JANGAN JADI LUNCAI



“Pun begitu, politikus rakus dan tersepit terus berkelakuan buruk lagi tidak berakhlak, menyimpang moral dan etika. Diadu domba fitnah dan menipu rakyat dengan propaganda ‘kerajaan pintu belakang’, kata Ketua Pemuda PAS itu. Agaknya Ketua Pemuda PAS tak pernah belajar sains politik atau teori demokrasi. Tidak ada sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi mengiktiraf kudeta.





Pas macam ‘pelacur politik', Jangan buat protes jalanan!, Kenapa layan m...

PH Rayu Agong Tamatkan Darurat

APA ADA PADA KERJASAMA PAS-UMNO-BERSATU?



Sebelum dia hendak berikan saranan itu, dia kena faham apa masalahnya. Kalau dia tak tau apa masalahnya apa pun dia cakap tidak akan membawa apa-apa kejayaan,” ujarnya. Tajuddin juga memberi amaran kepada PAS supaya tidak menyokong BERSATU untuk menentang UMNO.



DOA RAKYAT UNTUK KERAJAAN YANG PENIPU.SAMPAI WAKTU, PASTI DIMAKBULKAN.

 




Tidak di berkati oleh tuhan sekalian alam akan kerajaan haram yang menzalimi rakyatnya sendiri.Tidak di akui oleh Negara-negara luar akan kabinet yang tiada bukti majoriti sejak angkat sumpah lagi.Doa 33 juta marhen yang teraniaya di zalimi di makbulkan ALLAH SWT.Kerajaan tebuk atap amalkan

 

May be an image of text that says "* NEGARA MERDEKA negaramerdeka.com Muhyiddin kaki propa, kelulusan kuota haji tambahan atas permohonan kerajaan PH 2019 dahulu March 10,2021 10, 4:05 pm"May be an image of 1 person and text that says "aduan telah dibuat bahawa tuan/puan telah melakukan kesalahan di bawah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988: Tarikh Waktu Tempat MOT7O EITCHEN... JALAN Kesalahan ကပns Tuan/puan adalah dimaklumkan babawa menurut kuasa yang seksycn 25 tersebut. bersedia dibuat. dibuat dengan resit ribu kompaun bukan untuk semua kesalahan KPN tempoh jumlah Takscan nySejahtera, yang kompaun RM10K Nilai kompaun 10 ribu yang bakal dilaksanakan hanya untuk kesalahan berulang mencetuskan penyebar COVID-19 lanyajuga untuk menggambarkan peningkatan kes COVID-19 serius. 18:13MYT Pegawai Pengarah Diberikuasa INSP KualaLumpur"



1.Rasuah dan salah guna kuasa? YA

2.Undang-undang dua darjat? YA

3.Sembang kencang auta dan propa? YA

4.Boros berbelanja dan tidak reti meningkatkan hasil negara? YA

5.Tiada halatuju jelas dan konsisten? YA

6.Matlamat menghalalkan cara demi mengekalkan kuasa? YA

7.Pura2 prihatin bila nak pilihanraya tapi berlagak bila dah berkuasa? YA

8.Melayan rakyat seperti kuli batak,hamba abdi moden? YA

9.Memperbodoh dan menidakkan hak marhen? YA

10.Melacurkan demokrasi berparlimen dan Perlembagaan Negara? YA

 



May be a cartoonMay be an image of 1 person and text that says ""Fikir dulu keperluan anda dan buat keutamaan pembelian, sama ada pakaian atau telefon baharu. Anda akan mendapati setiap ringgit akan pergi jauh. -Tengku Zafrul Kata Menteri yang berpendapatan RM62,077.20 sebulan aset kekayaan lebih RM20 juta"May be an image of 1 person and text



Kesimpulannya pengundi-pengundi  wajar menghukum mereka semua kerana kegagalan tebuk atap adelah kegagalan bersame semua menteri-menteri,timbalan-timbalan  menteri dari wakil-wakil  ahli-ahli  parlimen MP BN UMNO,PAS,PPBM dan GPS dalam kerajaan.BN UMNO tak boleh cuci tangan,PAS tak boleh kate,GPS tak boleh sembang PPBM ja yang bersalah.Hakikatnya mereka semua terlibat bersubahat buat onar sesuka hati secare berkumpulan.PRU15 kasi campak keluar calon-calon  BN UMNO,PAS,PPBM,GPS dari peti undi di semua 222 parlimen biar dia mereput jadi pembangkang ramai-ramai  supaya tak boleh lompat lagi ke mana-mana  gabungan.

 

TIDAK JEMUKAH KHALID SAMAD DENGAN SANDIWARA MAHATHIR?

 

May be an image of text that says "FMT T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO "Namun,walaupun Amanah tidak menghalang Anwar untuk cuba (dapatkan sokongan Ahli Parlimen), memandangkan dia juga kenal Ahli- ahli Parlimen Umno dahulu bagi kami, pendekatan lebih mastap dan kemungkinan capai kejayaan ada hafie dan Syed Saddiq," kata beik h Mahathir"


Saya petik kenyataan YB Khalid Samad. Di dalam tulisannya, dia kata Anwar masih gagal jadi PM kerana di kalangan MP Umno yang mahu sokong Anwar tidak berani nyatakan secara terbuka.

Betul, aku setuju. Sokongan secara terbuka di hadapan rejim perasuah dan pengugut adalah satu tindakan bodoh. Adalah lebih baik sokongan itu dizahirkan disaat berlakunya undi tidak percaya di Parlimen. Masalahnya, mengapa Parlimen tidak boleh bersidang? Tentu ada sebab yang dibimbangi. Yang pasti bukan kerana Covid sangat pun.

Satu lagi jalan adalah melalui SD ke Istana. Anwar telah pun menghantar surat ke Istana untuk mohon mengadap Agong. Bijaknya Anwar, dia tidak beri senarai nama kepada Istana untuk keselamatan MP2 berkenaan sehingga Agong sendiri dapat memanggil semua MP untuk pengesahan. Kita semua tahu proses itu tergendala. Anwar menghantar lagi surat ke Istana untuk memohon mengadap bersama SD-SD yang beliau ada, namun masih terbantut.

Berbagai usaha telah dilakukan. Anwar tidak memilih untuk meminta sesiapa yang menyokongnya untuk membuat kenyataan terbuka kerana Anwar tahu beliau sedang berhadapan dengan siapa. Sekarang pun mereka sibuk berjual beli MP dan ugut mengugut. Bodohlah sesiapa yang buat pengakuan terbuka sokong Anwar. Mahathir juga di antara yang paling berminat mahu tahu siapa yang sokong Anwar.

Anwar tidak kisah pun sesiapa yang tolak atau sokong beliau. Tiada jual beli maruah dan jawatan ditawarkan oleh Anwar. Sebab itu tidak pelik beliau masih gagal untuk jadi PM di kala Muhyiddin amat lemah. Anwar bukan kemaruk mahu jadi PM sehingga sanggup jual prinsip. Sesiapa saja boleh sokong beliau asalkan sanggup terima reform.

Sekali lagi YB Khalid sebut nama Mahathir untuk dibawa masuk lagi dalam PH. Sori...kami akan tentukan keparat tua itu tidak berada dalam PH. Cukuplah dia khianat sekali. Masih tidak puas lagikah Khalid melihat Anwar dikhianati oleh si tua kutuk ini? Khalid tak jemukah menonton sandiwara pelakun munafik ini?

WFAUZDIN NS

 

KERJA BODOH NAK JUGA ANGKUT SAKA TUA TU

 

Adakah kerja Lid Jambang ni nak PERGUNAKAN DSAI dan MP2 PKR utk angkat SETAN Tua?? Dah lama terbukti pengkhianatan SETAN Tua tu tapi Lid Jambang "got no balls to admit"? Why? Takde kemaluan sungguh, rakyat dan penyokong memerhati.

So FICKLE : PENGKHIANATAN YG TIDAK MAHU DIAKUI - https://www.youtube.com/watch?v=bO8csiEMli8&t=23s

 May be an image of text that says "FMT T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO "Namun,walaupun Amanah tidak menghalang Anwar untuk cuba (dapatkan sokongan Ahli Parlimen), memandangkan dia juga kenal Ahli- ahli Parlimen Umno dahulu bagi kami, pendekatan lebih mastap dan kemungkinan capai kejayaan ada hafie dan Syed Saddiq," kata beik h Mahathir"

Hijrah KEADILAN demi rampas kembali kerusi Parlimen Batu Pahat

 


ADUN Senggarang, Khairuddin A. Rahim menganggap keputusannya untuk menyertai KEADILAN dari Amanah sebagai satu 'hijrah' demi kemenangan yang lebih besar buat Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).



Beliau mengakui, akan ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.



"Pada dasarnya, apa yang saya lakukan adalah hijrah. Ini bukan keputusan yang mudah, tetapi saya berharap orang ramai dapat menerimanya kerana saya melakukannya untuk rakyat dan negara," katanya.



Bagaimanapun, Khairuddin berkata beliau telah pun menjelaskan keputusannya untuk meninggalkan Amanah kepada timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub.



Malah, beliau menegaskan bahawa tindakannya itu tidak sama seperti Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong.



"Saya masih setia kepada Pakatan Harapan dan saya tidak menganggap tindakan saya sebagai satu pengkhianatan.



"Saya juga tidak mempunyai masalah dengan bekas rakan sekerja Amanah dan saya percaya bahawa kita masih boleh bekerjasama dalam kapasiti baru saya," katanya.



Salah satu faktor Khairuddin membuat keputusan untuk menyertai KEADILAN adalah menjadi calon Ahli Parlimen, memandangkan kerusi Senggarang yang disandangnya terletak di bawah kerusi Parlimen Batu Pahat.



Beliau melihatnya sebagai satu peluang untuk membantu KEADILAN merampas semula kerusi itu, setelah penyandangnya, Rashid Hasnon berpaling tadah apabila menjadi antara individu yang menjayakan Langkah Sheraton dan kini merupakan ahli Bersatu dan sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).



"Saya merasakan bahawa ini adalah masa yang tepat untuk saya menyertai KEADILAN dan pada masa yang sama bekerja keras untuk merampas semula Batu Pahat untuk PH sekiranya diadakan pilihan raya umum akan datang," katanya.



Parlimen Batu Pahat dijangka menjadi salah satu kerusi yang akan menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru antara Umno, Bersatu dan PH.

LIHATLAH PERANGAI BUDAK BUDAK AZMIN ALI ? BEGINIKAH MENGHINA WANITA?

 



NAFSIAH KHAMIS  MAHARAN


Lihatlah kebodohan Page budak-budak AZMIN ALI !!!

Memang Bodoh itu percuma tapi jangan borong semua . Description: 😅Bodoh dan BIADAP !!

Menghina wanita di HARI WANITA !!

Kebodohan mereka yang tidak tau betapa pentingnya tuala wanita untuk kaum wanita, di media elektronik atau sosial sentiasa iklankan produk ini supaya wanita jelas tentang menjaga kebersihan dengan baik.

PADMAN... pernah dengar tentang bagaimana seorang lelaki di India berusaha mencipta Pad untuk isterinya ?. Saya berikan sedikit kisah tentangnya.

Arunachalam Muruganantham yang bermula dengan usaha untuk isterinya tidak menggunakan kain yang sama dan kotor berulang kali apabila tibanya waktu haid. Akibat dari harga tuala wanita yang terlalu mahal beliau nekad untuk menciptanya sendiri dengan kos yang lebih murah.

Beliau menetap di Coimbatore, Tamil Nadu, yang terletak di selatan India dan merupakan sebuah kawasan pedalaman.

Arunachalam Muruganantham membuat revolusi di sana dengan mencipta mesin untuk mencipta tuala wanita dan boleh dijual kepada semua wanita dengan kos serendah 2 rupee sahaja berbanding harga pasaran 53 rupee untuk satu paket tuala wanita yang mempunyai lebih kurang empat ke lima helai tuala.

Selebihnya anda boleh google di internet. Kisah beliau diabdatasikan di dalam filem PADMAN.

Menjadi seorang lelaki anda perlu hidup dengan wanita yang akan menghadapi haid setiap bulan. Itu realiti samada beliau adalah emak, kakak, adik perempuan atau isteri.

Saya curi gambar

Iswardy Morni

dari fb beliau (jgn bg tau dia) , ini contoh yang baik. . Menghargai wanita bukan dengan hanya memberi bunga semata2 tapi hargai juga apa yang mereka perlukan untuk seumur hidup mereka.

Untuk Azmin dan budak2 nya.. jangan jadi pengecut.. meh pm hakak... kita berdebat..

Tapi orang selalu kata jangan berdebat dengan orang yang bodoh kerana hanya merugikan masa kita .

 

29 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL.



SILA TEKAN  >  UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI




SILA JAGA SOP...INI CONTOH KENA RM 10K


 No photo description available.

Kempen #tamatdarurat sebahagian dari gerakan besar tolak darurat - Tian Chua

 




Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, #tolakdarurat yang dilancarkan hari ini bukan satu-satunya organisasi membantah perisytiharan darurat di Malaysia.



Menurutnya terdapat banyak NGO dan parti politik lain yang telah menolak proklamasi itu sejak diisytiharkan pada 11 Januari lalu dan Jawatankuasa Deklarasi Merayu Penamatan Proklamasi Darurat adalah sebahagian daripada gerakan massa tersebut.



"Jawatankuasa ini bukan organisasi tunggal berkempen (tamatkan darurat). Sebahagian besar (juga) diusahakan NGO lain dan ahli politik yang lain. Mereka ada inisiatif masing-masing



"Website ini akan menjadi pemudahcara untuk bawa berita kepada rakyat. Pada masa sama kami menganggap kami adalah sebahagian daripada reaksi yang jauh lebih besar mewakili keseluruhan hasrat masyarakat yang menentang darurat ini," katanya dalam sidang media di Hotel Tamu, pagi tadi.



Jawatankuasa tolak darurat dalam majlis itu telah melancarkan laman web untuk rakyat menurunkan tandatangan melalui #tamatdarurat.com secara online bagi memudahkan urusan pengumpulan ketika situasi Covid 19 yang menghadkan pergerakan.

 

APA STANDARD PAS SAMPAI UMNO NAK KENA PUJUK


REFORMIS SOSIALIS AKHIRNYA JADI OPORTUNIS

 Reformis sosialis akhirnya jadi oportunis

KERAJAAN PN JANGAN DOLAK DALIK HAK MENGUNDI 18 TAHUN

 

AHLI POLITIK, NGO LANCAR KEMPEN #TOLAKDARURAT


KALAU BUKAN PELACUR, BERANIKAH PAS PILIH ANTARA UMNO ATAU BERSATU ?

 

Ramai penyokong Pas, sama ada daripada mereka yang menjadi ahlinya atau tidak, terlihat cukup kurang senang dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan parti tersebut seperti pelacur.

Beliau yang lebih mesra dengan Ku Li melabelkan demikian khususnya berdasarkan pengalamannya bersama dengan Pas ketika memimpin Parti Semangat 46 pada tahun 80-an sebelum ini.

Kata beliau, isu PAS mengganggu UMNO bukanlah suatu perkara baru.

“Dah lama kita lawan PAS. Bukan baru semalam, tapi sejak 1951, PAS mengacau UMNO sejak itu sampailah sekarang.

“Dalam PRK Tanjung Piai, ketika mereka dah bersama dengan kita dalam MN, PAS tidak mengundi kita. Mereka ada 3,000 ahli di situ, tapi tidak sampai 1,000 yang undi kita.

“Mereka bukan rakan kongsi yang jujur. Begitu juga di Semenyih.

“PAS macam pelacur, sekejap (sokong) DAP, sekejap Semangat 46,” hurainya dengan panjang lebar antara pengalaman dulunya bersama Pas dan realiti parti itu sekarang ini.

Sehubungan itu, tegas Ku Li, Pas bukanlah parti yang boleh dipercayai dan UMNO mesti melawan parti tersebut dalam PRU15 akan datang nanti.

Sejujurnya, apa yang diperkatakan Ku Li mengenai watak Pas ini bukanlah sesuatu yang baru atau pelik kerana sejak dulu itulah tingkah laku yang dipamerkannya kepada kita semua.

Dengan parti-parti utama di negara ini, hampir semuanya Pas pernah ‘berkahwin’ dengan kemudian ‘bercerai’ dengan mereka.

Setiap kali mahu ‘bersama’ dan ‘berpisah’ selepas itu dengan kesemua parti tersebut, Pas sentiasa ada dalil-dalil agama yang dipetik daripada pelbagai sejarah Islam untuk menghalalkan tindakannya.

Disertai dengan sikap penyokongnya yang memang ditarbiah untuk wala’ kepada parti dan pemimpin dalam semua perkara sehingga kadang-kadang akal fikiran rasional diletak ke tepi, ke mana pun hala tuju pilihan Pas, ia sentiasa disambut, disokong serta diterima dengan baik.

Dalam hubungannya dengan UMNO yang terjalin melalui Muafakat Nasional sejak kedua-duanya tewas pada PRU14 2018 lalu, hubungan mereka mula bermasalah bila Pas memilih untuk menyertai PN sebagai anggota rasmi.

Sejak itu, Pas sering ditanggapi sebagai parti ‘main dua kolam’ oleh pemimpin dan penyokong UMNO.

Demi manfaat dunia yang sayang dilepaskannya, tindakan Pas berkubang di kolam UMNO dan Bersatu dalam waktu yang sama amat tidak disenangi oleh UMNO lantaran ia nyata merugikan parti tersebut berbanding Bersatu.

Meski sudah ‘bertunang’ dengan UMNO dalam MN, lantaran mahu mengambil hati Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana memberi banyak kedudukan serta jawatan dalam kerajaan dan ingin mengekalkan nikmat duniawi, Pas sanggup ‘berkahwin’ dengan menjadi anggota rasmi gabungan PN tanpa memutuskan pertunangannya dengan UMNO.

Mungkin Pas banyak terpengaruh dengan sistem perkahwinan dalam Islam yang membenarkan poligami sehingga empat isteri, maka itulah barangkali sebabnya Pas memilih mahu bersama UMNO dan Bersatu pada waktu yang sama.

Tetapi, Pas mesti sedar, poligami tidak pernah dibenarkan dalam dunia politik dan sesebuah parti mesti berani membuat pilihan yang satu antara dua yang dicintai.

Kalau mahu bersama UMNO, pilihlah hanya bersama UMNO dan MN, manakala jika mahu bersama Bersatu, maka pilihan hanyalah bersama parti tersebut serta PN saja.

Tidak boleh dan tidak beretika, jika Pas memilih mahu bersama UMNO dan MN serta diwaktu yang sama ingin pula bersama Bersatu dan PN, walhal sudah jelas UMNO telah membuat ketetapan memutuskan hubungannya dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.

Selagi Pas tidak berani membuat pilihan yang satu antara UMNO dan Bersatu, label seperti main dua kolam, pelacur dan sebagainya akan terus menghinggapi mereka.

Maka, janganlah Pas marah kepada sesiapa yang melabel apa pun gelaran kepada mereka kerana dalam poligami, bohong sikit-sikit dengan semua isteri mungkin amalan biasa, tetapi kejujuran adalah teras hakiki dalam perkongsian untuk politik dan kuasa.

Soalnya, beranikah Pas? 


(Shahbudindotcom 12/03/2021)




PEGUAM KRITIK MUFTI PERLIS

 


Terkini! Peguam kritik Mufti Perlis

Terkini! Peguam kritik Mufti Perlis

MUFTI

Pada 2018, Mufti Perlis pernah mencadangkan agar dikawal gelaran ustaz dan ulama kerana dibimbangi menyebabkan masyarakat akan terkeliru dan menyangka fakta yang salah itu benar kerana gelaran berkenaan.

“Saya rasa perkataan yang paling bahaya digunakan ialah ulama. Ini seperti tokoh ulama, dewan ulama, majlis ulama, syura ulama dan seumpamanya.

“Tokoh besar dunia pun takut untuk memanggil diri mereka ulama. Di Malaysia, dengan mudah wujud istilah ini. Jika memang ada latar ilmu yang memadai, maka tidak mengapalah digunakan. Bimbang sebaliknya,” kata Mufti Perlis itu.

Saya menyokong penuh cadangan beliau itu tanpa bahas. Tetapi saya rasa, selain ustaz dan ulama, beliau sewajarnya menyebut juga mengenai mufti.

Mufti mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Islam. Ia boleh merujuk kepada gelaran yang diberikan kepada ulama yang sudah mencapai tahap seorang faqih seperti yang diberikan kepada Maulana Taqi Uthmani dan ulama-ulama besar di benua India. Ia juga boleh merujuk kepada suatu jawatan dan institusi yang dibentuk oleh kerajaan seperti di Malaysia dan kebanyakkan negara umat Islam.

Bukan semua ulama layak menjadi mufti. Hanya mereka yang telah menguasai dan memahami dalil-dalil hukum dan berbagai disiplin ilmu Islam seperti Quran, Hadis, fiqh dan ilmu-ilmu alat termasuk bahasa arab, mantiq, balaghah dan sebagainya layak untuk diangkat menjadi mufti.

Imam Syafi’i pernah berkata, “Tidak boleh seseorang berfatwa kecuali dia mengetahui kitabullah, nasikh dan mansukhnya, muhkam dan mutasyabihnya, takwil dan tanzilnya, makkiyah dan madaniyahnya, sebab turun ayat, hadis rasulullah, bahasa arab, perbezaan pendapat para ulama….” (Rujuk: Khatib Al-Baghdadi, Al-Faqih wal Mutafaqqih)

Imam Ahmad pula pernah berkata, “Tidak sepatutnya seseorang meletakkan dirinya pada jawatan mufti sehingga dia memenuhi 5 kriteria:- (1) Memiliki niat yang baik. Jika tidak, maka tidak ada cahaya pada diri dan ucapannya. (2) Memiliki sifat sopan, berwibawa dan memiliki pembawaan yang tenang. (3) Bersikap tegas dalam menangani masalah yang dirujuk kepadanya. (4) Mempunyai keperluan material yang mencukupi dan (5) Bersikap mesra dengan masyarakat. (Rujuk: Ibnul Qayyim, I’lamul Muwaqqi’in)

Maknanya, menguasai ilmu pengetahuan saja tidak mencukupi. Seorang mufti mesti memiliki akhlak yang baik disamping penguasaan ilmu yang luas. Imam Hasan Al-Basri pernah berkata, “Apakah kamu mengetahui apa itu al-Faqih? Al-Faqih ialah seorang yg warak dan zuhud, yang tidak meremehkan orang di bawahnya dan tidak mencacatkan orang di atasnya serta tidak menjadikan ilmu sebagai barang dunia yang tidak berguna” (Rujuk: Khatib al-Baghdadi, al-Faqih wal Mutafaqqih)

Memahami kedudukannya yang tinggi, seorang mufti tidak sewajarnya menyibukkan dirinya dalam perdebatan yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat samada yang berkait dengan persoalan agama ataupun tidak.

Ketika Syeikh Yusuf al-Qaradhawi sedang mengajar di dalam masjid, ada orang bertanya kepada beliau nama kakak Nabi Musa yang disebut dalam al-Quran. Syeikh al-Qaradhawi lalu menjawab, “Kenapa kamu sibuk nak tahu namanya? Kamu nak meminang dia ke? Letaklah namanya Maryam atau Zulaiha atau Maria sekalipun, apakah nama tersebut bermanfaat kepada kamu? Allah tidak sebut nama kakak Nabi Musa dalam Quran, Nabi Muhammad S.A.W juga tidak jelaskan siapa nama dia, mengapa kita pula menyusahkan diri dalam hal yang Allah telah hindarkan kita darinya dan tidak bermanfaat bagi kita supaya kita berehat tanpa memikirkannya?” (Rujuk: Yusuf al-Qaradhawi, al-Fatwa Bainal Indhibat wat Tasayyub)

Apatah lagi yang berkait dengan pertemuan seorang ulama dari India dengan seorang bekas menteri agama, maka tidak selayaknya seorang mufti mencampuri urusan dan perdebatan tersebut kerana jelas ia tidak memberi apa-apa manfaat sedikit pun kepada ummah dan masyarakat.

Wallahu a’lam

#kitajagakita

Mohd Fitri Asmuni
Peguam

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/473481/kawal-gelaran-ustaz-ulama-mufti-perlis