SEBELUM NAK LENA..JOMM KITA FIKIR SEJENAK....AGAK AGAK NAK GELAK KA TERSEDAK SAGON

 


KEH..KEH..KALAU BAGI PAK LAWAK BUAT KERJA

 

Kecewa konon, kamu harus bertanggungjawab prestasi buruk di Sukan SEA, Peja diberitahu.



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Steven Sim berkata Ahmad Faizal Azumu sepatutnya memohon maaf kepada atlet dan semua peminat sukan Malaysia.

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu harus bertanggungjawab terhadap prestasi buruk pasukan Malaysia di Sukan SEA Ke-31, Hanoi 2022, bukannya menyalahkan atlet, kata seorang bekas timbalan menteri.

Steven Sim yang juga ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, Faizal harus sedar atlet negara terpaksa “bertempur” dalam keadaan kekurangan dana berikutan pemotongan hampir 80% peruntukan untuk persediaan temasya antarabangsa dalan Belanjawan 2022.

“Pihak yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas prestasi paling buruk Malaysia di Sukan SEA dalam 40 tahun ialah menteri belia dan sukan sendiri bukan atlet Malaysia yang terpaksa berjuang bawah keadaan serba kekurangan disebabkan kegagalan kepimpinan menteri.

“Kekecewaan yang kononnya disuarakan menteri tidak boleh diterima sama sekali, sedangkan banyak pihak termasuk saya sendiri telah memberikan amaran di Parlimen pada November 2021 bahawa sektor sukan negara bakal berdepan kemerosotan berikutan kegagalan kepimpinan menteri belia dan sukan serta pemotongan mendadak peruntukan sukan,” katanya dalam kenyataan.

Pada Jumaat, Faizal mengakui kecewa kerana kontinjen negara tidak berada di kedudukan pungutan pingat lebih baik berbanding tempat keenam ketika ini dalam Sukan SEA Hanoi.

Kontinjen negara biarpun sudah mencapai sasaran awal 36 pingat emas, masih berada di belakang Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Dalam pada itu, Steven berkata beliau berulang kali memberi cadangan penambahbaikan kepada Kementerian Belia dan Sukan namun tidak pernah diendahkan.

Beliau berkata, sudah tiba masanya Faizal mengambil langkah membina semula sukan negara melalui dasar perlindungan kebajikan atlet bagi mencungkil lebih ramai bakat baru, selain mengakui kegagalan kepimpinan beliau.

“Kini beliau pula menyalahkan atlet atas pencapaian yang merundum di Sukan SEA Hanoi. Menteri belia dan sukan sepatutnya memohon maaf kepada  semua peminat sukan Malaysia,” katanya.

KALAU TAK NYAWA NYAWA IKAN..MESTI NYAWA NYAWA AYAM..KEH..KEH. PENCERAMAH AGAMA CAKAP KALAU BERSEKONGKOL DENGAN ORANG JAHAT KITA TERPALIT SAMA.

 

Tak wujud istilah ‘nyawa-nyawa ikan’ dalam MN, kata Takiyuddin



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Takiyuddin Hassan berkata, bukan mudah untuk PAS dan Umno
 mewujudkan Muafakat Nasional, selepas kedua-dua parti bertembung
 dalam arena politik negara selama berpuluh-puluh tahun.

PETALING JAYA: Tiada istilah “nyawa-nyawa ikan” untuk gagasan Muafakat Nasional (MN), selagi tiada pihak yang membatalkan piagam dibentuk menerusi kerjasama politik antara PAS dan Umno itu, kata Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata, bukan mudah untuk PAS dan Umno mewujudkan MN, selepas kedua-dua parti bertembung dalam arena politik negara selama berpuluh-puluh tahun.

“Saya tidak tahu yang disebut ‘nyawa-nyawa ikan’ itu siapa, sebab MN ada banyak pihak. Namun bagi kita, untuk mewujudkan gagasan MN ini bukan satu usaha mudah, Alhamdulillah kita berjaya mengorak satu langkah yang berkesan untuk menyatukan umat Melayu dalam satu gagasan, iaitu MN.

“Bagi saya, mereka yang terbabit secara langsung mewujudkan MN amat sayang kepada gagasan ini dan orang yang tidak sayang kepada MN atau mengatakan pelbagai itu, boleh jadi dia tidak terbabit secara langsung,” katanya menurut laporan Berita Harian.Beliau mengulas kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan kerjasama Umno dan PAS menerusi MN sebagai “nyawa-nyawa ikan”.Zahid dilaporkan berkata, soal masa depan MN wajar dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti itu, sebelum hasilnya dibawa kepada pimpinan dua parti untuk diputuskan.

Takiyuddin yang juga menteri tenaga dan sumber asli berkata, PAS masih yakin MN merupakan gagasan terbaik bagi menyatukan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kaum.

Katanya, MN masih wujud dan diterima sehingga kini, malah tiada siapa yang menandatangani perjanjian pembatalan gagasan itu.

“Setakat saya tahu, tidak pernah (sesiapa) menandatangani satu dokumen membatalkan MN, dia macam kita buat satu perjanjian antara pihak A dan B, selagi A dan B tak membatalkan perjanjian itu, ia hiduplah.

“Sehingga mana-mana pihak ini membuat satu perjanjian dipanggil ‘revocation’, iaitu membatalkan perjanjian itu, barulah terbatal. Ini tak ada orang membatalkan MN, (bermakna) MN masih hiduplah, tak timbul ‘nyawa-nyawa ikan’, hidup itu hiduplah. Kita kena optimis.”

Nilai ringgit susut bukti dunia hilang keyakinan terhadap Malaysia, kata Anwar

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Anwar Ibrahim berkata perancangan bersesuaian bagi pemulihan sepatutnya memerlukan pemikiran kompleks, selain kemampuan memahami kerumitan ekonomi semasa.

PETALING JAYA: Nilai ringgit susut menunjukkan dunia sudah hilang keyakinan terhadap Malaysia, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar berkata penyelesaian jangka pendek dan pembaikan segera dilakukan kerajaan masih tidak mencukupi.

“Kita memerlukan kepimpinan yang pertamanya menginspirasikan keyakinan rakyat sebelum kita bermimpi berinspirasi keyakinan luar dan seterusnya pelaburan.

“Perancangan bersesuaian bagi pemulihan sepatutnya memerlukan pemikiran kompleks, selain kemampuan memahami kerumitan ekonomi semasa,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu yang juga bekas menteri kewangan, menjelaskan rakyat Malaysia terperangkap dalam pusingan di mana rakyat berhempas pulas bekerja dan mendapat hasil sedikit, manakala harga barang keperluan pula melambung tinggi.

“Saya menggesa kerajaan memberi penyelesaian jangka panjang kepada rakyat yang mampu menginspirasikan keyakinan yang diperlukan kita semua.

“Bekerja untuk rakyat menjadi perkara terpenting bagi membawa negara ini kembali dan anda, rakyat, layak mendapat ganjaran setimpal bagi penat lelah bekerja,” kata presiden PKR itu.

Nilai ringgit melepasi RM4.40 berbanding 1 USD minggu lalu sejak bermulanya pandemik Covid-19, namun pulih sedikit pada kadar RM4.38 berbanding 1USD, pada Jumaat.


MAFI KATA 15 TAHUN BARU INDUSTRI PENANAMAN JAGUNG STABIL


"Dalam kos kasar penternakan ayam, kira-kira 70 peratus atau RM1.70 adalah peruntukan untuk makanannya. Kos lain amat kurang, jadi sebab itu kita perlu lihat dulu apa kaedah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan isu membabitkan 70 peratus itu. "Oleh itu, industri ini sedang kita bina. Soal tempoh sebenarnya bergantung kepada kebersediaan petani, berapa banyak pengeluaran kita dan kualiti produk yang kita hasilkan kerana cabaran di situ banyak.

JOM LIHAT APA TIMBALAN MENTERI CAP AYAM NI BUAT KETIKA RAKYAT BERGELUT DENGAN REGA AYAM

 Nur AshaViral PKR

Bila menteri KERAJAAN TEBUK ATTAP TAK BUAT KERJA...JOM LIHAT APA PAK LEBAI SEKOQ NI BUAT..DULU DIA KATA PADI DI SINGAPURA ADA..APA PUNYA MANGKOK.SILA KE LINK ROSLI YUSOF

0:00 / 3:24
Jemputan ke majlis hari raya... sila oooo sila...
Apa!!!! Harga barang keperluan naik harga???
Ana peduli apa... ana sibuk sambut hari raya ni..
Raya kan sebulan.....