Subsidi diesel ada kelebihan dia, masuk duit terus ke akaun
Syam Ghaz
Subsidi diesel ada kelebihan dia, masuk duit terus ke akaun
Tapi sistem Budi Madani 95 mmg brilliant. Lihat saja resit dah tahu dah.
Jika rakyat tak guna, duit subsidi Kerajaan jimat, malah setiap liter Rakyat guna atau tak guna Kerajaan tahu.
Warga Negara asing takleh langsung guna. Penyeludup pula jika dia guna IC orang, mmg kena TKO terus, boleh detect.
Idea Budi Madani 95 guna IC ni datang dari Datuk Saifuddin Nasution, sblm di KDN dia jadi Menteri KPDN waktu PH1.0.
KPDN Incharge bab semua barangan subsidi, termasuk Stesyen minyak.
Bila dia di KDN, terus guna IC utk minyak subsidi, malah bantuan SARA direct ke IC juga dilaksanakan skali gus. Dah mcm credit card dah ic kita ni.
IC under Jabatan Pendaftaran Negara, JPN dibawah KDN.
Ibarat sebutir batu boleh 5-6 target kena.
Sebab tu bila Kerajaan nak laksanakan Budi Madani 95, Menteri yang paling laju bagi penerangan, jawab hujah pembangkang, turun ke stesyen stesyen minyak adalah Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Tak lama lagi, ambo jangka diesel pun akan guna mcm sistem Budi Madani 95 juga.
Malah IC baru yang akan dilancarkan bulan Jun nanti lagi hebat, cangih, lagi banyak fungsi dan keselamatannya.
Doakan semua berjaya ya 🤲🏻
BETUL KAH M𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐄𝐒𝐄𝐋 𝐊𝐄 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐄𝐒𝐄𝐋 𝐊𝐄 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Masih viral Filipina yang melaporkan mereka menerima bekalan Diesel dari Malaysia berjumlah 328 ribu tong.
Seronok Isham Jalil, Dr Azman Ibrahim dan seangkatannya sebab ada modal baru nak cerita kepada pengikut diorang.
PETRONAS dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam dah nafikan bahawa Malaysia terlibat dengan urusniaga tersebut.
Sebenarnya media Filipina telah melaporkan lebih awal Selasa (7 April) lepas bahawa Setiausaha Tenaga Filipina memaklumkan bahawa ada 300 ribu tong Diesel akan tiba pada 10 April (Jumaat) dari Malaysia melalui Singapore yang dibeli daripada Vitol syarikat perdagangan komoditi antara terbesar di dunia.
Jadi memang benar ia tiada kaitan dengan PETRONAS mahupun Kerajaan sebab Kerajaan Filipina sendiri memaklumkan ia dibeli melalui Singapore daripada syarikat Vitol dan bukan secara langsung melalui Kerajaan (G2G) atau PETRONAS.
Persoalan yang timbul apakah minyak tersebut dari Malaysia?
Tidak ada bukti jelas minyak tersebut dari Malaysia.
Perdagangan eksport dan import komoditi seperti minyak sangat kompleks melibatkan banyak negara termasuk Malaysia.
Mari kita rujuk data perdagangan Diesel Malaysia melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Tahun lepas Malaysia mengeksport Diesel ke luar negara bernilai RM58 bilion.
Bunyi macam banyak kan?
Tapi itu hanya angka besar "headline" seperti yang orang putih kata "devils are in the details" atau kita kena tengok data secara lebih mendalam untuk mengetahui perkara sebenar.
Daripada sebahagian besar eksport Diesel Malaysia ke luar negara, RM37.5 bilion sebenarnya adalah re-exports atau eksport semula yang bermaksud Diesel yang dieksport semula adalah Diesel yang Malaysia import dari luar negara kemudiannya dieksport semula ke luar negara.
Dalam masa yang sama Malaysia mengimport RM47.6 bilion diesel tahun lepas bermakna, sebahagian besar minyak Diesel yang Malaysia eksport sebenarnya adalah bersumber daripada negara luar.
Dalam bahasa mudahnya kita import dari luar negara untuk kita eksport semula.
Apa yang Malaysia buat sama seperti Singapore iaitu negara kita menjadi hub perdagangan minyak di rantau Asia.
Kita import RM47.6 bilion Diesel dari luar negara, RM37.5 bilion kita eksport semula ke luar negara dan RM10.1 bilion untuk kegunaan domestik.
Jadi tidak benar mengatakan Kerajaan dan PETRONAS seolah-olah menganaktirikan rakyat Malaysia dengan mengutamakan negara luar.
Dan perlu diingat kebanyakan eksport diesel ke luar negara adalah pembelian yang telah dikontrakkan (contracted purchase) yang dibuat lebih awal dan menjadi tanggungjawab Malaysia untuk menjual untuk tidak melanggar kontrak yang telah ditandatangani.
Ramai yang akan baca headlines, tapi tak ramai nak baca data dan fakta sebenar.
Fakta sebenar Malaysia adalah pengimport bersih minyak mentah kerana pengeluaran minyak mentah negara tidak mencukupi untuk menampung permintaan dan keperluan domestik di fasiliti penapisan dalam negara di Kerteh Terengganu, Port Dickson Negeri Sembilan, Sungai Udang Melaka dan Pengerang Johor.
Malaysia juga menjadi pusat perdagangan minyak Asia dengan import dan eksport yang berlaku setiap masa bersama-sama Singapore yang juga hub besar perdagangan minyak Asia.
Isham Jalil atau Dr Azman Ibrahim mahupun Abdul Hadi Awang takkan faham benda macam ni. Lebih seronok sebarkan berita sensasi daripada fakta dan angka/data yang sebenar.
p.s: Tak sempat letak rujukan yang lengkap tapi rujuk screenshot data import dan re-exports Diesel Malaysia daripada DOSM dalam lampiran gambar.
PAKAI JA LAH..DAH BAGI MERUNGUT ..BAGI HARGA SEBENAR TAK KELUAR RUMAH ..ATAU NAIK BASIKAL
Hamdan Zainal
KERAJAAN GILA!🤯
Hari ni isi minyak, tengok resit terus terdiam…
Total sebenar: RM166.53
Subsidi: -RM88.92
Aku bayar: RM77.61
Maknanya apa?
Kerajaan bayar lebih banyak daripada aku isi minyak sendiri.
Serius… kalau fikir balik:
Setiap kali kita isi minyak RON95, sebenarnya kita tengah guna duit subsidi negara.
Bukan sikit-sikit…
lebih separuh ditanggung.
Kadang kita marah, kita komplen…
Tapi benda macam ni ramai tak sedar.
Bukan nak backup sesiapa,
tapi fakta tetap fakta.
subsidi ni memang wujud dan kita semua rasa.
Soalan dia sekarang:
👉 Sampai bila kerajaan mampu tanggung macam ni?
👉 Dan kita sendiri, cukup hargai ke benda ni?
Fikir-fikirkan.
#Minyak #Subsidi #Realiti
TAK SANGKA DIA PUNYA JAHIL BAB EKONOMI TERUTAMA PENAPISAN MINYAK.
Exco Terengganu, Dr. Azman buat lagi satu hantaran yg menyebut Malaysia hantar diesel ke Filipina. Sebelum ini dah dua kali hantaran yg menjadi controversi.
Setahu saya utk petrol dan diesel di Semenanjung ada 3 buah logi khusus yg sejak dulu lagi menapis minyak mentah yg diimport dari negara-negara Arab yg melalui Selat Hormuz.
Pertama, logi Petronas di Tangga Batu, Melaka
Kedua, logi Shell dan Petron di Port Dickson.
Ada yg kata logi Petronas di Kerteh juga menapis minyak mentah import dan minyak yg diperolehi dari Terengganu. Ini perlukan kepastian.
Namun satu lagi iaitu Pengerang Integrated Petroleum Complex atau PIPC lebih besar. Ia bukan saja untuk menapis minyak tetapi menyedíakan produk hiliran daripada hasil tapisan minyak.
Setahu saya market PIPC adalah untuk negara-negara Asia, walaupun tak dapat menandingi Singapura. Jadi jika dikatakan diesel yg dihantar ke Filipina itu saya rasa tentunya dari Pengerang tetapi bukan dari logi-logi tradisi di Melaka dan Port Dickson.
PIPC memang set-up utk pasaran tempatan eksport, jadi apa pula kita nak pertikaikan. Itu business mereka. Pemegang saham PIPC bukannya Petronas saja. Jika ia tapis minyak yg dibekalkan oleh syarikat lain dan kemudian jual balik, maka kita tidak sebut "minyak Petronas". Sbb PIPC merupakan service provider juga
INILAH FAKTA YANG SANGAT DIBENCI OLEH PAS
Aman Muhamad
Ini berita 5 hari lepas.
Bertarikh 7 April 2026.
Filipina dilaporkan telah membuat beberapa pembelian kecemasan sebagai usaha menstabilkan bekalan di negara itu.
Salah satu usahanya ialah sign kontrak dengan syarikat Vitol.
Filipina beli 900,000 tong.
Dijangka sampai 300,000 tong pada 10-11 April, daripada Malaysia viia Singapura.
Vitol pula beli daripada mana?
Vitol beli daripada pelbagai sumber dari negara Asia Utara dan India, yang mana kawasan ini tidak melibatkan Selat Hormuz.
Berita 5 hari lepas ni, penuh dengan fakta dan penjelasan yang mudah difahami dan diterima, kecuali walaun sahaja.
Abaikan walaun.
Orang Islam jangan terima fitnah, kena terima fakta dan kebenaran.
Jangan kita terjebak dengan fitnah mereka.
"Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah"
- HR Muslim.
:)
KETUA PENGARAH JPN YANG PEMBANGKANG HENTAM INILAH BANYAK BANTU RAKYAT TAKDA IC DI 4 NEGERI PN.
Kesian dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dihentam habis oleh pembangkang haritu.
Dato Badrul Hisham keluar statement tak boleh bagi orang lain salah guna IC untuk isi minyak subsidi Ron 95 untuk isi minyak di Kelantan.
Statement tu respon kepada media, selepas Polis Kelantan tangkap 4 penyeludup minyak.
Penyeludup guna ic orang lain, untuk beli minyak murah dan jual ke Siam.
Pembangkang ni cuba putar belit statement dia, seolah olah seluruh Negara tak tak dibenarkan orang lain, suami atau isteri isi minyak untuk pasangan.
Padahal Kementerian Kewangan dah umum dah boleh sejak tahun lepas lagi.
Pembangkang tak tahu, individu yang dia maki Inilah yang banyak bantu Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail selesaikan masalah Kad Pengenalan (IC) di semua Negeri Negeri Pembangkang kuasa, terutamanya di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis.
Berlambak kes kes IC tak selesai, sejak awal Datuk Saifuddin dan Datuk Badrul masuk dalam jawatan, ada 50,000 lebih kes tertunggak babit kes permohonan kad pengenalan. Sekarang ni berbaki 4,000 lebih sahaja.
Malah jika ada kes berkaitan, yang kawan kawan minta bantu, beliau lah orang pertama saya rujuk dan minta bantuan selepas dapat izin dari YB Menteri. Biasanya tak sampai sebulan, jika semua dokumen lengkap dan takda masalah. Itulah kepantasan, kecekapan dan prestasi JPN era Malaysia Madani.
Terbaru kes Pakcik Nawi, Padang Serai, Kedah. Anak dia dah 17 tahun turun naik JPN mohon sijil lahir dan kad pengenalan untuk anak beliau di JPN, semalam saya dimaklumkan sijil kelahiran anak beliau hadapi SPM tahun ni dah diluluskan.
Kini dalam proses permohonan kad pengenalan dah. Video Pakcik Zaki ketika saya pergi rumah beliau viral sebelum ini, berjuta juta view. Akhirnya beliau boleh bernafas lega sekarang.
Walaupun banyak kes dah selesai, Datuk Seri Saifuddin Nasution tetap bersuara, minta rakyat (Warganegara Malaysia) yang ada masalah IC, tampil dan segera buat Permohonan segera. InsyaAllah kita akan permudahkan jika semua dokumen dah lengkap, ada bukti yang sahih dan tidak menipu.
Ketua Pengarah adalah penjawat awam, beliau tidak boleh dihukum, dimaki dan dibunuh karektornya seperti orang politik, kecuali betul dia buat salah makan rasuah dan tidak kompetan.
Kena ingat, yang kamu maki Itulah yang membantu rakyat rakyat kamu, pengundi kamu waktu Penghulu/Mpkk/YB Dun dan Parlimen pembangkang tidak berfungsi dan tak buat kerja.
Semalam JPN Putrajaya buat Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat serta Santunan Bakal Tetamu Allah (Duyufur Rahman) telah berlangsung dalam suasana penuh penghayatan, melibatkan penyertaan warga Jabatan Pendaftaran Negara.
Penganjuran majlis ini mencerminkan keprihatinan serta semangat kebersamaan dalam mendoakan kesejahteraan para tetamu Allah agar segala urusan dipermudahkan dan dikurniakan haji yang mabrur.
Syam Ghaz
KALAU BAGI MAMAT NI JADI MENTERI..AKU RASA MAU MELINGKUP NEGARA...MACAM NI OUNYA OTAK TAK LEH OAKAI
Alhamdulillah ada juga orang nak jelaskan bagi exco kerajaan Trengganu nie paham macamana pengurusan duit dalam negara..
PUNYA MUSIBAT LA WALAUN NI.
Jamzuri Ardani
Keluar berita diesel sampai ke Filipina dari Malaysia. Isham melompat. Walaun pun melompat.
Dia gini. Kapal yang bawak minyak diesel tu bertolak dari Tanjung Pelepas ke Filipina. Kapal tu bukan milik Malaysia. Minyak tu pun bukan milik Malaysia.
Tak faham jugak?
Ibaratnya ... Pak Aji Desa HM bawa harum manis satu lori dari Padang Besar. Dia singgah Gombak untuk hantar 100 kotak harum manis. Ada baki 100 kotak tu Pak Aji transfer masuk Hilux lepas tu hantar harum manis ke Kajang pulak.
Pak Aji pun call orang Kajang, harum manis dah otw dari Gombak ke Kajang. Kejap lagi sampai.
Orang Kajang pun kecoh kata, Gombak pun rupanya ada kebun harum manis laa. Tak ke bengap namanya?
P/S: Pak Aji kena bagi saya satu kotak free sebab tolong promote harum manis dia 😁
KENYATAAN DARI PIMPINAN YANG BODOH AKAN DIIKUTI OLEH PENGIKUT YANG JUGA BODOH
Sebab itu tanggungjawab seorang pemimpin itu berat. Kenyataan yang mengelirukan dari seorang presiden parti akan disebarkan, dipertahankan, dan dianggap benar walaupun dusta.
𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐀𝐖𝐀𝐒𝐈 𝟖𝟎 𝐒𝐓𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 - 𝐒𝐀𝐈𝐅𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐔𝐓𝐈𝐎𝐍
PADANG BESAR : Polis akan menempatkan anggota di 80 stesen minyak berhampiran sempadan dengan segera bagi mengekang aktiviti penyeludupan petrol dan diesel susulan krisis tenaga global ketika ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata arahan sudah diberikan kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail untuk tindakan lanjut termasuk mengatur penugasan anggota bagi mengawasi stesen minyak berhampiran sempadan, sekali gus memantau serta membanteras penyeludupan bahan api.
“Penglibatan pihak polis dalam mengawasi stesen minyak di sempadan ini bukan bersifat kekal. Apabila krisis berakhir, kita akan menilai semula peranan itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja dan pemantauan operasi kawalan sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, hari ini.
Saifuddin Nasution berkata, penglibatan polis dalam pemantauan itu tidak akan menjejaskan tugas hakiki pasukan berkenaan, termasuk membanteras jenayah narkotik, trafik dan komersial.
Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama agensi penguat kuasa lain seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mempertingkat kesiapsiagaan bagi mengekang ketirisan serta penyeludupan bahan api dan barangan kawalan lain.
Kredit 📸 : Luqman Hakim Zubir
.
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
.
Sumber : BERNAMA
.
Teruskan Bersama @PerlisPermai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.
.
#PerlisPermai
#VisitPerlis
#VisitPerlis2026
#FBLifeStyleLife
#TahunMelawatPerlis
BUKAN DIESEL MALAYSIA DIJUAL KE FILIPINA, TAPI DIESEL VITOL
Ahmad Mursi
Sejak semalam pembangkang sebar fake news 329k tong Diesel Malaysia dijual ke Filipina untuk salahkan kerajaan.
Petronas dah keluar kenyataan nafi penglibatan atau ada apa-apa perjanjian supply diesel ke Filipina.
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) juga nafi eksport diesel seperti didakwa.
Laporan berita portal Filipina terang-terang sebut syarikat VITOL (global trader) yang supply, melalui Singapura (hub minyak).
VITOL ni ibu pejabat di Geneva, beli dari pelbagai sumber termasuk Asia Barat, diblend, disimpan, dijual semula di Singapura sebagai hub.
'From Malaysia via Singapore' boleh bermaksud Malaysia jadi lokasi transit, lokasi storage, atau lokasi persinggahan kapal, atau dijual ship-to-ship oleh VITOL.
Kapal tu mungkin lalu Malaysia, tapi urus-niaga dan supply chain dikawal oleh VITOL dari Singapore.
Nak senang faham, umpama kau beli barang Shopee. Shipment tulis “dari Kedah”. Tapi barang tu sebenarnya import dari China, seller je pos dari Kedah.
Beberapa influencer, ahli politik (YB PAS ada), dan individu yang dikenal pasti sebar fake news ni sejak semalam patut dikenakan tindakan, tangkap, dakwa dan denda.
WOII MAN, BAIK SIMPAN BODO. MALU ANAK CUCU.
Che Ibrahim
Man... Simpan sikit kalau pun tak berapa cerdik, malu anak cucu.
Minyak diesel yang dihantar ke Filipina tu bukan minyak yang PETRONAS carigali, bukan minyak kita.
Tu diesel yang diproses oleh kilang di Pengerang, kilang tu dapat bekalan minyak mentah dari Timor Tengah yang kena lalu ikut Selat Hormuz, kemudian kilang tu jual kepada Filipina.
Minyak ni Man... Dia bukan dikeluarkan dari perut bumi atau dasar lautan dalam bentuk diesel, euro5, Ron97, Ron95, minyak kapal terbang dll. Dia keluar dalam bentuk minyak mentah, kemudian kilang la yang proses keluarkan berbagai jenis minyak dan bahan petroleum yang lain seperti tar dll.
BOLEH KE WALAUN BODO... HABIS TERUS. DIA BACA TAPI DIA TAK PAHAM
Che Ibrahim
Berita asal comel dah, boleh ke pembenci Kerajaan Madani @ Dap, habis pakat edit untuk pesta sumpah maki.
BOLEH KE WALAUN BODO HABIS DIA BUAT PERSEPSI... DIA BACA TAPI TAK PAHAM. KIOK
KISAH BUAT I.C
Iswardy Morni
Menteri KDN dari PKR
Menteri Sumber manusia (utk pekerja) ditukar dari DAP ke PKR (Ramanan)
Meletup Cerita
NExg (dapat projek passport dan IC dari KDN)
Bestinet (dapat sambungan projek 4 tahun bawa pekerja asing dari KDN)
Sekarang PM PKR dan Kerajaan Malaysia melalui menteri sumber manusia PKR sign dokumen dengan Menteri bangladesh.
"𝐈𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐜𝐬, 𝐧𝐨𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐩𝐩𝐞𝐧𝐬 𝐛𝐲 𝐚𝐜𝐜𝐢𝐝𝐞𝐧𝐭. 𝐈𝐟 𝐢𝐭 𝐡𝐚𝐩𝐩𝐞𝐧𝐬, 𝐲𝐨𝐮 𝐜𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐭 𝐢𝐭 𝐰𝐚𝐬 𝐩𝐥𝐚𝐧𝐧𝐞𝐝 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐰𝐚𝐲" - 𝕱𝖗𝖆𝖓𝖐𝖑𝖎𝖓 𝕯. 𝕽𝖔𝖔𝖘𝖊𝖛𝖊𝖑𝖙































