(LIVE) Anwar Ibrahim: Bicara Covid-19, Pandangan Ketua Pembangkang

[[LIVE]]5.5.2021 PKP bermula esok. Apa kita dapat belajar dari sini? Pen...

Saya Mahu KEADILAN Ampang Aktif Kembali


Aktivis KEADILAN, Hans Isaac berkata, beliau mahu menggerakkan kembali Cabang Ampang selepas sunyi akibat pengkhianatan Langkah Sheraton. Hans yang mengakui telah 40 tahun tinggal di Ampang menganggap kawasan itu adalah penghidupannya, keluarga dan kawan-kawan. Oleh itu beliau akan melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan di sana. Mengenai pergerakan politik, Hans berpuas hati berikutan inisiatif beliau dan rakan-rakan akar umbi di Ampang kembali aktif Katanya, makin lama makin ramai rakan dan ahli parti bersama pejabat beliau untuk bekerja di Ampang. #KEADILAN #SuaraKeadilan #DatukHansIsaac



RENTASAN 882 | PANAS!!! BEKAS KETUA POLIS NEGARA BERI AMARAN KERAS KEPAD...



MENARIK DALAM RENTASAN 882 1. LOMPAT PARTI BUKAN KESALAHAN, NETIZEN BERANG 2. ULAMA PAS - BERHENTI JADI LEBAI MALANG 3. RESTORAN MAMAK SELAMAT? 4. LAPORAN SUDAH DIBUAT, SILA SIASAT


#AWANI745 5 Mei 2021

APA NAK JADI ?

 May be an image of 2 people, people sitting and text that says "APA NAK JADI?!! APAKAH KERAJAAN PERIKATAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG? ntegi Sy AKTA POLIS 1976 (AKTA 344) TIDAK MEMBENARKAN MEMBEN MANA-MANA PEGAWAI POLIS BERSARA ATAU MELETAKAN JAWATAN DI WAKTU DARURAT"


Persoalan utama, apakah perletakan jawatan sdra IGP itu boleh dalam suasana darurat? Bagi kami, selagi darurat itu belum berakhir... sdra IGP masih mengekalkan jawatannya sehingga darurat di tamatkan. Itu adalah fakta dalam perundangan yang tak boleh disangkal. Menteri KDN itu, terlalu ghairah melantik IGP yang baru. Hal ini perlu disiasat, semak dan imbang.

Ya, kami kerap menyentuh isu negatif dalam agensi keselamatan PDRM. Kalau PDRM itu intergritinya melebihi dari apa yang dicakapkan, kami tetap akan hormat dan sanjung. Tapi jika bersekongkol dengan penjenayah, dapat habuan bulanan yang lumayan, membantu scammer meloloskan diri... saban hari kami menulis hal ini, ibarat nyawa kami pula di hujung tanduk. Begitulah rosaknya badan institusi dalam negara.

Agenda PH dari dahulu perjuangkan agar PDRM & SPRM diletakkan di bawah Parlimen. Siapa yang sengaja membantah ketika itu? Ahli parlimen korup dan dalam PDRM itu sendiri bersuara tidak perlu buat demikian! Akhirnya apa jua alasan dan tindakan serta keputusan, mereka hanya beri kepada Tuanku di mana mereka bertindak sebagai penasihat. Ibarat dah serupa cop mohor ja mereka perlakukan demikian. -

Gino Marvela

 

 

BILA ORANG SEMAKIN MENYAMPAH

 

Warganet suarakan rasa terkilan lihat majlis tahnik anak Siti



BOB KELANANG


Satu benda yang pasti ialah orang dah nak menyampah dengan tindak tanduk segolongan agamawan, selebriti, kayangan dan vip yang dengan selamba dan seakan tidak bersalah melanggar SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Malaysia... malah langsung tiada hukuman atau tindakan tuntas dari pihak kerajaan terhadap mereka-mereka ini.

Bagi orang-orang yang kerap melakukan kesalahan yang sama berulang kali seperti yang dibuat oleh Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri… ianya sesuatu yang menjelikkan...

Bukan sekali dia melanggar SOP Covid-19... tapi kalu dikirakan... lebih dari 10 kali... dan tiada satu tindakan pun yang dikenakan kepadanya... balik dari Sabah dan didapati positif Covid-19 tapi selamba je hadir pada satu program di Masjid Kayu Besut... sampaikan semua yang hadir pada masa tu terpaksa di kuarantin...

Dan banyak lagi kelakunya yang menjelekkan... tapi atas status beliau sebagai Menteri Agama... maka ianya cuba didiamkan... bab tak pakai pelitup muka memang banyak kali kantoi mamat ni...

Ini memang jilaker.... maaf cakap la...

 

BIAR LUKISAN BERBICARA




 May be an image of text




TERIMA SAHAJA DENGAN REDHA KERANA TANGAN- TANGAN RAKYAT JUGA MASIH DEGIL PILIH MEREKA!

 


May be an image of food and text


KAKIDA ABDULLAH


Marah? Kecewa? Lalui sahaja, memang tak boleh buat apa jika yang jahat berkuasa. Macam tak biasa pula. Puluhan tahun yang baik2 dok nasihat tapi buat pekak, buat buta. Semua kesalahan apabila diulang akan mencapai kemuncaknya.

Sekaranglah masanya kesalahan-kesalahan yang dilakukan rakyat yang enggan peduli, tidak ambil kisah kerana selfish penting diri, asal dapat apa yang dituntut dan dihajati tak apa la siapa orang itu. Perasuah, ala biasa la... Penipu, ala biasa la... Penindas, biasa la...

Jadi biasakanlah diri terima semua, tak payah cakap lagi, terima la. Biasakan.

Semua keboborokkan, kekusutan, kecelaruan BERPUNCA dari sistem pentadbiran yang rosak! Jabatan mana bersih? Siapa perosaknya? Hah siapa PM paling lama? 24 tahun 2 bulan! Dia la! Lebih tepat 40 tahun! Sebab walau siapa PM dia tetap di belakang mereka mencatur. Jika tak akur, dia akan kempen jatuhkan mereka. 40 tahun punya senario, sebagai rakyat jika kau buta, pekak dan bisu, elok mati saja!

Apa punya rakyat hal ehwal dalam negara sendiri tak tahu, tak mahu ambil tahu, tak reti, tak ambil peduli. Elok pindah je lain negara. P kerja balik kerja lepas beberapa tahun kaya. Dalam negara sendiri kau buat macam tu putus nyawa la jawabnya. Kalau tak kisah tapi kau sokong mereka adalah pendapatan boleh lah hidup walau sumber haram! Setakat nak sumber halal tapi buat bodo, jangan harap la... Setakat kau pergi kerja balik kerja jika tak sulam dengan MLM dan berniaga, jangan sembang kencang la...

Nak hidup dalam negara sendiri kalau tak buat 2, 3 kerja jangan mimpi la hidup selesa. Sedangkan yang merompak khazanah negara makan gaji buta, kau yang bagi lesen 5 tahun sekali kerja macam kuli batak saja!

Jangan dok mengadu barang mahal bagai! Beli saja. Bila tanya mung pangkah siapa, jawab semua sama! Ha rasa la... Mana boleh sama, kalau sama tak payahlah parti-parti bertanding di pilihanraya! Sebab kau yang dok beri undi pada parti yang sama INILAH HASILNYA!

Bila sebut nama

Anwar Ibrahim

ingatkan perasuah saja kecut perut, rakyat yang ikat perut pun takut??? Description: 😲Apa punya sewel! Woi Anwar TAK PERNAH jadi PM Malaysia daaa.... Sebab tu lah nasib kau semakin lama semakin sempit, terhimpit, semput dan sakit? Nak tahu kenapa? Sistem yang sengaja dirosakkan Mahathir untuk halang terus 1 orang sahaja yang mengakibatkan jutaan rakyat tersiksa! Berbaloi ka? Memanglah sistem rosak tu akan tolak Anwar, akan penjaranya, tapi kau tu bebas merdeka ka? Anwar tu baik sangat la... Nak peduli pasal rakyat, penjara rumah kedua. Diaib dinista, dicerca hanya nak bantu rakyat Malaysia. Elok dia pun p pindah dan kaya di negara orang pula!

Sepatutnya bila bebas tak payah lagi berjuang untuk betulkan sistem supaya hidup rakyat dapat diperbetulkan, diperbaiki, diangkat taraf, diangkat maruah! Tapi rakyat sombong, tak sedar diri! Eh kamu tu taraf paria sahaja tau tak kepada ahli politik yang kau dok beri undi! Pada setiap pilihanraya, kau sambung lesen rompakan mereka supaya terus kaya, kamu terus papa dan Anwar pula disumbat ke penjara! Dey! Berapa kali senario yang sama daa!! Bila mau bangun, bila nak sedar, tumpulnya minda!

Asahlah 5 tahun supaya tajam bila buang undi nanti. Yang tak ubah tu kamu! Pencuri kau bagi lesen dia curi saja la... Yang p jadi bodoh aniaya diri sendiri buat apa?

Nota Kaki: Iham tercetus hasil pergi beli barang dapor setelah lama duduk dalam rumah dan terdengar rungutan barang mahal!

 

KAH..KAH...SAMPAI KENA MAKI...NAK LETAK GRED BERAPA PULAK PN SEKARANG ?

 May be an image of 4 people, people sitting and text that says "FM Free Malaysia Today 16 Aug 2018 Saya letak dalam 27-30%, PH hanya berjaya gred D, kena ulang baliklah kertas peperiksaan tersebut. i About This Website FMT news FREEMALAYSIATODAY.COM Gagal tunai janji 100 hari, PAS beri PH 'gred D'"

Sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya Tutup #MFlash

VIDEO - TIBAI LOKMAN TIBAI ....HANG KAN KAKI TIBAI Lokman Adam Mengamuk Marahkan Wan Saiful Wan Jan Kata Najib Takde Moral...

[🔥SIRI 107🔥] "HAMID DAN HAMZAH - KE MANA NEGARA KITA DIBAWA?"

KEH..KEH...KEH WOIIII ULANG TAYANG BILA DUIT JUGA MAIN WAYANG ....MANA JANJI?SEMBANG LEBIH!JADI TAIK MEREMBAT JUDI PUNYA DUIT/PADU DATUK L...


[VIDEO] Lokman dedah rahsia PAS makan duit UMNO, muktamar PAS dulu siapa tanggung?

Adoi… Lobakman ni bagi walaunbodo angin satu badan…

Ingat Pas… Ingat Fulus…🤣🤣

We Are All Jebonesta







PKP Selangor: KPM perlu putuskan sekolah diteruskan atau tidak - PH

 

SETAHUN KPM DI BAWAH PH – PADU


Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ibu bapa pelajar.

Bagi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepatutnya mengumumkan keputusan sama ada meneruskan sesi persekolahan, menutup sekolah dan menjadual semula pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan penting di kawasan terlibat PKP.

"Sehingga hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia masih belum memaklumkan tentang kedudukan sekolah-sekolah dalam

kawasan yang dikenakan PKP mulai 6 Mei 2021.

"Adakah sekolah-sekolah di bawah kawasan PKP akan ditutup serta-merta atau ia akan diteruskan sehingga cuti Hari Raya bermula?

"Pengumuman dengan kadar segera perlu dilakukan oleh pihak KPM memandangkan ada sekolah-sekolah yang sedang

melangsungkan Peperiksaan Pertengahan Tahun.

"Pengumuman awal daripada KPM akan memudahkan urusan pihak sekolah untuk menyusun semula jadual peperiksaan dan

mengekalkan fokus para murid," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Menurut jawatankuasa itu lagi, pengumuman awal ini akan membantu pihak ibu bapa menyusun semula pengurusan keluarga memandangkan jika sekolah ditutup pastinya ibu bapa perlu mencari pihak yang akan menjaga anak mereka.

Persoalan seterusnya, kata jawatankuasa ialah bagaimana proses pergerakan murid yang akan pulang ke rumah dari asrama masing-masing.

"Kedudukan tutup atau buka sekolah ini menyebabkan proses pergerakan murid pulang ke rumah masing-masing juga kabur.

"Adakah ibu bapa yang perlu mengambil anak mereka dari asrama akan diberikan pelepasan merentas daerah dan negeri sempena

pelaksanaan PKP kali ini memandangkan PKP dikuatkuasakan di musim perayaan?

"Jika pihak kerajaan membenarkan ibu bapa mengambil anak-anak mereka, pihak Jawatankuasa Pendidikan PH mencadangkan supaya

hanya pihak sekolah sahaja mengeluarkan surat makluman pengambilan anak di asrama sebagai bukti apabila merentas daerah dan

negeri nanti.

"Penggunaan surat makluman itu membolehkan ibu bapa tidak perlu hadir ke balai polis untuk mendapatkan kelulusan rentas daerah

dan negeri memandangkan ia mengambil masa yang lama," kata mereka lagi.

Justeru, Jawatankuasa Pendidikan PH berharap KPM lebih bersikap proaktif dalam memaklumkan tentang pelbagai isu yang berbangkit bagi memudahkan urusan sekolah, murid dan ibu bapa.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP) dan Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah)

 

Tiada lagi puak-puak dalam KEADILAN, fokus kukuhkan parti

 



Abdullah Sani breached party ethics, says Zuraida's aide | Free Malaysia  Today (FMT)





Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan peristiwa Langkah Sheraton dan tindakan lompat parti beberapa ahli KEADILAN telah memberi kesan positif kepada parti yang diwakilinya.

Katanya, ia secara tidak langsung telah membersihkan segala puak dan warlord yang ada dalam parti sebelum ini, sehingga mengancam kedudukan parti dan memecah-belahkan ahli-ahli parti.

"Sudah tidak ada lagi dah. Dulu kan ada puak timbalan, puak presiden, puak ketua umum dan sekarang sudah tidak ada lagi. Sekarang satu sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi kita boleh fokus.

"Kita hendak fokus sekarang untuk pembangunan, apa yang boleh kita lontarkan di atas pengalaman Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apa yang kita hendak buat hari ini ialah kita hendak memperkukuhkan KEADILAN," katanya.

Pada masa sama, beliau KEADILAN sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana rakan dalam politik, selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.

"Sebab politik hari ini sudah tidak boleh terdesak dalam satu komponen, kita kena kepelbagaian dan acuannya sudah sebar luaskan tidak boleh satu acuan lagi, sebab itu jadi haru-hara.

"KEADILAN sentiasa bersiap siaga, berlapang dada dan tidak perlu khuatir. Kita tidak perlu gusar kerana ada dua perkara, satu kukuhnya keahlian dan kedua kita dapat banyak sukarelawan untuk mengambil sesuatu keputusan atau tindakan," katanya.

 

Ismail Sabri bagi jaminan, kali ini tiada keistimewaan kepada golongan ‘kayangan’ rentas negeri

 

Ismail Sabri bagi jaminan, kali ini tiada keistimewaan kepada golongan ‘kayangan’ rentas negeri

Dianggarkan 40,000 permohonan rentas negeri diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) setiap hujung minggu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kuasa memberi kebenaran rentas negeri sudah diberikan sepenuhnya kepada PDRM untuk membuat pertimbangan.

Katanya, tiada keistimewaan dan pengecualian diberikan kepada sesiapa saja termasuk selebriti atau orang ternama untuk mendapat kebenaran merentas negeri.

“Kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan seperti sakit, kematian atau kerja namun perlu mengisi borang.

“Kesahihan alasan untuk rentas negeri menyebabkan sesetengah permohonan tidak dibenarkan polis,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Sejak kebelakangan ini timbul pertikaian dalam kalangan masyarakat apabila individu terkenal seperti selebriti dan orang ternama diberi pelepasan merentas negeri.

Ia menimbulkan rasa kurang senang masyarakat yang menganggap arahan itu hanya tertakluk kepada rakyat biasa bukan golongan ‘kayangan’ seperti selebriti yang mendapat keistimewaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memutuskan SOP bekerja dari rumah untuk kakitangan awam manakala Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (Miti) bagi kakitangan swasta.

“Keputusan berhubung operasi kakitangan awam dan swasta bekerja dari rumah akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. 





KAH..KAH..KAH...TUHAN MAHA ADIL ....TAK MUDAH BAGI PAHALA PADA KAYANGAN...

 


Isu majlis tahnik anak: Siti Nurhaliza seronok dapat pahala free di bulan Ramadan

Isu majlis tahnik anak: Siti Nurhaliza seronok dapat pahala free di bulan Ramadan

Meskipun dikritik warganet kerana isu mengadakan majlis tahnik yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan kekal positif.

Siti Nurhaliza malah meluahkan rasa terujanya kerana menganggap apa yang berlaku kini membolehkan dia menerima banyak pahala.

Tambahan pula katanya ia berlaku semasa Ramadan yang mulia menghampiri penghujungnya.

“Alhamdullilah saya patut tengah seronok ni, (dapat) kumpul pahala banyak-banyak 10 malam terakhir ini, kata ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini.

“Betullah ustaz, dapat pahala free (percuma) berganda-ganda pula itu. Alhamdullilah,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story malam tadi.

Baru-baru ini media sosial bergelora dengan rasa tidak puas hati orang ramai akan tindakan penyanyi Biarlah Rahsia itu dan suaminya, Khalid Mohamad Jiwa, yang mengadakan majlis untuk mentahnik anak keduanya.

Selain tahnik, Siti Nurhaliza turut menganjurkan majlis akikah dan maulid buat Muhammad Afwa pada 27 April lalu.

Menerusi beberapa keping gambar di akaun Instagram Siti Nurhaliza, majlis tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad, dan tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

 

Susulan itu, pengguna media sosial mempersoalkan ketegasan pihak berkuasa mengenakan larangan dan pengawasan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) ke atas orang kenamaan dan selebriti.

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin pula mempertanyakan keutamaan yang wajar dibuat oleh pihak berkenaan, sama ada menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis.

Namun pada 3 Mei lalu, Siti Nurhaliza menerusi satu kenyataan media, menyangkal dakwaan kewujudan pelanggaran SOP Covid-19 dalam majlisnya.

Azhar – yang berasal dari Terengganu – juga menjelaskan kehadirannya dalam majlis tersebut dengan menyatakan dia sudah lama berkawan dengan Khalid.

Ia berlaku ketika seorang lagi selebriti, Neelofa, dan suaminya menarik perhatian ramai apabila didakwa membeli-belah permaidani di Nilai, Negeri Sembilan dan menayangkannya di media sosial.

Ia bagaimanapun dipadamkan selepas itu.

Sementara itu, Siti Nurhaliza turut berkongsi reaksi positif salah seorang peminatnya yang menyifatkan dia telah menjadi mangsa tular.

Jelasnya peminat penyanyi terbabit dia juga percaya Siti Nurhaliza tidak akan melanggar sebarang SOP PKP sewaktu mengadakan majlis tersebut.

Peminat- terbabit – menggunakan akaun cucukrimbun.my – turut menyatakan tindakan orang mengkritik Siti Nurhaliza adalah kerana dia merupakan penyanyi nombor satu Malaysia.

“Rakyat biasa juga anjurkan majlis keramaian tetapi kerana dia Siti Nurhaliza dan jemputannya orang penting. Ramai yang kurang senang,” kongsi penyanyi itu di ruangan Instagram Story sambil membalas “Alhamdullilah.”





Perjuangan pelbagai kaum: DAP tidak akan putus asa beri kefahaman

 

Pada  5 

Oleh B. Suffian

DAP tidak akan berputus asa dalam memberi kefahaman kepada masyarakat tentang perjuangannya sebagai sebuah parti Malaysia yang pelbagai kaum.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha diteruskan meskipun parti itu diserang oleh lawan-lawan politiknya menerusi pelbagai label negatif.

“Ia tidak mudah untuk dipadamkan (label-label ini) terutama dalam kalangan masyarakat Melayu. Saya rasa, DAP telah diterima oleh masyarakat bukan Melayu tetapi kita masih ada cabaran dalam mendapatkan sokongan masyarakat Melayu.

“Namun ini adalah sesuatu yang kita perlu terus berusaha bukannya apabila kita dilabel sebagai parti anti-Melayu, anda tahu sukar untuk mendapat sokongan orang Melayu, selepas itu anda berputus asa. Jika anda putus asa, maka tiada masa depan untuk DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang tetamu dalam Program ‘The Breakfast Grille’ hari ini.

Menjawab soal cabaran DAP di kawasan pedalaman, Anthony berkata, bukan sahaja sekadar kerjasama dengan rakan-rakan komponen, DAP sendiri perlu berusaha memasuki kawasan-kawasan pedalaman.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkata, DAP mempunyai beberapa program mendekati kawasan pedalaman secara terus dengan melakukan projek-projek kemasyarakatan dan membawa pemimpin parti ke kawasan pedalaman untuk berjumpa rakyat.

“Ini saya rasa adalah pendekatan-pendekatan yang kita akan terus lakukan dan dengan tidak bergantung kepada rakan-rakan gabungan kita. Jika kita mahu berjaya, kita perlu mencubanya sendiri.

“Ini perlu berterusan… Aktivisme akar umbi tidak boleh terhenti dengan hanya satu dua projek, ia perlu jadi usaha berterusan. Lama kelamaan, kita berharap mendapat sokongan dan kepercayaan mereka,” katanya.

Berhubung kekuatan Pakatan Harapan (PH), Anthony berkata, gabungan parti DAP, PKR dan Amanah itu diyakini akan kekal kukuh dan akan memasuki pilihan raya umum akan datang sebagai satu gabungan. – 


Perjelas garis panduan sekolah bawah PKP, kata PH kepada kerajaan

 

FMT Reporters
 -

Pakatan Harapan bertanya adakah sekolah yang terjejas oleh PKP akan segera ditutup atau sebaik cuti Hari Raya bermula.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) digesa memberi penjelasan mengenai status sekolah di enam daerah di Selangor yang akan berada di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai esok.

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan berkata satu pengumuman segera mengenai status sekolah tersebut diperlukan kerana sebahagian mereka sedang mengadakan peperiksaan pertengahan tahun.

“Adakah sekolah di bawah kawasan PKP akan ditutup serta-merta atau akan diteruskan sehingga cuti Hari Raya bermula?” tanya jawatankuasa itu dalam kenyataan.

Katanya, jika sekolah ditutup ia akan menimbulkan persoalan bagaimana ibu bapa yang anaknya berada di sekolah berasrama dapat membawanya pulang.

“Adakah ibu bapa yang perlu mengambil anak mereka dari asrama makan diberikan pelepasan merentas daerah dan negeri sempena pelaksanaan PKP kali ini memandangkan PKP kali ini dikuatkuasakan di musim perayaan?” tanya jawatankuasa itu.

Tambahnya, pengumuman itu perlu untuk membantu sekolah dan ibu bapa membuat persiapan yang diperlukan, termasuk menjadualkan semula peperiksaan dan meminta bantuan pengasuh anak-anak.

Katanya, sekiranya ibu bapa dibenar untuk mengambil anak-anak mereka, adakah surat sekolah sudah memadai sebagai bukti untuk merentas daerah atau negeri.

“Penggunaan surat makluman itu membolehkan ibu bapa tidak perlu hadir ke balai polis memandangkan ia mengambil masa yang lama.,” katanya.

“KPM perlu lebih bersikap proaktif dalam memaklumkan tentang pelbagai isu yang
berbangkit bagi memudahkan urusan sekolah, murid dan ibu bapa.”

Semalam, kerajaan mengumumkan enam daerah Selangor – Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang akan berada di bawah PKP mulai 6 hingga 17 Mei.

‘Kesal jawapan SPRM lompat parti tak salah undang-undang’ – Jingga 13

 ‘KESAL JAWAPAN SPRM LOMPAT PARTI TAK SALAH UNDANG-UNDANG’ – JINGGA 13

Profesional muda, rumah pelacuran penghutang terbesar

 

Seorang peminjam wang haram mendedahkan golongan yang mengambil hutang termasuk peguam, akauntan, setiausaha dan eksekutif bank yang baru mula bekerja.

KUALA LUMPUR: Pemilik rumah pelacuran dan profesional muda kurang dipandang sebagai pembayar hutang baik, kata peminjam wang.

Ini kerana ramai golongan muda hidup melebihi kemampuan, termasuk meminjam wang daripada lintah darat untuk membeli kereta dan pakaian mewah.

Seorang peminjam wang haram, Sun T, memberitahu FMT, golongan yang mengambil hutang seperti itu termasuk peguam, akauntan, setiausaha dan eksekutif bank yang baru mula bekerja.

“Ini trend membimbangkan. Mereka amat pentingkan gaya hidup yang nampak hebat. Mereka membeli kereta semata-mata mahu kelihatan bagus.


“Kini dengan semakin ramai orang hilang kerja atau dipotong gaji akibat Covid-19, golongan ini semakin terbelenggu dengan hutang,” katanya.

Sun berkata usia penghutang ini antara 25 hingga 35 tahun yang kebanyakannya pernah menikmati gaji sehingga RM15,000.

“Jika mereka menganggap ah long tidak bertanggungjawab, sebenarnya golongan profesional muda ini jauh lebih tidak bertanggungjawab. Ibu bapa mereka pula yang terpaksa melunaskan hutang anak-anak,” katanya.

Katanya, selain memilih kereta mewah atau ‘sport’ dan pakaian berjenama, ada juga antara mereka gemar berjudi.

Sementara itu, pelacuran juga semakin terkesan dengan pandemik, apabila kebanyakan rumah pelacuran di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup selepas pekerja asing berhenti menggunakan khidmat mereka.

“Pelanggan kami yang menjalankan rumah pelacuran mengakui mengurangkan caj dari RM30 kepada RM10 sejam, namun masih kurang pelanggan,” katanya.

Ini disebabkan kebanyakan pekerja asing sama ada pulang ke negara asal atau hilang kerja sejak tahun lalu.

Katanya, kebanyakan rumah pelacuran sama ada dalam proses ditutup atau tidak lagi beroperasi.

Bagaimanapun, katanya, pelanggan yang menjalankan rumah pelacuran mewah masih mampu mengaut untung.

“Lokasi seperti itu terletak di tengah ibu kota di mana golongan VIP tidak kisah menghabiskan wang untuk perempuan,” katanya.

Tak lagi terima kereta sebagai cagaran

Sementara itu seorang peminjam wang berlesen berkata pelanggannya di Lembah Klang telah hilang 35% perniagaan mereka sejak PKP pertama pada Mac tahun lalu, seterusnya turut menjejaskan pembayaran hutang.

Sam, yang menjalankan perniagaan itu sejak 10 tahun lalu berkata, kebanyakan pelanggannya adalah peniaga pasar, tukang emas, ejen hartanah dan pemilik kedai runcit.

Katanya, pemaju antara yang paling teruk terkesan kerana projek terbengkalai sejak tahun lalu, seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat membayar hutang.

“Kami kini menyaman pelanggan di mahkamah bagi hutang lebih RM2 juta yang dipinjam tahun lalu,” katanya kepada FMT.

Katanya, PKP baharu yang diumumkan pada Selasa berkemungkinan akan mencetuskan reaksi berantai dalam sektor pembinaan kerana industri berkaitan lain termasuk pengeluaran simen, perkakasan dan pengangkutan juga akan terjejas.

“Banyak kedai perkakasan tutup tahun lalu dan pekerja hilang kerja. Ia reaksi berantai. Pelanggan saya terdesak dan tidak mampu membayar hutang,” katanya.

Sam berkata ramai pelanggannya doktor, peguam akauntan dan juruterbang.

“Ada yang kehilangan kerja atau berdepan potongan gaji seterusnya tidak mampu membayar kami.

“Mereka memberikan kereta sebagai cagaran, namun sejak Jun tahun lalu, kereta terpakai tidak lagi bernilai jadi kami tidak lagi menerimanya,” katanya.

Sebaliknya, katanya, mereka mengambil emas, rumah atau tanah sebagai cagaran.

“Bagi rumah yang akan dilelong, kami menjualnya pada kadar 30% di bawah pasaran saham. Kami ambil apa yang dihutangkan pelanggan dan memulangkan baki kepada mereka,” katanya.

Kata Sam, ibu bapa antara golongan paling baik membayar hutang.

“Mereka sekadar mengambil kurang daripada RM10,000 untuk mendaftar anak ke kolej, dan golongan ini sajalah yang membayar kami tepat pada waktunya setiap bulan,” katanya.