KALAU TAHU TAK ADA TAULIAH JANGAN MASUK MENGAJAR-KALAU NAK MENGAJAR KULIAH DI NEGERI MANA PUN..MOHON LAH TAULIAH.

 

Kalau orang suruh kita bawa kereta, sedangkan kita tahu kita lesen tak ada, sepatutnya kita maklumkan ke kepada orang tu yang kita tak ada lesen.


Tak ada lesen bukan bererti kita tak pandai pandu kereta. Lesen itu sebagai pengesahan kita sudah diajar tentang kaedah pemanduan di Malaysia.


Kalau kita dah tahu tak ada lesen, orang yang suruh kita pandu tu pun tahu kita tak ada lesen tapi tetap nak kita bawa juga kereta tu, kemudian kena tahan dan disaman, bolehkah nak salah pihak polis?


Begitulah dalam kes ceramah yang batal tu. Dengar cerita ada lagi yang kena larang berceramah dan buat bising di media sosial berkenaan larangan itu.


Tak pasti apa sebab larangan tu. Adakah sebab tak ada tauliah juga?


Soalan aku, ustaz tu sendiri pun tak tahukah dia tak ada tauliah? Kalau dah tahu tak ada tauliah, kenapa masih lagi nak terima undangan tersebut?


Sengaja nak lawan undang-undang? Sengaja nak cabar penguatkuasa agama? Atau sengaja nak buat isu supaya boleh dipolitikkan? Atau apa?


Benda mudah. Dah tahu tak ada tauliah mengajar di sesebuah negeri, jangan terima undangan mengajar di negeri tersebut. Kalau teringin sangat mengajar di sana, pohonlah tauliah. Habis cerita.


Apa hal nak bertauliah bagai ni? Nak ajar agama pun payah sangat.


Untuk yang tanya soalan begini, kita tanya dia balik, dia nak ke ajaran sesat disebarkan tanpa kawalan? Nak tengok ulang siaran ajaran seperti al-Arqam wujud kembali? Nak ajaran Syiah berkembang?


Tauliah ni tujuannya supaya pihak berkuasa agama dapat pantau ajaran yang sesat, yang tak menepati ciri ASWJ dan sebagainya tidak dapat disebarkan.


Ustaz-ustaz pun janganlah gong sangat. Rasa diri popular sangat sampai tak perlu tauliah. Peraturan adalah peraturan dan tak patut ada pengecualian.


Bukankah kita sebagai muslim disuruh taat kepada pemerintah selama mana pemerintah itu tidak menyalahi arahan Allah? Ustaz tak ustaz, kalau itu peraturannya, maka ikutlah.


Bukan tak ada ustaz yang terkenal, yang namanya begitu gah, yang dah tulis ratusan buku, berfatwa songsang yang menyebabkan perpecahan kalangan umat.


Kalau enggan patuh, bila dilarang, tak payahlah nak meroyan dalam FB. Sendiri tahu tak ada lesen, tapi sendiri degil nak pandu kereta, bila kena saman jangan marah polis pula. Terima sajalah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


FINAS SEDANG SIASAT DAN PIHAK BERKUASA AKAN AMBIL TINDAKAN- ADA PIHAK YANG CUBA MENUANG AIR OREN DALAM NASI


 

FILEM INI DAH BERLAKU SEJAK KERAJAAN PN LAGI


 

Gaji penjawat awam diutamakan bila pendapatan negara meningkat - Anwar



Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kenaikan skim gaji penjawat awam akan menjadi keutamaan kerajaan apabila keadaan ekonomi negara bertambah baik. Berucap di majlis perjumpaan bulanan bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini, Anwar berkata kenaikan skim gaji tidak dapat dilaksanakan kerana keadaan semasa.


Lagi ahli Parlimen minta kerajaan benar keluar KWSP

Parti di Sabah ditubuhkan hanya untuk menguatkan platform mereka.

 Kawan saya di Sabah bertanya. Bolehlah saya sertai Parti GRS.


2. Saya kata 'tidak payah' dan kamudian tanya lagi.. kenapa?.


3. Sejarah politik Sabah.. Hanya Berjaya, PBS dan Warisan sahaja parti politik yang di tubuhkan melawan Parti yang memerintah.


4. Pada asal Berjaya, PBS dan Warisan ditubuhkan kerana sokongan rakyat melawan Kerajaaan negeri.


5. Berjaya melawan USNO.. PBS melawan Berjaya. Warisan melawan  BN/UMNO. 


6. GRS parti yang di tubuhkan kerana mereka keluar parti asal dan kebetulan mereka menguasai Kerajaan.


7. Jadi apa perjuangan mereka? Siapa yang mereka lawan. 


Kesimpulan mereka menubuhkan parti untuk platform mereka berkuasa.  Sejarah Politik Sabah akan berulang semula jika dua parti ia itu PBS (bukan islam) dan Warisan (orang Islam) bergabung dalam PrN di tahun 2025.


Mac 7 , 2023

Manila.

SEPANJANG MASA MEMIKIRKAN KESTABILAN- ANTI KEPADA DEMOKRASI DAN KEMAKMURAN


 

KITA LIHATLAH TUHAN IZINKAN ATAU TIDAK.- BIASA NIAT JAHAT TUHAN TAK IZINKAN.SEBENARNYA RAMAI YANG AKAN KENA- SEBAB ITULAH USAHA NAK MEMBERSIHKAN KERAJAAN DAN PEMIMPIN PERASUAH INI CUBA DIJATUHKAN


. SD tak boleh pakai masa ini.
. Akta lompat parti tak boleh digunakan. 
. Nak pindah perlu enblock.
. 148 Kerusi kerajaan perpaduan kukuh.

Hadi cuba meyakinkan ahli partinya sahaja. Sebab sebenarnya usaha dan perbagai persepsi cuba dilakukan tidak berjaya.

Apa yang dirisaukan Hadi ialah adalah sabitan Pas menerima dana  dalam pilihanraya lepas akan terbukti  benar dan sedang dijejaki dan dicari bukti kukuh.

Inilah yang dirisaukan Hadi dalam masa mendatang. Selain itu ianya sebagai semangat kepada walaun untuk bekerja kuat menjelang PRN di 6 buah negeri.


 

KEH..KEH...

 



Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda PAS nafi PAS bayar ‘influencer’ bagi tujuan kempen PRU15.


“Dalam pilihanraya, Allah boleh hantar malaikat menyerupai influencer, bantu kita di TikTok,” ujarnya..


Makhluk ghaib macam malaikat pun dikaitkan dengan Tik Tok..memang dasar sesat PAS nie..


HANTAQ KE PULAU KETAM PUN HANG LARI- AJAK ANAK MUDA BANGKIT BILA CERAMAH TAK BOLEH....SEBENARNYA BUKAN APA ..CERAMAH HASUT BOLEH BUAT DIPENTAS LUAR BUKAN MASJID. PH PUN HASUT-TAPI TAK GUNA MASJID PUN..


DIA AJAK ANAK MUDA BANGKIT. BAGI CERAMAH DOK KATA MACAM MACAM. TAK BAGI CERAMAH DALAM TV PUN MELALAK. SEWA SAJA PADANG MANA MANA CERAMAH LA ...PALING MUDAH MASUK JADI CALON.


PAWANG SOOD



 

ORANG GILA MAKAN PUN TAK CAMPUR DENGAN AIR OREN..KAH..KAH


 

REALITINYA YANG MEMERINTAH TERENGGANU DAN BAB AGAMA IALAH SULTAN-SIAPA YANG DERHAKA KEPADA SULTAN DAN RAJA RAJA.


 

WALAUN BUAT BUAT TAK TAU KA ATAU MEMANG BENGONG - TAPI TU LA KENA BALIK DIAM- MACAM TU JUGA KES SAPU BALAK TANAM MUSANG KING KECOH- SUSAH TAK MAU MENGAKU- SENANG DEPA MAU


 

HADI , SULTAN PUN DIA NAK LANGGAR. TAPI KALAU SEBAR DOKTRIN MEMANG SALAH LA.PENCERAMAH KELUAR KATA KESAT BAGAI


 

KAH..KAH..KAH - TAPI DENGAR CERITA YANG SOHEH BELI MERCEDES DAN NAIK GAJI PEMIMPIN...PADAN MUKA..


 

BEKAS MENTERI KEWANGAN INI DIPANGGIL KE SPRM


 

AWANI Ringkas: PM puji penjawat awam, skim gaji jadi keutamaan

HUTANG ORANG LAIN PUN NAK DILUPUSKAN JUGA -TAK KANLAH PENEROKA SEMATA MATA- HASIL FELDA PERLU DITINGKATKAN-BUAT HUTANG KERAJAAN LUPUS -BUAT LAGI SAMPAI BILA. KALAU SAHAM FGV MELAMBUNG BUKAN SEMUA RAKYAT YANG AKAN DAPAT MANFAAT. JADI PENEROKA KENA BAYAR LAH.

 

Muhyiddin pertahan lupus hutang peneroka Felda

Muhyiddin Yassin tidak fikir inisiatif yang dilaksanakan oleh pentadbirannya akan beri kesan besar kerana hutang-hutang itu adalah hutang lapuk.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mempertahankan inisiatif melupuskan hutang peneroka Felda, mendakwa ia tidak akan beri kesan besar kepada aliran tunai agensi itu.

“Saya tidak fikir inisiatif pelupusan hutang yang dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional dahulu memberi kesan besar kepada aliran tunai Felda kerana hutang-hutang itu adalah hutang lapuk,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu, ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Dengan penerbitan sukuk RM9.9 bilion yang dijamin oleh kerajaan, Muhyiddin percaya Felda berkemampuan untuk meneruskan pelupusan hutang peneroka itu.

“Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih,” tambahnya.

Kerajaan bulan lepas mengumumkan kutipan balik hutang atau pinjaman peneroka yang dikeluarkan hingga kini perlu terus dilakukan, kerana ia membentuk 10.8% jumlah pendapatan jangkaan bagi tahun ini.

Agensi itu sebelum ini sudah melaksanakan pelupusan sebahagian hutang peneroka bernilai RM8.3 bilion, berbanding jumlah keseluruhan RM12.1 bilion, pada 2021.

Pelupusan bersyarat sebahagian pinjaman peneroka Felda itu diumumkan Muhyiddin pada Julai 2021, merangkumi pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula (92,441 peneroka), pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja (52,180 peneroka), pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd (38,043 peneroka), dan pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal (6,711 peneroka).

Pengerusi Felda Idrus Jusoh berkata pelupusan hutang peneroka untuk kali kedua tidak dapat dilaksanakan kerana dikhuatiri akan beri kesan besar kepada aliran tunai agensi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata penghapusan hutang peneroka secara berterusan memberi impak besar terhadap aliran tunai Felda.

4 EKOR DILUCUT WAKIL RAKYAT

 

DUN Pulau Pinang lucut 4 wakil rakyat Bersatu kerana lompat parti

Empat Adun Bersatu itu berpaling tadah kepada Perikatan Nasional selepas memenangi kerusi mereka di bawah tiket Pakatan Harapan pada PRU14.


(dari kiri) Zolkifly Lazim, Dr Afif Bahardin, Zulkifli Ibrahim, dan Khaliq Mehtab Ishaq
 selepas dilucutkan hak sebagai wakil rakyat di DUN Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: DUN Pulau Pinang meluluskan usul untuk mengosongkan kerusi empat ADUN Bersatu kerana melompat parti.

Usul itu dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin, Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Lazim (Teluk Bahang) memenangi kerusi DUN pada PRU14 atas tiket Pakatan Harapan.

Mereka semua dianggap “hilang” kerusi selepas Bersatu meninggalkan PH berikutan Langkah Sheraton pada Februari 2020, berdasarkan peruntukan akta anti lompat yang terkandung dalam Perkara 14A perlembagaan negeri.

Perkara 14A menyatakan seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika dipilih sebagai calon parti politik, meletak jawatan atau dipecat daripada sesuatu parti atau telah dipilih selain daripada sebagai calon parti politik, dia menyertai parti politik.

Speaker DUN Pulau Pinang Law Choo Kiang sebelum ini mengemukakan usul itu sebagai perkara utama pada hari pertama persidangan DUN.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membatalkan permohonan empat pemimpin Bersatu untuk menghentikan usul itu daripada dibentangkan, berkata mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam pengurusan DUN.

Dengan kekosongan empat kerusi itu, ADUN PAS Penaga, Yusni Mat Piah kini menjadi wakil tunggal pembangkang di DUN Pulau Pinang.

Ketika ini, Pakatan Harapan (PH) menguasai 33 daripada 40 kerusi DUN. Barisan Nasional (BN) mempunyai dua kerusi tetapi mereka tidak lagi dianggap sebagai pembangkang.

Tiada pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan empat kerusi DUN itu kerana PRN dijangka diadakan dalam tempoh empat bulan akan datang..

UMNO HARUS DIELAK JADI PARTI MONOPOLI

 

Dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO yang baru memasuki gear dua ketika ini, sebagaimana ditulis dalam artikel sebelumnya, nampaknya kemungkinan wujud dua kelompok kategori semakin menjadi paparan yang nyata.

Kelompok tersebut ialah pertama, yang pro kepada Presiden serta Timbalan Presiden atau dipanggil kumpulan kanan dan kedua, yang tidak memihak kepada dua pemimpin teratas yang telah diumumkan menang tanpa bertanding atau dikenali sebagai kumpulan kiri.

Di media sosial kini berlegar satu poster yang memaparkan calon-calon kumpulan kanan yang akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden.

Mereka ialah Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin; Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said.

Gambar ketiga-tiga calon berkenaan dipaparkan sekali dengan wajah Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan sebagai gambaran Top 5 UMNO untuk penggal 2023-2026.

Ini bermakna, lima lagi calon yang turut bertanding jawatan Naib Presiden secara automatik tidak termasuk dalam kumpulan kanan yang pro Presiden dan Timbalan Presiden.

Begitu pun, berdasarkan penelitian terbuka, daripada lima calon berkaitan itu, kumpulan kiri adalah dianggotai bekas Menteri Kewangan Kedua, Johari Ghani; bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican dan bekas Menteri Besar Johor, Hasni Mohamed.

Dua lagi calon, bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Mahadzir Khalid serta ahli UMNO biasa daripada Iskandar Puteri, Yusof Musa Jamaluddin dilihat sebaga calon berkecuali atau bertanding secara solo.

Apakah ini sesuatu yang sihat buat UMNO?

Apa yang semua ahli-ahli UMNO, khususnya perwakilan yang bakal mengundi pada 18 Mac nanti harus sedar ialah UMNO bukanlah parti yang menang atau berprestasi lebih baik berdasarkan keputusan PRU15 lalu.

Sebaliknya, dengan 54 kerusi Parlimen dimenangi pada PRU14, tetapi hanya 26 kerusi pada PRU15 lalu, ini bererti kepimpinan UMNO sedia ada telah gagal dan langsung tidak cemerlang.

Walaupun hukum kepada kegagalan sepatutnya adalah berundur diri, tetapi Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan sebaliknya dihadiahkan pula dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedang mereka pegang dilarang daripada ditandingi.

Apa punya partilah macam ini?

Dengan itu, kalau kemenangan tanpa bertanding Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan itu disusuli lagi dengan hadiah iringan jawatan tiga Naib Presiden juga memihak kepada mereka, ini adalah petanda paling tak guna bagi masa depan UMNO.

Apakah, daripada 26 kerusi Parlimen yang ada sekarang, UMNO hanya mahu menang 6 kerusi Parlimen saja pada PRU16 akan datang?

Sebagaimana monopoli tidak baik kepada pengguna dalam perniagaan, monopoli dalam politik juga memberi kesan buruk yang sama.

Rakyat tidak akan melihat UMNO sebagai sebuah parti yang baik dan terbuka kepada perbezaan jika satu kumpulan saja memonopoli jawatan-jawatan utamanya.

Oleh kerana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sudah dimenangi secara percuma, pengisian bagi Naib Presiden seharusnya dipastikan lebih terbuka.

Untuk dilihat progresif, jawatan Naib Presiden itu, kalau pun tidak ketiga-tiganya, sekurang-kurangnya dua daripadanya harus dimenangi oleh kumpulan yang berbeza pemikiran dengan Presiden dan Timbalan Presiden.

Kalau ketiga-tiganya sekali jatuh kepada kumpulan yang berbeza dengan Presiden dan Timbalan Presiden, itulah sebenarnya yang TERBAEKK, petunjuk kematangan dan suatu isyarat bahawa UMNO masih ada masa depan yang boleh diharapkan.

Begitu juga dengan jawatan MT, adalah lebih baik jika daripada 25 kerusi MT yang dipertandingkan, 15 atau 20 daripadanya dimenangi bukan pemimpin yang hanya tahu memuji dan mengampu Presiden saja.

Makanya, sebarang kempen untuk cuba memenangkan blok pro Presiden dan Timbalan Presiden dengan alasan memudahkan parti diuruskan berasaskan kestabilan hendaklah dikutuk dan dikecam.

Sedarlah bahawa UMNO, selain tidak menang, juga turut menerima keputusan terburuk dalam sejarah perjuangannya pada PRU15 lalu.

Untuk itu, pemikiran yang terbuka dan perbezaan pendapat hendaklah sentiasa diberi ruang seluas-luasnya.

Hanya dengan keterbukaan kepada keberanian melontarkan pemikiran yang berbeza saja mampu menjelmakan keputusan yang berbeza.

Jika semuanya sealiran dan bersifat dimonopoli, kekalahan tidak akan dapat diperbaiki dan melalui sekelumit hasil perang yang ada, semua yang ada jawatan hanya akan sibuk untuk saling berebut serta ghairah mengampu dan memuji sesama sendiri.

Dalam hal ini juga, tidak perlu sampai Presiden harus pergi ke setiap majlis pengenalan calon di negeri-negeri kerana langkah itu lebih dilihat sebagai petunjuk kecenderungan beliau untuk memastikan cainya saja beroleh kemenangan.

Ditimpa kekalahan dan perlu kekuatan untuk bangkit, UMNO mesti dielakkan daripada menjadi parti monopoli – bukan saja untuk Naib Presiden, tetapi kerusi MT juga harus dimenangi oleh majoriti mereka yang berani dan tidak takut bersuara. – ShahbudinHusin 06/03/2023.




UMNO Mesra PN. Sah Hadi Awang Derhaka Pada Agung Merugikan Pas

[LANGSUNG] Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri | 6 Mac 2023

WALAUN BISING PASAL HARGA BABI-BEGITU JUGA BAB TELUR DAN FILEM.....AWAT MENGIGAU LAGI ?


 

BEBERAPA ADENGAN YANG DILULUSKAN ZAMAN PN- MENTEGA TERBANG


 

SIAPA MB INI ?


 

DAH TAK LAYAK DAPAT ROYALTI MINYAK JANGAN MERACAU- TAK BETUL SAMAN LAH KERAJAAN PUSAT-MASA JADI PEMERINTAH 33 BULAN, TAK ADA PULAK MERUNGUT





AZIZUL SAAD

Allahuakbar terkejut saya, kerana Kerajaan PN 33 bulan masa pas memerintah sebagai kerajaan pusat pun tak beri royalti pada negeri kelantan.

Sampai bila nak bodohkan rakyat Kelantan wahai pemimpin pas? Berapa puluh tahun lagi kalian mahu bodohkan rakyat Kelantan isu royalti minyak ini?. Sampai bila?Sampai bila?!!!!.

Sudah termaktub dalam undang-undang, Kelantan tak layak terima royalti. Sejak berpuluh tahun lagi. Biar sesiapa pun yang menjadi kerajaan pusat tidak menjadi kesalahan mereka untuk tidak memberi royalti kepada kerajaan negeri Kelantan.

Jika ada pelanggaran undang-undang. Apabila kerajaan pusat tidak memberi Royalti kepada Kerajaan negeri Kelantan pasti Kerajaan negeri Kelantan ada hak boleh saman kerajaan pusat. Dan pasti Yang berhak akan menang. Tetapi berpuluh tahun kerajaan negeri Kelantan di bawah Pas, mereka hanya melaungkan rektorik seolah olah mereka dizalimi tetapi tiada tindakan undang undang pun diambil terhadap kerajaan pusat. Kerana mereka tahu mengikut undang-undang mereka tidak pernah layak menerima royalti.

Alhamdulillah, ada hikmahnya Pas menjadi kerajaan pusat sebelum ini. Setelah pemimpin-pemimpin pas menjadi menteri-menteri kabinet kerajaan pusat dibawah kerajaan PN, membuktikan lagi isu royalti minyak apabila tiada seorang pun dari menteri atau wakil rakyat Pas ketika itu menafikan apa yang Tengku Zafrul umumkan dalam parlimen ketika pas menjadi wakil dari kerajaan pusat.

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

“Namun begitu, memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka Kerajaan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan.

https://www.astroawani.com/.../tiada-royalti-petroleum...

Ya Allah! kurniakan hak dan rezeki rakyat kelantan dan kembalikanlah segala milik dan nikmat rakyat Kelantan kepada mereka dari kejahatan dan kezaliman dan penipuan Pemimpin Parti ajaran sesat. Hentikanlah kejahatan pemimpin pas yang terus membodohkan rakyat Kelantan selama berpuluh tahun ini. Insyallah. Amin.

Sekian



Di Istana Iskandariah Kuala Kangsar Perak








 

JANGAN HINA RAJA RAJA MELAYU



 

HADI CEMAS ?

 


MOHD IKHMAL

Di TikTok tular beberapa posting kononnya terdapat percubaan untuk menukar Perdana Menteri yang dikabarkan akan berlaku sebelum Raya.

Dikabarkan juga percubaan ini didalangi oleh beberapa pihak yang mula cemas ekoran terdapat sesetengah pimpinan mereka didakwa di mahkamah.

Malah ada juga pimpinan mereka tanpa segan silu mengakui terdapat cubaan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Entah apa lah yang difikirkan oleh mereka ini. Mulut mereka tak lekang mempersoal tentang rampasan kuasa berbanding berfikir bersama-sama untuk memajukan negara.

Tatkala Amazon, Tesla dan pelbagai syarikat besar mula mengintai ruang untuk melabur di negara kita, sebarang tindakan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada hanya bakal mengundang sekali lagi ketidaktentuan politik.

PRU15 sudah lama berakhir. Kerajaan pun sudah dibentuk. Tak puas hati? Tunggu PRU 16!!!

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar

4 Mac 2023


PENGIKTIRAFAN KONSERT SEMASA PN JADI KERAJAAN.


MOHD IKHMAL MOHD ISKANDAR

Antara konsert yang dapat tauliah masa PN jadi  kerajaan.

Hidup jangan nak point finger je. Zaman kome jadi kerajaan semua membisu





AGAK AGAK DIA BERCAKAP TAK LIHAT CERMIN GAMAKNYA- LIHAT BEZA MEREKA BERKATA TOK GURU DAN AZHAR IDRUS


 

DUIT SEDANG RANCAK DI AGIH2KAN. MUSUH SDG MERANCANG MENGAMBIL ALIH PARTI

ADA YANG NAK TEBUK ATAP- NAK ENBLOCK- TAWAR GPS PM


 

AZALINA NAFI PENGARUH LANJUTKAN KETUA HAKIM NEGARA


 

PENGERUSI PTPTN TAPI DALAM AKAUN ADA 6.9 JUTA


 

NAK SAMA KAN NABI DENGAN CARA DOKTRIN HAL YANG BERKAIT DENGAN UMAT ISLAM


 

TAK PERLU BANTU PUN KALAU MACAM INI. SEBAB TU DI BANTAI SERBIA


 

KONON BERJIHAD LA YA....KAH..KAH


 

ADA JUGA KONSERT DI KEDAH


 

NOH YANG MINTA DIPECAT KERANA DIA TELAH MELAKUKAN PELANGGARAN DISIPLIN SERTA SABOTAJ PARTI


 

KERUGIAN PHARMANIAGA


 

BLACK PINK

 

Konsert Blackpink ni malas la nak buat isu.

Malaysia ni bukan ada orang Islam je. Orang bukan Islam berhak buat apa yang tak salah bagi mereka selama mana ianya tak menyalahi undang-undang negara.

Soal orang Islam pergi tu, atas diri sendiri. Atas kita bagaimana jaga keluarga kita. Didikan kita kepada anak-anak kita.

Aku tengok orang sekeliling aku, tak ada yang pergi pun. Walaupun ada yang minat lagu Blackpink. Tak jadi masalah pun.

Kita jagalah keluarga kita. Kalau kita rasa benda tu tak elok, ajar anak-anak kita jangan buat. Ini tidak. Anak sendiri tak jaga. Bila anak terpengaruh dengan budaya pelik, salahkan orang lain dan kerajaan.

Sesekali cuba salahkan diri sendiri pulak. Bukan cuma salahkan kerajaan yang ada. Sekali tengok, rupanya lulus zaman lebai berkuasa.

Dah kita tak ajar anak-anak kita, bila nak salahkan diri sendiri?

Blackpink datang sebab ada demand. Ada peminat mereka di sini. Kalau tak ada peminat, takkanlah penganjur nak bawa mereka.

Macam Azhar Idrus. Tak ada tauliah pun dijemput juga sebab ada permintaan. Kalau tiada permintaan ada tauliah pun tak dijemput. Faham?

Jadi buatlah dakwah. Biar sampai tiada lagi orang minat Blackpink. Nescaya takkan ada lagi konsert begini di masa akan datang.

Semua benda nak dipolitikkan. Semua pihak nak disalahkan. Kecuali diri sendiri, semua orang lain tak betul. Apa jenis pemikiran begini?

Yang pergi pun bukan semua jahat. Dosa tak dosa aku tak berani nak hukum. Tapi aku pasti bukan semua niat nak buat maksiat.

Cakap soal maksiat, dalam masjid pun boleh ada maksiat. Iyalah, dalam ceramah dok tabur hadits palsu, dok ajar bidaah, dok sebar fitnah. Itu semua maksiat. Tak masuk lagi bab mengumpat.

Jangan nilai iman orang. Soal iman ni Allah lebih mengetahui. Terlebih jangan, tetapkan orang itu ke syurga atau neraka berdasarkan pakaian atau tempat mereka pergi. Jangan cuba jadi Tuhan. Guane boh?

Raja Gelap

 

DIA SEDANG TAKUT BERKAITAN PANDORA PAPER ?

 






Tergelak aku baca. Sama je Mahathir & Mahiaddin ni. Mereka tuduh kerajaan akan atau sedang buat macam-macam sebab mereka dah biasa buat semua tu masa ada kuasa dulu.

Mahiaddin tuduh DS Anwar peralatan SPRM sebab kalau ikut kenyataan Saddiq, Mahiaddin masa jadi PM dulu pernah juga peralat SPRM. Paksa rakan Saddiq tukar pengakuan.

Ini Mahathir tuduh kerajaan akan ubah sempadan pilihanraya untuk kurangkan kerusi Melayu. Sebab apa? Sebab dulu dia dah buat. Kawasan yang kuat UMNO dipecahkan jadi dua. Jadi dia akan sentiasa dapat majoriti melebihi. ⅔.

Itu hakikatnya. Kedua-dua Mahathir dan Mahiaddin adalah diktator. Mahathir gunakan ISA manakala Mahiaddin gunakan darurat. Alasan mereka sama, untuk dapatkan absolute power.

Sebab mereka jahat, mereka tak jujur dan mereka diktator, maka mereka ingat semua orang sama macam mereka. Jadi tak pelik tuduhan palsu begini datang dari mulut mereka. Guane boh?

Raja Gelap

 

TUNJUK SURAT RoS, ISMAIL SABRI CABAR ZAHID HAMIDI

 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menunjukkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang didakwa menerima resolusi parti supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Perkara itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berikutan polemik status usul tambahan yang diluluskan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 membabitkan dua jawatan tertinggi parti berkenaan.

“Minta dia (Ahmad Zahid) tunjuk surat RoS itu, elok juga kalau boleh tunjukkan (surat) sebab ada dua laporan media berbeza.

“Satu kata RoS tolak tapi tak sampai satu hari kata dah luluskan pula. Semua orang keliru. 

“Saya pun baca laporan media juga,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Malam tadi, Ahmad Zahid memaklumkanUMNO sudah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengesahkan RoS menerima resolusi parti itu iaitu tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Presiden UMNO itu dilaporkan berkata, RoS meluluskan usul PAU 2022 supaya dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.

Katanya, perkembangan terbaru itu diterima menerusi surat daripada KDN semalam.

agaimanapun, sebuah portal berita melaporkan RoS yang selesai menjalankan siasatan berhubung aduan diterima daripada dua ahli UMNO, memutuskan usul tambahan terbabit tidak sah.

Portal berita terbabit bagaimanapun tidak memetik mana-mana individu atau sumber.

Pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO menghantar aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti kali ini.

Aduan itu dikemukakan ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap ROS dapat menentukan sekiranya wujud pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada PAU 2022.

Muhammad Aizat Fikri mendakwa atur cara mengemukakan usul tambahan itu tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.

Ismail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri turut menggesa RoS membuat keputusan segera bagi menentukan sama ada keputusan PAU itu sah atau tidak sebelum pemilihan parti pada 18 Mac ini.

Ia bagi memberi laluan kepada ramai calon lain bertanding merebut dua jawatan tertinggi UMNO termasuk mereka yang sudah mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden jika tindakan UMNO itu menyalahi perlembagaannya.

Sumber –BH



LEBAI JARANG NAK CERDIK




 Lebai jarang cerdik. Kan?

Doa yang tak elok tu satu. Dia doakan banjir dekat Stadium Axiata sedangkan ada juga muslim yang pergi konsert. Malah mungkin yang pergi tu lebih warak berbanding dia. Takkan tak tahu banjir boleh sebabkan kehilangan jiwa?

Masalahnya, konsert Blackpink tu di Stadium Bukit Jalil. Bukan Stadium Axiata. Katanya di Stadium Axiata tu ada konsert kerohanian menampilkan penyanyi Opick lagi. Tak check fakta dulu ke?

Alahai lebai. Janganlah suka doakan bencana untuk orang lain. Nabi saw sebagai insan contoh pun tak doakan kehancuran untuk penduduk Taif walaupun dibaling batu hingga cedera.

Aku musykil dengan lebai ni. Dia anggap orang lain pendosa dan layak ke neraka tu satu hal. Dia doa bencana untuk orang tu dia rasa perangai orang beriman ke? Guane boh?

Raja Gelap

.

 


DERITA PENGHUNI PPRT

 

DERITA RAKYAT DI PPR SRI JERLUN, AIR HITAM, KEDAH IBARAT GAJAH MENANGIS DI TENGAH BENDANG .. Projek Perumahan Rakyat Miskin & B40 ini mengandungi 630 unit rumah dan siap tahun 2019 ( 3 tahun lepas). TETAPI penduduk masih belum boleh masuk untuk menduduki rumah2 mereka ..

Dilaporkan juga rumah2 ini telah rosak & halaman rumah telah ditumbuhi hutan banat

Apa sudah jadi ni Yop ?

Yg peliknya kita tak pernah dengar kisah menyayat hati ni. Yang kita tahu projek2 besar MB Kedah di sana sini. Rupa2nya ada derita rakyat yg diuntoldkan di Kedah...

He2 pening pening... masalah mcm ni pun MB tak boleh selesai. Kalau dengar dia punya sembang... kambing pun boleh terbang !!

 






0:00 / 3:20