SANGGAH HADI AWANG: PAS BERCAKAP SYURA, BERTINDAK SEPERTI POLITBIRO





Oleh: Shafarizam




Tuan Guru Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dalam kenyataan medianya bertarikh 26 Mei 2026 (Bil: 36/2026) bertajuk “Menyangkal Tohmahan PAS Autokratik”, menghuraikan panjang lebar tentang syura, nasihat, dan amar ma‘ruf nahi munkar dalam Islam. Persoalannya satu sahaja: adakah PAS sendiri mengamalkan apa yang Tuan Guru tulis itu?

PAS bukan komunis dari sudut akidah — itu jelas. Tetapi dari sudut budaya pengurusan parti, ciri-ciri yang dipamerkan PAS hari ini menyerupai sebuah politbiro: suara berbeza dianggap pengkhianatan, ahli yang mengkritik disingkirkan, dan ahli yang setia dilindungi walau apa pun salah yang dilakukan.


Mana Syura Dalam PAS?


Tuan Guru memetik dengan indah firman Allah SWT:

“…sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka…”

[Surah al-Syura: 38]


Soalan ringkas: bilakah kali terakhir keputusan besar PAS — pakatan politik, pencalonan, pendirian dasar — benar-benar diputuskan melalui syura terbuka antara ahli, bukan diumumkan dari atas?


Saidina Umar RA boleh ditegur oleh wanita biasa di hadapan khalayak dan menjawab dengan rendah hati “sadaqat al-mar’ah wa akhta’a Umar”. Itulah syura sebenar. Hari ini, adakah ahli biasa PAS boleh menegur Presiden tanpa dilabel “menjual agama” atau dipecat? Mana perginya tokoh-tokoh yang membentuk Amanah pada 2015 — keluar atas pilihan sendiri, atau kerana ruang berbeza pendapat sudah tertutup?


Kontroversi Nik Muhammad Zawawi: Sahabat Nabi SAW Pun Dihina


Contoh paling jelas standard berganda PAS ialah kontroversi yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh. Dalam beberapa kenyataan dan ceramah yang tular, beliau didakwa:


• Menyamakan Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA — khalifah pertama, sahabat dalam Gua Thawr — dengan istilah “bapak ceti” (pengamal riba).


• Menuduh Saidina Umar al-Khattab RA — al-Faruq, salah seorang sepuluh sahabat dijamin syurga — dengan tuduhan keji berkaitan zina.


Tentang Abu Bakar, Allah sendiri merakam dalam al-Quran:


“…ketika dia berkata kepada sahabatnya, ‘Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.’…”

[Surah al-Tawbah: 40]


Tentang Umar, Rasulullah SAW bersabda bahawa syaitan lari dari jalannya. Inikah orang yang patut dituduh sedemikian rupa?


Rasulullah SAW sendiri telah memberi amaran tegas:


“Janganlah kamu mencela sahabatku. Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sekiranya salah seorang antara kamu menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, nescaya tidak akan menyamai satu mud sahabatku, malah tidak juga setengahnya.”

[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Apakah tindakan PAS? Tiada pemecatan, tiada gantung keahlian, tiada teguran tegas dari Majlis Syura Ulama. Beliau terus dipertahankan, terus dicalonkan.


Bandingkan dengan reaksi PAS apabila lawan politik membuat kenyataan yang jauh lebih ringan — kenyataan media bertubi-tubi, ceramah mengecam, laporan polis. Tetapi apabila tuduhan keji terhadap khalifah Rasulullah SAW datang dari ahli sendiri — senyap.


Lebih ironis lagi, PAS sering menuduh Syiah sesat antaranya kerana mencela sahabat. Tetapi apabila celaan serupa muncul dari ahli sendiri, PAS berdiam diri. Jika perkara seasas akidah Ahli Sunnah ini boleh dikompromi demi politik dalaman, apa lagi yang tidak boleh dikompromi?


“Agama Itu Nasihat” — Tetapi Hanya Untuk Orang Luar

Hadi memetik hadis “agama itu nasihat… bagi para pemimpin Islam dan orang ramai” [Riwayat Muslim], dan menulis bahawa “tidak ada larangan 3R dalam politik Islam”. Sangat menarik.


Tetapi apabila ahli PAS sendiri menasihati pimpinan tentang kelemahan pengurusan, kontroversi anak-anak pimpinan, atau kegagalan menegur celaan terhadap sahabat — adakah nasihat itu diterima? Atau dilabel “musuh dalam selimut”, “agen DAP”? Al-din al-nasihah itu pisau bermata dua.


Islamofobia Sebagai Tameng


Taktik Hadi yang paling biasa ialah membingkai sebarang kritikan sebagai Islamofobia atau propaganda Orientalis. Tetapi kritikan terhadap PAS hari ini banyak datang dari bekas pemimpin PAS sendiri, ulama Sunni, ahli akademik Muslim Malaysia, dan umat Islam yang prihatin tentang akidah serta kehormatan sahabat. Adakah mereka semua “agen Islamofobia”? Atau lebih mudah melabel mereka begitu daripada menjawab persoalan mereka?


Penutup: Cermin Untuk Tuan Guru

Tuan Guru menutup kenyataannya dengan firman Allah:


“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya…”

[Surah al-Isra’: 36]


Ayat ini juga berlaku untuk pimpinan PAS sendiri. Apabila Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar boleh dituduh dengan tuduhan keji oleh ahli PAS sendiri tanpa sanad sahih dan tanpa teguran tegas dari pucuk pimpinan bukankah itu mengikuti perkara yang tiada ilmu padanya, dalam bentuk yang paling merosakkan akidah umat?


PAS bukan komunis dari sudut akidah. Tetapi apabila sebuah parti agama meminjam gaya pengurusan, budaya tutup mulut, dan budaya melindungi ahli sendiri walau apa pun salah yang dilakukan sehingga kehormatan sahabat Nabi SAW pun sanggup dikorbankan demi politik dalaman kritikan ini sah dibangkitkan.


Jawapan kepada tohmahan autokratik bukan dalam kenyataan berbelas muka surat. Jawapannya adalah dalam amalan dalaman dan konsistensi prinsip. Buka ruang syura. 


Terima nasihat. Berhenti memecat orang yang berbeza pendapat. Tegur ahli sendiri yang menghina sahabat Nabi SAW dengan setegas menegur lawan politik.


Selagi itu tidak berlaku, tohmahan itu akan terus melekat — bukan kerana propaganda musuh, tetapi kerana ia mencerminkan realiti yang dilihat rakyat sendiri.





ROH MEMBOHONG ADA PADA SANUSI. NOHHHH...KIOK.

 





Man Slow


Roh pejuang Islam ada pada Anwar ? Dia Tak ambik gaji, Tak ambik tanah buat mahligai besar2..dia cuma kata nak habis sisa hidup dia dengan berbakti pada rakyat saja..



Roh bukak mulut je muhong tu ada kat sanusi hari ni?..sampai ke bajet negeri nak muhong lagi? Gelak muhong gelak muhong saja ..betoi la Dia saja yang boleh membolak balik kan hati manusia..




KERAJAAN TIADA CADANGAN KENAKAN GST.



Pak Uda.



 Kerajaan dianggarkan berjaya mengutip sebanyak RM55.9 bilion menerusi pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sepanjang tahun lalu. Jumlah itu dilaporkan lebih tinggi berbanding kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2017. 





Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pencapaian tersebut menjadi antara sebab utama kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula GST buat masa ini. 


Perkembangan itu menunjukkan sistem SST yang digunakan sekarang semakin mampu memberikan pulangan hasil yang besar kepada negara, sekali gus menjadi antara sumber penting bagi membiayai pembangunan dan kebajikan rakyat.




KISAH ZALIMNYA SEORANG BAPA.

 

Shahril Azwan






BAPA MERUPAKAN SEORANG BEKAS TENTERA SERING MENGAMALKAN KAEDAH DISPLIN TEGAS DAN AGRESIF TERHADAP ANAK SAMPAI MATI❗️❗️


Nur Aina Nabihah merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dari Port Dickson.

"Maut setelah Dipijak, Disepak dan Ditendang oleh bapa kandung sendiri"


Kanak-kanak ini tinggal bersama abang kandungnya, dua orang adik tiri, ibu tiri serta bapa kandungnya yang dikenali sebagai Mohammad Abdullah Mohamed.


Bapa kandungnya merupakan seorang bekas anggota tentera berpangkat sarjan yang sering mengamalkan kaedah disiplin yang sangat tegas dan agresif terhadap anak-anaknya sendiri.


Di rumah, kanak-kanak ini menjalani kehidupan yang penuh ketakutan kerana kerap dipaksa menjalani hukuman fizikal yang berat seperti latihan ala komando, termasuk melakukan ratusan tekan tubi, bangkit tubi dan ketuk ketampi sekiranya berkelakuan degil.


Kemuncak penderitaannya berlaku pada malam 31 Januari 2018 apabila dia didera dengan teruk sehingga menyebabkan kecederaan dalaman yang membawa kepada kematiannya.


Jenayah kejam itu dilakukan sendiri oleh bapa kandungnya yang berang selepas mendakwa mangsa melakukan kesilapan ketika mengaji al-Quran serta gagal menunaikan solat sebelum tidur.


Sebagai hukuman atas kesalahan tersebut, bapanya memaksa mangsa melakukan tekan tubi dan bangkit tubi sebanyak 500 kali. Namun, mangsa akhirnya rebah ke lantai akibat keletihan.


Berasa sangat marah melihat mangsa yang sudah tidak berdaya, lelaki itu bertindak memijak perut, menyepak dan menendang tubuh mangsa berkali-kali menggunakan kerusi plastik sehingga mangsa pengsan.


Serangan tersebut menyebabkan Nur Aina Nabihah mengalami kecederaan dalaman yang parah, termasuk hati yang koyak, pankreas yang putus, usus tersumbat serta beberapa tulang rusuk patah sebelum dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.


Selepas laporan bedah siasat rasmi dikeluarkan, pihak polis segera menahan bapa kandung mangsa di rumah mereka bagi menghadapi pertuduhan bunuh.


Selepas melalui proses perbicaraan yang panjang, Mahkamah Tinggi Seremban akhirnya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohammad Abdullah Mohamed selepas dia didapati bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Hukuman mati tersebut kemudiannya dikekalkan secara sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan pada Jun 2025. Mahkamah menegaskan bahawa tindakan zalim seorang bapa menyeksa darah dagingnya sendiri sehingga mati merupakan satu jenayah yang sangat berat dan tidak melayakkannya menerima pengurangan hukuman penjara.


#kisahbenarr #bapabekastentera #disiplintegasdanagresif #kesdera #contentmonetizationn #fbprofollowersemuaorang #fbprofypjangkauansemuaorang




#SKMM@PDRM . DIA KALAU CERDIK TAK CAKAP LAGU TU. SEBAB ADA YANG TAK CERDIK LAH CAKAP TAK PAKAI OTAK.

 



RMS


Bila kena SKMM, mulalah cakap, kjaan menindas kebebasan rakyat bersuara.. kjaan Madani ni macam  Korea Utara.. nko nasib baik tam hebat, kalo di negara lain, dah tinggal nama saja.. disini 24 jam main isu 3R, kaum dan agama tak kena tindakan.




TAK SEKOLAH TINGGI

 


Aman Muhamad


walauntit memang macam tu.

sebab tu Malaysia akan aman jika PAS dihapuskan.


:)



KOS SARA HIDUP: GAWAT ATAU KITA TERLALU CEPAT MENYIMPULKAN?



Mohd Zaid Ali







Khutbah di Kelantan hari ini menyentuh soal kos sara hidup yang dikatakan semakin gawat dan tidak stabil.

Persoalannya realiti sepenuhnya, atau naratif yang perlu dibaca dengan lebih seimbang?


Ya tidak ada siapa menafikan tekanan kos sara hidup itu wujud. Harga barang naik turun, pendapatan tidak sentiasa seiring, dan rakyat memang sedang menyesuaikan diri dengan cabaran ekonomi semasa.

Itu fakta.


Tetapi ada satu lagi fakta yang juga tidak boleh ditolak jika subsidi petrol RON95 ditarik, harga bahan mentah tidak stabil, inflasi melonjak, atau bekalan asas terganggu barulah gambaran “gawat” itu benar-benar terasa dalam bentuk paling keras.


Namun realiti di lapangan juga bercakap perkara lain. Sejak malam tadi, media sosial dipenuhi kisah anak perantau Pantai Timur khususnya Kelantan yang terperangkap dalam kesesakan luar biasa untuk pulang beraya Aidiladha.


Ada yang bertolak jam 8 malam dari Shah Alam. Selepas 12 jam, baru sampai Merapoh. Letih? Ya. Luar biasa letih.


Tetapi dalam kesesakan itu sendiri, ada satu realiti yang sukar dinafikan jutaan rakyat masih mampu bergerak ratusan kilometer, masih mampu isi minyak, masih mampu bayar tol, masih mampu beli buah tangan dan masih mampu pulang ke kampung menyambut keluarga.


Bukan untuk menafikan kesusahan. Ini bukan cerita untuk menafikan tekanan hidup. Bukan juga untuk kata semua orang senang. Dan bukan untuk menutup mata kepada cabaran ekonomi rakyat.


Tetapi satu perkara perlu jujur disebut realiti ekonomi rakyat tidak pernah hitam atau putih. Ia sentiasa berada di antara dua dunia yang sedang terhimpit dan yang masih mampu bertahan.


Anak perantau sendiri faham lebih daripada kita semua.

Mereka tahu susahnya hidup di kota, mahalnya kos harian, pentingnya subsidi dan nilai kestabilan ekonomi

Sebab itu, mereka bukan sekadar emosi mereka juga realistik.


Kesimpulan 


Perbincangan tentang kos sara hidup tidak boleh hanya bersandar pada slogan, emosi atau persepsi media sosial. Tetapi perlu juga berpijak pada pengalaman rakyat sebenar, data ekonomi dan realiti harian yang bercampur-campur


Yang paling membimbangkan bukan kos sara hidup semata-mata, tetapi apabila ekonomi dibaca melalui emosi politik lebih daripada realiti lapangan.


Kerana dalam soal ekonomi negara, kejujuran menilai realiti jauh lebih penting daripada kecenderungan membina slogan.


Dan ketika itu berlaku…kita bukan lagi berbincang tentang ekonomi. Kita sedang berbincang tentang persepsi.


IBNU ALI..






KEH KEH KEH..PARLIMEN KO PUNYA LEKEH.....KO KALUT BAB ORANG LAIN..APA PUNYA MUSIBAT DIA NI


 

SANUSI ..SIAPA TAK KENAI..


 

CARA KIRA BERBEZA..JOM DENGAR .


 

ANWAR PERLUKAN SOKONGAN





 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan sokongan berterusan daripada rakyat bagi memastikan agenda reformasi negara dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan. Dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu, kestabilan politik amat penting supaya kerajaan dapat fokus bekerja untuk rakyat.


Sejak mengambil alih pentadbiran negara, pelbagai pembaharuan mula diperkenalkan termasuk usaha memperkukuh ekonomi, meningkatkan keyakinan pelabur dan memperbaiki sistem pentadbiran kerajaan. Walaupun perubahan itu tidak berlaku dalam sekelip mata, langkah demi langkah sedang diambil untuk memastikan Malaysia berada di landasan lebih baik.


Rakyat juga perlu faham bahawa reformasi sebenar bukan proses mudah. Banyak masalah yang diwarisi sejak bertahun-tahun memerlukan masa untuk diperbetulkan. Sebab itu kerajaan memerlukan ruang dan sokongan supaya segala perancangan dapat diteruskan tanpa gangguan politik berlebihan.


Dalam masa sama, orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan negatif di media sosial. Ada pihak yang sengaja memainkan sentimen kebencian dan menyebarkan maklumat tidak tepat semata-mata untuk meraih sokongan politik.


Budaya politik lama yang dipenuhi fitnah dan permainan persepsi sepatutnya ditinggalkan. Negara memerlukan suasana lebih matang di mana rakyat menilai berdasarkan fakta, pencapaian dan usaha kerajaan membantu kehidupan rakyat.


Banyak inisiatif yang telah diumumkan kerajaan MADANI sebenarnya memberi manfaat terus kepada rakyat termasuk bantuan tunai, usaha kawal harga barang, peluang pekerjaan serta kemasukan pelaburan asing yang semakin meningkat. Semua ini memerlukan kestabilan untuk diteruskan.


Anwar juga dilihat memberi perhatian serius terhadap soal tatakelola dan integriti dalam pentadbiran. Langkah memperkukuh kutipan hasil negara dan membanteras ketirisan dilakukan supaya lebih banyak wang dapat disalurkan semula kepada rakyat melalui pembangunan dan bantuan bersasar.


Walaupun kerajaan sering menerima kritikan, rakyat perlu bijak membezakan antara teguran membina dan propaganda politik. Kritikan yang baik boleh membantu kerajaan menjadi lebih baik, tetapi fitnah dan kebencian hanya akan merugikan negara.


Malaysia mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai antara negara ekonomi utama di rantau ini jika semua pihak mampu bergerak bersama. Perbalahan politik berpanjangan hanya akan menyebabkan pelabur hilang keyakinan dan pembangunan negara terbantut.


Akhirnya, masa depan negara bergantung kepada kebijaksanaan rakyat sendiri. Jika mahu melihat Malaysia terus maju dan stabil, rakyat perlu terus memberi sokongan terhadap usaha reformasi yang sedang dilaksanakan serta tidak mudah termakan hasutan negatif yang memecah-belahkan masyarakat.





MINYAK MALAYSIA MASIH 199. NAKAHAL LAGI BOLEH JA KE SIAM


 

DIA DERHAKA PADA RAJA MELAYU. BUKAN BANGSA LAIN PUN

 


HAMZAH DIPECAT KERANA INGIN MENYATUKAN MELAYU? TAPI JADI PENYAKAW JUGA BILA ANAK TURUT SAPU




Marzuki Mohamad




Saya tak suka putar belit. Saya straight forward saja.


Hamzah tiada kedudukan dalam BERSATU sehinggalah Tan Sri Muhyiddin lantik beliau sebagai Setiausaha Agung dan kemudian endorse beliau sebagai Timbalan Presiden.


Beliau menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden atas endorsement Tan Sri Muhyiddin.


Tan Sri Muhyiddin pujuk Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu turun selangkah bertanding Naib Presiden untuk beri laluan kepada Hamzah menang jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding.


Tugas Timbalan Presiden dalam Perlembagaan BERSATU ialah membantu Presiden. Tetapi Hamzah bukan sahaja tidak membantu Presiden, malah menjalankan gerakan menjatuhkan Presiden secara terang-terangan sebaik sahaja beliau disahkan sebagai Timbalan Presiden.


Saya boleh baca akal Hamzah.


Beliau tidak melawan Tan Sri Muhyiddin dalam pemilihan parti kerana sokongan akar umbi kepada Tan Sri Muhyiddin masih kuat.


Tetapi beliau memilih memujuk Tan Sri Muhyiddin mengusahakan pelan peralihan parti dengan beliau dinamakan sebagai Timbalan Presiden.


Dalam Perlembagaan BERSATU, apabila Presiden berhenti, Timbalan Presiden memangku jawatan Presiden.


Inilah yang dia mahu. 


Menjadi Timbalan Presiden tanpa bertanding, kemudian desak Tan Sri Muhyiddin supaya berundur.


Setelah Tan Sri Muhyiddin berundur, dia menjadi Pemangku Presiden BERSATU dan dengan sokongan PAS dan parti-parti lain dalam PN, dia dilantik sebagai Pengerusi PN.


Tanpa susah payah bertanding, dia mendapat jawatan Presiden BERSATU dan Pengerusi PN di atas dulang perak.


Bagaimana nak "operate" supaya Tan Sri Muhyiddin berundur?


Pengaruhi Ketua-Ketua Bahagian BERSATU supaya mendesak Tan Sri Muhyiddin berundur menerusi gerakan mengumpul tandatangan. 


Lebih mudah "mempengaruhi" 120 KB daripada meraih sokongan ribuan perwakilan di semua bahagian dalam pemilihan parti.


Apa "ayat" yang digunakan untuk mempengaruhi KB2 BERSATU? (Ini diceritakan sendiri oleh KB2 BERSATU kepada saya)


1.   Hamzah dakwa Presiden PAS endorse beliau untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin. Seorang bekas Ahli Parlimen BERSATU pro-Hamzah pernah memuat naik di FB gambar pertemuan Presiden PAS dan Hamzah beserta beberapa orang Ahli Parlimen BERSATU dan PAS di White House (pejabat Hamzah di Bukit Tunku) dan menjaja cerita kononnya di sinilah Presiden PAS endorse Hamzah. (Saya pernah ceritakan perkara ini kepada seorang pemimpin kanan PAS. Beliau menafikan penglibatan Presiden PAS dalam gerakan Hamzah). 


2.   Beliau sedang mengusahakan kerjasama BERSATU-PAS-UMNO untuk bentuk kerajaan. Tetapi kononnya DS Zahid Hamidi letakkan syarat mesti buang Tan Sri Muhyiddin dahulu sebelum kerjasama boleh dibuat. (Saya semak dengan beberapa orang pemimpin kanan UMNO. Mereka kata ini karut. Tiada syarat sedemikian. Malah mereka beritahu saya UMNO tidak percaya kepada Hamzah. Sebab itulah semua langkahnya untuk tebuk atap dari Dubai hingga Bangkok gagal).


Inilah dua modal besar yang dijaja oleh Hamzah kepada KB2 BERSATU supaya menyokong gerakannya untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin.


Hamzah tahu bahawa KB2 BERSATU yang mengikutnya akan percaya apa sahaja yang dikatakannya. 


Malah, pernah juga berlegar dalam kalangan KB2 BERSATU cerita-cerita mengenai hubungan rapatnya dengan Istana Negara. Masalahnya, siapa yang boleh 'verify' ceritanya dengan Istana Negara.


Yang ada akses sahaja boleh verify.


Cerita Hamzah untuk tebuk atap, endorsement daripada PAS, sokongan UMNO, malah dukungan Istana amat terkesan dalam kalangan sebahagian KB BERSATU dan MP BERSATU yang amat ghairah untuk menjadi kerajaan semula tanpa melalui pilihan raya. Mereka dah rasa "sakit" menjadi pembangkang.


Inilah punca perpecahan dalam BERSATU. 


Sebab itulah saya pernah tulis PN berhenti buat kerja tebuk atap kerana ia akan menyebabkan perpecahan. Saya sudah tahu permainan di belakang. 


Tebuk atap tak jadi, tapi parti yang pecah.


Hamzah menggunakan PAS, UMNO dan Istana sebagai modal untuk pecah-belahkan parti. Tujuannya satu sahaja. Supaya jawatan Presiden BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional diserahkan kepadanya di atas dulang emas.


Inilah punca perpecahan BERSATU dan sekarang PN.


Beliau dipecat bukan kerana ingin mencari titik penyatuan Melayu, tetapi kerana menjadi penyebab perpecahan.






PAS UBAH IKUT SELERA SENDIRI. DARI NEGARA ISLAM KEPADA NEGARA BERKEBAJIKAN.

 




Nik  Ainol



Dulu PAS sendiri pernah ubah naratif demi kerjasama politik.

Daripada Negara Islam jadi Negara Berkebajikan.

Siap keluar kenyataan bersama , perbezaan hanya 5%, lagi 95 setuju dengan DAP.


Masa tu dipanggil siyasah, strategi dan tahaluf siyasi.


Selesa kerjasama menurut hemat saya , bermaksud dia boleh bekerja bersama demi tujuan tertentu ,contoh untuk kestabilan politik dan kesepakatan pentadbiran demi kepentingan negara, bukannya bermaksud tunduk atau hilang identiti perjuangan parti masing-masing.


Tunduk pula bila prinsip sendiri diketepikan, terlalu ikut kehendak pihak lain, atau takut bersuara demi jaga partner politik. Sebab tu orang debat pasal persepsi. Kalau masih pegang prinsip itulah nama kerjasama.


Tapi kalau sampai ubah pendirian semata-mata nak jaga kawan politik , itu yang orang akan kata tunduk.


Cuma saya nak tanya , tolong sesiapa jawab secara jujur…

Kalau hari ini selesa kerjasama dianggap bermaksud tunduk, maka dulu apabila PAS sendiri mengaku 95% bersetuju dengan DAP, itu pula dipanggil apa? ☺️





KUASA EKONOMI TERBAIK KINI. NAK BAGI PAK LEBAI PEGANG, MELINGKUP MACAM KEDAH KELANTAN TERENGGANU PERLIS....APA ADS..?.

 


GK


Malaysia kini dilihat semakin menyerlah sebagai antara kuasa ekonomi paling kukuh di rantau Asia Tenggara di bawah pentadbiran Perdana Menteri, . Pelbagai pencapaian ekonomi berjaya direkodkan walaupun dunia masih berdepan ketidaktentuan global.






Kemasukan pelaburan asing yang tinggi menjadi bukti keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan hala tuju negara. Banyak syarikat antarabangsa kini memilih Malaysia sebagai destinasi utama untuk mengembangkan operasi mereka di rantau ini.


Selain itu, nilai perdagangan negara juga terus meningkat dengan eksport mencatat rekod memberangsangkan. Sektor elektrik dan elektronik, teknologi hijau serta ekonomi digital menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara ketika ini.


Kerajaan MADANI turut memberi tumpuan kepada pengurusan kewangan yang lebih cekap dan telus. Hasil kutipan cukai yang meningkat membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak bantuan dan inisiatif untuk rakyat tanpa membebankan ekonomi negara.


Apa yang menarik, keyakinan pelabur bukan sahaja datang dari luar negara, malah syarikat tempatan juga mula agresif melabur dan mengembangkan perniagaan mereka. Ini menunjukkan suasana ekonomi negara semakin sihat dan stabil.


Di bawah pentadbiran Anwar juga, banyak usaha dilakukan untuk membantu golongan miskin dan kelas pertengahan. Pelbagai bantuan bersasar diperkenalkan supaya rakyat dapat menikmati hasil pertumbuhan ekonomi secara lebih adil.


Malaysia kini semakin dikenali sebagai hab pelaburan dan teknologi baharu di Asia Tenggara. Kedudukan strategik negara serta dasar ekonomi yang jelas menjadikan Malaysia lebih kompetitif berbanding negara jiran.


Ramai penganalisis ekonomi melihat pendekatan diplomasi Anwar di peringkat antarabangsa turut membantu membuka lebih banyak peluang perdagangan. Hubungan baik dengan pelbagai negara memberi manfaat besar kepada ekonomi Malaysia.


Walaupun masih ada cabaran yang perlu dihadapi, prestasi ekonomi negara ketika ini membuktikan Malaysia berada di landasan yang betul. Rakyat juga mula melihat kesan positif melalui peluang pekerjaan dan perkembangan sektor perniagaan.


Apa yang penting sekarang ialah memastikan momentum ini terus dipertahankan. Dengan sokongan rakyat dan pentadbiran yang stabil, Malaysia berpotensi muncul sebagai kuasa ekonomi paling disegani di rantau ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang.




PUNYA SESAT TAK SESAT TU LA DIA.

 

Mazlan Daud



Dia buleh transfer² dosa macam transfer pitih pakai app bank pulok doh, sobat..





TERUSKAN DENGAN APA YANG ADA.



Norman Daud


 Memang la sedih lihat ramai fighter fighter keadilan keluar dari parti.. ada antara mereka yang saya dah follow lama. Mereka mereka ini orang yang hebat hebat. 






Tapi inilah lumrah kehidupan..


Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Sampai masa berpisah jua..


Yang dah pergi kita ucapkan selamat maju jaya kepada mereka..


Patah tumbuh hilang berganti.. 


Akan ada generasi baru yang akan memikul perjuangan ini nanti.


Parti ini tidak akan mati.


Jatuh bangun tu biasalah..


Nama pun politik.




MASA JADI KERAJAAN SEMUA LUPA...NAK JADIKAN RUU 355 PUN LUPA....

 


Khalil Ibrahim.


Semasa menjadi kerajaan 33 bulan tempoh hari, awat tak haramkan DAP?





ULAS NI LA..LAGI BESAR NI KALAU ULAS


 

BAIK SIBUK SOAL KENAPA BAGI DSP 850K.


 

JANGAN CEMBURU. DIA KERJA KUAT BANTU NAK BAGI PADA RAKYAT. INI JADI KETUA..PARLIMEN PUN PONTENG MANJANG..

 




Nama Anwar Ibrahim bukan lagi asing dalam dunia politik antarabangsa. Perjalanan politiknya yang penuh liku, daripada seorang aktivis mahasiswa, dipenjara, sehinggalah akhirnya diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 menjadikan beliau antara tokoh politik paling berpengaruh di Asia Tenggara.


Ketokohan Anwar bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Malaysia, malah turut dihormati pemimpin dunia. Faktor inilah yang menyebabkan ramai melihat beliau sebagai pemimpin luar biasa — dan pada masa sama menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan pesaing politiknya.


Aura Kepimpinan Yang Sukar Ditandingi


Anwar memiliki kekuatan pidato yang jarang dimiliki pemimpin lain. Setiap kali beliau berucap, sama ada di dalam negara atau forum antarabangsa, gaya penyampaiannya sering menarik perhatian ramai.


Keupayaan beliau berhujah dalam pelbagai isu termasuk ekonomi, agama, pendidikan dan geopolitik menjadikan Anwar mempunyai pengaruh tersendiri. Malah ramai pemerhati politik menganggap beliau sebagai antara pemimpin Malaysia yang mempunyai jaringan antarabangsa paling luas.


Tidak semua pemimpin mampu bertahan dalam politik selama puluhan tahun selepas melalui pelbagai tekanan dan kontroversi. Namun Anwar berjaya membuktikan bahawa beliau masih relevan sehingga hari ini.


Dari Penjara Ke Putrajaya


Apa yang menjadikan kisah Anwar lebih luar biasa ialah kebangkkitannya selepas kejatuhan politik pada tahun 1998. Ketika ramai menyangka karier politiknya sudah berakhir, beliau kembali bangkit melalui gelombang Reformasi.


Perjuangan panjang itu akhirnya membawa beliau ke kerusi Perdana Menteri. Kebangkitan sebegini jarang berlaku dalam sejarah politik dunia.


Disebabkan itu, ada pihak melihat populariti dan pengaruh Anwar sukar dicabar. Situasi tersebut secara tidak langsung mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan musuh politiknya.


Pengaruh Antarabangsa Jadi Perhatian


Anwar juga sering menerima jemputan ke forum antarabangsa dan mempunyai hubungan baik dengan ramai pemimpin dunia. Beliau dikenali sebagai tokoh Islam moderat yang membawa pendekatan diplomasi dan ekonomi progresif.


Kehadiran beliau di pentas global memberi imej bahawa Malaysia kembali mendapat perhatian dunia. Penyokongnya melihat perkara itu sebagai kekuatan besar, namun pengkritik pula menganggap pengaruh tersebut terlalu dominan.


Politik Sentiasa Ada Persaingan


Dalam dunia politik, persaingan dan perebutan pengaruh adalah perkara biasa. Apabila seseorang pemimpin mendapat sokongan besar dan perhatian meluas, pasti akan ada pihak yang cuba menjatuhkannya.


Begitu juga dengan Anwar. Sepanjang karier politiknya, beliau tidak pernah terlepas daripada serangan politik, kritikan dan kontroversi. Namun setiap kali diuji, beliau tetap berjaya kembali menjadi perhatian utama politik negara.


Ketokohan Yang Sukar Dinafikan


Sama ada disukai atau tidak, pengaruh Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia memang sukar dinafikan. Beliau mempunyai penyokong yang setia dan masih menjadi figura utama dalam menentukan hala tuju politik negara.


Bagi penyokongnya, Anwar ialah simbol perjuangan dan ketahanan politik. Bagi lawannya pula, beliau merupakan tokoh yang sukar ditewaskan.


Itulah sebabnya ramai melihat ketokohan Anwar bukan sekadar mencipta pengaruh besar, tetapi turut membuatkan pesaing politiknya berasa tercabar dan cemburu dengan penerimaan yang beliau miliki.





PUAK DOKK KAPIRKAN ORANG ..DOK TIBAI ANWAR IBRAHHM, AKHIRNYA SEDAR, MEREKA BUTA KAYU.


 

KAMU HENTAM PMX...TAPI KAMU JUGA DAPAT NIKMATI KESENANGAN.


 

BUKAN APA..NAMPAK ADS KELEMAHAN KERAJAAN JOGOR DALAM USAHA MEMBANTU RAKYAT


 

TOLAK PAS TIDAK BERMAKNA TOLAK ISLAM

 


Faiq Anuar



Maknanya tolak Pas tak bermakna tolak Islam la kan? Sini kita blh nampak la musuh sebenar Pas ni siapa🤣






66% MAHU KERAJAAN KEKAL

 


Mohd Amin


SHAH ALAM – Sebanyak 65.3 peratus kakitangan awam telah memilih untuk Kerajaan Madani yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).





Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amidi Abdul Manan berkata, 62.5 peratus daripada kumpulan itu berpuas hati dengan kerja kuat pemimpin Kerajaan Madani pada masa ini.


“Saya percaya keyakinan dan kepercayaan itu akan meningkat dari semasa ke semasa. Memberi gambaran buruk adalah satu bentuk sabotaj kepada usaha pembaikan negara.


“Ia menjadi lebih keji apabila timbul dakwaan bahawa hanya kelompok atau individu tertentu sahaja yang mampu membaikinya. Pasukan YAB Perdana Menteri semakin membesar dengan penglibatan kakitangan awam untuk bekerja demi negara Malaysia yang tercinta,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Kredit:sinar harian 

Foto.  :hiasan





TIGA EKOQ TRIO PALING TAK GUNA MASA JADI MENTERI DAN TIMBALAN ...APA PUN TAK TAU BUAT..LAGI BISING DALAM DEWAN.







 Bila tiap kali menjelang musim perayaan, rakyat memang 𝐭𝐢𝐛𝐚-𝐭𝐢𝐛𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 '𝐫𝐢𝐧𝐝𝐮' 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐭𝐫𝐢𝐨 𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐍-𝐏𝐀𝐒 𝐧𝐢.


​Mana tidaknya, dulu setiap kali nak raya, rakyat mesti dihidangkan dengan drama mengejut: 


Tiba tiba rakyat berebut ayam kat pasar, 

Tiba tiba telur hilang dari radar, 

Tiba tiba ikan ghaib

Tiba tiba harga daging melambung tinggi, dan harga sayuran pula naik mencanak.


​Masa itulah telinga kita disumbat dengan pelbagai dalil pasrah:


​“Kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada pengguna... berbanding negara lain, mereka lebih teruk daripada kita.” Nik Zawawi.


"Harga barang naik kerana inflasi dunia,bukan salah kerajaan" Hadi Awang


"Selagi kita hidup, isu harga barang naik tidak akan selesai" Razman Zakaria. 


Cettt


------


​Ingat lagi tak kita semua pernah melalui fasa 'gila sekejap' bila:


* ​Minyak masak botol 5KG pernah cecah sampai RM45 – RM50!

* ​Ayam segar melonjak lebih RM10 sekilo.

* ​Telur ayam catu punya pasal, sampai ada had pembelian.

* ​Daging lembu mahal gila, sampai ramai terpaksa lupakan rendang raya.


​Pendek kata, barang dapur asas semuanya naik harga.


-------


​𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐡𝐮𝐫𝐮-𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐭𝐚𝐤 𝐫𝐚𝐬𝐚.


​Sejak bang Mat Sabu menerajui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, suasana musim perayaan jauh lebih tenang dan damai. 


Bekalan barang asas sentiasa mencukupi, harga terkawal, dan rakyat boleh membeli-belah tanpa perlu bersilat atau berebut macam kat jualan gudang.


​Pergi pasar sekarang dah tak stres macam dulu. Tiada lagi drama 'ayam ghaib', telur kena catu, atau harga melompat tinggi menjelang pagi raya.


​Sebab itulah ada segelintir pihak menuduh bang Mat "tak kompeten".


​Ya, betul... memang bang Mat "tak kompeten".

Dia tak kompeten dalam mencipta panik.

Dia tak pandai bagi alasan kosong.


Dan 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 : rakyat sekarang dah makin terbiasa hidup tenang tanpa drama barang dapur setiap kali tibanya musim perayaan.


​Memang 'tak patut' betul bang Mat ni! 😉


Selamat Hari Raya Aidiladha ♥️


#amanahmelaka




NAK JUGA RAMPAS KERUSI BERSATU..KERUSI DAP BANYAK TAK MAU KA LAWAN DAN RAMPAS.



Kami Viral.



 Ingatkan nak rampas kerusi DAP


kikikikikikiki




BAGI 260 EKOR ..MP KELANTAN BUAT KECOH...SUMBANG KE DAP 850 K...TAK KECOH PULAK...BERAPA RATUS EKOR LEMBU NTAH LA KALAU 850K TU KALAU BUAT KORBAN.

 


Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyumbangkan sebanyak 260 ekor lembu korban kepada Parlimen Permatang Pauh sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini bagi membantu golongan memerlukan. 




Daripada jumlah itu, sebanyak 155 ekor lembu diagihkan menerusi Program Korban MADANI di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen berkenaan. 


Agihan tersebut melibatkan DUN Seberang Jaya sebanyak 54 ekor, DUN Penanti sebanyak 67 ekor dan DUN Permatang Pasir sebanyak 34 ekor lembu korban. 


Selain itu, sebanyak 105 ekor lagi disumbangkan kepada Masjid Daerah Seberang Perai Tengah untuk diagihkan kepada masyarakat setempat yang memerlukan. 


Menurut Anwar, ibadah korban bukan sekadar ritual agama, malah membawa mesej besar tentang ketaatan kepada Allah SWT serta semangat pengorbanan dalam kehidupan. 


Beliau berkata semangat pengorbanan penting dalam perjuangan hidup kerana setiap cabaran memerlukan kesabaran dan daya tahan yang tinggi. 


Anwar turut menjelaskan pendekatan baharu diperkenalkan tahun ini apabila peserta yang berkemampuan digalakkan menyumbang sebahagian kos bagi menjayakan ibadah korban tersebut. 


Katanya, langkah itu mampu memberi lebih penghayatan kepada peserta mengenai makna sebenar ibadah korban selain mengeratkan semangat kebersamaan dalam masyarakat. 


Dalam ucapannya, beliau mengingatkan bahawa bantuan kepada fakir miskin dan golongan susah perlu dilaksanakan secara berterusan tanpa menunggu mereka tampil meminta pertolongan. 


Terdahulu, Perdana Menteri turut menghadiri majlis agihan lembu korban di Masjid Al-Falah, Pengkalan Tambang serta meninjau perkembangan Projek Masjid Jamek Cherok Tok Kun sebelum meluangkan masa bersama keluarga di kampung halamannya.




KATA KERAJAAN MADANI TERUK...DUDUK CARI MAKAN NEGERI ORANG,TIME BALIK RAYA TAK RASA SUSAH LAK YA.


Man Toba




 Aku tak faham apa yang best balik raya haji nih. Aku rasa takde apa raya pon raya haji ni stakat semeleh lembu, makan² daging lembu malamnya. Takat nak hadap 13jam atas jalan idak le nak layan. 


Bila nampak berpusu pusu ore Klate tuju kampunh masing² nih otak gue pikir, ehh. Yang banyak dok tulih kat sosmed bahawa rakyat sekarang tengah susah nih apa pulak? 


Kalau rakyat susah, kenapa berpusu balik kampung? Nak rasa air kubang keluar dari paip ke?





KHIDMAT WONG CHEN DITAMATKAN

 


Nengok Tv



Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dilaporkan tidak lagi memegang jawatan sebagai pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures (MDV) selepas tempoh perkhidmatannya ditamatkan oleh Kementerian Kewangan. 





Menurut Wong, beliau hanya dimaklumkan mengenai penamatan jawatan itu ketika hadir untuk mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah MDV pada pagi Isnin lalu. 


Beliau mendakwa pihak pengurusan MDV memaklumkan bahawa mereka menerima surat daripada Kementerian Kewangan bertarikh 25 Mei yang mengarahkan penamatan tugasnya berkuat kuasa 31 Mei 2026. 


Wong turut menyatakan rasa kecewa kerana tiada sebarang panggilan telefon atau penjelasan rasmi diberikan secara terus kepadanya berhubung keputusan tersebut. 


Dalam hantaran media sosialnya, Wong berkata beliau tetap berbangga dengan pencapaian sepanjang hampir tiga tahun mengetuai MDV dan menyifatkan pengalaman itu sebagai antara yang paling bermakna dalam kerjayanya. 


Menurutnya, ketika mula mengambil alih jawatan itu pada Mei 2023, MDV berada dalam keadaan sukar termasuk merekodkan kerugian serta masalah moral kakitangan yang rendah. 


Beliau mendakwa antara langkah awal yang diambil ialah menyekat campur tangan politik dan memastikan semua permintaan dibuat melalui saluran rasmi bagi memperkukuhkan tadbir urus institusi kewangan tersebut. 


Wong turut mendakwa MDV berjaya kembali mencatat keuntungan kecil pada 2024 sebelum prestasi kewangan syarikat itu terus meningkat pada tahun berikutnya hasil reformasi dalaman yang dilakukan. 


Perkembangan itu berlaku hanya beberapa hari selepas Wong mendakwa akses pejabatnya ke portal MyKhas di bawah Jabatan Perdana Menteri disekat tanpa penjelasan rasmi. 


Terdahulu, Wong mempersoalkan mengapa hanya pejabat Parlimen Subang dikenakan sekatan akses sedangkan beberapa ahli Parlimen kerajaan lain masih boleh menggunakan sistem tersebut seperti biasa.






PMX KONGSI PENGALAMAN BAYAR CUKAI RM500





Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa jujur dan tidak sesekali cuba mengelak daripada membayar cukai. Beliau menegaskan bahawa sumbangan ini merupakan tanggungjawab bersama demi memacu pembangunan negara. Menariknya, Anwar mahu memimpin melalui teladan dengan menegaskan bahawa pemimpin negara sendiri tidak mempunyai sebarang keistimewaan untuk melangkaui undang-undang percukaian.


Bagi membuktikan komitmen tersebut, beliau berkongsi pengalaman peribadi semasa berucap pada Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 di Putrajaya. Beliau menceritakan bagaimana beliau tetap membayar cukai sebanyak RM500 tanpa sebarang rayuan bagi setong minyak zaitun yang dihadiahkan oleh rakan dari negara Arab. Walaupun barangan itu bukan untuk tujuan perniagaan, tindakan membayar cukai tersebut diambil bagi mempamerkan integriti tertinggi seorang ketua kerajaan.


Anwar turut membidas sikap segelintir pihak yang merasa diri mereka kebal daripada tindakan undang-undang hanya kerana memiliki kedudukan atau pengaruh.

Beliau memuji ketegasan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang menjalankan penguatkuasaan secara adil tanpa memilih bulu. Menurut beliau, hasil cukai yang dikutip secara telus adalah sangat kritikal kerana ia menjadi dana utama untuk membiayai pelbagai kemudahan rakyat seperti sektor pendidikan, kesihatan, bantuan kebajikan, dan projek infrastruktur demi masa depan negara yang lebih makmur.

◥꧁ @EpyAl-Fateh IV ꧂◤





SUMBANG OADA DAP 850 RIBU TAK PA PULAK



 Man Toba



PAS, pertikai sumbangan lembu² korban di Permatang Pauh tapi dia tak kisah pula sumbang pada DAP lebih 800k kan?





BERILAH AZAB YANG PEDIH BUAT OAS.

 


Aman Muhamad


Ya Allah, berilah azab yang pedih kepada PAS dan penyokong PAS yang telah menyebarkan fitnah jahat mengenai gambar ini sejak pagi tadi.




'Tidak masuk syurga orang yang memfitnah'

- HR Muslim.


Amin, ya Allah!

🤲




MAKNA DIA MUDSH JA..RAJA PUN TAK BERKENAN LA TU.

 


PAS menafikan dakwaan bahawa Presidennya sengaja tidak hadir menghadap Raja Perlis ketika kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis tahun lalu.






Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan dakwaan yang dibangkitkan menerusi kenyataan Biro Politik Bersatu Pusat itu adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.


“Untuk rekod, tidak pernah Presiden Pas dititah untuk menghadap pada 25 Oktober 2025, mahupun pada mana-mana tarikh sebelum atau selepas kemelut Menteri Besar Perlis berlaku.”


Beliau turut menyifatkan kenyataan Bersatu terhadap Setiausaha Agung Pas sebagai mengelirukan serta berniat mencemarkan kredibiliti parti.


Menurut Ahmad Fadhli, dakwaan bahawa Pas tidak memberikan sebarang maklum balas sepanjang krisis berlaku juga merupakan fitnah tidak berasas.


Pas juga mendakwa masih menyimpan rekod komunikasi terperinci antara Setiausaha Agung Pas dan Setiausaha Agung Bersatu serta bersedia mendedahkannya di platform lebih sesuai.


Selain itu, beliau mendakwa Bersatu menghantar nama calon Menteri Besar Perlis tanpa merujuk kepada Majlis Tertinggi PN.


“Usahlah kegagalan mengurus organisasi akhirnya cuba dipindahkan kepada pihak lain demi menutup kelemahan sendiri," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


#fadhlishaari #rajaperlis #perikatannnasional #partiBersatu #isusemasa #politikmalaysia #PPBM





BERITA TERGEMPAR | Rafizi Didakwa Membeli Parti Bersama Malaysia Dengan Harga RM8.6 Juta









Seminggu setengah yang lalu, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi menjadi perhatian hangat selepas meninggalkan PKR untuk mengambil alih Parti Bersama Malaysia.


Sebenarnya, sebelum Rafizi secara rasmi meninggalkan PKR lagi, saya sudah banyak menulis mengenai kemungkinan yang beliau akhirnya akan keluar daripada parti itu dan membentuk sebuah wadah politik baharu. Saya juga berhujah bahawa apa sahaja parti baharu yang dipimpin Rafizi berpotensi menjadi ancaman terbesar kepada dominasi politik Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan.


Ketika ini, Anwar dan PH sedang berdepan tekanan dari pelbagai sudut. Mereka sedang menghadapi kebangkitan PN, ketidakpuasan hati yang semakin meningkat dari Sabah dan Sarawak, keresahan ekonomi, pemberontakan dalaman, kekecewaan penyokong sendiri dan juga tanda-tanda kegelisahan dalam Umno.


Tetapi dalam semua masalah yang di hadapi oleh PH dan Anwar,  pemberontakan Rafizi adalah masalahnya yang paling utama, kerana pemberontakkan Rafizi lah yang mencantumkan kesemua masalah PH and Anwar menjadi satu. 


Tanpa pemberontakan Rafizi, semua masalah yang dihadapi PH kekal sebagai isu-isu berasingan yang boleh diurus satu persatu. Tetapi tindakan Rafizi memberi kesatuan dan makna kepada semua krisis tersebut. Ia mewujudkan persepsi dalam kalangan pengundi bahawa PH sentiasa bergelumang dengan krisis kerana memang ada sesuatu yang tidak kena secara tabiinya dengan Anwar dan pimpinannya. 


Dengan kata lain, Rafizi sedang membentuk persepsi bahawa PKR dan Anwar hanyalah “reformis palsu”, manakala beliau pula mewakili semangat reformasi yang sebenar. Naratif yang semakin berkembang dalam kalangan penyokongnya ialah Rafizi diketepikan dalam PKR kerana beliau benar-benar serius dengan agenda reformasi, sedangkan Anwar dan pemimpin lain dalam PKR lebih mementingkan kuasa dan jawatan.


Cara Rafizi membawa diri selepas kalah dalam pemilihan PKR turut mengukuhkan persepsi tersebut. Beliau meletakkan jawatan menteri, dan kemudian melepaskan kerusi Parlimen Pandan selepas mengumumkan keluar daripada PKR. Bagi ramai penyokong, tindakan itu dilihat sebagai tingkah laku seorang pemimpin reformis yang berprinsip.


Namun hari ini, dakwaan bahawa Rafizi membayar RM8.6 juta untuk mengambil alih Parti Bersama Malaysia berpotensi memusnahkan persepsi tersebut — sekiranya dakwaan itu tidak dijawab dengan meyakinkan.


Kita juga perlu ingat bahawa Rafizi sendiri tidak pernah membangkitkan soal bahawa beliau membeli Bersama menggunakan wang.


Malah menurut Tan Gin Theam, pengasas Parti Bersama Malaysia yang menyerahkan parti itu kepada Rafizi dan Nik Nazmi seminggu setengah yang lalu, soal wang langsung tidak pernah menjadi sebahagian daripada perbincangan mereka.


Tan mendakwa bahawa sejak beliau pertama kali bertemu Rafizi awal tahun ini, perbualan mereka sepenuhnya berkisar tentang falsafah politik dan hala tuju masa depan negara — bukannya soal kewangan.


Tan juga menyatakan bahawa isu pampasan hanya dibangkitkan selepas beliau bersetuju untuk menyerahkan kawalan parti itu, apabila Rafizi didakwa menawarkan pampasan sebagai tanda hormat, tetapi beliau menolaknya secara tegas dan keras.


Namun kini, sebuah video tular di media sosial mendakwa bahawa Rafizi sebenarnya telah “membeli” Bersama dengan nilai RM8.6 juta.


Dakwaan itu mendapat lebih kredibiliti dan perhatian selepas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, turut berkongsi semula video tersebut.


Dalam video itu, seorang individu yang tidak mendedahkan identitinya mempersoalkan sumber dana berkenaan dan memberi bayangan kemungkinan wujud pengaruh kewangan asing dalam politik negara.


Dakwaan ini mengingatkan kita kembali kepada laporan-laporan terdahulu yang mendakwa gerakan belia Mandiri bertindak sebagai organisasi proksi untuk Rafizi, dengan dakwaan bahawa lebih RM1.5 juta dari sebuah organisasi asing  bernama Tides Foundation telah disalurkan kepada Mandiri.


Dakwaan ini juga mengingatkan kita bahawa Rafizi ketika ini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan berkaitan satu urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion ketika beliau menjadi Menteri Ekonomi.


Secara peribadi, apabila saya mula-mula mendengar dakwaan bahawa Rafizi disiasat SPRM atau dituduh membenarkan campur tangan asing dalam politik negara, tuduhan-tuduhan itu tidak begitu menniggalkan sebarang kesan kepada saya.


Tetapi dakwaan RM8.6 juta ini berbeza.


Kalau saya mahu jelaskan sebabnya, saya akan katakan bahawa dakwaan ini memberi kesan yang jauh lebih mendalam kerana jika ia tidak dijawab dengan baik, ia berpotensi mengubah bagaimana penyokong dan pengundi melihat Rafizi.


Pada ketika ini, ramai pengundi  melihat Rafizi sebagai “orang kita” — mereka melihat Rafizi sebagai seorang yang telah digunakan dan kemudian disingkirkan oleh Anwar dan PKR, seperti mereka juga telah digunakan dan disingkirkan oleh Anwar dan PKR,  kerana Rafizi - seperti juga bekas pengundi dan penyokong PKR and Anwar - benar-benar percaya kepada reformasi dan perubahan, sedangkan kepimpinan parti pula lebih mementingkan kuasa serta kelangsungan politik.


Sebab itu dakwaan-dakwaan terdahulu berkaitan rasuah atau campur tangan asing mudah ditolak oleh penyokong sebagai sekadar satu kes “ the empire strikes back.”


Malah, dakwaan-dakwaan yang di lemparkan pada Rafizi sebelum ini juga mungkin mengukuhkan lagi imej Rafizi sebagai seorang reformis yang berani. Beliau dan Nik Nazmi mula dilihat penyokong  dan pengundi seperti watak Luke Skywalker dan Han Solo — pemberontak yang melawan sebuah sistem politik yang besar dan tidak berintegriti walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran dan tekanan.


Namun dakwaan RM8.6 juta ini berpotensi mengubah persepsi itu sepenuhnya.


Daripada melihat Rafizi sebagai underdog yang berani menentang sistem politik yang tidak berintegrati,  tidak boleh di percayai  dan tidak mahu berubah,para penyokong dan pengundi mungkin mula melihat Rafizi sekadar sebagai ahil politik dua kali lima — yang memberontak kerana salah faham dengan kelompok dominan, dan bukannya kerana dia benar benar berbeza dengan mereka. 


Itu akan menjadi sesuatu yang sangat merbahaya dari sudut politik buat Rafizi, kerana aset politik terbesar beliau bukanlah kekuatan organisasi atau jentera, tetapi persepsi moral terhadap dirinya.


Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas dengan lebih panjang tentang isu ini sehingga kita tahu dengan lebih lanjut lagi tentang kes RM 8.6 juta ini  — buat masa ini, cukup lah untuk saya katakan bahawa isu ini adalah sesuatu isu yang perlu di jawab oleh Rafizi dan Bersama dengan menyakinkan, atau mereka akan menerima padahnya. 


Jadi buat sementara waktu, marilah kita tunggu dan lihat bagaimana Rafizi dan Bersama akan menanganinya, dan mereka kemungkinan akan menanganinya dalam masa sehari dua lagi. 


𝙉𝙤𝙩𝙖: 𝙆𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙧𝙪𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙤𝙢𝙚𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙧𝙖𝙜𝙪-𝙧𝙖𝙜𝙪 𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙙𝙖𝙧 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙚𝙥𝙡𝙤𝙨, 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙞𝙣𝙜𝙞𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙬𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙪𝙣 𝙙𝙞𝙡𝙖𝙥𝙤𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙙𝙞𝙖 𝙧𝙖𝙨𝙢𝙞 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙏𝙝𝙚 𝙑𝙞𝙗𝙚𝙨, 𝙐𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣, 𝙎𝙞𝙣𝙖𝙧 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙞𝙣-𝙡𝙖𝙞𝙣.


Kredit imej : Bersama / The Malaysian Reserve


#RafiziRamli #fahmifadzil #PartiBersamaMalaysia #AngkatanMudaKeadilan #therealnehruism