BN SAH TANDING SEMUA 28 KERUSI, ISMAIL SABRI GAGAL DALAM MISINYA MENCARI JALAN DAMAI

 

BN pagi tadi mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding dalam PRN Melaka, 20 November ini.

Tanpa terkecuali walau satu kerusi ditinggalkan kosong atau dalam erti kata lain, tiada lagi ruang untuk perundingan atau kompromi dengan parti lain, BN mengumumkan bertanding semua 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Daripada kesemua 28 kerusi DUN yang dipertandingkan, UMNO bertanding 20 kerusi, MCA 7 kerusi dan MIC 1 kerusi.

Dengan pengumuman calon ini beserta penegasan Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah PRN Melaka, Mohamad Hasan bahawa gabungan itu akan bertanding solo dan tidak akan bekerjasama dengan sesiapa, maknanya soal bekerjasama, baik dengan Pas, Bersatu atau PN, sudah tidak berbangkit lagi.

UMNO dengan ini kekal bersama BN, maka Pas dan Bersatu juga bolehlah meneruskan perjuangan serta bertanding atas tiket PN sebagaimana yang diumumkan sebelum ini.

Di sebalik adanya seruan agar tiga parti Melayu dalam kerajaan itu saling bekerjasama dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sendiri menawarkan diri untuk menjadi jururunding mencari jalan damai, UMNO dengan tegas memberi isyarat menolak dengan paling awal mengumumkan senarai calonnya.

Bermakna, dalam hal ini Ismail Sabri telah gagal sama sekali dalam usahanya mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Kenyataan Ismail Sabri pada 30 Oktober lalu bahawa beliau akan berusaha mencari jalan agar parti-parti dalam kerajaan tidak bertembung sesama sendiri jelas tidak dipedulikan dan tidak dipandang sikit pun oleh kepimpinan UMNO.

UMNO tetap terus dengan agenda untuk bertanding solo, meski Ismail Sabri, demi keselesaan jawatannya, lebih senang jika ada kompromi serta kerjasama.

Ismail Sabri selepas ini sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru daripada berlaku.

Usahanya telah gagal, malah kedudukannya sebagai Perdana Menteri terbukti tidak mampu memberi sumbangan agar suaranya lebih didengari.

Setelah BN mengumumkan senarai lengkap calonnya, Pas dan Bersatu yang menganggotai PN sudah tiada pilihan lain lagi melainkan harus meletakkan calon pilihan di kerusi masing-masing.

Bertembung dan berlawanlah mereka sesama sendiri dalam pilihanraya negeri, walau ketiga-tiga parti duduk bersama dan satu dalam membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Kerajaan Keluarga Malaysia sudah boleh ditukar nama kepada Keluarga Huru-Hara. –


ShahbudinHusin 06/11/2021.





PAS DOAKAN UMNO KALAH UNTUK MENGAJAR UMNO? UMNO, TOLONG TARBIYYAH PAS...


Memang lawak. Parti yang dapat telur pada PRU14 yang lalu ingin mengajar Umno. Mengapa Pas marah sangat kepada Umno? Apa yang Umno telah buat pada Pas sehinggakan lebai katik ini mendoakan kekalahan Umno di PRN Melaka?
Umno telah pelawa Pas untuk bersama Muafakat Nasional. Mengapa Pas tolak dan pilih untuk bersama Bersatu dalam PN? Patutnya Umno yang marah kepada Pas bukan sebaliknya. Tapi Pas mana pernah mengaku salah. Pas sentiasa betul sokmo.
Kita akan lihat dalam PRN Melaka nanti, siapa yang dapat telur dan hilang deposit. Umno atau Pas? Umno wajar tarbiyyah Pas erti persahabatan. Umno perlu beri pengajaran kepada Pas agar jangan suka bermain dua kolam seperti kegemaran lebai berbini dua.
Kami dalam PH kenal lama perangai Pas ini. Kami gagal tarbiyyah Pas. Kami cuba untuk beri tazkirah kepada Pas agar tidak sesat dan tidak mudah melacurkan diri dalam politik. Malangnya kami gagal. Kami simpati dengan Pas. Harap Umno boleh tarbiyyah Pas dalam PRN Melaka kali ini.
WFAUZDIN NS



LEBAI SAKIT YANG MEROSAKKAN JEMAAH PAS

May be an image of text that says "Mokhtar Dup 1h Follow Kalau tanyakan saya apakah saya sygkan MN? Wallahi saya jawab saya sygkan MN, kerana pembinaannya berteraskan ruh persaudaraan Islam. Namun dlm PRN Melaka saya merasakan UMNO Perlu kalah untuk UMNO benar2 memahami erti persaudaraan dan kepentingan AGAMA, NEGARA, dan UMMAH. Mudahan2 kekalahan UMNO di Melaka akan banyak mengajar POLITIK JUJUR dan BERSIH kepada UMNO. Oleh itu semua pengundi PAS perlu menjadi guru Politik kepada UMNO. UMS Kuala Trengganu 6.11.21"



Idris Ahmad cakap guna logo PN tapi tak mahu lawan Umno. Kalau berani la...



KAH...KAH...KAH...CAKAP DAN SEMBANG DARI DULU ZAMAN 60AN SAMPAI 


ABAD     TERNOW MASIH LAGI MEMPERBODOHKAN RAKYAT. 


SIKAP PAS PENTINGKAN DIRI DAN AKHIRNYA PECAH TEMBELANG HANYA


 PENTINGKAN JAWATAN DAN KUASA.

((PANAS)) DATO ZAHARIN TAK YAKIN UMNO BOLEH MENANG DIMELAKA? RAKYAT MELA...



((PANAS)) DATO ZAHARIN TAK YAKIN UMNO BOLEH MENANG DIMELAKA? RAKYAT MELAKA AKAN TOLAK UMNO & "KING"? SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH https://bit.ly/2R38Uhk KREDIT TO FB ZAHARIN MOHD YASSIN

PRN Melaka | Idris haron, Nor Azman bertanding wakili Pakatan Harapan



Teka-teka hala tuju dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akhirnya terjawab apabila disahkan bakal bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH).



Mengapa Pakatan Harapan Terima Idris Dan Azman Calon PH?

PH pertaruh 2 "KATAK" Idris, Nor Azman dalam cubaan tarik sokongan pengundi Umno.Berikut adalah senarai calon PH.

 

Pakatan Harapan (PH) akan mempertaruhkan dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka selepas menarik sokongan terhadap Ketua Menterinya Sulaiman Md Ali.

Calon PH adalah:

PKR

Tanjung Bidara – Zainal Hassan
Lendu – Mohamad Asri Ibrahim
Rembia – Zamri Pakiri
Machap Jaya – Law Bing Haw
Asahan – Idris Haron
Sungai Udang – Hasmorni Tamby
Paya Rumput – Shamsul Iskandar Md Akin
Klebang – Gue Teck
Ayer Molek – Mohd Rafee Ibrahim
Rim – Prasanth Kumar Brakasam
Sungai Rambai – Farzana Hayani Mohd Nasir

DAP

Gadek – Saminathan Ganesan
Pengkalan Batu – Muhamad Danish Zainudin
Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
Kesidang – Allex Seah
Kota Laksamana – Low Chee Leong
Duyong – Damian Yeo
Bandar Hilir – Leng Chau Yen
Bemban – Tey Kok Kiew

Amanah

Taboh Naning – Zairi Suboh
Durian Tunggal – Mohd Sofi Abdul Wahab
Pantai Kundor – Nor Azman Hassan
Bukit Katil – Adly Zahari
Serkam – Mohd Khomeini Kamal
Merlimau – Azrin Abd Majid
Ayer Limau – Maznah Baharuddin
Kuala Linggi – Julasapiyah Kassim
Telok Mas – Ashraf Mukhlis Minghat


Memetik laporan FMT, Pengerusi PH Anwar Ibrahim dalam sidang media hari ini mengumumkan pakatan itu akan bertanding di kesemua 28 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 20 Nov ini.

Calon yang diumumkan itu termasuk dua bekas ahli Umno iaitu Idris Haron yang akan bertanding di Asahan manakala Nor Azman Hassan di Pantai Kundor.

Menurut Anwar lagi, bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari akan mengetuai PH dalam pilihan raya ini walaupun calon Ketua Menteri belum dimuktamadkan lagi dan dalam masa sama beliau mengesahkan Idris dan Nor Azman telah diterima sebagai ahli PH.

Dua lagi ialah Noor Effandi Ahmad dari Bersatu, dan Norhizam Hassan Baktee iaitu bekas wakil DAP yang kemudian melompat sebagai ADUN Bebas.

Penyandang kerusi Machap Jaya Ginie Lim, yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, digugurkan.

“Kami bertanding sebagai satu pasukan. Ini tidak berlaku dengan pihak yang berada dalam kerajaan.

“Jika kita mahukan kestabilan politik, ia hanya boleh dilakukan oleh PH,” kata Anwar..

Apa guna belanjawan paling besar jika kebocoran berlarutan?

 


Persoalan utama mengenai belanjawan terbesar negara (RM332.1 bilion) ialah kenapa kerajaan Keluarga Malaysia umum belanja begitu tinggi walaupun tahu pendapatannya jauh daripada mencukupi.

Anggaran kutipan pendapatan cuma RM234 billion, tetapi nak belanja hampir RM100 bilion lebih daripada jumlah itu. Dalam erti kata yang lain, wang dalam dompet cuma RM234 tetapi mahu belanja RM332. Jadi terpaksa berhutang sebanyak RM98.

Begitu juga dengan Bajet 2022; perlu berhutang lagi sebanyak RM98 billion untuk membiayai semua projek dan program yang diumumkan. Itu belum kira hutang beratus bilion ringgit yang sedia ada dan perlu ditanggung.

Justeru, adakah belanjawan sebegini masuk akal?

Belanjawan defisit

Ini kali ke-22 Malaysia membentangkan belanjawan defisit, perbelanjaan melebihi kutipan tahunan. Semenjak 1998 lagi, Malaysia berbelanja melebihi hasil kutipan tahunan.

Ini amatlah tidak meyakinkan kerana hutang negara akan terus memuncak dengan tiada cara yang dibentangkan untuk membayar semula hutang-hutang tersebut.Persoalan dari sudut ekonomi pula ialah, kenapa negara mesti terus berbelanja sedangkan pendapatan yang diunjurkan tidak seberapa, cuma RM234 bilion sahaja. Kenapa tidak adakan belanjawan yang selaras dengan pendapatan?

Jumlah hutang negara semasa telah sampai ke kemuncak yang paling tinggi, mencapai hampir 63.3% peratus dari KDNK. Tetapi strategi kewangan untuk menambah pendapatan tahunan tidak begitu jelas atau kurang memuaskan.

Kerajaan hari ini lagaknya seperti tergesa-gesa untuk terus berbelanja. Apakah mereka terdorong untuk benar-benar membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik?

Atau apakah kerana dorongan politik semata? Apakah belanjawan ini bertujuan memenangi minda dan hati kaum tertentu supaya memilih pemerintah pada PRU yang hampir tiba?

Dorongan berbaur politik sebegini tidak harus berlaku apabila menggubal belanjawan dan menguruskan pentadbiran negara.

Semua kaum dicukai

Cukai yang dikutip setiap tahun adalah hasil kutipan dari semua kaum termasuk di Sabah dan Sarawak.

Begitu juga dengan kutipan hasil bumi negara yang dikutip dari penjualan minyak mentah di wilayah Sabah, Sarawak dan negeri Terengganu.

Hasilnya adalah untuk dinikmati oleh semua kaum di seluruh negara. Jadi apabila belanjawan digubal, ia bukan untuk hanya sesuatu kaum, agama, atau parti politik semata-mata.

Jumlah cukai untuk 2022 hanyalah RM171.374 billion tetapi perbelanjaan operasi ialah sebanyak RM233.5 billion.

Sampai bila negara mesti berbelanja wang yang tidak dimilikinya? Jelasnya negara berhutang lagi untuk menampung perbelanjaan yang berlebihan dan membuka ruang kepada pembaziran dan pemborosan.

Ia semata-mata untuk menanggung beban berikut:

Apa yang terkandung di bawah kategori ‘Lain-lain’ sebanyak RM81.257 bilion tidak dinyatakan dengan jelas. Mungkin untuk membayar hutang, faedah, tanggungan 1MDB, dan berbagai lagi.

Jadi negara berhutang untuk membayar hutang?

Persoalan lain yang timbul dari angka-angka belanjawan ini membuat kita tertanya-tanya:

  • RM40 billion diberi untuk program Semarak Niaga Keluarga Malaysia?
  • Gaji perkhidmatan awam yang terlalu ramai jumlahnya dan ditambah dengan peruntukan khas.
  • Agensi agama seperti Jakim diperuntukkan dengan wang sejumlah RM1.5 bilion, melebihi belanjawan untuk sesuatu negeri?
  • RM30 bilion disenaraikan untuk tanggungan pelaburan yang tidak jelas tentang penglibatan agensi kerajaan.
  • Kerajaan akan mengeluarkan Sukuk Kelestarian sebanyak RM10 bilion untuk projek-projek sosial dan alam sekitar.
  • Cuma RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan yang mana wangnya masih tiada dan perlu dipinjam.

Kebocoran memanjang

RM620 juta kebocoran seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara tidak dibahas di Parlimen dengan bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Rumah Keluarga Malaysia yang atapnya sedang tiris atau bocor mesti dibaiki. Atau cari siapa yang bertanggungjawab ‘menebuk atap’ rumah tersebut.

Kita semua tahu siapa yang bertukang, siapa yang menebuk, dan siapa yang masuk mencuri melalui lubang atap Rumah Keluarga Malaysia ini, sehingga berlaku banyak kebocoran dan ketirisan.

Kebocoran dan ketirisan perlu dibaiki, ditangani, atau dihentikan dengan segera…kalau tidak rumah akan terus rosak dan dimasuki pencuri lagi.

Sekiranya Ketua Eksekutif Rumah Keluarga Malaysia tidak mengambil tindakan segera, lebih banyak wang yang diperuntukkan untuk membaiki, membeli peralatan baharu akan hilang dan dicuri lagi.

Pengalaman lalu membuktikan peruntukan belanjawan yang untuk pembelian barangan atau perbelanjaan untuk rakyat yang memerlukan bantuan, kerap diseleweng dengan licik dan secara berterusan.

Terlalu banyak agensi dan jabatan yang terlibat sehinggakan Kementerian Kewangan sendiri akan ‘kehilangan ingatan’ dan cara untuk memantau perbelanjaan yang diluluskan itu.

Beberapa tahun dari sekarang Ketua Audit Negara akan melaporkan perkara yang sama, tentang kebocoran dan perbelanjaan yang hilang dan tidak dapat diaudit dengan jaya.

Oleh kerana itu, rumah yang dinamakan Keluarga Malaysia ini mempunyai masalah besar selagi segala jenis kebocoran tidak diperbaiki.

Kenapa penghuni rumah, iaitu rakyat, mesti memberi kepercayaan kepada kumpulan yang dikatakan mencuri wang negara? Ini paling tidak rasional.

Mereka yang mencuri mesti dihukum, dipenjara terlebih dahulu, tidak kira sama ada mereka itu dari kalangan bangsawan, kaum serumpun, atau dari golongan yang berpengaruh suatu masa dulu.

Begitu juga dengan kumpulan yang menunggang agama untuk meraih sokongan. Demi politik wang, mereka dikatakan melindungi pencuri dan penyamun.

Mereka ini juga mesti ditolak dari menjadi sebahagian dari kumpulan yang memerintah. Apakah mereka ini semua tiada akal dan buta, tidak dapat melihat kebocoran yang berlaku?

Ada kalangan mereka juga pernah terlibat dalam menebuk atap rumah supaya pencuri dapat masuk dengan senang untuk mencuri dan menggunakan tebukan yang sama sebagai jalan keluar.

PADAN MUKA KENA KENCING DENGAN PAS-BARU HANGPA KENAI SIAPA ITU PAS


Pemimpin Umno kecewa Pas sanggup pilih Bersatu untuk menentang Umno dalam PRN Melaka


Pemimpin Umno kecewa Pas sanggup pilih Bersatu untuk menentang Umno dalam PRN Melaka


Veteran UMNO, Tan Sri Mohd Yussof Latiff menyifatkan Pas sebagai parti yang baik ada makna selain lebih mengutamakan keuntungan peribadi daripada persahabatan abadi.

Beliau berkata, tindakan Pas yang meninggalkan UMNO selepas mendapat kawan baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak ubah seperti pantun dua kerat yang berbunyi ikan cencaru ikan gelama, dapat kawan baru tinggal kawan lama.

Menurutnya, Bersatu adalah sebuah parti baharu dan baru sahaja menjadi kawan kepada Pas setelah UMNO membawa parti itu untuk menjadi kawan.

“Malangnya, apabila Pas berkawan dengan Bersatu dan menyertai Pakatan Nasional (PN), mereka meninggalkan UMNO dan melupakan Muafakat Nasional (MN).

“Inikah sikap Pas? Baik ada makna. Mereka lebih mengutamakan keuntungan peribadi daripada persahabatan abadi, begitu mudah mereka lupa pada janji,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Mohd Yussof berkata, tangisan kesyukuran dan tangisan kegembiraan umat Islam menyambut kelahiran MN pada tarikh yang penuh sejarah 19 September 2019 hanyalah sia-sia.

Katanya, lebih mengecewakan Pas sanggup memilih Bersatu dan PN untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka tidak lama lagi.

“Pas telah mengisytiharkan untuk mengorbankan lambang pusaka Pas untuk menyarung lambang PN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka ini.

“Impian ummah sejak berpuluh tahun untuk melihat Pas dan UMNO bersatu, kini dileburkan Pas sendiri.

“Perbuatan PAS menggadaikan maruah parti itu demi kepentingan jawatan dan kedudukan para pemimpinnya adalah sesuatu yang sangat-sangat menghairankan dan memalukan,”katanya.

Sementara itu, Mohd Yussof berkata, alasan Pas untuk menjadi pihak ketiga yang menyatupadukan UMNO dan Bersatu adalah tidak logik dan tidak relevan lagi.

“Saya mengatakan tidak logik dan tidak relevan kerana Bersatu adalah parti yang ditubuhkan oleh bekas ahli-ahli UMNO dan majoriti ahli Parlimennya adalah ‘katak-katak’ yang melompat daripada UMNO.

“Tambahan pula Bersatu bukanlah parti Melayu 100 peratus kerana Bersatu telah menerima juga ‘katak-katak’ yang lompat daripada PKR,” katanya.

Beliau menyoal adakah UMNO akan membiarkan katak-katak itu untuk terus menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen mereka setelah mengkhianati UMNO.

Oleh demikian, jelasnya lebih baik Pas fikirkan bagaimana parti itu boleh bersatu semula dengan Parti Amanah Negara daripada memujuk UMNO supaya menerima pengkhianat UMNO.

*Pertanding 3 Penjuru PRN Melaka - Updated 6 Nov 5.55pm


 *Pertanding 3 Penjuru PRN Melaka - Updated 6 Nov 5.55pm*


N1 Kuala Linggi - 

Rosli (BN-UMNO) vs Julah (PH-AMANAH) vs Puan Hajjah (PN-PAS)


N2 Tanjung Bidara - 

Ab Rauf (BN-UMNO) vs Zainal Hassan (PH-PKR) vs MAS Ermieyati (PN-BERSATU)


N3 Ayer Limau - 

Hameed Mytheen (BN-UMNO) vs Maznah (PH-AMANAH) vs Nordina (PN-BERSATU)


N4 Lendu - 

Sulaiman Ali (BN-UMNO) vs Mohamad Asri (PH-PKR) vs Abdullah Mahadi (PN-BERSATU)


N5 Taboh Naning - 

Zulkiflee (BN-UMNO) vs Zairi Suboh (PH-AMANAH) vs Abu Hasshim (PN-PAS)


N6 Rembia - 

Jailani Khamis (BN-UMNO) vs Zamri Pakiri (PH-PKR) vs Zamzuri Arrifin (PN-BERSATU)


N7 Gadek - 

Shamugam (BN-MIC) vs Saminathan (PH-DAP) vs Amir Fitri (PN-BERSATU)


N8 Machap Jaya - 

Ngwe Hee Sem (BN-MCA) vs Law Bing Haw (PH-PKR) vs Tai Jiung Siul (PN-BERSATU)


N9 Durian Tunggal - 

Zahari (BN-UMNO) vs Sofi (PH-AMANAH) vs Jaafar Othman (PN-PAS)


N10 Asahan - 

Fairul (BN-UMNO) vs Idris Haron (PH-PKR) vs Dhanesh (PN-GERAKAN)


N11 Sungai Udang - 

Mohamad Ali (BN-UMNO) vs Hasmorni Tamby (PH-PKR) vs Aleef Yusof(PN-BERSATU)


N12 Pantai Kundor - 

Tuminah Kadi (BN-UMNO) vs Norazman (PH-PKR) vs Ridzwan (PN-BERSATU)


N13 Paya Rumput - 

Rais Yasin (BN-UMNO) vs Samsul Iskandar (PH-PKR) vs Faris Izwan (PN-BERSATU)


N14 Klebang - 

Lim Ban Hong (BN-MCA) vs Gue Teck (PH-PKR) vs Bakri Jamaludin (PN-PAS)


N15 Pengkalan Batu - 

Kalsom Nordin (BN-UMNO) vs Muhamad Danish (PH-DAP) vs Azrudin Idris(PN-BERSATU)


N16 Ayer Keroh - 

Yong Fun Juan (BN-MCA) vs Ker Chee Yee (PH-DAP) vs Michael Gan (PN-GERAKAN)


N17 Bukit Katil - 

Hasnoor (BN-UMNO) vs Adly (PH-AMANAH) vs Al Afiz (PN-PAS)


N18 Ayer Molek - 

Rahmad Mariman (BN-UMNO) vs Rafee Ibrahim (PH-PKR) vs Fadly Samin (PN-BERSATU)


N19 Kesidang - 

Leong Hui Ying (BN-MCA) vs Alex Seah (PH-DAP) vs Patrick Ng Chin Kae (PN-GERAKAN)


N20 Kota Laksamana - 

Benjamin Low Chin Hong (BN-MCA) vs Low Chee Leong (PH-DAP) vs Fong Khai Lin (PN-GERAKAN)


N21 Duyong - 

Mohd Noor Helmu Abdul Halem (BN-UMNO) vs Damien Yeo (PH-DAP) vs KAMARUDIN Sedik (PN-PAS)


N22 Banda Hilir - 

Lee Kah Sean (BN-MCA) vs Leng Chau Yen (PH-DAP) vs Clarice Chan (PN-GERAKAN)


N23 Telok Mas - 

Abdul Razak Abdul Rahman (BN-UMNO) vs Asraf (PH-AMANAH) vs Rafiq (PN-BERSATU)


N24 Bemban - 

Koh Chin Han (BN-MCA) vs Tey Kok Kiew (PH-DAP) vs Yadzil Yaakub (PN-BERSATU)


N25 Rim - 

Khaidhirah Abu Zahar (BN-UMNO) vs Prasanth Kumar (PH-PKR) vs Azalina (PN-BERSATU)


N26 Serkam - 

Zaidi Attan (BN-UMNO) vs Kobeni (PH-AMANAH) vs Ahmad Bilal (PN-PAS)


N27 Merlimau - 

Dr Muhamad Akmal Saleh (BN-UMNO) vs Azrin (PH-AMANAH) vs Alim Shapie (PN-PAS)


N28 Sungai Rambai - 

Siti Faizah (BN-UMNO) vs Farzana Hayani (PH-PKR) vs Jefri(PN-BERSATU)

#PRNMelaka


(LIVE) Pengumuman & Penyerahan Watikah Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

KALAU DAH TOLAK - UNDILAH PH.MUDAH SAHAJA

 

Akar umbi Umno Jasin tolak senarai calon diumum BN




UMNO

Akar umbi UMNO Bahagian Jasin menunjukkan rasa resah dan kurang senang apabila mendapat tahu senarai calon diumumkan Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Bemban, Sungai Rambai dan Rim.

Setiausaha UMNO Bahagian Jasin, Datuk Abdul Kalam Hassan berkata, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Jasin dilihat bakal terlepas daripada genggaman berikutan calon dipilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini didakwa tidak memenuhi kehendak masyarakat dan akar umbi di kawasan terbabit.

Akar umbi Umno Jasin tolak senarai calon diumum BN

ABDUL Kalam Hassan (dua dari kiri) mengadakan sidang akhbar di Bilik Gerakan DUN Sungai Rambai, Jasin, Melaka.

Menurut laporan utusan, Abdul Kalam Hassan ketika ditanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan DUN Sungai Rambai menyatakan kekecewaannya apabila nama Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kenapa calon baharu diletakkan di sini sedangkan beliau (Hasan) mempunyai rekod cemerlang kerana telah menjadikan Sungai Rambai sebuah daerah yang harmoni dengan pelbagai pembangunan dinikmati penduduk setempat.

“Masyarakat di sini sebenar kecewa apabila mendapat tahu nama Hasan tidak berada dalam senarai sebagai calon kerana mereka masih mengharapkan beliau bertanding mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU lalu.

“Saya berharap pucuk pimpinan parti mengambil perhatian sikit kerana akar umbi sudah melahirkan keluh- kesah dan apa yang membimbangkan saya apabila keinginan untuk mencapai kejayaan, lain pula jadinya nanti.”

Tambahnya lagi, keadaan serupa turut berlaku di DUN Rim apabila calon muka baharu akan bertanding di kerusi tersebut. “Ramai pihak menghubungi saya, menyatakan rasa kecewa apabila mendapat tahu calon bertanding bukan anak jati yang menetap di situ.”

Beliau juga mendakwa ketua cawangan dan ahli amat kecewa selepas calon MCA diumumkan bertanding di DUN berkenaan.

“Selepas BN tumbang, kita jadikan Bemban sebagai kubu kuat UMNO dengan gerak kerja telah diatur dan dipupuk selama dua tahun. Tba-tiba ia tidak menjadi kenyataan apabila kerusi ini diserahkan semula kepada MCA,” jelasnya.

TAK ADA FAEDAH UMNO GUNA SD HALANG LOMPAT PARTI


SELAMAT MAKAN UBAT

 May be a meme of ‎2 people and ‎text that says "‎!Dulu- dulu BERITA Nak lawan BN kena belajar ۔ dari PAS Idris Ahmad i f SINAR HARIAN PRN Melaka: Pas guna logo PN bukan mahu lawan UMNO Sekarang‎"‎‎

SAMPAI HATI TAKIYUDDIN HINA WALAUN- SAMA TARAFKAN WALAUN DENGAN " PAK YIT" SAJA.....KAH..KAH MANA DIA JANJI JANJI.....

 

Pas berperanan sebagai tukang sediakan ‘pakaian, kasut dan bola’ – Takiyuddin




Pas menyifatkan politik di Malaysia hari ini seperti permainan bola sepak dimana Pas berperanan sebagai tukang sediakan ‘pakaian, kasut dan bola.’

Setiausaha agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, setiap orang perlu ada pecahan tugasan masing-masing untuk memastikan sesebuah pasukan itu menang.

Takiyuddin berkata walaupun Pas parti penting yang turut berada dalam kelompok ‘pasukan’, tetapi Pas tidak berada dalam kelompok pengurusan di atas.

“Dalam sesebuah pasukan itu, ada pengurus, ketua jurulatih dan juga pemain, tetapi ada satu lagi jawatan penting yang perlu ada bagi melengkapkan permainan iaitu sebagai ‘kick manager’.

“Ini jawatan penting yang menyediakan pakaian, kasut dan bola sebelum pertandingan bermula, betapa pentingnya jawatan ini dan itulah tugas Pas,” katanya ketika berucap di Muktamar Pas Kali Ke-67 di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau menyambung, apa gunanya menjadi pemain yang bertaraf bintang tetapi tidak mengikut segala keputusan pihak pengurusan.

“Itulah kelemahan paling ketara yang dapat dilihat. Bintang-bintang ini walaupun hebat tetapi apabila tidak mendengar arahan, akhirnya satu pasukan kalah.

“Adalah lebih baik menjadi pasukan underdog yang tiada pemain handalan tetapi setia kepada arahan pengurus dan jurulatih.

“Peranan pemain adalah berdisiplin, tahu strategi yang ditentukan oleh pengurus dan jurulatih, tidak mustahil boleh kalahkan pasukan yang hebat,” katanya.

Takiyuddin juga mendakwa keberadaan Pas dalam kerajaan hari ini yang telah memberi impak yang besar kepada agama dan bangsa.

“Sepanjang Pas berada dalam kerajaan, kita telah berjaya mewujudkan kerajaan Melayu-Islam.

“Banyak isu yang berkaitan orang Melayu dan Islam kita pertahankan dan diharap ia akan dapat diteruskan.

“Dalam tempoh 20 bulan juga kita dapat merasai keharmonian dengan menyantuni negeri-negeri yang terpinggir selama ini.

“Banyak perubahan dan sudah tentu pembangunan berskala besar,” ujarnya.

Menutup ucapan, Takiyuddin berkata, “Justeru kemenangan yang diuruskan sekarang perlu dipertahankan. Tuntutan pertahankan sudah digariskan dalam parti.

“Antaranya adalah menerajui negara dengan budaya politik matang, menyelesai masalah rakyat dengan solusi islamik negara pada hari ini dan sepakat untuk terus taat dan mengikuti sertiap keputusan yang telah ditetapkan oleh saf kepimpinan tertinggi.”

YEHAAAAA...…RAUF KETUA MENTERI, YANG LAIN2 TERMASUK SULAIMAN MD ALI, ELOKLAH BERHENTI BERMIMPI!!

 

Setakat ini sekurang-kurangnya ada dua berita gembira mengenai PRN Melaka.

Pertama, kenyataan Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah PRN Melaka, Mohamad Hasan yang menyatakan hampir 90 peratus calon UMNO yang mewakili BN pada pengundian 20 November depan adalah terdiri daripada muka-muka baru.

Dengan pengumuman itu bermakna Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh pasti diletakkan sebagai salah seorang calon UMNO untuk mewakili BN.

Ini kerana sepanjang penglibatannya dalam politik yang penuh warna-warni, baik di Wilayah Persekutuan atau Melaka, Ab Rauf belum pernah lagi merasa bertanding dalam mana-mana pilihanraya.

Makna kata, walaupun beliau tidak lagi dikira muda, Ab Rauf masih dalam kategori muka baru dan termasuk dalam kriteria yang dimaksudkan Mohamad Hasan itu.


Sedemikian itu, jika terpilih sebagai Adun dan BN pula berjaya menghimpun majoriti daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada 20 November ini, pastilah beliau akan dilantik untuk mengisi kerusi Ketua Menteri.

Dengan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, tentu tujuan khusus beliau diletakkan bertanding ialah dengan hasrat untuk menjadikannya ketua kerajaan negeri bersejarah itu.

Tidak masuk akal jika Ab Rauf dipilih sebagai calon dan kemudian beliau dan BN berjaya mencipta kemenangan, tetapi kejayaan itu hanya untuk beliau terus kekal dengan jawatan Speaker DUN Melaka atau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri dengan pemimpin UMNO yang berada di bawah ketiaknya pula dilantik sebagai Ketua Menteri.

Mustahil begitu, Ab Rauf diletakkan sebagai calon tidak lain adalah untuk mengambil alih kerusi Ketua Menteri daripada Sulaiman Md Ali.

Berita kedua yang menggembirakan ialah Ab Rauf disebut-sebut akan diletakkan bertanding di kawasan DUN Tanjung Bidara yang terletak dalam UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Beliau sendiri ketika ini adalah Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah sejak 2018 yang lalu.

Kerusi DUN tersebut dikira paling selamat untuk UMNO, dan tidak kira siapa calonnya, lebih-lebih lagi jika Ab Rauf, kemenangan sudah hampir pasti dalam genggaman BN.

Dengan itu, harapan Ab Rauf untuk bergelar Adun dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Menteri adalah cerah sekali.

Pemimpin lain, jika ada hasrat terpendam dalam hati untuk berebut sama kerusi Ketua Menteri, tak usahlah terus bermimpi.

Malah, termasuk Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri sedia ada, lupakanlah terus untuk menyimpan harapan agar khidmat disambung lagi.

Setelah ada Ab Rauf dengan kedudukannya sekarang, yang lain-lain pasti akan tertolak ke tepi kerana kerusi itu memang dia yang punya.

Yang diperlukan bagi Ab Rauf untuk menggapai impiannya hanyalah BN mesti memenangi sekurang-kurangnya 15 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Kecuali jika Ab Rauf kalah dan gagal menjadi Adun, tetapi BN menang PRN Melaka, barulah peluang pemimpin lain akan terbuka semula.

Atau pun, kalau BN tewas, semua akan sama-sama melepas. ShahbudinHusin 06/11/2021.


KESIAN....KESIAN...KESIAN....PAS DAH KELUAR FATWA DAH...

 

Kesian kluster menteri dalam UMNO, tak berjaya akhirnya mereka mengusahakan sebarang kerjasama…


May be an image of 1 person, sitting and text that says "HAPPY EEPAVALI malaysi-kini kini EN BM ZH ΤΑ N ERI mk BERITA UTAMA MBER Mukhriz Hazim malaysiakini.com BN bertanding solo, tak akan kerjasama dengan sesiapa- Mat Hasan BN akhirnya meletakkan noktah kepada teka-tek tentang kemungkinan kerjasama dengan parti-parti lain dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka."

WAHAI PEMIMPIN PH- HANGPA NI TAK SERIK LAGI KAH ?

 May be an image of text

Bajet 2022: Doktor kontrak ancam mogok kedua, tak puas hati pengumuman kerajaan


Jurucakap Hartal Doktor Kontrak Dr Mustapha Kamal, berkata mendakwa dipergunakan kerajaan ketika pandemik.

PETALING JAYA: Kerajaan diberi tempoh sebulan untuk menangani isu berbangkit berhubung pelantikan ke jawatan tetap membabitkan doktor kontrak, atau berdepan mogok kali kedua sebagai membantah pengumuman Bajet 2022, berkaitan kumpulan berkenaan.

‘Kami rasa diperguna. Kerajaan tidak serius membantu kami dan kami hanya mempergunakan kami ketika pandemik,” kata jurucakap Hartal Doktor Kontrak Dr Mustapha Kamal, memberitahu FMT.

“Kami akan memberi masa kepada kerajaan untuk mereka berunding, namun sekiranya mereka enggan memberikan kami jawapan, mogok akan dilakukan pada Disember,” katanya.

Mustapha berkata, doktor kontrak tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melakukan tindakan “tegas dan kasar” dalam usaha menjadikan kerajaan mendengar keluhan mereka.

Dalam Bajet 2022, kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun.

Mustapha berkata, pengumuman itu bukan penyelesaian jangka panjang yang mana diharapkan doktor kontrak.

Pada Julai lalu, Hartal Doktor Kontrak memberi kerajaan 26 hari menyelesaikan isu berhubung sistem kontrak atau berdepan “walkout” di seluruh negara.

Dalam mogok itu, yang berlaku pada 25 Julai, doktor kontrak menuntut laluan kerjaya lebih adil, selain menerima manfaat sebagai mana pegawai perubatan tetap.

Pada 29 Jun, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendedahkan hanya 789 daripada 23,077 doktor kontrak ditawarkan jawatan tetap dalam sistem kesihatan negara ini, sejak 2016.

HADI PESAN PADA WALAUN- KALAU JUMPA PN SOKONG PN-KALAU JUMPA UMNO BIAQ SAJA.

 


PRN Melaka: Jika PN-BN bertembung, sokong PN, Hadi arah PAS




Hadi berkata, PAS masih lagi terbuka untuk berunding dengan semua parti bagi mengelak antara parti memerintah.

KUALA TERENGGANU: PAS akan menyokong calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) dalam pertembungan dengan Barisan Nasional (BN), kata Presiden Abdul Hadi Awang.

Ketetapan ini menyusuli keputusan PAS untuk menggunakan lambang PN, mengabaikan pengumuman sebelum ini bahawa ia akan menyokong penyandang dalam pertembungan PN-BN.

“Kita sokong calon PN,” kata Abdul Hadi pada sidang media di mesyuarat agung tahunan PAS ke-67.

Ditanya mengenai rundingan PRN Melaka dengan Umno yang menjadi persoalan lantaran pertembungan yang nampak seperti tidak dapat dielak, Hadi sekadar menjawab “terpulang kepada Umno nak bekerjasama dengan PN atau tanding sendiri”.

“Kita tengok senarai penamaan calon lusa nanti macam mana,” katanya.

Hadi berkata, PAS masih lagi terbuka untuk berunding dengan semua parti bagi mengelak pertembungan antara parti memerintah.

“Bila sebut kerjasama maka mestilah berlaku pemberian kerusi antara parti-parti, bukan MN sahaja termasuk PN. Bahkan di Melaka melibatkan bukan sahaja PAS, tapi Bersatu termasuk termasuk rakan-rakan lain,” katanya.

Hadi memaklumkan calon PAS yang akan mewakili PN akan diumumkan petang ini.

“Sekurang-kurangnya kita tanding 1/3 kerusi,” katanya.

BANYAK KALI DAH NUSYUZ- ELOK DOK SOQANG SOQANG SAJA...KAN KUAT ?

 


Panas! Ahli Parlimen ini dakwa Pas dah nusyuz kepada Umno

Panas! Ahli Parlimen ini dakwa Pas dah nusyuz kepada Umno

Keputusan Pas menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan dijangka akan mewujudkan krisis di dalam parti itu sendiri.

Menurut Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar ianya selepas kebanyakan ahli dan akar umbi Pas telah dipasakkan sejak sekian lama bahawa lambang yang mewakili parti itu adalah lambang ‘bulan.

Bagaimanapun, tegasnya, Pakatan Harapan (PH) tidak bergantung kepada sebarang krisis yang berlaku khususnya membabitkan PN dan Barisan Nasional (BN), sebaliknya kepercayaan rakyat akan diperoleh berteraskan rekod pentadbiran gabungan itu didalam kerajaan Melaka sebelum ini.

Beliau turut beranggapan bahawa keputusan yang dibuat Pas itu juga disifatkan sebagai perbuatan ‘nusyuz’ kepada UMNO yang mana parti itu lebih memilih untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam membentuk kerjasama.

“Saya percaya bahawa (keputusan Pas gunakan logo PN) ini akan (menyebabkan) berlaku krisis dalam Pas, pengundi Pas (sebenarnya) telah dipasak dalam otak mereka bahawa (apabila) mengundi (perlu) lambang Pas, itu telah dipasak. Maknanya, dianggap lambang itu lambang keramat.

“(Jadi saya anggap) akan ada sedikit krisis dalam mereka, tetapi (bagi PRN Melaka), kita tidak bergantung kepada krisis mereka, kami (di dalam PH juga) tidak bergantung kepada perpecahan antara BN dengan PN, BN dengan Pas,

“Pas sebenarnya (saya sifatkan) sudah nusyuz kepada UMNO. Dulu dia setia, saya anggap dia nusyuz, sebab itu dia tak nak lagi bersama dengan UMNO,” katanya, menurut laporan Astro Awani.

Mahfuz berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di lokasi jambatan runtuh di Kampung Setul, Yan pada Khamis.

Selasa lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan bahawa menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas telah meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka.

Jelasnya menerusi satu kenyataan, ketetapan itu mengambil kira panduan yang diberikan Majlis Syura Ulama (MSU) Pas yang bersidang 31 Oktober lalu selaras dengan Peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas.