Anwar: Yusoff Kalla bantah putar belit media Malaysia

Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.DSAI
“Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah,” kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.
“Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu,” kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.
Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Berita Harian, Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.
“Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan,” kata Anwar
Justeru Anwar memberitahu, peguamnya dan Yusoff Kalla akan menyelaras tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah kedua mereka.
“Mana-mana ahli arlimen yang ulang akan kita rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan,” katanya.
Berita Harian pada 29 Jun lalu melaporkan berita kononnya Anwar mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Black 505.
Laporan tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.

PELAWAK YANG PATUT KITA TONTON.LAWAK ATAU TIDAK.ULANG TAYANG


 INI SEMUA ARTIS 2ND CLASS YANG CARI DUIT KOPI RASANYA........SELEPAS DIHEBAHKAN DAN MENIKAH 4, DIA PURA-PURA MERAJUK. RUPA-RUPANYA MANGKUK ARTIST BEBERAPA EKOQ MALAUN  NI CARI MAKAN DENGAN BUAT LAWAK BODO TIBAI PAKATAN..........
















MP PKR Sg Petani Bahas Titah Diraja 2013











Apa yang kerajaan ‘pakat’ dengan Lynas? – Fuziah

Apa yang kerajaan ‘pakat’ dengan Lynas? – Fuziah

 Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan sama ada kerajaan Malaysia telah ‘berpakat’ dengan Lynas kerana kenyataan yang bercanggah berhubung bahan buangan sisa toksik radioaktif.
Fuziah membandingkan kenyataan media Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).Fuziah Salleh
Menurut Fuziah, Setiausaha Eksekutif AELB pada 8 September 2012 menyatakan Lynas wajib mengeluarkan sisa radioaktif dari Malaysia.
“Maksudnya AELB dan Mosti berkata, sisa mesti dikeluarkan daripada Malaysia. AELB menyatakan Lynas telah memberi surat terima untuk mengeluarkan sisa daripada Malaysia,” kata Fuziah di Dewan Rakyat hari ini.
Namun menurut Fuziah, dalam syarat Lesen Pengoperasian Sementara (TOL) Lynas perlu menyediakan tapak pelupusan sisa kekal (PDF) dalam masa 10 bulan.
Justeru Fuziah menyimpulkan, berdasarkan syarat tersebut, tapak pelupusan sisa kekal berada di negara ini.
“Bila kita tanya dimana tapak PDF, ia tidak diberitahu. Kalau (sisa) kena bawa keluar negara, ia perlu dibawa keluar negara.
“Sekarang, timbul laporan daripada Lynas untuk mengitar semula sisa dalam bentuk baja, nak buat jalan, nak buat gypsum boards.
“Ini bercanggah dan berbeza. Rakyat Malaysia dan Kuantan khususnya perlu tahu. Apa yang sebenarnya berlaku. Kerajaan dah ‘pakat’ dengan Lynas?, soal Fuziah