SATU LAMBANG




Konvensyen PR : Satu lambang rasmi menjelang PRU 13


Thursday, 10 December 2009 5:52 PM Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Segala masalah dalaman parti jangan sesekali dibangkitkan dan didedahkan kepada media khususnya yang dimiliki rejim BN dan kita seharusnya berusaha menutup segala ruang yang boleh dimanipulasi oleh mereka.



Demikian respon Ahli Parlimen (MP) Kepong, Dr. Tan Seng Giaw sebagai mengulas fokus penting yang perlu ditekankan oleh pimpinan PR pada Konvensyen pertama Pakatan Rakyat (PR) 19 Disember ini.



Seng Giaw berkata, media yang dimiliki rejim BN akan mencari apa jua ruang dan masalah dalam PR untuk dijadikan subjek berita walhal perkara kecil sehinggalah kedudukan PR sedikit terjejas kesan mainan persepsi tersebut.



Menurutnya, sudah menjadi kelaziman media rejim Umno/BN untuk membesar-besarkan cerita dan berita dalaman PR seterusnya digambarkan sebagai krisis walhal perkara itu hanyalah kecil.



“Kadang-kadang sesuatu perbezaan pendapat yang wujud bagi sesetengah pemimpin dalam PR sebenarnya baik kerana kita tidak menutup ruang perbincangan malah mengamalkan semangat demokrasi di mana setiap parti komponen mempunyai ruang untuk bersuara.
Namun, media BN tetap memanipulasinya sebagai pergesaran atau pergaduahan besar sehinggakan rakyat boleh terpengaruh dan ini tidak baik untuk imej PR,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.



Beliau menambah, perkara lain yang juga mesti menjadi fokus pengisian dalam konvensyen itu ialah perlunya pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat menunjukan integriti yang tinggi kerana rakyat akan terus menilai bagaimana kita mentadbir sebelum diberi peluang memerintah Malaysia selepas ini.



Mengulas isu sama, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, konvensyen itu kelak akan mengishtiharkan perkara-perkara dasar yang menjadi pegangan bersama setiap komponen PR selain berusaha untuk mendaftarkan gabungan itu di bawah satu lambang.
Menurutnya, walaupun PR akan ada lambang bersama dan digunakan buat pertama kalinya pada pilihan raya umum akan datang namun, setiap parti komponen akan mengekalkan lambang parti masing-masing kerana ia ada nilai bagi sesetengah segmen dalam masyarakat.



Berkaitan manifesto, beliau memberitahu, sudah pastinya PR akan menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat terutamanya dari segi ekonomi dan kebajikan memandangkan di bawah pemerintahan rejim BN pengurusan ekonomi negara gagal diuruskan dengan baik dan indeks rasuah kian parah memburukkan lagi keadaan itu,” katanya.



Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata, selepas permbentangan kertas kerja oleh setiap pimpinan PR pada konvensyen itu, hadirin akan diberi peluang untuk mengemukakan pandangan sebelum satu resolusi diputuskan sebagai persiapan menjelang PRU 13.




PENYAMUN DUIT RAKYAT KENA CEKUP-MENTERI BAGAIMANA???


PKFZ: Bekas Pengurus Besar LPK mengaku tidak bersalah
10/12/2009 5:04pm
KLANG 10 Dis. - Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPZ), Datin Paduka Phang Oi Choo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan pecah amanah membabitkan RM254 juta antara Oktober 2004 dan Januari 2006.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd., Stephen Abok dan seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swe juga mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas dua tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM5.41 juta kepada LPK.
Bernard turut didakwa atas 24 lagi pertubuhan membuat tuntutan palsu bernilai RM112 juta kepada lembaga tersebut.
Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan Oi Choo dibebaskan dengan ikat jamin RM350,000 manakala Stephen dibebaskan dengan RM200,000 dan Bernard RM450,000.



Lebih ramai akan didakwa berhubung skandal PKFZ
10/12/2009 6:04pm
PUTRAJAYA 10 Dis. - Lebih ramai lagi individu akan didakwa dalam masa terdekat berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail berkata, seorang jurutera Kuala Dimensi Sdn. Bhd. akan didakwa di mahkamah Isnin ini.

KENYATAAN PLAYSAVE-KENAPA DULUNYA DIAM MEMBISU...MACAM BACUL