MEMBONTOTI PENGKHIANAT NEGARA DENGAN MACAM-MACAM DALIL AGAMA, ULAMA CELAKA DAN LEBAI SIAL


Tarmizi Mohd Jam


Ogos 2017, segerombolan ulama dan lebai dari parti cap agama berpuashati dengan penjelasan Arul Kanda selama 2 jam tentang 1MDB. Antara perkara yang parti cap agama puashati tentang 1MDB ialah plan rasionalisasi hutangnya. Terkini diberi maklum 1MDB tanggung hutang RM41 bilion. Hutang 1MDB adalah hutang kerajaan. Hutang kerajaan adalah hutang rakyat. Siapa pun yang jadi kerajaan, beban hutang itu wajib dilangsai. Kesannya, rakyat merana.

Sebut 1MDB saja, tidak dapat elak dari sebut Najib. Inilah watak utamanya bersama Jho Low. Kedua-duanya masih bebas. Najib boleh berkempen pilihanraya lagi. Turun dengan eskot. Dijulang sebagai bos pula.

Jho Low entah dimana. Orang itu dan orang ini mengaku tahu pasal Jho Low. Last sekali, Jho Low masih joli katak macam biasa. Jangankan ditangkap, bulu roma Jho Low pun tak jatuh.

Jika orang Umno julang Najib, itu satu hal. Satu hal lagi ialah apabila ulama dan lebai drpd parti cap agama bersekongkol dgn Najib, sepentas dgn Najib, peluk Najib dan bagi nyawa kepada parti Najib.

Amat memalukan, dalam negara ini ada ulama sebegitu. Ulama pengkhianat rakyat dan negara. Ulama penjilat perosak negara.

Melihat kepada penampilan, berjubah berserban baca Quran sana-sini, bukan main lagi. Bercakap soal moral tetapi menjadi penjilat perosak negara dan pengkhianat. Konon bersama Islam, padahal bersama pengkhianat negara.

Islam apa yang ulama parti cap agama bawa jika merestui pengkhianatan? Hujah dari Quran mana ulama parti cap agama pakai boleh sokong penipu wang negara? Hadith mana lebai parti cap agama ambil boleh kerjasama dgn kumpulan pencuri?

Inilah punca agama ini dipandang serong iaitu ulamanya menjadi penjual agama dan penyokong pengkhianat. Bangga dgn title ulama konon padahal menjual agama untuk habuan dunia.

Mengaku berjuang Islam konon padahal membontoti pengkhianat denagn macam-macam hujah agama. Memang ulama sebegitu ulama celaka dan lebai sebegitu lebai sial.

By Ustaz Zolkharnain Abidin (Zola)

Gigih buat cerita propa nak paksa Anwar dan PKR terima Tun Mahathir dan calonkan Tun sebagai PM9.


Zanirun Baba

Image may contain: one or more people and people sitting



1. Tun memang gila kuasa. Bukan setakat kalau. Tun memang nak join Muhyiddin Yasin. Dia siap sokong Muhyiddin PM8. Rakaman video dan bukti semua ada. Tapi dia uturn last minute sebab tak terima penyertaan Najib. Dan dia nak semua MP UMNO masuk ke dalam PPBM. Itu pelan asal. Sebab tu semasa jadi PM Interim dia buat strategi baru. Iaitu semua MP perlu sokong dia sebagai PM8 dan suka hati dia la nak lantik sesiapa pun. Nak jadi PM8. PM9. Bukan gila kuasa ke? Tun tak mampu masukkan Najib dalam penjara dengan segera kerana PH sangat mementingkan kedaulatan undang-undang. Setiap keadilan perlu ditegakkan mengikut prosesnya. Dari segi siasatan, pendakwaan dan hukuman. Kerana PPBM minoriti. Maka Tun cuba mengikut rentak PH yang tidak mahu campurtangan politik dalam sistem kehakiman negara. Tetapi Tun tidak dapat terima. Sebab itu PPBM buat strategi dengan pujuk MP UMNO untuk melompat. Tujuannya supaya PPBM majoriti dan Tun boleh putuskan apa saja ikut kepala dia. Malangnya langkah ini menikam dia semula.

2. Tun tak suka UMNO tapi curi MP UMNO dan   berjumpa dengan pimpinan UMNO semasa jadi PM7. Tun tak suka UMNO tapi mengharapkan sokongan MP UMNO untuk kekal jadi PM? Lawak apekah ini? Tun memang nak buat pengharaman UMNO tetapi strategi dia tak berjaya kerana PKR tak berminat nak campurtangan politik dalam soal kedaulatan undang-undang. Sila baca pendedahan Sam. Muhyiddin diarahkan Tun untuk haramkan UMNO. Anwar nasihatkan Muhyiddin. Berpolitik perlu ada kerajaan dan pembangkang. Perlu berpolitik secara berhemah. Pengharaman UMNO hanya akan menyebabkan melayu lebih marahkan PH dan seterusnya PH dianggap kuku besi dan bertindak ikut emosi. Tun memang ada niat dan telah arahkan melalui tindakan. Cuma Muhyiddin tak buat selepas mendengar pandangan pelbagai pihak termasuklah Anwar.

3. Tun memang sengaja pecahkan PH dan itu adalah fakta. Cara Tun pecahkan PH ialah dengan mendekati pemimpin tertentu. Contohnya Amanah. Apabila pemimpin Amanah dimomokkan dengan janji dan harapan palsu mereka pun akan terpengaruh dan mula buat kenyataan demi kenyataan bagi  mendesak dan memaksa Anwar dan PKR untuk terima semula Tun walaupun Tun terbukti MENGKHIANATI PH. Kenapa AMANAH terima dengan mudah janji manis Tun? Kerana AMANAH akan kalah teruk dalam PRU15 jika masih bertanding di seat melayu. Oleh itu AMANAH perlu jadi kerajaan semula. Dan terbalikkan semua persepsi negatif yang terpalit ke atas imej pimpinan Amanah. Dengan itu, AMANAH mungkin ada harapan menang di PRU15. Jika momentum kebencian ke atas AMANAH seperti keadaan sekarang, sukar untuk AMANAH menang.

AMANAH tak salah memikirkan survival parti. Tapi setiap orang ada pandangan tersendiri. Para admin disini membantu membersihkan imej AMANAH dengan membetulkan tanggapan salah ke atas AMANAH. Banyak post yang bela AMANAH dibuat oleh para admin. Bagi admin jika kami berterusan membongkar penipuan pihak lawan itu lebih baik daripada pegang tangan pengkhianat dan berada dalam keadaan was-was bilakah Tun akan mengkhianati lagi.

4. Tun memang taknak Anwar jadi PM. Berhenti perbodohkan diri sendiri dan berhenti sindrome denial. Jangan buat-buat tak tahu siapa disebalik yang persoalkan pengampunan DIRAJA.

5. Bab tuduhan Tun nak kuasa demi selamatkan anak dan bisnes, para admin tidak akan mengulas sehingga berjaya mendapatkan fakta lengkap.

Kesimpulannya. Berhenti jadi macai Tun atau jika nak jadi macai Tun sila berhenti paksa PKR dan Anwar terima Tun. Jika Amanah nak lakukan itu sila lakukan secara terbuka tanpa kiasan dan ayat-ayat berbunga.

PKR tidak akan menghalang apa saja tindakan AMANAH bersama Tun. PKR meraikan kepelbagaian tetapi bukan sampai ditahap benarkan sesiapa mengutuk PKR.

PKR juga mahu jadi kerajaan.
Kerajaan yang adil.
Kerajaan yang mendengar suara rakyat.
Kerajaan yang menyelesaikan masalah.
Tetapi bukan menjadi kerajaan bersama Tun. Cukuplah 22 bulan. Pengalaman yang sangat berguna itu akan dijadikan iktibar.



BERPULOH TAHUN BARU TERKEJUT


Nizam Aka

Tanah seluas 4400 hektar(10,000 ekar) di Pahang diteroka secara haram untuk tanaman musang king sejak berpuloh-puloh tahun..Nak salahkan siapa?Siapa yg memerintah Pahang sejak merdeka smpai sekarang?Takkan salahkan Pkr?Dap?Amanah?Pas?
Mungkin puak-puak umno Pahang termasuk Najib yang pernah jadi MB Pahang buta dan rabun?Mungkin puak-puak umno dah kena tukar ketarak mata krana seluas-luas ladang musang king di Raub yg ditanam secara haram itu pun mereka tk nmpk?sedangkan budak-budak umur 4 tahun pun nampak..



Baru sekarang nak bising?sedangkan semua peneroka-peneroka tanah haram itu dah jadi jutawan..Yang pelik,puak-puak yang buta dan rabun macam ni yang puak-puak Pas nak jadikan kekasih hati?Mungkin puak-puak pas itu juga perlu tukar katarak mata sbb dah rabun dgn jawatan dan lantikan GLC..


MCA daripada tiada kerusi sehingga menjadi tukang catur UMNO.


Awang bin Ahmad Awang

Asalnya, MCA ada kerusi satu sahaja di dalam Parlimen (Ayer Hitam) .

Kemudian, UMNO berikan satu lagi kerusi (Tg Piai) kepada mereka setelah MCA desak untuk keluar BN.

Dua kerusi ahli Parlimen MCA hari ini adalah ihsan UMNO yang melepaskan kawasan majoriti Melayu untuk diwakili oleh MCA.

Semua kawasan majoriti cina, MCA kalah besar. Orang cina semuanya telah memilih DAP untuk membawa mandat orang cina.

Setelah mendapat dua kerusi parlimen, MCA meminta pula dilantik sebagai senator. Selepas mendapat senator mereka meminta senator itu dilantik sebagai timbalan menteri pendidikan.

Portfolio pendidikan adalah penting untuk mereka menjayakan agenda Dong Zong bagi memastikan sekolah-sekolah vernakular terus subur.

Akhirnya, ada tiga orang wakil MCA berada di dalam kerajaan walaupun MCA sebenarnya tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada UMNO dalam PRU yang lepas.

Bukan itu sahaja, mereka melobi jawatan GLC penting dan UMNO sekali lagi memberikan kepada mereka.

Dengan hanya tiga wakil ini sahaja, Dong Zong mendapat laluan mudah untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu.

Bayangkan, jika UMNO ikhlas berjuang untuk Melayu. Mereka boleh tinggalkan sahaja MCA ini. Lalu siapa lagi yang mahu menghalang mereka untuk mengharamkan Dong Zong dan sekolah vernakular di dalam kerajaan (belum lagi jiwa RUU355 dibentang) ?

Hanya kerana mahu menjaga hati MCA, tergadai segala kepentingan Melayu.

Diberi betis hendak peha.

TOKOH ULAMA, DR ABDUL KAMIL MAJID SERAH BORANG KEAHLIAN AMANAH PAGI TADI KEPADA DARUK HUSAM.MUSA




Tokoh ilmuan Islam, Prof Dr Kamil Majid umum sertai AMANAH
Dr. Mohamad Kamil bin Hj Ab Majid, dilahirkan pada tahun 1950 di Kg Kayu Rindang, Melor Kota Bharu, Kelantan. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syari`ah dan Undang-undang daripada Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) dan Sarjana Muda Syari`ah daripada Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.

Kesarjanaannya dalam bidang falsafah dan Teologi Jabatan Pengajian islam UM dan bidang Pemikiran Islam (kerohanian) bagi ijazah Doktor falsafah, di Universiti Malaya. Dalam pentadbiran akademik, pernah memegang jawatan Timbalan Dekan (Usuluddin), Ketua Jabatan (Dakwah dan Pembangunan Insan) dan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar di Akademi Pengajian Islam). Membantang kertas-kertas kerja di dalam dan luar negara.

Menjadi Anggota Ulama, Majlis Agama Islam kelantan (MAIK), Ahli panel Kajian Akidah JAKIM,. Juga terlibat dengan peristilahan (Agama) Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam bidang penerbitan menghasilkan lebih 10 buah buku di samping artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa.

Kredit FB Hisham Fauzi


GLC TDM TERENGGANU TERLALU BANYAK PENGARAH?

LANGGAR UNDANG-UNDANG TIDAK MENYALAHI KOD MORAL PAS?

WARGA IPOH EZAM DI SINI


MALAM INI!!

Image may contain: 3 people, text that says "REFORMASIRAKYAT SELAMATKAN MALAYSIA 5SEPTEMBER2020S 9MALAM BILIK SEMINAR IPOH. 30A, JALAN MERU BISTARI B2 BANDAR MERU RAYA, 30020 IPOH, PERAK 98 GERAK Salam Reformasi: GERAKAN REFORMASI f Gerakan Reformasi GERAK98.Official GERAK 98 @gerak98.official GERAK98 official"



Kepada warga Ipoh

Jom dengar beramai-ramai kupasan politik bertajuk "Reformasi Rakyat-Selamatkan Malaysia" bersama-sama Sdr. Ezam Mohd Nor, Dr. Aziz Bari dan Ustaz Zulkifly Ibrahim yang akan diadakan pada 5 September 2020 (Sabtu) jam 9 malam di Bilik Seminar Ipoh, 30A, Jalan Meru Bistari B2, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak.
SHARE & LIKE FB Rasmi GERAK98 agar tidak ketinggalan sebarang info terkini 

LAWAN TETAP LAWAN !!!


Akta anti-lompat parti mesti disokong semua pihak - Johari Abdul



Sekiranya Malaysia ingin mengorak langkah lebih jauh dalam pencapaian ekonomi pada masa akan datang, Parlimen harus meluluskan Rang Undang-undang (RUU) anti lompat parti untuk mewujudkan kerajaan yang lebih stabil.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang merupakan salah seorang anggota kaukus Parlimen bagi mengkaji RUU anti lompat parti, pemantapan undang-undang pilihan raya sedia ada perlu dilakukan agar tidak menakutkan pelabur menanam modal menghadapi keadaan politik yang tidak menentu.

"Kaukus ini idea daripada Inter Parlimen Union (IPU) Malaysia yang dipengerusikan oleh YB Anthony Loke. Mereka memanggil wakil-wakil parti seperti Nazri Aziz (Umno) Halimah Sidek (umno), saya (KEADILAN) wakil Amanah, GPS dan lain-lain.

"IPU bersetuju menubuhkan satu kaukus untuk membincangkan undang-undang pilihan raya berhubung tindakan melompat Ahli Parlimen, yang mana tindakan ini dianggap oleh Datuk Nazri sebagai tidak bermoral dan boleh menjatuhkan kerajaan. Akibat jatuhnya kerajaan itu, politik negara tidak stabil dan pelabur tak berani masuk

"Oleh itu, IPU bersetuju untuk kita tubuhkan jawatankuasa yang akan berperanan untuk mengkaji anti lompat parti," katanya.

Namun Johari mengakui RUU tersebut bukan mudah kerana mengadapi Perlembagaan Persekutuan, seperti Perkara 10 yang memberi kebebasan kepada setiap rakyat menganggotai pertubuhan.

Juga, katanya terdapat kes mahkamah sebelum ini yang mana wakil rakyat diputuskan oleh mahkamah boleh memilih parti lain selain yang dianggotainya ketika dipilih sewaktu pilihan raya.

"Dalam hal ini kena ada satu perbincangan, kita telah pun mengatakan kita perlu satu undang-undang, iaitu mewujudkan undang-undang baru atau kembali melihat undang-undang pilihan raya yang kita ada

"Sebab itu kita beri masa dalam 6 bulan untuk kaji dan tubuhkan sekretariat dan Datuk Nazri telah pun dipilih untuk menjadi pengerusi kaukus

"Kita akan melihat apa undang-undang yang terlibat, jika melibatkan akta maka kita memerlukan simple majoriti untuk diluluskan di Parlimen. Tetapi mungkin juga melibatkan pindaan Perlembagaan yang memerlukan undian 2/3," katanya lagi.

Bagaimanapun, Johari optimis sekiranya kaukus mengemukakan cadangan maka semua parti akan menyokong kerana mana-mana parti yang tidak menyokong akan dianggap rakyat sebagai merestui amalan melompat parti.

"Saya yakin kalau kita perkenalkan rang undang-undang meminda akta pilihan raya atau pinda Perlembagaan tidak ada parti akan menentang kerana jika menentang, maknanya siapa juga wakil rakyat yang menentang dia bersetuju orang yang menang atas sesuatu parti itu melompat. Rakyat akan menjadi penilai kepada pandangan beliau (dalam PRU)," katanya lagi.

Penubuhan kaukus pada 18 Ogos lalu telah dimaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan telah mendapat persetujuan daripada Barisan Nasional (BN), PAS, DAP, GPS dan KEADILAN. Kaukus dipengerusikan oleh Ahli Parlimen BN Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Abdul Aziz.


Tanah Haram Musang King pun salah DAP ?



Tadi tiba tiba ada walaun PAS menyelit komen tanya pasal Musang King, aku mulanya malas nak komen pasal kes ni.. Bila dah tanya, aku jawab lah.. Ni nak habaq.. Masalah tanah kat Pahang tu dah berpuluh tahun..sejak bila DAP perintah Pahang ? try tanya Tuan Ibrahim..

Hat Pertahan hak pekebun tu bukan saja DAP..tapi MCA pun..tapi bani melayu PAS UMNO dok nampak DAP.. cerita tanah peneroka..hat takda geran ni, bukan jadi pada cina jer..di Kelantan..Tanah Ladang rakyat pun jadi perkara yg sama..Tanah yg diusahakan org kampung..diambil alih oleh Kerajaan.. bukan cerita kaum.. ini isu Tanah..biaq depa selesai..

Dalam Malaysia ni..mana mana Negeri, Hal ehwal Tanah ini adalah kuasa MB.. nak pinda atau beri tanah kuasa MB, Agensi Tanah pun bawah MB.. Kerajaan Pusat kalau nak buat Jalan atau lebuh raya pun kena runding dengan Negeri..Kalau dah berani cina tu tanam durian Musang King beribu ekar tu.. adalah yang payung.. dan yang payung, dah tentu ada kuasa...

Orang dok kata surat Kuning..agaknya sebab nama dia Royal, aku tak tahu lah.. selalunya yg main surat kuning ni orang Politik jugak.. sandar atas nama Istana.. Masa isu Bauksit dulu..org kata Surat Kuning..isu Tanah sayur Cameron Highland tu, org kata Surat Kuning.. Balak di Pahang pun, sampai ada org kata ada watak Tengku Wong pun, ada org kata Surat kuning..

yang yer nya bukan lah kerja Istana...tapi kerja orang Politik.. sapa lagi kalau bukan UMNO..apa hangpa ingat, tanam Durian Musang king tu 2-3 bulan dah tumbuh keluar buah ? Jadi sapa dok payung depa.. Ladang Sayur tu, baru hari ni ker depa tanam.. jadi sapa Payung.. jadi apa kena dengan DAP.. depa ada kuasa ker bagi tanah, Payung depa ni.. ?

Jadi sekarang ni tauke Musang king nak bawa kes ke Mahkamah.. Apa hangpa ingat Kerajaan Negeri berani lawan ? hangpa ingat depa berani hadap Mahkamah..karang satu satu nama keluar... semua surat keluar, Surat biru..surat kuning..surat merah.. jangan risau, nanti hat keluar nama dalam Mahkamah, takda sorang pun bani DAP..semua bani melayu..

Renti rentilah salahkan cina... Salahkan DAP.. Ni nak habaq, awat tak tanya ? Jasa sapa satu gunung Genting tu dapat kat tauke judi Lim goh Tong ? kerja lim kit siang ker..atau Lee Kuan Yew.. dah tentu bani Melayu.. tu jasa Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar, Dulu Gunung Genting tu sebahagian milik Kerajaan Selangor..Tapi Tun Razak bantu pujuk datuk harun bagi tanah tu kat Lim Goh Tong..

Tahu tak berapa luas tanah genting tu, 12 ribu ekar dalam kawasan Pahang.. 28 ribu ekar dalam Wilayah Selangor... sapa yang ada Saham dalam Genting yang ada kepentingan atas Kasino Judi terbesar di Asia Tenggara ni ? Yayasan Noah.. Sapa Tan Sri Noah tu.. dia tu Tok sedara Najib Razak ngan Hishamuddin.. dulu org dedah kan depa ni pun ada waris saham dalam Yayasan Noah.. Betul atau tidak.. tak tau lah...

Ini contoh mudah bagi bani Melayu faham..Sebelum ini pun sapa jadi Tim Pengerusi Genting ? Pemimpin DAP ker.. ? Tak.. Tapi Bekas Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara ni cina ker ? tak...nama dia  Tun Hanif Omar..  sebelum tu tokoh UMNO..

Jadi toksah sembang lah pasal mesin slot judi hat kecik kecik ni..Asri Janggut ker..Asri Jambang ker.. Tok wan ker..Tok Ki ker..toksah sembang lah.. nak lawan Judi apa jadah, kalau hat mantan Ketua Polis Negara dulu pernah jadi pengerusi Syarikat hat dikaitkan dengan Judi dan Kasino Genting....

Baru baru ni dalam Berita Harian di dedahkan hasil kejayaan Vincent Tan, Salah satunya Vincent Tan ni menguasai Peranginan dan Pulau di Terengganu.. Sapa gadai Pulau pada Vincent Tan ? Lim Guan Eng ker.. tak... kata Vincent Tan hat jual kat dia Kerabat jugak..tau tau kerabat mana..

Vincent Tan kata salah satu pulau hat dia beli dengan harga RM 2 juta.. tau berapa luas dgn harga RM 2 juta tu ? 60 Hektar.. Jadi 1 Ekar tak sampai RM 15 ribu.. Ni bukan tanah Sawit dalam hutan banat kat Sarawak yg dijual Tabung Haji.. ni Pulau tepi pantai..

pulau ni giler punya cantik, tepi pantai..tepi laut dijual dengan harga RM 2 juta..Sapa jual ?  cina ker.. Tak... Bani Melayu.. Negeri Haji Hadi..bukan negeri DAP... Nak tengok pulau dan Resort Berjaya kat Pulau redang tu, Search lah The Taaras Beach & Spa Resort.. dulu nama Berjaya..

Sudah sudah lah mainkan sentimen Cina..DAP..semua benda nak salah kan DAP.. Padehal dalam sejarah Negara kita hat gadai Tanah Rezab Melayu.. Tanah Melayu ni bani UMNO.. sejak bila DAP perintah Pahang.. Sejarah negara kita ni semua kuasa ,negeri dikuasai UMNO.. sejak Merdeka lagi.. Penjajah terus wariskan pada UMNO..

Ni nak habaq.. hat jual tanah pada Tauke Judi adalah pemimpin UMNO.. hat rasmi Kilang Arak pun Pemimpin UMNO.. tapi yg disalahkan tetap DAP.. tak ker giler puak ni.. :)

Ipohmali

UNTUNG KAU DUDUK DI SELANGOR AIR KOLAM BEKAS ORANG MANDI KAU AMBIK


Mohd Shah Rim

Balik ler ke Kota Bharu, Taki nko MP Kota Bharu.. bukan MP Shah Alam..!!


Ikut Nik Amar makan air parit dapat jadi MB.Kau jadi Menteri boleh bawa balik mandi  air klorin dan silap lam kolam biasa la kencing la bagai ....Jangan lak minum air tu silap silap air kencing cina  DAP...kah....

Dulu bila Sg Kim Kim tercemar, yang korang maki Menteri Alam Sekitar.
Sekarang bila Sg Selangor tercemar, yang korang maki Menteri Besar. Sebabnya, Menteri Alam Sekitar geng korang kan?......

Memang korang ni ada banyak kitab dan dalil yang boleh berputar-putar.

DI SELANGOR KOTOR AIRNYA SEBAB KHIANAT.BUKAN SEBAB BERAK TEPI SUNGAI MINUM . JADI MB MINUM AIR KOTOR


Walaun AsSheikh Indera mana tag kat wall aku pagi pagi ni..nak tag kat FB orang..kirim salam dulu.. ni pagi pagi dah tulis Allah bayar Cash sebab budak PAN selalu kutuk Kelantan takda air.. Allah bayar Cash kat Selangor.. Pertamanya aku bukan budak PAN..dan mana mana ahli gabungan PH.. aku masih ahli PAS..

Keduanya nak bagi tahu, Masalah air diselangor tu bukan sebab takda air..  Air berlambak.. atau sebab paip rosak..tapi sebab pencemaran air..sebab perbuatan Khianat.. Air ada tapi kotor dan Berbau.. jadi depa tutup... Kalau depa buka balik pintu Loji tu Air Bersih lah balik...

Beza dengan Kelantan, air takda tu sebab Memang takda air.. Kalau air ada pun dah biasa kotor..Sebab di Kelantan tidak ada Istilah air keroh..Air Kotor.. Air bewarna Coklat di Kelantan ditakrif air Bersih..Hatta Berak tepi Telaga dan Mandi Sungai macam TMB Kelantan ditakrif air Bersih.. Kadang2 Sampai buka Paip keluar gas pun..gas tu ditakrif sebagai Air Bersih...gas tu pun masuk bil..

Jadi mudah faham..Kat Kelantan, Kalau jadi Kejadian air Kotor Berbau.. Depa tak tutup Loji.. Bagi org Kelantan air Kotor..Kuning ditakrif Sebagai Air Mutlak..Suci lagi Menyucikan.. Macam Muslim di India ngan Bangladesh.. tabligh kat sana air lumut tu pun depa buat bersugi..Kolah masjid Kotor dengan lumut, Kencing tepi Dinding ditakrif Suci...  Faham dak ?

Mudah Faham macam ni..Selangor ikut Piaiwaian air Bersih Singapura.. Kelantan ikut Piawaian air Bersih India dan Bangladesh.. Faham tak ?

Apapun aku orang Ipoh.. Segar mandi pagi ni.. Sejuk pulak.. :)

Ipohmali

Tokoh ulama profesional isytihar sertai Amanah Kelantan


Tokoh ulama profesional isytihar sertai Amanah Kelantan
Parti Amanah Negara Negeri Kelantan hari ini menerima penyertaan keahlian terbaru daripada seorang tokoh ulama dan akademik yang terkenal di dalam negara ini.
Tokoh tersebut ialah Profesor Dr. Mohamad Kamil Bin Abdul Majid, seorang pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Beliau dilahirkan pada tahun 1950 di Kg Kayu Rendang,Melor Kota Bharu, Kelantan. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syari`ah dan Undang-undang daripada Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan(YPTIK), dan Ijazah Sarjana Muda Syari`ah daripada Universiti Al Azhar,Kaherah,Mesir. Kesarjanaannya dalam bidang Falsafah dan Teologi Jabatan Pengajian Islam UM dan bidang Pemikiran Islam (Kerohanian) bagi Ijazah Doktor Falsafah, di Universiti Malaya.

Pernahkah menteri PN melihat sendiri kesusahan rakyat Sabah?




Kesukaran seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Vevenoah Mosibin mengharungi peperiksaan secara on line dengan memanjat pokok bagi mendapatkan akses internet amat tidak wajar diperlekehkan.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin berkata, beliau pernah ke daerah pedalaman Sabah seperti Pitas dan sedih mendapati keadaan penduduk di sana begitu daif berbanding di Semenanjung.

Katanya, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin tidak akan menuduh mahasiswa tersebut berbohong sekiranya beliau pernah melawat ke kawasan pedalaman di Sabah.

"Kita orang Semenanjung tidak faham keadaan hidup rakan-rakan di Sabah. Kerana majoriti rakyat Malaysia tidak pernah ke Pitas, Sabah dan tidak memahami keadaan di sana. Mungkin termasuk YB Zabidi.

"Keadaan sebenar Pitas sangat menyedihkan. Saya pernah lawati perkampungan nelayan di situ pada Jun 2019. Saya amat sedih tengok anak-anak nelayan menggunakan titi yang usang ke sekolah setiap hari," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurut Sim, kesukaran itu mendorong beliau berinisiatif mengeluarkan peruntukan untuk menggantikan titi usang yang tidak diendahkan oleh wakil rakyat BN sebelum ini, dengan titi yang baharu.

Oleh itu, Sim menyeru agar menteri Perikatan Nasional lebih prihatin dan bersikap 'pemurah' berbanding menghukum tanpa melakukan penyiasatan terlebih dahulu.

"Jadi janganlah Timbalan Menteri perlekehkan orang Sabah, terutamanya pelajar dari kawasan susah. Bantulah mereka. Berbaktilah kepada mereka. Kamu sudah ada kuasa, ada peruntukan. Buatlah sesuatu kepada kawasan Pitas.

"Kita semua rakyat Malaysia, seharusnya faham-memahami dan bantu-membantu," katanya lagi.


Untuk rekod, semasa Sim menjadi timbalan menteri beliau memperuntukan lebih kurang RM80,000 bagi membaiki sebuah titi usang untuk membantu penduduk di sana.

Hari ini projek tersebut telah siap dan kanak-kanak di Pitas amat menghargai sumbangannya.



Di sebalik sisi negatif penganalisis politik, PH masih disokong rakyat




Teori penganalisis politik kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu menang selesa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 jika dilakukan secara mengejut pada tahun ini selepas BN menang besar dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sim tidak sepenuhnya benar.

Bagi Naib Pengerusi DAP Selangor, Ng Suee Lim, populariti PN tidak menyeluruh di semua kawasan. Katanya terdapat kawasan yang ditinjau, rakyat masih meletakkan kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memerintah dan mengambilalih kerajaan Persekutuan.

"Walaupun media arus perdana sedang kuat mengheboh-hebohkan apa yang boleh dilabelkan sebagai kekuatan Kerajaan PN, sembang-bual dengan pelbagai lapisan masyarakat mendapati koalisi PH juga mempunyai kekuatannya dan cabaran dari kami tidak boleh diremeh-temehkan," katanya dipetik.

Menurut Ng, bukan semua rakyat melihat kerajaan PN dengan penilaian positif. Banyak rakyat meragui arah tuju ekonomi negara pasca pandemik Covid 19.

Rakyat yang hilang pekerjaan, katanya, lebih mempercayai ketokohan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memulihkan ekonomi. Begitu juga golongan B40 yang kian terdesak akibat kos kehidupan semakin melambung.

"Orang ramai yang bersembang-bual dengan saya telah memberitahu mereka yakin PH mampu mengurus-tadbir dengan lebih baik jika diberi mandat sekali lagi, sebab untuk kali ini kata mereka, tiada lagi isu tarikh peralihan kuasa," katanya.

Oleh yang demikian, menurut Ng lagi, PH mestilah bersiap sedia berkempen isu-isu ekonomi sekiranya berlaku PRU dalam masa terdekat.

Katanya, rakyat mengharapkan ekonomi distruktur semula dan tumpuan utama harus diberikan kepada usaha mewujudkan pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Baru-baru ini, beberapa agensi tinjauan pendapat mendapati PH ketinggalan 10 - 20% sokongan berbanding PN sekiranya PRU diadakan dalam tempoh terdekat.

Namun keadaan yang sama juga berlaku dalam tinjauan sebelum PRU 14 lalu, di mana hanya Ilham Centre yang percaya PH akan menang, agensi lainnya memberi keyakinan kemenangan BN dengan memuji gaya kempen yang dilakukan PM Najib Razak.


4 HARI BOLEH TAHAN,4O TAHUN MATI BERAGAN

Image may contain: 3 people, including Azman Iskandar, text that says "mkk Air Selangor BERITA Mukhriz Hazim| nalaysiakini. Gangguan bekalan air dijangka berterusan 4 hari lagi Bekalan Air Selangor Selesai Dalam Masa 4 Hari Lagi.. Ingatkan 40 Tahun Macam Negeriku.. AklbatbagustulsaBadamMAdaamDakwa jaga intrastruktur asas' Kepimpinan GU GANGUTARA Projek ECRL melangkaui beberapa sempadan negeri, tempohpelaksanaannya tahunsaja. saja. Kos asalnya RM65.5 bilion, tapi Kerajaan PH jimatkan RM21.5 bilion KOS AIR KELANTAN TAK SEBANYAK ECRL TAK LANGKAUI SEMPADAN, TAPI KENAPA AMBIL MASA LAMA SANGAT ProfMohamadAqus Yusoff MASALAH AIR KELANTAN AKAN SELESAI DALAM 30, 40 TAHUN Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri WA)"

LAPORAN KEKAYAAN LUAR BIASA KITOL


NORA JAMILAH

Ketua Wira Putra, parti yg diasaskan oleh Ibrahim Ali membuat laporan polis & SPRM ke atas Kitol Azmin Ali utk membuka kertas siasatan berikutan maklumat setebal 69 mukasurat tentang kekayaan luarbiasa si Kitol, anak2nya & pegawai khasnya, Muhamad Hilman Idham yg melibatkan transaksi bernilai RM1.74 trillion yg tular di media sosial ketika ini.....

No photo description available.

SELEPAS JADI TUA, SYED SADDIQ NAK PERGI KE MANA....



Keputusan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menubuhkan sebuah parti baru khusus untuk anak-anak muda sekurang-kurangnya ada dua kebaikan daripadanya.
Pertama, parti baru itu memberi galakan dan menyediakan ruang lebih terbuka untuk anak-anak muda menceburi politik, seterusnya akan melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis untuk negara.
Berbanding parti lain yang semuanya dipimpin oleh golongan tua dan pertengahan usia, parti anak muda ini ini sebaliknya memberi ruang tanpa had untuk anak-anak muda menonjolkan bakat kepimpinan mereka.
Kedua, dengan menubuhkan parti anak muda ini menunjukkan Syed Saddiq ada keberanian memisahkan dirinya daripada bayangan Tun Mahathir Mohamad yang dianggap banyak pihak sebagai sifu politiknya selama ini.
Dengan keberanian itu, Syed Saddiq memperlihatkan dirinya ingin pergi jauh dalam dunia politik dan membina nama tersendiri selepas ini tanpa mengharapkan ada apa-apa naungan melindunginya.
Dalam soal ini, dakwaan bahawa parti anak muda ini hanya menambahkan lagi perpecahan dalam masyarakat sebenarnya tidak timbul sama sekali.
Kalau mahu dikira, parti yang menjual perjuangan atas nama bangsa dan agama jauh lebih membawa perpecahan dalam masyarakat.
Sebaliknya, parti anak muda ini hanya menyediakan ruang sewajarnya untuk anak-anak muda menceburi dunia politik dan melatih diri mereka untuk menjadi pemimpin.
Dalam keadaan itu, sudah tentu ibu bapa dan golongan tua serta pertengahan juga mengalu-alukan kewujudan parti anak muda tersebut di mana di dalam parti lain ruang yang sama tidak dapat diwujudkan.
Cuma, yang menjadi persoalan dalam parti anak muda ini ialah berapakah had usia untuk menyertai dan menjadi pemimpinnya?
Adakah hadnya pada usia 35 atau 40 tahun?
Katalah usia yang dihadkan hanya sehingga usia 40 tahun, maka jika Syed Saddiq menjadi presidennya, bermakna apabila mencapai usia tersebut, beliau mesti berundur dan melepaskan jawatan peneraju parti kepada penggantinya yang lebih muda.
Persoalannya, ke mana Syed Saddiq mahu pergi selepas itu?
Apakah beliau bakal menubuhkan parti lain pula atau akan menyertai UMNO, PKR, Pas atau DAP untuk meneruskan perjuangannya?
Katalah juga ketika memimpin parti anak muda itu beliau bergabung dengan pelbagai parti lain untuk membentuk kerajaan dan dilantik sebagai menteri atas kapasitinya menerajui parti anak muda tersebut, apabila usianya sudah sampai 40 tahun di mana perlu untuk melepaskan jawatan sebagai presiden parti, apakah Syed Saddiq juga sedia melepaskan jawatan menterinya untuk diserahkan kepada presiden parti anak muda yang baru?
Dalam usia 40 tahun di mana ketika itu dalam lingkungan umur paling sedap untuk bergelar pemimpin dan menjadi menteri, apakah Syed Saddiq sedia berundur begitu saja dan melepaskan nikmat dunia kepada orang lain?
Atau mungkinkah ketika itu perlembagaan akan dipinda untuk membolehkan presiden boleh terus mengetuai parti anak muda walaupun sudah menjadi tua? (Shahbudindotcom 05/09/2020)

PRK SLIM BUKAN KAYU UKUR, PENYATUAN MELAYU SEMENTARA – ILHAM CENTRE

‘Macam mana tegakkan slogan tanpa turut kaji projek BN, PN?’


Bagaimana Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki boleh menegakkan slogan SPRM ‘adil, tegas dan amanah’ tanpa turut mengkaji projek rundingan terus (RT) sewaktu pemerintahan BN dan PN sama ada wujud unsur rasuah?
Itu persoalan dilontarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, dalam kenyataan terbaru Azam mengenai projek RT, beliau tidak menyebut SPRM akan turut menyiasat projek RT zaman PN dan BN.
Sebaliknya, jelas Guan Eng, Azam hanya menyatakan bahawa SPRM masih membuat analisis terhadap kesemua projek RT oleh PH sama ada ia mempunyai unsur rasuah atau sebaliknya.
“Projek RT di bawah inisiatif Pakatan Harapan (PH) bukanlah RM6.61 bilion seperti yang diuar-uarkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, tetapi sebenarnya hanya 5.3 peratus daripada jumlah itu, yakni RM352 juta.
“Ini adalah kerana 95 peratus daripada projek RM6.61 bilion ialah projek warisan atau sambungan dari zaman BN,” katanya.
Dalam pada itu, Guan Eng berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bermain helah politik apabila cuba mengaitkan keputusan Kabinet pada 2018 untuk memotong 10 peratus daripada harga kontrak yang diluluskan oleh BN sebagai bukti mantan Menteri Kewangan itu sendiri yang membuat rundingan terus.
Jelas Guan Eng, Zuraida harus bercakap benar bahawa beliau hadir dalam mesyuarat Kabinet yang membuat keputusan memotong harga kontrak BN sebanyak 10 peratus demi menjimatkan wang negara.
Menurutnya, beliau tidak boleh berselindung di belakang SPRM, untuk tidak mendedahkan semua surat yang berkaitan dengan Projek Sisa Pepejal Taman Beringin (PSPTB) bernilai RM170.3 juta tersebut.