SEMOGA TABAH DALAM PERJUAGAN

 


9803 Nurul Izzah

3866 Rafizi Ramli


Amirudin Shari

Ramanan

Aminuddin Harun

Chang Lih Kang


Fahmi Fadzil

Adam Adli

Chan Ming Kai

Gunaraj

Azlan Helmi

Maszlee

Goh

Nurin Aina

Elizabeth Wong

Abang Zulkiflee

Siti Aishah 

Altimet

Akmal Nasir

Cikgu Amidi

Lee Chean Chung

Azam Karap

Syed Ibrahim

Kumaresan

Sim Chon Siang

Sivamalar



"Yang tak menang, saya akan pilih yang terbaik, saya akan rangkul" - PM ...

RAFIZI UCAP SELAMAT TINGGAL?

 


23 May 2025

Membaca tulisan panjang Rafizi Ramli yang dimuatkan dalam media sosialnya mengenai kemelut pemilihan PKR di ketika proses pengundian sedang berlangsung di Johor Bahru, dapat dirasakan inilah luahan isi hatinya yang tidak dapat disimpan lagi.

Walaupun tajuk tulisannya untuk memperkatakan tentang HIRUK iaitu  program jelajah yang dicetuskannya sebaik kempen mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR bermula, tetapi Rafizi nampaknya telah meluahkan segala-galanya dalam coretannya kali ini.

Selain mengimbas balik rentetan seluruh peristiwa berserta tarikhnya sekali berkaitan berbagai perkara yang akhirnya membawa Nurul Izzah Anwar tampil sebagai pencabarnya, Rafizi juga mendedahkan bagaimana anak sulung Anwar itu, melalui bantuan Saifuddin Nasutian Ismail, ingin bertemunya ketika kempen sedang hangat berjalan.

Dalam pertemuan itu, Nurul Izzah dilaporkan meminta Rafizi agar terus membantu parti selepas pemilihan selesai dengan gambaran jawatan tertentu bakal ditawarkan kepadanya.

Bagaimanapun Rafizi menyatakan beliau tidak berminat dan menghormati apa jua keputusan pemilihan nanti.

Ini memberi maksud bahawa Rafizi akan tetap meletakkan jawatan jika kalah dan kekal dengan pendirian untuk berada di luar kerajaan.

Apa yang nyata, bilamana  Nurul Izzah ingin bertemu Rafizi dan memintanya terus membantu parti (pertemuan diadakan pada 20 Mei, tiga hari sebelum pengundian), mesej yang jelas daripadanya ialah Puteri Reformasi itu sangat yakin kemenangan akan berpihak kepadanya.

Jika tidak yakin akan menang, mustahil Nurul Izzah datang  merayu kepada Rafizi agar Menteri Ekonomi itu terus membantu parti, sambil memberi gambaran ada tawaran jawatan akan diuruskan kemudian.

Begitu pun, di waktu yang sama, Rafizi turut sedar bahawa kekalahan adalah miliknya dan kemenangan memang bakal berpihak kepada Nurul Izzah.

Sebab itu, beliau menulis di hujung catatannya – “Insya Allah, tanggungjawab itu menjadi tanggungjawab beliau (Nurul Izzah) selepas ini. 

“Allah dan rakyat akan menghakimi kita, melangkaui jeritan reformasi kita di dalam kempen.

“Saya bersyukur saya telah melakukan yang terbaik untuk melepasi ujian kuasa kali pertama ini.”

Dengan bait ayat-ayatnya itu, Rafizi ternampak bukan saja menolak sebarang tawaran jawatan dan enggan membantu parti selepas ini, bahkan juga  sepertinya mahu memisahkan dirinya terus daripada perjuangan PKR.

Walaupun tidak dinyatakan, gambaran tulisannya ialah beliau sedang mengucapkan selamat tinggal.

Seolah-olah apa yang ingin dimaksudkannya  ialah – tugas saya sekarang sudah selesai dan saya bersyukur. – ShahbudinHusin 23Mei2025.

 

[[LIVE]]23.5.25 RAFIZI KALAH. IZZAH MENANG. ROMBAKAN KABINET?

[LANGSUNG] Perasmian Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 - Ucapan dasar...

KENA CEKUP

 







CEO Batu ditahan polis




Kuala Lumpur: Pempengaruh dikenali CEO Batu sudah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur berusia 14 tahun.


Difahamkan, lelaki berusia 22 tahun terbabit hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.


Lelaki itu ditahan reman hari ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.


"Ya, kami dah siasat," katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan CEO Batu dihentam teruk selepas penyanyi dan pempengaruh, Caprice mendedahkan mengenai beberapa kiriman mesej yang didakwa berbaur lucah dihantarnya kepada remaja bawah umur.


Menerusi beberapa hantaran Caprice di 'feed' dan Instagram Story, dia dihubungi ibu kepada remaja terbabit yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual pempengaruh itu.


Antara tangkap layar dikongsikan adalah kiriman mesej berserta gambar tidak senonoh dihantar oleh CEO Batu kepada anak wanita itu, kononnya dengan niat menunjukkan parut kesan pembedahan.


Selain itu, CEO Batu turut mengirimkan satu lagi mesej memohon maaf kepada ibu remaja itu dan ingin berjumpa bagi menyelesaikan isu itu.


Disiarkan pada: Mei 23, 2025 @ 12:56pm

Raja Noraina Raja Rahim

rnoraina@hmetro.com.my


Artikel ➡️ Harian Metro


#infosemasa



LIVE


 

TELAH MEMALUKAN RAKYAT MALAYSIA


 Kami Viral


Pas telah memalukan rakyat malaysia di page indonesia. Xguna btl.




SENYUM KAMBING...

 


TAK UMUM DAH TAU.. TAK APA LAH... GERAK SETERUSNYA PRN JOHOR DAN SABAH MENDATANG


 

𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗥𝗨𝗞

 𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗥𝗨𝗞




Banyak perkara yang ditimbulkan kebelakangan ini, untuk memberi alasan kenapa saya perlu dikeluarkan dari kepimpinan kanan KEADILAN, adalah tidak bersandarkan kepada fakta dan kebenaran.


Terkini, tohmahan kononnya Nurul Izzah bertanding kerana saya akan meletakkan jawatan dan telah mengosongkan pejabat.


𝗕𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝘂𝘀𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝘀𝘁𝗶𝘄𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗴𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗺𝗮𝘀𝗮:


𝟮𝟴 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 – YAB Presiden menasihatkan supaya tidak ada pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden di pelancaran bersama Mesyuarat Agung Tahunan PKR Selangor. Beliau meminta saya diberi laluan mudah.


𝟴 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 – YAB Presiden meminta saya kekal bertanding sebagai Timbalan Presiden. Beliau hadir ke acara rumah terbuka Kementerian Ekonomi.


𝟭𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 – Pemilihan cabang berlangsung bagi minggu kedua. Keputusan pelik (termasuk badan tanpa kepala, undi hilang) memuncak dan pola keputusan menunjukkan sesuatu tidak kena.


𝟮𝟭 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 – Sdr Saifuddin Nasution Ismail datang berjumpa di pejabat saya dan kami berbincang lebih 4 jam. Saya maklumkan ada gerakan yang mahu saya tidak lagi menjadi Timbalan Presiden. Saya maklumkan saya terbuka untuk tidak bertanding, sekiranya itu menghentikan kekacauan yang berlaku. Saya nyatakan tidak ada keperluan untuk menggoncang kestabilan parti dan kerajaan hanya untuk mengeluarkan saya. Saya juga akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi kerana prinsipnya mestilah pimpinan parti yang dipilih yang menganggotai Kabinet.


𝟮𝟮 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 – Saya berjumpa YAB Presiden. Saya nyatakan perkara yang sama kepada beliau. Beliau tidak bersetuju. Beliau memaklumkan aduan-aduan mengenai sistem dan keputusan di peringkat cabang akan dibincangkan di dalam MPP Khas yang telah dipanggil keesokan hari.


𝟮𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 – MPP Khas berlangsung dalam keadaan tegang dan menemui jalan buntu. Mesyuarat berakhir tanpa ada sebarang persetujuan yang jelas mengenai aduan-aduan. 


𝟮𝟰 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 – Oleh kerana tiada jalan penyelesaian yang jelas diputuskan oleh MPP Khas, saya membuat keputusan mengambil cuti untuk berjumpa seberapa banyak cabang yang tidak berpuas hati. Surat memohon bercuti dihantar kepada YAB Presiden. Surat hanya memohon cuti, tidak timbul soal meletak jawatan atau tidak bertanding kerana saya akur dengan permintaan YAB Presiden sebelum itu untuk saya kekal bertanding.


𝟮𝟴 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 – YAB Presiden menelefon dan mohon berjumpa. Saya mohon untuk saya selesaikan perjumpaan saya dengan akar umbi dan bersetuju berjumpa pada 30 April.


𝟮𝟵 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 – MPP bersetuju untuk mengadakan audit bebas ke atas sistem dan keputusan pemilihan di peringkat cabang, untuk mengatasi masalah defisit kepercayaan kepada sistem menjelang pemilihan pusat.


𝟯𝟬 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 – Saya berjumpa YAB Presiden. Beliau sekali lagi mengulangi permintaan untuk saya mempertahankan Timbalan Presiden dan kekal dalam kabinet. Saya menyatakan pandangan saya bahawa sesiapa yang menang Timbalan Presiden mestilah mewakili parti dalam kabinet dan saya wajar menarik diri jika kalah. Jika tidak, PKR dilihat tidak berbeza dari parti lain yang berkisar mengenai kedudukan dalam kerajaan.


𝟲 𝗠𝗲𝗶 – Kenyataan-kenyataan media yang disusun oleh individu tertentu (sebahagiannya adalah Setiausaha Politik PM sendiri) mula keluar untuk menunjukkan saya ditolak ketua cabang dan pimpinan kerajaan dari PKR. Kenyataan-kenyataan ini menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah.


𝟳 𝗠𝗲𝗶 – Dalam satu kenyataan media, saya mengesahkan saya akan bertanding dan mengalu-alukan penyertaan calon lain.


𝟵 𝗠𝗲𝗶 – Penamaan calon bagi jawatan Timbalan Presiden. Nurul Izzah tetap bertanding walaupun tahu bahawa saya akan mempertahankan jawatan.


𝟭𝟬 𝗠𝗲𝗶 – Kempen HIRUK bermula.


𝟭𝟵 𝗠𝗲𝗶 – Saudara Saifuddin memohon untuk saya pertimbangkan permintaan Nurul Izzah untuk berjumpa dengan saya. 


𝟮𝟬 𝗠𝗲𝗶 – Saya berjumpa Nurul Izzah dan Saifuddin di rumah Saifuddin. Inti pati perbincangan akan saya ulas di perenggan seterusnya.


Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak pernah mendraf surat meletak jawatan, atau menyatakan tidak akan bertanding. Alasan yang diberikan konon Nurul Izzah masuk bertanding untuk menyelamatkan parti akibat kekosongan jawatan adalah tidak benar. Saya telah umumkan terlebih dahulu saya akan mempertahankan jawatan seperti yang diminta oleh YAB Presiden sendiri.


Saya juga tidak pernah berkemas untuk mengosongkan pejabat. Pejabat saya masih kekal bersepah dengan fail-fail hingga ke hari ini. Selepas bercuti selama 4 hari untuk berjumpa dengan akar umbi, saya kekal menjalankan tugas menteri seperti biasa.


Jika benar Nurul Izzah bimbangkan kekosongan jawatan Timbalan Presiden, Saudara Saifuddin boleh sahaja bertanding sebagai timbalan. Lebih mudah, Nurul Izzah boleh berhubung dengan saya untuk mengesahkan, seperti mana beliau sering berhubung di tahun-tahun 2021 dan 2022 untuk memujuk saya kembali aktif ke arah persediaan PRU2022.


Dalam pertemuan terakhir pada 20 Mei, Nurul Izzah sekali lagi merayu kepada saya untuk membantunya selepas pemilihan parti. Ada gambaran beliau menawarkan jawatan kepada saya. Saya nyatakan di awal perjumpaan saya tidak berminat dan akan menghormati keputusan pemilihan.


Alasan yang diberikan ialah kebimbangan beliau dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat bakal menimbulkan masalah kepada YAB Presiden dan parti. Secara jelas, beliau berkongsi kebimbangan mengenai niat mereka, rekod mereka, amalan politik mereka dan kesannya kepada parti.


Inilah sebenarnya jawapan kepada soalan “Ada Apa Dengan Hiruk?”


Saya tidak pandai bermuka-muka. Saya diketahui di dalam dan luar parti yang saya tidak selesa dengan beberapa kumpulan, yang pada pandangan saya, tidak menggambarkan reformasi politik yang dibawa PKR. Amalan mereka banyak berkisarkan wang dan keghairahan mereka untuk mendapatkan jawatan bertentangan dengan janji reformasi yang dibawa parti.


Saya konsisten menolak mereka. 


Atas alasan ini, saya dituduh ego. Setiap kali ada pemilihan, kumpulan ini bekerjasama untuk menolak calon-calon yang tidak mengamalkan perkara yang sama.


Saya dituduh memburukkan parti apabila mengkritik amalan-amalan ini secara terbuka.


Akhirnya, setelah kumpulan-kumpulan ini diyakini akan membarisi kepimpinan baru PKR, saya juga yang dirayu untuk melawan mereka di dalam parti.


Jika Nurul Izzah bimbang mengenai amalan mereka, Nurul Izzah sepatutnya tidak bersekongkol dengan mereka demi untuk menang jawatan Timbalan Presiden.


Insya Allah, tanggungjawab itu menjadi tanggungjawab beliau selepas ini. Allah dan rakyat akan menghakimi kita, melangkaui jeritan reformasi kita di dalam kempen.


Saya bersyukur saya telah melakukan yang terbaik untuk melepasi ujian kuasa kali pertama ini.



MAMPU KAH PKR TAMBAH SEAT NANTI DI PRN?



 PRN Johor bakal menyusul selepas Sabah...


PKR ada satu seat ADUN, AMANAH ada satu seat & selebihnya dari DAP


Untuk buktikan PH relevan selepas Nurul Izzah menjadi Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah sekurang2nya perlu pertahankan satu seat PKR sediada dan mengumumkan satu seat PH yang lain...


Mampukah beliau membuang persepsi parti nepotisme untuk raih pertambahan kerusi dan mengekalkan kerusi sedia ada? 


Ambil kira pula jika seat yang sediada terlepas...

Isu nepotisme berjaya di mainkan sebaik mungkin oleh pihak lawan...

Bermaksud reputasi PMX untuk next PRU juga bakal terjejas

Isu nepotisme akan terus dimainkan di kalangan kawasan undi Melayu


Oleh demikian untuk pemimpin2 PH terutama dari PKR dan AMANAH, bersedialah untuk hilang kerusi lebih banyak


Kemungkinan Selangor terlepas dari genggaman juga boleh berlaku

Masa tu jangan menyesal dari perbuatan kalian sendiri yang bermain dengan suara rakyat


Untuk dua tahun ke depan, cukup la kami  sekadar memerhati perkembangan politik PH terutamanya PKR

Mungkin juga kami akan bersorak riang atas kekalahan kamu...


#tatakelaut

#hiduppenjilat

#hidupkartel2.0

#anwarazizahnurulpenuhhipokrit



ORANG BAWAH TETAP KATA DAN LAHIRKAN PERASAAN TAK PUAS HATI.


 Hamdan Taha


Nak tukar rafizi dan lawan dia bukan satu perkara salah dan tidak akan menyebabkan ramai yang marah dan melihat Anwar Ibrahim ahli politik yang tak kenang jasa orang...


Kita pun tau Rafizi ada kelemahan dan bukan semporna dan layak di lawan oleh pihak lain, tapi yang tiba tiba orang marah ni ialah Anwar Ibrahim arahkan Anak dia bertanding dan lawan Rafizi... Dan NI pula kata dia buat keputusan sendiri tak ada campur tangan Presiden dan tak minta tolong papa... Boleh ke percaya ayat tu...


Orang parti yang ada kepentingan semua akan ikut arahan tapi ahli yang biasa tak ada kepentingan akan marah...


Ini ayat ayat sahabat sahabat surau malam ni... Saya tak jawap pun... Saya gelak sahaja




Had Usia Persaraan Wajar Diteliti, Dipertimbang – PM Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Hadiah Bahasa Public Bank dan DBP di Kuala Lumpur pada 22 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Cadangan untuk melanjutkan had usia persaraan wajib kepada 65 tahun, wajar diberi perhatian dan pertimbangan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri bagaimanapun menjelaskan bahawa cadangan itu belum dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan oleh Jemaah Menteri.

“(Cadangan) itu belum dibawa ke Kabinet… selalunya, kertas (cadangan) akan dibincangkan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Hadiah Bahasa Public Bank dan DBP di Kuala Lumpur pada 22 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jadi, biar mereka mengkaji implikasinya, (soal) kewangan, peluang pekerjaan baharu… banyak implikasinya.

“Namun, cadangan itu wajar diberikan perhatian dan pertimbangan. Biar agensi terbabit (membincangkan) soal peluang pekerjaan, kos dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hadiah Bahasa Public Bank dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, hari ini.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dilaporkan berkata kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menaikkan had usia persaraan daripada 60 kepada 65 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Hadiah Bahasa Public Bank dan DBP di Kuala Lumpur pada 22 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Azalina dipetik berkata, ia kerana ramai dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas masih aktif, malah ada beberapa negara lain turut melaksanakan had usia persaraan hingga 65 tahun.

“Ini pandangan peribadi saya, mungkin kerajaan patut mempertimbangkan had usia persaraan 65 tahun. Ini kerana ramai golongan berusia 60 tahun ke atas masih aktif sekarang dan ramai orang tua masih kelihatan muda,” katanya.

Sebelum ini, BH melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif D3P yang juga firma perundingan pencen global, William Price, berkata had usia persaraan di Malaysia kini adalah antara yang terendah bukan saja pada peringkat global tetapi juga negara serantau lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Hadiah Bahasa Public Bank dan DBP di Kuala Lumpur pada 22 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim


PM China Sah Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Di Malaysia

 


Lawatan Li itu atas jemputan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini mempengerusikan ASEAN bagi tahun 2025.

BEIJING, 23 Mei – Perdana Menteri China Li Qiang akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China sulung di Kuala Lumpur minggu depan.

Lawatan itu atas jemputan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini mempengerusikan ASEAN bagi tahun 2025.

Menurut Kementerian Luar China, Li akan berada di Malaysia dari 26 hingga 28 Mei.


Sidang Kemuncak tiga hala itu dijadual berlangsung pada 27 Mei, sehari selepas Sidang Kemuncak ASEAN bermula.

Malaysia menjadi tuan rumah kedua-dua mesyuarat yang bertujuan memperkukuh kerjasama antara ASEAN, GCC dan China dalam sektor utama.

“Negara-negara ASEAN dan GCC merupakan anggota penting dalam kalangan ekonomi pasaran sedang pesat membangun di Asia dan Selatan Global,” kata jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning di sini, menurut laporan Anadolu Ajansi (AA).


Beliau berkata sidang kemuncak itu juga akan menggalakkan pembangunan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China.

Sebelum tiba di Kuala Lumpur, Li akan mengadakan lawatan negara ke Indonesia dari 24 hingga 26 Mei atas jemputan Presiden Prabowo Subianto, menurut kenyataan kementerian itu di laman sesawangnya.

DATA TERKINI PEMILIHAN PKR ! RAFIZI MENANG BESAR ?

DS RAFIZI RAMLI BAKAL DIPECAT???? KALAU DS RAFIZI DIPECAT SIAPA GEMBIRA!

APA PUN , TETAP AKAN ADA KESAN.



 Pemilihan Timbalan Presiden KEADILAN walaupun urusan dalaman parti individu daripada pakatan kerjasama politik yang besar, tapi kesan daripada keputusan pemilihan tersebut akan menentukan survivability Kerajaan Perpaduan melangkaui PRU-16 dan juga penggal kedua Anwar Ibrahim sebagai PM.






Penggal depan adalah penggal terakhir Anwar sebagai Presiden KEADILAN, dan Timbalan Presiden yang dipilih akan jadi natural successor untuk menjadi Presiden dalam penggal selepas penggal depan.


Walaupun tiada syarat untuk seseorang yang nak jadi PM mesti merupakan Presiden parti, tapi siapa yang jadi Presiden tetap akan ada kuasa besar dalam menentukan sama ada Anwar boleh kekal sebagai PM atau tidak selepas beliau bukan lagi Presiden nanti. 


Dulu masa Azmin Ali dan kartel buat kacau dalam parti, apa je yang tak digelar kepada keluarga Anwar Ibrahim? 


Istana Bukit Segambut, sleeping queen (Wan Azizah) dan macam macam lagi. 


Orang dah gelar KEADILAN parti anak beranak since 1999, yang berkaitan mungkin dah lali pun dan tipu la kalau kata asas penubuhan KEADILAN bukan sebab untuk perjuangkan kebebasan Anwar Ibrahim dan mengangkat beliau sebagai PM dan ianya tidak pernah dinafikan. 


"never forget what you are. the rest of the world will not. wear it like armor. it can never be used to hurt you." 


Kesinambungan, Kestabilan dan Ketahanan Hubungan patut dijadikan asas dalam membuat keputusan.




Ada Impak tak pada PRU16 jika Rafizi kalah? Ini pandangan saya

[LANGSUNG] Perasmian Kongres AMK & Wanita PKR | 22 Mei 2025

MB Perak arah JAIPk siasat dakwaan pemimpin Pas ceramah di masjid tanpa tauliah




SITI NUR ZAWANIMay 22, 2025

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengarahkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyiasat dakwaan dua pemimpin utama Pas di negeri itu memberi kuliah di masjid tanpa memiliki tauliah yang sah.

Beliau berkata, JAIPk bertanggungjawab menjalankan siasatan sekiranya menerima laporan rasmi berkaitan sebarang pelanggaran terhadap titah Sultan Perak.

Beliau juga menegaskan setiap individu, tanpa mengira latar belakang politik sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang, tertakluk kepada undang-undang dan titah Sultan Perak.

“Tak kira siapa sahaja sama ada orang kerajaan atau pembangkang, jika didapati melanggar titah Tuanku, itu satu kesalahan. Tapi sebarang pertuduhan itu kena dibuktikan betul dan berasaskan kepada siasatan yang adil,” katanya menurut media tempatan.

Harapan Daily sebelum ini melaporkan pendedahan dibuat bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain mengenai pemimpin utama Pas Perak uang didakwa melanggar garis panduan JAIPk apabila memberi kuliah agama di masjid yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Hasnul berkata beliau mempunyai bukti kukuh berhubung pelanggaran tersebut.

 


 

PENYANYI MANA PULAK DAH...


 DIY MEDIA


Penyanyi wanita bertudung dan Pelakon terkenal ditangkp JAIS Jam 12.45am.




Tuntutan palsu RM48,000: Datuk antara tiga individu direman, siapa tu?



 



HarapandailyMay 22, 2025

Tiga individu termasuk seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.

Mereka yang disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 itu disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butiran palsu bagi tender pembekalan makanan pada 2020.

Semua suspek dipercayai membuat tuntutan berjumlah RM48,000 untuk tender makanan kepada agensi pasukan keselamatan negara.

Media melaporkan perintah reman selama dua hari sehingga esok, ke atas dua suspek lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 50-an dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.

Menurut sumber dipetik BH, semua suspek ditahan antara jam 4 hingga 5 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

“Suspek utama disyaki melakukan perbuatan itu antara 2020 hingga 2023 melibatkan tuntutan pembekalan makanan mentah, basah dan kering kepada pasukan keselamatan negara yang menjalanakan penugasan kawalan di pos barisan hadapan.

 

 

 “Turut ditahan dua kakitangan syarikat pembekal yang disyaki bersubahat dengan suspek utama dalam menyediakan dan mengemukakan dokumen tuntutan yang dipercayai tiada pembekalan dilakukan,” kata sumber berkenaan.

 

Proton e.MAS 7 sudah terjual 2,716 unit, kuasai 26 peratus pasaran


 

Proton e.MAS 7 sudah terjual 2,716 unit, kuasai 26 peratus pasaran

Harapandaily

Sebanyak 2,716 unit Proton e.MAS 7 dihantar kepada pelanggan di seluruh Malaysia dan pasaran eksport dalam tempoh hanya empat bulan bermula pada Januari lalu.

PRO-NET, anak syarikat milik penuh Proton memaklumkan secara purata satu unit e.MAS 7 telah dimiliki oleh rakyat Malaysia pada setiap jam.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, perkembangan tersebut menandakan satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Proton e.MAS 7 terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju segmen kenderaan elektrik (EV) dengan 863 unit termasuk pasaran tempatan dan eksport berada di atas jalan raya pada bulan April lalu sahaja.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya itu menguasai pasaran sebanyak 26 peratus di Malaysia untuk empat bulan berturut-turut.

“Kami amat berterima kasih kepada semua pelanggan kami atas keyakinan berterusan yang diberikan.

 

 

 “Hakikatnya, satu unit telah terjual pada setiap jam membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk melangkah ke arah masa depan mobiliti elektrik bersama Proton e.MAS 7.

“Kepercayaan dan sokongan ini yang menjadi pemangkin kepada kejayaan ini,” katanya.

Lebih 2,500 titik

PRO-NET terus memperluas jaringan pengecasannya melalui Peta Pengecasan Langsung Bersepadu yang kini mencatat lebih 2,500 titik pengecasan dan meliputi lebih 90 peratus kawasan di seluruh negara.

Kemudahan itu boleh diakses dengan mudah melalui sistem navigasi kereta dan aplikasi Proton e.MAS.

Lebih 1,000 titik pengecasan sudah tersedia di 397 lokasi kediaman seluruh Malaysia bagi pemilik e.MAS 7 yang tinggal di kondominium atau pangsapuri.

Dalam masa sama, PRO-NET juga sentiasa bekerjasama dengan pengendali pengecas baharu untuk memastikan setiap pemilik e.MAS 7 mudah mencari tempat pengecasan di mana sahaja mereka berada.

Harga Proton e.MAS 7 bagi varian e.MAS 7 Prime adalah RM109,800 manakala e.MAS 7 Premium adalah RM123,800.

Pada masa ini, rebat pelancaran sebanyak RM4,000 ditawarkan kepada 6,000 pelanggan pertama, menjadikan Harga e.MAS 7 Prime adalah RM105,800 dan RM119,800 bagi e.MAS 7 Premium.

Setiap pembelian dalam tempoh promosi ini turut disertakan dengan pengecas rumah 7kW percuma bernilai RM1,500, adaptor V2L percuma bernilai RM500 dan data internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800.

Pelanggan juga bakal menikmati jaminan kenderaan selama enam tahun tanpa had perbatuan, jaminan bateri selama lapan tahun atau 160,000 km serta rebat tukar beli eksklusif untuk pemilik Proton sedia ada bernilai RM1,200.

 



Pemilihan kepimpinan baharu PKR berlangsung pagi ini



HarapandailyMay 23, 2025

Kongres Nasional Keadilan PKR 2024/2025 berlangsung pagi ini bagi pemilihan kepimpinan baharu parti bagi sesi 2025-2028.

Seramai 32,030 pengundi secara fizikal dan dalam talian terlibat dalam proses bagi memilih kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat.

Pengundian fizikal oleh perwakilan bertempat di Berjaya Waterfront Hotel dan Pusat Konvensyen Danga Bay di Johor Bahru.

Di Sabah dan Sarawak, pengundian fizikal akan dilaksanakan di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) di Penampang serta Pusat Konvensyen Penview di Kuching.

Sementara itu, perwakilan biasa dan perwakilan tambahan bagi Kongres Pusat, AMK Pusat dan Wanita Pusat akan mengundi secara dalam talian pada masa sama menerusi aplikasi ADIL.

Description: https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2025/05/PKR-bendera.jpgKongres Nasional PKR 2024/2025 di Berjaya Waterfront, Johor Bahru bermula hari ini.

Kira-kira jam 12 tengah hari ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengundi secara fizikal di Berjaya Waterfront Hotel.

 

Terdapat 251 calon menawarkan diri bertanding dalam pemilihan, merangkumi 104 pencalonan bagi MPP, 85 calon bagi Majlis Pimpinan AMK dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.

Jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar dan penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Sementara itu, 12 ahli telah mengemukakan pencalonan bagi jawatan Naib Presiden.

Mereka termasuklah empat penyandang, iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan) dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagi jawatan Ketua AMK yang disandang Timbalan Ketua AMK Muhammad Kamil Abdul Munim yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan tidak dicabar.

Jawatan Ketua Wanita PKR pula menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan dengan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail.

Keputusan pemilihan MPP PKR akan diketahui seawal-awalnya jam 9 malam ini.