ANWAR TETAP PADA LANDASAN YANG TEPAT

 

Anwar meeting King message is fake, says Fahmi | The Star

 

Hakikat depan mata kita sekarang, Anwar satu-satunya yang berani tampil depan Agong berikan jumlah MP yang sokong beliau. Kita tunggu Muhyiddin, semenjak dua kali persidangan Parlimen yang melakukan undian, Muhyiddin tak pernah mencapai 112, iaitu separuh dari 222 Ahli Parlimen. Selepas satu persatu Ahli Parlimen menyatakan tidak menyokongnya, Muhyiddin masih gagal menafikan atau membuktikan sokongan ke atasnya.

 

Begitu juga Mahathir, Ku Li jauh sekali Azmin atau Hadi. Kesemua mereka main nyorok-nyorok dan hanya bermain dengan propaganda.

 

Ramai bertanya, mengapa Anwar begitu lambat untuk ditabalkan sebagai PM? Jawapan ini hanya terjawab jika Muhyiddin ada maruah dan sedar diri dan rela meletakkan jawatannya sekarang. Nampaknya begitu panjang masa yang diberikan, tiada sesiapa pun yang melakukan seperti Anwar telah lakukan, kecuali bermain dengan propaganda.

 

Jangan bimbang. Sekiranya keadilan dan kejujuran itu dijadikan asas untuk mengatasi kemelut ini, InsyaAllah, Anwar tetap akan menjadi PM kita. Apa yang penting, rakyat tetap mahukan haknya semula.

 

WFAUZDIN NS

 

MENGAPA SURAT SURAT AKUAN SOKONGAN TERSEBAR? - Iswardy Morni

TOLAK PERANG SARAF MEDIA KELIRUKAN RAKYAT ANWAR TIDAK BOLEH JADI PM


TIDAK PERLU PM INTERIM, LEBIH BAIK TUN M SOKONG ANWAR PM9


KES MENINGKAT, MASIH TERKAWAL...BELUM 1000 SEHARI...

 

MEMBUANG SIAL LANGKAH SHERATON


 1. Perkataan ‘SIAL’ memang keras kerana ia membawa erti kecelakaan, nasib malang dan mengundang musibah. Selain itu ia turut digunakan sebagai cacian nista terhadap seseorang yang ‘mendoakan’ kehancuran dalam hidup seseorang yang dibencinya. Saya memilih perkataan ‘SIAL’ bukan berniat memaki hamun sesiapa jauh sekali berkasar bahasa tetapi saya cuba membuat satu ilustrasi kepada pembaca bagaimana watak-watak pembelot dalam langkah Sheraton tempoh hari telah mengundang malapetaka politik dan membawa celaka besar kepada rakyat dan negara. Bahana ‘sial’, ‘sumpahan’ atau ‘ketulahan’ ini perlu dibuang jauh-jauh secepat mungkin sebelum kita semua dimakan sumpah kerana berdiam diri dan rela dipimpin oleh para pembelot.

2. Membuang sial adalah reaksi spontan kepada mangsa yang ‘kena’ apatah lagi kesan celaka itu menyakiti orang yang lebih ramai. Cara membuang sial atau mengangkat sumpahan ialah kita perlu PANGKAH dan PAKU punca yang menyebabkan segala musibah politik ini berlaku. Sejak musibah sheraton diundang, tanda-tanda pentadbiran negara dalam bahaya tidak dapat disembunyikan lagi. Penyakit kabinet yang obes(saiz xxxl) melahirkan menteri yang tidak kompeten manakala MP-MP dilamun habuan masing-masing dalam kedudukan GLC semasa majoriti lemah dan rapuh. Demi survival, kerajaan PN mengamalkan SOGOKAN dan hanya layak digelar sebagai Kerajaan Penyogok sekaligus menodai asas kebebasan bersuara di dalam Parlimen.

3. Demi ‘pensejajaran politik’ kononnya, satu kesepakatan baru dibentuk untuk kukuhkan kedudukan tetapi hakikatnya mereka lupa bahawa pertemuan mereka hanyalah untuk mengukuhkan lagi bencana politik yang bakal mereka cipta! Para pembelot dari elitis politik bukan sahaja pekak tetapi tuli dan buta kepada perasaan rakyat, kesusahan rakyat dan pandemik yang telah melumpuhkan aktiviti rakyat. Memang kuat ‘sumpahan langkah sheraton’ seolah rakyat tidak wujud dalam perkiraan biul mereka, mereka dah kena sumpahan sehinggalah merebak ke seluruh persekutuan.

4. Alhamdulillah tidak semua tunduk pada mainan ini, kesedaran bahaya langkah ini ditegaskan beberapa kali oleh DSAI dan kepimpinan PH supaya mereka harus kembalikan mandat, dan berhenti kerja gila ini sebab ia menjejas tumpuan kerajaan kepada mengendalikan pandemik dan menguruskan ekonomi. UMNO sebagai mangsa pembelot dalam hal ini sedar bahawa jika mereka terus bersama pembelot-pembelot, bahana ketulahan sumpah sheraton akan menghantui UMNO. Sebab itu kita dapati suara UMNO dah mula lantang mengkritik hubungan pelik antara mereka dan TSMY. Mereka sokong kerajaan PN tetapi enggan memetrai perjanjian. Pada awal langkah sheraton, niat mereka ialah mahukan parlimen dibubarkan awal untuk membuka jalan kepada PRU tetapi apabila opsyen itu tertutup mereka ambil sikap menyokong PN tetapi dalam keadaan penuh berhati-hati sambil bergelut memahami kesetiaan PAS dalam MN yang main kayu tiga dengan PN.

5. Negara tidak akan ke mana jika TSMY terus memukau rakyat dengan mentera abah..abah..abah beliau. Kesan kerajaan penyogok yang diterajuinya menatijahkan pengurusan krisis pandemik yang lemah sehingga berlaku peningkatan kluster baru. Rotan ‘abah’ jadi bahan troll bila menterinya sendiri gagal diambil tindakan. Bersatu yang idamkan mengambil alih pengaruh UMNO mula bernafsu lebih dari termampu. Di saat ini, kepimpinan UMNO dah mula mengamuk! PN yang bergantung talian hayatnya dengan 39 MP UMNO mula berlagak sombong sehingga memaksa UMNO bertimbang untuk tarik balik sokongan kepada TSMY.

6. Sementara itu, usaha pangkah dan paku malapetaka langkah sheraton tidak pernah berhenti. Kepimpinan Majlis Presiden PH menetapkan usaha ini hendaklah dipimpin oleh DSAI bagi menghindari kecelakaan besar politik negara gara-gara nafsu sang pembelot. DSAI telah melakukan segala kemungkinan terbaik dan berhemah untuk pulihkan negara melalui seruan majoriti yang lebih kukuh dan usaha membentuk kerajaan yang lebih stabil. DSAI menegaskan secara konsisten tiada sogokan demi sokongan, yang ada hanya landasan tanggungjawab, keamanahan dan integriti dipandu oleh prinsip hukum sebagai syarat sokongan kepada kerajaan baru.

7. Langkah DSAI menggamit kesedaran dari kelompok yang menyokong pembelot. Kini mereka sedikit pulih dan sedar bahawa perlu ada exit dari sumpahan sheraton bagi menstabilkan keadaan dari ketidaktentuan yang berlaku. UMNO perlu sedar bahawa demi survival politiknya, ia perlu bangkit dalam keadaan bermaruah dan tidak diperbudakkan oleh parti hingusan seperti Bersatu.Tapak UMNO masih kukuh, mereka ada masa untuk reboot dan kembali berpencak di medan demokrasi untuk membetuli keadaan. Tidak masuk akal untuk kekal disumpah ‘sial sheraton’ sedangkan DSAI berusaha keras membuangnya. Negara memerlukan MP-MP untuk membentuk satu majoriti yang lebih kukuh dan kerajaan yang stabil dengan sokongan rentas kepartian.

8. Hanya ego UMNO sahaja yang menghalang mereka keluar dari sumpahan kerajaan penyogok PN. Ego terbesar UMNO setakat ini ialah ‘tiada DAP’ walaupun UMNO tahu tulahan sheraton lebih memudaratkannya dan berpotensi merosakkan negara. Apalah ego itu jika dibandingkan survival UMNO yang semakin hari didesak oleh kepimpinan dan akarumbi untuk tinggalkan kerajaan PN. UMNO ada ego politiknya, antara lain ego BNnya dan ego MNnya dan ego ‘No DAP’. ‘Tiada DAP’ adalah super ego UMNO yang menentukan nilai dan kayu pengukur moral UMNO dan yang memberikan UMNO suntikan retorik politik Melayunya. Kerumitan ini adalah cabaran besar langkah DSAI untuk mengangkat ‘sumpahan sheraton’ dari batang tubuh UMNO yang kini berkecamuk.

9. Pada pandangan saya, super ego UMNO perlu diletakkan pada landasan yang menguntungkan semua pihak. Ya..memang sukar untuk kita berkrompomi dengan super ego kita kerana kita akan dianggap tidak berperinsip tetapi janganlah pula menutup pintu rundingan kerana rundingan adalah cara terbaik untuk kita mencari ruang-ruang supaya prinsip kita diimbangi dengan keperluan lebih besar di luar parti kita. Pada waktu yang sama jangan kita merasakan yang DAP mudah menerima super ego UMNO, mereka pun ada ego politiknya, tetapi sekurangnya sikap awal mereka ialah menyokong langkah DSAI demi memenuhi keperluan lebih besar untuk rebooting keadaan politik nasional. Ego politik tanpa melihat kepentingan negara sudah tidak relevan, apatah lagi dalam suasana krisis pandemik hari ini. Ketahanan Nasional sebagai benteng kuat dari dikalahkan kemaraan pandemik mendesak kita bergenjak dari super ego parti masing-masing kepada super ego nasional yang dipandu nilai lebih keramat seperti Rukunegara, Lunas Perlembagaan serta kebijaksanaan institusi Raja kita sebagai ketua negara.

10. Langkah DSAI adalah untuk pangkah sial tragedi Februari. Janganlah pula ada di kalangan elitis politik yang cuba sailang DSAI di tengah jalan untuk ambil kesempatan. Cukup-cukuplah sehingga membawa kita berberantakan dan rakyat menderita dan kita sudah semakin hampir keluar dari krisis politik. Cukuplah juga kita berbincang menuntut lebihan jawatan itu dan ini dengan syarat baru hanya untuk memenuhi ego kita. Rakyat melihat buruknya perangai kita berunding dengan para pembelot dan penyogok jawatan. Berhentilah semua itu, kembalilah kepada suara rakyat yang mendambakan pengurusan pandemik yang cekap dan membantu rakyat menjalani kehidupan.

Kunci memimpin pemulihan besar-besaran negara kini berada di genggaman DSAI dan 91 MP yang solid bersamanya. Para pembelot telah dikenali rakyat manakala mangsa-mangsa pembelot masih ada ruang untuk melakukan sejarah dengan bersama membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan majoriti yang kukuh. Saya merayu rakan-rakan MP rentas politik kepartian supaya kali ini marilah kita berganding bahu membina ketahanan negara di waktu krisis ini.

Doakan semoga sumpahan langkah sheraton diangkat dan tulahannya dimatikan, semoga fajar kembali menyinsing di bumi Malaysia! Amin YRA…

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

18hb Oktober 2020

SEBARAN SURAT, SD KERANA MUHYIDDIN TELAH HILANG MAJORITI?


JAUHI GOLONGAN BEBAL INI

Zulaifa Raman

Peringatan dan panduan  untuk kita hayati...jauhi golongan pendosa besar dalam urusan politik..

 

OWHH .MASA TEBUK ATAP DULU LAIN PULAK YA.



Mohd Afendi Abas

 Inilah Kerajaan x tau malu! Masa dia tebuk atap dulu x der pulak dia nak cakap camni! Bila dah hilang majoriti boleh pulak dia nak sibuk suruh pelihara kerjasama!

Xkanlah takut jawatan menteri 'terbang' baru nak meroyan! Demi jawatan & gaji berpuluh-puloh ribu tu sanggup x nak tinggalkan kerajaan tebuk atap yang dah runtuh tu?

Dimanakah maruah & kredibiliti sebagai Menteri? Ops lupa! Menteri ni mmg x der maruah pun sejak dia jadi Menteri Kereta Terbang yang gagal masa dibawah Kerajaan PH dulu! 

Nak selamatkan jawatannya dari dilucutkan dulu patutlah dia bersama menteri-menteri  yang x berguna yang dilantik oleh OT95 x berguna hingga sanggup tebuk atap semata-mata nak jadi menteri lagi!

Sudah-sudahlah bersandiwara! Letaklah jawatan & pulangkanlah mandat rakyat kepada yang berhak jika kamu masih memiliki jati diri dan iman sebagai seorang muslim!

PS: PM & Menteri  di Jepun pun lagi bermaruah sehingga sanggup letak jawatan & ada yang bunuh diri! Di Malaysia?



SEMUANYA TERKAWAL


 "Tan Sri..camane keadaan Cov-19 sekarang ni Tan Sri?", tanya wartawan. 


15 minit selepas itu, Tan Sri pun menjawab "keadaan masih baik dan terkawal, rakyat tak perlu khuatir". Sambil memukul bola golf. 


Wartawan : "Tan Sri..semakin hari semakin ramai org yg terkena jangkitan covid-19, pelan @ tindakan Tan Sri camane?".


20 minit selepas itu, barulah Tan Sri menjawab "kita tak perlu risau, keadaan pasti pulih. Saya dah rakamkan bacaan doa2 yg mustajab.  Sekarang pun keadaan masih lagi terkawal. Saya tak perlu risau sgt tentang perkara ini sbb kita ada Tan Sri Noor Hisham yg akan bersusah payah utk menjamin wabak ini tidak akan menular", jawab Tan Sri sambil menarik-narik seluarnya dan meraba-raba ANUnya (kebiasaan yg dia selalu lakukan).


Semuanya MASIH TERKAWAL?. dan Tan Sri selalu sahaja lambat untuk menjawab soalan kerana soalan2 itu di tanya lebih awal kepada SUSK Pee M (yg akan menyediakan jawapan). Pee M sendiri mmg takut untuk berhadapan dgn para wartawan. Tak pernah!!!.. sepanjang menjadi Pee M, dia tak pernah sekalipun berhadapan dgn wartawan2. Takutnya dia untuk berhadapan dgn realiti bahawa dia mmg Pee M yang GAGAL dan LEMAH. 


Salah saya ker tew?...saya tanya jer nih 🤣🤣🤣


Ikhlas, jujur dan benar,


Mohd Asri Bakar



EZAM NOR. ISLAH MENUNTUT KITA BERJUANG DEMI NEGARA


 ISLAH,REFORMASI bukan sahaja tuntutan AL QURAN malah keperluan utama org Melayu-Islam hari ini.Jiran kita Indonesia maju deras skrg kerana REFORMASI.


Anwar pemimpin Melayu yang paling konsisten dalam soal ISLAH dan REFORMASI ini.Beliau tidak sempurna, tetapi perjuangan islah dan reformasinya paling mantap.


Makanya kita hari ini berjuang mengangkat Anwar menjadi pemimpin No 1 negara ini kerana REFORMASI,ISLAH.


REFORMASI adalah keperluan paling mendesak bagi bangsa dan negara ini.Untuk terus maju sebagai bangsa yang bermaruah dan berjaya.


#GERAK98



Anwar dan politik nilai


25 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


                        BEBASKAN MEDIA



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI WRLR...SILA TEKAN     >  UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI.




PN terdesak nak tahu MP yang sokong Anwar, dedah surat palsu Zahid

 


Nampaknya Perikatan Nasional (PN) sudah terdesak untuk mengekalkan kuasanya dalam kerajaan pusat sehingga laskar sibernya mendedahkan sepucuk surat daripada Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong kononnya beliau menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

 Surat itu bertarikh 11 Oktober 2020 itu iaitu dua hari sebelum Anwar bertemu dengan Agong, namun hanya tersebar di media sosial semalam.

 Dalam surat tersebut, Zahid serta kesemua Ahli Dewan Rakyat UMNO telah menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi serta setia kepada Anwar sebagai Perdana Menteri

 Surat itu juga didakwa dihantar sendiri oleh Zahid kepada Agong, bersekali dengan tandatangannya dan tandatangan Najib Razak sebagai saksi dan penyokong.

 Namun surat itu ternyata palsu, setelah pegawai media Zahid, Ibrahim Yahaya mengesahkannya dan menganggap ia sebagai fitnah yang berterusan.

 Hakikatnya, pendedahan surat palsu cumalah satu lagi helah untuk menekan dan memaksa Anwar untuk mendedahkan nama dan bilangan ahli parlimen yang menyokong beliau.

 Lagipun, surat itu hanya tular di media sosial sehari selepas Anwar dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan, itupun untuk mengetahui senarai ahli parlimen yang menyokong beliau.

 PN hanya perlukan beberapa nama yang menyokong Anwar supaya mereka boleh "berjual beli" bagi mengukuhkan kembali sokongan terhadap Muhyiddin, yang ternyata sudah kehilangan majoriti.

 Anwar sudah tentu tidak akan sekali-kali mendedahkan ahli parlimen yang menyokong beliau, memandangkan itu melibatkan kepercayaan antara dirinya, ahli parlimen lain dan melibatkan kepercayaan Agong sendiri.

 Jelaslah bahawa surat palsu Zahid itu sekadar satu cubaan untuk mengganggu-gugat sokongan ahli parlimen terhadap Anwar.

 Surat palsu tersebut juga secara tidak langsung memberi bayangan bahawa kerajaan PN berada di ambang kejatuhan.

 

Tidak kepada Mahathir, Anwar dan DAP, ulang Nazri

 

Anwar Ibrahim, Dr Mahathir Mohamad dan DAP muncul dalam cakap-cakap terbaru mengenai perubahan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin. (Gambar Fail)

PETALING JAYA: Pemimpin veteran Umno, Nazri Aziz menolak khabar angin bahawa Umno akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan baru dengan menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

Nazri, yang merupakan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno memberitahu FMT bahawa khabar angin itu tidak benar kerana partinya tidak boleh bekerjasama dengan DAP.

“Jika kita bekerjasama dengan PH, maka kita bekerjasama dengan DAP. Itu tidak mungkin.

“Tidak kepada Anwar, tidak kepada Mahathir dan tidak kepada DAP,” katanya, merujuk kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim dan bekas pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad.

“Kita akan pastikan semua berita yang tersebar ini dipatahkan.”

Semalam, timbul cakap-cakap mengenai kemungkinan Umno bekerjasama dengan PH untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin.

Ini berikutan terdedahnya sepucuk surat yang mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak menyokong pelantikan Anwar sebagai perdana menteri baru.

Zahid bagaimanapun berkata surat itu palsu.

Terdahulu Zahid berkata, beliau sedar beberapa ahli Parlimen Umno menyokong Anwar, yang juga merupakan ketua pembangkang.

Ahli Parlimen Klang yang mewakili DAP Charles Santiago berkata, Umno seolah-olah mahu berperanan sebagai kuasa penentu, yang menurutnya akan menimbulkan masalah.

“Mereka mengalih sokongan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain bagi mendapatkan kehendak mereka. Kita harus membenarkan keadaan mengambil jalannya sendiri dan lihat ke mana arah haluannya dari situ,” katanya kepada FMT.

Beliau enggan memberi komen berhubung kemungkinan kerjasama dengan Umno dengan berkata, ia bersifat hipotesis, selain menambah bahawa terdapat juga kemungkinan parti itu berpecah kepada 2 kumpulan.

Penganalisis politik Azmi Hassan berkata, beliau tidak melihat kemungkinan kerjasama politik antara Umno dengan PH menjadi kenyataan.

Beliau memberitahu FMT bahawa premis kerjasama dengan PH hanyalah helah Umno untuk mewujudkan persepsi bahawa ia mempunyai pilihan untuk bekerjasama dengan parti di luar PN.

“Helah itu bukan sahaja ditujukan kepada PPBM pimpinan Muhyiddin, tetapi juga kepada PAS.

“Di pihak PPBM, ia hanyalah gertakan Umno bahawa ia bersedia bekerjasama dengan PH sekiranya Muhyiddin mengetepikan tuntutan terbaru parti itu.

“Bagi PAS pula, sekiranya ia terus berdolak-dalik mengenai Muafakat Nasional (MN), maka Umno akan mengambil langkah drastik meninggalkan gabungan itu dengan bekerjasama dengan PH, sekali gus memaksa PAS kekal dalam PN.

“Namun dalam keadaan sekarang, tiada kemungkinan Umno akan bekerjasama dengan PH kerana DAP masih merupakan sebahagian daripadanya,” kata beliau.

Henti fitnah sodomi, fokus pulih ekonomi

 







Tindakan sesetengah pihak yang masih mahu memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat seolah-olah sudah kehabisan modal.

 Malah, Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq mempersoalkan niat sebenar pihak berkuasa memanggil Anwar ke Bukit Aman semalam.

 Keterangan polis itu juga berlaku beberapa hari selepas Anwar bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan sokongan ahli parlimen terhadapnya.

 "Apa yang menimbulkan persoalan adalah, mengapa isu sodomi juga dilibatkan sekaligus dalam satu siasatan?

 "Sebagai warganegara, kita menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan negara dan kedaulatan undang-undang. Justeru, adalah wajar untuk rakyat mempersoalkan keperluan mengheret fitnah sodomi ketika ini," katanya dalam kenyataan.

 Fadhlina juga menggesa kepada semua pihak supaya menghentikan perbuatan fitnah tersebut kerana ia tidak akan membantu memulihkan ekonomi negara.

 Katanya, negara masih bertarung dengan musuh yang tak terlihat seperti wabak Covid-19, dengan rakyat bergelut untuk keluar dari kegelapan kancah ekonomi.

 "Saya menyeru agar kita tidak membenakkan lagi rakyat dengan fitnah sodomi yang memberi implikasi negatif, bukan hanya kepada individu tetapi masyarakat secara keseluruhan. Harus berapa banyak kebejatan sosial dan istilah jijik yang dipamerkan hanya kerana ingin terus kekal di tampuk kuasa?

 "Saya menyeru agar kita tidak membenarkan lagi rakyat dengan fitnah sodomi, tuduhan liar dan terjebak dengan jenayah qazaf yg implikasinya bukan sahaja kepada maruah individu tetapi masyarakat secara keseluruhan.

 "Berhujahlah dengan matang dalam ruang demokrasi yang ada. Fokus untuk merawat sara hidup dan ekonomi rakyat. Bukan meraih perhatian melalui fitnah sodomi akibat kegagalan memimpin negara," katanya.

 

'Kerajaan jangan campurtangan, biar media jaga media' - Geramm

 

Pertubuhan memperjuangkan kebebasan media, Gerakan Media Marah (Geramm) membantah campurtangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghalang agensi selain yang dibenarkan membuat liputan sesi Parlimen 2 November hingga 23 Disember ini.

 Menurut Geramm, hanya 15 organisasi media dibenar beroperasi mewakili 14 agensi tempatan dan satu agensi antarabangsa yang dipilih dengan alasan untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi mengekang penularan wabak Covid-19, adalah tidak masuk akal.

 "Lebih malang lagi, senarai tersebut tidak melibatkan mana-mana portal online tempatan untuk hadir membuat liputan di sidang parlimen yang turut merangkumi pembentangan Bajet 2021.

 "Setiap agensi selain RTM dan Bernama hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan dan seorang jurugambar atau juru video, serta diwajibkan menjalankan ujian saringan Covid-19 sebelum bertugas.

 "Dengan tetap mengambil kira kepentingan menjaga keselamatan semua pihak, terutama #kawangeramm di lapangan, Geramm tegas membantah sebarang tindakan yang dilihat sebagai sekatan ke atas kebebasan media dalam menjalankan tugas.

 "Sebaliknya, kami menyeru pihak bertanggungjawab bagi membantu memudahkan urusan media bertugas dengan menyediakan ruangan lebih luas di Parlimen untuk memenuhi prosedur penjarakan fizikal," kata kenyataan berkenaan.

 Bagi Geramm, sesi kali ini yang melibatkan pembentangan Belanjawan 2021 memerlukan wartawan bertanya kepada Ahli-ahli Perlimen mengenai peruntukan-peruntukan yang diagihkan.

 Begitu juga perbahasan hangat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 perlu dilaporkan secara bebas.

 "Media berperanan penting untuk menyoal perancangan yang telah dirangka menggunakan wang rakyat.

 "Oleh itu adalah amat penting bagi pihak pengurusan Parlimen membuka ruang yang luas kepada semua organisasi media untuk hadir membuat liputan .

 "Geramm menyeru agar larangan pergerakan yang dikenakan kali ini tidak akan dijadikan alasan oleh mana-mana Ahli Parlimen atau menteri untuk mengelak dari menjawab apa-apa persoalan yang timbul.

 "Antara peranan utama media adalah untuk 'menjaga kerajaan' agar tetap berperanan mengikut lunas undang-undang dan tidak melampaui batas. Sebaliknya kerajaan tidak perlu 'menjaga media' kerana 'media jaga media'!" kata kenyataan itu lagi.

 Geramm dengan itu mengumumkan bersolidariti dengan media-media yang didiskriminasi oleh kerajaan Perikatan Nasional.

 

Kahh.....PETANDA NAK TUMBANG.MATI SYAHID


 W.Faudzin


Tak sangka ada tok peti nak pilihanraya waktu Covid?  Kalau ada yang mati kerana covid atas cadangan tok peti ni kira mati syahid ke guane?  


Peliknya, tok peti ni bersuara tentang perlunya pilihanraya sewaktu PH terutamanya Anwar sedang berusaha untuk dapatkan kembali kjaan yg dirompak.  Waktu kjaan ini dirompak, waktu Muhyiddin bawa jumlah yang kononnya dia cukup untuk jadi PM,  ketika itu tok peti tak bercakap pun tentang pilihanraya.  Bahkan, memuji melambung kerajaan tebuk atap. 


Elok tok peti dok diam.  Buat kerja khusus tok peti.  Bab politik, biar org politik selesaikan.  Kalau nak campur juga, kena berani berlaku adil.  Kalau rasa tak berani, elok duduk diam agar org tak nampak kejahilan tok peti.


BAGI JADI MENTERI PUN TAK BOLEH BUAT APA PUN

 Mikhail Hafiz

Keh..keh..sama naik anak menantu.Edisi Din Ayam.


Munafik mudah lupa, edisi khas penunggang agama. 


Bukan DAP yang kemaruk kuasa sampai sanggup bersekongkol dengan pengkhianat untuk menjatuhkan kerajaan dan memperlekehkan mandat rakyat, tetapi DAP yang akhirnya dipersalahkan juga.

Usung 18  kerusi demi jawatan dan pangkat.


p/s Tak abis-abis nak salahkan DAP. Mangkuk2 ni yang sebenarnya menipu bangsa sendiri... Hidup senang lenang, guna agama dan bangsa untuk kepentingan diri sendiri...

AMK JOHOR BUAT LAPORAN POLIS MUHYIDIDN SOGOK JAWATAN


KISAH BERTEKAK SENARAI NAMA MUHYIDDIN

 ATOK ASAN


Image may contain: text that says "Tiga badut buat laporan polis cakap DSAI nama dia orang sokong DSAI, surat dari Istana cakap DSAI tiada bagi nama. Pegawai polis sekarang keliru macam mana nak tanya DSAI. DYMM Agong pun cakap DSAI tak sebut nama, polis kena kencing oleh tiga badut yang teruk idris Jusoh orang lama umno pun kantoi."


Tiga hari lepas aku berbual dengan seorang kawan nama Samad, dia kata "Macam mana Anwar nak jadi PM ni? Senarai nama ahli parlimen yang sokong dia pun tak ada umum pun?" sambil api rokok yang disedut mula membakar tulisan 'John' di pangkal puntung rokok di hujung jarinya.

"Kalau tak umumkan senarai nama Ahli Parlimen, dia tak boleh jadi PM ke?" tanya aku, merenung tepat di tengah-tengah antara alis mata Samad yang berkerut itu.

"Kalau tak ada senarai, mana boleh jadi PM! Semua PM kena ada senarai nama orang yang sokong dia dan umumkan kepada rakyat!" Jawab kawan ku itu tegas.

Aku bertanya lagi "Muhyiddin masa jadi PM hari tu ada umumkan tak senarai Ahli Parlimen yang sokong dia?"

"Mestilah ada, walaupun sokongan kepada Muhyiddin sangat rapuh dan kerajaan mudah tumbang, tapi dia umumkan senarai tu," jawab Samad dengan yakin.

"Mana senarainya?" Tanya ku lagi.

"Kejap aku cari kat Google," jawab Samad lagi.

Sampai sekarang aku masih menunggu Samad Google senarai Ahli-ahli Parlimen yang sokong Muhyiddin dah tiga hari dah masih belum jumpa. Ada sesiapa kat sini boleh tolong Samad?



BERAPA ORANG LAGI PEMFITNAH ANWAR YANG MASIH HIDUP?

 YEOP ANTAN


Image may contain: text that says "VoLTE 78% 23:07 WIKIPEDIA Khalid Jafri Datuk Khalid Jafri Bakar Shah merupakan penulis yang menulis buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM. [1] Khalid Jafri telah didakwa dan didapati bersalah membuat fitnah bertulis melalui buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM. Dengan itu dia dan isterinya (sebagai penerbit) telah diperintahkan oleh mahkamah agar membayar RM4.5 juta kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai saman malu. Khalid Jafri meninggal dunia pada 29 Ogos 2005 kerana pehanya dipotong akibat penyakit kencing manis. Anwar saman Khalid Jafri TZhaliaTafainam.on"


Penulis buku 50 Dalil Arwah Khalid Jafri pernah disaman kerana memfitnah DSAI dan diperintahkan oleh Mahkamah membayar saman RM4. 5 juta ..

Agak-agak tinggal berapa orang pemfitnah DSAI yang masih hidup? Hidup pun dalam penuh kehinaan dan cacian rakyat Malaysia...

Semoga mereka mendapat balasan yang sehina hinanya dari Rabbul Jalil... Amin!!


 

MUHYIDDIN. JADILAH LELAKI SEJATI DAN PUNYA MARUAH DAN HARGA DIRI

 

Secara prinsip dan dari sudut moral, Muhyiddin Yassin ketika ini sudah pun hilang sokongan majoriti untuk terus duduk di kerusi empuk sebagai Perdana Menteri.

Bukan saja makhluk di bumi tahu mengenainya, malah penghuni di langit pun menyedari hakikat itu.

Dalam hal ini, Muhyiddin sepatutnya malu kepada dirinya sendiri kerana masih lagi selamba buat muka tahu.

Beradanya lagi beliau sebagai Perdana Menteri hanyalah semata-mata kerana kemelut ini belum dimuktamadkan pengakhirannya berikutan adanya perintah PKPB sehingga Agong terpaksa menangguhkan majlis mengadap ketua-ketua parti yang sepatutnya berlangsung minggu lalu.

Nampaknya dua kali wabak Covid19 dijadikan perisai oleh Muhyiddin untuk beliau berlindung, pertama dulu melalui PKP Mac lalu dan kini melalui PKPB.

Tetapi, dengan berulangnya Covid19 sekali lagi, malah dengan kes lebih tinggi, Muhyiddin harus sedar doa yang dibacanya dan diulang-ulang di TV selama ini telah tidak dimakbullan Tuhan.

Agaknya, doa itu tidak dimakbulkan bukan saja kerana naiknya beliau sebagai Perdana Menteri melalui jalan pengkhianatan, tetapi juga disebabkan duduknya beliau di kerusi itu tanpa memiliki sokongan majoriti yang sepatutnya.

Tidak memiliki sokongan majoriti, bermakna tidak sah menjadi Perdana Menteri.

Apabila tidak sah, ia tidak ubah macam memakai pakaian curi tetapi duduk bersimpuh di atas sejadah menadah tangan memohon kebaikan daripada Tuhan.

Jangan lupa, Tuhan maha melihat dan mengetahui segala apa yang berlaku di dunia ini dan selalulah sedar diri bila malapetaka terus berlaku lagi.

Untuk itu, walaupun Muhyiddin barangkali boleh terus bertahan beberapa ketika mempertahankan kerusi empuknya, beliau seharusnya menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab, budiman dan bermaruah.

Dengan semakin hari terdedah satu demi satu Ahli Parlimen dalam PN tidak lagi menyokongnya, beliau tidak sepatutnya menunggu kedudukan majoriti pemimpin lain dimuktamadkan oleh Agong dan beliau dinasihatkan berundur, baru mahu melepaskan jawatannya.

Ini kerana semakin masa berlalu, kemelut ini semakin berat, sarat dan merimaskan, sekaligus membuatkan rakyat lebih tertekan serta bosan.

Maka, jadilah seorang yang bertanggungjawab dan tidak berterusan menyusahkan rakyat, sekaligus memudahkan kerja Agong.

Tiada apa yang mampu dipertahankannya lagi sekarang ini, semuanya sudah semakin jelas dan terang.

Ibarat isteri sudah mula mencerca dan bercakap macam-macam mengenainya di belakang, termasuk menghina, apakah Muhyiddin mahu terus menjadi lelaki dayus untuk mempertahankan lagi rumahtangganya?

Sama seperti dalam kemelut rumahtangga apabila isteri sudah hilang kepercayaan dan kasih sayang, maka lelaki sejati pasti akan memilih jalan cerai sebagai pilihan paling wajar, begitu juga apabila sudah hilang sokongan majoriti dalam kerajaan, meletak jawatan adalah jalan yang terbaik sekali.

Kemelut ini tidak boleh terus dibiarkan berpanjangan dan berilah peluang kepada pemimpin lain yang ada majoriti pula memimpin negara ini.

Jika lelaki dayus dianggap lelaki paling hina, belum terlambat untuk Muhyiddin menyelamatkan maruahnya daripada terus dicerca kerana terus tidak malu jadi Perdana Menteri, walaupun sokongan telah tiada lagi.

Lagi pun, lebih lama bertahan, bukan menyebabkan rakyat bertambah suka, sebaliknya makin benci dibuatnya.

Muhyiddin, lihatlah sekeliling dan segeralah ambil kertas serta pen untuk menulis surat berhenti sebagai Perdana Menteri kerana maruah jauh lebih penting daripada jawatan. (Shahbudindotcom 18/10/2020)