BOLEH KERJASAMA KERANA UMNO TIDAK LAGI BERKUASA ALASAN MERAPU

GUNA KAUKUS PARLIMEN ATASI ISU KEMISKINAN

BERGAMBAR : DSAI DIBEBERAPA PROGRAM NATIONAL SEMALAM


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, malam dan sut

Menghadiri majlis makan malam anjuran Indian Chamber of Commerce di Nexus Connexion Bangsar malam tadi.
Saya sentuh soal kadar kemiskinan negara baru-baru ini di mana perlu ada kajian semula dasar-dasar yang pincang dan lapuk, dan reformasi perlu segera berjalan.

Imej mungkin mengandungi: 14 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman


Berkunjung ke Pameran Halfest 2019 di Pusat Pameran MINES (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.
Saya juga turut berdialog bersama para usahawan menyentuh soal “Pemberdayaan Ekonomi Umat”.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman

Tiada penerangan foto disediakan.

Jangan sebar berita palsu, skim pencen tak dimansuhkan


Penyebaran berita palsu di media sosial semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Terbaru sebuah laman sesawang pro-pembangkang menggunakan tajuk berbaur fitnah berhubung Skim Pencen Perkhidmatan Awam. 

Laman sesawang, Cheese Cempedak, mengambil keseluruhan laporan Berita Harian dan memberikan tajuk yang jauh berbeza daripada isi dan maksud sebenar laporan asal.

Tajuk laporan yang diterbitkan Cheese Cempedak memfitnah kononnya “skim pencen perkhidmatan awam akan dimansuhkan tahun hadapan”.

Hakikatnya, tiada pengumuman yang menyentuh mengenai pemansuhan skim pencen dibuat oleh pihak kementerian.

Sebaliknya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah hanya menyentuh mengenai kemungkinan bahawa lantikan baharu dalam perkhidmatan awam tidak lagi dilakukan di bawah skim tetap dan berpencen, tetapi digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik pada tahun hadapan. 

Dalam bahasa mudahnya, skim pencen yang sedia ada kekal untuk pesara yang telah dan sedang menerima pencen, dan kekal kepada penjawat awam yang sudahpun dilantik. Cadangan ini hanya tertakluk untuk penjawat awam baharu yang akan dilantik.

Justeru, pengguna media sosial disarankan menyemak dan menilai dengan bijak sebarang maklumat yang diterima. Jika tidak pasti bagaimana untuk mengenal pasti berita palsu, grafik di bawah mungkin boleh membantu anda. 

BANTAHAN PENGGABUNGAN UMT-UNISZA AKAN DIBAWA SEHINGGA KEPADA PM




Cadangan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) oleh Kementerian Pendidikan dijangka akan terus mendapat bantahan.
Antara yang akan dilakukan ialah menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar membatalkan rancangan tersebut.
Difahamkan, ada pihak-pihak tertentu yang terkait secara langsung dengan UMT dan UNISZA akan mengemukakan surat bantahan tersebut.
Selain ditujukan kepada Perdana Menteri, salinan surat bantahan itu juga akan diberikan kepada beberapa pihak lain yang ada kaitan kedua-dua pusat pengajian itu.
Antara alasan yang difahamkan akan dikemukakan berhubung bantahan itu ialah dengan penggabungan kedua-duanya akan mengurangkan peluang pelajar Melayu untuk melaniutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Tambahan lagi, memang menjadi kecenderungan bagi pelajar di Pantai Timur yang suka mencari pusat pengajian tinggi yang dekat dengan rumah keluarga mereka.
Dengan penggabungan yang akan menjadikan tempat belajar semakin berkurang, ditambah keengganan sebahagian pelajar berjauhan dengan keluarga, ia secara tidak langsung akan menyebabkan ramai yang akan terlepas peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, faktor perbezaan fokus pengajian juga dijadikan sandaran bantahan di mana UMT banyak mengkhusus kepada sains samudera, manakala UNISZA yang bidang pengajiannya bercampur-campur dilihat tidak praktikal jika kedua-duanya digabungkan.
Lebih dibimbangi jika penggabungan akan menyebabkan fokus pengajian yang menjadi teras UMT menjadi terpinggir akhirnya.
Sistem kedua-dua universiti juga adalah berbeza dan jika digabungkan, sistem mana yang akan menjadi pilihan?
Alasan penggabungan untuk memudahkan pengurusan dan menjimatkan kos juga dianggap terlalu minima untuk dijadikan hujah berbanding sumbangan serta peranan jika UMT dan UNISZA terus bergerak secara berasingan.
Yang dibimbangi, penggabungan hanya akan menyebabkan pembuangan ramai pekerja bawahan yang tergolong dalam kategori B40 dan ini akhirnya memperlihatkan keputusan kerajaan itu bukan untuk menolong rakyat, sebaliknya akan menjadikan mereka sebagai penganggur.
Dalam waktu yang sama, oleh kerana UNISZA mempunyai sejarah yang panjang dan unik dengan sebelumnya berasal dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, menggabungkannya dengan UMT akan menjadikan sejarahnya terpadam dengan sendirinya.
Ia juga pasti akan dijadikan isu politik oleh pembangkang dengan perbahasan hangat di DUN Terengganu serta Parlimen yang sudahnya seperti memberi bola tanggung kepada mereka untuk menghentam kerajaan yang semakin merudum sokongan rakyat ketika ini.
Penggabungan ini juga mendapat bantahan dan rasa kecewa daripada Majlis Perwakilan Pelajar UMT kerana mereka tidak dilibatkan langsung dalam perbincangan mengenainya.
“Kami agak hairan apabila sebab keputusan penggabungan ini ialah salah satunya dikatakan atas alasan penjimatan kos yang tinggi,” kata Exco MPP UMT, Mohammad Zulhafizuddin Zulkifli dan Mohamad Zulkarnain Mohd Dali.
“Adakah benar penggabungan UMT dan UNISZA merupakan satu-satunya jalan penyelesaian untuk menjimatkan kos yang dapat dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan?” tanya mereka. (Shahbudindotcom 08/09/2019)

MODAL "TIADA LAGI PENCEN" MAINAN PEMBANGKANG


Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Imej mungkin mengandungi: 5 orang






Secara sahihnya, kerajaan telah tegaskan sekali lagi bahawa dakwaan tiada lagi pencen untuk kakitangan awam adalah satu berita yang diputarbelitkan. Hakikatnya, semua kakitangan awam sekarang termasuk PDRM dan tentera yang berada di dalam skim pencen, akan tetap terus menikmati pencen mereka.

Memang terdapat beberapa pandangan dari beberapa pihak mencadangkan agar kerajaan menimbangkan semula pengwujudan beberapa jawatan tetap yang lain di masa akan datang diberikan dua kategori iaitu tetap dan berpencen dan tetap tidak berpencen, namun mendapat manafaat dan imbuhan besar seperti yang dinikmati oleh beberapa badan berkanun atau swasta yang lain. Itu pun tidak dimuktamadkan oleh kerajaan dan tidak pernah dibincangkan oleh Kabinet setakat ini.

Jelas, isu ini cuba dimanipulasikan oleh pihak Pembagkang untuk memburukkan imej kerajaan di mata penjawat awam. Kepada penjawat awam, jangan mudah terpedaya dengan taktik Pembangkang yang sentiasa akan mencari peluang untuk mereka cipta fitnah.

WFAUZDIN NS


PH YANG AJAR RAKYAT KRITIK KERAJAAN – Tian Chua

Image result for tian chua



Naib Presiden PKR, Tian Chua bercakap kepada selepas hadir Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Shah Alam 2019 di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam,  Selangor. foto Hisham.  08  SEPTEMBER 2019.


Shah Alam  – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu melenting dengan kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh rakyat di negara ini kepada kerajaan, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Menurut beliau, budaya mengkritiknya dasar-dasar yang dilakukan kerajaan telah meresap ke hati rakyat sebagaimana yang pernah dibawa oleh PH sebelum merampas kepimpinan Putrajaya pada 9 Mei tahun lalu.

“Sekarang rakyat berani lawan kerajaan dan kutuk menteri.  Itu kita tidak boleh pertikai kerana kita sendiri yang ajar rakyat buat dan ini menjadikan kita mangsa,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Shah Alam  2019 di Hotel  Carlton Holiday,

Tambah Tian Chua lagi, dasar mengkritik kerajaan terlalu menebal dalam rakyat masa kini kerana ia hebat diperjuangkan oleh PH selaku pembangkang dahulu.

Justeru itu katanya, kepimpinan harus menerima kritikan demi kritikan rakyat dan terus bekerja demi memenangi hati rakyat sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.

“Apa yang kita perjuangkan bukan untuk diri sendiri, kita sudah jadi parti memerintah, jadi kita terpaksa telan apa yang kita cuba capai dulu.

“Inilah hasil daripada perjuangan kita. Harap perkara ini tidak berulang lagi,” katanya lagi.

Jelas bekas Ahli Parlimen Batu itu lagi, rakyat hari ini semakin cerdik dalam menilai pentadbiran sesebuah kerajaan.

Malah katanya rakyat semakin berfikir secara kritis terhadap dasar serta keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

“Saya selalu kata bahawa rakyat mengambil 20 tahun untuk benci Mahathir, sekarang kita suka balik. Tapi 20 tahun rakyat baru sedar nak jatuhkan kerajaan dan BN.

“Tun Abdullah Badawi dua penggal pegang kerajaan baru rakyat nak lawan dia. Najib satu penggal sahaja orang sudah lawan dia.

“Untuk kerajaan baharu hanya enam bulan sahaja rakyat akan benci. Memang betul, rakyat sudah benci. Kita bukan jadi jahat tetapi rakyat makin cerdik.

“Apa yang kita lakukan rakyat akan kritik kerana ada kebebasan. Kerana kritikan itu dulu kita kena fikir dulu sebab ada pemantauan daripada Cawangan Khas. Tapi sekarang tidak ada. Senang sahaja kritik kerajaan,” jelas Tian Chua.