Nasihat Bermenfaat oleh Penasihat Umum Amanah (PU)





1. Saya mengalu-alukan nasihat al Fadhil Ustaz Ahmad Awang yang dipetik dari wawancara beliau dalam Selangor Today terkini bertajuk "Mengapa Saya Mencabar Hadi Awang" dalam slot Temu Mata. Ahli Amanah wajar membaca dengan teliti wawancara tersebut.


2. Dalam temuramah tersebut PU Amanah mengingatkan ahli dan kepimpinan Amanah antara lainnya tentang cabaran Amanah berhadapan dengan naratif Melayu/ Islam yang dimainkan oleh PAS dan PN. Amanah perlu menjadi benteng untuk menerangkan naratif yang betul dengan melalui peranan Islam yang ada dalam Amanah, justeru peranan agamawan perlu diperkukuhkan seiring dengan gabungan kukuh teknokrat dan aktivis parti.


3. Saya turut ambil maklum perlunya peranan Majlis Penasihat Parti dipertingkatkan sesuai dengan perlembagaan parti. Ustaz Ahmad Awang turut melontarkan cabaran kepada kepimpinan Amanah supaya lebih agresif mendidik ahli parti mencapai piawan ahli yang menjiwai dasar Rahmatan Lil Alamin yang diperjuangkan Amanah. Saya menyambut baik teguran ini dan dengan adanya Akademi Kepimpinan Wawasan Amanah atau AKWAM hasrat PU akan dapat direalisasikan dalam masa terdekat.


4. Semoga keberanian PU Amanah dan Timbalannya menjadi inspirasi kepada seluruh ahli Amanah khususnya kepimpinan Amanah bagi mendepani ujian pemilihan parti yang akan berlangsung dalam Konvensyen Nasional pada 23-24 hb Disember ini. Sesungguhnya peringatan beliau tentang konsep memilih kepimpinan Al Qawwy (kelayakan) dan Al Amin (beramanah) adalah tepat pada masanya bagi memastikan Amanah terus menggalas tanggungjawabnya untuk negara.


{ قَالَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا یَـٰۤأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُۖ إِنَّ خَیۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِیُّ ٱلۡأَمِینُ }


[Surah Al-Qaṣaṣ: 26]


'Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".


Semoga semua ahli Amanah dan kepimpinannya mengambil iktibar dari kata nasihat berguna ini oleh Ustaz Ahmad Awang yang merupakan Penasihat Umum parti.


Sekian


Yb Sen. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Pengerusi Nadwah Ulamak (NUNJI)


10hb Disember 2023



SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MALAYSIA MADANI








Toddiaaa...merenyut jugak org kat program bersama kerajaan. Sape yg kata KUNUNnya Rakyat sangat benci, meluat dan menyampah dgn PMX dan Kerajaan??


Walaun & untit muhong je. Saya dah kata puak tu dok menjerit dlm Echo Chamber dah setahun. Depa jerit benci, meluat bagai bila pantul balik depa sangka rakyat lain pun mcm depa. 


Buduss.


- Zus Din

09122023


PMX MEMPENGERUSIKAN MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA BAGI MEMUDAHKAN DAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PELABURAN

 



Pada hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-43 sebagai suatu wadah bagi Kerajaan Persekutuan berunding dengan Kerajaan Negeri berkaitan hal ehwal perancangan bandar dan desa serta pembangunan fizikal negara, sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan. 


Sekali lagi saya telah memberi penekanan kepada usaha mempercepat tempoh kelulusan pembangunan supaya dapat memangkinkan pelaburan dan memperbaiki tahap memudah cara perniagaan (ease of doing business) di Malaysia. 


Aspek kecekapan dan kecepatan dalam menguruskan kelulusan pembangunan merupakan perkara dilihat lebih penting oleh para pelabur berbanding insentif kewangan. Ini perlu diberi perhatian yang serius, terutama oleh Pihak Berkuasa yang  terlibat dalam usaha kita terus menarik dan memudah cara pelaburan ke dalam negara.


Pelabur juga lebih berminat dengan ketersediaan infrastruktur dan kepakaran modal insan yang membolehkan mereka untuk memulakan operasi dengan kadar segera mengikut kesesuaian pelaburan yang dibuat. Sekiranya Malaysia tidak berjaya dalam aspek ini, kemungkinan besar ini akan menyebabkan pelabur berpindah ke destinasi lain di kawasan serantau. 


Saya juga turut menekankan tentang keperluan untuk melihat kepada pembangunan ekosistem yang lengkap yang bersesuaian dalam membangunkan Pusat Data (Data Centre) bagi memastikan cadangan pembangunan Pusat Data tersebut mempunyai nilai tambah (value added) dan lebih berdaya saing.


Sehubungan itu, saya menyeru agar semua pihak yang terlibat untuk menekankan ekosistem dan landskap pelaburan negara supaya lebih kreatif dalam menawarkan ruang perindustrian dan perniagaan yang lebih mesra pelabur di samping meneruskan usaha untuk mempercepatkan proses pembangunan agar matlamat yang ditetapkan dapat dicapai.


#MalaysiaMADANI



TAHNIAH KERAJAAN MADANI. JANGAN BENARKAN ANGAN ANGAN TEBUK ATAP MENJADI KERAJAAN. ROSAK NEGARA








 Detik bersejarah sempena program setahun bersama krjn Malaysia Madani. Dlm tempoh 365 hari, antara kejayaan krjn termasuk berjaya mempertahankan kestabilan politik negara serta menyakinkan pelabur2 asing menjadikan negara kita destinasi perlaburan utama dlm benua Asia. Ayuh!




KEH..KEH..KEH...KAKI FITNAH MANA MAU DOK DIAM

 




Ni namanya kemaruk. Ni kalau cerita remaja ni, jenis lelaki yang dah terang rejected dah. Awek tu dah maki dia kaw-kaw depan public, tetap dia kata awek tu beri respon positif.


Kerajaan kalau nak jatuh, memang jatuh. Itu Allah yang tentukan. Tapi kita sebagai manusia, menilai sesuatu perkara dari sisi logik. Kelau di sekolah dulu, ada topik kebarangkalian.


Jadi cerita nak tebuk atap ni, kebarangkalian tu hampir sifar dah. Manusia yang berakal waras pasti tahu yang ia hampir mustahil berlaku. Tapi lebai kemaruk enggan  terima hakikat.


Macam Ahmad Maslan cakap, buat apa nak sokong PN sekarang ni? Kalau 10 orang MP BN yang PN kata sedia nak sokong PN, mereka sokong pun PN tetap tak cukup jumlah.


Menyokong PN hanya jadikan mereka pembangkang. MP mana yang begitu bebal sampai sanggup nak jadi pembangkang demi Mahiaddin? Yang ini pun lebai tak mampu fikirkan.


Baru-baru ini PMX dan kedua-dua TPM telah secara terbuka jelaskan kesepakatan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan. Kalau itu pun masih tak bererti apa-apa kepada lebai, memang sah bodoh. Simple. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



UN NAK MULA LANGKAH. TAPI TERCAIDUK ISU PELABURAN NVIDIA





 Alamak! Nvidia pilih Vietnam pula untuk labur dalam penghasilan cip. Sebelum ni kata kat Malaysia. Ni apa cerita ni? Parah PMX kena serang dek walaun.


Tapi walaun kan, macam biasa la. Tiap kali depa buat isu, tiap kali itulah makin terserlah kedunguan mereka. Semakin ternampak kecetekan akal mereka.


Tak ada siapa yang menipu. Nvidia tak tipu DS Anwar, dan DS Anwar pun tak tipu rakyat Malaysia. Kisahnya, Nvidia memang melabur di kedua-dua negara.


Sebab tu kena rajin baca isi. Jangan tengok tajuk je. Lepas tu sibuk cari salah orang. Pelaburan di Malaysia dan di Vietnam dalam bentuk yang berbeza.


Di Malaysia, pelaburan Nvidia adalah pembinaan infra AI untuk supercomputer. Manakala pelaburan mereka di Vietnam pula adalah dalam penghasilan cip.


Mana sama walaun oi! Takkanlah dua perkara itu pun tak reti nak beza? Tapi ye la. Zaman lebai memerintah mana ada pelaburan masuk. Langsung tak ada. Sebab tu walaun tak reti nak fikir bab pelaburan ni.


Kalau tak reti pun, belajar. Ini belajar malas. Tapi ada hati nak kondem orang. Last last yang nampak dungu diri mereka sendiri. Demikianlah walaun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MP Bersatu semakin Ramai menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan..


Zaki abd Sani


Mereka menyampah kepada Muhyiddin atau semakin risau dengan kesombongan Kepimpinan Pas..?


Kini pas kelihatan Suka Membuat keputusan bersendirian tanpa Merujuk kepada Bersatu..

Perlantikan Dr Sam Sebagai Bakal PM ke 11 contoh nya..

Membuktikan bahawa Bersatu sudah tidak releven di dalam percaturan Politik Pas..


Kemenangan pas di 3 Negeri.. Kelantan, Terangganu dan kedah.. Serta dapat menguasai Perlis.. Terbaru menang Parlimen kemaman.. Menjadikan pas terlalu dominan di dalam PN..


Tanpa BERSATU pas boleh mencatur strategi sendiri

Pergolakan dalaman Bersatu menjadikan Pas sudah hilang keyakinan kepada Kepimpinan Muhyiddin Yassin..


Pas pernah Khianat Umno

Pas pernah Khianat PH

PAS PERNAH MENJALIN KERJASAMA DENGAN DAP SEBANYAK 3 KALI..

Pas pernah kafir Dan Maha firaun kan Mahathir

Untuk Khianat kepada Bersatu.. Amat mudah bagi Pas..


So Kita boleh katakan

MP PN dari Bersatu yg menyatakan sokongan kepada Kerajaan Sebenarnya sudah tidak mahu menjadi budak suruhan pas.. Dan semakin hilang kepercayaan kepada Muhyiddin Yassin.


Terbaru MP Bukit Gantang Secara jelas mengambarkan  bahawa politik Pas tidak konsinsten

Pas boleh Bila2 masa sahaja menukar Kerjasama dengan mana2 parti politik demi kuasa.. Sejarah boleh membuktikan..


TERKINI

Madani 154

PN 158

Tahniah PAS bakal ke Putrajaya.. Naik Ecrl dari kemaman... 😂



BAGI AKU MUDAH. PAS TAK SESUAI DENGAN SESIAPA PUN.





 Makin parah macam ni. MP Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz kata ada tujuh hingga lapan orang lagi MP PN akan menyokong kerajaan. Sebelum ini lima hingga enam orang. Sekarang dah makin ramai.


Kata Syed Abu Hussin lagi, kesemua MP yang akan menyokong itu dari kawasan Melayu di beberapa buah negeri. Kalau tengok video tu, riak mukanya memang confident habis. (https://tinyurl.com/4z7st4h9)


Maka jelas memang Bersatu sudah semakin goyang dan mungkin menanti rebah. Jelas keengganan ketua pembangkang berbincang soal peruntukan dengan TPM kini memakan diri. Tapi masih kekal ego.


Makin lebai kata nak tukar kerajaan, makin ramai MP mereka yang menyokong kerajaan. Nampak sangat la cerita tukar kerajaan tu untuk sedapkan hati walaun je. Hakikatnya PN semakin putus nyawa sekarang.


Aku cadangkan Hamzah buang ego dan pergi jumpa TPM Fadillah Yusof untuk berbincang soal peruntukan tu. Walaupun aku sokong kerajaan, aku pun tak syok tengok benda ni terus berlaku. Tak perlu ikut perangai iblis besarkan ego. Tak untung pun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



CIRIT PLAK

 


BERIKUT ADALAH CADANGAN ROMBAKAN KABINET TERKINI 2023 YANG TELAH LAMA DIHANTAR KEPADA PEJABAT PERDANA MENTERI DAN TELAH PUN DITERIMA OLEH PIHAKNYA MELALUI KIRIMAN EMEL


SAPA PUNYA CADANGAN TAK TAU LA.


1. Tuan Ahmad Fahmi Fadzil bertukar portfolio kepada Menteri Wilayah Persekutuan daripada Menteri Komunikasi Dan Digital

2. Puan Fadhlina Sidek bertukar portfolio kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat daripada Menteri Pendidikan

3. Datuk Seri Nancy Shukri bertukar portfolio kepada Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

4. Datuk Seri Tiong King Sing bertukar portfolio kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sarawak) daripada Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya

5. Datuk Aaron Ago Dagang bertukar portfolio kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) daripada Menteri Perpaduan

6. Datuk Armizan Ali dikurangkan portfolio kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah) daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas)

7. Tuan Adly Zahari (wakil PH-AMANAH dan Melaka, Ahli Parlimen Alor Gajah) dinaikkan pangkat kepada Menteri Komunikasi Dan Digital daripada Timbalan Menteri Pertahanan

8. Datuk Seri Johari Abdul Ghani (wakil BN-UMNO dan Wilayah Persekutuan, Ahli Parlimen Titiwangsa) dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup

9. Dr Maszlee Malik (wakil PH-PKR dan Johor, perlu dilantik sebagai Senator) dilantik sebagai Menteri Pendidikan

10. Datuk Seri Dr Awang Sariyan (wakil bebas dan Johor, Senator) dilantik sebagai Menteri Perpaduan

11. Datuk Ugak Kumbong dikurangkan portfolio daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sarawak)

12. Puan Syerleena Abdul Rashid (wakil PH-DAP dan Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bukit Bendera) dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan

13. Prabakaran Parameswaran (wakil PH-PKR dan Wilayah Persekutuan, Ahli Parlimen Batu) dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Wilayah Persekutuan)

14. Cik Vivian Wong Shir Yee (wakil PH-DAP dan Sabah, Ahli Parlimen Sandakan) dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah)

15. Datuk Mohd Shahar Abdullah (wakil BN-UMNO dan Pahang, Ahli Parlimen Paya Besar) dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan 2

16. Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya (wakil BN-UMNO dan Perlis, perlu dilantik sebagai Senator) dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam)

17. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (wakil BN-UMNO dan Kelantan, perlu dilantik sebagai Senator) dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan

18. Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (wakil PH-AMANAH dan Terengganu, perlu dilantik sebagai Senator) dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)


*Kesimpulannya,

1. Jawatan Menteri bertambah 3 orang berbanding ketika pembentukan Kabinet pada Disember 2022.

2. Jawatan Timbalan Menteri bertambah 6 orang berbanding ketika pengumuman senarai Timbalan Menteri pada Disember 2022.


RASIONAL CADANGAN

1. Pertambahan jumlah Menteri dan Timbalan Menteri bagi memastikan fungsi-fungsi Kerajaan dapat dijalankan semaksima yang mungkin selain setiap Menteri dan Timbalan Menteri boleh fokus kepada portfolio-portfolio yang ditugaskan.

2. Pertambahan jawatan Timbalan Menteri Pendidikan kepada dua orang kerana Kementerian Pendidikan sangatlah besar peranannya.

3. Portfolio Hal Ehwal Sabah dan Hal Ehwal Sarawak diasingkan bagi memastikan setiap Menteri dan Timbalan Menteri yang terlibat dapat memberi khidmat yang lebih menyeluruh terutamanya kawasan luar bandar dan pedalaman selain pertambahan jawatan kepada Sabah dan Sarawak memberi lebih hak kepada mereka sebagai rakan kongsi pembentukan negara Malaysia. Pada masa akan datang, boleh dipertimbangkan untuk setiap wilayah ini masing-masing mempunyai wakil sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam  Kabinet pada waktu yang sama.

4. Kewujudan semula Kementerian Wilayah Persekutuan bagi memastikan pentadbiran Wilayah Persekutuan berjalan lebih baik.


Berikut adalah perbandingan jumlah wakil setiap negeri dan wilayah antara pembentukan Kabinet pada Disember 2022 dengan cadangan rombakan Kabinet Disember 2023;-

Format: (jumlah Menteri)-(jumlah Timbalan Menteri) Disember 2022 > (jumlah Menteri)-(jumlah Timbalan Menteri) Disember 2023


NEGERI/WILAYAH BAGI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI


1. Perlis - 0-0  > 0-1

2. Kedah - 1-0 > 1-0

3. Pulau Pinang - 1-3 > 1-4

4. Perak - 6-2 > 6-2

5. Selangor - 3-1 > 3-1

6. Wilayah Persekutuan - 4-0 > 5-1

7. Negeri Sembilan - 2-0 > 2-0

8. Melaka - 0-2 > 1-1

9. Johor - 3-4 > 5-4

10. Pahang - 0-2 > 0-3

11. Terengganu - 0-0 > 0-1

12. Kelantan - 0-0 > 0-1

13. Sarawak - 5-6 > 5-6

14. Sabah - 2-7 > 2-8

JUMLAH - 28-27 > 31-33




[terbaik] YB RAFIZI RAMLI MEMANG HEBAT SIAPALAH MP MACHANG & MP BACHOK!

[bongkar] PENDEDAHAN SANGAT MENGEJUTKAN PENCERAHAN DARI BRO ISWARDY YAN...

RENTASAN 1500 | ISU LAWATAN MB KEDAH BERSAMA PMX KE SADAO, AKHIRNYA KEBE...




MENARIK DALAM RENTASAN 1500
1. SANUSI ‘GELUPOQ’, TIDAK JAGA MULUT 2. HAK DAN KEDAULATAN NEGARA YANG WAJIB DIPERTAHAN 3. JASAMU DIKENANG RAKYAT 4. SAMSURI JADI PM? BERSATU PANAS TELINGA



BERI ANWAR PELUANG BUKTI KEMAMPUAN – BAKAL AGONG

 






Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru
rakyat Malaysia agar memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan dirinya.

Baginda bertitah, tidak mungkin Anwar mampu membuat perubahan mendadak dalam tempoh satu tahun.

“Saya tidak fikir anda boleh menukar negara dalam satu tahun.

“Saya fikir (Kerajaan Perpaduan) ada menteri yang baik seperti (Menteri Pengangkutan) Anthony Loke Siew Fook,” titah baginda dipetik dalam wawancara bersama The Straits Times Singapura.

Sultan Ibrahim juga menjangkakan tidak akan ada masalah bekerja dengan Anwar kerana baginda mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri.

Baginda bertitah, Anwar kadangkala menghubunginya untuk mendapatkan nasihat, walaupun pada tengah malam.

“Saya akan menyokong kerajaan, namun jika saya fikir mereka melakukan sesuatu yang tidak wajar, saya akan memberitahu mereka,” titah baginda.

Pada 27 Oktober lalu, Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pelantikan baginda selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun mulai dari tarikh sama.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun, bermula 31 Januari 2019.



[LANGSUNG] Sidang media Ahli Parlimen Bukit Gantang | 11 Dis 2023

ROMBAKAN KABINET: JEMAAH MENTERI TIDAK WAJAR RASA TERLALU SELESA


 Rombakan Kabinet perlu sekiranya prestasi menteri dilihat meleset atau wujudnya keadaan lain yang menuntut, dan ini dijangka dilakukan sebelum akhir tahun.

Selepas setahun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sedikit penyesuaian Kabinet boleh dilakukan, termasuk menambahnya.

Tidak adil untuk Jemaah Menteri di nilai hanya dalam waktu setahun kerana tempoh itu dilihat terlalu awal, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam program Wawancara Khas Setahun bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri malam tadi beliau bagaimanapun menjelaskan, penyesuaian Kabinet boleh dilakukan sekiranya prestasi menteri dilihat meleset atau wujudnya keadaan lain yang menuntut

“Rombakan itu perlu, sekiranya prestasi menteri meleset ataupun keadaan lain yang menuntut. Umpamanya kita ini terbentuk dengan koalisi (gabungan). Jadi, rundingan perlu diadakan. Penyertaan harus setimpal dengan kekuatan parti masing-masing.

“Tetapi saya tidak fikir setelah setahun kita membuat penilaian yang adil. Orang perintah 10 tahun, tiga tahun, namun setahun terlalu awal.

“Jadi, menteri perlu diberi peluang meningkatkan prestasi termasuk perdana menteri dan kalau ada sedikit penyesuaian berdasarkan pengalaman setahun, kita akan lakukan,” katanya dipetik.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jemaah Menteri perlu berusaha sedaya upaya untuk memberi khidmat terbaik kepada semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk tidak hanya memberi tumpuan kepada aspek pertumbuhan ekonomi semata-mata.

Tumpuan juga jelasnya perlu diberi kepada aspek tata kelola dan pentadbiran bersih, selain jaminan bagi mengelak daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“Ini kalau dapat dibersihkan, kita akan dapat melaksanakan beberapa kerangka dasar seperti Ekonomi Madani, peralihan tenaga atau transformasi digital dalam negara ini yang perlu melonjak cepat dan pantas dalam menggunakan digital,” jelas Ahli Parlimen Tambun itu.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati Jemaah Menteri agar tidak berasa selesa dengan prestasi dicapai Kerajaan Perpaduan selepas setahun menerajui pentadbiran negara.

“Jangan kita termakan dengan penyakit keselesaan. Kalau tanya saya, kita buat sedaya upaya tetapi jangan (rasa) ini sudah terlalu baik,” tambahnya.



[terbaik] SYUKUR ALHAMDULILLAH! MESEJ TERBAIK PMX BUAT WARGA JPM!

BIRO MAHASISWA KEADILAN SAMBUT BAIK PINDAAN AUKU

 

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) terkait peruntukan yang membenarkan Mahasiswa untuk menubuhkan danmenguruskan kumpulan wang mereka sendiri.

Ketua Biro Mahasiswa AMK Malaysia, Aliff Naif Mohd Fizam melalui satu kenyataan berkata, langkah itu dianggap satu reformasi dalam pergerakan Mahasiswa.

“Kebebasan ini beri erti dan tanggungjawab lebih besar, seiring dengan aspirasi untuk meletakkan lebih kepercayaan kepada mahasiswa untuk menguruskan dan membuat keputusan dalam organisasi.

“Sudah tentu mahasiswa harus bersedia dari aspek teknikal untuk mengawal selia pengurusan kewangan mereka, selain bersedia untuk diaudit dan diambil tindakan sekiranya berlaku salah laku atau penyelewengan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini pada Khamis.

Pada 27 November lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membentangkan Rang Undang-Undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 bagi bacaan kali pertama di Sidang Dewan Rakyat.

Rang undang-undang itu memperuntukkan pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) antaranya untuk membenarkan pungutan wang dan penerimaan wang serta sumbangan lain oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan badan pelajar universiti.

Dalam kenyataan sama, Aliff Naim juga berkata, Biro Mahasiswa AMK Malaysia turut mengambil maklum pindaan yang akan memencarkan (decentralize) kuasa bagi tindakan tatatertib daripada Naib Canselor kepada sebuah Jawatankuasa Tindakan Tatatertib.

Langkah itu jelasnya merupakan langkah progresif yang tidak memusatkan kuasa kepada individu semata-mata.

“Memandangkan jawatankuasa berkenaan hanya menetapkan dan tidak mengehadkan keahlian kepada sekurang-kurangnya tiga individu, iaitu Timbalan Naib Canselor dan pekerja universiti yang dilantik, kami cadangkan diberikan ruang kepada wakil mahasiswa agar wujud keseimbangan representasi dalam jawatankuasa tersebut,” ujarnya.

Sementara itu beliau turut melahirkan kegusaran berkaitan pindaan yang memasukkan Subseksyen 4A selepas Subseksyen 4 dalam Seksyen 48 dalam Jadual Pertama, yang memberikan kuasa kepada pihak lembaga untuk mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Sehubungan itu pihaknya menuntut agar jaminan diberikan oleh kerajaan atau universiti bahawa peruntukan ini tidak akan disalahgunakan untuk menekan atau ugut pimpinan mahasiswa yang bersikap vokal terhadap pentadbiran universiti mahupun kerajaan.

“Autonomi dan kebebasan bersuara mahasiswa perlu dipelihara dengan baik selepas dilakukan pindaan.

“Pimpinan mahasiswa di universiti juga harus bersedia menubuhkan jabatan atau biro untuk menguruskan hal ehwal perundangan golongan itu.

“Ia seharusnya menjadi opsyen dalam menuju kemandirian susulan perubahan yang berlaku menerusi pindaan tersebut,” tambahnya.



[panas] 'BUMBUNG KERAJAAN KONKRIT' CUBAAN TEBUK PASTI AKAN GAGAL!



Pembentukan Kerajaan Perpaduan dilihat berhasil dan sudah berupaya membina 'bumbung yang konkrit' daripada sebarang cubaan 'tebuk atap' selepas setahun pentadbiran, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri juga mendedahkan, tiada sekalipun pertelagahan akibat perbezaan parti dalam kerajaan Persekutuan walaupun pentadbiran diketuainya dibentuk dengan gabungan 18 parti politik. "Sekarang bumbung kita bumbung konkrit, tebuk atap itu mentaliti. Sekarang ini, baik Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), hubungan kerjasama sangat baik. "Dalam Jemaah Menteri, belum ada sekalipun pertelagahan atas perbezaan parti, perbezaan pendapat masing-masing itu ada, tapi bukan atas perbezaan parti, percubaan ini nampaknya berhasil. Percubaan 'tebuk atap', ada yang kata Julai, Ogos, September, Oktober, saya fikir kita ada kekuatan. Sumber Video FB DS Anwar Ibrahim Eshan RTM




[panas] SOALAN SOALAN TANPA DITAPIS DIJAWAB PADU OLEH DS ANWAR PMX DAN ...

GAGAL TEBUK ATAP

 

Arrr nak tebuk kok mana pula ni???...

Koho keras atap dia ni....





SEMOGA TIADA KEMUNCULAN KHAWARIJ KE ALAM MELAYU










8 Disember 2023

25 Jamadil Awal 1445H


Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak berminat terlibat dalam kancah politik kepartian tanah air.


Namun apabila ada parti politik yang mencampur- adukkan urusan aqidah dan keimanan dalam politik seperti mengkafir dan memunafiqkan lawan politiknya, ia sangat keterlaluan.


• Semua pihak diminta menghormati sesama rakyat Malaysia tidak kira apa agama, bangsa dan keturunan, menghormati sesama muslim terutama para pendakwah, asatizah dan ulama’.


• Kita mendoakan para ulama’, asatizah dan pendakwah agar berkekalan iltizam dengan displin ilmu mereka, petah berhujjah serta tidak mudah berputus asa apabila gagal mendapat kuasa dengan terus mengkafir dan menuduh munafiq terhadap sesama Islam.


• Semua pihak diminta berhati-hati dengan kemunculan KHAWARIJ di alam Melayu. Pada zaman Sayidina Ali r.a pun mereka mengkafirkan baginda dan beberapa sahabat; tidak hairan pada zaman sekarang mereka akan lakukan perkara yang sama, sesama umat Islam.


#MENJUNjung30JuzukQuraan

#RahmatanLilAlamin

#RajaDijulangRakyatDitatang

#KhadamDuniaPersilatanMelayu

#MalaysiaMADANI


HASANUDDIN MOHD YUNUS

Mantan Ahli Parlimen

P101 Hulu Langat




POLITIK AKHIRAT



Minggu lepas kita baca di dada akhbar. Seorang Makcik Kemboja dan anaknya ditangkap. Kesalahan mereka menyelar “Melayu Malas”. Mereka ditangkap dan digari. Dah dipertuduh di Mahkamah secepat mungkin. 


Kata2 “Melayu Malas” ini bukan pertama kali kita dengar. Pemimpin Thanos negara sering kali laungkan frasa yang sama. Ramai juga tak boleh terima. 


Cuma sebab beliau bekas PM, takde la orang nak tangkap dan gari. Berbeza dengan Makcik Kemboja. Yang tu memang cari pasal. 


Satu persamaan antara keduanya yang saya nampak. Mereka boleh gelar satu kaum “malas” bila mereka merasa mereka bukan dari kaum yang sama. Mereka rasa mereka above and beyond. 


Jarang kita nak buat labelling, mengecam kaum sendiri, kerana kita akan terpalit sama. Kalau saya kata kaum Melayu Malas, saya pun ada sahamnya. 


Politik zaman Dinosaur, cara mereka, mengherdik dan memaksa. Membenam perkataan negatif, supaya menggesa kita untuk berubah. Tapi kalau banyak kali diucap, orang pun naik menyampah. 


Cara sekarang yang lebih afdal, mungkin boleh kita cari puncanya. Kenapa yang dikatakan Melayu Malas? 


Saya tiada jawapan tepat. Tapi teori saya, kerana kita mengamalkan POLITIK AKHIRAT. 


Ada Ahli politik kita mengajar, dunia ini sementara. Yang perlu dikejar akhirat sana. 


Bila ditanya, kenapa Kelantan kemajuannya di takuk lama? Air pun tiada. Pemimpin kita jawab “Mu nak pembangune ko nak agamo?”


Namun, pemimpin yang sama. Bab dunia mereka tak tinggal. Mercedes dan bonus tinggi jadi dambaan. Ironinya, orang kita terima saja. Feudalistik itu makin menebal. 


Budaya malas tu perlu dibetulkan. Pemimpin politik patut pikul beban. Namun, bukan melalui DUMBDOWN rakyat. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki





MAJLIS HIMPUNAN BULANAN

 












Sewaktu Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), saya sampaikan amanat kepada hadirin akan pentingnya nilai akhlak yang tidak harus dilupakan pada zaman kecanggihan teknologi ketika ini.


Hatta, jangan kerana ada ‘kuasa’ di media sosial, nilai akhlak dipandang enteng dan hilang sifat saling-menghormati sesama ihsan seperti diterapkan dalam konsep Malaysia MADANI.


Tantangan yang hadir dalam membina sebuah negara bangsa harus disambut dengan memperbaiki kelemahan lampau selain membina kekuatan bersama-sama tanpa mengira latar belakang masyarakat.


#MalaysiaMADANI



Keh..keh..keh...


Kerajaan Madani menjaga Islam.

 Kerajaan Madani menjaga Islam. 


*************


KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PELANTIKAN DAN MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA MENGKAJI KOMPETENSI DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) UNTUK MENGGUBAL UNDANG-UNDANG ISLAM


Kerajaan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang Islam (Jawatankuasa Khas) semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-70 (MKI) pada 28 Ogos 2023.


YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia juga telah memaklumkan Jemaah Menteri mengenai titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Ogos 2023.


Jawatankuasa Khas ini bertanggungjawab untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri dalam penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.


Penubuhan Jawatankuasa Khas ini merupakan salah satu usaha dan komitmen Kerajaan untuk menyelesaikan isu konflik bidang kuasa antara Persekutuan dengan Negeri demi memartabatkan dan memperkasa perundangan syariah dan sistem kehakiman Syariah di negara ini.


Kerajaan telah bersetuju untuk melantik individu yang mempunyai kredibiliti, serta mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang perundangan untuk menganggotai Jawatankuasa Khas ini. Anggota Jawatankuasa Khas ini terdiri daripada sebelas (11) anggota seperti yang berikut:


1- YABhg. Tun Dato Seri Zaki bin Tun Azmi, Mantan Ketua Hakim Negara sebagai Pengerusi;


2- YBhg. Tan Sri Dato Setia Mohd. Zawawi bin Salleh, Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan;


3- YAD Dato Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Anggota Majlis Agama Islam Selangor;


4- YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka;


5- YBhg. Dato Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara;


6- YBrs. Tuan Shamsul bin Bolhassan, TImbalan Ketua Bahagian Guaman I, Jabatan Peguam Negara;


7- YBrs. Prof. Dr. Farid Sufian bin Shuaib, Dekan/Profesor, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);


8- YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi bin Hashim @ Wan Husain, Profesor Madya, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);


9- YBrs. Puan Azirul Liza binti Abdullah, Ketua Unit I, Unit Penyelidikan Perlembagaan, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Peguam Negara;


10- YBrs. Tuan Musa bin Awang, Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM); dan


11- YBrs. Dr. Zulqarnain bin Lukman, Peguambela, Peguamcara & Peguam Syarie.


Pada hari ini telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Khas serta Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Khas di Kompleks Islam Putrajaya. 


Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Khas yang telah diadakan pada petang tadi secara ringkasnya telah membincangkan Terma Rujukan Jawatankuasa Khas serta merangka hala tuju dalam melaksanakan kajian berhubung dengan isu konflik bidang kuasa ini. 


Saya meletakkan sepenuh kepercayaan dan harapan kepada Jawatankuasa Khas ini untuk memberikan sumbang saran dan pandangan-pandangan yang bernas dan bermanfaat dalam setiap forum Mesyuarat Jawatankuasa Khas ini nanti dalam usaha mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dan harmoni bagi menyelesaikan isu konflik bidang kuasa ini daripada berterusan. 


Marilah kita sama-sama berdoa agar usaha kita pada hari ini akan memberi kebaikan kepada generasi kita pada hari esok dan undang-undang Syariah terus dimartabatkan malah kedudukannya terus dipertingkatkan pada masa akan datang.


Sekian, terima kasih. 


SENATOR DATO' SETIA DR. MOHD NA'IM BIN HAJI MOKHTAR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


5 Disember 2023



KEMUNGKINAN AKAN DAPAT.

 



Ini bermakna berkemungkinan besar polis telah mendapat DNA pembunuh tersebut. 


****************

Polis telah mengambil sejumlah 228 ujian asid deoksiribonukleik (DNA) penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai di Petaling Jaya, Selangor bagi menyiasat dan mencari pembunuh kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin.


Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata operasi besar-besaran termasuk pemeriksaan dari rumah ke rumah dan mengambil DNA penduduk di apartmen berkenaan bermula semalam dan akan diteruskan sehingga hari ini.


“Setakat pagi tadi sebanyak 5,628 orang dan 2,484 unit rumah telah diperiksa. Ia melibatkan 18 blok di apartmen berkenaan.


“Keadaan cuaca hujan (sebelah pagi) memang memperlahankan operasi pencarian dan proses untuk mendapatkan bukti kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Dia berkata operasi itu melibatkan 188 anggota lain-lain pangkat dan 90 pegawai daripada pelbagai unit PDRM.


Sementara itu, semasa tinjauan Bernama di apartmen itu hari ini kelihatan polis menggunakan dua ekor anjing Unit Pengesan (K9) iaitu Ricks dan Gucci dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA untuk memeriksa sebuah stor dan rumah-rumah berdekatan lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.


Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai, dan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman.


Dalam pada itu, datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 55, ketika ditemui di kediaman ibu bapa Zayn Rayyan hari ini menolak kematian cucu sulungnya itu disebabkan dendam.


Menurut Zahari, anak lelakinya Zaim Ikhwan dan menantunya, Ismanira Abdul Manaf baru sahaja menetap di Apartment Idaman sekitar tiga tahun lepas.


“Rutin harian mereka pergi kerja balik kerja, hanya jiran depan rumah sahaja yang kenal dan mereka tidak berdendam dengan sesiapa,” katanya.


-Bernama




HALUSINASI PNEBUK ATAP : BUMBUNG KONKRIT DISANGKA ATAP RUMBIA




KESAN dasat dari penggunaan dadah seperti pil kuda adalah HALUSINASI umpama berangan-angan tentang sesuatu yg tidak wujud, merapu dan merepek akan berlaku.


Jika kita search, sejak tahun 2017 sehingga 23 Oktober 2023 tidak putus-putus berita polis merampas pil kuda dan menangkap penyeludup atau pengedar pil kuda di KELANTAN dan TERENGGANU.


Tidak dapat dinafikan dari laporan-laporan berita berkenaan yg mengesahkan pil kuda begitu popular di Kelantan dan Terengganu negeri dipenuhi walaun & untit. Di negeri-negeri walaun, jika kita campak jarum ke langit adalah sangat tinggi kemungkinannya jarum itu akan jatuh memgenai hidung, kepala atau bontot walaun & untit PNjahat WARGANEGARA TAK BERGUNA.


Oleh itu kita cukup bimbang cakap2 nak tebuk atap ini datangnya dari HALUSINASI lebai, walaun & untit mabok akibat berdengung. Sbb org yg berfikiran WARAS tidak akan TANPA KEMALUANNYA MEREPEK nak tebuk bumbung konkrit.


HALUSINASI lebai, walaun & untit cukup serious sehinggakan bumbung konkrit yg kukuh yg telah berkali-kali mereka GAGAL TEBUK masih mereka sangkakan Atap Rumbia.


Saya kira pihak berkuasa harus melakukan ujian air kencing pada setiap walaun & untit sbb mereka seting berHALUSINASI di setiap Whatsapp Group, FB, TikTok dll platform SocMed. Ia mungkin kena mengena dgn air kencing mereka.


Samada kencing mereka sudah dicemari sesuatu yg memabok dan mengHALUSINASIkan atau mereka sebenarnya telah dikencing habis-habisan oleh lebai kongkiak kaki berangan.


Wallahualam.


- Zus Din 

11122023



HUH..SIAPA DIBELAKANG TABIR





 

JAGA KEBERSIHAN, JANGAN JADI. PENGOTOR





 Dibawah inisiatif tandas bertaraf BMW iaitu bersih, wangi & menarik oleh KPKT, tandas pasar besar Ipoh yg dulu kotor kini sedang dalam proses bertukar wajah baru. Menjelang thn baru 2024, usaha memerangi kekotoran akan diperhebatkan lagi.Jaga kebersihan,tanggungjawab kita semua!