.

Pakatan Rakyat masih lena dan berfikir betapa mereka akan berjaya mendapat sokongan dari rakyat dengan tidak melakukan apa-apa . Saya merasa bosan untuk cuba memberikan idea serta nasihat dan cuba pula untuk melontarkan pandangan bernas betapa pentingnya penggunaan internet di perluaskan di negeri yang diperintah mereka kerana jika tidak berhati-hati dan tahu menggunakan peluang yang ada di depan mata, maka kerana itu, adalah tidak mustahil jika negeri yang di perintah akan kembali kepada kedudukan asalnya..
Pakatan Rakyat tidak melihat betapa adanya peluang keemasan yang terbaik kini di mana menggunakan internet dan juga media elektronik dan kerana itu mereka (Pakatan Rakyat) perlu pula menyalurkan berita dan maklumat sama ada melalui internet atau elektronik kepada setiap pengundi mereka. 10 tahun dahulu kita cuma dihubungkan kepada rakyat dengan jumlah 280,000 talian kepada 8 juta pengundi, kini peratusannya ialah setiap individu boleh dikatakan mempunyai hubungan dengan internet.


Ianya mudah dan amat senang.Dia atau sesiapa sahaja yang mengawal internet dan telnologi maklumat akan dapat memberikan idea dan juga pandangan serta maklumat terus kepada pengundi. Pada tahap di mana kemuncak peperangan di Vietnam,4 dari 5 askar Amerika membawa surat khabar, hari ni hanya 2 dari 5 rakyat Amerika mendapatkan malumat dari internet.

Bilangan jualan akhbar di Indonesai juga pada hari ini adalah begitu berbeza berbanding dengan era reformasi dimana hanya separuh akhbar cetak di jual terutamanya di era kebencian terhadap regim suharto.Ini adalah kerana rakyat Indonesia juga kini telah bergantung kepada maklumat yang boleh di dapati di internet.
.
Rupert Murdock menjangkakan bahawa mulai 2030 akhbar bercetak akan terus di gantikan dengan akhbar elektronik.Jadi Pakatan Rakyat menafikan pengunaannya dengan kesilapan mereka sendiri.Jadi biarlah pada 19 Disember nanti pihak Pakatan Rakyat akan membincangkan perkara ini di dalam majlis konvensyen mereka dan berusaha pula untuk melaksankannya nanti.