Iran ‘Belum Guna’ Sebahagian Besar Peluru Berpandu ‘Hadiah’ Untuk AS

 

Iran mendakwa peluru berpandu menyasarkan tentera AS serta rejim Zionis Israel laknatullah masih belum digunakan setelah lebih 40 hari perang meletus sebelum gencatan senjata 14 hari.

HAMILTON, 25 Apr – Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Iran berkata, sebahagian besar keupayaan peluru berpandu negara itu ‘belum digunakan’ sebagai ‘hadiah’ dalam perang dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Tasnim News.

Laporan agensi berita separa rasmi itu memetik Jeneral Reza Talaei-Nik berkata: “Sebahagian besar keupayaan peluru berpandu Iran masih belum digunakan”.

“Pasukan kami mengekalkan penguasaan udara sepenuhnya ke atas wilayah yang diduduki entiti Zionis (Israel) dan sebahagian daripada keupayaan peluru berpandu kami digunakan sepanjang perang selama 40 hari itu,”.

Beliau mendakwa tentera Iran mengekalkan kelebihan sepanjang konflik itu.

Mengenai konfrontasi di laut, Reza mendakwa, kapal perang musuh beberapa kali berundur ratusan kilometer dari Laut Oman sebagai tindak balas terhadap tindakan tegas pasukan Iran.

Laluan perkapalan melalui Selat Hormuz terjejas teruk sejak AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran bermula 28 Februari, sekali gus mempengaruhi pasaran tenaga global dan menimbulkan kebimbangan terhadap krisis ekonomi yang berpanjangan.





Polis Kelantan Siasat Individu Didakwa Perlekeh Anggota PDRM Bertugas Di SJR

 


Polis membuka kertas siasatan berkenaan mengikut tiga seksyen iaitu Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

KOTA BHARU, 26 Apr – Polis Kelantan membuka kertas siasatan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan memperlekeh pasukan keselamatan itu, berhubung video tular berkaitan penganjuran konvoi motosikal petang semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan berkenaan dibuka mengikut tiga seksyen iaitu Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Hari ini pada jam 10 pagi kita menerima satu laporan polis berkaitan satu rakaman video yang tular di media sosial.

Kenyataan media Ketua Polis Kelantan yang disiarkan pada 26 April 2026.

“Menerusi video berkenaan memaparkan seorang individu lelaki yang mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekeh dan memperbodohkan anggota polis semasa menjalankan penugasan sekatan jalan raya.

“Siasatan awal mendapati, individu berkenaan turut mendakwa bahawa beliau berjaya melepasi beberapa sekatan jalan raya dengan memperdayakan anggota bertugas,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab, bersifat provokatif serta boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat di samping menjejaskan imej, reputasi dan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan media Ketua Polis Kelantan yang disiarkan pada 26 April 2026.

Katanya, polis Kelantan menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang cuba memperlekehkan tugas pasukan keselamatan atau menyebarkan kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Perbuatan yang boleh menjatuhkan kehormatan pasukan keselamatan atau menghakis keyakinan awam terhadap penguatkuasaan undang-undang akan diambil tindakan tegas tanpa toleransi.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial serta tidak menyalahgunakan platform itu untuk menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran awam,” katanya.

Tindakan seorang ADUN Pas Kelantan yang dikatakan menganjurkan konvoi motosikal melalui LTSIP amat memalukan.

Semalam, ‘Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama YB YB’ anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda Pas Kelantan mendapat kecaman hebat di media sosial susulan atur cara program terbabit menyatakan antara lokasi yang akan dikunjungi ialah LTSIP (Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra) Pengkalan Chepa.

Konvoi yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud sekitar jam 5 petang semalam, bermula dari Kota Lama-LTSIP Pengkalan Chepa – Bandar-belakang AEON Mall.\\





Pemandu Bas Langgar Lampu Isyarat Rempuh Tiga Kenderaan Direman

 


Imej tangkap layar dari papan pemuka kenderaan rempuhan bas di Jalan Klang Lama pada 25 April 2026.

PETALING JAYA, 26 Apr – Pemandu bas ditahan selepas disyaki merempuh tiga kenderaan selepas melanggar lampu isyarat merah di Jalan Klang Lama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 8.06 malam semalam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan jam 6.20 petang apabila bas jenis Nissan berwarna putih dipandu seorang lelaki tempatan melanggar lampu isyarat merah.

“Akibat tindakannya itu bas terbabit kemalangan dengan tiga kereta lain hingga menyebabkan kerosakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, salah seorang mangsa yang memandu kereta mengalami kecederaan ringan tetapi individu lain termasuk pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Katanya, pemandu bas berusia 40 an ditahan dan direman tiga hari bermula hari ini sehingga lusa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurutnya, ujian saringan awal mendapati suspek negatif pengambilan dadah dan alkohol ketika kejadian itu.

“Pihak polis tidak akan berkompromi kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan akan mengambil tindakan tegas kepada pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang.

“Saksi kejadian dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat trafik, Inspektor Mohd Nazar Md Kasim di talian 012-5653395 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial satu klip video memaparkan kereta Perodua Myvi yang baru bergerak di satu persimpangan lampu isyarat dilanggar sebuah bas di bahagian bonet hadapan.




Malaysia Perlu Perkukuh Daya Tahan Hadapi Krisis Tenaga Global – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 11 bertajuk ‘Muslim Unity in Times of Geopolitical Crisis’ di Putrajaya pada 26 April 2026.

PUTRAJAYA, 26 Apr – Malaysia perlu memperkukuh daya tahan bagi menghadapi kemungkinan kemerosotan ekonomi susulan peningkatan kos global serta gangguan rantaian bekalan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, meskipun negara dijamin mempunyai bekalan petroleum yang mencukupi untuk beberapa bulan akan datang, cabaran seperti kekurangan diesel dan isu bekalan baja mampu memberi tekanan kepada ekonomi domestik.

“Saya menyeru komitmen yang lebih kukuh untuk memperkasakan daya tahan bagi menghadapi kemungkinan kemerosotan ekonomi ini, susulan kos yang semakin meningkat serta kemungkinan kekurangan bekalan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 11 bertajuk ‘Muslim Unity in Times of Geopolitical Crisis’ di Putrajaya pada 26 April 2026.

“Kita (Malaysia) bernasib baik kerana untuk beberapa bulan akan datang kita mempunyai jaminan bekalan petroleum yang mencukupi, namun kita mungkin akan berdepan lebih banyak cabaran berkaitan bekalan diesel dan baja,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 11 bertajuk ‘Muslim Unity in Times of Geopolitical Crisis’ anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini malam ini.

Perdana Menteri berkata kekuatan Malaysia terletak pada perpaduannya sebagai sebuah negara berbilang kaum dan berbilang agama, yang menjadi asas penting dalam berdepan dengan ketidaktentuan global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 11 bertajuk ‘Muslim Unity in Times of Geopolitical Crisis’ di Putrajaya pada 26 April 2026.

“Kita berbangga untuk menyatakan, Alhamdulillah, di negara berbilang kaum dan berbilang agama seperti Malaysia, wujud semangat perpaduan serta iltizam untuk mempertahankan negara serta berganding bahu dalam menyelesaikan cabaran.

“Saya tidak percaya ada masalah yang tidak mampu diatasi. Apa yang kita perlukan ialah iltizam dan membina daya tahan yang kukuh dalam kalangan rakyat kita,” kata Perdana Menteri.

Mengenai perkembangan global, Anwar menekankan landskap geopolitik yang semakin kompleks, terutamanya konflik berlarutan di Asia Barat yang menurut beliau membawa implikasi politik dan ekonomi meluas.

Beliau turut mengecam pencerobohan berterusan Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat, dengan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai punca kepada peningkatan krisis kemanusiaan dan serantau, termasuk di Gaza, Lubnan serta kawasan lain.

“Penderitaan di Gaza dan perjuangan Palestin tidak boleh sama sekali dilupakan atau diabaikan. Dunia sedang menyaksikan kekejaman pada tahap yang sukar dibayangkan,” kata beliau.

Anwar berkata dasar luar Malaysia kekal konsisten dalam memperjuangkan keamanan dan keadilan, termasuk dalam menangani konflik di Myanmar dan rantau lain, sekali gus menekankan keperluan kepada penglibatan antarabangsa yang koheren dan berprinsip.

Forum berkenaan menampilkan panel penceramah antarabangsa dan tempatan termasuk Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Universiti Ibn Haldun, Necmeddin Bilal Erdoğan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan; Pengarah Islamic Institute for Development and Research (IIDR), Sharif Hasan Al-Banna serta Profesor Madya di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Khairudin Aljunied.

Fakta yang tidak di dedahkan.

 


Fakta yang tidak di dedahkan.

Tapi masih ada rakyat Terengganu termakan hasutan lobai2 untuk menghina pmx.




EMOJI YANG TAK KENA

 Ini kelebihan yang ada pada Rafizi....







Pas + DAP + MCA  semua nak joined... Siapa tak joined Pengundi larik...


Yang korang berlagak macho buat² gelak tu.... Gelak la puas²...dah tak lama dah tu.. Nurul Ashikin oi





KALAU BETUL UMNO BERUNTUNG




 Betul ke ni? Kalau betul alhamdulillah,kurang 1 toxic  dlm perpaduan.

Budak ni perasan dia penting kut?






YB ..KIOK..



 Mohd Zaid Ali



Mulakan ucapan dengan "boddo" Polis...Akhir ucapan bertakbir...






PKR INDERA MAHKOTA AKTIF


Hisham Ngah








 Up la skit program harini...tanda masih aktif..program pendaftaran ahli keadilan cabang indera mahkota..




Pada tahun 2023, MB Kedah kata litar lumba tu sudah siap 78%.

 

Aman Muhamad












Pada tahun 2023, MB Kedah kata litar lumba tu sudah siap 78%.


Namun pada tahun 2025. rakyat Kedah sendiri pergi ambil gambar dedahkan rupa sebenar projek litar lumba yang kononnya 78% siap tu.


Jujurlah wahai MB Kedah, betul ke macam tu rupa projek yang dah siap 78%?


Sampai bila MB Kedah nak membohong kepada rakyat Kedah?


:)



Macam ini hidup orang tak berparti. Terpaksa menempel macam kerang busu



Qlin Alif



 Macam ini hidup orang tak berparti.

Terpaksa menempel macam kerang busuk.






Turun anwar siri 2? Siri 1 kesan doa qunut patah balik bercerai berai PN… klu siri 2 ni… apa pulak bala kena puak kamu nanti…





PARTI RAFIZI ANCAMAN SEBENAR KEPADA PKR




26 April 2026


Bekas Timbalan Presiden PKR yang bakal dipecat atau digantung, Rafizi Ramli sekali lagi bersuara mengenai parti baharu yang akan ditubuhkannya.


Katanya, parti baharu itu dijangka dapat diumumkan pada Jun depan.


Rafizi berkata, beliau perlu berbincang dengan rakan-rakannya terlebih dahulu mengenai perkara itu sebelum ia diumumkan.


“Saya sudah berjanji dengan kawan-kawan supaya saya ambil masa sehingga Jun untuk saya tanya dan bincang dengan kawan-kawan,” katanya kepada pemberita seusai Himpunan Tangkap Azam Baki di Dataran Merdeka semalam.


Pada Februari lalu, bekas Menteri Ekonomi itu buat pertama kali membayangkan bakal menubuhkan parti baharu bagi menghadapi PRU16 akan datang.


Parti baharu itu, selain kerana beliau sudah dikira berpatah arang dan berkerat rotan dengan PKR bagi meneruskan perjuangan politiknya, juga untuk memberi pilihan kepada pengundi.


Dengan sudah dua kali bercakap mengenai parti baharunya itu, di samping setiap minggu mengaktifkan diri dan tenaganya bersuara mengenai pelbagai isu dalam negara melalui podcast, adalah jelas Rafizi benar-benar serius mengenai hala tuju dan masa depannya.


Melalui parti baharu yang bakal diterajuinya itu, selain ia sesuatu yang baik agar rakyat tidak terikat dengan pilihan yang terhad, ia tentunya merupakan ancaman sebenar kepada PKR pada PRU16 akan datang.


Segmen pengundi bandar dan profesional Melayu serta  bukan Melayu, termasuk yang tidak berparti atau dikenali sebagai pengundi atas pagar yang selama ini menyokong PKR, sangat berpotensi untuk beralih kepada parti baharu Rafizi selepas ini.


Tambahan lagi, PKR selepas dapat kuasa seperti sudah hilang aura dalam memperjuangkan isu-isu penting secara terbuka.


Malah, PKR selepas ada kuasa mula melecehkan himpunan-himpunan jalanan, walhal melalui himpunan jalananlah parti itu dibidankan kelahirannya.


Jika Rafizi dapat menarik sokongan kelompok tersebut untuk beralih menyokong parti baharunya, PKR dan PH akan kehilangan segmen penting dalam perjuangannya.


Bersama prestasi PH sebagai kerajaan dan Anwar sebagai Perdana Menteri yang sentiasa dipertikaikan serta kini menerima lebih banyak emoji ketawa berbanding suka di media sosial, adalah dijangka PKR akan kehilangan banyak kerusi yang sebelum ini dimenanginya berikutan cabaran parti baharu Rafizi.


Meskipun parti Rafizi dijangka tidak akan bersama dengan blok pembangkang, tetapi dengan kehadiran parti itu yang mampu mengurangkan jumlah kemenangan kerusi oleh PKR, peluang Anwar untuk bertahan sebagai Perdana Menteri automatik menjadi tipis.


Dalam waktu yang sama, blok pembangkang PN akan jadi tambah selesa untuk mengepung kelompok pengundi Melayu yang setia mereka, selain berpotensi mendapat sokongan baharu pengundi yang sama.


Yang nyata dan boleh dijangka, kehadiran parti baharu Rafizi yang pasti disusuli dengan gerakan serta perancangannya yang kreatif dilakukannya selepas Jun nanti, suasana politik negara akan lebih bergegar lagi pada PRU16 akan datang.


Lebih malang, selepas Rafizi dikerat dan beliau sentiasa mengkritik  serta akan menubuhkan wadah baharu, tiada pimpinan lain dalam PKR yang mampu menangkis serangan-serangan dilakukannya.


Kekosongan beliau dalam PKR pula terbiar tidak diisi dan yang ternampak hanya Anwar seorang yang benar-benar aktif.


Anwar seorang diri, bagaimana hebat sekali pun, tidak mungkin mampu melakukan segala-galanya.


Kalau hanya seorang pergi berlawan, gajah yang besar pun akan tumbang. - ShahbudinHusin 26April2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1270266345096482&id=100063393840098





Double-Edged Sword Sanusi: Megah umum projek, bila gagal semua salah Persekutuan dan Sejarah


 


OLEH MOHD IKHMAL ISKANDAR

Kenyataan MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mahu “mendedahkan satu persatu” isu projek pembangunan Kedah sebenarnya boleh menjadi 𝗱𝗼𝘂𝗯𝗹𝗲-𝗲𝗱𝗴𝗲𝗱 𝘀𝘄𝗼𝗿𝗱 kepada beliau sendiri.

Masalahnya bukan sekadar siapa yang memulakan projek tetapi siapa yang kemudian mengambil alih, menyambung, mengumum semula, mempromosi, mempertahankan dan menjadikannya modal politik.

Apabila kerajaan negeri memilih untuk meneruskan projek lama, membawa pelabur baharu atau menjadikan projek itu lambang kejayaan negeri, maka tanggungjawab pelaksanaan tidak boleh lagi diletakkan sepenuhnya kepada kerajaan terdahulu atau Kerajaan Persekutuan.

Dalam bahasa mudah, bila umum projek  jangan laju ambil kredit. Bila gagal, jangan semua mahu disalahkan kepada Federal, kerajaan lama, pelabur, pasaran atau kontraktor.

Sebab itu isu seperti 𝗞𝗫𝗣, 𝗪𝗶𝗱𝗮𝗱 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮, 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗥𝘂𝗯𝗯𝗲𝗿 𝗖𝗶𝘁𝘆, 𝗹𝗶𝘁𝗮𝗿 𝗹𝘂𝗺𝗯𝗮, 𝘀𝘁𝗮𝗱𝗶𝘂𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗥𝗔, perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan siapa yang mencetuskan projek tetapi bagaimana kerajaan semasa mengurus dan menjawab pelaksanaannya.

1. KXP: Projek game changer mesti jawab soalan kewangan

Projek Kulim International Airport atau KXP memang bermula sebelum pentadbiran Sanusi. Namun selepas mengambil alih kerajaan negeri, pentadbiran beliau terus mempromosikan KXP sebagai pemangkin ekonomi baharu Kedah.

Kalau KXP berjaya, pasti ia dijadikan bukti kejayaan pentadbiran semasa. Maka apabila projek gagal atau belum bermula kerajaan negeri tidak boleh berlindung sepenuhnya di sebalik alasan projek lama atau tersekat kerana Federal.

Kerjasama KXP AirportCity Holdings dengan Tahira Air Sdn Bhd pernah diumumkan bagi membentuk SPV Kedah Aerotropolis Holdings Sdn Bhd.

Dalam kenyataan Sanusi sendiri, SPV melalui Tahira Air dikatakan akan mendepositkan 125 peratus daripada anggaran kos pengambilan tanah, kira-kira RM2.5 bilion, dalam tempoh 90 hari bagi membolehkan proses pengambilan tanah dimulakan.

Soalan asasnya:

– Di mana dana RM2.5 bilion itu?

– Sudahkah ia disalurkan?

– Sudahkah pengambilan tanah berjalan secara signifikan?

– Sudahkah financial close berlaku?

– Siapa pelabur sebenar di belakang SPV itu?

Saya sendiri pernah meneliti prestasi Tahira Air Sdn Bhd melalui dokumen awam SSM. Berdasarkan dokumen tersebut, syarikat itu tidak menunjukkan profil kewangan yang sepadan dengan projek berbilion ringgit jika dinilai secara berdiri sendiri.

Isu lebih besar ialah siapa pelabur sebenar di belakang struktur itu, apakah jaminan kewangan mereka dan adakah dana benar-benar tersedia.

Kebimbangan ini selari dengan kenyataan Rafizi Ramli yang lalu ketika menjadi Menteri Ekonomi. Rafizi juga pernah menegaskan bahawa KXP perlu membuktikan kemampanan kewangan jangka panjang kerana projek itu dirancang menggunakan pelaburan swasta.

Portal rasmi Kementerian Ekonomi juga pernah menyenaraikan keratan bertajuk “𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶: 𝗗𝘂𝗲 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗴𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗼𝗻 𝗞𝗫𝗣 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗰𝘁 𝘃𝗶𝘁𝗮𝗹 𝘁𝗼 𝗮𝘃𝗼𝗶𝗱 𝗳𝘂𝘁𝘂𝗿𝗲 𝗯𝘂𝗿𝗱𝗲𝗻.”

Justeru, apabila Sanusi membina naratif seolah-olah KXP tersekat kerana Kerajaan Persekutuan atau agensi seperti CAAM, TUDM dan MOT, naratif itu palsu.

Jika pembiayaan belum jelas, pelabur tidak cukup meyakinkan atau model kewangan belum kukuh, proses kelulusan tidak boleh dianggap sabotaj politik.

Rafizi dahulu sudah beri amaran awal: buktikan dulu duit dan kemampuan kewangan. Jangan sampai 2026 dana pengambilan tanah pun masih menjadi tanda tanya tetapi semua mahu disalahkan kepada Federal.

2. Widad Langkasuka: Masa umum mega, bila gagal jadi swasta

Projek 𝗪𝗶𝗱𝗮𝗱@𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮 di Langkawi diumumkan sebagai pembangunan bercampur bernilai sekitar RM40 bilion, melibatkan 𝗪𝗶𝗱𝗮𝗱 𝗕𝘂𝘀𝗶𝗻𝗲𝘀𝘀 𝗚𝗿𝗼𝘂𝗽 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻 𝗭𝗮𝘆𝗲𝗱 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹.

Namun apabila Bin Zayed International menarik diri, Sanusi menegaskan ia bukan projek kerajaan negeri sebaliknya projek swasta.

Secara teknikal, mungkin ada asas. Tetapi dari sudut politik pembangunan, ia tetap menimbulkan persoalan.

Kalau projek itu berjaya, adakah kerajaan negeri tidak akan mengambil kredit?

Jika menjadi mercu baharu Langkawi, adakah kerajaan negeri akan berkata, “ini projek swasta, kami tiada kaitan”?

Sudah tentu tidak.

Maka apabila pelabur utama menarik diri, tidak wajar kerajaan negeri berlepas tangan sepenuhnya. Kalau mahu tumpang megah semasa projek diumum, kerajaan negeri juga mesti bersedia menjawab apabila projek itu tidak menjadi seperti digambarkan.

Masa lancar, semua mahu bergambar. Bila gagal, tiba-tiba jadi projek swasta.

𝟯. 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗥𝘂𝗯𝗯𝗲𝗿 𝗖𝗶𝘁𝘆: 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴

Kedah Rubber City juga sama. Projek ini dijual sebagai pembangunan strategik industri getah.

Antara pelabur yang diumumkan ialah 𝗛𝗼𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗻𝗴 𝗖𝗼𝗻𝘀𝗼𝗹𝗶𝗱𝗮𝘁𝗲𝗱 𝗕𝗵𝗱, melalui cadangan pelaburan sekitar RM3 bilion untuk membina fasiliti nitrile butadiene latex.

Namun pada September 2023, Hong Seng menggantung projek tersebut dengan alasan kelemahan pasaran sarung tangan, keperluan pembiayaan dan faktor luar.

Ini menunjukkan bahawa pengumuman pelaburan tidak semestinya bermaksud pelaksanaan sebenar.

Angka bilion memang sedap disebut dalam sidang media. Tetapi rakyat mahu lihat kerja di tapak, kilang beroperasi, peluang pekerjaan sebenar dan hasil ekonomi yang boleh dirasai.

Maka persoalan tentang due diligence, pemilihan pelabur, mitigasi risiko dan pelan gantian tetap wajar dibangkitkan.

𝟰. 𝗟𝗶𝘁𝗮𝗿 𝗟𝘂𝗺𝗯𝗮 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗶: 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴, 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴

Dalam isu litar lumba Sungai Petani, Sanusi boleh berhujah bahawa projek itu bermula daripada pentadbiran terdahulu.

Namun apabila kerajaan semasa memilih untuk meneruskan atau mengumumkan semula projek itu, tanggungjawab pelaksanaan turut berpindah kepada kerajaan semasa.

Jika benar ada masalah tanah, kos, reka bentuk atau kontraktor daripada pentadbiran dahulu, kerajaan semasa sepatutnya mengemukakan dokumen lengkap, audit, kronologi dan tindakan pembetulan.

Sekadar menyatakan masalah berpunca daripada pihak terdahulu tidak memadai, apatah lagi jika projek itu tetap digunakan sebagai naratif pembangunan.

Prinsipnya mudah: kalau projek diwarisi dan tidak mahu diteruskan, jelaskan. Tetapi kalau diwarisi, dipromosi semula dan dijanjikan untuk disiapkan, kerajaan semasa mesti menjawab kegagalan pelaksanaannya.

𝟱. 𝗦𝘁𝗮𝗱𝗶𝘂𝗺 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗗𝗔 𝗙𝗖: 𝗝𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗶𝘂𝗸𝘂𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹

Isu stadium Kedah juga tidak boleh dipisahkan daripada kredibiliti pengumuman.

Pada 2022, wujud kenyataan bahawa stadium baharu KDA FC di Sungai Petani, bersama pusat latihan, diharapkan mampu meletakkan Kedah setaraf dengan JDT.

Namun sehingga kini, hasil yang kelihatan tidak sepadan dengan naratif besar tersebut. Malah KDA FC sendiri kemudian berdepan pelbagai masalah pengurusan, kewangan dan hukuman bola sepak.

Semakin besar janji dibuat, semakin besar tanggungjawab untuk membuktikan hasil.

Kalau sekadar sembang stadium setaraf JDT, tetapi pasukan sendiri bergelut dari sudut kewangan dan pengurusan, rakyat berhak bertanya: ini pelan pembangunan sebenar atau sekadar modal politik bola sepak?

𝟲. 𝗟𝗥𝗔 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵: 𝗜𝘀𝘂 𝗮𝘀𝗮𝘀 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗺𝗲𝗴𝗮

Dalam perbahasan projek mega, isu Loji Rawatan Air atau LRA tidak boleh diketepikan kerana ia menyentuh keperluan asas rakyat.

Sanusi sendiri pernah mengakui bahawa projek LRA Sungai Limau berdepan masalah apabila kontraktor gagal menyiapkan kerja dalam tempoh ditetapkan, sehingga kerajaan negeri mengambil tindakan termasuk proses penamatan kontraktor.

Projek naik taraf LRA Sungai Limau bernilai RM89.9 juta itu pula dilaporkan dilaksanakan oleh 𝗪𝗶𝗱𝗮𝗱 𝗕𝘂𝗶𝗹𝗱𝗲𝗿𝘀 𝗦𝗱𝗻 𝗕𝗵𝗱 sebagai kontraktor turnkey seperti dilaporkan Harakahdaily pada 29 Februari 2024.

Nama ini signifikan kerana Widad Builders berada dalam ekosistem kumpulan Widad yang turut dikaitkan dengan 𝗪𝗶𝗱𝗮𝗱@𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮  di Langkawi, projek mega yang akhirnya tidak menjadi seperti digambarkan selepas Bin Zayed International menarik diri.

Maka isu LRA ini bukan sekadar soal kontraktor lambat siap. Ia menimbulkan persoalan tentang disiplin pelaksanaan, pemilihan kontraktor dan keupayaan kerajaan negeri memantau projek kritikal.

Rakyat mahu tahu status sebenar projek, punca kelewatan, tindakan pembetulan, tarikh siap baharu dan jaminan bahawa masalah air tidak berulang.

Projek mega mungkin sedap diumum. Tetapi rakyat tetap hidup dengan isu asas seperti air.

Kalau projek air pun boleh tersangkut, kerajaan negeri tidak wajar terlalu ghairah menjual naratif projek mega tanpa membuktikan disiplin pelaksanaan projek asas.

𝟳. 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿: 𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗽𝗹𝗶𝗻

Selepas 2008, Selangor ditadbir Pakatan Rakyat dan PAS merupakan sebahagian daripada Kerajaan Negeri Selangor ketika itu.

Dalam tempoh tersebut, Kerajaan Negeri Selangor meneruskan projek 𝗝𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗞𝗹𝗮𝗻𝗴 iaitu projek warisan atau janji BN sebelum ini. Projek itu dinilai semula, dibiayai melalui keupayaan negeri dan diteruskan untuk manfaat rakyat.

Maka persoalannya kepada Sanusi mudah.

Jika dahulu PAS boleh berada dalam kerajaan negeri yang menyelesaikan projek warisan BN seperti 𝗝𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗞𝗹𝗮𝗻𝗴, mengapa apabila memegang jawatan Menteri Besar di Kedah, kegagalan projek sering dijawab dengan alasan pelepas diri?

Projek lama bukan alasan untuk gagal. Projek lama ialah ujian kepada kemampuan kerajaan baharu menyelesaikan masalah.

𝟴. 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵-𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵

Dalam tadbir urus yang baik, kerajaan tidak boleh memilih akauntabiliti secara selektif.

Tidak adil jika kejayaan dikaitkan dengan kerajaan negeri, tetapi kegagalan dikaitkan dengan kerajaan lama, pelabur, pasaran, kontraktor atau Kerajaan Persekutuan.

Sesuatu projek besar mesti dinilai melalui soalan asas:

– Adakah model kewangannya kukuh?

– Adakah pelaburnya mempunyai kapasiti sebenar?

– Adakah dana telah disahkan masuk?

– Adakah jadual kerja realistik?

– Adakah kerajaan negeri ada pelan mitigasi jika pelabur menarik diri?

Ini bukan soal dengki politik. Ini soal kerja kerajaan.

Umum projek memang mudah. Buat majlis pelancaran pun mudah. Letak angka bilion pun mudah.

Yang susah ialah memastikan projek benar-benar berjalan, siap dan memberi manfaat kepada rakyat.

𝟵. 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻: 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗺𝘂𝗺𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂𝗶 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗽𝗹𝗶𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻

Seorang Menteri Besar tidak boleh bercakap besar ketika mengumumkan projek, tetapi menyalahkan orang lain apabila projek itu tidak menjadi.

Jika mahu mengambil kredit sewaktu projek dijaja sebagai kejayaan negeri, beliau juga mesti berani memikul tanggungjawab apabila hasilnya tidak muncul.

Masalah Sanusi bukan semata-mata kerana beliau mewarisi projek lama. Masalahnya, beliau mewarisi projek lama, mengumumkannya semula dengan penuh megah, menjadikannya modal politik tetapi apabila projek itu tidak menjadi, semua kesalahan mahu dihumban kepada orang lain.

Kedah tidak memerlukan pemimpin yang hanya hebat membuka fail lama setiap kali diasak. Kedah memerlukan pemimpin yang berani menutup fail itu dengan penyelesaian.

Kerajaan bukan pentas untuk beralasan. Kerajaan ialah amanah untuk menunaikan.

Maka Sanusi wajar berhenti berlindung di sebalik naratif salah orang lain. Kalau projek diumum atas nama kerajaan negeri, maka kegagalannya juga mesti dijawab oleh kerajaan negeri.

Bercakap besar ketika melancarkan projek, kemudian cuci tangan apabila projek tidak siap, itu bukan lagak seorang Menteri Besar.

Itu lagak orang yang mahu kredit tanpa akauntabiliti.

Hidup jangan 𝗱𝗼𝘂𝗯𝗹𝗲-𝗲𝗱𝗴𝗲𝗱 𝘀𝘄𝗼𝗿𝗱.