ANWAR PERTAHAN TINDAKAN LOMPAT PARTI


KUALA LUMPUR -Dato Sri Anwar Ibrahim hari ini mempertahan kan tindakan melompat parti kerana menurut beliau tindakan itu tidak salah jika ingin menubuhkan sebuah Kerajaan baru.


Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya sebentar tadi.Beliau kelihatan agak marah apabila ditanya adakah tindakan melompat parti itu adalah sesuatu yang tidak bermoral


Anwar dengann nada yang agak keras berkata"pilihanraya itu sendiri lebih banyak penipuan dan pembatalan penggunaan dakwat juga merupakan satu penipuan dari kerajaan Barisan Nasioanal"
"Apa yang tidak bermoral ialah pernipuan dan menipu,membeli undi dan calon atau ahli parlimen atau janji janji kosong di parlimen, apa yang kami tahu ialah membentuk dan membuat agenda baru Pakatan Rakyat"
"Saya menyatakan demikian ialah kerana anda mempersoalkan mengenai melompat parti buat masa ini"
"Apa yang nak dikatakan perbuatan bermoral jika kes pembunuhan tidak dapat diselesaikan dan tiada siasatan apabila seseorang mencuri RM500 juta? apakah bermoral jika menipu dalam pilihanraya? kenapakah soalan ini anda tidak bertanya kepada saya?
Sesiapa yang memahami bahawa jika kerajaan baru yang ditubuhkan ini akan membawa kebaikan ,anda mestilah memberikan sokongan.Bukan hanya bercakap mengenai ketuanan Melayu semata -mata . Apakah yang nak kita cakapkan soal moral jika sebuah kuil hindu dirobohkan tanpa ada sebarang sebab musabab.
"Buat masa ini ialah mengenai mengambilalih negara bila mana BN dan UMNO dalam keadaan yang lemah, dan sekarang mereka dalam keadaan tertekan dan panik serta membuat dan mengeluarkan sentimen perkauman dan hak serta mempersoalkan mengenai kedaulatan Melayu, malah enggan untuk berdebat dan kami rasa kami akan meneruskan dengan agenda baru kami untuk semua"
Turut menjadi persolan ialah kehadiran yang cukup bermakna Pairin Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah , manakala di sebelah Anwar ialah Mustaffa kamil Ayob,Syed Huseein Ali dan Shamsul Iskandar.


TERJEMAHAN DARI MALAYSIAKINI-WRLR

ANWAR JAWAB MAHAZALIM



SUMBER HARAKAHDAILY
Laporan Suruhanjaya Pita Lingam - Anwar jawab Mahathir


Azamin Amin


PETALING JAYA, 12 Mei (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menjawab tuduhan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ke atas dirinya berhubung isu klip video VK Lingam.
Katanya ketika insiden dan rakaman itu dibuat, beliau masih berada di penjara Sungai Buloh.
"Saya maafkan Mahathir sebab dia terlupa saya masih di penjara Sungai Buloh pada tahun 2001," katanya sinis, dalam satu sidang media di Petaling Jaya sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Mahathir bahawa klip video itu dibuat untuk tujuan peras ugut.
Dr Mahathir juga dilaporkan berkata bahawa setiapkali seseorang itu membuat rakaman rahsia, niatnya ialah untuk mengugut dan beliau bimbang 'kerajaan telah menjadikan percubaan memeras ugut itu, berjaya'.
Anwar dibebaskan pada September 2004 ketika Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri manakala Isu klip video 'Linggam' muncul pada 2002 tetapi menimbulkan kontroversi di Malaysia pada tahun 2007.
Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka, Dato' V.K. Linggam dan seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002.
Sebelum itu dalam kenyataannya Anwar menggesa kerajaan mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam skandal kehakiman seperti dirumus oleh suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam.
"Perdana menteri Dato' Seri Abdullah Badawi berhasrat melaksanakan reformasi badan kehakiman, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dalam dilaksanakan.
"Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidakadilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu di bawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut," katanya.
Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar petang tadi:
Kami mengalu-alukan penyerahan Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai video klip Lingam kepada Yang Di-Pertuan Agong dan meminta laporan itu segara didedahkan kepada umum.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat melaksana reformasi badan kehakiman, seperti mana yang beliau umumkan sebelum ini, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dapat dilaksanakan.
Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidak adilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu dibawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut.
Amat mendesak sekali untuk kerajaan mengambil tindakan wajar mengembalikan keyakinan terhadap badan kehakiman serta memastikan agar penyiasatan dan pendakwaan salah laku jenayah oleh Jabatan Peguam Negara yang bebas dari gangguan pemerintah.
Ini pastinya melibatkan beberapa percanggahan dan kaedah yang dipertikai yang sewajarnya dipatuhi oleh pihak berwajib dalam penyiasatan kes yang melibatkan pimpinan kanan kerajaan termasuk kes-kes yang tercela seperti pembunuhan dan yang melibatkan dana yang besar.
Rakyat Malaysia prihatin tentang permasalahan tersebut dan justeru itu tidak harus diremehkan oleh pemeritnhn sekarang. Sebarang tindakan yang dianggap tidak bersungguh-sungguh bagi memulihkan kewibawaan badan kehakiman pasti nya tidak akan berhasil.
ANWAR IBRAHIM - mr