ZAMAN BN TOK NADOQ LAGI LA BANGHAL..


𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟,
𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡

Rancak ditular berkaitan penjualan air Zam Zam  Dilarang Jual Di Negara ini.

*Klik untuk berita penuh:*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157618776743046&id=215868293045


*Kenyataan Media*



*4 Januari 2020*

*Tarikh Peralihan Kuasa Bukti Pimpinan Pakatan Harapan Berpegang Pada Janji*

Saya mengambil maklum berkenaan kenyataan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN) bahawa HARAPAN perlu fokus kepada pelaksanaan manifesto berbanding isu peralihan kuasa Perdana Menteri.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana beliau menyatakan HARAPAN komited dengan konsesus yang dibuat dalam Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan pada 6 Januari 2018 yang juga turut menyatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Namun Saifuddin sepatutnya perlu melihat kesan menyeluruh terhadap isu peralihan kuasa yang seolah tidak ada kata putus dari Perdana Menteri mahupun Majlis Presiden Pakatan Harapan berkaitan tarikh penyerahan kuasa.

Beberapa kenyataan Tun Mahathir yang kebelakangan ini dilihat seolah cuba menangguhkan peralihan kuasa dilihat sebagai satu pengkhianatan dimata rakyat yang menilai akan ketelusan HARAPAN melaksanakan janji.

Jika kita mahu cerita tentang pelaksanaan janji dalam manifesto, kita perlu akui kita dalam prestasi paling teruk setelah setahun setengah kita memerintah walau apapun alasan kita beri.

Dan jika janji peralihan kuasa ini pun pimpinan HARAPAN gagal untuk kotakan, maka tidak mustahil rakyat menilai kita sebagai pemerintah yang memungkiri janji dan kita akan hadapi kesukaran untuk mendapat kepercayaan rakyat PRU-15 akan datang.

Bukan sahaja di semenanjung malah di Sabah sendiri rakyat sudah mula tertanya bila peralihan kuasa berlaku kerana rakyat inginkan agenda reformasi segera terlaksana serta institusi kerajaan dibersihkan dari pegawai-pegawai yang korup dan rakyat yakin hanya kerajaan di bawah pimpinan Dato' Seri Anwar mampu merealisasikan agenda reformasi yang diperjuangkan sejak 20 tahun lalu.

Saya setuju pandangan Ketua Pemuda HARAPAN, YB Syed Saddiq bahawa isu peralihan kuasa ini perlu dibincang dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan. Sama seperti saranan beberapa pemimpin lain, saya juga meminta dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan datang, Majlis Presiden perlu muktamadkan serta mengumumkan tarikh peralihan kuasa agar tidak ada lagi kecurigaan mahupun persegeran sesama kita.


*Raymond Bin Ahuar*
Ketua Pemuda
Pakatan Harapan Sabah

PU PENCETUS UMMAH ATAU FITNAH?



Bila kantoii ... baru nak sedaq...awat tak check dulu.. hang tu PU ( pencetus ummah).. bukan PF... jangan gopoh dik... inilah hebatnya bila jadi PU, Dai, selebriti, ..setiap posting pasti ada yg follow..akibat dari posting kamu, teruk pihak yang tak bersalah dikecam...

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut, santan dan pulut nanti binasa.

Hang p belajaq agama bagai...tapi bab nak mentelaah soal duniawi dan juga sosial hang lemah...nak cetus ummah lagu mana kalau memang lemah...




TARIKH PERALIHAN KUASA HARUS DITETAPKAN.TAKUT APANYA....???



Setelah beberapa pemimpin PH dalam sehari dua ini bersuara mengenai peralihan kuasa, khusus tentang perlunya tarikh penyerahan jawatan ditetapkan, Anwar Ibrahim sendiri akhirnya senada dengan keperluan tersebut.
Katanya, perkara itu perlu dibincangkan berikutan wujud kebimbangan ada percubaan luar mahu menggugat persetujuan awal yang sudah ditetapkan dalam PH tentang peralihan itu.
“Ada pandangan begitu tetapi seperti dipersetujui, ia harus dibincang antara saya dengan Perdana Menteri dan sebaiknya dalam forum Majlis Presiden untuk tentukan tarikh kepastian.
“Ia wajar dibincang dalam suasana cukup baik, tidak perlu dihangatkan isu ini,” kata Anwar lagi.
Dua hari lalu, Nik Nazmi Nik Ahmad Akmal Nasrullah Nasir daripada PKR telah membangkitkan keperluan tarikh peralihan kuasa segera diperincikan.
Ia kemudian mendapat reaksi positif daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bersatu) yang menyarankan agar Malis Presiden PH segera membincangkan perkara tersebut.
Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berpendapat, isu peralihan kuasa harus ada penyelesaiannya di tahun 2020 ini.
Lebih awal daripada semua itu, blog ini tidak henti-henti menegaskan perlunya peralihan kuasa daripada Tun Mahathitlr Mohamad kepada Anwar Ibrahim ditetapkan tarikh yang khusus demi keutuhan PH mendepani hari-hari mendatangnya.
Malah, pada Mei 2019 lalu, sempena setahun PH menjadi kerajaan, saya telah menerbitkan sebuah buku – Anwar PM Ke-8 Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati bagi tujuan merangsang kepekaan tentang tarikh peralihan kuasa itu.
Susulan itu, saya mendapat respon daripada mereka yang dekat dengan Perdana Menteri memberitahu bahawa Tun Mahathir agak keberatan untuk bersetuju menetapkan tarikh peralihan kuasa kerana masih dibayangi bagaimana beliau agak kurang dipedulikan setelah mengumumkan tarikh berundur dan menyerahkan jawatan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2003 dahulu.
Dikatakan ketika itu, sebaik mengumumkan 31 Oktober 2003 sebagai tarikhnya menyerahkan jawatan kepada Tun Abdullah, beliau terus tidak lagi diberi perhatian, sebaliknya penggantinya itu yang lebih dikerumuni ramai serta diberi perhatian.
Difahamkan Tun Mahathir begitu terasa hati kerana mereka yang dulunya rapat dan dekat dengannya pun turut mengalih tumpuan serta lebih kerap mencium tangan Tun Abdullah Badawi berbanding dirinya.
Untuk itu, Tun Mahathir dikatakan tidak mahu terlalu awal menetapkan tarikh penyerahan jawatan kepada Anwar bagi mengelakkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri jadi tidak berfungsi atau “lame duck” (itik lumpuh) seperti 2003 dahulu berulang lagi.
Tetapi, sesuatu yang Tun Mahathir harus faham ialah peralihan kuasa pada 2003 dahulu adalah berbeza dengan apa yang bakal dilakukannya kepada Anwar.
Ketika itu, Tun Abdullah adalah Timbalan Perdana Menteri, maka sudah tentu apabila tarikhnya menjadi Perdana Menteri telah ditetapkan – semua orang – daripada pencacai politik, pelobi projek, ahli perniagaan, pemegang jawatan dalam parti dan menteri-menteri akan beralih mencari tauke baru demi survival dan mengejar habuan.
Tambahan lagi, ketika itu selain menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau juga memegang jawatan Menteri Kewangan.
Bagaimanapun, situasinya sekarang jauh berbeza lantaran Anwar berada di luar kerajaan dan tidak memegang apa-apa jawatan yang yang membolehkannya memberi kontrak atau habuan bagi tujuan mengumpul sokongan.
Paling-paling, kalau ramai juga yang sanggup berkerumun berjumpa Anwar di pejabat atau rumahnya, beliau tidak mampu memberi apa-apa, kecuali hanya sembang dan teh secawan.
Adakah dengan keupayaan memberi teh secawan itu menakutkan Tun Mahathir dan mampu menukar kedudukannya kepada Perdana Menteri yang tak berfungsi?
Sudah tentu TIDAK!!
Seterusnya adalah menjadi tugas Majlis Presiden PH meyakinkan Tun Mahathir bahawa kedudukannya langsung tidak terjejas walaupun setelah tarikh peralihan kuasa ditetapkan.
Malah, yang pasti kedudukan PH akan bertambah mantap selepas itu. (ShahbudinHusin 05/01/2020)



APA ITU BATALION ALQUDS

فيلق القدس !
Batalion Al Quds !

Ramai yang masih tertipu dengan mainan jenama walaupun tindakan mereka jelas bercanggah dengan prinsip keamanan dan keadilan..

Militan yang diketuai oleh Qasim Suleiman tidak pernah sampai di bumi Al-Quds dan tidak pernah sekali pun mereka bertempur melawan Yahudi.. Akan tetapi mereka bergerak atas jenama Batalion Al-Quds untuk menjarah bumi Syria.. Mereka membunuh rakyat Syria tanpa mengira usia.. Dan membantu regim Al-Assad supaya kembali berkuasa..

Itulah fungsi Batalion Al-Quds..

P/s : ana membesar di bumi Syam.. Para guru dan sahabat masih berhubung sampai ke hari ini untuk memceritakan keadaan di sana..

Sangat malang bagi umat islam yang mudah tertipu dengan mainan media yang telah dirancang oleh pihak musuh supaya segala projek "pembunuhan" digambarkan halal dan suci..

Sekian.

CUBAAN PIHAK TERTENTU MELUMPUHKAN PERNIAGAAN DI BAZARIA WANGSA MAJU



Semalam, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat pemeriksaan di tapak Bazaria Wangsa Maju dan telah mendapati 4 unit kotak pengagihan kuasa (Power Distribution Box) yang telah dipecahkan oleh individu yang telah menceroboh di tapak Bazaria secara haram.

Walaubagaimanapun, perkara ini telah dapat diatasi segera oleh pihak DBKL bagi membolehkan penjaja-penjaja meneruskan aktiviti perniagaan. Satu laporan polis juga telah dibuat malam tadi mengenai kejadian ini.

From page mp wangsa maju,Dr Tan Yee Kew.

My Hypothesis of May 2020



My Hypothesis of May 2020

Semalam Saifuddin Abdullah keluar statement yang transisi PM tak akan berlaku pada May 2020 dah kalau berlaku juga paling awal lepas sidang APEC dan ini menunjukkan indikasi yang Tun berhasrat untuk untuk menjadi PM lebih lama despite lower rating dan backlash dari public.

Tapi saya tak hairan dengan statement Saifuddin tersebut sebab dari dulu saya consistant kata mana geng2 kartel adalah kaki bodek dan bukan reti buat kerja. Benda yang kelakar, Saifuddin cuba coverline dengan kata jangan bising pasal transisi tapi fokus pada laksanakan manifesto; tapi bukankan hari tu Tun sendiri kata manifesto bukan kitab suci?

Pemecatan Dr Maszlee juga turut memburukkan nama Tun di mata masyarakat, lebih 95% at rakan2 Facebook saya bersolidariti dengan Dr Maszlee dan majoriti guru-guru yang bi-partisan juga sokong Dr Maszlee. Lepas itu ada yang bagi teori merapu kata Dr Maszlee dipecat sebab terima duit dari Yayasan King Salman etc, nanti takut jadi macam Pakistan atas alasan Dr Maszlee itu wahabi, bagi saya itu satu teori sampah yang tiada asas.

Apa yang bukan sampah ialah Dr Mazslee dikritik oleh Daim beberapa hari lepas dan Kadir Jasin, sebab letak poster gambar sendiri dan cuba menerapkan nilai2 islamisasi di sekolah dan ini selain dari kes kapitalis menjadi punca dia dipecat. Tapi bila mak lampir letak gambar sendiri kat billboard, kenapa Kadir Jasin tak suruh pecat? Double standard macam kes Sandakan la...

Ini pembacaan saya, just take it with a grain of salt.

Dulu saya pernah kata yang Anwar takkan pecat Azmin despite all the malice yang Azmin buat dan Alhamdulillah hipothesis saya betul. Nampak nya kita sudah kembali pada era PM-4 dengan penguasaan melampau penasihat2 PM seperti Daim dan Kadir Jasin. I say pemecatan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan adalah final nail to Bersatu reform and progresive agenda; kalau berlaku snap election, most likely Bersatu akan kalah di semua kerusi yang semi-urban. I love if someone could prove me wrong, please bring the latest and greatest 3rd party survey yang kata Bersatu makin kuat lepas pemecatan Dr Maszlee.

Dan kalau Menteri Pendidikan baharu dilantik dari kalangan katak yang baru melompat dari UMNO, regardless Tok Pa ke, its another nail to the coffin as well. Ingat politik adalah sentimen. Rakyat undi PH/Bersatu untuk reform bukannya nak undi UMNO 2.0. Lagi satu, ada yang kata akan ada cabinet reshuffle etc; bagi saya cabinet reshuffle dalam masa 5 bulan nak buat apa? Unless Tun plan to stay longer than what is being promised? And for side note, Anwar tak akan sekali2 join cabinet Tun (walau itu yang diharap oleh Daim) hanya untuk jadi scapegoat nak tarik pelabur asing masuk, the only cabinet yang dia akan masuk adalah his own cabinet.

Sebagai PH supporter yang pro-rakyat, matlamat besar saya ialah memastikan LONGEVITY/HAYAT of Pakatan Harapan. Dulu saya kritik PAS dan TGHH sebab mereka khianat PR dan cuba bersama dengan UMNO dalam gelap. Jadi saya akan kritik sesiapa sahaja yang cuba mengagalkan Pakatan Harapan; sebab PH adalah lebih besar dari Tun M atau Anwar, PH adalah cetusan hati dan jiwa rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

Berbalik semula pada transisi May 2020, saya yakin In Shaa Allah pasti akan berlaku. Anwar says he has the numbers dan saya tak terkejut kalau numbers tersebut ada di kalangan pembangkang. Ingat, siapa yang cuba beli MP UMNO di rumah Azmin bersama Hishamuddin H20 dan juga MP PAS? Ini yang Lobakman marah sangat sebab memang ada niat nak tubuh backdoor goverment dengan UMNO dan PAS. Sebab itu Apandi marah letak jawatan jadi lembaga dispilin UMNO bila tak dapat panggil Hishamuddin H20 ke muka pengadilan.

Yang merencatkan kerajaan pintu belakang ada kes Sandakan dan juga Najib Razak belum lagi dipenjara; which is a blessing in disguise as well sebab team Najib memang tak akan bersama dengan kerajaan pintu belakang. In politics, anything can happen, even friend can be foes and vice versa.

Bila May 2020 cukup 2 tahun yang telah ditetapkan oleh perjanjian Majlis Presiden PH, transisi In Shaa Allah akan berlaku. Bubar Parlimen is not an option for Tun and even with UMNO support (H20 fraction), kartel (Bersatu + PKR) dan PAS still does not have the numbers.

When Anwar makes a move during this time, tak akan ada orang yang boleh kata dia rakus dan gelojoh macam mana yang difitnah oleh tok peti utara. Saya tak setuju dengan ada yang kata Majlis Presiden PH bacul etc, sebenarnya bagi saya mereka hanya menunggu masa dan menjaga air muka Tun. Sebab itu kita lihat Anwar kurang komen apa2 pun yang berlaku dengan pentadbiran sekarang and let it fly on auto pilot.

And if nothing happen on May 2020? Worst case scenario PH will collapse and going down the hill on GE-15.

Nauzubillahiminzalik...

Mohd Mukhlis Mohd Sharif

BIAR GAMBAR BERBICARA


INI KISAHNYA....



Gang Utara Fan Club

Rupanya yang dok marah kes Uptown Danau Kota ni sebab kes tak boleh kutip sewa ribu-ribu dah.

Terdapat 3 hingga 4 “kumpulan gangster” ada yang mengutip sehingga RM1,000 daripada peniaga di Uptown Danau Kota, Wangsa Maju sepanjang 12 tahun lepas.

“Mereka membantah langkah itu kerana tidak lagi dapat mengutip wang.

Peniaga terima penempatan semula itu hanya perlu membayar RM200 kepada DBKL. Mereka tidak lagi perlu bayar hingga RM1,000 .

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/03/peniaga-dipaksa-bayar-rm500-ke-rm1000-sebulan-kata-ahli-parlimen-wangsa-maju/




KIMANIS: KARIM BUJANG TAK PERNAH KALAH?

Wah tak mahu bincang dah



Mat Zulaimi Kazim.

Hebat BERSATU... tak perlu lg bincang dgn PH. Betul la tiada keperluan itu hak PM tp apa salahnya bincang dulu dan jadikan ianya satu tradisi. 

Apa2 pun sblm menang dulu dibincang dan diputus bersama. Kerusi pun diputuskan PPBM bertanding byk tp menang sikit. Namun parti komponen masih berpegang pd apa yg diputuskan termasuk perlantikan MB Perak, Kedah dan Johor. Di Perak PPBM hanya menang 1 kerusi namun tetap diberi hak jd MB.

Jagalah adab berkawan, janganlah over sangat. Jangan buat mcm perlantikan KP SPRM langsung tak dibincangkan dengan sesiapapun dan mengguriskan hati kawan.

Kalau inilah caranya, yakinlah hubungan akan menjadi lebih buruk dlm menghadapi PRU15. Bila disertakan secara rasmi dan bertulis sikap PPBM ini, saya kira PPBM mewarisi perangai UMNO yg merasakan mereka memiliki kuasa mutlak spt dlm BN dan menafikan peranan parti2 lain dlm membawa kemenangan bersejarah pd PRU14.

Janganlah ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Kawan kita bersikap jujur dan ikhlas tak pernah khianat dgn apa yg diputuskan bersama, buanglah perangai lama dalam UMNO dulu itu tidak baik untuk PH.

Mohon Anwar dan Lim Kit Siang sbg pemimpin senior dlm PH membuat teguran, sdh lama sgt terlalu memberi muka sdgkan dia tak pandang pun muka kita.

DINASIHAT LETAK JAWATAN ATAU PATUH KEPADA ARAHAN, MAKSUDNYA DIPECATLAH TU MAZLEE OOIII....



Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik menafikan beliau dipecat atau diminta (diarahkan) meletakkan jawatan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kata Dr. Mazlee, beliau cuma patuh kepada arahan Tun Mahathir.

“Tak ada orang dipecat. Tak ada orang letak jawatan.

"Yang ada hanyalah perkara administrative, iaitu kuasa Perdana Menteri, berdasarkan kebijaksanaan dan pandangan jauh beliau untuk melihat kelangsungan kerajaan yang kita cintai ini.

"Maka Tun Mahathir buat keputusan dan saya sebagai Ahli Parlimen kerajaan dan ahli parti menurut tanpa berbelah bagi perintah yang diberikan oleh beliau,” tambahnya.

Dr. Mazlee menjelaskan perkara demikian sebagai menjawab pelbagai andaian mengenai perletakan jawatannya, 2 Januari lalu.

Sebenarnya, apa pun ayat atau bahasanya - diminta letak jawatan, diarah letak jawatan, patuh kepada arahan atau sebarang ayat yang mirip dengannya - semuanya memberi maksud yang mudah iaitu dipecat.

Disebabkan mahu dipecatlah maka Dr. Mazlee dinasihat, diminta atau dinasihat meletakkan jawatannya.

Disebabkan rela dipecat jugalah yang menyebabkan Dr. Mazlee patuh kepada arahan Tun Mahathir yang mahu memecatnya.

Ia cuma bahasa yang manis untuk menjaga  air muka Dr. Mazlee bagi menutup kegagalannya sebagai anggota kabinet.

Hanya kerana Dr. Mazlee setuju meletak jawatan serta patuh kepada arahan Perdana Menteri, itulah yang menyebabkan pemecatan tidak berlaku.

Tetapi, cuba Dr. Mazlee enggan meletakkan dan berkeras ingin terus kekal sebagai menteri, sudah pastilah beliau akan dipecat akhirnya.

Dalam hal ini, Dr. Mazlee tidak perlu berdalih atau masih mahu melindungi Tun Mahathir kerana semua orang faham beliau sebenarnya memang dipecat atau tidak dikehendaki lagi berada dalam kabinet oleh Perdana Menteri.

Malah, dalam kenyataan ketika mengumumkan perletakan jawatannya Khamis lalu pun Dr. Mazlee membayangkan beliau telah dipecat.

Dalam kenyataannya itu Dr. Mazlee antara lain menyebut – Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya Mazlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berkuatkuasa 3 Januari 2020.

Kalau tidak dipecat, mengapa Dr. Mazlee berat hati, tetapi reda untuk berhenti?

Sebab apa Dr. Mazlee dipecat?

Sudah tentu, jika tidak gagal dan Tun Mahathir sentiasa puas hati dengan prestasinya, sudah tentu tiada sebab bagi Perdana Menteri mahu memecatnya.

Barangkali juga Dr. Mazlee tidak raiin mencium tangan Tun Mahathir atau Tun Siti Hasmah Mohd Ali seperti sesetengah orang lain yang lebih buruk atau lebih kurang sama prestasi dengannya.

Sementara itu, sebuah portal mendedahkan, Dr. Mazlee meletakkan jawatan setelah menerima sepucuk surat yang mahukannya berundur kerana didakwa sering membuat keputusan yang meletakkan kerajaan dalam keadaan sukar.

Maka, adanya surat tersebut mengesahkan lagi hakikat bahawa Dr. Mazlee sebenarnya memang diberhentikan atau dipecat yang kemudian ditukar kepada meletak jawatan lantaran kesediaannya patuh kepada arahan Tun Mahathir.

Cuba Dr. Mazlee enggan dan melawan sepertimana Anwar Ibrahim melakukannya pada 1998 dahulu?

Pastilah tajuk berita semua media Khamis lalu bertukar kepada - Dr. Mazlee dipecat sebagai menteri!!! (ShahbudinHusin 05/01/2020)

AIR ZAM ZAM DI MALAYSIA TIRUAN-DUTA ARAB SAUDI



PETALING JAYA: Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Seri Fahad Abdullah Alrashid menggesa supaya tindakan undang-undang diambil terhadap peniaga air zamzam tiruan di negara ini.

Menurut beliau, air yang dijual di pasaran Malaysia yang didakwa sebagai air zamzam adalah tiruan dan berharap rakyat negara ini berhati-hati supaya tidak ditipu.

"Semua orang tahu bahawa ini adalah pelanggaran yang jelas terhadap undang-undang, di mana peraturan rasmi Arab Saudi melarang mengeksport air zamzam.





"Bukan itu sahaja, pelancong juga dihalang daripada membawa keluar kuantiti yang besar," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan mengenai kewujudan sekurang-kurangnya tiga jenama air zamzam yang dijual di negara ini diragui ketulenannya, malah ujian kimia yang dilakukan turut mendapati satu daripada jenama berkenaan sudah tercemar.

Mengulas lanjut Fahad Abdullah memberitahu bahawa Arab Saudi juga menguatkuasakan peraturan yang mengharamkan penjualan air zamzam.

"Isu ini juga sebagai pelanggaran yang jelas terhadap peraturan ketat yang mengharamkan pengisian air zamzam ke dalam botol dan menjualnya sama ada di dalam atau luar Arab Saudi.

"Peraturan itu juga melarang pengeksportan air zamzam secara umum dan mutlak dalam apa-apa cara," katanya.

Tags/Kata Kunci:
Air Zamzam ,
FahadAbdullah Alrashid , Arab-Saudi

MEMANG LOGIK YA....ABANG KAWASAN MARAH


Mohd Shah Rim




Sebab nko abang kawasan, gansta..DBKL tetapkan RM212 bagi tapak berniaga, nko plak jual dan up harga sampai RM2,500.. untung atas angin..jadi memang loji taik tempat mu..



KEBENARAN YANG PAHIT



Dari nukilan Ahmad Sayuti Bashiron..

[ 'ibrah & perjuangan ]

Kebenaran yang Pahit.

Imam Ahmad ibnu Hambal menaqalkan;

إذا سكت العَالِم تقية فمتى يظهر الحق...

"Tatkala berdiamnya diri orang² yang tahu (menyembunyikan kebenaran dari pihak yang patut mengetahuinya) disebabkan" taqiyyah" (sebab takut atau sebab kepentingan tertentu), maka sampai bilakah akan terzahirnya sesuatu kebenaran?".

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157695423284876

Saya berpegang itu adalah satu dhawabit (atau asas) yang sangat penting dalam politik Islam. Mereka yang berada di jalan dakwah, khasnya yang bersangkutan dengan politik wajiblah menyatakan kebenaran dalam ucapan atau tindakan, sekalipun pahit.


Sebab selagi mana kesalahan atas nama ketua, ayatullah, ulamak, atau orang yg kita sayangi ditutup dan tak dibetulkan, maka kerosakan hasil daripada kesalahan atau pembohongan itu akan terus selamanya menutup kebenaran dan kerosakan pasti semakin bermaharajalela.

Itulah matlamat saya, walau "serangan" kebenciannya amat kuat diterima.

Kesimpulan awalnya (sebelum berpindah ke beberapa tuduhan lain);





1. Dulu guna nama Qaradhawi kata haram tubuh Amanah, haram keluar Pas.

Sekali jumpa Qardhawi dan Setiausahanya QarrahDaghi, keduanya nafikan. Nafikan sungguh² dan terkejut dgn tindakan bathil itu.

2. Dan baru ni kata lagi Raisuny tak sokong Anwar sebagai PM dan mahu Mahathir kekal sebagai PM. 

Sekali jumpa Raisuny (tadi) dan tanya terus pada Syeikh, terus Syeikh nafikan dengan tegas, dan Syeikh nyatakan bahawa Syeikh tak tahu apa-apa langsung pasal perkara itu. 

Tambahan Syeikh. 

Selepas ucapan Syeikh beransur ke meja VIP, disampaikan lagi;

3. Raisuny tambah lagi - Aku dah sampaikan pada Anwar pesanan Qaradhawi melalui aku - Qaradhawi berkata walau pun agak uzur hari ini, tapi Qaradhawi sendiri berjanji akan datang ke Maly'sia ziarahi Anwar jika Anwar berjaya jadi PM nanti.




4. Dan Raisuny nyatakan lagi, aku sendiri berjanji pada Anwar, aku pun akan datang menemani Qaradhawi jika kamu jadi PM nanti...

Khallas... 👌

Moga kebenaran yang hadir, melenyapkan kebathilan.

Moga kita membebaskan diri-diri kita dari apa jua perbuatan mereka yang berbohong.

Ahmad Sayuti Bashiron


TIADA KENAIKAN TARIF AIR DI NEGERI SEMBILAN – MB

SIBUK BERKEMPEN NAMPAKNYA...ATAU NAK BERGAMBAR


URUTAN KEJADIAN DENGAN FAKTA BUKAN AUTA*



*NASIB PELAKON KES LIWAT 1 (1998).*

1.  *Pengarah kes liwat 1 Tun M (atuk):* Allah mahbulkan doa almarhum Ust Dato Fadzil Noor agar atuk dipanjangkan umur utk melihat kemusnahan negara dan UMNO sepanjang atuk menjadi PM 4 dan Anwar telah memaafkan segala kesalahan atuk terhadapnya.

2.  Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, *Datuk S Augustine Paul:* Meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

3.  *Ummi Hafilda Ali:* Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.

4.  *Azizan Abu Bakar:* Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.

5.  *Rahim Nor:* Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

6.  *Aziz Samsuddin:* Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

7.  *Peguam Negara (Mohtar Abdullah):* Pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!.

8.  *Dr Ristina Majid:* Seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

9.  *Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM":* iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.

10.  *Pengarah kes Liwat 1 Tun M (atuk):* Akan menerima kifarah/musibah dari Allah sekiranya ia mengulangi tuduhan yg sama terhadap Anwar dgn tujuan utk menghalang/memungkiri janji *(munafiq)* yg telah disepakati oleh *Majlis Presiden PH* untuk menyerahkan tugas PM 8 pada Anwar Ibrahim - In Shaa Allah. Aamiin...

*NASIB PELAKUN KES LIWAT 2*

1.  *Najib Tun Razak Pengarah kes liwat 2:* Allah telah menurunkan kifarah/musibah setakat ini 2 kes sebagai balasan dgn berbagai2/berpuluh pertuduhan yg sedang dihadapinya.

2.  *Pihak pendakwan yg dilantik oleh Najib TS Shafie Abdullah:* Allah telah menurunkan kifarah/musibah sebagai balasan sedang menghadapi kesnya dimahkamah.

3.  *Ariffin Jaka:* Hakim Kanan Mahkamah Persekutuan yg bertanggungjawab mengendalikan *Kes Liwat 2* dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara terhadap Anwar telah meninggal dunia pada 2011 akibat sakit jantung dan kencing manis.

*Aamiin Ya Allah... Aamiin Ya Rahman... Aamiib Ya Rahim... Aamiib Ya Rabbalalamiin...*

*KEBENARAN ITU HAK ALLAH. Aamiin...*

ANA DAN HADI

Miqdad Zakaria.

Perbezaan ana dengan Haji Hadi dalam isu perang di Syria, Iraq, Yaman, dan Lubnan mudah je untuk faham.. 

Ana bersama orang awam yang menjadi mangsa percaturan di antara dua kuasa besar.. 

US guna Saudi dan tajaan mereka adalah ISIS.. Rusia guna Iran dan tajaan mereka adalah Syiah.. 

Syiah dan ISIS masing² bekerja untuk tuan mereka kerana untuk menjaga kuasa dan pengaruh masing².. Yang menjadi korban adalah orang awam yang tidak bersalah.. Darah dan nyawa mereka menjadi bahan taruhan yang tiada nilai sedikit pun.. 

Atas dasar agama dan kemanusiaan.. Ana tetap bersama rakyat yang tidak bersalah.. 

Siapa sahaja yang merentasi sempadan kezaliman.. Tidak kira atas nama apa sekali pun.. Baik Sunni.. ISIS.. Syiah.. Atau lain²nya.. Ana tetap membela mereka yang ditindas.. 

Itu sahaja.. 

Sekian..





RAKYAT SIMPANG RENGGAM SAMBUT MAZLEE. UNTUNG DISAMBUT... JANGAN DIHINA NANTI


Terima kasih rakyat Simpang Renggam yang menyambut kepulangan saya hari ini.

Terutama kepada mereka yang memberi kata-kata semangat dan menunggu saya tanpa lelah.

Kita akan terus bekerja dengan lebih kuat demi kemakmuran dan kesejahteraan kawasan ini.

Kita Jalan Terus!

#simpangrenggamdihatiku

- Dr Maszlee Malik



GUAN ENG SINDIR MAHATHIR....



Dengan pantas Ketua Penerangan Bersatu, Dr. Radzi Jidin mengeluarkan kenyataan media membantah cadangan Lim Guan Eng agar soal pengganti Dr. Mazlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dibincangkan dalam PH.

Kata beliau, memilih pengganti Dr. Mazlee  adalah hak dan kuasa Perdana Menteri menentukannya kerana kerusi itu merupakan kouta Bersatu.

Sehubungan itu, katanya, tidak perlu sama sekali perkara itu dibincangkan dalam PH.

Kepantasan Dr. Radzi mengeluarkan kenyataan media berkaitan perkara ini agak memeranjatkan kerana sejak dilantik selaku Ketua Penerangan Bersatu pada September 2018 lalu, beliau dilihat agak pasif dan seolah-olah tidak berfungsi.

Bukan saja jentera Penerangan Bersatu bagaikan tidak bergerak di bawahnya, terutama dalam beberapa PRK yang diadakan, bahkan meski banyak isu politik yang berlaku dalam negara, beliau juga tidak pernah bersuara atau mengeluarkan apa-apa kenyataan media.

Kalau tak silap, ini adalah kenyataan media yang pertama kali pernah dikeluarkan oleh Dr. Radzi atas nama Ketua Penerangan Bersatu. 
Bahkan, ada pemimpin Bersatu sendiri tidak lama sebelum ini pernah menyebut, beliau sendiri tidak pasti sama ada Biro Penerangan di bawah Dr. Radzi pernah mengadakan mesyuarat atau pun tidak.

Tetapi, mengapa bila Guan Eng bersuara tentang pengganti Dr. Mazlee, tiba-tiba Dr. Radzi begitu cepat memberi reaksinya?

Apakah beliau sedang cuba menonjolkan diri bagi menarik perhatian Perdana Menteri agar dirinya dilantik sebagai Menteri Pendidikan yang baru?

Dalam soal kenyataan Guan Eng yang mencadangkan pengganti Dr. Mazlee dibincangkan dalam PH, Menteri Kewangan itu sebenarnya bukan tidak faham tentang hak dan kuasa Perdana Menteri.

Sebagai orang lama dalam politik dan pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 2008, mustahil Guan Eng tidak arif membezakan mana satu kuasa mutlak Perdana Menteri dan mana satu perlu dibawa dalam mesyuarat PH.

Apabila beliau menyarankan agar soal pengganti Dr. Mazlee dibincangkan dalam PH, sedangkan ia merupakan sesuatu yang difahami umum sebagai hak mutlak Perdana Menteri memilihnya kerana dibawah kouta Bersatu, Menteri Kewangan itu sebetulnya sedang menyindir Tun Mahathir.

Ini kerana, memandangkan Tun Mahathir masih berdolak-dalik untuk menentukan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim dan seolah-olah ingin memilih sendiri penggantinya mengikut kehendak hatinya, maka itulah tujuan sebenar Guan Eng menyentul soal pengganti Dr. Mazlee itu.

Ia bertujuan untuk mengingatkan Tun Mahathir bahawa kuasa memilih pengganti selepasnya iaitu sebagai PM8 adalah hak dan kuasa PH, bukan hak serta kuasa Perdana Menteri secara sendirian.

Berikutan Dr. Radzi dengan pantas memberi reaksi kepada saranan Guan Eng itu, bermakna umpan kail yang dipasangnya sudah mengena.

Bermakna, kalau diakui bahawa kuasa memilih pengganti Dr. Mazlee adalah hak dan kuasa Perdana Menteri, maka mestilah juga diakui hak serta kuasa PH dalam menentukan kedudukan bakal Perdana Menteri seterusnya.

Selepas ini dengan sendirinya Tun Mahathir tidak boleh berdolak-dalik lagi tentang kedudukan Anwar sebagai bakal penggantinya serta tidak sepatutnya terus cuba-cuba mahu menonjolkan calon lain atau ingin menubuhkan kerajaan baru melalui pintu belakang.

Bijak tak Guan Eng? (ShahbudinHusin 04/01/2020)

TAZKIRAH PAGI AHAD : ANDA PASTI MEMIKIRKANNYA SEDALAM MUNGKIN



Hebat....
Entah siapa yg membuat rumusan seperti ini, tp memang sangat hebat.

MATEMATIK VERSI BARU...

Jika: 
A = 1
B = 2
C = 3
D = 4
E = 5
F = 6
G = 7
H = 8
I  = 9
J  = 10
K = 11
L = 12
M = 13
N  = 14
O  = 15
P = 16
Q = 17
R = 18
S =  19
T =  20
U = 21
V = 22
W = 23
X = 24
Y = 25
Z = 26

apakah yg membuat keberhasilan hidup menjadi 100%.......???: 

H+A+R+D+W+O+R+K (Kerja Keras) : 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E (Pengetahuan) :
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E (Cinta) :
12+15+22+5 = 54%

L+U+C+K (Nasib) :
12+21+3+11 = 47%

Tidak ada yang jadi 100%.
Apa yang membuatnya jadi 100%..???

Adakah money..?

M+O+N+E+Y =
13+15+14+5+25 = 72%    NO..!!!

Leadership..? 
L+E+A+D+E+R+S+H+I+P =
12+5+1+4+5+18+19+8+9+16 = 97%  NO...!!!

Ternyata apa yang membuat menjadi 100% adalah :

Cuba lihat yang ini...

S+E+D+E+K+A+H+J+A+R+I+A+H 19+5+4+5+11+1+8+10+1+18+9+1+8 = 100% 

( nilai saham akhirat kita. )

KEBETULAN atau TIDAK...?  tapi itulah MATEMATIK *Assalamu'alaikum...

Satu fakta angka yg menarik untuk kita fikirkan :

Adakah kita sedari...??? 

          Aceh
          Tsunami
          26-12-2004 
          
          Bohemia
          Gempa
          26-11-1902
          
          Jogja
          Gempa
          26-05-2006

          Tasik - Jawa Barat
          Gempa
          26-06-2010

          Gunung Merapi
          Meletus
          26-10-2010

          Jambatan Tenggarong
          Samarinda, Indonesia
          Runtuh
          26-09-2013


          Mengapa semua ini
          Terjadi  pada Tgl. 26

          Apakah ianya suatu kebetulan?? 

          Bukalah dan bacalah
          Al-Quran Juz ke: 26

          Allah SWT telah berfirman.

          Bunyinya :

          "Sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".

          Biar mereka semua tahu bahwa Mu'jizat Allah itu ada !!!         

          Jika sudi...

          Sampaikanlah kepada hamba Allah yg lain... wallahu'alam...

Ternyata 1.5 jam⌚ saja Umur Kita hidup di DUNIA  ini.



Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur'an sebagai sumber kebenaran yang hakiki
    1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
 24 jam  akhirat = 1000 tahun dunia
   3 jam  akhirat =    125 tahun dunia
 1.5 jam  akhirat =  62.5 tahun dunia

Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja.

Sememangnya kita selalu diingatkan tentang masalah waktu. ⌛⏰

Allah berfirman : "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa saja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"

Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalanan hidup kita ini.

Kuatkan berfikir utk akhirat.
Kerana dunia ini akan kita tinggalkan.

Fokus akhirat
Itulah tempat kita akan hidup seterusnya.

Ingatlah ini :
untuk diri saya sendiri.
Mayat orang Islam yang tidak pada 1000 tahun dulu masih diseksa hingga kini.

Allahuakbar!!! 1 waktu kita tinggalkan solat sama dengan  8000 tahun seksaan neraka. Jika kita sehari 5 waktu x solat?

5 x 8000 = 40.000
tahun. 

Subhanallah... 

Ringan-ringankanlah tangan untuk menyebarkan berita  ini. Akan mendapat  pahala mengingatkan saudara Islam...

Kirim La illaha illa Allah,
_Muhammadu Rasulullah

Kirim kepada 3 group saja.  
Lihat apakah anda 
mempunyai masa untuk 
ALLAH atau tidak???