RASUAH ITU SUKA SAMA SUKA DAN IA TIDAK DIBAWAH HUDUD?

 




LIYANA MARZUKI

Ada politikus mengaku ulamak keluarkan dalil “Rasuah tu bukan mencuri. Ianya jadi sebab suka sama suka. Bukan bawah hudud pun.”.

Pengsan kita dengar! Sampai begitu sekali dalil yang keluar. Dulu dah lah keluar amanat sesat untuk kafir mengkafir sesama bangsa. Takkan kita lupa.

Harapnya jenis politikus ulamak macam ni cepat pupus. Kalau ada pun lagi jahanam negara dibuatnya.

Kita tengok jenis rasuah dan salah guna kuasa yang ada:

1. Macau Scam: tipu orang kampung, tipu orang pencen, sampai papa kedana. Ada yang bunuh diri.

2. Kartel daging: campur daging halal dan haram. Bagi umat Islam makan.

3. Kartel projek Kerajaan, RM3.4 billion projek, banyak yang dinaikkan kos untuk rasuah pegawai Kerajaan. Buang begitu saja hasil Kerajaan.

4. Projek Air Sabah, berjuta2 di rampas. Cuba tengokkan macam mana bekalan air di sana. Adakah bertambah baik?

5. Kartel IC- bagi bukan warganegara masuk sewenang2nya. Tambahkan kes jenayah sosial dalam negara.

Tengokkan lah, implikasi rasuah pada masyarakat. Kalau mencuri sardin, hukumnya potong tangan. Kalau rasuah di atas macam mana pula? Takkan la dibiarkan?

Pada saya, sikap tidak apa pemimpin dan orang agama terhadap rasuah ini lah punca utama. Dah jadi barah yang sukar dibendung.

Tengok la sekarang, sampai ada pegawai SPRM pun perangainya hampeh. Dirembatnya duit rampasan kes untuk hidup mewah.

Tapi di Malaysia, yang dispin dan dikompang, isu retorik bangsa dan agama. Ditunggang habis2an. Rasuah ini dinormalisasikan, macam dosa kecil dan tiada kesan.

Tujuannya satu, buat Rakyat pecah belah, hanya bergantung pada mereka. Dalam diam, mereka senang lenang merembat habuan dunia.

Selagi mana kita terbuai dengan retorik politik agama dan bangsa, dan terus menerus membela politik salah guna kuasa, sampai bila la Malaysia tak ke mana.

Ingat lah pesan Ibnu Khaldun, dalam Muqaddimah. Sejak dari zaman dulu kala, rasuah dan salah guna kuasa yang meranapkan empayar.

Tolaklah politikus musibat yang merompak negara. Mereka guna politik agama dan bangsa untuk senyapkan kita.

 

TAI CHI LEVEL TERTINGGI



LYIANA  MARZUKI


Ini namanya Tai Chi level tertinggi.

Zaman BN, diracunnya rakyat pasal Hudud. Habis dimurtadkan masyarakat. Sebab puak2 ni lah, Melayu pecah belah. Nak diarabkan semua orang.

Zaman PH, diracunnya Rakyat dengan isu judi, arak, Genting, Adib dan pakaian peramugari. Teruk buat Rakyat membenci.

Zaman dia jadi Kerajaan, apah pun tak jadi. Kilang arak lagu tu jugak, boleh jual masa PKP. La ni, judi dari 8 kali setahun dah jadi 22 kali.

Katanya Kerajaan Melayu Islam. Takkan hanya luaran, diukur dengan jumlah pemimpin pakai serban?

Dia cakap dia tak salah sebab dia tak berkuasa penuh. Ini paling lawak. Maknanya kalau PAS menang 2/3 kerusi Parlimen baru nak buat kerja Description: 😅

Thing is, tuan puan pikir. Boleh ke PAS berkuasa penuh? Berpijak la di bumi nyata. Kita bukan negara mono race. Melayu Islam hanya 52%.

Yang pasti, dah jadi Kerajaan habis dihancing segala janji.

Walaun masa dulu gah “bertakbir”…

Sekarang dah jem, last2 salahkan takdir…

#penunggang #hipokrasipolitik

 

LIVE: SAMBUTAN 23 TAHUN GERAKAN REFORMASI MALAM INI OLEH SDR EZAM NPR

 May be an image of 15 people, including Zukri Aksah, people standing and text that says "f LIVE 98 GERAK SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN KE 23 GERAKAN KEADILAN RAKYAT (GERAK) 27 ISNIN SEPTEMBER 2021 FACEBOOK: GERAKAN REFORMASI 98 GERAK PM RMASI UCAPAN OLEH: EZAM MOHD NOR"

KEJUTAN BUDAYA BILA MENDAPAT JAWATAN

 


May be an image of car


Sebab itu saya katakan jika hanya dua pilihan antara UMNO dan PAS saya akn pilih UMNO. Alasan pemimpin UMNO rompak wang rakyat tapi dia mampu menguruskan negara.

Tapi pemimpin PAS ini seperti kaduk naik junjung. Baru beberapa bulan jadi Menteri atau Timbalan Menteri sudah berlagak bawa Velfire. Boleh bawa janda rentas negeri, boleh nikah secara online dan ada yg bercerai secara online.

Hukum boleh bertukar tukar ikut tengkuk depa. Waktu Menteri Cina kurangkan perjudian waktu mereka judi semakin bertambah ok. Pusat judi dibuka ok. Kilang arak beroperasi ok.

Paling megejutkan rasuah pun jadi dihalalkan dgn dalil... tak masuk diakal. Semua tu asal mereka boleh terus kekal jadi Menteri. Kejutan budaya sungguh...

Tgk gambar dgn sombong langgar double line waktu jam. Sebab apa... mereka ingat baru jadi Tim Menteri dah boleh langgar semua peraturan. Gila punya kejutan budaya.

 

BANYAK KES LEBAI SONGSANG UNTUK DI KETENGAHKAN

 


May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini Bukan mahu buka aib apatah lagi jadi hero- Firdaus "Bayangkan, kalau seorang agamawan A melakukan satu perkara terkutuk, lalu yang membawa isu ini adalah golongan liberal yang tak suka kepada Islam," kata pendakwah bebas itu. SEPTEMBER 26, 2021 AT 3:06 PM Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempertahankan tindakannya mendedahkar kontroversi salah laku yang didakwa melibatkan seorang pendakwah ternama."


Aku bukan sokong Ebit Lew. Orang yang ikut page aku pun tahu, aku memang skeptikal dengan para lebai sekalian. Aku tak sedikit pun ada keraguan yang Ebit boleh buat apa yang diperkatakan. Dia manusia, lelaki, sihat dan masih muda lagi. Dan memang syaitan suka orang macam ni.

Dan aku pun bukan marah orang yang dedahkan hal ini. Kalau benda jahat, kita kenalah beritahu orang awam supaya bilangan mangsa tidak bertambah. Tapi itupun kalau berita yang pastilah. Kalau tak pasti nanti takutnya jadi fitnah.

Cuma yang aku pelik, kenapa tiba-tiba kes Ebit Lew yang dipilih untuk dihighlight. Iyalah, berita lebai songsang ni bukan benda baru. Dah banyak. Mudir tahfiz meliwat pelajar pun kita selalu dengar. Ustaz yang konon pandai mengubat tapi gunakan proses mengubat untuk merogol pun ada.

Itu belum cerita ulama yang bermessenger dengan isteri orang siap tunjuk kemaluan. Ajak pulak perempuan tu pergi check in hotel untuk berzina. Yang aku pelik, masa kes-kes ini, yang hero-hero ini semua senyap. Tak ada bersuara langsung. Tapi bila tiba kes Ebit ni, rancak pulak dia.

Aku tak follow pun cerita Ebit ni. Tapi yang aku tahu katanya dia goda ikut WhatsApp. Aku tak pastilah kalau ada perbuatan berbentuk fizikal. Tapi fizikal atau tidak, goda isteri orang tu memang kerja salah. Kalau ikut filem P. Ramlee, sula je orang yang ganggu isteri orang ni.

Tapi yang aku persoal, kes ustaz liwat pelajar tahfiz, telah berlaku penetrasi. Tidak pula dia cakna. Masa tu tak pula kata kalau orang liberal yang bawa kes ini. Kenapa ekkk? Apa istimewa kes Ebit Lew berbanding kes liwat pelajar yang lebih besar itu?

Dan situlah persoalan aku. Bukan aku tak percaya Ebit Lew boleh buat benda terkutuk tu. Selagi dia bernama manusia, dia terdedah kepada dugaan syaitan. Kalau aku ada di tempat dia pun mungkin aku jadi macam dia. Aku sendiri tak berani nak kata aku takkan jadi seperti itu.

Cuma aku pelik kenapa kes ini yang dia bersungguh sungguh. Itu sahaja. Masa kes pelajar perempuan diugut rogol, dihina secara seksual oleh gurunya tak pula dia bersuara. Jadi aku sebenarnya lebih sangsi niat jenayah ini dibuka. Bukan sangsi ia benar. Tapi sangsi kalau pendedahan ini ikhlas.

Itu je...

Raja Gelap

.

 

Tak salah bermimpi. Siang hari pun okay. Janji mimpi...

 


May be an image of 6 people, headscarf and text that says "RMK12 " Purata pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak RM10,000 sebulan pada 2025.' YAB DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB PERDANA MENTERI #KeluargaMalaysia #RMK12 ismailsabri60"


Banyak perusahaan tutup, kadar pengangguran naik mendadak, gaji minimum RM1,200 sebulan pun tak tercapai, tiba-tiba nak pendapatan isi rumah purata sebulan RM10,000. Wow...

Masalah ekonomi tu satu hal. Yang jadi isu lebih besar, dengan sebegitu banyak masalah yang ada, tak kedengaran lagi pelan pemulihan yang mapan yang telah digariskan oleh kerajaan.

Sebab itu aku kata mimpi. Kalau bukan mimpi pun, menipu. Kenapa letak 2025? Supaya nanti bolehlah gosok cerita dongeng ini belakang pengundi bodoh untuk terus undi mereka.

Usah cerita 2025 la... Cerita yang dia, tiga bulan mendatang ini bagaimana mahu bantu rakyat survive. Itu dulu kemudian baru cerita yang jauh sikit. Baru nampak real.

Raja Gelap

 

JANGAN DENGAR NUSI. DIA SUKA MELAWAK DAN MENDAKWA YANG BUKAN BUKAN.DEMIKIANLAH NUSI

 


‘Pelik Sanusi, belanja rakyat bising, BN habis berjuta ringgit untuk ekspo, kenapa diam?’

Minggu lepas hangat diperkatakan dakwaan oleh Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengenai wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah berjumlah RM13 juta semasa Datuk Mukhriz Mahathir menjadi MB dipindahkan ke sebuah akaun bank di Kanada serta beg untuk kuih raya yang juga didakwa lebih mahal daripada isinya yang mencecah nilai hingga RM1.3 juta.

Menjawab dakwaan tersebut, Mukhriz telah mencabar Sanusi supaya membuat laporan polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan terbabit.

Terkini, dakwaan Sanusi diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Mukhriz bahawa belanja besar waktu tersebut juga untuk membantu rakyat termasuk barisan hadapan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19.

“Sanusi mungkin tersilap kerana ketika itu adalah April 2020, bulan Ramadan dan tidak pernah menempah kuih raya sebanyak didakwa dan yang ditempah hanyalah kuih raya untuk diedarkan kepada kakitangan pejabat sahaja serta tidak sampai RM1.3 juta.

“Apa yang pejabat MB lakukan ketika itu ialah menyediakan beg bantuan barangan runcit untuk rakyat yang terkesan dengan Covid-19 semasa PKP 1.0 dan setiap beg bantuan bernilai RM35 serta setiap kawasan DUN diperuntukkan 1,000 beg.

“Kesemua 36 kawasan DUN menerima 36,000 beg bantuan termasuk kos penghantaran ke semua Pusat Khidmat Adun dan Penyelaras Dun di seluruh Kedah termasuk Langkawi,” ujar beliau melalui hantaran di Facebook Mukhriz Mahathir FC.

Manakala barangan runcit yang terdapat dalam setiap beg bantuan itu pula katanya mengandungi sebotol kordial, sekilogram beras pulut, dua kilogram tepung, dua kilogram gula pasir, sebotol minyak masak, sepaket kopi dan sebungkus bihun.

Selain itu jelasnya, beg ‘non-woven’ untuk mengisi barangan itu pula bernilai RM2.60 setiap satu dan sebanyak 36,000 beg digunakan untuk mengisi barang-barang dan bakinya disimpan di pejabat MB bagi kegunaan masa depan.

Ia kemudian di bawa ke mesyuarat Exco oleh pentadbiran baharu yang telah diluluskan pada November 2020 dan selesai pembayarannya, jelas Mukhriz.

Persoalan yang timbul, ujarnya, apakah ia satu kesalahan sekiranya pejabat MB ketika itu turut menyediakan makanan dua kali sehari kepada lebih 1,500 barisan hadapan Kedah bagi tempoh sebulan termasuk PDRM, RELA, ATM dan lain-lain agensi termasuk hospital yang turut menerima pek makanan tersebut.

“Sanusi berbangga dengan duit simpanan negeri Kedah yang kini berjumlah RM660 juta sedangkan sejak menjadi MB selama 17 bulan, hanya RM34.2 juta sahaja yang dibelanjakan untuk rakyat Kedah sedangkan perbelanjaan negeri-negeri lain telah pun mencecah ratusan juta ringgit. Maka, itu tidak hairanlah Kedah masih lagi berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

“Sanusi juga jangan berbangga apabila Zakat Kedah membelanjakan RM48 juta untuk bantuan kepada rakyat semasa pandemik kerana itu merupakan duit zakat yang asalnya adalah duit rakyat dan bukannya hasil kutipan kerajaan negeri.

“Pelik juga Sanusi, apabila orang berbelanja untuk rakyat dia bising, sedangkan pada tahun 2018 dahulu, semasa BN berbelanja berjuta-juta untuk penganjuran Ekspo Muafakat Kedah, beliau tidak pula bising, kenapa agaknya?,” soal Mukhriz lagi.

APA PUN ALASA..IANYA ADALAH PEMBOHONGAN YANG NYATA- KALAU DAH MENIKAH HARAM, MANA NAK JADI

 


RUU355: Timbalan Menteri Pas kata jangan ingat bila kahwin esok, terus dapat anak



RUU355: Timbalan Menteri Pas kata jangan ingat bila kahwin esok, terus dapat anak



Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 akan dibentangkan mengikut peringkat.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat tahap yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu, sebelum rang undang-undang (RUU) pindaan akta tersebut dibawa ke Parlimen.

“Bila dibawa ke Parlimen, itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan. Kemudian ia dibaca sampai jadi perundangan.

“Hukum-hakam ini wajib, bukan sunat. Kita mesti laksanakan undang-undang mengikut tahap.

“Jadi semua rantaian ini adalah pelaksanaan Islam. Sebagaimana seseorang itu kahwin, jangan pula kita sebut bila kahwin esok, kita hendak anak terus, dapat anak baru kahwin. Tidak, ia ada proses.

“Sama seperti RUU ini apabila Perdana Menteri kata akan dibawa ke Parlimen, itu adalah pelaksanaan Islam,” katanya dalam wawancara disiarkan Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanyakan sama ada RUU 355 mampu dilaksana sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dalam masa sama, Nik Zawawi yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata, tahap pelaksanaan RUU 355 juga terserah kepada Allah.

“Insya-Allah kita akan buat satu program yang besar supaya kita mampu menerangkan kepada masyarakat majmuk.

“Itu pelaksanaan Islam, kita buat langkah demi langkah, jadi tahap mana yang kita mampu laksanakan sehingga PRU, kita serah kepada Allah,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan pada 14 September lalu memaklumkan cadangan meminda Akta 355 masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa siri mesyuarat telah diadakan sepanjang 2020 dan tahun ini.

Siri mesyuarat itu melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI).

Menurut Perdana Menteri, perbincangan itu melihat dari pelbagai aspek khususnya Perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar RUU 355 tersebut lebih komprehensif dan seterusnya dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

“Bagi meningkatkan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah pula, kerajaaan juga sedang mempergiat usaha untuk mendraf Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 (RUU 355).

“Setelah RUU 355 dimuktamadkan kelak, RUU 355 tersebut akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil,” katanya dalam jawapan kepada pertanyaan lisan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.

Sebelum ini, isu RUU 355 dilihat menjadi senjata politik Pas dalam menyerang PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) termasuk aksi himpunan mega Pas di Padang Merbok di ibu negara pada 18 Februari 2017.

Bahkan, pernah seorang ketua kawasan Pas di Kedah dalam kuliah agamanya membawakan contoh, jika Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ketika itu Presiden PKR, tidak bersetuju dengan RUU 355 dalam pengundian di Parlimen, “dan selepas itu Kak Wan meninggal dunia, jasadnya kami kebumikan di jirat (perkuburan bukan Islam)”.

Walau bagaimanapun, beberapa kali usul berkaitan pindaan akta berkenaan dibawa Presiden Pas dalam sidang Parlimen tetapi tidak sempat dibahaskan.

Cadangan meminda Akta 355 diusulkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016.

Beliau mencadangkan hukuman mengikut hukum syarak kecuali hukuman mati tetapi kemudian ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat berikutnya.

Pada 24 November 2016 pula, Hadi mengemukakan pindaan kepada usul pertama dibuat pada 26 Mei dengan mencadangkan hukuman denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali serta pindaan usul itu ditangguhkan.

Selanjutnya, pada 6 Mei 2017, usul itu dicadangkan semula dengan lebih mendalam Ahli Parlimen Marang dan diperjelaskan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan tetapi tidak dibahaskan kerana Dewan Rakyat menangguhkan usul itu untuk dibahaskan ke persidangan berikutnya.

Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) tahun lalu, persoalan mengenai RUU 355 sekali lagi dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.

Pada 22 Julai 2020, dalam soalan lisan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom mengenai status pindaan Akta 355, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu, Ahmad Marzuk Shaary, memaklumkan ia memerlukan pertimbangan dan penelitian menyeluruh agar tidak bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam masa, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Dewan Rakyat pada 10 Ogos tahun lalu ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berharap, pindaan RUU 355 akan dapat direalisasikan sebelum beliau mati.

Hingga kini RUU 355 belum dibahaskan.

SEMOGA KALAH DAN DISAMAN AKIBAT MEMFITNAH.

 


MOHD MUKHLIS


Tengok ayat pun dah tahu fake, macam mana Mokhtar Dup ini boleh dapat title tuan guru? Benda ini patut straight forward, jenuh la tarsenik nak buktikan yang benda ini tak fitnah. Tabung milo dah siap-siap belum? Baik kutip dulu sementara Un pajak akal baru masuk gaji.

Takburrr

 



DIMANAKAH PIHAK BERWAJIB MEMBANTU INSAN INI ? PEMIMPIN AGAMA ..AHLI ULAMAK..PIMPINAN POLITIK...APAKAH NEGARA KITA SUDAH MUFLIS ?

 

JIKA ANDA  BOLEH MELIHAT RAKYAT DALAM NEGARA ANDA BEGINI..MAKA ANDA ADALAH PEMIMPIN YANG AMAT LEMAH



Hanya Beralaskan Kotak, Ibu Leka Timang Anak Bawah Jejantas Undang Sebak..







Kebahagian seseorang itu bukanlah terletak pada kekayaan ataupun kesenangan di dunia semata-mata. Apa yang lebih penting ialah hubungan kekeluargaan yang kekal utuh walau apa jua keadaan sekalipun. Tular di media sosial dua gambar yang memaparkan seorang gelandangan wanita sedang bergurau dengan anaknya di bawah jejantas dengan hanya beralaskan kotak.

Walaupun tidak dikurniakan harta berjuta, mereka mampu hidup bahagia dalam dunia mereka sendiri. Kereta yang bertali arus tidak dihiraukan seolah-olah ianya tidak wujud. Gambar tersebut sedikit sebanyak telah menyentuh hati netizen.

Rata-ratanya mengambil ia sebagai satu iktibar agar sentiasa memberikan kasih-sayang yang terbaik kepada anak-anak walaupun hidup serba kesusahan mahupun sibuk dalam mencari rezeki.

Sumber:cempedakchess



SITTAH TOBAT LAHOM-LEN KALI NAK BUKA AGAMA BARU KENA KURSUS DENGAN PENYOKONG PARTI EHEM EHEM- PUAK NI PAGANG KUNCI SYORGA

 May be an image of 1 person, headscarf and text that says "1:26 sinar harian All Posts People Groups Events Pho Sinar Sinar Harian was live. 2hrs … [LIVE] Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) Puan Masitah Ab Jalar, Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Farina Rauf dan jurukamera Yusrizal Yusuf. Sinar 2.3K 2.5K Comments 787 Shares Haha Comment Share"

ADA LAGI OKTOBERFEST RUPANYA

 May be an image of 1 person and text that says "10 MUGS DRAUGHT BEER RM 100 ©OSEFROM3 TIGER HEINEKEN GUINNESS Factory 57 Bar Bistro OKTOBERFEST 2021 RM100 for you think you can drink ? Sinar mugs DRAUGHT BEER PROMO ON ស TIGER HEINEKEN GUINNESS (While stock last) Anwar Ibrahim PM RAKYAT day long!! OPEN 12pm to 9pm daily Kenapa tak tutup kedai arak? free o CALL 088- 436121 or WHATSAPP for reservation PASdiamkitaON Y 26 EPTEMBER 2018 17:08 oktoberfest2021 KUALA LUMPUR Pas membidas #achillingplaceforeveryone #strictlyfollowSOP kenyataan Menteri Wilayah, Khalid #kitajagakita Samad berkenaan cadangan RUPANYA ADA LAGI OCTOBERFEST WALAU PAS DALAM KERAJAAN. INGAT TUTUP HABIS DAH KILANG"

DIA LUPA TU...DIA MEMANG SUKA TENGOK FILEM...ADA DULU KES PPV JUGAK...LA LAGI BANYAK MASA....

 

Dah dalam kerajaan, pemimpin Pas jadi pengulas filem


Rata-rata warganet menyindir Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang mengulas filem bersiri “Salahudin Al Ayyubi: Pembebas Al Quds”.

“Turki dan Pakistan akan bekerjasama untuk menerbitkan filem bersiri “Salahudin Al Ayyubi ~ Pembebas Al Quds”

“Filem ini dijangka akan mendapat sambutan luar biasa dari seluruh dunia,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Walau bagaimanapun, dia yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dihujani kritikan dan sindiran termasuk mengaitkan Peristiwa Memali yang mengorbankan 18 nyawa selain mencederakan puluhan orang lagi di Baling, Kedah pada 1985.

“Bos, boleh mulakan dengan Memali Berdarah.. Amacam,” perli Muhamad Nur Ismail.

Sikap Pas ekoran tindakan Kementerian Kewangan meluluskan permohonan daripada semua Agensi Nombor Ramalan (NFO) untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun ini juga disinggung warganet.

“Pembebasan kedai judi… pasti meletup,” usik Shamsul Effendey.

Bahkan, kelantangan Pas berkaitan ketika 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) turut dilemparkan kembali kepada parti itu yang kini sama berkongsi kuasa dengan Umno dan Bersatu di Putrajaya.

Antara isu yang ‘garang’ dimainkan pihak Pas sebelum ini ialah kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada 2018 dan pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU 355.

“Malaysia pun boleh buat filem berkaitan kes Adib, RUU 355, pemandu mabuk dan lain-lain,” tempelak Hanafi Sulaiman.

HANG LEMAH AZMIN..PENANG FDI MASUK MUDAH SAJA...AWAT MASA HANG PEGANG NAK KAJI BAGAI...LEMAH..LEMAH..MACAM JKOM GAK

 


Kerajaan akan teliti kerenah birokrasi berhubung FDI




Azmin berkata, kementeriannya akan meneliti punca masalah kelewatan pelaburan berbilion ringgit selama dua tahun di Lahad Datu, Sabah.

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali berkata, beliau akan meneliti punca yang menyebabkan kelewatan pelaburan berbilion ringgit selama dua tahun di Lahad Datu, Sabah.

Menjawab pertanyaan Redzuan Yusof (PN-Alor Gajah), Azmin berkata, pelaburan asing menunjukkan peningkatan dalam tempoh separuh pertama tahun ini berbanding Jan hingga Jun tahun lalu.

Redzuan meminta penjelasan mengenai pelaburan berjumlah RM10 bilion yang tertangguh di Lahad Datu sejak 2019 dan mempersoalkan sama ada terdapat projek lain yang terbiar akibat kerenah birokrasi.

Azmin berkata, beliau akan meneliti punca masalah kelewatan itu selain memastikan koordinasi antara pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan persekutuan supaya pelabur asing boleh memulakan projek secepat mungkin.

Beliau memberi contoh syarikat berteknologi tinggi AT&S di Kulim, Kedah yang akan segera beroperasi selepas 10 bulan memfailkan permohonan mereka.

Redzuan turut bertanya mengenai peluang pekerjaan yang disediakan oleh pelabur asing dan Azmin sekali lagi merujuk AT&S, iaitu syarikat teknologi Austria yang akan memulakan operasi di Kulim menjelang akhir tahun ini.

Azmin berkata, AT&S akan melabur sebanyak RM10 bilion dan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan termasuk kepada jurutera tempatan.

Menteri itu turut menafikan bahawa negara hilang daya saing untuk menarik kemasukan pelabur asing dan menjelaskan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada 69% dalam tempoh separuh pertama tahun ini kepada RM107.5 bilion berbanding RM63.3 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai pelabur asing yang meninggalkan negara, Azmin berkata, mereka memindahkan operasi ke negara-negara lain disebabkan pelbagai faktor termasuk upah lebih rendah, permintaan domestik dan ketersediaan bahan mentah.

Katanya, terdapat juga pelabur yang berbuat demikian disebabkan pelan rasionalisasi yang dilaksanakan di bawah syarikat induk dan bukan kerana “persekitaran tidak kondusif”, sambil menegaskan negara kekal berdaya saing apabila berjaya naik dua anak tangga dalam penarafan “World Competitiveness Ranking” tahun ini.

REPORT : RASA RASANYA SI ANNUAR MUSA NI ADA KES LAMA DENGAN MARA-KALAU ADA PENERANGAN JELAS ...DIMANA DIA BERADA..PASTINYA ADA KESAN SAMPINGAN

 

Ahli Amanah buat laporan SPRM terhadap bekas menteri Wilayah Persekutuan



Ketua Amanah Bahagian Bandar Tun Razak Hayatul Kamil Termudi (tengah) selepas membuat laporan di di pejabat SPRM di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Amanah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait dakwaan mengatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa membantu dalam pemberian sebidang tanah kerajaan kepada sebuah syarikat swasta ketika masih menjadi menteri Wilayah Persekutuan.

Ketua Amanah Bahagian Bandar Tun Razak Hayatul Kamil Termudi mendakwa Ahli Parlimen Ketereh itu mengeluarkan sepucuk surat sokongan kepada syarikat swasta terbabit.

Hayatul berkata, salah seorang daripada pengarah syarikat itu mempunyai hubungan saudara dan jiran kepada Annuar.

“Saya percaya Annuar menyalah guna kedudukan sebagai menteri dengan memberi surat sokongan,” katanya kepada pemberita di pejabat SPRM pagi tadi.

Menurut Hayatul, tanah berkeluasan 2.9 ekar itu terletak di Lot 131, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Katanya, syarikat terbabit tidak layak untuk memperolehi tanah berkenaan kerana ia tidak “mempunyai modal yang baik” untuk melaksanakan sebarang projek di tapak berkenaan.

“Syarikat swasta itu tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pembangunan hartanah dan hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM100,” katanya.

Bagaimanapun Hayatul berkata, Annuar telah mengeluarkan satu lagi surat lain baru-baru ini yang menarik sokongan kepada syarikat itu selepas menerima kritikan daripada ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pihak berkepentingan lain.

“Saya bimbang sekiranya surat terbaharu itu dikeluarkan terlalu lewat dan syarikat telah pun diberi tanah terbabit.”

Beliau menggesa menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Shahidan Kassim untuk meneliti dakwaan itu.

FMT tidak mendedahkan nama syarikat sementara menunggu ulasan mereka selain telah menghubungi Annuar untuk mendapatkan komen beliau.

JANGAN JADI NUSI..DIA CUBA SEKOLAHKAN ORANG ..TAPI ORANG PULA SEKOLAHKAN DIA...JOM KITA LIHAT GAMBAR "BEDEBAHNYA" SI NUSI


Panas! Mukhriz pula sekolahkan Sanusi

Panas! Mukhriz pula sekolahkan Sanusi

“Beg untuk kuih raya lebih mahal dari kuih raya..nilai hingga 1.3 juta,” kata Sanusi.

Tetapi “belanja besar” waktu tu untuk bantu Rakyat, Frontliners semasa PKP-1 COVID-19.

1. Sanusi mungkin tersilap, Pejabat Menteri Besar semasa itu (bulan Ramadan, April 2020) tidak pernah tempah kuih raya sebanyak itu. Yang ditempah hanyalah kuih raya untuk diedarkan kepada kakitangan pejabat sahaja. Tak kan sampai RM1.3 juta!

2. Apa yang Pejabat Menteri Besar buat ketika itu ialah menyediakan beg bantuan barangan runcit untuk Rakyat yang terkesan dengan COVID-19 semasa PKP 1.

3. Satu beg bantuan bernilai RM35. Setiap DUN diperuntukkan 1,000 beg. Ada 36 DUN, maka jadilah 36,000 beg bantuan kesemuanya. Nilai RM35 ini termasuk kos penghantaran ke semua Pusat Khidmat ADUN dan Penyelaras DUN di seluruh Kedah, sekali dengan Langkawi. Barangan runcit yang terdapat di dalam setiap beg bantuan tersebut ialah:

a) 1 botol kordial
b) 1 kilogram beras pulut
c) 2 kilogram tepung
d) 2 kilogram gula pasir
e) 1 botol minyak masak
f) 1 paket kopi
g) 1 paket bihun

4. Beg ‘non-woven’ untuk mengisi barangan tersebut pula bernilai RM2.60 setiap satu. Ada 40,000 unit kesemuanya. Sebanyak 36,000 digunakan untuk mengisi barang-barang dan bakinya disimpan di Pejabat Menteri Besar untuk kegunaan masa depan.

5. Pada 15 Mei 2020, Menteri Besar ketika itu telah melepaskan jawatan. Maka bayaran untuk barangan runcit dan beg ‘non-woven’ tersebut pula belum terbayar walaupun proses permohonan sudah dibuat di Pejabat Kewangan Negeri. Ia kemudian diangkat ke Mesyuarat Exco oleh pentadbiran baharu, diluluskan dan pada November 2020, pembayaran telah selesai dibuat. Alhamdulillah.

6. Salahkah pejabat MB ketika buat semua ni demi rakyat yang sedang susah semasa PKP 1? Ini termasuk menyediakan pek makanan dua kali sehari kepada lebih 1,500 orang “frontliners” Kedah untuk tempoh sebulan lamanya. Pada masa itu, tiada apa-apa elaun makan minum pun untuk mereka.

7. Ia satu keputusan yang dibuat demi Rakyat, bukan untuk kepentingan atau keuntungan peribadi sesiapa. Tanyalah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dari PH yang telah melompat ke sebelah sana, mereka boleh mengesahkan penerimaan beg-beg bantuan ini. Boleh tanya juga pihak PDRM, RELA, ATM dan lain-lain agensi, malah pihak hospital yang menerima pek-pek makanan tersebut.

8. Sanusi sangat berbangga dengan duit simpanan Negeri Kedah yang kini berjumlah RM660 juta. Malangnya sejak menjadi Menteri Besar selama 17 bulan, hanya RM34.2 juta dibelanjakan untuk Rakyat Kedah. Sangat rendah jika dibandingkan dengan perbelanjaan oleh negeri lain yang mencecah ratusan juta. Maka tidak hairanlah, hingga kini Kedah masih di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

9. Kini baru kita tahu bahawa RM660 juta itu bukanlah wang yang Kerajaan Negeri boleh belanjakan. Ia wang yang sudah ada tajuk dan untuk tujuan apa ia boleh dibelanjakan. Sanusi juga nak tunjuk bangga bila Zakat Kedah belanja lebih RM48juta untuk bantuan kepada Rakyat semasa pandemik. Wahai Sanusi, tu duit zakat, asal dari duit Rakyat dan bukannya duit hasil kutipan Kerajaan Negeri pun.

10. Pelik juga Sanusi ni. Orang berbelanja untuk Rakyat dia bising. Pada tahun 2018 dahulu, zaman BN belanja berjuta-juta buat Ekspo Muafakat Kedah,Sanusi tak pulak bising. Kenapa ya?

#MMFC

Sumber | Mukhriz Mahathir FC


SPRM OH SPRM


 SPRM oh SPRM...
Please share.
More @www.zunar.my

NAJIB TAK JADI DILANTIK PENASIHAT EKONOMI?



Apa cerita tentang perlantikan Najib Razak sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri?


Kenapa ia senyap saja sekarang ini?


Jadi atau tak jadi beliau dilantik memegang jawatan tersebut?


Kira-kira dua minggu setelah Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri dan Najib mengunjunginya di Bangunan Perdana Menteri ketika itu, ia kemudian menyusul dengan perkhabaran bekas Perdana Menteri itu akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi.


Apalagi dalam pertemuan selama lebih sejam antara kedua-dua pemimpin itu, mereka memaklumkan dalam media sosial masing-masing berkenaan perbincangan yang dilakukan yang antaranya berkaitan cabaran memulihkan ekonomi kesan wabak Covid19.


Najib turut menyatakan dalam media sosialnya, beliau komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta.


Maka, reaksi Najib itu dianggap mengesahkan lagi tentang perlantikannya itu.


Dikatakan jawatan yang bakal diberikan kepada Najib adalah bertaraf menteri, sama dengan status yang diberi kepada Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.


Dikatakan juga perlantikan Najib itu adalah untuk menyeimbangkan perasaan penyokong-penyokong Najib dalam UMNO yang tidak begitu puas dengan perlantikan Mahiaddin mengetuai MPN, di sebalik beliau ditanggapi sebagai Perdana Menteri yang gagal sehingga terpaksa meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.


Lalu, dengan melantik Najib diharapkan dapatlah menenangkan perasaan penyokong-penyokong Najib bahawa Bossku juga dihargai oleh Perdana Menteri.


Tetapi, setelah sekian lama masa berlalu hingga sekarang ini, apa jadi dengan perlantikan Najib itu?


Sekali lagi, jadi atau tak jadi?


Perkhabaran terbaru memberitahu, Ismail Sabri buat waktu ini belum ada perancangan lagi untuk membuat lantikan segera terhadap Najib.


Dikatakan, tiada keperluan mendesak buat Naib Presiden UMNO itu untuk meletakkan Najib di jawatan tersebut.


Selain itu, diberitakan juga, penolakan Bersatu terhadap pencalonan Ahmad Maslan, salah seorang kluster mahkamah dalam UMNO bagi diletakkan sebagai Timbalan Speaker Parlimen sebelum ini sehingga pemilihannya ditangguhkan untuk membolehkan pindaan Perlembagaan dibuat terlebih dahulu turut menjadi antara sebab perlantikan Najib tidak dilakukan atau sekurang-kurangnya ditangguhkan buat sementara waktu.


Kalau pencalonan Ahmad Maslan pun ditolak Bersatu, kebimbangan Ismail Sabri ialah beliau tidak tahu apa akan jadi kepadanya atau kesan yang akan diterimanya dengan perlantikan Najib nanti.


Yang nyata, penyokong-penyokong Ismail Sabri percaya, perlantikan Najib bukanlah sesuatu yang baik buat masa ini.


Demi untuk tidak menimbulkan sebarang keadaan yang tidak diingini, tambahan lagi Ismail Sabri mahu tidak mahu amat menyedari beliau juga perlu menjaga hati Bersatu yang lebih dulu mencalonkannya sebagai Perdana Menteri,!tidak melantik atau menangguhkan perlantikan Najib adalah pilihan paling selamat buatnya.


Lagi pula, Ismail Sabri juga difahamkan sedar respon rakyat yang tidak begitu gembira kiranya Najib diberikan jawatan tersebut dalam keadaan dirinya telah dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah serta masih menunggu keputusan rayuannya.


Kalau selama ini pun respon netizen terhadap kepimpinannya boleh dikata tidak menyebelahinya, pastilah selepas perlantikan Najib nanti keadaan akan bertambah buruk lagi.


Untuk itu, sekurang-kurangnya sehingga kes rayuan di Mahkamah Rayuan diketahui, mungkin tiada sebarang perlantikan sebagai Penasihat Ekonomi buat Najib.


Baik Najib atau para penyokongnya – sabarlah dulu. – ShahbudinHusin 27/09/2021.



VIDEO : KERETA TIMBALAN MENTERI POTONG DOUBLE LINE : NAK HERAN APA...SULTAN PUN DEPA LAWAN ...PEMBOHONG PUN DEPA JUGA...TAKAT POTONG DOUBLE LINE PISHANGGG JA LA....


 [VIDEO] Netizen bengang kenderaan Timbalan Menteri Pas langgar undang-undang jalan raya, potong double line


Netizen bengang kenderaan Timbalan Menteri Pas langgar undang-undang jalan raya, potong double line


Menteri/timbalan menteri mana gak ni….motong line double.

Katanya plate P45

Meta ko demo jadi ore besar loni