PERMATANG PAUH 7HB Mac- Kempen di saat akhir oleh presiden keadilan di Permatang Pauh ditemani anakanda beliau Nurul Hana berjumpa masyarakat setempat.Beliau yang di jangka mempertahankan kerusi Perlimen beliau dijangka mendapat tentangan hebat dari "pengundi khas' yang dibawa UMNO.
SEMBAHYANG HAJAT UNTUK KEMENANGAN PARTI ISLAM DAN SEKUTUNYA
KUBANG SEMANG-7hb-Selepas solat Jumaat sebentar tadi ,imam solat telah mengadakan solat hajat secara berama-ramai bagi memohon kepada Allah agar memberikan kemenangan kepada calon-calon BA di Permatang Pauh dan diseluruh negara.
Beberapa buah masjid lagi juga turut bersembahyang hajat memohon agar Tuhan memberikan jalan yang mudah untuk mencapai kemenangan menewaskan yang munafik dan membenarkan yang batil untuk memerintah negara ini.
Ini berikutan terdapat maklumat terutamanya di Permatang Pauh N10 Seberang Jaya di mana kekuatan dan sokongan dari kaum cina dan kaum india menurun. Sebagai langkah bagi memenangkan arlimen Permatang Pauh pihak BN telah bersiap sedia dengan cuba embawa masuk pengundi khas dari Bukit Merah.
HARI HARI TV SERANG SAYA-NAMUN SAYA BANGKIT UNTUK TERUS MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT
Anwar Ibrahim bukan satu nama kecil di persada politik negara.Kesilapan mencongak oleh Abdullah Ahmad diatas pembebasannnya dan kealpaaan meminggirkan beliau dari arena politik tanah air menjadikan kini Barisan Nasional sebagai cacing kepanasan. Meskipun mampu untuk menguasai kerajaan pada pilihanraya ini, namun kelibat Anwar diserata ceruk kampung masih gagal di lakukan oleh mana-mana ahli-ahli politik pemerintah dan pemimpin negara ini.Semalam beliau berucap dihadapan puluhan ribu orang di bandaraya Kuala Lumpur,yang boleh dilihat melalui saluran nternet you tube, hari ini beliau di tepat kelahirannya.mungkin lusa di timur negara dipedalaman dan lusanya pula di Selatan tanah air.Semangat juangnya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah yang membuatkan beliau di serang habis-habisan walau beliau bukanaya melawan seorang diri.Terdapat 3 parti pembangkang yang kuat PAS yang didominisikan oleh orang Islam, DAP oleh kaum cina dan terlalu sedikit kaum india, dan PKR parti golongan reformais yang mahukan perubahan dalam negara ,yang terdiri dari berbagi kaum lahir dari kemelut pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri di zaman Mahathir.
Setelah dibebeaskan pada tahun 2003 yang lalu dan setelah ke Jerman mendapatkan rawatan yang didakwanya sebagai kerja-kerja bajingan Rahim Nor mantan ketua polis negara yang menerajangnya, kini beliau tampil gagah bagi mengusik ketenteraman kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir negara ala diktaktor Suharto dengan regim yang menguasai hampir seluruh sistem penyiaran negara, mujur jugalah adanya sistem internet di Malaysia kerana dengan tidak secara langsung maklumat masih dapat disebarkan ke kawasan-kawasan luar bandar walau ianya masih lagi tidak dapat dikuasai oelh penduduk pedalaman dan kampung-kampung di Malaysia.
Ketika berucap semalam di Kuala Lumpur, beliau menegaskan betapa penurunan harga minyak bukan punca sebenarnya kenapa boleh berlakunya negara menjadi muflis sebagaimana yang didakwa oleh Abdullah Ahmad dan jentera partinya, malahan Anwar mendakwa bahawa hanya korupsi sahaja yang akan menjadikan negara ini muflis, dengan terus mendakwa bahawa pembelian jet sukhoi dan kapal selam scorpion yang mana kerajaan didakwa melakukan rasuah sebanyak 1 billion ringgit wang komisyen dari hasil perjanjian pembelian tersebut.
Anwar seterusnya bertanyakan kepada umum di rapat pertemuannya semalam dengan bertanyakan soalan kepada rakyat sama ada mereka memerlukan koridor yang dihebah-hebahkan kerajan atau mahukan penurunan harga minyak,sama ada mereka mahukan peralatan ketenteraan yang canggih-canggih atau mahukan pendidikan percuma.
Kerajaan masih dilihat gagal untuk menempis kenyataan Anwar berhubung pernyataannya bahawa kerajaan adalah punca kepada segala masaalah rasuah yang terjadi dan kenapa FDI tidak mahu masuk,Beliau juga mendakwa bahawa jika beliau memerintah, dalam seminggu sahaja beliau pasti akan dapat membawa berbillion ringgit pelaburan dari negara-negara timur tengah yang mana dalam lawatan beliau ke negra-negara tersebut, ada beberapa pelabur tycoon dari negara itu yang mahu melabur di Malaysia.
Esok adalah hari penentuan sama ada rakyat Malaysia mahukan perubahan atau pun masih takut-takut untuk memangkah pembangkang. walau ini dilihat gagal sukar menukar pemerintah atas dakwaan kekuranagn maklumat dan kakitangan kerajaan yang masih takut-takut atau ditakutkan dengan ugutan agar memihak kepada meraka, namun masih ada kakitangan kerajaan pemerintah yang tidak akur akan amaran secara tidak langsung dan yang mahu akan hak-hak mereka sebagai sebuah negara demokrasi ala Malaysia.
Isteri anwar dilihat akan dapat mempertahankan kerusinya jika semua percaturan yang dijalankan , kerana aura Anwar sendiri. Walau pun dilihat dari jentera gerak kerja parti pimpinannya masih terkapai-kapai, namun semangat juag rakyat lah yang akan memenangkan beliau.
SELAMAT MENGUNDI
Subscribe to:
Posts (Atom)