DETIK DETIK BURMA HANYUT DITAHAN


 

MANA YB ZAILAH KETIKA KAWASAN BELIAU BERLAKU BANJIR


 

SAARI SUNGIP GESA DAKWA ISMAIL SABRI ATAS NIAT JAHAT






 

 






HAMZAH RIE NA



https://www.facebook.com/100044398390456/posts/469438577879418/

Isu enam kolam takungan banjir yang telah diberi milik kepada syarikat-syarikat pemaju di antara 2015-2020 telah disiasat Ketua Audit Negara. Laporan ini telah diterbit dan boleh dimuat turun di https://www.audit.gov.my/.../LKAN2019-Siri-2-Aktiviti...

Beberapa dapatan penting telah direkod Ketua Audit Negara:

1) Ketua Setiausaha Negara pada 2015 “telah bermesyuarat untuk mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berminat memajukan Kolam Takungan Banjir Sg Jinjang (KTBSJ, salah satu dari 6 kolam takungan banjir yang telah diberi milik untuk dibangunkan);

2) Mesyuarat Jawatankuasa Tanah WPKL pada 9 Oktober 2015 telah “bersetuju membatalkan perizaban (KTBSJ)… bagi membolehkan kelulusan pemberimilikan seluas 80 ekar diberikan kepada Syarikat 971210-P untuk pembangunan bercampur”; dan

3) Jabatan Pengairan dan Saliran WPKL (JPSWPKL) pada 6 dan 29 Jan 2021 telah “menyatakan isu-isu berbangkit perizaban Tanah Persekutuan. Turut dinyatakan hasrat JPS agar kolam takungan banjir dapat dirizabkan hanya untuk tujuan kolam takungan banjir DAN TIDAK DIBERI MILIK KEPADA PIHAK KETIGA”.

Soalan:

1) Siapakah Ketua Setiausaha Negara yang dimaksudkan bagi KTBSJ ini? Pada 2015, KSN adalah Tan Sri Ali Hamsa.

2) Siapakah ahli-ahli mesyuarat serta pengerusi mesyuarat JKTWPKL yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara ini, yang telah membolehkan kelulusan pemberimilikan kolam takungan banjir ini?

3) Mengapa pandangan JPSWPKL berhubung cadangan pembesaran kolam takungan banjir pada 8 Ogos 2015 tidak diendahkan?

4) Mengapa hasrat JPS - agensi teknikal yang kompeten dalam hal ini - agar kolam-kolam takungan banjir tidak diberi kepada pihak ketiga tidak dihirau?

Tidak perlu siasatan yang bermula dari zero.

Sesiapa yang ingin menyiasat serta mengambil tindakan ke atas mereka yang telah membolehkan penjualan kolam-kolam takungan banjir ini boleh rujuk Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2.

Tapi ingat, siasatan Ketua Audit Negara ini hanya menyentuh SATU DARI ENAM kolam takungan banjir yang dinyatakan!

FAHMI FADZIL

Ahli Parlimen Lembah Pantai

Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia

#komunikasikeadilanmalaysia

#KEADILAN #banjir2021

 

ROSAKNYA ALAM AKIBAT MANUSIA DAN TIADANYA TANGGUNGJAWAB SERTA PERANCANGAN YANG JITU

 

Asalamualaikum

Penulisan Pagi

Banjir kali ini meliputi terlalu banyak tempat,kawasan bandaraya,kawasan berbukit,kawasan kampung dan tempat tempat yang biasa menerima banjir setiap tahun....

Di selangor kali ini banjir berlaku sungguh mengerunkan tetapi tidak di Kuala Lumpur pula kali ini walaupun banjir kilat. Selangor pula sebenarnya adalah negeri maju dan bersebelahan pula dengan KL. Saya antara yang terjejas dan kebetulan takdir Allah rumah saya di Kg Bukit Lanchong yang mana rumah saya betul betul berdekatan dengan sungai Kelang.....malahan tanah rizab sungai itu adalah tempat hiburan saya bercucuk tanam dan tempat kambing saya mencari makan seolah olah padang ragut....

Apa yang menyebabkan banjir terlalu besar kali ini agaknya yang boleh kita bincang bersama. Kita tak perlu menuding marah atau pun menuduh sesiapa dalam hal ini ketika ini kerana banjir yang berlaku ini bagi saya bukan kesalahan pimpinan sekarang atau pegawai kerajaan sekarang tetapi adalah kesilapan dan kerakusan pimpinan atau dasar yang di buat bermula puluhan tahun lamanya,atau barangkali mereka hanya sekadar memikirkan keuntungan dan kekayaan negeri,negara juga individu atau syarikat sahaja sehingga lupa kepada generasi di depan.....akhirnya berlaku lah seperti sekarang......

1. Sedar atau tidak laluan air seluruh lembah kelang ke arah laut sebenarnya hanya satu....ia itu Sungai Kelang Sahaja (setahu saya jika salah tolong betulkan) maksud saya dari gombak KL,dan PJ semua longkang,anak sungai,akhirnya akan menuju sungai kelang untuk di bawa ke laut.....

2. Sedar atau tidak lombong lombong takungan air sama ada di wilayah atau selangor telah di jadikan penempatan manusia dengan di berikan kepada syarikat swasta untuk di majukan ( semua di buat kerana tamak dan tidak memikirkan generasi masa depan) apabila semua lombong dan kawasan tadahan air di tutup di jadikan kawasan perumahan,kemana air itu akan pergi jika hujan melebihi had....akan ke sg kelang...

3. Sedar atau tidak apabila kondo,bangunan tinggi di buat terlalu banyak termasuk kawasan perumahan air sudah tidak boleh di serap ke bumi...contoh jika di buat bangunan setinggi 70 tingkat sudah tentu konkrik ke bawah tanah juga sedalam itu dan ini akan melibatkan simen. Apabila hujan air tidak akan di serap sebaliknya akan 100 peratus ke longkang....dan longkang pula penuh air itu akan melimpah menyebabkan banjir dan lambat pula untuk hilang kerana penyerapan sukar di lakukan oleh bumi....

4. Sedar atau tidak Kerajaan tidak langsung menjaga sungai sungai yang masih ada di KL dan di Selangor. Sungai di jadikan tempat pembuangan sampah oleh masyarakat dan sungai kita antara yang paling teruk dan kotor di negara asean ini. Jika dulu Jakarta antara yang teruk tapi mereka telah memulihakan sungai sungai mereka secara perlahan lahan menjadi bersih dan berguna kepada rakyat....

Sungai Kelang yang sepatutnya di besarkan,di dalamkan,di cantikkan dan wajib di jadikan sungai kelang ini boleh keluar masuk air laut dan sungai atau di jadikan terusan yang cantik sehingga ke KL. Sungai sungai lainnya juga yang berada di KL dan PJ atau Lembah Kelang sudah sampai masanya di jadikan terusan seperti di Belanda,Paris,UK dan banyak negara lagi di dunia ini yang boleh di jadikan contoh termasuk Thailand dan Vietnam....

5. Pimpinan kerajaan dulu kita dah tahu melakukan kesilapan kerana kerakusan mereka dan ketamakan mereka. Sekarang jika pimpinan masih tidak sedar dan masih tamak dan sanggup menjadikan lombong dan kawasan tadahan hujan di jadikan kawasan perumahan juga maka hancur lah negara kita kerana akan berlaku banjir di selangor dan KL setiap tahun. Sedar atau tidak jika berlaku tiap tahun harta benda yang akan rugi berbilon setiap tahun....

6. Kawasan hulu langat, Janda Baik,Bentong,Mentakap,Gua Musang,Temerloh dan kawasan kawasan ini pula banjir kerana kawasan Hutan telah menjadi rosak dan Balak di tebang keterlaluan sehingga datangnya Kepala Air yang maha dasyat....apabila kemusnahan hutan keterlaluan maka banjir yang akan melanda sudah tentu akan membawa sisa sisa kayu,lumpur dan batu batu itu yang boleh menyebabkan musnah rumah atau apa sahaja yang di langar oleh air......ini lebih bahaya lagi....

Semuanya ini kerana kesalahan manusia....kerakusan manusia.....pemimpin kita pentakbir kita hilang pertimbagan kerana hanya memikirkan kekayaan dan kesenangan dunia sehingga lupa pada kita dan lupa pada Allah swt....lupa pada semuanya....akhirnya Generasi ke depan akan menangung semua kemusnahan ini....

Pemimpin terdahulu hanya memikirkan menyelamatkan Kuala Lumpur sahaja kerana dia Ibu Kota wajib di selamatkan dari Banjir tetapi mereka lupa selangor....limpahan air di KL di hala kesemuanya Ke Selangor....tengelam lah selangor...Kuala Lumpur berbangga Selangor berduka.....

Harap harap banjir yang berlaku setiap tahun ini dapat menyedarkan semua pihak....saya tak nak menuduh sesiapa kita fikir lah sendiri...

Pengali Kubur rezeki mereka akan datang apabila ada Kematian. Kesedihan pada keluarga si mati tapi gembira kepada si keluarga pengali kubur dan pembuat batu nisan....

Ada juga Jabatan Kerajaan Bencana ada lah sumber kepada Pihak yang berkuasa. APA BILA ADA BENCANA SEMUA TENDER TENDER PERLU SEGERA TIDAK PERLU DI TENDERKAN MEREKA ADA KUASA LULUSKAN IKUT SUKA MEREKA PADA SIAPA NAK DI BERIKAN.....ITU SEBAB KITA AKAN LIHAT SUNGAI SUNGAI TIDAK DI JAGA DAN DI URUSKAN DENGAN BETUL DAN IKHLAS SEBALIKNYA JIKA ADA BENCANA DI SITU ADA MAKAN BESAR UNTUK MEREKA....MAK DI BIAR TIDAK DI URUS DENGAN BAIK TIDAK ADA PERANCANGAN DENGAN BAIK....

KITA HABIS BERBILION BILION DALAM HAL HAL TAK BAIK TAPI TAKUT NAK BERBELANJA UNTUK BESARKAN SUNGAI CANTIK KAN SUNGAI...JADIKAN SUNGAI KELANG TERUSAN YANG CANTIK.....48 BILION KE 1MDB JIKA DI BAWA KE SUNGAI KELANG ALANGKAN INDAHNYA NEGARA KITA AGAKNNYA KAPAL KAPAL BESAR PUN BOLEH MASUK KE KL MELALUI SG KELANG.....

SEDIH....HAMDAN TAHA

 

SIAPA PUNYA GERANGAN UNTUK DIPERSALAHKAN ?




HAMDAN TAHA


Antara bencana teruk kali ini selain sri muda dan bukit lanchong ialah Hulu Langat dan Janda Baik dan Mentakab Pahang...

Tapi kisah banjir di pahang seolahnya di tutup rapat rapat kerana kes kes banjir di sana sama seperti di gua musang kelantan dan kuala krai kelantan semuanya kerana kerakusan memusnahkan hutan hutan...

Jika di pahang terdedah maka akan ada pihak yang nampak baik tapi sebenarnya perosak alam...hutan,tanah,besi semua keluarga mereka yang punya...begitu juga di hulu langat kemusnahan hutan juga menyebabkan kepala air menjadi alat kemusnahan....

Di bandaraya dan kota raya hutan sudah tak ada tapi di musnahkan pula dengan pembangunan yang tidak seimbang sehingga ke kawasan yang tak boleh pun di bolehkan...kawasan tadahan air di berikan kepada syarikat syarikat kroni..lombong di tambak...sungai tidak di jaga....semuanya kerana tamak haloba....jika di siasat akan terdedah lah syarikat siapa...mereka ini di sokong oleh siapa.....rakyat jika protes dan dedahkan akan di penjara dan di dakwa kononnya derhaka....

Kita masih lagi di takuk lama....rasuah di semua tempat....maka rakyat akan menderita....hartanah kawasan banjir sudah tentu merudum jatuh harga dan tak laku untuk.di jual....dan kawasan ini pula ramai orang melayu dan india....jadi lagi lah harga jatuh teruk sangat....

 

DEPOLITASI AGAMA




LIYANA MARZUKI

Satu langkah ke hadapan dalam menangani isu penunggang agama. Menjunjung titah DYMM Sultan Selangor yang mensyaratkan semua agamawan di Selangor tidak terlibat dalam politik.

Mereka yang mengajar agama sambil berpolitik akan ditarik tauliahannya. Mereka yang tiada tauliah juga sekiranya masih menyampaikan kuliah agama akan dihukum denda atau penjara.

Rasionalnya senang. Dalam politik, kita perlukan KHALIFAH bukan ulamak. Kerana kalau ulamak nak jadi Khalifah (pemimpin), nescaya dalil yang keluar akan ikut tekak.

Tekak nakkan kuasa. Maka dalilnya sentiasa berubah2. Contoh: Amanat Haji Hadi, bolehkah terpakai sekarang?

Tengokkan Indonesia, sejak diasingkan politik dengan agama, ekstremism berkurangan, negara makin maju dan rakyat terbela. Indonesia kini makin membangun dan bila2 masa boleh tinggalkan kita.

Daulat Tuanku atas titah ini.

Geng penunggang agama jangan panas pula. Perlu ingat, kalau melawan, derhaka Raja…

#penunggangagama

#nyahkan

#rebootMalaysia

https://www.bharian.com.my/.../selangor-tarik-balik...

 

‘KERAJAAN TAK SERIUS NAK TOLONG MANGSA BANJIR’- (KERAJAAN BISU ATAU KERAJAAN TAK BERFUNGSI )

 


Beberapa hari yang lalu saya telah menggesa kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan semua projek mega ketika ini dan menggunakan peruntukan besar tersebut bagi menampung keperluan rakyat yang terjejas banjir.

Namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang maklum balas daripada pihak kerajaan terkait gesaan tersebut.

Kerajaan dilihat seolah-olah tidak serius dalam membela dan membantu mangsa-mangsa banjir.

Saya sekali lagi ulangi gesaan terhadap kerajaan untuk betindak pantas dan selesaikan segala permasalahan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir di negara ini.

ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang/Pengerusi PH.



Moga mereka di cucuri udang dan di tempatkan di Melaka bersama-sama bauan pamoga.

 


KEH..KEH...KEH


Harakatdaily HD - الحراكت

24hu De1cembe0r42a 1aclfot 00so9:3re9gaa  · 

NADMA: Operasi Mencari dan Menyelamat Jemaah Menteri kini memasuki hari ke-7.

 

TOK PETI MULA BERSUARA- MENTERI MENTERI BUKAN KISAH KEWIBAWAAN SANGAT PUN. YANG PENTING MASYUKKKKK...LAIN LAIN PEEEGEDAHHHHH

 


Panas! Mufti Perlis nasihat menteri jangan berlakon di kawasan bencana, macam kartun



 Mufti Perlis nasihat menteri jangan berlakon di kawasan bencana, macam kartun

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan agar anggota kabinet berhenti melakukan hal-hal yang boleh menjadi drama dan kelucuan di media sosial ketika itu bukanlah tugas hakiki mereka mendepani bencana.

Kata Asri, seseorang menteri harus memberikan tumpuan menjalankan tugas sebenar dengan baik, iaitu mengurus dan mentadbir, terutama ketika negara dilanda musibah seperti banjir.

“Saya nak cadangkan kepada mereka yang menteri dan seumpamanya, saya rasa mereka tak perlu buat kerja-kerja yang bukan kerja mereka.

“Kerja menteri ini adalah mengatur, mentadbir, supaya (dapat) mengurus hal-hal negara ini termasuk macam banjir, macam mana nak tadbir urus banjir supaya berjalan dengan baik, bantuan, bagaimana nak menyelamat dan bagaimana nak atur keadaan. Itu tugasan menteri.

“Dia tak perlulah nak pergi angkut bantal, selimut nak pergi basuh, nak pergi sembur air, tak payahlah.

“Bila buat macam tu jadi drama, dan benda tu jadi tak habis-habis dan jadi satu kelucuan di dalam media yang tak baik untuk negara,” katanya dalam satu rakaman video.

Jika ia dibiarkan berterusan, kata Mohd Asri, ia hanya akan menjejaskan kewibawaan kerajaan.

Walaupun tidak membuat rujukan secara khusus dia dipercayai membuat kenyataan itu ekoran kontroversi yang melanda beberapa pemimpin negara ketika turun padang melawat kawasan banjir.

Mendorong menteri untuk berlakon

Antaranya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun diherdik warga maya apabila dia dirakam menggunakan penyembur air bagi membersihkan kawasan sekolah yang menjadi pusat penempatan sementara (SPM), sambil dikelilingi sekumpulan petugas media.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga tidak terlepas menjadi mangsa sindiran warganet apabila videonya bergaya untuk kamera dengan menyodok lumpur pula dipermainkan warga maya, dipercayai dalam program gotong-royong di kawasan banjir.

Kata Asri, tidak mengapa jika menteri turun untuk memantau keadaan bagi membawa bantuan atau melihat sendiri keadaan bencana di lapangan supaya dapat membuat aturan pengurusan yang lebih tepat dan baik.

Ketika menteri turun ke lapangan, katanya, rakyat pula disaran agar tidak menyuruh menteri terbabit melakukan kerja-kerja yang tidak sepatutnya, seperti mengangkut barang-barang, mencuci atau memberus.

Gesaan seumpama itu, katanya, hanya akan mendorong menteri turun untuk “berlakon”.

“Itu bukan kerja dia.

“Bagitahu dia: ‘YB, kami perlu ini, ini’. Ha…, bagitahu itu, dia nak buat keputusan tu, sebab dana mereka yang uruskan. Keputusan-keputusan jentera kerajaan, agensi kerajaan, di tangan mereka.

“Itu kerja dia.

“Kita dah silap bagi tugas kat dia (menteri). ‘Ha, mana menteri? Mari cuci’. Menteri pun pergi berlakon. Jadi kartun.

“Jadi saya cadangkan baikilah keadaan ni. Tak payahlah. Kita punya mentaliti pun salah, dia punya mentaliti pun tak berapa kena. So kita baikilah,” katanya lagi.



NI KIRA ISLE TERANCAM GAK KAH ? TOK PETI SERBATAHU TAK KELUAR FATWA APA KAH ?

 


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Harap tokpeti utara serba tahu berbunyilah sedikit. Mana tahu ini kira Islam terancam lagi macam dulu-dulu.

Demikianlah mopti...






 

SAMA NAIK NAJIB DENGAN MAHATHIR- DUA DUA KAKI SAKAU JUGA , CARA DAN TEKNIK BERLAINAN

 Lelaki ini dedah kenapa Najib marah sangat pada Tun M tentang projek Forest City



Lelaki ini dedah kenapa Najib marah sangat pada Tun M tentang projek Forest City



Melihat bagaimana ucapan Najib begitu marah kepada Tun Mahathir dalam isu Forest City sehingga menuduh Tun Mahathir sebagai rasis dalam persidangan World Chinese Economic Forum (WCEF).

1- Najib dalam ucapannya cuba menghasut para Taikun kononnya Tun Mahathir cukup anti dengan China. Kononnya atas sebab tindakan Tun Mahathir, pelaburan FDI dari China merosot dari RM40 Billion kepada RM30 Billion pada tahun 2018, sedangkan, penyangak ini sendiri mengakui pada 2019 ada peningkatan kepada RM32 Billion.

2- Najib..Najib.. Tun bukan merompak dan menyangak duit rakyat. Dia cuba selamatkan negara dari dijajah kapitalis China. Sudah pasti tahun pertama FDI dalam mana pun negara berganti Kerajaan hatta awal kepimpinan Jokowi di Indonesia FDI merosot. Itu kebiasaan pelabur hatta zaman Ismail Sabri lebih teruk. Pelabur menunggukan petunjuk baru sebelum melabur akibat ketidakstabilan politik.

3- Alhamdulillah aku bersyukur. Tun berjaya selamatkan banyak projek dan Mengstruktur semula hutang, samalah projek Bandar Malaysia, bagaimana Pengkalan TUDM Sg Besi tergadai dan hampir dibangunkan oleh firma dan kontraktor China. Bayangkan aset strategik tentera yang berharga pun tergadai kononnya atas sebab pembagunan.

4- Belum lagi kisah Tanah KTMB Tanjong Pagar yang tergadai pada Singapura konon atas alasan yang sama, gantian projek pembagunan Marina Bay atau Marina One yang akhirnya Singapura ada juga kepentingan besar. Padan lah cukup gemar Jutawan Singapura dan Kenalan bermain Golf dengan Najib, walaupun atas alasan menjenguk cucu.

5- Tun bukan anti China pun. Elok saja negara kita buat deal dengan China struktur semula hutang termasuk ECRL dan projek paip gas. Tun ketika itu gunakan pengaruh Robert Kuok dalam rundingan semula banyak dari projek negara dan China. Yang mahu diselamatkan Tun pada waktu itu adalah bebanan hutang kepada negara. Bukan menolak FDI.

6- Apa yang dibangkitkan Tun sebelum PRU 14 tentang Forest CIty adalah tepat. Memang jelas pembagunan di situ dikuasai kontraktor China, sampaikan semua pekerja..Papan tanda disitu penuh dengan tulisan China seolah olah kita hilang kedaulatan. Sehinggakan masa tu ada laporan, pekerja di situ pun buat jual beli bukan dengan matawang Malaysia.

7- Lebih teruk dilaporkan hartanah disitu tak mampu dimiliki orang Johor pun. Ia akan dibeli orang luar, dilaporkan kemungkinan akan diduduki 700 ribu warga asing termasuk China. Kalau laporan tu palsu, saman saja Tun Mahathir di mahkamah. Malah dalam laporan channel Top Luxury, Forest City telah memasuki senarai Most Useless Megaprojects in the World.

8- Apapun, bila baca buku Memoir Tun, antaranya menyentuh peranan Raja Berpelembagaan dan kaitannya dengan perniagaan. Kita dapat faham sebab apa Tun menjadi sasaran kemarahan. Bukan hanya Najib yang marah. Kalau kita membacanya, ketika banjir besar ini kita dapat memahami apa yang disentuh oleh Tun.

9- Tapi itulah penyangak yang dah didapati bersalah oleh Mahkamah. Bukan saja dikatakan memalukan negara hatta Pengkhianat Negara. Apa yang diucapkan Najib itu adalah gambaran Taat Setia atau Bai’ah dia kepada China seperti mana Bai’ah dia depan Trump akan bersama bantu Amerika biarpun gunakan dana KWSP.

10- Malangnya masih ada ramai Taikun yang dah tentu berkiblatkan MCA dan China cukup marah dengan Tun. Mana tidaknya hanya UMNO dan MCA di Malaysia ni ada hubungan rasmi dengan parti Komunis China. Tetapi yang dituduh agen komunis adalah DAP.

11- Tapi biasalah Bani Melayu. Depa tetap Sokong UMNO. Biarpun banyak bukti aset tanah Melayu tergadai. Duit Amanah Pencen (KWAP) lesap dalam kes 1MDB. Hatta habis dijual pasir di Melaka. UMNO tetap salahkan DAP. Salahkan Ds Anwar. Kini jadi salah Tun Mahathir.

Ipohmali

Otai Reformis 1998 Sabah lebih gagah dengan pejabat baharu




Pertubuhan Otai Reformis 1998 (Otai) bergerak lebih gagah di Sabah dengan pembukaan pejabat perhubungan pertubuhan itu, baru baru ini.


Pejabat tersebut dibuka hasil inisiatif Pengerusi Otai Negeri, Datuk Dr Sangkar Rasam (gambar, kanan).


Datuk Sangkar yang telah diamanahkan mengambil alih jawatan Pengerusi Otai Reformis Sabah pada 2019 telah berjaya menubuhkan cawangan pertubuhan itu di 26 kawasan Parlimen termasuk Labuan. .


"Dengan penubuhan pejabat ini pasti akan memudahkan sebarang urusan dalam gerak kerja Otai 98 di lapangan.


"Dengan ini kita akan lebih aktif dan lantang bersuara menentang ketidak adilan melalui platform NGO Otai selain kerja lapangan membantu rakyat yang memerlukan," katanya.


Pejabat tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Otai Reformis 1998 Kebangsaan, Abdul Razak Ismail (gambar, tengah) dan turut disaksikan oleh koordinator Otai Kebangsaan, S. Francis.


Selain membuka cawangan Otai 98, Dr sangkar juga telah membuka pejabat Perhubungan Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Wanita KEADILAN Sabah serta Srikandi KEADILAN Sabah di sebelah Pejabat Otai98 yang terletak di TNK Commercial Centre, Tanjung Aru.

Otai Reformis akan lebih kukuh di Sabah dengan wujudnya pejabat menyelaras aktiviti kemasyarakatan


Menurutnya, hal itu bagi memudahkan sebarang urusan sayap-sayap KEADILAN yang tidak mempunyai pejabat semenjak Pejabat Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah dipindahkan pada 2016.


“AMK, Wanita dan Srikandi aktif membuat kerja lapangan selain menganjurkan program-program kemahiran serta kursus. Namun mereka tidak disediakan pejabat yang selesa dan ini menyukarkan urusan mereka termasuk tempat melakukan mesyuarat," katanya lagi.

Datuk Sangkar juga merupakan Ketua Cabang KEADILAN Keningau.

 

LOW CLASS PUNYA KERAJAAN APABILA GAGAL MENGURUSKAN BENCANA BANJIR

 



Tak capai standard, kurang fokus, ahli ekonomi kritik cara kerajaan tangani banjir




Bencana banjir perlu ditangani dengan kejelasan dalam rantaian perintah dan pelaksanaan tugas, kata Carmelo Ferlito.

PETALING JAYA: Ahli ekonomi mengkritik cara kerajaan menguruskan banjir baru-baru ini kerana tidak mencapai standard yang dijangkakan di negara yang dilanda bencana itu setiap tahun.

Carmelo Ferlito daripada Pusat Pendidikan Pasaran berkata, Putrajaya menangani bencana ini dengan fokus yang terhad, manakala Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia bercakap mengenai jaringan keselamatan sosial yang “langsung tidak wujud” bagi mangsa.

Ferlito berkata, kejelasan dalam rantaian perintah dan pelaksanaan tugas diperlukan.

“Selama dua tahun, politik tempatan hanya fokus kepada Covid-19, mengabaikan hakikat bahawa terdapat pelbagai bahaya lain,” katanya kepada FMT.

Carmelo Ferlito.

Beliau menyeru kesegeraan dalam melaksanakan pembaharuan politik dengan berkata, para pemimpin kini nampaknya hanya mampu melihat “sebahagian kecil daripada realiti yang kompleks”.

Williams berkata, banjir yang melanda baru-baru ini menyerlahkan kelemahan dalam dasar, infrastruktur dan pengurusan tindak balas bencana.

Beliau menyentuh khusus mengenai keperluan wujudnya sistem untuk memberi kelegaan kepada mangsa banjir.

Geoffrey Williams.

“Ia tak patut wujud dalam bentuk sistem sekali beri, ad hoc atau kebergantungan kepada amal jariah. Sebaliknya, perlindungan sosial mesti menerapkan sistem yang membolehkan (pemberian) bantuan tunai langsung kepada mereka yang terjejas,” katanya.

Beliau mencadangkan Malaysia mengikut contoh Jepun, yang terkenal dengan dasar dan sistem tindak balas bencana terhadap gempa bumi dan tsunami yang berkesan.

“Di Jepun, pendekatan pengurusan melibatkan tindak balas bersepadu yang dibiayai dengan baik dan penyelarasan antara semua agensi di peringkat kebangsaan dan tempatan,” katanya.

Juita Mohamad.

Juita Mohamad, felo di Pusat USAsia Perth berkata, kajian menyeluruh ke atas projek pembangunan adalah penting untuk menentukan kesan banjir terhadap ekosistem dalam jangka sederhana hingga panjang.

“Latihan berpandangan jauh perlu dilakukan secara berkala dan agensi kerajaan mesti melabur dalam sistem amaran awal banjir di setiap negeri,” katanya.

“Dengan cara itu, jika berlaku (bencana), kita boleh mengerahkan misi menyelamat dengan pantas, tepat pada masa dan berkesan,” katanya.

Kerajaan wajar pertimbang rebat bil utiliti kepada mangsa banjir



 

Mangsa banjir luar biasa di Selangor dan Pahang wajar dipertimbangkan untuk diberi rebat bil bil utiliti.

Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, operator perkhidmatan utiliti seharusnya melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada mangsa mangsa banjir yang mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit dalam bencana berkenaan.

Katanya, amat tidak sesuai mangsa mangsa tersebut terpaksa membawa bil utiliti pada waktu mereka terpaksa menyediakan wang untuk membeli peralatan asas rumahtangga atau perniagaan.

"Mengambil kira impak kewangan yang dihadapi oleh mangsa banjir di seluruh negara, rebat utiliti atau pengecualian bayaran di bawah Program CSR wajar dipertimbangkan oleh pembekal pembekal perkhidmatan

"Saya mencadangkan agar rebat bil air dan elektrik sebanyak RM200 diberikan kepada mangsa banjir yang memiliki rumah, RM500 kepada mangsa banjir yang memiliki lot kedai atau rumah kedai dan RM1500 kepada pemilik-pemilik kilang.

"Di samping itu, perkhidmatan jalur lebar percuma diberikan kepada mangsa banjir selama tiga bulan. Saya juga mencadang Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk mengecualikan cukai pintu premis mangsa banjir selama 6 bulan," katanya.

Menurut beliau, berbanding bantuan kewangan RM1,000 yang tidak seberapa oleh Kerajaan Persekutuan dan kerosakan harta benda yang dialami, pemberian rebat dianggap memberi sedikit kelegaan kepada mangsa.

"Rebat bil ini hanyalah bantuan kewangan kecil berbanding kerugian besar yang dialami oleh orang ramai, para pengusaha dan peniaga akibat kerugian kemusnahan perabot dan kelengkapan kerana banjir.

"Oleh itu, agensi kerajaan dan sektor swasta digesa agar membantu untuk meringankan tekanan kewangan yang dihadapi oleh mangsa banjir di seluruh negara sebagai satu bentuk khidmat negara pada masa-masa getir ini. Ibarat kata pepatah, 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing'," katanya lagi.

 

MANA TITM SOAL PEMBALAKAN ?‘Tidak habis-habis musnahkan hutan, Kelantan tidak ambil iktibar bencana bah 2014’

 


“Mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan negeri Kelantan ‘malas’ berfikir sebab hasil hutan terutama balak lebih mudah diperolehi dan hasilnya pun segera.”

Itu pendapat Pegawai Lapangan, Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman mengulas pendedahan aktivis, Pauh Putit berhubung kemusnahan ratusan hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) Sungai Durian di Kuala Krai, Kelantan.

Menurut Meor Razak, pelaksanaan pembangunan ladang monokultur atau ladang hutan yang diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan telah menjejaskan ekosistem serta mengancam hidupan liar dan masyarakat setempat.

“Apa nak jadi dengan negeri Kelantan ini, tak habis-habis nak musnahkan hutan.

“Pembuat keputusan di peringkat Pihak Berkuasa Negeri langsung tidak menjadikan bencana banjir pada tahun 2014 sebagai ikhtibar dan pengajaran,” tegasnya.

Meor Razak Meor Abdul Rahman

Beliau berkata sukar untuk diterima apabila kira-kira 30 peratus keluasan HSK di Kelantan ditarah untuk tujuan pelaksanaan ladang hutan.

Walaupun, katanya, tidak dinafikan hasil hutan sebagai salah satu pendapatan kepada negeri tetapi ratusan hektar HSK diusahahasil untuk ladang hutan merupakan tindakan rakus dan tamak.

“Adakah pemimpin-pemimpin di negeri Kelantan tandus idea sehingga langsung tidak tahu mewujudkan sumber ekonomi baru sebaliknya hanya bergantung sepenuhnya pada sumber tradisi sahaja?” bidasnya.

Mengulas ucapan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyelitkan Surah al-Rum, ayat 41 dalam Persidangan Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu (COP-26) 2021 pada bulan lalu, Meor Razak berpendapat makna daripada ayat al-Quran itu sekadar retorik malah jauh sekali untuk dihayati.

“Kalau beliau menghayati dan mengamalkan apa yang diucapkannya, sudah tentu Kelantan terlebih dahulu dijadikan contoh atau model pengurusan alam sekitar yang mampan,” katanya lagi.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan ketika hadir di persidangan COP-26 di Glasgow, Scotland pada 10 November lalu menyampaikan kenyataan negara dalam bahasa Melayu selama empat minit.

Timbalan Presiden Pas itu memulakan ucapannya dengan surah Ar-Rum, ayat 41, yang menerangkan bahawa kerosakan alam berpunca daripada perbuatan manusia, sebelum menyatakan komitmen negara terhadap usaha melestarikan alam sekitar di Malaysia.

BN AMAT BERPELUANG CERAH MENANG PRU15 JIKA ISMAIL SABRI DIJADIKAN ‘POSTER BOY’

 

Sejak belum dilantik sebagai Perdana Menteri lagi saya sudah sering menulis dengan mengatakan Ismail Sabri Yaakob adalah pemimpin yang tidak cukup keupayaan serta kemampuan untuk menjadi ketua bagi menerajui negara ini.

Sebagai Perdana Menteri, seseorang itu adalah umpama paglima di medan perang di mana dia mesti cekap, agresif, tangkas, berwibawa, disegani serta tidak malu mengeluarkan suara.

Ismail Sabri, sebagaimana kita semua sedar dan saya sendiri kenal sikit-sikit dengannya kerana pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, tidak memiliki semua ciri-ciri itu.

Lebih daripada itu, beliau juga tidak pernah memiliki sebarang rekod cemerlang sama ada sebagai pemimpin UMNO dengan bermula penglibatannya di peringkat nasional sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia atau ketika menjadi menteri di beberapa kementerian selepas itu.

Pencapaian atau berjalannya beliau di trek perjuangan selama ini adalah biasa-biasa saja, malah tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.

Mara Digital yang ditubuhkan melalui ideanya yang bersalut sentimen perkauman pun akhirnya terkubur begitu saja.

Tetapi, berikutan kekalahan BN dalam PRU14 dan berlaku pelbagai kekalutan kemudiannya, maka tertulislah rezekinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika BN tidak kalah pada PRU 2018 lalu, Ismail Sabri bukan saja tidak mungkin berpeluang jadi Perdana Menteri, bahkan nak jadi Timbalan Perdana Menteri pun jauh panggang daripada api.

Begitu pun, sebagaimana tertulis rezekinya untuk jadi Perdana Menteri, turut sama tertulis ialah takdirnya yang lebih cepat dipertikai dan ditolak rakyat.

Tidak pernah ada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang bukan saja ditolak, malah disuruh berhenti hanya setelah tiga bulan memegang jawatan itu.

Kalau ketika menjadi menteri dahulu, kelemahan dan ketidakupayaannya tidak begitu ketara, namun setelah memegang jawatan Perdana Menteri, ia tentunya tidak mampu disembunyikan lagi.

Mereka yang lemah dan tidak menyerlah ketika memegang jawatan menteri, pasti akan lebih buruk prestasinya jika setelah memegang jawatan lebih tinggi atau mengetuai kerajaan.

Ketika ini, bukan saja rakyat biasa dan orang di merata-rata mempertikaikan kelemahan, ketidakmampuan dan ketidakupayaan Ismail Sabri, malah dalam UMNO sendiri makin kedengaran nada yang sama terhadapnya.

Ramai dalam UMNO sendiri tidak lagi menyembunyikan rasa kecewa kerana selain beliau tidak lebih baik, juga jauh lebih buruk daripada Mahiaddin Md Yasin yang dijatuhkan sendiri oleh UMNO.

Sepatutnya, dengan Mahiaddin dijatuhkan kerana kegagalannya, penggantinya mestilah lebih baik, bukan gagal lebih teruk daripada itu.

Mahu tidak mahu, UMNO kini terpaksa menanggung malu yang bukan kepalang disebabkan prestasi Ismail Sabri yang mengecewakan itu.

Dan berdepan PRU15 akan datang, dilema paling besar bakal menanti UMNO dan BN ia

lah sama ada mahu terus mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri lagi atau sebaliknya.

Jika beliau diletakkan sebagai calon Perdana Menteri, sudah pastilah Ismail Sabri juga akan menjadi “poster boy” BN yang mana poster-poster gambarnya akan ditaburkan ke seluruh negara sebagai umpan untuk menarik sokongan.

Soalnya, bolehkah Ismail Sabri yang gagal teruk, lebih gagal daripada Mahiaddin dan tercatat sebagai Perdana Menteri paling gagal hanya setelah tiga bulan memegang jawatan menjadi tarikan untuk rakyat memilih BN sebagai kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang?

Kecuali jika rakyat sudah hilang akal dan merasakan mahu lebih lama hidup derita di bawah kepimpinan seorang Perdana Menteri yang lemah, barangkali barulah potensi untuk BN menang PRU15 agak cerah dengan menonjolkan lagi Ismail Sabri. – ShahbudinHusin 29/12/2021.