(LIVE) Anwar Ibrahim Membangkitkan Perkara Terkait SPRM, PAC, Pandora Pa...



SILA SKIP KEHADAPAN MELEPASI MUZIK



Mana Asatizah Apabila Pemimpin Terangan Songlap Wang Rakyat?

TERKINI TUAN IBRAHIM KENA LAGI TAPI BUKAN PASAL SPRM!

MENANTI STRATEGI ANWAR GAGAL UNTUK DISALAHKAN



Anwar sentiasa percaya bahawa strategi parti itu lebih baik dibuat secara berjemaah walaupun belum tentu berjaya

SUBAHAT


 

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA...MENTAFSIR RASUAH IKUT SELERA SENDIRI

 







Usaha memberi takrif baru rasuah sebagaimana ditegaskan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang hakikatnya hanyalah satu langkah sumbang Pas dilihat mahu menghalalkan rasuah.


Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata, Pas tidak sepatutnya meletakkan Malaysia jauh kebelakang dengan mengeluarkan formula indeks rasuah, integriti dan indeks transperansi tersendiri di samping mengenepikan formula nasional dan internasional yang sedia ada.


Bahkan katanya, Pas yang menjadi sebahagian daripada kerajaan pada hari ini sepatutnya menjayakan plan anti rasuah yang telah diusahakan Pakatan Harapan sebelum ini.


“Bukannya terus bersikap seolah-olah hanya Pas yang tahu dan Pas yang lebih tahu dan lebih Islam.


“Jangan terus-terusan tungang Islam hanya untuk justifikasi sikap tidak konsistan Pas dalam banyak hal, sejak jadi kerajaan Pas banyak berubah,” katanya kepada Malaysia Dateline.


Tegas beliau yang juga Ketua AWAN Nasional, masalah utama Malaysia dalam isu rasuah bukan tafsiran tetapi kepada penguatkuasaan dan kesungguhan kerajaan membanteras rasuah yang kini sudah menjadi budaya.


“Kehendak politik parti pemerintah dalam mengatakan yang salah itu salah walau siapa pun yang melakukannya.


“Misalnya surat sokongan, PH telah wujudkan sekatan terhadap penggunaaan surat sokongan kerana ia sebahagian daripada pembukaan pintu-pintu peluang utama ke arah rasuah,” katanya.

 

Dalam hal ini, katanya, Pas patut berani menegur Timbalan Menteri Belia misalnya yang terang-terangan berbangga menggunakan surat sokongan untuk kepentingan politik.


Justeru katanya, sikap Abdul Hadi Awang menimbulkan pelbagai tanda tanya bahkan dikhuatiri akan ada rasuah yang diberikan tanda halal hanya kerana ia memberi kelebihan dan kepentingan kepada Pas dan PN.


“Sikap ada dalil jika mahu halalkan atau ada dalil jika mahu haramkan sesuatu ini sebenarnya bukan benda baharu dalam Pas, bahkan semasa menjadi ahli Pas ini antara yang menjadi kritikan sebahagian kami.” ujarnya.


Tambah beliau, jika Pas dibiarkan terus menjadi sebahagian daripada kerajaan dengan sikap dan budaya mereka seperti ini, negara akan menjadi lebih rosak.


“Pas dan PN gagal dalam usaha memerangi rasuah, bahkan dalam banyak tindak-tanduk mereka, mereka jauh lebih buruk dan hodoh berbanding BN,”tegas beliau.


Terdahulu, Hadi Awang mahu takrif rasuah dikaji semula dari sudut pandangan Islam yang sebenar.


Menurut Hadi, sumbangan kepada pihak yang memerlukan dan bukan atas tujuan peribadi sama ada individu atau masyarakat umum, tidak harus dimasukkan dalam makna rasuah.


Kini, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2020 jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga 51 pada 2019 iaitu semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.


Daripada 180 negara, Malaysia mencatatkan skor 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.


Berdasarkan analisis yang dilakukan, kejatuhan kedudukan CPI Malaysia bagi 2020 mungkin dipengaruhi beberapa faktor terutamanya disebabkan pembaharuan institusi kerajaan yang terhenti.


Oleh NASUHA RAHMAN 

HAAAAA...DAH KENA KAW KAW...TERKINI DIA MINTA EHSAN YDPA PUAK...




HAMZAH RIE NA


Pendirian Zahar Ujang bukan pendirian 6 ahli Lembaga Penasihat2 SPRM. Haaaa ambik kawww!!!

AZAM Baki berada didalam kawah sup panas.

Nampaknya kenyataan Takiyuddin dan peja membela Azam Baki menampakkan ketidak cerdikan masing2. Termasuklah ustaz petir yg membela perkara mungkar.Description: 🌚Description: 🌚Description: 🌚Description: 🌚

ENAM ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjauhkan diri daripada tindakan pengerusi untuk membebaskan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki daripada sebarang dakwaan salah laku pemilikan saham.

Ahli lembaga itu dalam satu kenyataan berkata mereka tidak berkongsi pandangan Pengerusi Lembaga Penasihat Anti Korupsi SPRM (Acab) Abu Zahar Ujang dalam isu itu.

“Kami dengan terang dan jelas ingin menyatakan yang ahli lembaga pada mesyuarat atau pada bila-bila masa selepas itu tidak meluahkan pandangan seperti yang dipetik daripada Abu Zahar,” katanya dalam kenyataan bersama dikeluarkan hari ini.

Mereka merujuk kepada kenyataan Abu Zahar yang berkata lembaga mendapati Azam Baki tidak melakukan sebarang kesalahan selepas mendengar penjelasannya tentang saham milik adiknya menggunakan akaun perdagagangannya.

Saham itu kemudiannya dipindahkan kepada adiknya, dan kerana itu tidak wujud konflik kepentingan, tambahnya.

Ahli lembaga pengarah itu berkata pandangan yang dikeluarkan pada sidang media Rabu lepas, adalah keseluruhannya pandangan peribadi Abu Zahar.

Mereka berkata sebelum sidang media dibuat, mereka mengadakan perbincangan berasingan dengan Abu Zahar dan mencadangkan supaya isu itu dirujuk kepada jawatankuasa bebas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Korupsi atau Panel Aduan SPRM.

Bagaimanapun, pandangan dan cadangan mereka tidak disebut Abu Zahar pada sidang media yang dibuat. 

MEMANG ELOK PUN KAU DIDIAMKAN DALAM PAS...SEBAB KAU MERAPU LA MOKHTAR SENIK...LIABILITI UNTUK PAS...KAU MEMALUKAN PARA LEBAI

 


Panas! Mokhtar Senik merungut ‘dipeti-sejukkan’ dalam Pas

Panas! Mokhtar Senik merungut ‘dipeti-sejukkan’ dalam Pas

Salah seorang ulama berpengaruh PAS, Mokhtar Senik, kini diberikan amanah menjaga biro berkaitan veteran parti dalam mesyuarat badan berkenaan semalam.

Menurut Mokhtar selaku anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, dia kini menjadi pengerusi bahagian as-Sabiqun dan tidak lagi mengetuai Pertubuhan Muafakat Pondok Semalaysia (PMPS).

Katanya, dia dimaklumkan pertukaran tersebut dibuat selepas memberikan prestasi begitu cemerlang semasa mengetuai PMPS.

“Alhamdulillah. Yang (saya) bimbangnya kalau prestasi PMPS ini hancus.

“Terasa macam duduk dalam freezer kayu je (sekarang). Sejuk semacam. Alhamdulillah. Boleh juga ambil berkat orang lama-lama dalam PAS,” katanya awal pagi tadi.

Bekas ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu juga berkata semua orang akan menjadi “orang lama” juga pada suatu hari nanti jika berusia panjang.

Dia juga berharap penggantinya di PMPS menjaga institusi pondok.

“Sebab yang sayangkan pondok hanya orang pondok dan orang yang cintakan pondok.

“Jaga-jagalah kerana orang yang bencikan pondok akan guna orang pondok juga untuk ‘bunuh’ pondok,” katanya.

Sementara itu rata-rata kenyataan dibuat Mokhtar di media sosialnya mendapat reaksi positif dengan ramai yang mengucapkan tahniah.

Salah seorang daripada mereka juga berpendapat penyertaan Mokhtar ke bahagian mengelola veteran parti sebagai “awal.”

“Sebab tu ana (saya) kata masuk freezer,” balas Mokhtar di bahagian komen.


BEKAS PM GAGAL: Muhyiddin tak mengaku lantik Azam Baki semasa jadi PM

 


Panas! Muhyiddin tak mengaku lantik Azam Baki semasa jadi PM


Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pihak tertentu tidak mengheret beliau dalam kontroversi pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Menurutnya, walaupun pelantikan Azam dibuat ketika beliau menerajui negara, ia melalui proses sepatutnya.

“Bukan saya yang lantik tetapi diperakukan oleh sebuah jawatankuasa yang mana Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali ketika itu yang mengemukakan cadangan namanya,” katanya pada sidang akhbar mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di sini pada Isnin.

Beliau berkata, Azam didapati layak dan melepasi kriteria yang ditetapkan.

“Jawatan kerajaan terutama penting seperti itu tidak buat secara begitu mudah,” katanya.

Muhyiddin berkata, pelantikan Azam bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyandang sebelum ini, Latheefa Koya.

“Saya tak rasa ada kesalahan (prosedur pelantikan), urusan dibuat oleh KSN dan saya memperakukan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

“Jadi jangan kaitkan proses itu (pelantikan) dengan kes yang kita dengar sekarang ini, saya tak mahu ulas kes itu,” katanya.

Sejak minggu lalu, Azam yang merupakan orang nombor satu SPRM dihimpit kontroversi pemilikan saham beberapa syarikat senaraian awam.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said membangkitkan persoalan sama ada Muhyiddin membuat pemeriksaan terperinci sebelum melantik Azam pada Mac 2020.

'Konvoi Selamatkan SPRM': Pemimpin AMK dipanggil polis (VIDEO INSIDE)






 

Konvoi Selamatkan SPRM semalam dengan 100 buah kenderaan menyebabkan pihak polis memanggil pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia esok untuk disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Menurut Ketua AMK, Akmal Nasir selain beliau, Naib Ketua AMK, S. Thiban, Setiausaha AMK Syukri Razab dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan P. Prabakaran juga dipanggil sama.

"Sementara kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis, initimidasi terhadap pemberi maklumat mahupun kumpulan pendesak perlu dihentikan segera, dan sebaliknya (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Tan Sri Azam Baki perlu dicutikan agar siasatan rapi dapat dijalankan.

"Malangnya pada masa yang sama, kerajaan terutamanya Perdana Menteri dilihat masih pasif dan tidak menghiraukan gesaan orang ramai agar ‘darurat integriti’ ini segera dipulihkan.

"AMK mengambil pendirian untuk meneruskan desakan sehingga krisis integriti ditangani dengan lebih serius oleh pihak Kerajaan," katanya.

Tambah Ahli Parlimen Johor bahru itu, AMK tidak akan gentar dengan sebarang intimidasi dan akan meneruskan desakan melalui 'Memorandum Rakyat' yang akan diserahkan di hadapan Bangunan Parlimen ketika Persidangan Khas Parlimen pada 20 Januari ini.



"Bagi menjadikan serahan memorandum ini sebagai referendum kebimbangan rakyat, AMK akan mengadakan konsultasi bersama para aktivis, kumpulan masyarakat sivil, NGO-NGO, aktivis mahasiswa, serta kumpulan-kumpulan pendesak yang lain," katanya.

Selain itu, Akmal juga berkata, AMK setiap negeri telah melakukan laporan polis agar menyiasat skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM .

Azam menjana kontroversi apabila mengaku Akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) Saham miliknya digunakan oleh adik beliau untuk pembelian saham dan waran melibatkan sejumlah wang yang besar.

Isu berkenaan semakin serius apabila Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak menggunakan kuasa beliau membenarkan siasatan bebas dengan mencadangkan penubuhan suruhajaya siasatan khas sebagaimana dituntut Pakatan Harapan dan parti pembangkang lain.

 

SIAPA BOHONG?

 

Berikutan kontroversi yang kian meningkat berhubung kedudukan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, malah perlantikannya juga turut dipertikaikan, bekas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin menafikan beliau yang mencadangkan perlantikan itu.

Sebaliknya, kata beliau , Ketua Setiausaha Negara ketika itu yang mencadangkan nama Azam untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi menggantikan Latheefa Koya yang meletakkan jawatan.

“Ya, dia dilantik ketika saya menjadi Perdana Menteri.


“Bila berlaku kekosongan bekas Ketua Pesuruhjaya yang dahulu berhenti maka perlu ada pengganti.

“Yang melantik bukan saya iaitu selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan proses lantikan itu teratur mengikut peraturan.

“Pelantikan itu diperakukan oleh sebuah jawatankuasa, Ketua Setiausaha Negara mencadangkan namanya, bukan saya.

“KSN cadangkan nama Azam kerana fikir dia layak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara.

Begitu pun, dalam kenyataan media Azam Baki yang kini tersebar di media sosial selepas perlantikannya itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mahiaddin kerana mencadangkan namanya kepada Yang Dipertuan Agong untuk memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Kenyataan medianya bertarikh 9 Mac 2020 itu menyebut – Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang telah mencadangkan nama saya Kebawah Duli Tuanku.

Mahiaddin tidak mengaku dia yang mencadangkan nama Azam, tapi Azam dengan jelas merakamkan ucapan terima kepada Mahiaddin kerana telah mencadangkan namanya.

Siapa bohong? – ShahbudinHusin 11/01/2021




PRN Melaka, Sarawak bukan kayu ukur tepat prestasi, PH akan bangkit - Johari Abdul

 



Penganalisis politik yang meletakkan Pakatan Harapan (PH) di tempat ketiga dalam persaingan politik negara berbanding BN dan Perikatan Nasional (PN) mungkin membuat kesimpulan yang kurang tepat, terutama apabila melibatkan kekuatan PH menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul, prestasi PH didapati menurun sewaktu pandemik Covid 19 baru baru ini mungkin kerana sukarnya pimpinan bertemu rakyat.

Namun, kata Johari, PH khususnya KEADILAN mempunyai kaedah tertentu melakukan kebangkitan dalam situasi politik yang kurang menguntungkan ini dalam norma baharu pasca pandemik.

"Untuk bangkit jelas kita kena ada program yang khusus, kekuatan kita bertemu rakyat. Sekarang kita tidak boleh bertemu rakyat, kita kena cari kaedah, kita harus bertemu rakyat.

"Sekarang saya rasa sudah boleh jumpa, namun harus ada program penerangan, program bersama rakyat. Setelah dua tahun tak jumpa maka kita (harap) ada masa setahun lagi (sebelum PRU)," katanya kepada Suara Keadilan.

Berkenaan Prosedur Operasi Piawai (SOP) dalam PRN Melaka dan Sarawak yang sengaja direka bagi menyekat ceramah umum, Johari menganggap hal itu lebih kepada percaturan politik pemerintah.

PH jelas beliau, tidak mempunyai banyak masa menghadapi SOP baharu ketika PRN. Ketiadaan ceramah umum yang menjadi medan PH menyampaikan maklumat disekat, maka setelah ini PH perlu memikirkan kaedah lain.

"Dengan keadaan SOP dan sebagainya yang ditentukan oleh kerajaan, maknanya pilihan raya dalam keadaan terkawal (oleh kerajaan BN). Sudah tentulah keputusannya boleh dicatur tetapi ini tidak bermaksud kita tidak mempunyai strategi kita," tambahnya.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu menegaskan, prestasi PH realitinya telah terkesan sejak lama dibelit kemelut politik selepas tumbangnya kerajaan mandat rakyat pada Februari 2020.

Katanya, terdapat defisit keyakinan selepas Mac 2020. Rakyat memberi kepercayaan kepada PH membawa perubahan namun tindakan Tun Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri (PM) secara mengejut menyebabkan sokongan merosot dan rakyat mengalami 'letih' berpolitik.

"Malang kita mempunyai bekas PM yang membuat kesilapan besar, Mahathir letak jawatan. Rakyat beri mandat. Rakyat kecewa dengan BN dan beri mandat pada kita dalam PRU 14.

"Jadi pengkhianatan pertama (mandat rakyat) bila Mahathir letak jawatan. Bagi saya bukan Azmin, pengkhianat pertama itu Mahathir. Paling tidak nak letak jawatan rundinglah dengan kita. Oleh kerana dia letak jawatan itu maka berlakulah kecelaruan sekarang

"Kedua, datangnya PM Mahiaddin Yassin. Dia bawa sensara kedua, buat kabinet 70 orang, beri jawatan politik pengerusi GLC. Dia main politik atas penderitaan rakyat. Kemudian datang pandemik. Cara pengendalian pandemik huru hara dan SOP entah apa apa, vaksin lambat ditempah menyebabkan orang menderita," kata Johari lagi.

Manakala sensara ketiga apabila PM Ismail Sabri Yaakob meneruskan lantikan kabinet besar Mahiaddin serta membazirkan kewangan negara.

Sensara keempat pula, kata Johari, adalah banjir besar pada pertengahan Disember 2021 dan kelima larinya pelabur asing dari Malaysia kerana kegagalan kerajaan menunjukkan keseriusan melawan korupsi

Kesemua hal itu, menurut beliau menyebabkan rakyat letih menghadapi politik dan pengundi PH kurang berminat keluar mengundi.

Bagaimanapun, bagi pemimpin veteran KEADILAN tersebut, untuk PRU 15 PH perlu merangka strategi yang sesuai dalam mengembalikan kredibiliti serta menarik semula minat rakyat terhadap politik murni yang mampu merobah masa hadapan negara.

 

Kunci dan mangga itu ada pada Tuan president..


Aku melihat Pakatan Harapan fasca sebelum pru14 dan Pakatan Harapan fasca pru15 sangat berbeza.

Perbezaan itu saya simpulkan 5 ketegori.


Namun demikian saya suka bercerita tentang pkr dalam 5 perbezaan tersebut.


1. Pru14 tanpa Anwar

2. Pru15 kita ada Anwar Tapi tanpa Rafizi Ramli ( kita andaikan dulu tanpa beliau, Namun besar dalam Lubuk hati saya, saya berharap sangat dia ada dlm pru15)

3. Pru14 kita ada gerakan Rafizi yang sangat hebat dalam pkr

4. Buat setakat saya tulis ini. Saya tak nampak sorang yang sangat epysen dan bijak mengatur politik pkr di lapangan

5, pkr tidak ada sorang yang menjadi idola

Pengundi untuk mereka percaya, terutamanya

Pengundi muda dan non partisan.


Minta maaf mungkin tulisan saya ini, tidak memenuhi halwa pendengaran telinga anda.

Tetapi saya terpaksa dan memaksa diri saya menulis sesuatu yang tidak sedap di dengar dan tidak sedap di jiwa..

Jadi saya memilih teguran yang melawan arus

Kehendak reramai.


Kalau ada part dalam tulisan saya ini

Yang mungkin anda fikir melecehkan pkr atau amnya Tuan Presiden yang kita kasihi.

Saya minta maaf. Sebab saya bukan penglipur Lara yang hanya bercerita happy happy..


Terus kepada point tulisan saya ialah..


Pru14 Pakatan Harapan menang sebab ketika itu Umnobn berada di tahap paling hina dan lemah di mata rakyat. Siapa yg membawa berita buruk Umno itu kepada rakyat. Tidak lain tidak bukan saudara Rafizi yang kau orang panggil sotong itu..


Umno di bawah Najib ketika itu bukan sahaja rakyat Malaysia tahu kes Najib malah seantareo dunia tahu kes najib dan isterinya rosmah mansur.siapa yang berjaya membuka pekung kejahatan kejelekkan ke gobrokan itu

Sudah tentu rafizi.


Nfc lembu di kondo, src Imdb satu cerita paling hangat di perkataan dalam Malaysia dan dunia

Siapa yang pertama bawah isu secara berniaga di tepi Jalan ke pelusuk Malaysia. Sudah tentu Umum tahu. Iaitulah saudara Rafizi Ramli 


Siapa yang tidak mengakui kebenaran ini

Anda seorang yang tidak ikhlas dalam falsafah

Politik..


#AnwarIbrahim..


Walaupun beliau Cuba dinyahkan oleh pihak tertentu seperti shafie apdhal dan mukriz a/l Mahathir mohammad dan sesetengah kanak kanak Dap dan kanak kanak pan.

Saya kekal tidak bersetuju dengan kritikkan mereka. Kerana bagi saya Anwar itu kekal relevant  sebagai ketua pembangkang hatta menjadi perdana menteri Malaysia.


Yessss saya sangat yakin beliau layak.

Tetapi bagaimana kita mengangkat beliau jadi perdana menteri kalau keadaan kita pkr sekarang tidak ada riak riak hint hint bahawa kita PKR Boleh menang..


APA alasan anda pkr Boleh menang dengan pkr berwajah sekarang.... Jawap ikhlaslah beb..

Boleh menang kah..


Pada Aku brand Anwar sebagai produk di jual sebagai bahan atau Barangan di pasaran rakyat pru15 itu masih laku..cuma masalahnya

Team iklan, team sales, team packaging untuk

Perkenalkan produk bernama Anwar itu tidak

Cukup pandai dan mahir, kadang team team ini

Pemalas buat kerja.. Samada pemalas atau

Mereka tidak pandai menjalankan tugas mereka..


Jadi apa yang kita kena buat jika keadaan ini

Nampak kelompongannya...

Saya tahu anda punya pandangan atau pendapat Masing2... Berilah pendapat pandangan nanti.... Sila..


Tetapi kalau anda Tanya saya apa solusinya

Cuma satu jawapan wahid saya..

Anwar kena panggil saudara rafizi dalam kadar segera... Titik..!


Tak kiralah bagaimana caranya untuk ajak rafizi masuk. Yang penting berjaya bawah dia masuk balik..

Aku pernah mencadang dengan sorang kawan cara bawa masuk balik rafizi. Mungkin agak mencabar wibawa Tuan Presiden bila saya kata. Anwar kena jumpa rafizi in direct face to face.. Kerana pada hemat saya cara itu sahaja Boleh bawa masuk rafizi...


Tulisan saya ni mungkin anda lihat atau fahami

Sebagai meragui kemampuan Anwar..

Anda silap.. Ini kerana bagi saya. Rafizi itu gandingan mantap Anwar duet mereka di pru15 ini nanti umpama satu batu besar kau campak dalam tasik kecil lalu hentakkan batu besar itu menghasilkan percikkan air yang banyak dan banyak...


Tanpa rafizi pkr  susah menang. Kenapa saya kata begitu. Sebab tugas yang pernah galas dulu kini tiada siapa ambil.. Yang ada hanya

Di sekeliling Anwar makan suap, pemalas berkerja pemalas berfikir......

Dan sebab itu saya tetap berkeras dengan sesiapa sahaja bahawa rafizi itu kena ada di pru15 ini nanti..


Pada tuan Presiden pkr Saudara Anwar Ibrahim  Ibrahim

Yang Aku kasihi. Saya tulis begini setelah saya banyak bertanya kepada orang  bawahan

Dan ini adalah servey hasil kerja saya..


Pada saudara rafizi ramai sangat menanti

Come back anda.....


Yang benar Ritz Farish Farish aka  megat farish.

Pahit tapi terimalah kebenarannya


NORMAN RADZUN



PUNCA SEBENAR KENAPA PH DITOLAK RAKYAT



Ketika di KL skg ini hampir saban malam saya menerima tetamu utk berbicara dari pelbagai pihak samada dari parti sendiri yg pelbagai pendirian, rakan parti komponen dan rakan parti lawan.
Kadang2 saya rasa gembira kerana diterima oleh kawan dan lawan utk berbicara. Ia sgt profesional. Antara topik yg sering dibicarakan tentulah kenapa PH ditolak?
Kebanyakan mereka bertanya mereka memberikan jawapan sendiri. Kata mereka dlm bahasa lembutnya Anwar perlu mencari pengganti atau dlm maksud lainnya Anwar sudah tidak relevan. Ada yg kata kena berikan kpd nama2 tertentu di dlm parti dan sebagainya.
Tapi jawapan saya kpd mereka... Anwar masih relevan hingga PRU16. Bukan membodek tetapi saya tidak nampak pelapis yg benar2 mampu mengambil tugas tersebut. Ya selepas itu (PRU16) jika beliau gagal utk membawa kemenangan kpd PH, Anwar sudah boleh meletakkan calon penggantinya atas faktor usia.
Kenapa saya kata beliau masih relevan? Jika pernah berbicara empat mata atau di meja bulat anda akn tahu betapa tajam pemikiran politiknya. Cuma beliau mendapat tentangan kerana prinsip politiknya yg tegas kpd rasuah.
Yg pihak mengatakan beliau tidak relevan adalah Mahathir iaitu individu yg paling takut jika Anwar menjadi PM. Siapa lagi selain Mahathir... anak beliau Mukhriz.
Mukhriz mengatakan masa Anwar sudah berlalu. Atas dasar apa beliau berkata demikian? Usia... bapanya jauh lebih tua ketika menjadi PM kali kedua. Muhyiddin ketika menjadi PM berusia 72. Tak pernah berbangkit soal usia.
Tak mengapalah....Muhkriz jika menyokong Anwar tentulah kita pelik sb dia anak Mahathir tetapi yg pelik bila ada pimpinan parti komponen PH yg senada.
Tanya saya dlm perbualan bersama dgn beberapa rakan... saya tegas mengatakan punca PH menjadi lemah kerana Mahathir telah melemahkan PH dari dalam. Hingga rakyat melihat PH tidak berpegang kpd janji.
Malah Mahathir walaupun telah meninggalkan PH beliau dilihat seolah telah cuba pecah dan perintah terhadap PH sehingga ada segelintir pimpinan dari DAP dan Amanah terpedaya dgn helah Mahathir.
PUNCA PH DITOLAK? Bukan kerana Anwar... pergilah buat kaji selidik di lapangan di kalangan org2 Melayu. Daripada kaji selidik saya dan daripada pandangan rakan2 media yg mereka maklumkan kpd saya, pengundi Melayu menolak PH 80% kerana DAP dan 10% kerana Anwar dan 10% kerana faktor2 penyumbang yg lain.
Jadi saya katakan, sgt menyedihkan apabila segelintir pimpinan DAP dan segelintir pimpinan Amanah seolah olah bersetuju utk PH mencari 'Ketua' yg baru. Kononnya penolakkan rakyat kpd PH kerana faktor Anwar. Itu tidak benar sama sekali dan mengapa mudah diperdayakan oleh Mahathir.
Pimpinan DAP perlu sedar diri org Melayu menolak PH kerana DAP. Ini fakta bukan andaian tapi kerana tuding jari pada org lain. Tapi Anwar tidak pernah mengkritik DAP. Anwar tak pernah kata DAP liabiliti PH utk menarik undi Melayu.
Yg selalu saya dgr Anwar mahu PH perkukuhkan permuafakatan ini. Tak pernah beliau secara terbuka menyalahkn DAP atau mahu mengajak PH meninggalkan DAP.
Pimpinan PH kena sedar bagaimana Najib yg menghadapi tuduhan rasuah berbillion ringgit imejnya kembali melonjak. Malah UMNO kembali pulih walaupun pemerintahan mereka penuh dgn korupsi.
Jadi adalah lebih baik kita lupakan soal mencari salah siapa atau mahu khemah besar. Duduk semeja dan tolak anasir luar yg sengaja ingin kita berpecah. Jgn ambil jalan pintas dan mudah salahkan org itu dan ini.
Buat kerja ambil posisi parti masing2. PKR kawasan Melayu bandar, Amanah kawasan luar bandar dan DAP fokus kpd pengundi Cina. UPKO rakan baru pula fokus kpd pengundi Sabah.


NI LAGI HEBAT...SIJIL VAKSIN PALSU ADA DI MARANG.....INGAT DI PENANG SANA YANG LEBAI DI KEDAH KATA PUSAT JUDI..PUSAT VAKSIN PALSU DI MARANG RUPANYA..

 

Sijil vaksin palsu: Doktor dipercayai minta rakan jadi ejen cari pelanggan





Siasatan awal polis mendapati 1,900 individu telah berurusan dengan klinik swasta tersebut untuk tujuan vaksinasi. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU: Menjadikan rakan-rakan sebagai ejen adalah antara taktik yang dipercayai digunakan seorang doktor untuk mencari individu yang berhasrat mendapatkan sijil vaksinasi Covid-19 palsu di Terengganu.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata, susulan itu seramai enam individu berusia antara 35 dan 57 tahun yang disyaki menjadi ejen doktor tersebut ditahan di sekitar Marang, Dungun dan daerah ini Ahad lepas bagi membantu siasatan.

“Mereka bukan kakitangan klinik tetapi lebih kepada kawan-kawan. Ejen ini cari orang untuk vaksin di klinik suspek. Mereka ditahan semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai keterangan diambil,” katanya kepada Bernama malam tadi.

Beliau berkata, ejen tersebut dibayar serendah RM50, manakala bayaran dikenakan untuk mendapatkan sijil vaksinasi palsu adalah antara RM400 hingga RM600 bagi setiap pelanggan.

Semalam Rohaimi berkata, doktor lelaki berusia 51 tahun itu dipercayai melakukan kegiatan tersebut secara bersendirian di dalam bilik rawatan tanpa bantuan kakitangan klinik.

Sabtu lepas, doktor yang mendakwa dirinya antivaksin itu ditahan di sebuah klinik swasta di Marang, selepas disyaki mengeluarkan sijil suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Rohaimi, siasatan awal mendapati seramai 1,900 individu telah berurusan dengan klinik tersebut untuk tujuan vaksinasi, namun daripada jumlah itu pihaknya masih menyiasat angka sebenar individu yang mendapat sijil vaksinasi palsu.


DAH KENA HENTAM KIRI KANAN...KAU NAK NGADU KE AYDPA PULAK....KEH..KEH...KAU YANG KELUARKAN KENYATAAN ..KAU SALAHKAN AHLI YANG LAIN...

 


(KEMAS KINI) Laporan media tak tepat, tak menyeluruh penyebab 6 ahli LPPR jauhkan diri, kata Abu Zahar





PUTRAJAYA: Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Abu Zahar Ujang berkata kenyataan terbuka enam anggota lembaga itu yang menjauhkan diri daripada kandungan kenyataan media pada 5 Jan dipercayai reaksi daripada laporan tidak tepat oleh media.

Dalam sidang media, Abu Zahar yang kecewa dengan tindakan enam anggota itu menegaskan beliau sudah pun melampirkan kenyataan media penuh sebanyak 13 muka surat namun, malangnya ia tidak dilaporkan secara menyeluruh oleh sesetengah media sehingga menyumbang kepada salah tanggapan dalam kalangan masyarakat.

“Terdapat pelbagai isu selain berkaitan alegasi salah laku terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Azam Baki yang diberi pandangan dan pendapat LPPR, tetapi itu pun tidak disentuh dan dilaporkan media. Apatah lagi, video berkaitan sidang media (5 Jan) yang tular cuma memaparkan sebahagian kecil kenyataan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Abu Zahar berkata, sebagai Pengerusi LPPR, beliau sedar dan maklum bahawa lembaga itu tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan sendiri berkaitan sebarang salah laku jenayah terhadap mana-mana pegawai SPRM.

Justeru, beliau menyerahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya sebagai Pengerusi LPPR sekiranya kenyataan media pada 5 Jan memberi fahaman tidak dihasratkan sehingga menjatuhkan nama baik SPRM.

“Saya semestinya akan akur dengan dengan keputusan itu,” katanya yang terus meninggalkan sidang media tanpa menerima sebarang soalan daripada media.

Sidang media itu juga telah bermula terlebih awal sebelum FMT dan beberapa agensi portal lain dibenarkan masuk selepas hampir satu jam menunggu di luar pagar bangunan SPRM itu.

EH...EH...MENGGELABAH BAGAI KENAPA? HABIS SIAPA YANG LANTIK DIA NIH ?

 

PM PDF. Also PM PDF.

Semua pakat cuci tangan dari mufti serba tahu sampai ke PM PDF. Takut kena siasat kes scheme of things ke?


MOHD MUKHLIS





KALAU NAK IKJUT ATOK BIARKAN WARISAN TERUSKAN DENGAN ANGAN ANGAN

 

Meski tampil sebagai alternatif, Warisan masih perlu PH, kata penganalisis





Parti Sabah, Warisan telah cuba menampilkan dirinya sebagai alternatif kepada tiga gabungan besar dalam arena politik.

PETALING JAYA: Warisan masih perlu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) jika ia berharap memberi impak dalam pilihan raya akan datang, walaupun cuba meletakkan dirinya sebagai alternatif kepada gabungan pembangkang, kata seorang penganalisis.

Bekas ahli akademik, Azmi Hassan berkata, tidak banyak yang dapat ditawarkan parti yang diterajui Shafie Apdal itu kepada pengundi Semenanjung kerana ia berpangkalan di Sabah dan membawa bersamanya “stigma berjuang hanya untuk rakyat Sabah”.

Namun, parti itu mungkin menjadi menarik bagi pengundi jika ia bekerjasama dengan parti MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memandangkan parti itu baharu dan “menyegarkan” dari segi ideologi.

“Saya anggap Warisan-MUDA sebagai pakatan pembangkang dan ia menarik bagi pengundi yang tidak menyokong kerajaan, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Namun untuk Warisan-MUDA membawa impak dalam arena politik, mereka perlu bekerjasama dengan PH. Atau mereka boleh mesra dengan BN dan PN, seperti apa yang GPS lakukan sekarang,” katanya.

Naib Presiden Warisan Junz Wong baru-baru ini menggesa rakyat untuk memberi peluang kepada partinya dan MUDA pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, dengan berkata, Warisan boleh memenuhi kekurangan kepimpinan di negara ini.

Azmi berkata, alasan Wong tidak kukuh memandangkan Warisan kehilangan kerajaan negeri kepada Gabungan Rakyat Sabah pada PRN Sabah 2020, sambil menambah, ini bermakna parti itu juga harus dipersalahkan atas ketidakpuasan hati pengundi.

Peluang bagi Warisan

Bagaimanapun, Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, kekalahan pada PRN adalah disebabkan kegagalan UPKO menunaikan tanggungjawabnya, sambil menambah, Warisan berjaya memenangi kebanyakan kerusi ditandingi.

Beliau memberitahu FMT, kata-kata Shafie dapat diterima ramai yang mahukan Malaysia yang lebih progresif, manakala persefahaman politik PH dengan kerajaan Ismail Sabri Yaakob mungkin menyebabkan sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan gabungan itu.

“PH boleh terus mengekalkan mana-mana penyokong yang dapat mereka kekalkan, dan Warisan akan dapat meraih sokongan mereka yang kecewa atau tidak berpuas hati dengan PH tetapi tidak sanggup menyokong PN atau BN.

“Terutamanya kepada kohort inilah Warisan dapat menampilkan dirinya sebagai alternatif, dengan harapan mereka yang tidak kisah untuk keluar mengundi (di Melaka dan Sarawak) akan keluar mengundi untuk mereka sebaliknya.”

Lebih daripada 40 NGO menuntut penyiasatan bebas dalam hal krisis SPRM





 

Melihat kepada kontroversi semasa melibatkan pemilikan saham menggunakan nama ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Azam Baki, kami, organisasi sivil yang menandatangani ini menuntut:

·         Bahawasanya kuasa dipunyai oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk memulakan penyiasatan bebas bagi mengembalikan kredibiliti SPRM

·         Supaya pihak berkuasa menuntut beberapa individu/entiti untuk menjawab persoalan penting, khususnya:

o    Bagaimanakah ketua pesuruhanjaya SPRM membenarkan adiknya untuk membeli saham menggunakan akaun peribadinya walhal ia boleh jadi salahguna mengikut Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991?

o    Mengapakah pengerusi lembaga penasihat SPRM didakwa mengetepikan pandangan anggota lain di dalam lembaga pengarah dan bergantung kepada pandangannya sendiri bagi membebaskan Azam Baki?

o    Mengapakah anggota lain lembaga penasihat hanya berdiam diri berkaitan rungutan yang diutarakan oleh Dr Terence Gomez selepas mereka mengikut mesyuarat pada 24 November untuk membincangkan hal ini.

·          

·         Agar Lembaga Penasihat SPRM untuk mengeluarkan minit mesyuarat pada 24 November untuk menunjukkan atas dasar apa Azam Baki dibebaskan tanpa melalui proses penyiasatan yang sepatutnya

·         Supaya Azam Baki bercuti sehingga penyiasatan selesai

·         Agar Azam Baki menarik balik surat tuntutan terhadap pemberi maklumat, dan reformasi terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dijalankan bagi memperkukuh perlindungan melibatkan pemberi maklumat

·         Supaya pihak kerajaan dapat menjalankan reformasi secara serius agar SPRM bebas, seperti yang digariskan oleh empat kumpulan pada tahun 2015

·         Agar SPRM dikeluarkan dari Jabatan Perdana Menteri dan diletakkan di bawah seliaan jawatankuasa terpilih khas rentas parti parlimen

Dimulakan oleh:

1.     Aliran

2.     Gerak

3.     Patriot

4.     Suaram

Disokong oleh:

1.     Against the Tide

2.     Agora Society Malaysia

3.     All Women’s Action Society (Awam)

4.     Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

5.     Bersih

6.     Borneo Komrad

7.     Centre for Independent Journalism

8.     Citizens Against Enforced Disappearances (Caged)

9.     Center for Orang Asli Concerns

10.             Freedom Film Network

11.             G25 Malaysia

12.             Gabungan Bertindak Malaysia

13.             IDEAS

14.             Ikram Penang

15.             Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)

16.             MyPJ

17.             Komuniti Muslim Universal (KMU Malaysia)

18.             LLG Cultural Development Centre

19.             MAJU

20.             Malaysians Against Death Penalty and Torture (Madpet)

21.             Monsoon Malaysia (MM)

22.             MYSE Johor

23.             New Student Movement Alliance of Malaysia

24.             Oriental Hearts and Mind Study Institute (Ohmsi)

25.             Our Journey

26.             Pangrok Sulap

27.             Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose)

28.             Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham)

29.             Persatuan Sahabat Wanita Selangor

30.             Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS Malaysia)

31.             Pertubuhan Ikram Malaysia

32.             Pertubuhan Solidaritas

33.             Sabah Reform Initiative (Sari)

34.             Save Malaysia Stop Lynas

35.             Save Rivers

36.             Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

37.             Sustainable Development Network Malaysia

38.             Tenaganita

39.             Teoh Beng Hock Trust for Democracy

40.             The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

41.             Voice of Youtharian

42.             Komas

43.             Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur

44.             Workers Hub for Change (WH4C)

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 800424094