Setahun Anwar dipenjara



Di tengah sepi malam
Penjara Sungai Buloh itu seperti tertegun
Seolah-olah bertanya
Apa sebenarnya yang telah berlaku
Tembok batu dan besi itu tidak mengerti apa-apa
Bahawa di dalamnya ada Anwaar Ibrahim.
Kini genap setahun, 10 Februari lalu
DS Anwar Ibrahim mendekam
Dalam penjara Sungai Buloh
Maka penjara itu menjadi masyhur
Kerana Anwar di dalamnya
Demikian hebatnya.
.
Di sinilah aku teringat kata-kata Mahatma Ghandi
“You can arrest me, you can jail me
But you cannot defeat me.”
Demikianlah Anwar boleh dipenjarakan
Tetapi tidak mungkin dapat dikalahkan
Sebab perjuangan itu sendiri adalah kemenangan.
Di luar penjara itu bersama angin malam
Ribuan berikrar meneruskan perjuangannya
Dan Anwar tidak keseorangan
Pejuang besar ini simbol sebuah ketabahan
Yang tidak akan terpadamkan
Bahawa perjuangan itu tidak pernah sia-sia.
Kepada DS Wan Azizah
Dan anak cucu tersayang
Kamu menjadi keluarga mulia
Mungkin satu dalam sejuta
Kerana telah membayar dengan mahal
Harga perjuangan itu.
Ketabahanmu dan anak cucumu
Sangat luar biasa, tiada tandingan
Bagai gunung yang demikian teguh
Kerana engkau telah membina kekuatan ini
Sejak lama dulu
Menyebabkan tidak akan terkalahkan.
Kini ketika negara dalam kemelut tiada hujungnya
Ketika yang benar dikatakan salah
Yang salah dikatakan benar
Rakyat seperti terdengar kembali bisikanmu, Anwar
Bahawa kezaliman itu akan berakhir juga
Tunggulah saatnya.
Abdul Shukur Harun
Subang Jaya
10 Februari 2016

Ekonomi tidak menentu: Najib takut bubar Parlimen?


Dr Zulkefly AhmadDr Zulkefly AhmadPerdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dilihat tidak akan mempunyai keberanian membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini ekoran situasi ekonomi negara yang tidak menentu, kata Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, Najib perlu berfikir banyak kali untuk tujuan tersebut bagi menyelamatkan diri, parti serta barisan kepimpinan yang diketuainya.
“Seorang perdana menteri tidak akan melakukan kejutan dengan menamatkan pemerintahannya melalui pilihanraya mengejut atau ‘snap election’ ketika keadaan ekonomi melembap dan negara dalam pelbagai keberantakan.
“Tambahan jika semua angkara itu ada hubungkait dengan diri perdana menteri,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengimbas Belanjawan Pakatan Harapan 2016 dengan tema 'Mengelak Krisis' atau 'Averting A Crisis' yang meramalkan kegawatan ekonomi akan bermula suku ketiga tahun ini, beliau berkata, jangkaan tersebut menyamai Laporan Unjuran Ekonomi oleh Bank Negara Malaysia yang diumumkan semalam.
“Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang selalu optimis atau bullish, kali ini mengakui akan hakikat senario suram yang mungkin menjadi lebih gawat lagi ke hujung tahun ini.
“Laporan Unjuran (Outlook) Bank Negara semalam meramalkan pertumbuhan akan 'perlahan' ke paras 4.0 hingga 4.5 peratus untuk tahun 2016,” jelasnya.
Mengulas pertumbuhan tahun 2105 ialah 5.0 peratus yang dipacu oleh permintaan domestik dan merupakan tahun kedua penurunan pertumbuhan berturut-turut, beliau berpendapat implikasi tersebut pastinya besar buat sebuah negara.
“Faktor-faktor utama penyebab ini dikaitkan dengan kelemahan harga LNG - Liquefied Natural Gas (Malaysia adalah negara kedua terbesar pengekspot LNG), nilai ringgit yang lemah, penurunan pertumbuhan perbelanjaan isi rumah dan pengurangan pertumbuhan pelaburan swasta serta risiko akibat hutang 1MDB,” ujarnya.
Selain itu, ujarnya, cabaran ekonomi negara juga dapat dilihat pada jangkaan lonjakan inflasi antara 2.5 peratus ke 3.5 peratus berbanding inflasi 2.1 peratus pada 2015 serta kadar pengangguran pada paras 3.3 peratus pada Disember tahun lalu.

“Semua cabaran ini perlu didepani disamping gangguan atau lebih tepat lagi gugatan dari skandal 1MDB, melibatkan dana melebihi AS$11 bilion dan perihal 'derma' AS$700 ke dalam akaun Najib, yang belum terungkai, mengikut laporan Reuters itu Berani Najib membubar Parlimen terdekat ini?” soal Dr Dzulkefly lagi.

Dalam hal berkaitan, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebelum ini dilaporkan berharap siasatan berhubung 1MDB dapat dilengkapkan sebelum beliau mengakhiri perkhidmatannya April
ini.