Ustaz
mana Siti Nurhaliza rujuk? – Ridhuan Tee
By
-
6 May 2021
Ridhuan
Tee Abdullah.
KUALA LUMPUR – Seorang pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd. Ridhuan
Tee Abdullah membidas kenyataan Siti Nurhaliza kononnya mengumpul pahala
apabila ada orang memfitnahnya.
Menurut beliau, selain itu, budaya menggunakan nama ‘ustaz’ bagi
mengeluarkan kenyataan berhubung dosa pahala harus dihentikan.
Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu berkata, tindakan
memetik nama agamawan untuk melindungi diri d iatas kesalahan sendiri amatlah
tidak elok jika dilakukan.
Tambanya lagi, ‘dugaan’ yang dimaksudkan selebriti tersebut juga
merupakan dugaan yang dicipta sendiri kerana boleh sahaja tidak dilakukan
melihat dari situasi kalut sekarang.
Pendakwah itu juga mengulas sedikit berkenaan kehadiran yang
tidak diwajibkan ke majlis seperti itu kerana boleh jadi ia bakal memudaratkan
andai dilakukan pada waktu-waktu berisiko.
Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada semua pihak supaya
menghentikan budaya mencari publisiti dengan memberitahu semua perkara kepada
khalayak sehingga meninggalkan pelbagai masalah.
Di akhir coretannya, Ridhuan turut mempersoalkan ‘ustaz’ manakah
dirujuk oleh seorang selebriti sehingga boleh mengeluarkan kenyataan seperti
itu.
“Betul ker dapat kumpul pahala berganda-ganda 10 malam terakhir
kerana masalah yang dicipta sendiri? Teruja berita pandangan seorang artis
mengenai majlis yang dicipta sendiri, apabila menjadi viral dan menimbulkan
masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan
majlis tersebut.
“Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda ini? Nak
juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut.
“Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala
berganda-ganda, menggunakan nama ustaz.
Budaya seperti ini perlu dihentikan. Memetik nama agamawan untuk
cover diri ini tidak berapa molek.
“Konteks dan teks berbeza. Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza
dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu. Orang beranak juga, tetapi tidak
seriuh ini.
“Saya bersependapat dengan Mufti Perlis, yang dalam kiasnya,
soal keutamaan, antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis. Dalam
Islam, kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan, sebelum
mengeluarkan sesuatu kenyataan.
“Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP, antara
memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan maka, boleh sahaja
tidak hadir.
“Bayangkan dengan kehadiran sedemikian boleh memberikan mudarat
kepada orang lain. Siapa yang akan dipersalahkan nanti? Sudah takdirkan?
“Ingatan saya, hentikan budaya mencari publisiti ini. Tidak semua
perkara perlu diberitahu kepada khalayak. Bila timbul masalah, jawapan
simplistik, dugaan, pahala berganda-ganda dapat. Siapa yang kata? Siapa yang
dirujuk?” soalnya di Facebook.
Sebelum ini, satu majlis bertahnik telah berlangsung di penyanyi
terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza sehingga ‘kecoh’ di media sosial.
Tetamunya juga bukan calang-calang apabila membariskan
pendakwah-pendakwah terkenal serta menteri Kabinet bagi menyempurnakan majlis
tahnik anaknya.
Namun, menerusi beberapa kenyataan susulan, pihak mereka telah memohon maaf dan bersedia untuk memberi kerjasama apabila dipanggil pihak berkuasa bagi memberi keterangan serta telah menjelaskan keadaan sebenar di media sosial. –MG