LETUPAN BUKAN KERJA KERJA KUARI.
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang dilaporkan kira-kira pukul 10.30 pagi ini tidak berpunca daripada kerja-kerja peletupan di kuari. Perkara itu dilaporkan oleh Bernama petang semalam.
Pengarah JMG Perak, Nizarulikram Abdul Rahim, menjelaskan bahawa aktiviti peletupan kuari hanya dibenarkan bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.
“Pemeriksaan JMG Perak mendapati tiada sebarang peletupan kuari dilakukan pada waktu itu. Aktiviti peletupan di luar waktu yang dibenarkan tidak dibenarkan,” katanya seperti dipetik.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, memaklumkan bahawa pihak polis sedang menyiasat aduan orang awam mengenai bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di sekitar Ipoh pagi ini.
Kejadian serupa pernah berlaku pada 21 Oktober tahun lalu, di mana gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan bandar raya Ipoh — termasuk Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim, Manjoi, Chemor, dan Sungai Siput kira-kira pukul 11 pagi, diikuti dengan bunyi letupan yang kuat.
Sehingga kini, punca kejadian tahun lalu itu masih tidak dapat dijelaskan oleh pihak berwajib.
#orangperak
#sejarahperak
#MudaBerilmu
#jatidiri
#teamperak
RAHMAT MEGA SERTAI AMANAH
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengumumkan vokalis kumpulan Mega, Rahmad Tohak atau dikenali sebagai Rahmad Mega secara rasmi menyertai parti itu semalam.
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan Rahmad Mega yang disifatkannya sebagai satu suntikan semangat baru kepada gerakan politik parti tersebut.
Sumber: FB Mohamad Sabu
LAWATAN YB SENATOR BOB MANOLAN KE SEKOLAH OA SG KIOL JERANTUT
20.6.2025//JUMAAT
Program membasmi buta huruf yang dianjurkan oleh PIHAK sekolah Kebangsaan Sg Kiol.Jerantut Pahang. YB menyumbang untuk program yang dianjurkan.
YB turut menyumbang bagi menjayakan program peringkat sekolah yang 100% ADALAH murid orang asal ini menjalani program membasmi buta huruf dikalangan pelajarnya.
Turut hadir bekas Guru Besar Abd Manaf Mat yang dijemput ke SK Sg Kiol JHEOA Jerantut.Beliau turut menyantuni kunjungan YB Senator Tuan Manolan bin Mohammad, Senator Orang Asli Semenanjung ke sekolah.
#coretanpesara #fbpro #jangkauanluas
PAS TAK BUAT DAH UNTUK PALESTINE. YANG BUAT KERAJAAN MADANI DAN AMANAH SERTA NGOS. PAS MASA JADI KERAJAAN 33 BULAN KAPAL TERBANG ISRAEL LALU TAK KATA APA...KIOK.
Selesai solat Jumaat tadi, Bang Mat turun bersama rakyat di hadapan Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada saudara-saudara kita di Palestin dan Iran yang sedang dizalimi tanpa belas kasihan oleh rejim Zionis.
Bang Mat nak tegaskan, kekejaman ini mesti dihentikan segera. Ini bukan isu mazhab, bukan soal Syiah atau Sunni. Ini isu kemanusiaan! Bila hospital dibedil, kanak-kanak terbunuh, dan orang awam jadi mangsa, di mana letaknya nilai perikemanusiaan?
Tiada rakyat yang waras, tiada negara yang beradab mahu hidup dalam ketakutan dan peperangan. Dunia tak boleh terus berpeluk tubuh!
Malaysia mesti terus bersuara lantang menentang kezaliman. Bang Mat berdiri bersama rakyat, selagi nyawa dikandung badan, kita akan lawan penindasan ini!
Kes Najib Razak; Ada 4 Lagi Belum Dibicarakan
Ada yang teks saya berapa lagi kes DS Najib Razak? Tak silap semua ada 6, 1 bebas dan 1 lepas tanpa bebas dan 4 lagi masih berjalan. Dibawah saya ringkaskan dan sertakan link pomrtal berita untuk rujukan.
Sebelum Pembangkang tembak Kerajaan Perpaduan kononnya campurtangan dalam kes Mahkamah, jadi kita share dulu info supaya semua jelas.
✅ 2 KES TELAH SELESAI DIBICARAKAN.
◼️1. Kes SRC RM42 juta (2018)
• Tuduhan: 7 pertuduhan – 1 salah guna kuasa, 3 pecah amanah (CBT), 3 pengubahan wang haram (AMLA)
• Keputusan: Disabit bersalah (2020–2022)
• Hukuman: 12 tahun penjara & denda RM210 juta
• Pengurangan: Januari 2024 – dikurangkan kepada 6 tahun & denda RM50 juta oleh Lembaga Pengampunan
• 🔗 https://www.reuters.com/world/asia-pacific/malaysias-top-court-upholds-najib-razaks-1mdb-linked-conviction-2022-08-23/
◼️2. SRC RM27 juta (2021–2025)
• Tuduhan: 3 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA)
• Status: Dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi pada 20 Jun 2025
• 🔗 https://www.reuters.com/world/asia-pacific/malaysia-drops-1mdb-related-money-laundering-charges-against-ex-pm-najib-report-2025-06-20
⸻
🔄 4 KES BELUM SELESAI
◼️1. 1MDB RM2.28 bilion
• Tuduhan: 25 pertuduhan (pecah amanah, salah guna kuasa, pengubahan wang haram)
• Status: Masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi sejak Ogos 2019
• 🔗 https://www.reuters.com/world/asia-pacific/malaysia-pm-najibs-1mdb-trial-resumes-2024-05-15
◼️2. 1MDB RM6.6 bilion (bayaran kepada IPIC)
• Tuduhan: Pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa
• Status: Belum dibicarakan penuh (tergantung sejak 2020)
• 🔗 https://www.themalaysianinsight.com/s/270518
◼️3. Audit 1MDB (ubah laporan audit)
• Tuduhan: Menyalahguna kuasa untuk ubah laporan audit 1MDB sebelum dibentang kepada PAC
• Status: Perbicaraan tergantung sejak 2023
• 🔗 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/01/05/najibs-1mdb-audit-tampering-trial-postponed-again/48937
◼️4. 1MDB RM47 juta (pengubahan wang haram)
• Tuduhan: 3 pertuduhan AMLA
• Status: Belum dibicarakan
• 🔗 https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2019/02/461151/najib-faces-3-more-money-laundering-charges-over-rm47m
Syam Ghaz.
SRIKANDI PKR MERBOK ZIARAH WARGA TUA.
Ziarah Kasih Wanita Keadilan bersama Srikandi Cabang Merbok kali ini menggalas penuh rasa tanggungjawab sosial dan perihatin terhadap komuniti setempat. Lawatan kali ini menziarahi Tok Siti, seorang warga emas yang sedang diuji dengan kesempitan hidup.
Tok Siti bukan sahaja menanggung usia tua, tetapi turut memikul tanggungjawab menjaga empat orang cucu yang kehilangan tempat bergantung. Ibu kepada anak-anak ini tidak dapat dikesan, manakala bapa mereka merupakan seorang OKU yang tidak mampu bekerja.
Kehadiran kami bukan sekadar membawa sumbangan keperluan asas, tetapi juga menyampaikan semangat solidariti dan sokongan moral kepada Tok Siti sekeluarga. Moga sedikit usaha ini menjadi penggerak kepada lebih ramai pihak untuk cakna dan peduli akan nasib mereka yang memerlukan.
“Wanita prihatin, rakyat terbela.”
#wanita #wanitacabangmerbok #merbok #wanitaperihatin #ketuawanita #timbalanketuawanita #naibketuawanita #ketuapenerangan #komuniti #rakyat #merbok #perihatin #asnaf #Malaysia
TERKINI KPN.
TERKINI
Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail (Pengarah Cawangan Khas) hari ini sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.
Artikel penuh di ruangan komen.
PENGARAH CAWANGAN KHAS JADI KPN ???
Nama Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail merupakan calon yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu.
Berita klik link: https://www.utusan.com.my/berita/2025/06/mohd-khalid-dilantik-ketua-polis-negara-ke-15/
Kami kini di WhatsApp! Ikuti Channel rasmi Utusan Malaysia: https://whatsapp.com/channel/0029VaDc0MU6BIEgvpncIq1w
ANWAR BERTEMU KEPIMPINAN PKR JOHOR. AYUH BUAT KERJA.
Saya turut berkesempatan mengadakan pertemuan bersama pimpinan KEADILAN Johor, barisan pejuang akar umbi yang menjadi tulang belakang parti di peringkat negeri.
Dalam pertemuan ini, saya menitipkan pesanan agar terus merangkul kekuatan, memperkukuh kesatuan, dan memantapkan gerak kerja, demi mendepani medan perjuangan yang semakin mencabar dan memerlukan iltizam yang tinggi.
Keyakinan saya tetap utuh bahawa dengan semangat juang yang berterusan, KEADILAN Johor mampu memainkan peranan besar dalam merealisasikan agenda reformasi dan Malaysia MADANI.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗙𝗔𝗜𝗟 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝗦𝗥𝗖 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔
𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢
𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗙𝗔𝗜𝗟 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝗦𝗥𝗖 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari ini, membenarkan permohonan peguam Dato’ Seri Najib Razak agar beliau 𝗱𝗶𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 (𝘥𝘪𝘴𝘤𝘩𝘢𝘳𝘨𝘦 𝘯𝘰𝘵 𝘢𝘮𝘰𝘶𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘰 𝘢𝘯 𝘢𝘤𝘲𝘶𝘪𝘵𝘵𝘢𝘭, atau DNAA) dalam kes salah guna wang rakyat berhubung syarikat milik kerajaan SRC International Sdn Bhd (“SRC”).
Dalam tahun 2019, Dato’ Seri Najib didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) atas tuduhan menerima wang haram (dari aktiviti yang melanggar undang-undang) sebanyak RM27 juta berkaitan SRC.
Walaupun didakwa di mahkamah sejak 2019, sehingga kini perbicaraan masih belum boleh berjalan kerana pihak pendakwa raya tidak dapat menyiapkan dokumen-dokumen bukti untuk dikemukakan di mahkamah.
Saya menghormati hak Dato’ Seri Najib untuk membuat permohonan DNAA kerana beliau telah menunggu lama sejak 2019. Saya juga menghormati keputusan YA Hakim K Muniandy yang membenarkan permohonan DNAA itu.
Saya tidak faham kenapa pihak pendakwa raya mengambil masa yang begitu lama (sejak 2019) untuk menyiapkan dokumen seperti yang diperlukan untuk memulakan kes?
Apatah lagi, kes ini bersabit dengan SRC, yang mana Dato’ Seri Najib kini sedang menjalani hukuman atas sabitan bersalah dari kes pertama melibatkan SRC. Dari pengalaman saya mengkaji dan mendedahkan skandal 1MDB dan SRC sebelum ini, penyelewengan melibatkan SRClah yang mempunyai bukti aliran tunai (money trail) yang lebih jelas.
Kelemahan ini jelas perlu dijawab oleh pihak pendakwa raya. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu melihat kes ini berlalu begitu sahaja atas kegagalan pendakwa (yang mewakili kerajaan) menyiapkan dokumen bukti ke mahkamah, berhubung satu skandal (iaitu SRC) yang telah pun dijatuhkan hukuman bersalah.
Oleh itu, saya menyeru supaya pihak pendakwa 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 bahawa Kamar Peguam Negara (AGC) akan memfailkan semula pertuduhan dengan secepat mungkin dan menyiapkan dokumen-dokumen dengan sewajarnya, agar kes ini dapat berjalan dengan segera.
Sebagai Ahli Parlimen, saya akan mengikuti perkembangan kes ini dengan dekat agar ia tidak tercicir dari pandangan awam.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
20 Jun 2025
DIA GAGAL TAPI LAGAK HERO
Sham Ghaz
KUALA MUDA – Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara konsisten cuba menafikan kegagalan projek-projek di bawah pentadbirannya dengan memberikan pelbagai alasan. Beliau mendakwa bahawa kelewatan projek adalah perkara biasa dan disebabkan oleh faktor-faktor seperti pandemik Covid-19.
Dalam satu ucapan, Sanusi berkata: "Isu air setiap hari raya orang akan mainkan tetapi Alhamdulillah tahun ini air berlebih-lebih... Pada masa itu saya berharap mereka yang sedang mencerca kita pada waktu ini jadi bisu". Kenyataan ini menunjukkan sikap defensif dan tidak bertanggungjawab terhadap masalah serius yang dihadapi rakyat.
BARU SETAHUN JAGONG KENA BERUBAH
KeADILan: Kena BERUBAH, kalau tidak REBAH.
💪💪💪
#postviralシ #KekalBerprinsip #RR #RafiziRamli #positivevibes #postoftheday
ORCA MEMBUNUH KURULATIHNYA.
Wanita ini sudah 15 Tahun melatih paus. Namun hari itu, paus itu membunuhnya di hadapan penonton😰
Tilikum dilaporkan menyeret tubuh Dawn dengan kuat, menggoncang dan memusingkannya berulang kali dalam air, satu teknik yang dikenali sebagai death roll iaitu kaedah biasa yang digunakan orca untuk melumpuhkan mangsa semasa memburu. Jurulatih lain serta kakitangan keselamatan bergegas ke tempat kejadian cuba menenangkan Tilikum dan membawa haiwan itu ke kolam khas di belakang yang membolehkan orca diasingkan. Walau bagaimanapun, Tilikum enggan melepaskan Dawn. Serangan itu berlanjutan hampir 30 minit sekali gus menjadikan usaha menyelamat hampir mustahil kerana kekuatan dan saiz orca yang luar biasa.
PELAJAR SASTERA 2A TAPI BERJAYA DI US.
Tular kisah tentang seorang Graduan Kejuruteraan di Amerika yang hanya dapat 2A Sastera SPM.
Zul Hakim bukan anak genius yang penuh deretan A. Dia juga bukan pelajar aliran sains yang selalu dapat “lampu hijau” dalam sistem pendidikan.
Dia budak sastera. SPM nya cuma 2A. Semua permohonan UPU nya ditolak.
Tapi hari ini, dia berdiri megah sebagai graduan Double Major dari Purdue University, USA dalam bidang Mechatronics Engineering Technology dan Automation & Systems Integration.
Dia tamatkan pengajian lebih awal dari jangkaan. Dia buktikan, permulaan yang biasa tak semestinya menghasilkan takdir yang biasa.
Dan buat anak-anak yang bakal menerima keputusan UPU sebentar saja lagi dengar baik-baik pesan ini.
UPU bukan takdir.
Ia hanya satu pintu.
Dan kadangkala, pintu itu tak terbuka kerana Tuhan mahu kalian bina pintu sendiri.
Kalau dikau dapat apa yang dimohon, bersyukur.
Kalau tak dapat, jangan hancur. Jangan salahkan diri. Jangan benci sistem. Jangan benci keputusan.
Kerana kadangkala, sistem tak mampu melihat potensi yang belum terserlah. Tapi kalian tahu siapa yang mampu? Diri mu sendiri.
UPU tak menolak siapa-siapa. Ia cuma satu algoritma yang mengikut angka, merit, dan statistik. Tapi hidup sebenar, tak ikut algoritma.
Hidup ikut siapa yang terus melangkah walaupun tanpa laluan siap sedia.
Zul Hakim pernah ditolak sistem. Tapi dia tak tolak dirinya sendiri. Dia pilih untuk terus belajar, terus mencuba, terus naik satu tangga demi satu tangga.
Dan akhirnya, dia sampai ke puncak yang orang tak sangka.
Jadi kalau keputusan UPU mu nanti bukan seperti yang diharapkan, ingat satu perkara:
👉🏻 Yang gagal UPU tak bermakna gagal masa depan.
👉🏻 Yang lambat mula, boleh jadi paling jauh melangkah.
👉🏻 Yang tak terpilih hari ini, boleh jadi pemimpin yang dicari esok hari.
Jangan sempitkan hidup hanya pada satu keputusan.
Jangan sempitkan takdir hanya pada satu peluang.
Sebab Tuhan tak pernah letak kejayaan dalam satu borang.
Dia letak dalam usaha, kesungguhan dan kepercayaan pada diri.
UPU bukan segalanya.
Dirimu adalah segalanya untuk masa depan mu wahai anak-anak.
Dan satu hari nanti
Mereka yang pernah menangis depan keputusan UPU,
akan senyum depan pentas konvokesyen bukan kerana mereka dipilih, tetapi kerana mereka memilih untuk tidak berhenti.
Mereka yang pernah rasa “aku tak cukup bagus”, akan buktikan, bukan keputusan yang tentukan siapa kita,
tapi apa yang kita buat selepas keputusan itu diumumkan.
Jadi kalau UPU tak berpihak pada kalian hari ini wahai anak-anak.
Jangan biar kecewa jadi noktah. Biar ia jadi anak tangga untuk kalian panjat lebih tinggi dari semua jangkaan.
Sebab hidup ini bukan tentang siapa yang dapat dulu.
Tapi siapa yang tak berhenti walau tak pernah dipilih pada awalnya.
Ingat baik-baik pesan Mama,
Yang paling kuat bukan yang paling pandai, tapi yang paling tak pernah putus asa.
Dan mungkin, kejayaan luar biasa dikau bermula dari keputusan yang biasa-biasa.
With ❤️
Mama Zura Betty
#akakanakenam
#UPU
#BATCH07
TAK KAN LAH NAK LAWAN KOT...
Mohd Faisal
Takkan lah timbalan presiden binti presiden ni nak kritik presiden ni kan? 🤔
inilah yang dinamakan demokrasi terpimpin,
TAKKAN LAH ANAK PRESIDEN NAK LAWAN PRESIDEN ? kata abdul wahub kepada abdul wahab
SPEKULASI LANTIKAN IGP!!🤣
Erin Nash
Datuk Seri Mohd Khalid Ismail naik pangkat jadi IGP (Ketua Polis Negara) yg baru.
Datuk Seri Azmi Abu Kassim naik pangkat jadi Timb KPN
Tan Sri Ayob Khan ke Agensi Sempadan, lapur terus kepada KDN dgn pangkat setaraf KPN (IGP)
note: depa takut ke Ayob Khan yg tiada kompromi dlm menjalankan tugas..bagi penjawat awam yg paham dia kena "peti sejuk" la antaq jauh nun🤣
info dari sumber dalaman Peace Hill & Yellow Umbrella🤣🤣
KJ, RAFIZI, NIK NAZMI, SHAHRIL & PARTI MUDA
Puad Zarkashi dilaporkan menyindir Khairy Jamaluddin, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi dengan berkata:
“Bagus juga jika Rafizi, KJ, Nik Nazmi (Nik Ahmad), Shahril Hamdan, Akmal Nasir, Syed Sadiq (Syed Abdul Rahman), Wan Saiful Wan Jan dan Larry Sng bergabung dalam satu parti baru."
Sejujurnya, saya tidak fikir Rafizi atau Nik Nazmi berniat keluar PKR. Malah, saya yakin bahawa Rafizi tahu masa depan politiknya akan menemui jalan buntu sekiranya beliau menyertai PN atau menubuhkan parti baharu.
Begitu juga Khairy.
Ada pula sumber mendakwa UMNO mahu Khairy kembali ke parti itu kerana tahu Khairy memiliki sokongan pengundi muda progresif yang cukup besar, termasuk pengundi atas pagar yang mampu mengubah arus pilihan raya.
Namun, saya tidak dapat pastikan kebenaran dakwaan ini.
Tetapi saya percaya, jika Rafizi, Khairy, Shahril dan Nik Nazmi tiba-tiba memutuskan untuk berunding dengan parti Muda dan menyertai parti itu, tidak mustahil sebahagian signifikan pengundi muda progresif, termasuk semua pengundi atas pagar, beralih menyokong Muda.
Bagaimana pun, Muda perlu meminda perlembagaan parti supaya umur maksima bagi jawatan-jawatan tertentu ditingkatkan. Berikut merupakan senarai umur Khairy, Rafizi, Nik Nazmi dan Shahril:
Khairy Jamaluddin: 49
Rafizi Ramli: 47
Nik Nazmi: 43
Shahril Hamdan: 39
Seperti yang anda lihat, mereka ini bukanlah tua sangat. Malah, Muda boleh mewujudkan cabang 'veteren' bagi menampung ahli-ahli mereka yang melangkaui umur tertentu.
Sebab itu, saya selalu berkata kepada semua pemimpin politik, "be careful what you wish for."
Apa pun, saya yakin perkara ini tidak akan terjadi.
Sebaliknya, saya berpendapat Rafizi dan Nik Nazmi akan terus kekal bersama PKR, manakala Khairy dan Shahril akan kembali kepada UMNO.
RJ Rithaudeen
KISAH ANAK GAJAH YANG SEDIH
SI Abang Long
Sungguh merobek hati dengan kisah Zhuang Zhuang, anak gajah kecil dari zoo di Rongcheng, China ini.
Bayangkan, saat seharusnya disambut dengan kehangatan dan kasih sayang seorang ibu, apa yang terjadi sebaliknya.
Ibunya entah mengapa menolak kehadirannya, bahkan cuba memijaknya. Situasi diluar jangkaan.
Hati mana yang tidak hancur melihat kejadian tragis seperti ini? 💔
Doktor haiwan cuba sedaya upaya, memisahkan Zhuang Zhuang untuk memberikan rawatan, kemudian cuba menyatukan mereka semula.
Namun, takdir berkata lain. Si ibu tetap menolak si anak, menghancurkan harapan kepada penyatuan.
Dan di sinilah, hati kita benar-benar diuji, Zhuang Zhuang menangis kerana ibunya menolaknya.
Bukan sekadar tangisan biasa, tapi tangisan pilu yang berlangsung selama lima jam tanpa henti.
Ini bukanlah tangisan kerana sakit fizikal, tetapi luahan kesedihan yang mendalam akibat ditolak oleh ibunya sendiri.
Tangisannya begitu menyayat hati, begitu menusuk kalbu, hingga doktor yang merawatnya pun tidak dapat menenangkannya.
Melihat anak gajah sekecil itu teresak-esak seperti bayi manusia, menunjukkan betapa hebatnya emosi yang bergelora dalam dirinya.
Ini adalah bukti nyata bahawa haiwan, terutama gajah yang kita kenal memiliki ikatan keluarga yang kuat, juga mampu merasakan kepedihan dan kesedihan yang setara dengan manusia. 🐘😭
Sudah buntu untuk menenangkan anak gajah itu, doktor akhirnya membalut tubuh kecil Zhuang Zhuang dengan kain untuk memberikannya kehangatan dan rasa aman, barulah tangisan itu mula reda.
Ia perlahan-lahan tenang dan tertidur, dengan helaan nafas letih seperti bayi yang baru saja melewati badai emosi.
Kisah Zhuang Zhuang ini bukan sekadar cerita. Ia adalah pengingat yang menyentuh, sebuah cerminan tentang betapa dalamnya perasaan yang boleh dimiliki oleh makhluk selain manusia.
ADA TEMPAT SIMPAN SENJATA PULAK.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) semasa proses merakam keterangan seorang individu bergelar Tan Sri, semalam.
Suruhanjaya itu menjelaskan, pasukan ACTS digunakan dalam proses penggeledahan kerana Tan Sri berkenaan disyaki menyimpan senjata-senjata di dalam sebuah bilik rahsia di kediamannya di Bandar Tasik Selatan, Cheras
“SPRM mendapat maklumat terdapat bilik rahsia yang menyimpan barang-barang berharga termasuk senjata yang berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang di kediaman individu ini.
#SPRM #FaktaKes
Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com
CONOCOPHILIPS TINGGALKAN SARAWAK MASUK SABAH
ConocoPhillips telah meninggalkan investment dari Sarawak untuk pergi ke Sabah. Federal tidak terganggu kerana kalau mereka ke sarawak atau ke sabah, kena melalui Petronas untuk PSC. Namun dari sudut pandang ConocoPhillips, pelaburan Di sabah lebih stabil dari Sarawak yang mula mempertikaikan hak Petronas dan ini dilihat berisiko buat pelaburan ConocoPhillips.
Berapa kehilangan investment di Sarawak?
Jumlah kos pembangunan untuk lapangan minyak laut dalam Salam‑Patawali (Blok WL4‑00) diunjurkan sebanyak RM13.7 bilion (kira-kira US$3.13 bilion). (Exit April 2025)
ConocoPhillips memegang 50% kepentingan kerja, menjadikannya sebagai pengendali utama bagi blok tersebut.
---
Kerugian yang Mungkin Ditanggung oleh Sarawak
1. Jurang Pelaburan Langsung
Dengan penarikan diri ConocoPhillips, Sarawak perlu sama ada mencari rakan pelabur baharu atau membangunkan projek ini secara bersendirian. Ini bermakna negeri tersebut berisiko menghadapi kekurangan pelaburan sebanyak hampir separuh daripada bajet RM13.7 bilion itu — dianggarkan sekitar RM6–7 bilion.
2. Kehilangan Hasil Masa Depan
Lapangan tersebut dijadualkan mencapai kemuncak pengeluaran sekitar tahun 2028 dan beroperasi sehingga tahun 2067. Ini menunjukkan bahawa Sarawak mungkin terlepas peluang menjana pendapatan dalam bentuk royalti, peluang pekerjaan tempatan, dan manfaat ekonomi sampingan untuk beberapa dekad akan datang — nilai yang sukar diukur dengan wang semata-mata tetapi sangat besar dalam jangka masa panjang.
Bila saya sebut Sarawak sedang membunuh angsa emas dia sendiri, ada orang Sarawak maki hamun saya.
Kita bagitau rumah dia terbakar, dia marah kita balik? Nang paloi tunguk sidak tok.
Iswardy










































