PESTA BENDERA DIPERMATANG PAUH BERMULA,PALUAN PILIHANRAYA SUDAH BERMULA.

PEERMATANG PAUH 9 FEB 2008-Pesta bendera telah bermula di Permatang Pauh.Meski pun pilihanraya masih jauh untuk diketahui umum tarikh tetap pilihanrayanya, sebagaimana yang didakwa oleh Sdr Mohb Sabu disebuah negara jakun seperti Malaysia ini,hanya Perdana Menteri sahaja yang layak megistiharkan tarikh tetap pilihanraya,namun penduduk Permatang Pauh telah mengambil sikap memasang bendera dijalanraya-jalanraya dihadapan rumah mereka.













Kesedaran ini berpunca dari semangat untuk menumbangkan UMNO dan pimpinannya kerana seperti yang umum sedia maklum, Panglima Keris aka Hishammuddin Ketua Pemuda UMNO akan hadir di Permatang Pauh untuk membuktikan bahawa beliau sanggup melakukan sesuatu demi manjatuhkan PKR dan maruah DSAI di Parlimen Permatang Pauh ini.Malah Permatang Pauh diangkat sebagai anak angkat Pemuda UMNO Malaysia. Seterusnya menjadikan UMNO dan diri beliau sebagai panglima di seantario Malaysia kerana berjaya menumbangkan PKR jika hasrat nya tercapai.


















Namun harus juga diingatkan kepada PKR bahagian Permatang Pauh, bahawa kerja kuat adalah lebih penting dari melakukan sesuatu yang merugikan,ceramah kelompok, perjumpaan dengan ketua-ketua kaum, dan berbagai masyarakat,program rakyat harus diteruskan, dan bukannya sekadar membawa YB Presiden ke Pasar-pasar malam dan melawat orang sakit sahaja. Namun ,program yang lebih baik dan jitu serta menjadikan kawasan yang tidak pernah sampai oleh Presiden terutamanya ke kubu-kubu kuat UMNO seperti di kampung Tun Saadon itu patut dipuji kerana ianya telah membuka ruang yang cukup luas bagi menggusarkan UMNO yang selama ini mempengaruhi penduduk disitu.














Walau bagaimana pun pemuda UMNO bersama Hishamuddin janganlah terlalu angkuh dengan dakwaan yang bukan-bukan kerana kesedaran masyarakat Permatang Pauh tentang politik memang telah lama matang. UMNO telah biasa tewas pada tahun 1974 kerana keangkuhan ahlinya Parlimennya. Inikan pula jika keangkuhan Hishamuddin untuk menewaskan wira kesayangan masyarakat Permatang Pauh DSAI. Apa kata jika beliau sendiri datang untuk bertanding di Permatang Pauh ini.Ini adalah kerana terdapat dakwaan bahawa ketua pemuda UMNO Permatang Pauh sendiri khabarnya menghadapi krisis moral yang parah atas dakwaan salahlaku seks dan pernah dikatakan terlibat dalam kes polis. Namun kesahihan ini belum dibuktikan lagi, manakala dakwaan ini mungkin juga satu dakwaan politik semata-mata.Tetapi gambar juga adalah bukti kukuh sebagaimana yang didakwa.

Hishammuddin juga tidak mempunyai trek record yang bersih juga sebagaimana yang didakwa. Malah gambar-gambar beliau masih wujud dan senang skali untuk di ekses di mana-mana enjin pencarian dengan gambar-gambar seperti di atas.Saya sendiri tidak mahu mempercayainya, namun imej ini juga tidak dapat membohongi segalanya.Mungkin gambar Zaidi Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh akan terpampang nanti, mana tahu jika ada insan yang akan mendedahkannya di laman-laman pro reformasi.Jadi UMNO perlu bersiap sedia kerana permainan di padang yang kotor akan juga menghasilkan pilihanraya yang kotor.

Esok Ketua Umum PKR akan membuka bilik gerakan pilihanraya DUN Seberang Jaya di jalan Todak dan merasmikannya pada jam 9 malam.Bilik gerakan ini akan menjadikan DUN Seberang Jaya juga bukan tidak boleh ditembusi langsung, cuma gerak kerja yang jitu dan padu harus di jalankan dengan baik. Kita percaya masyarakat pun telah matang dalam hal-hal yang sebegini, apabila menjelang pilihanraya.Jadi berikanlah peluang untuk Barisan Alternatif menerajui pula ADUN ini. Beliau seterusnya akan berceramah di Juru pada jam 10.00 malam.10 Feb 2008.bertempat di PASTI Juru.Semua rakyat Malaysia di jemput hadir.

BERSIH PERMATANG PAUH EDAR RISALAH DI PASAR MALAM

PERMATANG PAUH 9 FEB 2008 Bersih Permatang Pauh sekali lagi bergerak dengan lebih tekad lagi apabila mengedarkan risalah mencari Shalinie dan juga risalah-risalah lain yang berkaitan dengan kempen BERSIH.Seramai hampir 30 ahli BERSIH yang sedia ada bergerak di Pasar Malam Taman Arowana untuk mengadakan kempen mencari dan menyelmatkan Sharlinie.






"Ramai yang menyedari bahawa kehadiran kami ini bukan sahaja bertujuan politik, malahan ianya juga untuk tujuan sosial. Maka kerana itu kempen mencari Sharlinie ini diteruskan disamping mengedarkan risalah-risalah politik untuk menyedarkan masyarakat tentang kekurangan dan kecuaian kerajaan pimpinan Abdullah dalam menangani masaalah sosial dalam masyarakat" demikian jelas Saudara Shukri selaku Setiausaha BERSIH Permatang Pauh.

Kesedaran masyarakat yang menerima baik risalah yang diedarkan membuktikan bahawa mereka prihatin dengan masaalah yang berlaku dalam negara. maka kempen-kempen seperti ini akan terus dijalankan dari masa ke semasa untuk menjadikan dan menyedarkan masayarakat bahawa hak mereka patut dilindungi dalam sebuah negara yang dikatakan maju,demokrasi tulen ,terbaik di antara 6 negara maju,megamalkan masyarakat penyayang dan entah apa -apa lagi lah yang momok-momok buat masyarakat. demikian jelas Pak cik Samad sambil membaca dan memuji sikap anak-anak muda yang berani mengadakan kempen seperti ini.