OWH.TERSEDAR AKU MENUMPANG DITANAH ORANG

 

Mariyah Yaakob, 47, yang dikenali sebagai 'Mak Cik Kemboja' dan anaknya Ezuan Hafsyam Mohd Hisyam, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan dihadapan Hakim Mohd Sabri Ismail. 


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews




𝗞𝗔𝗕𝗜𝗡𝗘𝗧 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗜𝗢𝗨𝗦 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗢𝗔 𝗟𝗔𝗞𝗡𝗔𝗧, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗚 𝗦𝗘𝗥𝗜𝗢𝗨𝗦??









1) SUDAH lama penyokong PH menegur tentang 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗣𝗡𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 yg gemar sungguh 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗼𝗮 𝗟𝗔𝗞𝗡𝗔𝗧 terhadap musuh politik walaupun sesama Islam. Ini semua perbuatan  𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗠𝗢𝗗𝗘𝗡. Kabinet sudah membincangkannya supaya KDN bertindak aktif menghentikan perbuatan seperti ini.


2) Kita tahu 𝗠𝗗𝗡 (𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶) sememangnya dilihat lembik kerana 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗞𝗘𝗧𝗔𝗛𝗨𝗜 samada dia berani beri apa-apa arahan utk siasatan atau tidak? 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 kerana beliau pernah sebut tidak mahu "𝗗𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗧" 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗹𝗮𝗵𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Maka ia terpulang kpd pihak polis. Namun pihak polis tetap bertindak atas laporan dan melengkapkan siasatan. Yg menjadi persoalan adalah apabila diserahkan kertas siasatan kpd AGC / AG, apa sudah jadi? Rakyat perlu tahu.


3) Kita sarankan dan "APPEAL" kepada kabinet supaya membincangkan juga kenapa selepas kertas-kertas siasatan ke atas 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗸𝗮 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗹𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽, 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝘆𝗴 𝗦𝗘𝗡𝗬𝗔𝗣? Kita juga ingin 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗽𝗱 𝗣𝗠𝗫 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 "𝗔𝗣𝗣𝗘𝗔𝗟" 𝗸𝗽𝗱 𝗔𝗚𝗖/𝗔𝗚. 𝗣𝗠𝗫 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗷𝘂𝗮𝗿𝗮 "𝗔𝗣𝗣𝗘𝗔𝗟" 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻. Oleh itu, selaku Rakyat saya kira ramai kawan2 bersetuju kita 𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁 "𝗔𝗣𝗣𝗘𝗔𝗟" 𝗸𝗽𝗱 𝗣𝗠𝗫 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 "𝗔𝗣𝗣𝗘𝗔𝗟" 𝗸𝗽𝗱 𝗔𝗚𝗖 / 𝗔𝗚 utk mengetahui apa STATUS atau apa kisahnya selepas siasatan-siasatan hasutan 3R ke atas Atok SAKA, Eddy Weng dan Middin Abah Coww?? Tiada bukti utk pendakwaan atau siasatan tak lengkap ke atau NFA? Alasan?


4) Berbalik kpd puak suka berdoa laknat. Puak Ajaran Sesat sungguh tidak ada KEMALUAN melaknat orang lain, mengkafirkan Muslim yg lain hanya kerana perbezaan ijtihad politik. Bila tercabut KEMALUAN mereka boleh buat apa shj.


5) 𝗣𝗡𝗴𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗔𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡 𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗴 𝗝𝗔𝗛𝗜𝗟 𝗠𝗨𝗥𝗔𝗞𝗞𝗔𝗕 dan langsung tidak faham apa akan berlaku seterusnya apabila sudah tercabut KEMALUAN dari mereka. Mau tidaknya? 𝗦𝗶𝗳𝗮𝘁 𝗠𝗮𝘇𝗺𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗔𝗝𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡 𝘁𝘂 𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗴 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶 di Whatsapp Group, FB dan lain-lain paltform SocMed. Macam mana puak GILA ni boleh mengaku memperjuangkan Isley sdgkan akhlak mengalahkan "Hangtu SETAN"?


6) Saya kira di kesempatan yg lain, dalam artikel akan datang, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗨 𝗮𝗻𝘂 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 menyebabkan mereka dgn 𝗠𝗨𝗞𝗔 𝗧𝗘𝗕𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗧𝗘𝗕𝗔𝗟 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗧 𝗕𝗔𝗕𝗜 berulang melakukan dosa jenayah QAZAF dan maksiat secara terang-terangan di depan Rakyat melalui SocMed.


InsyaAllah.


- Zus Din 

09122023

********************

'𝗞𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 𝗯𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴 𝗶𝘀𝘂 𝗱𝗼𝗮 𝗹𝗮𝗸𝗻𝗮𝘁' - 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗮𝗯𝘂

𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗛𝗔𝗭𝗘𝗟𝗘𝗡 𝗟𝗜𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗔𝗠𝗔𝗥𝗨𝗗𝗜𝗡


BACHOK - Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengesahkan Jemaah Menteri turut membincangkan isu doa laknat ke atas satu-satu pihak seperti yang dilakukan oleh pihak tertentu sebelum ini.


Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, perbincangan itu menunjukkan kerajaan mengambil serius perkara tersebut.


"Kita bincang supaya pihak KDN (Kementerian Dalam Negeri) aktif tangani isu ini.


"Soal cara undang-undang dan tidakan yang diambil itu kita serah kepada KDN dan JPM (Jabatan Perdana Menteri)," katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Kelantan di sini pada Jumaat.


Menurut beliau, doa melaknat satu puak itu kini sudah menular ketika ini dan boleh memberikan kesan tidak baik kepada masyarakat.


Ujarnya, parti lama beliau dahulu tidak pernah memberikan teguran apabila doa tersebut dilakukan ke atas satu-satu pihak sebagaimana yang berlaku pada Muktamar ke-14 di Batu Pahat, Johor.


News Link : https://www.sinarharian.com.my/article/638649/berita/politik/video-kabinet-bincang-isu-doa-laknat---mohamad-sabu



MASA HANG TAK ADA LAGI ANWAR DAH JADI MENTERI KEWANGAN TERBAIK. PATUT JAMAL PAK TONGKOL BALING KAU DENGAN TEPUNG. KAU TAK MASUK UNIVERSITI







 Alolo... Pandai dia nak kenen ke DS Anwar kan? Tapi dia tak sedar dia mengata lebai. Nak persoal PMX jadi menteri kewangan, dia tak tahu ke DS Anwar pernah diangkat sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia?


Dia tak cerita lebai yang tak habis belajar diangkat jadi pembesar negeri? Kalau tengok biodata dia, setakat tulis pernah mengikuti kursus sekian sekian di negara sekian. Tak tulis pun secara detail jurusan apa.


Dah la begitu, belajar pun jurusan agama. Ada yang kata jurusan Bahasa Arab. Itu aku tak pasti. Tapi kalau betul, belajar habis pun tak layak tadbir negeri sebab jurusan tak kena. Kalau ikut kata Ratu Naga ni la.


Sebab negeri tu miskin. Tak reti nak cari sumber. Tahu nak minta sumbangan kerajaan pusat je. Dulu dapat duit, dibuat beli Mercedes. Masalah rakyat macam air bersih dan stesen bas pun tak boleh nak selesai.


Hal stadium ni, jangan lupa PSM ada CEO. Jangan nak salahkan pengerusi je. CEO kena ambil tanggungjawab juga. Siapa CEO PSM? Mohd Faidz Sanusi. Ada siapa kenal siapa Mohd Faidz Sanusi ni?


Carian mendapati Faidz ni pernah berkhidmat sebagai SU Akhbar Ahmad Menteri KBS masa Ahmad Faizal Azumu dulu. Tapi tak pastilah lantikan politik ke apa. Cuma yang pasti pernah jadi orang Peja.


Rasanya dalam hal operasi, lebih besar lagi peranan CEO berbanding pengerusi. Tapi biasalah, bila serang pengerusi, boleh serang PMX sekali. Lagipun CEO tu pernah ada kaitan dengan Peja kan. Takkan nak attack pulak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAK RASA SEDIH KAH UMAT PALEARINE DIBANTAI ISRAEL. KAU BOLEH BERDWBAR DEBAR DWPNA TV KA ?




 Nak tanya Puan Asma' ni. Dia tak rasa apa-apa ke nak berseronok tonton bola sepak di saat saudara kita ada yang terkorban dan disembelih di Palestin? Manakah sensitiviti kita sebagai muslim? Tanya je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



LAMA DULU LAGI SUDAH DISARANKAN AGAR UMNO PECAT ISHAM JALIL…


Isham Jalil akhirnya sah dipecat daripada UMNO setelah beliau sendiri menerima surat pemecatannya.


Beliau dilaporkan menerima surat pemecatannya melalui Whatsapp lewat malam semalam.


Berdasarkan surat pemecatan bertarikh 8 Disember 2023 yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Isham dipecat berkuat kuasa serta merta di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan Umno.


Ini kerana tindakannya yang didakwa melanggar etika sebagai ahli UMNO.


Untuk lebih mudah difahami, Isham sebenarnya dipecat kerana tindakannya mempertikaikan keputusan parti secara terbuka dan mengkritik Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi juga secara terbuka.


Dalam erti kata lain, sebagai ahli parti, seseorang itu mesti ada kesetiaan dan kepatuhan kepada organisasi yang disertainya.


Jika mahu mengkritik dan memberi pandangan tidak setuju, ia mestilah dilakukan melalui saluran dalaman.


Lebih-lebih lagi sebagai ahli MT UMNO, Isham sepatutnya menggunakan saluran yang ada padanya untuk meluahkan pandangannya, bukan bercakap mengenainya secara bebas dan terbuka.


Dalam hal ini, saya sebetulnya lama sebelum ini lagi sudah menyarankan perlunya Isham dipecat daripada UMNO.


Kelakuannya mengkritik parti dan kepimpinan secara terbuka menunjukkan beliau tidak sesuai, bukan saja menjadi ahli UMNO, bahkan ahli mana-mana parti sekali pun.


Ahli mana-mana parti sekali pun perlu setia dan patuh kepada perlembagaan yang telah ditetapkan.


Kalau Isham menjadi ketua parti suatu hati nanti, beliau juga tentunya mahu ahli-ahli yang setia dan patuh kepada perlembagaan.


Berikut adalah artikel yang saya tulis pada 12 September 2023 lalu – https://shahbudindotcom.net/2023/09/12/isham-jalil-memang-patut-dipecat-daripada-umno.html


Memecat ahli yang tidak setia, tidak patuh kepada keputusan serta perlembagaan parti dan melawan Presiden bukanlah sesuatu yang asing.


Dalam UMNO sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak tidak terkecuali daripada melakukan tindakan yang sama terhadap mereka yang menentangnya.


Dalam Pas, PKR, Bersatu, MCA dan MICjuga biasa berlaku hal yang sama.


Lebih dahsyat lagi, Mahiaddin Md Yassin selaku Presiden Bersatu malah berani memecat Tun Mahathir sebagai Pengerusi parti itu kerana bertelagah dengannya.


Pokoknya, melawan Presiden parti sendiri adalah perbuatan yang tidak selamat dalam mana-mana perjuangan sekali pun.


Semoga Isham segera dewasa dengan pemecatannya ini. – ShahbudinHusin 09/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/09/sudah-lama-disarankan-agar-umno-pecat-isham-jalil.html




PENDEDAHAN AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG


 

PAK CIK NI AJAQ WALAUN


 

[terkini] BORNEO TOLAK PAS & BERSATU KAKI FITNAH! KOMITMEN PMX DI SABAH!



Majlis Perasmian Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Buhavan Square, Penampang, Sabah.




FATWA SESAT HADI AWANG.



 

RENTASAN 1503 | GEMPAR!! LAGI KEMUNAFIKAN, PENIPUAN PRESIDEN PAS KEPADA ...





MENARIK DALAM RENTASAN 1503

1. HADI TERDESAK KELUAR DALIL 2. AYAM TERLEPAS, TANGAN BAU TAHI 3. RAKYAT PASTI TAHU MENILAI



BERKUBUR PRU 16: MAHATHIR BIMBANG UMNO MAKIN KUAT BERSAMA PH

 



Telahan bekas Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad kononnya parti terbesar orang Melayu, UMNO akan berkubur pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 susulan kalah teruk pada Pilihan Raya Kecil Kemaman merupakan pendapat songsang.

Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, sebaliknya Mahathir melakukan provokasi sebegitu kerana menyedari UMNO akan menjadi lebih kuat bersama Pakatan Harapan (PH).

“Kita kena tahu apa kebimbangan Tun. Kalau dia rasa, kalau UMNO terus menerus bersama PH UMNO akan terkubur, adakah dia akan memberikan nasihat yang baik kepada UMNO supaya mengukuhkan kedudukan dengan tinggalkan PH?

“Mahathir hari ini mahu UMNO mati. Inilah usaha yang dilakukan sejak anak dia ‘si boboy’ tidak menjadi Naib Presiden UMNO. Ini yang dilakukan semenjak kroni kroni dia, terutama 4 syarikat Penjana Tenaga Bebas gagal untuk mendapat projek perbekalan elektrik. Inilah sebenarnya Tun M.

“Dia tahu kalau UMNO teruskan hubungan dengan PH (akan lebih baik). UMNO hari ini parti orang Melayu terbesar. PH pula parti yang berjaya menarik sokongan 97% pengundi bukan Melayu. Ramuan ini adalah malapetaka kepada Mahathir dan sekutunya.

“Itu sebab dia bimbang kita teruskan hubungan dengan kawan kawan PH,” kata Lokman dalam siaran langsung Facebook, malam tadi.

Katanya, pihak pembangkang cuba menakut nakutkan orang Melayu dengan mengingatkan perkara yang dilakukan DAP ketika dalam kerajaan bersama Mahathir (2018 – 2020).

Namun menurut Lokman, hal itu tidak lagi terjadi kerana DAP telah belajar daripada kesilapan lalu dan kini memiliki pemimpin yang lebih bertolak ansur.

“DAP belajar dari kesilapan mereka. Takkan mereka nak ulangi kesilapan dan lukakan hati orang Melayu, akhirnya menyebabkan mereka menjadi pembangkang.

“Pasti pemimpin DAP tak buat demikian. Sekarang mereka diterajui kepimpinan baru YB Anthony Loke yang jauh lebih berkompromi daripada pimpinan lama.

“Kalau Melayu takut dengan DAP yang bersama dengan Pas (Pakatan Rakyat), tetapi Mahathir takut DAP bersama UMNO kerana bila bersama UMNO mereka berbeza berbanding bersama Mahathir dan Pas. Ini yang Mahathir takut,” katanya.

Situasi yang ideal, jelas Lokman, ialah memberikan peluang sehingga 4 tahun PM Datuk Seri Anwar Ibrahim memerintah dan beliau pasti Kerajaan Perpaduan akan lebih diterima oleh rakyat.

“Kalau kita boleh yakinkan Melayu dan bukan Melayu solid dengan kita, InshaAllah kita menang besar PRU 16.

“Mahathir tahu dia bapa perpecahan Melayu. Dia racik racik Melayu sehingga UMNO tidak boleh menang sekiranya bersendirian. UMNO hanya memang dan hanya stabil sekiranya bekerjasama dengan parti yang mendapat sokongan bukan Melayu,” katanya lagi.



KERAJAAN GUBAL DASAR PASTIKAN MALAYSIA TERUS JADI TARIKAN PELABUR

 



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pentadbirannya mementingkan penggubalan dasar yang jelas dan bersepadu.

Melalui satu kenyataan, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu bagi menarik dan mengekalkan para pelabur di negara ini sekaligus menjamin masa depan rakyat dan negara.

Sehubungan itu jelasnya, penting untuk pendekatan libat urus bersama-sama industri diterapkan agar dasar dan inisiatif yang diwujudkan selari dengan keperluan semasa dan akan datang.

“Adalah penting bagi kerajaan menggubal dasar serta kebijakan yang jelas dan bersepadu bagi menarik dan mengekalkan pelabur-pelabur di Malaysia.

“Juga perlu diterapkan pendekatan libat urus bersama-sama industri agar dasar dan inisiatif yang diwujudkan adalah selari dengan keperluan semasa dan akan datang,” katanya.

Kenyataan itu menyusul selepas Anwar menerima kunjungan hormat Naib Presiden Dasar Global Persatuan Industri Semikonduktor (SIA), Mary Thornton dan delegasi di pejabatnya.

Mengulas pertemuan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan ahli-ahli SIA telah mengambil kesempatan memaklumkan kepada saya mengenai perancangan industri serta cadangan-cadangan dalam memperkukuh tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing terutamanya pada peringkat rantaian yang bernilai tinggi.

“Saya terangkan pendekatan penting Kerajaan yang menggalakkan sektor swasta menerajui pusat-pusat kemahiran sebagai langkah mengatasi isu ketidaksepadanan tenaga kerja baharu dengan keperluan industri.

“Kami sependapat bahawa ekosistem perusahaan kecil dan sederhana yang menyumbang kepada rantaian pengeluaran syarikat-syarikat utama dunia perlu sentiasa diberi penekanan dan sokongan,” katanya.

Sebagai rekod, SIA menjadi suara industri semikonduktor Amerika Syarikat selama lebih empat dekad manakala ahli dan anggota SIA telah mewakili lebih daripada 99 peratus industri semikonduktor Amerika Syarikat (AS) dari segi pendapatan dan hampir dua pertiga daripada firma cip bukan AS



IHR: HENTIKAN POLEMIK, HORMATI PROSES RUNDINGAN DENGAN WHO


 Usaha meratifikasi Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) oleh negara ini dan rundingan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai perkara itu perlu diserahkan kepada pihak kerajaan untuk memutuskannya.

Bagi Ketua Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, usaha beberapa pihak yang mahu kerajaan menentang ratifikasi IHR tersebut adalah kurang matang kerana kerajaan masih dalam peringkat rundingan dengan WHO.

Katanya, sekiranya rundingan selesai pun hal tersebut akan diputuskan oleh Kabinet terlebih dahulu sebelum ratifikasi berlaku.

“Seperti yang diketahui sebelum ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa di Dewan Rakyat baru-baru ini telah menjelaskan bahawa Malaysia belum menandatangani ratifikasi IHR dan rundingan bersama WHO masih berjalan

“Menteri Kesihatan juga telah mengesahkan bahawa semua keputusan yang dibuat berhubung perkara ini akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri untuk kelulusan

“Oleh itu semua pihak harus menghormati proses rundingan ini dan tidak menimbulkan polemik yang tidak sahih yang boleh mengelirukan masyarakat,” kata Ahmad Nadhir dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, beberapa hujah yang digunakan oleh NGO dalam menolak ratifikasi itu juga jelas menyeleweng daripada fakta rundingan yang mendakwa WHO boleh mengenepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam mengisytihar darurat sekiranya negara di serang pandemik.

“Keadilan Kemaman (dalam hal ini) menggesa semua lapisan masyarakat agar merujuk sumber yang sahih berkenaan isu IHR bagi mengelakkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya lagi.

Isu ratifikasi IHR banyak ditimbulkan oleh NGO yang mendakwa Malaysia akan kehilangan kedaulatan sekiranya regulasi berkenaan dipersetujui. Bagaimanapun, Menteri Kesihatan menegaskan kerajaan tidak akan menjual kedaulatan negara hanya semata mata untuk mengiktiraf IHR.



PERMAISURI AGONG RASMI MAJLIS PANDU PUTERI MALAYSIA











Dr Wan Azizah


 Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pentauliahan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Pangkor Laut Resort, Perak.


Turut hadir bersama Tengku Shireen Suleiman, Timbalan Yang di-Pertua PPPM serta Dato Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM.


Program retreat anjuran PPPM telah berlangsung dari 6 hingga 8 Disember 2023


Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiinn YRA


Posted @withregram • @istana_negara 8 Disember 2023 - KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis pentauliahan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Pangkor Laut Resort, Pulau Pangkor, Perak hari ini.


Turut hadir Yang di-Pertua PPPM Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Yang di-Pertua PPPM Tengku Shireen Suleiman dan Ketua Pesuruhjaya PPPM Dato’ Yeoh Soo Keng.


Seri Paduka Baginda selaku Penaung Diraja PPPM berangkat ke Pangkor Laut Resort bagi menghadiri sesi brainstorming retreat anjuran PPPM yang bermula 6 hingga 8 Disember 2023.


#royal #malaysia



RAFIZI CABAR YB VIRAL BUKTIKAN BELIAU BODOH. KALAU TAK BERANI YB VIRAL LAGI BODO. BAIK SAMBUT CABARAN.

 

Debat nii kalau jadikkk..kompem YB Viral tuu ngelupur kene titik dgn Raf..cakap dlm tiktok depan walaon berdegar2 bolee laa..jgn lari tak sahut debat udah laa..😁




SIAPAKAH YANG BERSIKAP MUNAFIK SEBENARNYA ?


1. Penulisan dalam Harakah oleh Presiden Pas yang menuduh "Cara Orang Munafik Menentang Islam Diikuti Israel dan PH", adalah jauh dari situasi sebenarnya.


2. Pas sering mengakui mereka lah yang menjurai perjuangan dan pembelaan Palestin melalui hujah hujah mereka te




tapi kalau di halusi amalan cara mereka mentadbir kerajaan Malaysia selama 33 bulan, banyak kelemahan di dapati.


3. Apabila menjadi kerajaan dibawah Perdana Menteri Mahiaddin, Pas hanya mengikut tanpa menyoal polisi kerajaan PN-MN isu Israel - Timur Tengah kerana mementingkan kedudukan Menteri menteri Pas dan Duta Khas supaya kedudukan mereka  tidak tergugat.


Kelihatan kuasa adalah segala galanya dan pembelaan Palestin di abaikan. 

Presiden Pas sebagai Duta Khas ke Timur Tengah tidak kelihatan melawat untuk menangani  keadaan makin tenat di Timur Tengah dimana makin banyak negara Arab Timur Tengah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel dan sekali gus memingirkan dan melemahkan kedudukan Palestin.


Bahkan Mahiaddin masih bercakap omong kosong "two state solution" atau penyelesaiaan penubuhan dua negara yang sebenarnya telah lama berkubur.


Dengan Israel merobohkan rumah rakyat Palestin serta merampas tanah mereka untuk mendirikan bandar Yahudi baru, umum satu dunia tahu sudah tiada cukup tanah yang masih tinggal untuk dimiliki orang Palestin. 


Itulah omong kosong Mahiaddin, dan Pas sepatah pun tidak bersuara baik di Parlimen atau melaui Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri.


Tidak cukup dengan kurang membela nasib umat Palestin tertindas, Pas menyokong kuat  penyertaan EXPO DUBAI 2020 yang di sertai Israel dan didokongi oleh negara UAE serta negara Arab lain yang telah menjalinkan hubungan diplomatik dan perniagaan besar-besaran dengan Israel.


Ahli Parlimen Pas Kuala Terengganu - Timbalan Menteri MOSTI- Ahmad Amzad, melalui facebook beliau pada 2020, menyatakan dengan megah EXPO Dubai 2020 sangat penting dalam rangka hubungan multilateral dan perdagangan antarabangsa Malaysia", walaupun disertai Israel.


Beliau juga mendakwa Palestin menyertai EXPO tersebut tetapi sebenarnya Palestin TIDAK MENYERTAI EXPO DUBAI 2020 kerana menarik diri sebab kehadiran Israel.


Walaupun Malaysia yang asalnya berhasrat menyertai EXPO tersebut sepatutnya menarik diri tanda solidariti dengan Palestin.


Tidak memadai dengan kenyataan bersemangat Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad untuk menyertai EXPO DUBAI, beliau telah dengan megahnya mendirikan Billboard Besar di Kuala Terengganu memaparkan gambar beliau dan mengesa rakyat Malaysia menghadiri EXPO DUBAI 2020 yang disertai Israel.


Kami dari AMANAH telah membuat flash mob protes pembinaan Billboard mempromosi penyertaan EXPO DUBAI bersama Israel disaat Palestin makin disisih oleh negara negara Arab lain dari UAE, Arab Saudi, Jordan, Mesir dan Bahrain kerana termakan umpan perniagaan Israel.


Bukan AMANAH sahaja membantah Malaysia menyertai EXPO DUBAI yang di sertai Israel. 40 lagi NGO utama seperti ABIM, BDS, Pertubuhan IKRAM, My Care, Viva Palestina dan MAPIM turut membantah tetapi Pas ingin terus setuju ke EXPO DUBAI.


Umpan Israel kelihatan berhasil hari ini apabila Gaza dan Tebing Barat dibom dan ribuan dibunuh sementara negara Arab yang termakan umpan perniagaan Israel dan Amerika tidak mengambil tindakan serius embargo atau memotong penjualan minyak membela Palestin dan mengugat kepentingan Israel dan Amerika.


Inilah akibatnya mereka yang termakan umpan Israel dan Amerika melalui perniagaan yang mempersonakan Menteri menteri Pas.


 Sekarang nasi telah menjadi bubur dan puluhan ribu umat Palestin telah terkorban tanpa pembelaan Negara Arab yang sepatutnya. 


Pas hanya berhujah sekarang tetapi tidak mengambil tindakan sepatutnya semasa menjadi kerajaan kerana mementingkan kedudukan peribadi mereka.


Semasa Pas berjinak jinak waktu Mahiaddin menjadi Timbalan Perdana Menteri kerajaan BN, saya melalui Biro Antarabangsa AMANAH telah membantah kemasukan beberapa Pegawai Kerajaan Israel menyertai satu Konvensyen di Kuala Lumpur selama satu minggu.


Tiada seorang pun Ahli Parlimen Pas bersuara dalam isu ini walaupun mereka tahu Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel kerana kezaliman Israel kepada rakyat Palestin.


Siapakah Pas untuk menuduh PH MUNAFIK kalau mereka sendiri tidak bertindak sewajarnya semasa berkuasa tetapi telah mementingkan perniagaan duniawi di EXPO DUBAI 2020 yang di sertai oleh Israel semasa saudara Palestin makin disisih.


Kelihatan jelas hari ini hasil penyisihan negara Arab lain yang tidak bersungguh  lagi membela pembunuhan beramai-ramai umat Islam Palestin.


Kami dari PH dan AMANAH konsisten dalam pembelaan nasib Palestin baik semasa pembangkang atau pun sekarang dengan pendirian tegas dan vokal Dato Seri Anwar.


Tidak seperti sikap ahli Parlimen Pas yang bersungguh sungguh mendirikan Billboard gergasi mempromosi EXPO Dubai yang disertai Israel dan berdiam diri tidak bantah semasa pegawai Kerajaan Israel di benarkan masuk Malaysia semasa Mahiaddin Timbalan Perdana Menteri zaman Dato Najib.


Siapakah Paw untuk menuduh PH munafik jika sikap mereka sendiri terhadap Israel tidak konsisten ?


Raja Bahrin Shah

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah.



PENDIDIKAN UNTUK MEMBENTUK PERIBADI BAIK

 

Jamzuri Ardani



Saya teringat ucapan almarhum Ustaz Fadzil Noor suatu ketika dulu, "tujuan pendidikan di dalam Islam ialah untuk membentuk manusia yang baik". 


Maka itu konsep 'karamah insaniyyah' (kemuliaan insan) sangat sesuai dijadikan dasar pendidikan negara.



BERITA BUSINESS



 

FATWA LAK


Che Ibrahim


 Bahaya bila buat fatwa sendiri tanpa dalil. Walaupun beliau sudah mohon maaf tetapi alasannya sangat rapuh.



PMX BERTEMU NVIDEA CORP















Petang tadi saya telah mengadakan perbincangan penuh bermakna bersama Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Corporation, Jensen Huang dan Pengarah Urusan YTL Power, Dato’ Yeoh Seok Hong.


NVIDIA adalah sebuah syarikat teknologi multinasional dan telah menjadi perintis dalam pengkomputeran dipercepatkan. NVIDIA kini adalah syarikat ke-6 terbesar di dunia dari segi permodalan pasaran. 


Dalam pertemuan tadi, perbincangan kami menyinggung potensi Malaysia menjadi 20 negara teratas terkait Kecerdasan Buatan (AI). Saya tekankan bahawa Malaysia memerlukan infrastruktur AI bertaraf dunia bagi memupuk bakat tempatan dan membangunkan inovasi yang diterajui AI.


Jensen menyatakan kesediaan menyokong hasrat ini dan memaklumkan NVIDIA bersetuju membantu membangunkan ekosistem AI di Malaysia menerusi sokongan dalam pembinaan pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI, selain pewujudan sistem Awan AI Malaysia sendiri. 


NVIDIA melihat Malaysia mempunyai sumber dan kemampuan dalam menyediakan keperluan dan syarat sebagai sebuah hub AI. 


Sehubungan itu, NVIDIA akan mengadakan perkongsian strategik dengan konglomerat Malaysia, YTL yang membina pusat data AI melibatkan pelaburan berjumlah RM20 bilion. YTL telah memulakan pelaburan dalam superkomputer berkuasa H100 terbaru bagi membina sistem Awan AI berpengkalan di Malaysia.


Keputusan NVIDIA untuk melabur di Malaysia adalah satu isyarat yang jelas bahawa pelabur asing, terutamanya syarikat gergasi teknologi dunia terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama di rantau ini.


Sebelum bergerak pulang, Jensen sempat berseloroh dengan saya bahawa hari ini beliau akhirnya dapat berjumpa dengan ‘Perdana Menteri AI’.


#MalaysiaMADANI




HADI UMPAMA ANJING MENYALAK BUKIT SAJA. BIAQ KEDiA LA....


 

KITA BERJAYA BASMI MISKIN TEGAR DENGAN PROJEK KERAJAAN MEMBANTU GOLINGAN INI


 

KERAJAAN MADANI TERIMA 347 BILLION PELABURAN.


 

FAISAL AZUMU NI BUKAN BOLEH PAKAI.,..


 

KAH..KAH...MATMASLAN KUTUK TN BERAHIM KA HADI AWANG NI ? KAMI DALAM KERAJAAN KENAPA KAMU BENGAP SANAGT HAH ???


 

KATA BELAJAR. TAPI SYARAT TAK KAN TAK MEMBACA. KAU ADA KE TAK FAIL LHDN ? FAHAM DULU YA DIK...