AGBIMUDDIN TERBANG KE FILIPINA?

Sama ada dia ni boleh terbang tanpa landasan penerbangan tanpa melalui Jabatan Imigresen, aku agak konfius.Tak kan tak ada maklumat sehingga dia dapat terbang tanpa di kesan.Gamaknya dia ada landasan penerbangan sendiri.Aku suka memetik kenyataan begini:




Lahad Datu: Agbimuddin sudah pulang meninggalkan orang-orangnya, kata Jeneral

March 15, 2013



SHAH ALAM, 15 Mac — Pemimpin militan Sulu Agbimuddin Kiram telah terbang ke kampung halamannya di selatan Filipina kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini.
Beliau mengatakan pasukan keselamatan negara membuat kesimpulan tersebut selepas mengkaji maklumat risikan.


“Agbimuddin telah meninggalkan orang-orangnya dan terbang ke kampung halamannya,” kata Zulkifeli (gambar) dipetik dari laman The Star Online bercakap dalam satu sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar lewat petang ini.


Ismail mengatakan, dari maklumbalas komander pasukan keselamatan maklumat di bawah membuktikan Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III sudah tidak bersama orang-orangnya.



BAGAIMANA PULA ORANG YANG MEMBERI IC?

Lucut kerakyatan tali barut pengganas sulu — veteran UMNO

 

Aku melihat bahawa kenyataan ini ada maksudnya yang agak mendalam.Namun sekali imbas adalah lebih mudah untuk melihat bahawa sesiapa sahaja yang terlibat dalam memberi projek IC harus di lucut kerakyatan.Tak begitu Datuk?.
March 15, 2013
 
KUALA LUMPUR, 15 Mac — Veteran Umno menggesa kerajaan melucutkan kerakyatan penduduk tempatan yang membantu dan menjadi tali barut pengganas Sulu dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Setiausaha kelab Datuk Mustapha Yaakub berkata golongan itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana mengkhianati agama, bangsa dan negara.

“Veteran menggesa kerajaan supaya menyiasat, menangkap dan menghukum tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan warga asing di Lahad Datu, Sabah dengan segera tanpa kompromi dan tanpa mengira kedudukan mereka.

Tindakan segera ini perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada negara.

“Veteran yakin memang wujud tali barut dan Si Kitol di sebalik pencerobohan itu, sama ada mereka pemimpin politik atau penduduk tempatan,” katanya kepada Bernama hari ini.


Dalam tragedi berdarah di Sabah itu, 10 anggota pasukan keselamatan gugur manakala 58 daripada kumpulan militan ditembak mati. — Bernama



UMNO DENGAN TELUR BERPISAH TIADA




Bas Merdeka Rakyat ‘dilencong’ ke ceramah Umno diserang samseng

(Norutul Ilham)
PAHANG 15 MAC: Genap seminggu selepas diserang sekumpulan samseng Umno BN di Bukit Katil, Melaka; bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan kayu pula dalam program sama ke negeri kelahiran Perdana Menteri,  malam tadi.

Ketua Cabang KEADILAN Kuala Krau, Suhaimi Said, berkata  bas itu ‘dilencong’  dari laluan asal selepas dihampiri sebuah lori dengan bendera PAS yang seolah-olah  penunjuk arah untuk ke tapak ceramah di Kuala Mai, Kuala Krau, kira-kira jam 11 malam.
serang“Bagaimanapun, lori berkenaan berhenti mengejut di tapak ceramah Umno sebelum pemandu melarikan diri. Ketika itu bertalu-talu batu dibaling dan kayu ditusuk ke bas.

“Apabila berita tersebar, penyokong Pakatan di tapak ceramah berhampiran datang untuk menghalang. Berlaku sedikit pergaduhan tetapi tiada yang cedera.

“Bas kemudian meneruskan perjalanan ke tapak ceramah Pakatan,” katanya dan menambah lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membantu menyurai kumpulan samseng Umno yang lari lintang pukang.
Sementara itu, seorang remaja yang terlibat dalam perbuatan itu mengaku  dibayar RM20 untuk membaling batu dan kayu, selain RM15 sebagi kos motosikal.

“Remaja itu mengaku Umno yang upah mereka tapi takut untuk dedahkan individu terlibat,” katanya seorang penyokong Pakatan yang mengenali remaja berkenaan dan bertanya insiden itu.

Untuk tonton rakaman serangan, KLIK INI.


Berani Najib gugurkan 8 rakan korup ini? (LM)

8 SAHABAT KOTOR? 

Rafizi cabar Najib untuk gugur 8 pemimpin kanan Umno dari senarai PRU ke-13

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah menyenaraikan 8 pemimpin kanan Umno dan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan mereka dari menjadi calon dalam pilihan raya yang umum ke-13.

Siapa-siapakah mereka? Baca seterusnya di:  Berani Najib gugurkan 8 rakan korup ini?

UmnoReform akui kini Umno tersepit! (LM)

Umno tersepit? — Anuar Mohd Nor

15 MAC — Umno sendirian! Adakah benar Umno sendirian dalam menghadapi PRU 13? Adakah benar komponen lain sudah sampai ke tahap lepas tangan dan seakan tidak mampu lagi melakukan apa-apa dalam usaha untuk menjadikan BN peneraju utama politik dan ditabalkan sebagai kerajaan memerintah dengan sokongan melebihi 2/3 majoriti.

(OPS DAULAT) Belanja Pertahanan RM75 Bilion Tetapi Kem + Kelengkapan Tentera Daif. Risikan Taktikal Lemah!

(OPS DAULAT) Belanja Pertahanan RM75 Bilion Tetapi Kem + Kelengkapan Tentera Daif. Risikan Taktikal Lemah!


Gambar Tentera Lahad Datu
Satu demi satu perwira negara kita tumbang di medan pertempuran di Lahad Datu Sabah. Masa terus berlalu, tidak pasti sampai bila tragedi Lahad Datu Sabah akan menemui titik noktahnya. Kelmarin,  kami sempat mendengar dan meneliti di salah satu saluran radio di mana menemuramah seorang Profesor dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di mana beliau :
  1. menemplak sekeras-kerasnya Projek IC Sabah (DI SINI)
  2. rundingan terlampau lama dengan penceroboh
  3. dan juga kawalan perairan pantai Sabah terlalu lemah.
Dan beliau sempat menyentuh kumpulan-kumpulan Islam di Filipina di mana :
  • tidak wujud sebenarnya “Muslim Brotherhood” di sana kerana lebih gembar bergasak dan bertelingkah sesama-sesama dalam kehidupan berpuak-puak.
  • Sanggup angkat senjata semata-mata kerana duit (kerana desakan hidup)
  • Mereka ini apabila sudah mengangkat senjata, tidak mudah untuk menyerah begitu sahaja (ini hasil kajian yang dilakukan kes demi kes sejak sekian lama, sebab itulah rundingan dengan puak pengganas seperti ini tidak logik)
  • Berlakunya jurang yang sangat melebar antara Kristian dan muslim di Filipina
  • Dan lain-lain lagi….
pengganas lahad datu

Senarai anggota keselamatan terkorban

Laporan berita terkini Lahad Datu Sabah yang diterima menyenaraikan senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:
  1. 1 Mac 2013 – ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69.
  2. 1 Mac 2013 – Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69.
  3. 2 Mac 2013 – ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.
  4. 2 Mac 2013 – ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.
  5. 2 Mac 2013 – Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
  6. 2 Mac 2013 – L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
  7. 2 Mac 2013 – Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
  8. 2 Mac 2013 – Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
  9. 12 Mac 2013 – Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.
  10. 12 Mac  2013 : Kpl Ahmad Farhan Ruslan,  21, dari Batalian 3

9 Gambar Ops Daulat Tragedi Lahad Datu Sabah

Antara Punca Pencerobohan Pengganas Lahad Datu Sabah?

Rundingan yang terlalu lama satu hal juga. Satu lagi persoalan yang bermain di fikiran kami (dan kami tidak merasakan yang mana kami bersendirian memikirkan persoalan seperti ini),  bagaimana perairan negara kita mudah mudah diceroboh oleh penagganas Lahad Datu Sabah sepertimana yang dibangkitkan juga oleh profesor UPNM di atas tadi  :
Polis Lahad Datu Sabah
(Hansard Parlimen Tahun 2009 : KLIK SINI)
Adakah ini salah satu punca pencerbohan pengganas Lahad Datu Sabah selepas operasi Polis Marin ditamatkan?
pengganas lahad datu sabah
Walauapapun, tragedi Lahad Datu Sabah telah membuka mata ramai pihak yang bertanggungjawab. Kadang-kadang suatu perkara sangat pahit untuk diterima walaupun ia satu kebenaran. Ya…Harapan kami supaya : -
  • Kepentingan keselamatan perairan kita terus diberikan keutamaan
  • APMM vs Polis Marin – mana lagi berkesan? Mengapa diketepikan peranan & kebolehan barisan polis marin kita (based on history – Polis marin properly trained)
  • Latihan asas survival atau cara-cara hidup dalam pelarian buat  orang-orang kampung di penempatan atau kawasan yang dilabelkan  atau terdedah kepada kawasan MERAH (di aman ada kemungkinan ada penceroboh)
  • CCTV di kawasan-kawasan yang  senang dicerobohi yang link terus kepada semua pegawai tertinggi daalm tentera, polis, Imegresen
  • Diwujudkan kawasan keselamatan andaikata berlaku pencerbohan atau lain-lain
  • Ada daripada anda mahu ditambah bilangan cadangannya?
Andaikata besar belanjanya, apalah salahnya jika ia untuk tujuan keselamatan dan keamanan negara. Bagi kami, rakyat Malaysia tidak kisah jika banyak perbelanjaan negara digunakan utnuk tujuan kebaikan. Rakyat cuma ada masalah jika ada senjata atau peralatan perang yang lain sepatutnya dibeli pada harga RM1 bilion tetapi dibeli dengan harga RM3 bilion atas nama komisen. (SEPERTI DI SINI)
Gambar Datuk Ghafir Abdul HamidAnggaplah teguran & kritikan ini ibarat seorang bapa epada anaknya atas nama sayangkan keluarganya. Beliau yang kami maksudkan adalah mantan timbalan panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid. Melihatkan jawatan yang pernah disandangnya sahaja kita sudah boleh menilai pengalamannya, kecekapannya, taktikalnya dan kepimpinan dalam angkatan tentera.
Bagi kami tragedi Lahad Datu hanyalah secebis kuman berbanding sebahagian pengalamannya termasuklah sebagai Pegawai Pemerintah Batalion Malbat ke Namibia. Apa kritikan teguran disebalik tragedi Lahad Datu kali ini?
  • Ops Daulat sepatutnya memakan masa sehari sahaja tetapi terus berlanjutan kerana ketiadaan risikan taktikal lengkap oleh pasukan pertahanan
  • Maklumat risikan taktikal yang lengkap akan membolehkan pasukan keselamatan negara mengekang kemaraan pengikut Jamalul Kiram III daripada menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu sewaktu pencerobohan mula berlaku
  • Kalau psukan keselamatan tahu bagaimana taktik musuh, walaupun mereka masuk dengan 200 orang dia tidak akan sempat berada di (Kampung) Tanduo atau berada di pinggiran (Kampung) Tanduo.
  • Pada sidang media tersebut, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir Kementerian Pertahanan.
  • Menemplak pihak yang bertanggungjawab apabila kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan
  • Pembelian senjata yang dijalankan selama ini secara rundingan terus sebenarnya hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya anggota tentera Malaysia tidak mendapat senjata yang terbaik.
  • Selain itu, Malaysia tidak dapat faedah pemindahan teknologi setiap kali membeli senjata sedangkan negara miskin seperti Pakistan apabila membeli senjata mendapat teknologinya sekali.
P/S : Sama-sama kita sedekah Al- Fatihah kepada kesemua perwira negara yang terkorban semasa berjuang di medan pertempuran menjaga keselamatan kita semua di sini. Al-Fatihah.


UNDI PAKATAN RAKYAT