Pembukaan semula sekolah: Ibu bapa zahir perasaan bimbang

 

Dewi Nur Harasha Alias
Pembukaan semula sekolah: Ibu bapa zahir perasaan bimbang
Ibu bapa menzahirkan perasaan bimbang apabila faktor usia anak yang masih kecil berkemungkinan tidak mampu untuk mematuhi SOP sepenuhnya. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Sebahagian besar golongan ibu bapa di Pulau Pinang masih meluahkan perasaan bimbang bagi melepaskan anak mereka untuk kembali semula ke sekolah.
Meskipun kerajaan telah membenarkan pembukaan semula sekolah secara berperingkat namun perasaan takut dan bimbang masih wujud dalam kalangan ibu bapa.
Menurut Azlan Anwar yang merupakan seorang pengurus syarikat, beliau berkata, faktor usia anak yang masih kecil membuatkan pihaknya bimbang terutamanya melibatkan tahap kebersihan.
“Anak saya masih kecil lagi jadi mungkin SOP mereka tidak dapat patuh sepenuhnya khususnya penjarakan sosial dan sebagainya,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Sabtu.
Sementara itu, menurut seorang lagi bapa, Azad Wahab berpendapat keadaan angka kes yang masih lagi berada dalam kedudukan yang tinggi juga mencetuskan kebimbangan ibu bapa.
“Kes kita lihat masih bertambah, bila mereka balik di rumah juga anak-anak yang lain ramai dan keadaan di sekolah sekarang tidak seperti dulu sebab kita dalam keadaan normal baharu,” katanya lagi.
Kerajaan pada Jumaat memutuskan murid sekolah rendah bagi darjah satu dan dua serta pra sekolah bakal memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka bermula 1 Mac ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memaklumkan, sesi persekolahan bagi murid darjah tiga, empat, lima dan enam pula akan bermula pada 8 Mac.

LELAKI MENGAKU MURT4DKAN GADIS MUSLIM

SAH!! UMNO Buang BERSATU - Tolak Jawatan TPM | PN BAKAL TUMBANG



Krisis perpecahan pakatan longgar dan Kerajaan tiada majoriti Muhyiddin Yassin semakin menggelegak. UMNO sudah buat keputusan tidak mahu berkerjasama dengan UMNO dalam PRU. Apakah langkah Muhyiddin seterusnya, MengHARAMkan UMNO?? Jangan terperanjat. Politik yang sentiasa penuh dengan ketidak tentuan. #krisisbersatu #umnokeluarpn #pnhilangmajoriti #muhyiddin #muhyiddinyassin #muhyiddinout #muhyiddinresign #pntumbang #muhyiddinzahid #anwar4pm #ahmadzahid #ahmadmaslan #mesyuaratumno #umnobersatu #muafakatnasional




NARATIF PAS TIDAK SELARI DENGAN TINDAKAN



“Ekosistem di mana terlampau ramai orang yang terlibat dengan rasuah, budaya memberi rasuah dan menerima rasuah dan budaya boleh terima rasuah. "InsyaALLAH kalau kita ada keikhlasan kesungguhan (untuk banteras rasuah) kita akan dapat bina Malaysia baharu dengan naratif baharu, yang betul-betul adil dan saksama," katanya dipetik Sinar Harian.


1 Million Signatories for better Malaysia: We can now make a difference!...

TNI1 | 160412 | "Risau Menanti Mati & Dracula Ekonomi Dunia" - Ustaz Sha...lives from penang

EDISI KHAS MINGGUAN 009 | PANAS!!! RPTN 2021-2030: KERAJAAN MELAYU ISLAM...






MENARIK DALAM EDISI KHAS 009

1. IKHLASKAH MUHYIDDIN DALAM ISU PERPADUAN? 2. BILA MENTERI MAKAN GAJI BUTA 3. SEJAUH MANA APLIKASI SUGARBOOK DIHAPUSKAN?





AMANAH lancar Tabung Peduli Pendidikan Nasional

 


AMANAH lancar Tabung Peduli Pendidikan Nasional


Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional berpandangan kedudukan sistem pendidikan negara semakin celaru akibat penularan Pandemik Covid-19.

Sejak tahun lepas pelajar yang tiada akses internet dan peranti terus ketinggalan dalam era pandemik norma baharu.

Hampir 70% murid diseluruh negara tidak mampu menyertai sesi Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR) disebabkan oleh tiadanya kemudahan komputer riba atau peranti.

Untuk merapatkan kesenjangan yang berlaku diantara golongan yang mampu dengan mereka dari golongan B40 dan M40 dalam Pengajaran dan Pembelajaran diatas talian terutama sekali dalam waktu PKP,

AMANAH Nasional telah bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat untuk melancarkan Tabung Peduli Pendidikan AMANAH Nasional 2021.

Hasil kutipan tabung itu akan diberikan kepada keluarga yang memerlukan.

Misi Penubuhan Tabung antaranya mewujudkan Dana lestari untuk membiayai pelbagai inisiatif bagi memastikan murid mendapat pendidikan yang berkualiti.

Justeru, Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional mengumumkan Yang Berhormat Mohamad Sabu selaku Presiden Parti Amanah Negara akan melancarkan tabung ini secara rasmi pada Ahad, 21 Februari 2021.

Pelancaran ini akan dijalankan secara atas talian dan dijemput semua pengamal media untuk menyertainya melalui laman rasmi Facebook Parti Amanah Negara ataupun Facebook Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional. 



Restoran dibenar hidang arak kerana tidak bertentangan dengan SOP PKP

 


Restoran dibenar hidang arak kerana tidak bertentangan dengan SOP PKP


Restoran dibenarkan menghidangkan arak dengan makanan kerana tidak bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), kata penasihat undang-undang Persatuan Pemilik Restoran & Bistro hari ini.

Ia adalah resposn peguam David Gurupatham terhadap tindakan polis malam tadi yang mengarahkan beberapa restoran sepanjang Jalan Telawi di Bangsar untuk berhenti menghidangkan arak, kononnya bagi mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut seorang pemilik, polis kembali beberapa jam selepas itu dengan arahan baharu bahawa mereka boleh menghidangkan arak, tetapi tanpa “pelayan dan lampu bar”.

“Di bawah SOP semasa, tidak ada larangan untuk restoran menghidangkan arak dengan makanan.

“Sekatan, seperti yang saya fahami, adalah untuk pub dan kelab untuk tidak menghidangkan makanan, bukan sebaliknya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pihak penguat kuasa terikat dengan parameter undang-undang dan tidak boleh bertindak “sewenang-wenangnya”.

“Apabila wujud kesan perundangan, pihak penguat kuasa bertanggung jawab menunjukkan peruntukan undang-undang tepat ketika menyekat hak asasi yang diberikan kepada rakyat berdasarkan perlembagaan persekutuan,” tambah Gurupatham.

Beliau meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah dan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa supaya segera menjelaskan kedudukan kerajaan berkenaan hal itu, dan sekiranya gagal, premis boleh membawa isu itu ke mahkamah.

“Hak untuk hidup dan mata pencarian dilindungi di bawah Perkara 5 perlembagaan persekutuan.

“Pada saat industri F&B (makanan & minuman) berdepan penutupan dan pemberhentian kerja, ini bagaikan luka dicurah garam,” katanya.

Gurupatham juga berkata, tidak ada data saintifik yang mengaitkan penjualan arak di restoran sambil mematuhi SOP dengan penularan Covid-19 lebih meluas. 



MAI KITA LIHAT KEDUDUKAN 7 MP KHIANAT PKR DARI SEMENANJUNG DALAM PRU15 NANTI.

 

MD ZULAIMI KAZIN


Kita andaikan BN bergabung dengan PN bermakna (UMNO+PAS+PPBM+GERAKAN+MCA+MIC) lawan PH.

Simulasi dari keputusan PRU14 saya ambil kira mereka dapat solid undi dari BN dan PAS, berapa peratus undi yang perlu mereka bawa bersama yang mereka perolehi masa bersama PH.

Zuraida paling tinggi memerlukan 30% undi dari PH dan Azmin 21% undi.

Apakah mereka akan terus kekal di Gombak dan Ampang? Nak lari kemana?

Dalam ramai-ramai depa hanya Dato Saifudin Abdullah agak selamat hanya cukup dengan undi PAS + BN, soalnya apakah BN akan bagi laluan?

Sama-sama kita lihat rentak tari mereka ini, tak sabar kita untuk humbankan mereka semua ini sbb mereka khianati mandat rakyat.



May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text

Saifuddin ni pun tak selamat juga kerana kawasan tersebut adalah kawasan kukuh bagi PKR sejak 4 penggal lepas

May be an image of 1 person and text that says "m APA JADI PADA DEPA PRU15? Dato Rasyid kali pertama bertanding di Batu Pahat dan sebelum ini banya masa berkhidmat di .Pinang. Dikenali rapat dengan DS Anwar sehingga diberi peluang menajdi TKM P.Pinang. Sukar untuk beliau tarik undi 11% atau 5,052 undi PH bersama beliau untuk dicampur dengan undi BN dan Pas. UNDIPRU 14 MINIMA UNDI ASAL undi P.150 BATU PAHAT DATO' DR MAHFODZ BIN MOHAMED (PAS) MOHD RASHID (PH) HALIZA DETA IZA BINTI ABDULLAH (BN) PRU 15 PN+BN 8,173 45,929 28,035 17,894 11.00% 5,052 41,260 40,877 DEPA KHIANAT MANDAT RAKYAT, INGAT!"




 

MANA MENTERI AGAMA DIAM MEMBISU

 

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah menyifatkan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) sebagai lemah sehingga membiarkan kejadian murtad berlaku tanpa sebarang tindakan.


Abdul Rani juga mempersoalkan sikap berdiam diri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad berhubung video memaparkan pengakuan seorang lelaki memurtadkan seorang wanita Islam.


Dia berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mengenai isu video berkenaan yang kini tular di media sosial.


"Jakim itu lemahlah. Itu sebab orang berani usik agama.


"Kenapa menteri agama tak keluarkan kenyataan? Sepatutnya dah tular beberapa hari, kenapa diam? Kenapa majlis agama Islam negeri diam?


"Jakim itu sendiri lemah, itu sebab orang boleh mempermainkan agama. Jakim (harus) ambil tindakan tegas. Naikkan kepada kementerian, baru betul," katanya kepada pemberita di luar IPD Sentul.


Turut hadir membuat laporan polis ialah wakil Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).

Menteri Pendidikan tiada hala tuju yang jelas, gagal memahami rakyat

 


Menteri Pendidikan tiada hala tuju yang jelas, gagal memahami rakyat


KEBODOHAN MENTERI PENDIDIKAN MEMAHAMI RAKYAT..

Aku takda masalah sekolah nak dibuka.. Tapi bukan soal Sekolah itu dibuka, Tetapi bagaimana Kementerian Pendidikan mengatur hala tuju dan mengurus jadual persekolahan dan Pembelajaran.. aku rasa ini kali ke berapa, Dia Umum, dan lepas tu U-turn..

Nampak gaya Menteri berucap bergaya macam orang pandai.. Tetapi kerap menyusahkan Ibu bapa dan Guru sekolah sendiri.. sekolah dijangka dibuka pada 1 Mac. tak sampai 10 hari dari sekarang.. maksudnya lebih kurang seminggu..

Kerajaan kena ada satu hala tuju yang jelas.. kalau mahu sekolah dibuka, Sepatutnya Menteri nasihat tangguhkan pembelian gajet atau Komputer riba.. ikuti pembelajaran dari rakaman atau channel Youtube atau Facebook cukup..Jika mahu laksanakan pembelajaran dari atas talian, secara maya pun kena ada persediaan.. ada dibekalkan alat bantuan seperti Komputer atau Tablet.. Begitu juga siaran TV pendididikan..

ini baru rasmi TV pendidikan kelmarin, hari ni pergi sambung Sekolah.. sebab apa ? Sebab nak tutup kegagalan Kerajaan sediakan bantuan Kamputer riba seperti dijanjikan..setelah ibu bapa bergolok bergadai ada yang guna duit pengeluaran Sinar beli Tablet dan Laptop.. Kali ni terpaksa bersiap sedia dengan wang belanja ,Beli keperluan Sekolah dan kos menghantar anak ke Asrama..

PKP hanya akan tamat di lembah Klang, Johor pada 8 Mac.. Bila nak buat pengumuman tu.. Buat secara tersusun..pastikan persediaan.. mulakan dengan pembukaan sekolah kehadiran secara pilihan, Buka sekolah di satu lokaliti setempat dulu… Asrama tangguh dulu..

Dah pasti bila Asrama kembali dibuka..ada pergerakan rentas daerah dan negeri.. Kes masih tinggi..Apakah Penasihat kesihatan tidak belajar bagaimana 41 calon SPM sekolah asrama di Machang positif Covid-19 baru baru ini di Kelantan.. Apakah selepas ini selepas ada kluster Kilang, ada pula kluster asrama dan Sekolah.. ?

Aku tak faham bagaimana cara Penasihat kesihatan..Menteri hari ini berfikir.. punyalah teruk.. Bila nak laksana pendidikan maya, Perlu ada persediaan..Bila nak buka sekolah pun kena ada persediaan yg sama.. Cara Menteri pendidikan sama macam SOP caca marba Menteri Pak Mail buat dalam membendung wabak Covid-19.. sampai dah takda beza PKP,PKPB…

Kerajaan tebuk atap ini serba Gagal..Urus wabak Covid-19 pun gagal.. Urus Ekonomi pun agal.. Uruskan SOP Masjid pun gagal…La ni uruskan hal ehwal Pendidikan pun gagal.. ni lah bahana tubuh kerajaan cara Khianat.. 🙂

Ipohmali



HAI PAS, DA MA CAI SUDAH DIBUKA…



BOB KELANANG


Keperluan mendesak ker untuk buka kedai Da Ma Cai ni sebenarnya. Korang rasa lah, kalau masa ni kerajaan memerintah adalah PH. Berapakah dalil dakyah akan dikeluarkan oleh pembangkang.

Benda boleh buat secara atas talian, kenapa perlu heret rakyat untuk pergi beratur dan berkerumun di kedai Da Ma Cai.

Sepatutnya, pemuda Pas bangkit menentang perjudian nombor ekor. Perhimpunan Icerd boleh buat, takkan perhimpunan tutup Da Ma Cai tak boleh. Kan?

KOH KOH KOH… jilaker!!



May be an image of standing and text that says "mal maloysiÄkini DRAW சிறப்பு குலு கல BERITA Hazim malaysiakini, com Kedai nombor ekor dibuka kembali Kow Gah Chie Diterbitkan sejam lepas Dikemaskini sejam lepas A+ A- Syarikat nombor ramalan mengumumkan membuka semula operasi selepas mendapat kebenaran hari ini. Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, Magnum Bhd dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (Da Ma Cai) mengumumkan pembukaan semula itu melalui media sosial dan laman web masing-masing. Pan Malaysian Pools berkata Da Ma Cai akan dibuka dengan mengambil kira SOP dan keselamatan pelanggan."





 

#PDRM SEMOGA SISAT KES INI YANG DIKATAKAN MENGHINA PIMPINAN NEGARA DAN AGAMA ISLAM

May be an image of 2 people, beard and text that says "Mana mau lari deyy.. Jabatan Netizen Negara buat kerja cukup cepat punya deyyy 45 Like 47 Comments Comment Share et"May be an image of text that says "THILAN A/L M SIRANJEEVI JANTINA LELAKI BANGSA INDIA ALAMAT TETAP NO 11 JALAN PERJIRANAN 11/25 BANDAR DATO ONN 81100 MIRI JOHOR ALAMAT SURAT-MENYURAT NO 46 JALAN BUKIT IMPIAN 21 81300 JOHOR BAHRU JOHOR TELEFON BIMBIT 017-7779682 EMEL 81170158 TARIKH LAHIR 28/04/1992 Ra199n 下11791"

Umno tolak TPM, tidak akan kerjasama dengan PN dalam PRU-15

 Umno tolak TPM, tidak akan kerjasama dengan PN dalam PRU-15


Umum sekolah dibuka kerana kerajaan gagal laksana PdPR

 

Umum sekolah dibuka kerana kerajaan gagal laksana PdPR
Peranti tidak cukup, liputan internet tidak meluas antara faktor utama PdPR tidak dapat berjalan dengan baik menyebabkan ada pelajar tidak dapat mengikuti PdPR.

NEGERI MELAYU ISLE...KAU HADO DAN BAGI KE ?

 

Pulau Pinang umum Pakej Bantuan 3.1 dengan kos RM8.41 juta

Pulau Pinang umum Pakej Bantuan 3.1 dengan kos RM8.41 juta

Restoran sudah dibuka, tapi masih tidak boleh adakan sidang Parlimen

 


POSTED BY AMIR WRLR


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pelbagai perkara yang gagal ditangani kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga ke hari ini.

Beliau berkata, segala-galanya bermula dengan masalah keabsahan kerajaan dan mendakwa kuasa darurat disalahgunakan.

"Seramai 115 ahli Parlimen menolak darurat, ada yang minta kaji semula, ada yang minta mengadakan sidang Parlimen segera. Kalau 115 dalam 220 ahli Parlimen, mereka sudah kehilangan majoriti dan bukan lagi kerajaan yang sah," katanya ketika mengulas pada sesi siaran langsung mengenai ‘The Renaissance Man: Prof Diraja Ungku Aziz’.

Pada masa sama, Anwar menganggap kerajaan sepatutnya melaksanakan inisiatif bantuan rakyat dengan agresif, bukan membelanjakan untuk kesenangan diri.

"Bila ada krisis Covid-19 yang menyebabkan kemelesetan ekonomi, perlu memperkenalkan banyak program untuk tangani isu rakyat.

"Tak boleh bercakap pasal tender baru, duit komisyen, lantik menteri yang ramai dan beri lebih banyak elaun. Ini tidak boleh diterima. Tidak ada keperimanusiaan dan keprihatinan terhadap rakyat. Ini membimbangkan," katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan, pembangkang menentang Belanjawan 2021 adalah disebabkan kegagalan kerajaan untuk membuktikan bahawa segala peruntukan itu adalah untuk Covid-19.

"Banyak perkara boleh dipersoalkan. Polisi pendidikan, kesihatan. Malah, PKP berubah setiap hari. Saya ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Port Dickson, jumpa polis di sekatan jalan raya dan mereka beritahu sudah tak tahu rule apa nak pakai, sebab hari-hari tukar rule.

"Tidak ada penjelasan dan ketelusan. Seperti isu vaksin, berapa banyak kos untuk membelinya, beli dari syarikat mana, berapa kosnya jika dibandingkan dengan pembelian yang dibuat oleh negara lain. Semua ini tiada jawapan. Kita diminta untuk tidak mempersoal sebaliknya ambil vaksin atau mati," katanya.

Anwar juga mengkritik SOP PKP yang seolah-olah sangat longgar sehingga boleh pergi ke mana-mana tetapi Parlimen masih tidak dibenarkan beroperasi.

"Kita boleh pergi restoran, boleh jumpa orang, macam-macamlah tapi tidak boleh adakan sidang Parlimen, adakah ini masuk akal? Boleh kata, rakyat dibenarkan buat semua benda tetapi bukan sidang Parlimen kerana sedang darurat," katanya.

Anwar yang juga Presiden KEADILAN sempat meluahkan rasa kurang puas hati terhadap tindakan sesetengah pihak yang mempersoalkan pengundi berusia 18 tahun, sedangkan ia sudah dipersetujui secara sebulat suara untuk menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.

"Membenarkan pengundi 18 tahun ini sudah dipersetujui oleh semua parti tidak kira kerajaan dan pembangkang.

"Ada yang persoal 18 tahun tak cukup matang nak faham politik. Padahal, yang umur 60 ke 70 tahun pun tak adalah faham sangat pasal politik. Lambang mana satu pun tak tahu.

"Jadi kenapa harus kita menafikan peluang orang muda untuk mengundi. Beri mereka peluang untuk sertai perdebatan politik dan beri mereka ruang untuk memahaminya," katanya lagi.

 

MN makin rapuh, PAS terus main tarik tali – Mat Taib

 


MN makin rapuh, PAS terus main tarik tali – Mat Taib


UMNO perlu bersiap sedia untuk bergerak bersendirian bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sekiranya Pas berterusan bermain tarik tali dalam memuktamadkan kerjasama Muafakat Nasional (MN).

Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, beliau melihat Pas sukar memberikan komitmen menjayakan koalisi MN yang turut disertai UMNO kerana parti itu lebih memikirkan kepentingan semasa berbanding kepentingan masa hadapan.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin Pas sebenarnya menyedari manfaat besar yang akan tercapai sekiranya koalisi MN dijayakan, namun mereka seolah-olah tidak memikirkan kepentingan jangka masa panjang iaitu PRU15.

“Daripada awal, Pas dapat melihat kejayaan dicapai MN termasuk menang beberapa pilihan raya kecil (PRK) berturut-turut.

“Kalau Pas-UMNO memuktamadkan kerjasama politik, gabungan MN akan membentuk pakatan bersama paling kuat dalam sejarah.

“Bagi saya, situasi Pas dalam MN diibaratkan ‘kalau hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih’,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Muhamad Khir Toyo yang mendakwa koalisi MN kini di ambang ‘perceraian’.

Terkini, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa Pas menyatakan pendirian sama ada mahu terus bersama MN atau Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU15.

Muhammad yang juga bekas Menteri Besar Selangor berkata, di sebalik kesukaran Pas memuktamadkan kerjasama dengan UMNO, beliau berpandangan pucuk kepimpinan UMNO masih beranggapan MN wujud.

Menurutnya, UMNO masih menunggu jawapan Pas sehingga tibanya PRU15 kerana parti itu sedar koalisi MN adalah satu kekuatan besar yang harus direalisasikan.

“Dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya, pemimpin Pas sendiri pun tahu formula terbaik mengenainya.

“Mereka tahu antara UMNO dan PN, siapa yang lebih kuat, mempunyai akar umbi dan jentera kukuh.

“Saya nasihatkan Pas jangan benda senang hendak dijadikan susah kerana yang rugi nanti adalah parti-parti Melayu sendiri,” katanya.

Antara keputusan PRK dimenangi gabungan BN-Pas
PRK Parlimen Cameron Highlands
Ramli Mohd Nor (BN) 12,038

Manogaran Marimuthu (PH-DAP) 8,800

Salehuddin Haji Abdul Talib (Bebas) 314

Wong Seng Yee (Bebas) 276

PRK DUN Semenyih
Zakaria Hanafi (BN) 19,780

Muhammad Aiman Zainali (PH-Bersatu) 17,866

Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) 847

Kuan Chee Heng (Bebas) 725

PRK DUN Rantau

Mohamad Haji Hasan (BN) 10,397

Dr Streram Sinnasamy (PH-PKR) 5,887

Malar Rajaram (83)

Mohd Nor Yassin (79)

PRK Parlimen Tanjong Piai
Dato’ Wee Jeck Seng (BN-MCA) 25,486

Karmaine Sardini (PH-Bersatu) 10,380

Wendy Subramaniam (Gerakan) 1,707

Prof Dato Ir Hj Badrulamin (Berjasa) 850

Ang Chuan Lock (Bebas) 380

Farah Aryani (Bebas) 32

PRK Kimanis
Datuk Mohamad Alamin (BN) 12,706

Datuk Karim Bujang (Warisan) 10,677