SEMUA NAK KENAKAN ANWAR? AKAI ADA ?




Kalau Keadilan tu dikatakan parti yang perjuangkan DS Anwar sebagai PM (walau hakikatnya banyak isu rakyat yang Keadilan perjuangkan), bagaimana pula dengan parti ini? Perjuangannya cuma untuk halang DS Anwar jadi PM.

MoU yang ditandatangani oleh PH bukanlah yang diusahakan oleh DS Anwar. Sebaliknya Tony Pua adalah antara orang yang berusaha gigih untuk MoU itu terhasil. Dan yang menandatangani bukan hanya DS Anwar tapi presiden semua parti dalam PH.

MoU itu asalnya adalah untuk kestabilan politik. Supaya kerajaan minoriti yang dibentuk oleh Isnail tidak mudah roboh sehingga menggugat keyakinan pelabur. Sebenarnya lebih menguntungkan PH kalau MoU itu tidak ditandatangani tetapi demi rakyat, PH mengalah.

Ketua Pembangkang bertaraf menteri mungkin asing bagi Malaysia tapi ia bukan benda baharu di dunia ini. Ia salah satu perubahan yang PH mahu lakukan sekiranya berjaya membentuk kerajaan tapi digagalkan oleh si tua yang membenci reformasi.

Dimaklumkan juga, DS Anwar tidak mengambil elaun yang diperuntukkan sebaliknya mendermakan semuanya. Kalau DS Anwar gilakan jawatan, dah tentu beliau tak akan menolak elaun tersebut

Sungguhpun ada MoU, DS Anwar tak pernah senyap suarakan isu demi kepentingan rakyat. Sebaliknya yang senyap adalah 4 orang ahli parlimen Pejuang termasuk Mahathir. Bagi Mahathir pula, jawatan MP cuma untuk hentam Najib, bukan untuk bela nasib rakyat. Sebab hanya itu yang dia buat selama ini.

Pejuang, parti yang tak laku, yang hilang deposit di semua 42 kerusi yang ditandingi dalam PRN Johor, nampaknya semakin hilang arah. Di waktu rakyat persoalkan kerajaan yang gila ini, juga seruan Najib selamatkan syarikat kroni, mereka memilih untuk menyerang DS Anwar. Apakah mereka proksi Ismail? Ini yang Guan Eng dan Mat Sabu anggap kawan? Guane boh?

Raja Gelap

 

KETETAPAN PAU2021 AKHIRNYA TIDAK BERERTI APA-APA, MALAH BERCANGGAH PERLEMBAGAAN

 

Tidak sampai seminggu setelah berakhirnya PAU2021 yang meluluskan usul pemilihan parti hanya akan diadakan enam bulan selepas PRU15 dilangsungkan serta diikuti janji Ismail Sabri Yaakob untuk berbincang dengan “Top Five” UMNO untuk menetapkan tarikh pilihan raya, seorang ahli MT, Noh Omar menghuraikan lebih detail tentang peranan Perdana Menteri dalam soal pembubaran Parlimen.

Menurut beliau, Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen, sebaliknya kuasa itu berada di tangan Yang DiPertuan Agong.

Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor berkata, banyak pihak tidak faham mengenai had kuasa Perdana Menteri sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

“Kita kena jelas bahawa dalam menentukan pembubaran Parlimen, ini termaktub dalam perlembagaan.

“Artikel 40 (menyebut) kuasa Kabinet untuk menasihati Yang DiPertuan Agong dan dalam artikel itu juga menyatakan kuasa mutlak Yang DiPertuan Agong untuk boleh tidak membubarkan Parlimen.

“Jangan salah faham, parti boleh buat cadangan, kabinet setuju untuk bubarkan (Parlimen), tapi ini adalah satu kuasa mutlak Agong,” katanya.

Dalam hal ini, Noh menjelaskan, UMNO sekadar boleh mencadangkan untuk membubarkan Parlimen, namun perbincangan sebenar ialah melalui kabinet.

“Kuasa lantik Kabinet, ya kuasa Perdana Menteri. Kita kadang-kadang lihat selama ini (bubar Parlimen) seolah-olah kuasa Perdana Menteri, ini hanyalah “by convention” tetapi perlembagaan jelas (menyatakan) ini kuasa kabinet, bukan kuasa Perdana Menteri.

“Perdana Menteri kena bawa dalam kabinet, (jika) kabinet setuju baru bawa kepada Yang Dipertuan Agong dan terpulang kepada baginda untuk bubar atau tidak,” tegasnya yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Memahami dan mengambil kira kenyataan Noh Omar ini, satu perkara yang jelas di sini ialah ini bermakna ketetapan PAU2021 baru-baru ini dengan sendirinya jadi tidak bermakna apa-apa sekarang ini.

UMNO sebenarnya langsung tidak relevan untuk dibawa dalam perbincangan mengenai penetapan tarikh pilihan raya kerana yang sepatutnya dilibatkan ialah kabinet.

Dengan kabinet dilibatkan untuk perbincangan mengenai tarikh pilihanraya, sebagaimana ia tertulis dalam perlembagaan, adakah sebahagian menteri daripada UMNO serta semua menteri daripada Pas dan Bersatu setuju PRU15 diadakan dengan segera dan lebih dulu sebelum pemilihan UMNO?

Atau mereka lebih setuju jika PRU15 diadakan pada tahun depan?

Nampaknya bukan saja ketetapan PAU2021 tidak lagi bermakna apa-apa, bahkan Zahid Hamidi, Najib Razak dan Mohamad Hasan juga dijangka akan terus “sakit kepala” dengan perkembangan ini.

Besar kemungkinan sekarang ini, hasrat mereka selama ini untuk mengawalkan PRU15 sebelum pemilihan UMNO tidak akan menjadi kenyataan dan hanya tinggal sebagai kenang-kenangan sebuah desakan kerana jelas apa yang dilakukan UMNO itu sama sekali tidak berperlembagaan.

Perlembagaan hanya menetapkan kabinet yang boleh membincangkan tarikh pilihan raya sebelum Perdana Menteri menasihati Yang Dipertuan Agong berkenaan dengannya.

Ismail Sabri sudah tentu lebih berpegang kepada perlembagaan berbanding desakan daripada UMNO. – ShahbudinHusin 23/03/2022.


GAJI CEO TAHUNAN 61.8 JUTA...GILA ? HANYA NAJIB YANG TAHU JAWAB

 

FAHMI FADZIL






Tahukah anda, “dari tahun 2014 hingga 2020, Shahril (CEO Sapura Energy) yang mempunyai 12.8% pegangan di dalam syarikat ini menerima gaji keseluruhan sebanyak RM432.7 juta.”

“Ini bermaksud secara purata, beliau menerima gaji tahunan sebanyak RM61.8 juta sejak tahun 2014. Pada tahun 2018 misalnya tatkala Sapura mengalami kerugian RM2.5 bilion, gaji beliau kekal tinggi pada RM71.9 juta.”

Jangan bailout dengan duit rakyat!

 

ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?

 

HUSAM MUSA


Timbul soalan dalam fikiran kita : 'Tak ada kah Anak Kelantan tulen yg mampu bangunkan Ladang Musang King komersial besar-besaran dari tanah kurniaan Kerajaan?'

Sehingga bukan Anak Kelantan saja diberi peluang - kelulusan tanah seluas-luas mereka mahu.

Saya singgah di kebun Tn Hj Lokman Isa di Jerantut.

Tn Hj Lokman Isa adalah Anak Jati Kelantan. Beliau merupakan mantan Pengurus Pusat Operasi FAMA Wilayah Pahang Barat.

Selain berkebun Musang King dengan jaya sejak 2014, beliau adalah antara pengasas teknologi sejuk beku durian sejak 1995. Melalui hasil kajian beliau, ramai peniaga sejuk beku durian Musang King mendapat faedah sehingga mereka muncul sebagai pengeksport Musang King terkenal. (Termasuk nama yang tertera sebagai salah se orang pemaju Musang King dalam berita 24 Feb 2022 tu).

Hasil titik peluh kajian dan idea Hj Lokman dan rakan-rakan dari Fama.

Hj Lokman terpaksa bangunkan sendiri Kebun Musang King seluas 18 ekar di Jerantut, bukan di negeri sendiri. Pilu.

Pernah berjumpa Exco Pertanian Kelantan dan menawarkan khidmat dan pandangan profesional tentang bagaimana Kerajaan Kelantan patut tolong Anak Kelantan sendiri bagi bangunkan perniagaan berkebun Musang King. (Khabarnya parti perintah Kelantan sekarang bersemangat Melayu - Islam?)

Tetapi khabarnya : 'hampa'.

Nikmati clip ringkas temu bual saya di kebun Hj Lokman - yg juga konsultan penanaman Musang King di seluruh negara.

Tak malu ke Kerajaan Kelantan kayakan bukan Anak Negeri sendiri saja?

(Apa malu-malu?)

 

0:00 / 1:36

STEVEN SIM DAN NURUL BANTU MAKCIK

 

Bilik sempit sekecil kotak, tidur atas tilam nipis, tandas takda, dapur pun takda. Itu saja yang Makcik Aminah, 63 tahun dan adiknya Bibi, 52 mampu nak sewa.

Kadang kala mereka dua beradik berkongsi sebungkus nasi sebab tak cukup duit belanja. Sayu hati mendengar kisah mereka.

Bilik-bilik sewa kat sana kebanyakannya laki-laki, jadi memang tak sesuai untuk Makcik dua orang ni dok kat sana.

Ada seorang jiran kat tepi, aunty Cina kata Makcik Aminah selalu dok jatuh bila nak pi beli makanan. Aunty Cina lah yang dok pimpin Makcik pi beli barang. Makcik dah tua, jalan pun bertongkat. Adiknya pula kudung sebelah kaki.

Bila saya dapat laporan orang awam tentang warga mas dua beradik ni, saya terus mencari mereka. Lokasi dia sebenarnya kat sempadan parlimen BM dan Permatang Pauh. Jadi saya ajak sekali YB Nurul Izzah.

Pagi ni, kami cari Makcik Aminah dan Makcik Bibi untuk pindahkan mereka ke rumah baru.

Izzah dan saya sama-sama uruskan permohonan rumah. Kami beli perabot baru, tikar baru, katil baru, bagi kedua-dua Makcik selesa sikit kat rumah baru. Total kos lebih kurang RM6 ribu.

Ramadan dah dekat, semoga tahun ini boleh menyambut bulan Ramadan dalam keadaan yang lebih baik.

Sewa rumah saya tolong cover terus untuk setahun.

Saya juga bincang dengan atlet paralimpik Koh Lee Peng untuk ajar Makcik buat sikit kraftangan kemudian dijual melalui Lee Peng. Lee Peng bukan takat suhu nak tolong jual malah dia nak ajar mereka macam mana nak buat kraftangannya. Description: ❤️

Untuk permulaan, mereka buat packing facemask dan sanitizer, saya akan hantar ke KL untuk Lee Peng tolong jualkan. Tadi dia pek 100 pek dalam masa satu jam masa kami pi beli perabot. Nanti saya hantar semua kepada Lee Peng di KL. Mudah-mudahan murah rezeki mereka semua. 


Saya supply sikit modal, depa buat packing facemask, sanitizer dan tisu paper. Besok saya bawa ke KL hantar kat paralimpik Koh Lee Peng tolong jualkan. Lee Peng lepas ni akan ajar mereka buat kraftangan. Bolehlah jana sikit pendapatan.




Perabot masuk rumah. Kerusi meja cantik dari M haus Alma. Tq boss M Haus, Esther yang selalu bagi diskaun padu. Korang pi lah sokong dia sikit juga.



M Haus, Alma memang kedai perabot berkualiti tinggi, tapi bos baik hati selalu kasi diskaun sebab nak bantu saya bantu orang. Tadi Izzah dan saya kongsi kos beli perabot.



Makcik Bibi terharu bila sampai rumah baru mereka. Hari ini, rumah baru siap dibaiki, dibersihkan. Saya janji akan tanggung sewa setahun.🤗



Kami hantar Makcik Aminah dan Makcik Bibi ke rumah baru mereka. Tempat luas, bersih, selamat, ada segala kemudahan.😊
— with Nurul Izzah Anwar.



Makcik Aminah berkongsi kisah hidup mereka adik beradik berdua. Dah berkelana banyak tempat, hidup dalam sukar, ada kala nasi sebungkus kongsi dua orang.🍚😞😞
— with Nurul Izzah Anwar.



Saya call YB Nurul Izzah apabila mendapat tahu dua adik-beradik warga mas dan OKU yang memerlukan bantuan sebenarnya tinggal di sempadan kawasan parlimen kami.
— with Nurul Izzah Anwar.



Inilah keadaan "bilik sewa' mereka. Laluan pun sempit. Tadi masa nak naik kerusi roda, Makcik Bibi mencuba beberapa kali sendiri sebab tak nak dibantu, sampai ada sekali terjatuh. Saya terharu nampak YB Nurul Izzah Anwar membaca ayat Yassin memberi semangat kepada Makcik Bibi. Tak pernah saya nampak macam ini. Tersentuh sangat-sangat. 😭
— with Nurul Izzah Anwar.

SAAT-SAAT SOSMA DIBATALKAN : Usul dikemukakan Menteri Dalam Negeri tidak dipersetujui



Usul Menteri Dalam Negeri untuk lanjutkan Subseksyen 4(5) SOSMA 2012 bagi tempoh lima tahun lagi, tidak melepasi proses undi belah bahagi, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun. Keputusan undian belah bahagi : Setuju (84) dan Tidak Bersetuju (86) manakala Tidak Hadir (50) #SisiTVParlimen #AWANInews



Pemilihan PKR: Portal dedah senarai ‘cai’ Rafizi

 


Pemilihan PKR: Portal dedah senarai ‘cai’ Rafizi


Menjelang pemilihan PKR pada Mei ini, Rafizi Ramli yang akan bertanding jawatan timbalan presiden sedang membentuk sebuah pasukan merangkumi beberapa nama besar parti.

Menurut beberapa sumber daripada parti, ‘cai’ Rafizi menampilkan empat calon naib presiden, seorang ketua pemuda (AMK) negeri, ketua Wanita, timbalan AMK dan timbalan Wanita.

“Dua Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Chang Lih Kang berada dalam pasukan Rafizi bagi jawatan naib presiden.

“Sementara, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan timbalan ketua penerangan Manivanan Gowin merupakan dua lagi calon untuk empat jawatan naib presiden dipertandingkan semasa pemilihan parti.

“Bagi sayap Wanita, Adun Batu Tiga Rodziah Ismail diangkat sebagai calon ketua Wanita dan Ahli Dewan Negara Fadhlina Sidek untuk jawatan timbalan ketua Wanita.

“Sementara Ketua AMK Pulau Pinang Fahmi Zainol akan berganding dengan Adun Rawang Chua Wei Kiat masing-masing untuk jawatan ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda,” katanya.

Vakum kepimpinan, punca pemilihan parti diadakan tahun ini - Saifuddin

 

Pemilihan parti KEADILAN yang akan dilaksanakan sebulan daripada sekarang dilakukan setelah berlaku perbincangan yang mendalam di kalangan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik.



Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pemilihan terpaksa diadakan tahun ini biar pun parti boleh menangguhkannya sehingga ke Mei 2023 kerana terdapat banyak vakum yang tidak diisi dalam kalangan pimpinan utama.



"Tempoh jawatan MPP, Wanita, Ketua AMK dan Cabang selama 3 tahaun, selepas kali terakhir di buat pada 2018



"Perlembagaan parti membenarkan kalau kita nak elak pemilihan, boleh sambung tak lebih 18 bulan. Kita tamat November 2021. MPP setuju guna pakai klausa yang berakhir Mei 2023.



"Kita boleh pilih untuk buat sampai tarikh maksimum. Kenapa buat sekarang? MPP sebagai pembuat keputusan berpendapat walaupun mandat demokrasi 3 tahun (dam boleh dilanjutkan), sebagai parti reform kita berpendapat menghormati mandat demkrasi itu wajar didahulukan.



"Kedua, MPP telah ambil kira semua pandangan. Lepas peristiwa Sheraton ada vakum, kita hilang Ketua Wanita, Timbalan AMK, ahli MPP dan lain lain," katanya dalam forum maya terbitan Studio KEADILAN, malam tadi.



Tambah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru itu, sesuatu yang tidak adil untuk pemimpin yang ada kini memikul beban berlebihan menguruskan parti.



Katanya, tugas tersebut perlu diagih agihkan kepada jawatan jawatan tertentu parti agar prestasi parti lebih baik menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.



"Apabila struktur terganggu bermaksud pimpinan yang ada memikul beban bertambah.



"MPP bincang lama dan juga Biro Politik. Kita kaji dekatnya PRU dan kepimpinan itu ada vakum. Kita perlu segerakan untuk membolehkan struktur pimpinan parti dilengkapkan untuk membawa parti mendepani PRU," katanya lagi.