ZUNAR FANS CLUB
Apa komen anda?
DOKUMEN MAHKAMAH:
Ragad Kurdi isteri kepada Taib Mahud berserta dua orang anaknya yang berbangsa Labenon telah ditukar kepada bangsa Melanau (Bumiputera)
ZUNAR FANS CLUB
Apa komen anda?
DOKUMEN MAHKAMAH:
Ragad Kurdi isteri kepada Taib Mahud berserta dua orang anaknya yang berbangsa Labenon telah ditukar kepada bangsa Melanau (Bumiputera)
Tapi banner parti pun cetak kat China Komunis.
#PRNJohor
#UmnoBNgsat
*MCA Pulun 4 Sumber EKONOMI Pelabuhan Negara.. Bye2 MELAYU KAYU* 🤣🤣🤪🤪🤭🤭
*DEWA WEE KA SIONG (MCA/BN/PN) adalah Menteri Pengangkutan sekarang.*
Apa nak hairan kalau Lapangan Terbang dijual sekali? 🤣🤣🤪🤪
Saya pernah kata, MCA ini lebih hebat daripada cincau.
Bersenjatakan DUA ahli parlimen sahaja, MCA telah berjaya menundukkan lebih 100 orang ahli parlimen Melayu Islam PPBM UMNO PAS.
Ini senarai pencapaian MCA setakat ini:
1. *Sapu bersih Ke 4 4 pelabuhan-pelabuhan strategik seluruh Malaysia* dan melantik kroni Cina mengepalainya.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=540058700026244&id=308412239857559)
2. *Pecat orang Melayu yang dahulunya CEO* Pihak Berkuasa Ruang Udara (CAAM) dan menggantikannya dengan orang Cina.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=552198325478948&id=308412239857559)
3. Menaikkan jumlah *peruntukan Sekolah Swasta Cina dari RM40 juta kepada RM58 juta.*
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=552499925448788&id=308412239857559)
4. *Mengiktiraf UEC* dan menggunakan dana Kerajaan untuk memberi biasiswa tanpa had kepada pelajar-pelajar UEC.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=554288281936619&id=308412239857559)
5. *Melantik penentang Jawi / khat Mah Hang Soon sebagai Timbalan* Menteri Pendidikan.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=541012563264191&id=308412239857559)
6. *Melantik pencabar hukum Islam Ti Lian Ker sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.*
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=541012563264191&id=308412239857559)
7. *Melantik penentang jawi / khat Nicole Wong sebagai Ahli Lembaga Kemajuan Sumber Manusia* (HRDF). Siap dapat pingat Datuk juga.
(Bukti klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=569203903778390&id=308412239857559)
Bonus: *MCA butir taik komunis,* kata sejarawan
Bukti -> https://m.facebook.com/adrianlimcheeenofficial/videos/570279957255054/?refsrc=https%3A%2F%2Fm.facebook.com%2Fwatch%2F&_rdr
Mereka sudah lama berjaya membiulkan orang Melayu Islam UMNO, PPBM dan PAS.
*Syabas YB Dewa Wee Ka Siong dan YB Haji Wee Jeck Seng..*
*Sokong BN UMngok Melayu Kena BONGOK larrr Ngokk* 🤭🤭🤪🤪🤣🤣
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia meningkat sepanjang pemerintahan
kerajaan BN dan PN adalah kerana tiada tekad politik untuk menyiasat kes kes
melibatkan golongan elit.
Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) berkata demikian dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat sebelah pagi.
Tegas beliau, isu besar kecurangan kewangan seperti Pandora Papers dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih tidak disiasat secara telus.
"Persepsi rasuah meningkat kerana tidak ada tekad politik tangani masalah besar. Umpamanya saya bangkitkan Pandora Papers.
"Kedua soal 1MDB yang belum terungkai, baru baru ini keluar lagi dan orang orang terlibat bergentayangan sana sini seolah olah tidak ada permasalahan. Persepsi ini akan merosakkan imej negara kalau tak ada kesediaan bagi pihak pimpinan politik," katanya dalam mengajukan soalan tambahan terhadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Yaakob, yang mempertahankan markah buruk CPI Malaysia.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sebaliknya mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak bertindak ke atas semua kes yang sepatutnya disiasat kerana tidak mendapat dorongan dari elit politik di Putrajaya.
"Saya tahu SPRM mempunyai peranan besar dalam hal ini tetapi tekad politik juga perlu. Persepsi biasa kerana orang melihat fakta bahawa ada keterangan baharu yang menggemparkan melibatan institusi penting negara, termasuk Bank Negara Malaysia, dan kita nampak ada keengganan bertindak dan ada mantan PM juga terlibat, 2 - 3 (orang) yang dibangkitkan dalam laporan seperti Pandora Papers.
"Mengapa tidak ada sikap keprihatian, khususnya PM menyatakan bahawa SPRM harus bertindak tanpa ragu terhadap siapa sahaja," tambahnya.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia (BN - Bera) mendakwa kemerosotan skor negara bukan disebabkan kes rasuah semata mata tetapi disumbang perkara lain seperti hak asasi dan akta akta tertentu yang mana pandangan badan antarabangsa berbeza dengan nilai diamalkan Malaysia.
Beliau juga menjamin banyak kes rasuah sedang berjalan di mahkamah tanpa mengira pembangkang atau kerajaan dan tiada sesiapa dilindungi. Sesiapa yang bertanggungjawab, katanya akan berhadapan mahkamah.
Jawapan itu disambut rasa kurang senang pembangkang kerana kes kes berprofail tinggi yang dimaksudkan PM, pendakwaannya dilakukan ketika kerajaan Pakatan Harapan berkuasa. Sebaliknya tiada satu pun kes melihatkan golongan elit dibawa ke mahkamah ketika BN dan PN memerintah.
Baru baru ini, CPI Malaysia 2021 merudum ke tangga 62 daripada 180 negara. Sedangkan pada era PH CPI Malaysia berada pada kedudukan 51.
Pengurusan yang lemah dan tidak responsif terhadap kesusahan rakyat menjadi testimoni ketidakcekapan kerajaan di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Muhammad Taqiuddin Cheman dalam siri penerangannya berkata rakyat menjadi saksi bagaimana pemimpin-pemimpin Umno-BN dan PN mencari alasan dan helah menuding jari kepada orang lain untuk mengelak daripada bertanggungjawab atas kesusahan yang dihadapi rakyat ketika banjir melanda di Selangor hujung tahun lalu.
“Semasa banjir, mereka boleh bertolak-tolak, orang ini kata bawah Nadma, orang itu kata bawah MKN, walhal kuasa yang ada pada Menteri itu boleh digunakan untuk membuat arahan awal kepada agensi berkaitan bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan” katanya.
Taqiuddin juga menyelar sikap berpura-pura pemimpin BN-PN dengan lakonan dan acahan pemimpin-pemimpin BN PN yang dikelilingi puluhan jurugambar untuk dijadikan bahan sebaran seolah-olah mereka telah turun membantu rakyat.
“Tuan-tuan lihat bagaimana bot Nadma digunakan Menteri, penuh dengan tukang ambil gambar kononnya nak bantu rakyat walhal aksi itu hanya untuk memperbodohkan rakyat.
“Tak cukup dengan itu, ada pula Menteri yang pegi cuci lantai untuk bersihkan tahi cicak” ujarnya lagi.
Taqiuddin merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dun Mahkota bakal bertembung dengan 3 lagi calon lain daripada BN, PN dan Warisan.
Saya bersama saudara Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng mengadakan
pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen.
Kami mendapat jaminan daripada Perdana Menteri bahawa suatu pindaan
Perlembagaan terkait Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentang
minggu depan.
Kami turut mencadangkan agar diberikan kelonggaran terhadap
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memudahkan proses kempen Pilihan Raya
Negeri Johor.
Kami juga mengulangi pendirian berhubung penjelasan beliau di
Parlimen pagi tadi berhubung peranan dan tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang harus bertindak tanpa bersikap selektif.
·BAIK PERGI GEREJA BOSSKUR...!!??
Aqidah memang tidak boleh dijual beli tetapi mudah tergadai
tanpa sedar.
Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid
macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena
penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.
Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak
transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup
ada banyak duit macam-macam note..
Aku belek buku. Lima ruang untuk diisi. Tarikh, Nama, no tel,
jumlah, catitan.
Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu.
Jumpa beberapa nama siap nombor telefon. Salah satu nama lelaki ambil RM50 untuk
beli susu anak.
Aku call no yang dicatat. Sembang beberapa minit. Baru kena berhenti
kerja jaga masa tu.
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari.
Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini.
Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik
kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dengan dia."
Kenapa encik ambik RM50 je. Bukan ada orang jaga pun?
"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing-pusing cari kerja."
Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dengan nasi
bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun
dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."
Aku langsung teringat pada sorang pakcik yang sedang ronda tempat
parking masa tu.
Encik masih kerja di situ?
"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La
ni saya meniaga gerai makan"
Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tp ahli qariah ada yang dapur tak berasap!
Renungkan:
kutipan setiap jumaat yang tercatat ratusan hingga ribuan RM..
1) kemana aliran kewangannya untuk kebajikan ahli qariah?
2) tidak cukup hanya bendahari..siapa audit yang btauliah untuk
kewangan masjid?
3) adakah di masjid tersedia satu biro khas yang mengaudit ahli
qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dll??
memang benar data yang ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat
kebajikan masyarakat itu ada, tapi data itu terlalu umum..sepatutnya masjid yang
mpunyai sumber sumbangan tetap setiap minggu perlu lebih prihatin dalam menjaga
kebajikan ahli qariah.
Didoakan semoga ahli masjid dapat memantau dan menjaga ahli
qariah masing-masing...
Jangan dibiarkan sedara seagama hidup melarat..
Dalam menjaga hablumminallah...
Jagalah hablumminnas....
Kredit - Mohd Asri Bakar
Menerima kabar duka Ibrahim Rusli
Pakli, adinda kepada DSAI telah kembali kerahmahtullah sebentar tadi.
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.. Allahumma firlahu warhamhu
wa` afihi wa`fu`anhu. Takziah buat keluarganya. Al-Fatihah..
ANWAR IBRAHIM
Saya kesal Yang Dipertua Dewan Rakyat hanya membenarkan usul pendedahan oleh Tim Leissner ini dirunding di Kamar Khas.
Seperti sebelum ini, sekali lagi kerajaan menampakkan sikap acuh tak acuh dalam membincangkan isu yang paling mendesak setakat ini, iaitu masalah tatakelola.
Saya ingin tegaskan bahawa isu ini memerlukan perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini berusaha mengembalikan wang tunai dan aset berjumlah USD10 juta yang dikaitkan dengan 1MDB dalam siasatan berterusan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Rohana Rozhan.
Dalam sidang media, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata suruhanjaya itu juga sedang berusaha mengambil keterangan daripada individu lain di Amerika Syarikat berhubung siasatan itu.
Sebelum ini dilaporkan bahawa aset Rohana dibekukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Ia susulan SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner, yang mendedahkan hubungannya dengan Rohana terjalin sejak 2003 hingga 2013.
Leissner telah memberi keterangan di Mahkamah AS bahawa dia membeli sebuah rumah bernilai USD10 juta di London pada 2013 untuk Rohana, selepas kekasih sulitnya itu mengugut akan mendedahkan pembabitannya dalam skandal 1MDB.
Azam berkata mereka masih belum dapat menamakan individu yang akan dikehendaki untuk memberikan keterangan berhubung kes itu.
“Kerjasama pihak AGC (Jabatan Peguam Negara) diperlukan utk ambil keterangan dari pihak berkuasa AS. Leissner masih beri keterangan di AS. Jadi, saya rasa kurang enak untuk ulas pasal keterangan dia. Kita akan dapatkan keterangan lanjut dari pihak berkuasa di AS.”
Sementara itu, Azam tidak menolak kemungkinan SPRM akan memanggil Rohana untuk memberi keterangan lain mengenai perkara itu sekiranya perlu.
Dalam perkembangan berasingan, Azam berkata SPRM sudah selesai menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan salah urus di Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp).
Katanya, kertas siasatan sudah diserahkan kepada AGC dan keputusan mengenai kes itu mungkin akan dibuat minggu depan.
Siasatan SPRM dibuat susulan pendedahan akaun Twitter “pemberi maklumat” Edisi Siasat mengenai senarai bayaran “undur tarikh” yang didakwa diterima oleh pegawai kanan badan itu tanpa pengetahuan pengurusan tertinggi.
PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menerima usul Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk membahaskan keterangan bekas Pengerusi Goldman Sachs Asia Tenggara Tim Leissner di Mahkamah Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, Azhar memberitahu beliau hanya akan membenarkan perbahasan itu dijalankan di Kamar Khas pada 2.30 petang hari ini kerana beliau tidak mahu mengganggu prosiding, sambil menyatakan bahawa persidangan hari ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada usul ucapan terima kasih atas Titah Diraja.
Dalam pada Anwar berterima kasih kepada Azhar kerana membenarkan usul itu, beliau menegaskan ia perlu dibahaskan di Dewan Rakyat kerana ia mendesak dan mempunyai kepentingan nasional.
“Perkara ini agak penting, mendesak dan implikasinya nasional bahkan antarabangsa dan juga imej Bank Negara Malaysia (BNM) dan maruah negara. Saya tidak fikir ia (perlu) dibawa ke Kamar Khas, ia sepatutnya dibahas di sini (Dewan Rakyat),” kata Anwar.
Mula diperkenalkan pada 2016, Kamar Khas berjalan selari dengan Dewan Rakyat dan membenarkan isu-isu berkepentingan negara atau mendesak untuk dibincangkan tanpa mengganggu prosiding biasa Dewan Rakyat. Ia juga disiarkan di televisyen untuk membolehkan media melaporkan prosiding berkenaan.
Semalam, Anwar menggesa Azhar membenarkan perbahasan mengenai dakwaan Leissner mengenai rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam institusi seperti BNM berhubung skandal 1MDB.
Leissner ialah saksi utama dalam perbicaraan bekas pegawai bank Goldman Sachs Malaysia Roger Ng, yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan Brooklyn di New York.
Dalam keterangannya pada perbicaraan rasuah bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng di New York minggu lepas, Leissner memberitahu juri bahawa BNM meluluskan pindahan tukaran mata wang asing sebanyak USD1 bilion “dalam tempoh semalaman” daripada 1MDB kepada PetroSaudi International selepas suami Zeti Akhtar Aziz, yang ketika itu merupakan gabenor BNM, “menerima rasuah untuk melaksanakannya”.
Bagaimanapun, apabila ditanya oleh pendakwa, Leissner tidak dapat mengesahkan sama ada rasuah itu telah dibayar. Suami Zeti, Tawfiq Ayman, menafikan dakwaan itu.
Leissner turut memberitahu juri dia membelikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Rohana Rozhan rumah bernilai USD 10 juta (RM42 juta) di London pada 2013 selepas dia diugut oleh kekasih sulitnya itu untuk mendedahkan berkenaan pembabitannya dalam skandal 1MDB.
Menyifatkan 1MDB satu skandal rasuah terbesar di dunia, Presiden Amanah Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) mempersoalkan mengapa Azhar tidak mahu membenarkan usul Anwar supaya ia diperdebatkan di dalam Dewan Rakyat.
Beliau secara sinis mengaitkan keterangan Leissner dengan “kehebatan wanita Malaysia sekarang”, merujuk kepada pembelian rumah diterima Rohana.
Bagaimanapun, Azhar tetap dengan keputusan mahu membahaskan usul berkenaan di Kamar Khas.
“Wanita memang hebat sebelum ini pun Yang Berhormat. Saya setuju,” kata Azhar. “Jadi, begitulah ‘ruling’ saya, terima kasih”
PETALING JAYA: Polis mengesan dua kejadian bendera sebuah parti politik dibakar di dua lokasi berlainan di Layang-layang, Kluang, pagi semalam, kata Ketua Polis Daerah Low Hang Seng.
Beliau berkata, insiden itu berlaku antara Jalan Puteri dengan Jalan Melati di Taman Layang-Layang, serta di Jalan Kampung Paya.
Low berkata, tiada suspek dikesan, namun semua pihak terbabit pilihan raya negeri (PRN) Johor kali ini diingatkan supaya mengawal tingkah laku penyokong masing-masing demi memastikan kelancaran proses pilihan raya dan ketenteraman awam tidak tergugat.
“Pastikan penyokong mematuhi undang-undang, peraturan dan etika berkempen sepanjang tempoh rasmi kempen PRN Johor. Perbuatan membakar bendera itu termasuk dalam kesalahan bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
“Tindakan tegas akan diambil ke atas pelaku yang didapati dengan sengaja tidak mematuhi undang-undang, menimbulkan kekacauan dan sebarang provokasi, mengikut undang-undang Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 24(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya dalam kenyataan.
Dalam kes berasingan, Low berkata pihaknya turut mengesan dua kes pemasangan kain rentang berhampiran kawasan sekolah, yang melanggar Seksyen 24b (7) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Kain rentang itu dipasang berdekatan kawasan Sekolah Agama Kampung Contoh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Lukut di Kahang.
“Polis sudah mengenal pasti petugas parti yang terbabit, dan seterusnya menasihati berkaitan syarat serta prosedur operasi standard (SOP) bahawa pemasangan bendera atau kain rentang hendaklah dalam jarak 50m dari pusat mengundi,” katanya.
MSO
ULASAN
PILIHAN RAYA negeri Johor sudah bermula dengan rasmi mulai
semalam selepas berlangsung dan selesainya proses penamaan calon. Walaupun
Pirane Johor diadakan dalam keadaan pandemik yang kembali menggila, tetapi ia
tetap menjadi tumpuan umum khususnya parti politik. Orang politik ini gila
semacam.
Pilihan raya itu menjadi gelanggang menguji kekuatan parti-parti
politik yang wujud dalam negara ini. Walaupun Melaka dan Sarawak baharu
mengadakan pilihan raya masing-masing, tetapi ia berbeza dengan apa yang
berlaku di Johor. Pirane Johor dikira penting kepada semua parti politik utama;
Umno, Bersatu, Keadilan dan DAP.
10 buah parti politik mengambil bahagian dengan pembabitan
seramai 239 orang calon termasuk 16 bertanding atas tikit Bebas.
Melihat ghairahnya
sesetengah pihak menyertai pilihan raya itu menyebabkan kemungkinan pilihan
raya itu nanti menjadi kuburan besar buat parti-parti politik tertentu. Menanti
selesainya Pirane Johor seperti menanti untuk melihat seluas mana lubang kubur
nanti untuk menimbus mayat-mayat politik.
Semestinya Pirane itu merupakan pertandingan tradisi UBN dengan
parti-parti pembangkang tradisi yang menjadi lawan UBN sebelum ini. Pilihan
raya itu menarik dan agak kelainan apabila UBN bukan sahaja terpaksa
berhadapan dengan PH yang menjadi musuh tradisinya selepas Pas dan DAP sebelum
ini, tetapi dua lagi komponen lain yang tidak kurang hebat memberi cabaran sama
kepadanya.
Komponen itu adalah PN yang merupakan gabungan Bersatu, Pas dan
Gerakan dan satu lagi Pejuang yang bergerak secara tunggal. Walaupun ada
parti-parti lain seperti Muda, Warisan, PSM dan Putera ia tidak begitu penting
melainkan penyertaan mereka sekadar meributkan ruang sahaja.
Walaupun Pejuang juga baru, tetapi ia dilihat ada kehebatannya
kerana ia dipimpin oleh bekas PM Dr Mahathir Mohamad. Pejuang merupakan parti
ketiga diasaskan olehnya selepas Umno Baru dan Bersatu sebelum ini. Apakah
Pejuang ini akan menjadi parti terakhir buat Mahathir?
Bagaimana pun secara umum pilihan raya itu pertarungan di
antara, UBN, PH, PN dan Pejuang. Kehadiran Muda, Warisan, Putera dan PSM hanya
sekadar menyibuk ruang sahaja. Yang nampak terdesak untuk menang pilihan
raya itu adalah UBN, PH dan Keadilan dan juga PN. Umno paling terdesak untuk
menang bagi persiapan proses untuk kembali menguasai Malaysia selepas berjaya
di Melaka. Ada juga individu dalam Umno menangih kemenangan itu untuk
menyelamatkan diri sendiri. Dikatakan individu inilah menjadi jembalang mahukan
pilihan raya itu.
UBN telah meletakkan calon di semua 56 kerusi dalam pilihan raya
itu, dengan Umno mewakili 37, manakala selebihnya di wakili oleh rakan abadi
mereka McA (15) kerusi dan dan MiC empat kerusi. PN juga meletakkan calon
disemua 56 kerusi dengan pecahan Bersatu 33 kerusi, Pas 15 dan Gerakan 8
kerusi.
Manakala PH pula terdiri daripada DaP, Amanah dan Keadilan yang
turut "bekerjasama" dengan Muda bertanding semua kerusi dengan
pecahan Keadilan 20, Amanah 16, Dap 14 sementara Muda 7 kerusi. Nampak
pembangkang (PH) ini seperti bersama, tetapi hakikatnya mereka bertanding dalam
pilihan raya itu dengan semangat dan aspirasi tersendiri. Tidur sebantal tetapi
mimpi berlainan, boleh juga dianalogikan minum sirap segelas gunakan straw tiga
batang.
Walaupun PKR berada dalam PH, tetapi ia bertanding atas
simbolnya sendiri, ini memberi gambaran parti pimpinan Anwar Ibrahim itu tidak
yakin lambang PH akan membawa tuah buat mereka. Apakah tindakan itu sebagai
proses untuk mengasingkan diri dengan Amanah dan DAP yang dilihat setongkol dan
intim?
Pejuang pertama kali menyertai pilihan raya dengan bertanding di
42 kerusi. Secara umumnya sikap Pejuang dikira berani kerana ia tidak
berkolabrosi dengan mana-mana pihak dan bertanding atas kaki sendiri.
Keberanian ini tentu menghairankan dan teori apa yang dipakai oleh
Pejuang?
Pirane
Johor kali ini membabitkan seramai 2,574,835 pengundi biasa daripada
keseluruhan 2,597,742 pengundi berdaftar, layak mengundi. Daripada jumlah
keseluruhan itu, 22,531 orang adalah pengundi awal yang terdiri daripada 10,955
anggota tentera dan pasangan serta 11,576 anggota polis manakala 376 lagi
adalah pengundi tidak hadir luar negara.
Tumpuan dan perhatian sudah tentu akan tertuju kepada kira-kira
700,000 pengundi muda berumur 18 hingga 25 tahun yang pertama kali memilih.
Apakah kehadiran mereka dapat mengubah lanskap politik atau pun ia tidak
memberi impak besar. Masing-masing parti sangat berharap undi 18 berpihak
kepada mereka atas keyakinan masing-masing.
Parti Ikatan Demokrasi Malaysia (Muda) itu sendiri diwujudkan
kerana obses kepada pengundi muda. Pilihan raya Johor itu akan menjadi kayu
ukur sejauh mana keperluan dan kepentingan serta peranan pengundi muda yang
diharap-harapkan itu. Apakah pengundi muda akan membuat pilihan berdasarkan
idealisme perjuangan parti ataupun memilih calon popular dalam mata
mereka.
Semua pihak masing-masing yakin akan menguasai pilihan raya
berkenaan. UBN sangat yakin mereka akan menang dan kembali berkuasa semula di
Johor. Apa lagi pilihan raya itu diadakan juga kerana keyakinan Umno itu mereka
dapat menang besar. Sekiranya Umno meleset mencapai matlamat ia merupakan satu
kejutan dan kerugian buatnya.
Selepas beberapa hari kempen berjalan gambaran akan mula dapat
dilihat dengan jelas komponen manakah yang mendapat perhatian dan popular dari
kalangan rakyat. Buat masa ini semua pihak saling dakwa mendakwa kononnya
mereka lebih kuat dan berpeluang menang. Apa dilakukan itu tidak lebih sekadar
perang psikologi sahaja, dan telatah itu hal biasa dalam pilihan raya. [wm.kl.5:47
pm 27/02/2021]
HAMDAN TAHA
Negara kita di asean
berada no 1 tertinggi kematian di sebabkan covid 19
Di Asia kita
berkongsi dengan Iran,Jordan dan Lubnan 4 negara tertinggi jumlah kematian
mengikut jumlah penduduk
Persoalan saya di
mana yang ramai orang berkata kita ada Ketua Pengarah dan Menteri terbaik di
dunia kerana berjaya menjadikan Malaysia hebat menangani covid 19
Jais pula berada di
tempat no 1 di dunia menyekat umat solat di surau dan di masjid
Semuanya no 1 tak ada
bawah dari itu
By MOHD SAYUTI OMAR / February 28, 2022
Gelombang
banjir yang melanda Kelantan khasnya di daerah bersempadan dengan Thailand
mencabar minda semua orang untuk mencari solusi menyelesaikannya. Banjir di
Kelantan seakan-akan menyamai pandemik Covid-19 yang ada gelombang satu, dua,
tiga dan seterusnya.
Masalah banjir di Rantau Panjang sudah lama diperkatakan. Sudah berdekad, tetapi sampai sekarang tidak ada jalan penyelesaiannya.
Isu
banjir di Rantau Panjang bukan soal pembalakan dan lombong haram atau perogolan
alam sekitar tanpa sistematik. Isunya kerana pembangunan, pembentungan di
Sungai Golok di pihak Thailand lebih canggih daripada Malaysia. Itu sahaja.
Sejak
kerajaan Thailand membina benteng di sepanjang Sungai Golok – Rantau Panjang
menyebabkan air melimpah ke daratan di sempadan Malaysia. Air Sungai Golok
tidak lagi terbelah dua separuh memasuki ke Thailand separuh ke Kelantan
seperti sebelum ini.
Akibat
itu maka daerah sempadan di Kelantan terpaksa menanggung jumlah limpahan air
Sungai Golok yang banyak. Itulah angkaranya.
Kalau
sebelum ini air Sungai Golok melimpah menenggelamkan kampung-kampung di
sepanjang tebing sungai itu sahaja, tetapi kini ia sudah melarat ke kampung-kampung
yang sebelum ini tidak pernah dijamah air.
Di
samping itu arus pembangunan yang berlaku juga menyumbang kepada berlakunya
banjir luar biasa. Sistem perparitan dan longkang yang ada khasnya diuruskan
Majlis Daerah (PBT) tidak begitu “kelulu”. (Baik).
Mengenai
benteng Sungai Golok / Rantau Panjang sudah lama diusahakan tetapi masih belum
siap sepenuhnya hingga ke hari ini. Projek tebatan banjir itu begitu perlahan.
Yang
kerap saya dengar ialah pengumuman. Hampir setiap tahun pemimpin dan orang
politik berkuasa mengumumkan mengenai projek berkenaan dengan nilai berbilion
ringgit. Jika tidak salah ingatan saya, sudah lebih 17 kali.
Kelambatan
ini salah satu puncanya ialah kerana Rantau Panjang khasnya dan Kelantan amnya
tidak ada pemimpin dalam konteks ini wakil rakyat yang serius dan kompeten
dalam memperjuangkan pembangunan dan juga projek untuk menyelamatkan rakyat dan
negeri.
Tidak ada
kesungguhan dan komitmen daripada mereka selain hanya bercakap dan membuat
desakan dalam akhbar atau Parlimen. Mereka lebih menjaga kedudukan dan kuasa
mereka daripada menjaga kepentingan dan maslahat rakyat.
Pendekatan
yang lebih menjamin untuk projek itu disegerakan tidak ada. Misalnya, desakan
bertubi-tubi kali atau pun inisiatif pemimpin Kelantan berjumpa berulang kali
dengan pihak di Kuala Lumpur tidak berlaku. Untuk memastikan apa juga projek
cepat dilaksanakan ia perlu juga ada sentuhan secara langsung dengan penuh
psikologi.
Saya
percaya kalau Rantau Panjang kawasan diwakili Perdana Menteri, atau Timbalan
Perdana Menteri, masalah banjir dan projek tebatan itu sudah pun selesai.
Namun,
disebabkan wakil rakyat atau pemimpin di Rantau Panjang, sangat naif daya
tindak dan fikirnya maka berlakulah masalah itu berterusan. Walaupun ada
beberapa orang wakil rakyat berjawatan menteri tetapi rata-rata mereka cap Ayam
Serama sahaja.
Apakah
rakyat Rantau Panjang terus seronok bermain air semasa banjir dan hanya berpuas
hati apabila ada pemimpin yang membawa sekampit beras, sesupik biskut tawar
bersama sekati gula.
Kalau
masyarakat Rantau Panjang sudah berpuas hati dengan bantuan yang tidak dapat
merungkai permasalahan mereka itu, maka teruslah mendukung pemimpin seperti
yang ada kini, yang bijak senyum, ramah kedai kopi tetapi akal pendek
berpandangan jarak dekat.
t0i1S9 Donecse48mmber 52r01l2iu16 ·
Memang Nampak Sekarang..Hampir
Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu:
1. Anak-anak jadi keras kepala
2. Hujan turun lebat, kejadian banjir
3. Kejahatan bermaharajalela
4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang
jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai.
5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat
6. Banyak peniaga namun tiada pembeli
7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer)
8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia
9. Banyak undang-undang terwujud
10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran
anak-anak, berperangai kanak-kanak)
11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala
sosial cth dadah
12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim
13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan
(penipuan)
14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk
menyebar ilmu
15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya)
16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami.
17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram
(halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri)
18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam
lembu, bermaksud mereka suka memuji orang yang suka kepada mereka (menjilat =
makan pujian)
19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat
salah secara terang-terangan
20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan
mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah
21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun
solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah
dalam riak
22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia
terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang
semangat juang)
23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran,
adik-beradik, teman sepejabat
24. Dihentikan pedang daripada jihad
25. Memperoleh untung dunia melalui agama
26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut
buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada
kebaikan pun
27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan
datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu
28. Yang paling ditakuti Rasulullah SAW pada umat Baginda
adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang
telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat (Suriah, Iraq, Palestin
dll)
29. Jika kamu hidup ditengah-tengah manusia yang buruk perangai,
telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling
berselisih.. para sahabat bertanya bagaimana nak buat?
Rasulullah SAW sebut, "Tetaplah dalam rumah kamu."
Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam
dalam rumah.
Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri..dan tinggalkan urusan
manusia lain, orang ramai..tinggalkan.
30. Akan muncul sesudah Rasulullah SAW, para pemimpin yang
berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah.
31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan.
Bagaimana mendapani perkara ini, #30,#31- Dengar dan taat apa yang diajar
Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu
selamat.
32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan
orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu...
Sekiranya kamu
sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di
jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh).