𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠?


Malaysia's Anwar Ibrahim urges 'patience' from citizens as king deliberates  on power transition plan | South China Morning Post


[𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠?]

Meskipun nampaknya kebelakangan ini beberapa nama lain turut muncul untuk dicaturkan sebagai calon Perdana Menteri, tetapi adalah suatu fakta bahawa Anwar Ibrahim tetap dalam senarai teratas sekali.

Bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang sudah hilang sokongan majoriti, Anwar adalah calon yang paling layak sekali berbanding semua yang lain.

Pertama, kerana Anwar satu-satunya yang sudah memiliki sokongan mencukupi dan angka yang dimilikinya juga sudah pun dipersembahkan kepada Agong dalam majlis mengadap pada 13 Oktober lalu.

Yang lain-lain, selain tiada angka, tiada juga yang berani mengadap Agong untuk mempersembahkan adanya sokongan.

Sepatutnya, selepas Anwar mengadap itu, Agong akan menerima mengadap pula ketua-ketua parti dan beberapa Ahli Parlimen secara individu yang sudah setuju untuk menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Namun, disebabkan perintah PKPB berkuatkuasa sehingga 27 Oktober, majlis mengadap ketua-ketua parti itu telah ditangguhkan buat sementara waktu.

Kedua, dengan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri, bermakna mandat kemenangan PH dalam PRU14 lalu akan dapat dikembalikan semula.

Adalah jelas bahawa mandat PRU14 adalah daripada 2018 sehingga 2023 dan selagi Parlimen tidak dibubarkan, mandat kerajaan adalah milik PH.

Dalam PRU14, selain rakyat memberi mandat kepada PH untuk mentadbir negara, rakyat juga setuju bahawa Perdana Menteri selepas Tun Mahathir Mohamad adalah Anwar.

Dengan Tun Mahathir sudah meletakkan jawatan dan tempoh beliau memegang jawatan selama dua tahun juga telah berakhir, tempoh selebihnya sehingga 2023 adalah milik Anwar.

Maka, menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah perjuangan untuk memulihkan semula mandat yang telah dikhianati.

Sebaliknya, cuba mencalonkan nama lain selain Anwar sebagai Perdana Menteri adalah adalah suatu tindakan yang terkeluar daripada memenuhi mandat rakyat tersebut.

Ketiga, dari segi pengalaman dengan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Terbaik Asia serta punya rangkaian perhubungan yang baik dengan Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Turki dan lain-lain, kemampuan Anwar memberi kestabilan kepada negara dan merancakkan pertumbuhan ekonomi tidak perlu diragui lagi.

Berbanding Muhyiddin yang tidak dikenali sama sekali di peringkat antarabangsa, Anwar dalam hal ini dilihat mampu menarik kedatangan pelabur untuk rakyat lebih selesa berbelanja dan mengisi perut mereka.

Keempat, Anwar adalah pejuang rakyat sejak dahulu lagi dan rata-rata rakyat begitu teruja untuk melihat beliau berjaya menjadi Perdana Menteri.

Rekod tentang apa yang pernah dilakukannya semasa dalam kerajaan dahulu memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Anwar adalah pelindung dan pembela kepada kehidupan mereka jika kuasa ada dalam tangannya.

Lebih daripada itu, dengan Anwar dilihat tidak begitu digemari oleh kelompok atasan, kapitalis, korporat dan ahli perniagaan, ia dengan sendirinya bermakna beliau adalah kesukaan rakyat yang akan menjauhi amalan kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran kerajaan.

Tamat.

-

Shahbudin Husin

 

 

MT UMNO ESOK WAJIB BUAT KEUTUSAN JANGKA PANJANG.TIDAK SEMATA-MATA SOAL JAWAAN


 Esok Selasa, MT UMNO akan mengadakan mesyuaratnya di Pahang yang akan menentukan sama ada ia terus kekal bersama PN dan Muhyiddin Yassin atau memutuskan untuk keluar daripada kerajaan.

Biro Politik UMNO Rabu lalu telah membuat keputusan untuk menimbang untuk terus berada dalam PN, sambil akan mengemukakan syarat-syarat baru kepada Muhyiddin.

Sementara Muhyiddin meminta UMNO memperincikan syarat-syarat baru yang diminta itu, kemudian terdedah pula surat Zahid Hamidi yang disokong oleh Najib Razak kepada Agong yang menyatakan sokongan mereka kepada Anwar Ibrahim untuk mengambil aih kerajaan.

Walaupun ada jurucakap UMNO yang tidak dinamakan menyatakan surat tersebut adalah palsu, Zahid Hamidi dan Najib tidak pernah menafikannya secara langsung.

Dengan itu, ada yang mengandaikan, mungkin hanya surat yang viral itu saja yang palsu, tetapi isinya adalah asli.

Dalam erti kata lain, sokongan Zahid Hamidi dan Najib yang disertai beberapa Ahli Parlimen UMNO lain untuk Anwar menjadi Perdana Menteri bukanlah perkara tipu.

Susulan untuk memuktamadkan tuntutan UMNO itu, mesyuarat MT UMNO esok tentu saja menjadi tumpuan semua.

Walaupun tidak diketahui secara jelas apakah tuntutan yang diminta UMNO, tetapi diperkatakan secara terbuka antaranya ialah jawatan Timbalan Perdana Menteri, perlantikan menteri UMNO mesti mengikut hireaki mereka dalam parti dan pengguguran beberapa menteri yang tiada jawatan dalam MT serta tidak pernah dicadangkan sama sekali namanya.

Dalam keadaan Muhyiddin tengah tersepit sekarang – ditekan kiri kanan serta depan belakang – adalah tidak mustahil beliau sedia berlembut dan memenuhi segala tuntutan yang diminta UMNO itu.

Yang penting, bagi Muhyiddin jawatan Perdana Menteri kekal dalam tangannya.

Pada mulanya ada perkhabaran mengatakan bahawa rombakan kabinet akan dilakukan hari ini untuk Muhyiddin memenuhi semua kehendak UMNO itu.

Tetapi, khabar terbaru pula mengatakan Muhyiddin akan menunggu sehingga keputusan MT UMNO esok terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan susulan.

Untuk itu, dikhabarkan Muhyiddin hanya akan merombak kabinet jika MT UMNO esok memutuskan untuk menjadikan tuntutan berkaitan jawatan itu sebagai pendirian rasmi parti.

Persoalannya, apakah jika semua tuntutan UMNO berkaitan jawatan itu dipenuhi Muhyiddin, hubungan parti itu dengan Bersatu akan selesai?

Untuk jangka pendek, ia mungkin boleh dianggap selesai, tetapi dalam jangka panjang, hubungan antara UMNO dengan Bersatu tidak mustahil akan berdepan lebih banyak masalah.

Ini kerana masalah sebenar antara UMNO dengan Muhyiddin dan Bersatu bukan semata-semata tentang pengagihan jawatan semata-mata.

Ia lebih daripada itu, antaranya berkaitan pengagihan kerusi pilihanraya dan jaminan masa depan para pemimpinnya, sedangkan matlamat sebenar Bersatu ditubuhkan adalah untuk menguburkan UMNO.

Walaupun bersama dalam kerajaan, tetapi keinginan dan kecenderungan Bersatu untuk memperlekeh dan membuli UMNO pada hakikatnya tidak pernah terpadam.

Perkara itu dapat dilihat daripada bagaimana Muhyiddin melantik sesetengah menteri daripada UMNO mengikut seleranya sendiri, pengagihan kementerian yang berat sebelah, melindungi menteri tertentu daripada pendakwaan, walaupun jelas ada kesalahan, manakala pembulian paling menonjolkan ialah menamakan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri dalam PRN Sabah, baru-baru ini.

Ia memberi gambaran, walaupun Muhyiddin sedia berlembut buat sementara waktu, tetapi melalui kuasa yang banyak berpusat di tangannya, tidak menghairankan pembulian dan ketidakadilan akan berulang lagi menjelang PRU15 akan datang.

Yang lebih penting daripada semua itu, oleh kerana Muhyiddin mewarisi parti yang ditubuhkannya bersama Tun Mahathir Mohamad, UMNO sebenarnya hanya akan selamat dalam jangka panjang dengan ia berani memilih untuk berganding dengan rakan baru yang pemimpinnya benar-benar faham apa itu pendakwaan terpilih, pendakwaan politik dan pendakwaan bersifat mala fide. (Shahbudindotcom 19/10/2020)

Mujahid Yusof Rawa: Kenapa Anwar Ibrahim Membuat Apa Dia Buat Dalam Sida...

Mujahid Yusof Rawa: Sejak 6 Bulan Pegang Jawatan PM, Muhyiddin Tak Beran...

Masa untuk Anwar terajui negara

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat paling layak menerajui negara ketika ini kerana beliau sudah mendapat sokongan majoriti dari ahli parlimen, kata Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak, Roland Engan.

 Beliau berpandangan, kerajaan yang diterajui Anwar akan bersifat inklusif dan akan memperjuangkan hak semua rakyat, tidak seperti kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 "Anwar layak menerajui kepimpinan negara sekarang kerana beliau bukan sahaja mendapat sokongan majoriti daripada ahli Parlimen bahkan perjuangannya ialah untuk keadilan bagi semua rakyat Malaysia.

 "Memandangkan Anwar dan PH berjuang untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, bahasa, budaya dan negeri berasaskan prinsip keadilan, demokrasi, amanah dan progresif, maka beliau adalah sangat layak dan sesuai untuk memimpin negara," katanya dalam kenyataan.

 Roland juga yakin bahawa kerajaan pimpinan Anwar akan menangani isu COVID-19 dengan lebih berkesan.

 "Perang lawan COVID-19 yang melanda setiap orang tanpa mengira agama, bangsa, agama, bahasa, budaya dan negeri pasti dapat ditangani dengan lebih baik oleh pemimpin yang berjuang untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

 Pada masa sama, Roland selaku Ketua Cabang KEADILAN Baram membidas pihak yang melabelkan Anwar seorang pemimpin gila jawatan perdana menteri, sebaliknya menganggap presiden KEADILAN itu sangat khuatir terhadap sikap 'double standard' yang sering diamalkan oleh kerajaan PN, terutamanya dalam soal prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani COVID-19.

 "Tanpa menegakkan prinsip keadilan dalam menguatkuasakan PKPB maka semakin ramai pemimpin kerajaan hari ini bebas melanggar SOP dan tidak didakwa, dan rakyat pula dikenakan denda tak berpatutan. Ini adalah pilih kasih dan tidak adil.

 "Oleh itu, KEADILAN Baram mengalu-alukan semua pihak yang menyokong perjuangan DSAI & PH untuk bekerjasama ke arah pembinaan negara-bangsa yang gemilang di bawah kepimpinan baru negara selepas ini," katanya.

 

Sogok jawatan: Siasat segera Muhyiddin - AMK Melaka

 


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Melaka menyeru agar pihak polis segera menyiasat Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan cuba menyogok jawatan Penasihat Petronas kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional.

 Ketua AMK Melaka, Prasanth Kumar Brakasam berkata, sekiranya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh disiasat atas laporan polis ke atas beliau maka siasatan juga perlu dilakukan ke atas Muhyiddin.

 "Jika Datuk Seri Anwar boleh dipanggil secepat yang boleh untuk siasatan berkenaan laporan polis senarai Ahli Parlimen yang tersebar maka saya percaya pihak polis boleh melakukan perkara yang sama terhadap PM kerana sehingga kini AMK Malaysia, AMK Johor, AMK Negeri Sembilan dan AMK Melaka telah pun membuat laporan polis mengenai isu ini.

 "AMK Melaka yakin pihak polis (dalam hal ini) akan bertindak adil dan menjalankan tugas secara profesional serta tidak tunduk kepada mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan.

 Prasanth berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Muhyiddin berkenaan pendedahan 'penyogokan politik' dalam surat Usul Tidak Percaya yang dimuat naik di akaun Facebook dan Twitter milik Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini.

 "Setelah laporan polis dibuat bersama rakan-rakan seperjuangan di Balai Polis Ayer Keroh, saya ke IPD Jasin untuk memberikan keterangan dan menyatakan pihak polis harus menyiasat dengan kadar segera Tan Sri Muhyiddin yang cuba menawarkan jawatan GLC untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Gua Musang.

 "Perkara ini amat serius dan boleh menyebabkan negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan terancam akibat sogokan politik yang dibuat oleh PM Malaysia secara senyap-senyap untuk kekal berkuasa," katanya lagi.

 Sehubungan itu, AMK Melaka mahu pihak polis bertindak profesional dalam menjalankan tugas tanpa mengira pangkat atau jawatan individu yang melakukan kesalahan.

 

MUHYIDDIN PERLU BERMARUAH SEPERTI PAK LAH


PAS SOKONG MUHYIDDIN BAWA REBAH?


PKPB MENGGUGAT EKONOMI, LEBIH BANYAK PERNIAGAAN BERMASALAH


Jangkitan Covid boleh cecah 1,300 sehari?


Ikut Perlembagaan PM hilang majoriti wajib letak jawatan - Dr Aziz Bari

 


Kemelut politik tanah air tidak perlu dipanjangkan dengan pelbagai ulasan oleh pihak yang cuba mengelirukan serta tidak berhujah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Menurut mantan profesor kuliyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Aziz Bari, Perlembagaan ditulis dengan jelas, apabila seseorang Perdana Menteri (PM) telah kehilangan sokongan maka pilihan beliau sangat terhad, iaitu meletak jawatan atau meminta membubarkan Parlimen.

 Katanya, tidak dinyatakan pilihan membawa hal itu ke Parlimen dan diuji dengan Undi Tidak Percaya atau lain-lain cadangan seperti yang dipropagandakan oleh media arus perdana muktahir ini.

 "Perlembagaan kata apabila seseorang PM hilang sokongan maka dia wajib letak jawatan. Tidak timbul soal Parlimen dan sebagainya. Ini berlaku di Malaysia dan negara-negara Wesminister.

 "PM boleh letak jawatan atau minta raja, presiden atau gabenor jeneral bubar dewan kalau dibenarkan. Kalau tidak, dia perlu letak jawatan. Ada dua pilihan saja, bukan tiga atau empat. Tak ada soal Parlimen. Itu tak disebut dalam Perlembagaan. Mengapa kita buat sesuatu perkara yang tak perlu?

 "Atau panggil presiden (ketua) parti buat apa, buang masa sahaja. Kalau betul apa yang didakwa oleh Ahli Parlimen Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim), lantik sahaja, dia akan pergi ke Parlimen dan parliament will deal with him

 "Di sana ada orang akan test sokongan dia. Kalau betul ada 120 (Ahli Parlimen), dia akan kekal sebagai PM. Tak perlu kita pening. Dalam babak ini hanya Agong saja yang terlibat. Tak ada mahkamah, tak ada apa.

 "Ini yang saya kesal. Rakyat jadi keliru (proses peralihan kuasa). Media pula putar belit cerita yang tak masuk akal dan rakyat makin bingung," katanya dalam sesi siaran langsung Facebook anjuran KEADILAN Ipoh Timur malam tadi.

 Pakar undang-undang Perlembagaan itu menjelaskan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia tidak sama dengan di Amerika Syarikat atau Indonesia. Apabila kerajaan dilantik maka ia bertahan untuk tempoh 4 tahun.

 Di Malaysia, katanya, kerajaan boleh tumbang apabila gagal mengekalkan majoriti 112 daripada 222 kerusi Parlimen. Oleh itu, kerajaan baharu perlu dilantik segera dan tidak perlu mengekalkan suasana tidak menentu berpanjangan.

 "Dalam sistem kita sesebuah kerajaan boleh jatuh bila-bila masa kalau gagal mengekalkan majoriti sekurang-kurangnya 112 kerusi. Dikira hilang kepercayaan dan PM wajib meletak jawatan. Itu pada prinsip.

 "Sekarang apa yang berlaku Tan Sri Muhyiddin yang dilantik enam bulan lepas, terdengar dakwaan Ahli-ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada beliau telah menarik balik sokongan. Beliau tidak lagi memilikki minimum 112 seperti yang disyaratkan, selepas Datuk Seri Anwar mengadap Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong

 "Namun selepas (Anwar mengadap) itu beliau (Muhyiddin) masih lagi mendakwa beliau memiliki majoriti yang kredibel.

 "Jadi hal ini (Muhyiddin kekal sebagai PM) saya fikir tidak perlu. Saya fikir barangkali ini boleh diibaratkan perlawanan bola sepak. Ada satu pasukan di hadapan (jaringan gol lebih banyak), penonton resah sebab pengadil tidak tiup wisel. Dia biarkan perlawanan berlarutan, jadi kita bayangkan apa yang berlaku," katanya.

 Dr Aziz turut menjelaskan tidak ada keperluan untuk mempertikaikan Akuan Berkanun (SD) Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar sama ada ia dibuat secara jujur atau tidak. Hal itu katanya telah jelas di sisi undang-undang.

 "Apabila Datuk Seri Anwar mendakwa beliau punya sokongan, beliau patut dipanggil mengadap dan terpulang bagaimana untuk memeriksa bahawa dakwaan itu benar.

 "Zaman sekarang undang-undang kita telah menyediakan SD, dan saya fikir tak perlu kita pening. Kalau Ahli Parlimen A telah buat satu SD menyokong seseorang, tak perlu kita pertikaikan dan go beyond the SD.

 "Kalau dia menipu kita boleh bawa dia ke mahkamah, boleh didakwa. Mengapa buang masa nak pastikan betul ke orang itu sokong Datuk Seri Anwar?" ulasnya lagi.

 Forum bertajuk 'Celik Perlembagaan dari pakar 2' itu dipengerusikan oleh Shaiful Arifin. Selain Dr Aziz, forum turut mengundang aktivis masyarakat, Dr Khairudin Abd Malik sebagai ahli panel.

 

2. Mengapa Asakan Soalan Majoriti Bukan pada DSAI, Tapi Pada TSMY?

Scorpions – Sign of Hope (Official Audio)

GAGAL TANGANI COVID: PKR SABAH MINTA MUHYIDDIN LETAK JAWATAN


MUHYIDDIN PERLU BERMARUAH SEPERTI PAK LAH


PERALIHAN KERAJAAN BERDASARKAN PERLEMBAGAAN SEHARUSNYA DIPERCEPATKAN


 Tidak pasti sama ada ia sesuatu yang akan berlaku atau cuma khabar angin, tetapi ramai sekali bercakap mengenai rombakan kabinet sejak sehari dua ini.

Dikatakan rombakan kabinet itu akan dilakukan hari ini iaitu sehari sebelum MT UMNO mengadakan mesyuaratnya di Pahang esok.

Diperkatakan bahawa antara rombakan yang akan dilakukan ialah melantik pemimpin UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri serta menyusun semula perlantikan wakil parti itu dalam kabinet berdasarkan hireaki dan kedudukan mereka dalam UMNO.

Jika ia berlaku, bermakna beberapa pemimpin UMNO yang sebelum ini dilantik sebagai menteri tetapi tiada kedudukan dalam MT UMNO seperti Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan beberapa yang lain dengan sendirinya akan digugurkan.

Rombakan kabinet ini dipercayai dilakukan Muhyiddin Yassin dengan tujuan meredakan kemarahan UMNO terhadapnya yang memungkinkan tindakan menarik sokongan secara rasmi daripada kerajaan PN akan diputuskan dalam mesyuarat MT esok.

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Dr. Aziz Bari, pakar perembagaan dan Ketua Pembangkang di Perak, rombakan itu tidak sepatutnya dipertimbangkan oleh Agong berdasarkan kedudukan majoriti Muhyiddin yang meragukan ketika ini.

“Dalam keadaan biasa, ia adalah hak istimewa Perdana Menteri, tetapi sekarang berbeza kerana tidak jelas apakah Muhyiddin masih memiliki majoriti.

“Oleh itu Agong berhak untuk menolak cadangan rombakan kabinet jika ia dicadangkan,” katanya lagi.

Selain itu, berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir ini di mana beberapa pemimpin UMNO yang selama ini bersama PN dilihat tidak lagi menyokong Muhyiddin, adalah jelas majoriti yang dimilikinya untuk terus mengetuai kerajaan sudah tiada.

Antara pemimpin UMNO yang dilihat sudah berbeza nada itu ialah Zahid Hamidi, Najib Razak, Tengku Razaleigh Hamzah dan Nazri Aziz.

Dengan itu, kiranya benar rombakan kabinet masih mahu dilakukan, ia bukan saja tidak wajar, malah lebih berupa suatu bentuk sogokan.

Dalam keadaan majoriti atau sokongan terhadapnya sudah tiada, Muhyiddin sepatutnya meletakkan jawatan atau membubarkan Parlimen, bukan menawarkan lebih banyak sogokan jawatan melalui rombakan kabinet.

Dalam hal ini, selain Agong harus menolak jika ada rombakan dicadangkan Muhyiddin, baginda juga sepatutnya mengambil peluang ini untuk menyelesaikan segera kemelut politik negara daripada berterusan.

Penyelesaian yang sebaiknya ialah berdasarkan Perlembagaan di mana Muhyiddin yang tiada lagi sokongan majoriti wajar berundur dengan sukarela atau dinasihatkan berundur untuk membolehkan pihak lain yang memiliki sokongan majoriti dilantik sebagai Perdana Menteri.

Meskipun kita memahami ketika ini sedang dilaksanakan perintah PKPB di mana majlis mengadap ketua-ketua parti terhadap Agong turut ditangguhkan sehingga 27 Oktober, tetapi nampaknya semakin lama isu ini terapung tanpa ketentuan, selama itulah rakyat seluruh negara dalam kegelisahan.

Maka, penyelesaian segera melalui beberapa penyesuaian adalah sangat-sangat diperlukan dan sebagaimana yang dititahkan oleh Agong iaitu paksi kepada kaedahnya ialah Perlembagaan.

Daulat Tuanku!!(Shahbudindotcom 19/10/2020)



WAWASAN 2020 KINI TENGGELAM BERSAMA MAHATHIR

 HAMDAN TAHA

Semasa Tun Dr M menjadi perdana menteri beliau melancarkan wawasan 2020...setelah di lancarkan seluruh jentera kerajaan dari hari di lancar sehinggalah tahun 2019 masih sebut tentang wawasan itu....

Tetapi bila Allah sampaikan kita pada tahun 2020 sekarang gambaran yang di berikan langsung tak ada persamaan. Rupanya tahun 2020 adalah tahun ujian paling besar buat umat manusia di seluruh dunia....

Lebih menarik di tahun 2020 ini Tun masih hidup dan sempat jadi PM dua kali....dan semalam di lancarkan lagi wawasan baru iaitu dia mahu menjadi PM malaysia buat kali ke tiga....ini sebenarnya sejarah yang menarik.....apakah cita cita dia kali ini tercapai...boleh saja tercapai jika Allah swt mengizinkan....

Tahun 2020 ini jika kita kembali pulang ke tahun 1990 sudah tentu kita bayangkan tahun 2020 ada tahun yang penuh kemajuan dan rakyat malaysia ketika tahun 2020 itu sedang menikmati keamanan kedamaian dan kemajuaan negara yang di wawasan kan oleh pimpinan umno dan kerajaan....rupanya tidak berlaku seperti yang di fikirkan oleh perancang wawasan pada tahun itu....

Tahun 2020 jika di ikutkan seluruh dunia kita mempunyai kepakaran dalam perubatan yang sangat

hebat

. Kita ada sarjana berjuta juta orang....kita ada pakar dalam bidang perubatan juga berjuta orang....kita ada para saitis juga jumlahnya berjuta juga di seluruh dunia....kita ada peralatan serba cangih untuk mengesan penyakit dan cara mengatasinya....semua manausia ada di tahun 2020 ini.....dunia merasakan manusia sudah cukup

hebat

dan boleh berdepan dengan apa juga masalah dan penyakit....pasti dapat di atasi dengan cepat....

Rupanya Allah swt hantar virus 19 sahaja....dah menjadi satu musuh kepada manusia seluruh dunia sehingga sekarang dah hampir 40 juta yang di jangkiti dan sejuta orang lebih telah mati. Negara negara maju mula mula di serang berbanding negara mundur dan miskin....china...us dan negara barat...jepun dan korea semua di serang lebih awal....tapi tak ada satu negara pun berjaya mencipta ubat atau apa saja untuk melawan virus 19 ini....hilang segala bijaksana dan keegoan manusia....semuanya gagal setakat ini....

Sampai bilakan ubat virus ini akan berjaya di hasilkan....kita pun tak tahu....

Yang saya tahu tun m nak lagi jadi PM malaysia lagi dan lagi....dan lagi