ZAHID SAHKAN KEBEBALAN ISMAIL SABRI PASAL KWSP AKAN JATUHKAN UMNO?
((BANJIR)) DATO KAMAL: RAKYAT MULA TOLAK UMNO? SOKONGAN KEPADA PH MENING...
AZMIN ZURAIDA BAKAL DIGUGURKAN ? | PANAS!! MENTERI BERSATU BAKAL DIGUGURKAN DARI ...
Donia retis : Ini profil dan fakta menarik yang membuat Heliza terpikat dengan Datuk Seri Mahadi
watandaily
Siapa tidak kenal dengan penyanyi Heliza Helmi yang cukup aktif dengan misi bantuan di Gaza. Sebelum ini Heliza pernah mengakui dirinya tidak pernah berasa tertekan masih belum mendirikan rumah tangga walaupun sudah berumur 35 tahun (2021).
Bagaimanapun, siapa sangka 1 Januari 2022, Heliza yang masuk umur 36 tahun dikejutkan dengan berita perkahwinan Heliza bersama seorang usahawan. Berita perkahwinan Heliza ini tersebar apabila ada gambar menunjukkan majlis pernikahan mereka di sebuah masjid.
Mesti ramai yang terkejut kan?
Berita mengenai perkahwinan itu dimaklumkan seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya, mohdizharariff_official hari ini yang turut memuat naik gambar pasangan tersebut.
BACA JUGA : [Video] Heliza helmi kini Datin Seri setelah sah bernikah dengan Datuk Seri
“TAHNIAH KEDUA ADINDA SAYA Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan debgan izin Allah.. Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dalat hadir hari ini kerana berada di kuar kawasan… Esok kita jumpa ye..”
Bukan calang-calang suami Datin Heliza Helmi
Tiada angin tiada ribut, siapa sangka Heliza Helmi hari ini telah selamat diijab kabulkan bersama pasangan yang bukan calang-calang orangnya. Dalam bidang kewangan, suaminya iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman merupakan antara nama yang cukup disegani ramai.
Beliau mula melibatkan diri dalam industri tersebut pada usia 21 tahun, sebelum kini bergelar antara pengasas syarikat perancangan kewangan tersohor di rantau Asia.
Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman terima anugerah The Jewels of Muslim World 2019.
Perunding kewangan yang cukup popular Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman antara anak melayu yang telah mencapai kejayaan pada usia yang sangat muda. Rentetan daripada kecemerlangan beliau, tidak hairanlah begitu banyak pengiktirafan yang beliau perolehi seperti Top CEO Award 2004, Youngest Million Dollar Producer, Youngest Agency Manager (CIMB) dan yang terkini Anugerah The Jewels of Muslim World 2019.
Ok jom kita berkenalan dengan Dato’ Sri Mahadi. Beliau adalah pengasas Financial Genius Group (FGG) yang telah memulakan kerjaya sebagai perunding kewangan sejak berumur 21 tahun dan kini pada umur 37 tahun, beliau telah mencatat sejarah sebagai penerima termuda Anugerah The Jewels of Muslim World.
Seronok dengar perkongsian yang sangat positif dari Dato’ Sri Mahadi, tentang bagaimana beliau bermula, kenapa beliau bermula, bagaimana beliau menangani jatuh bangun sebuah perjuangan demi menuju kejayaan dan paling Misz-ella suka adalah apabila beliau menjadikan ibu beliau sebagai sumber inspirasi untuk berjaya *tersentuh hati keibuan Misz-ella, tau* Bukan calang-calang personaliti popular dunia yang pernah menerima anugerah hebat ini.
Antaranya adalah Dr. Mufti Ismail Menk, Ahli tinju dunia Muhamad Ali, Prince Al Waleed dari Arab Saudi dan ramai lagi.
Bila ditanya apakah perasaan beliau apabila diberi pengiktirafan setaraf dengan personaliti terkenal bertaraf dunia ini .. jawapan beliau adalah Syukur ke hadrat Allah SWT dan semoga kejayaan ini bakal membuka jambatan perhubungan bagi membolehkan beliau melangkah jauh membawa nama FGG ke persada antarabangsa.Dengar khabar, Dato’ Sri Mahadi dah dapat jemputan dari tiga negara untuk berkongsi ilmu yang beliau ada untuk masyarat di sana.
Profil
Tahniah Dato’ Sri. Sejujurnya, saya sangat kagum dan terinspirasi dengan kisah kejayaan Dato’ Sri ini. I’m sure it’s not easy to keep your momentum continuously and consistently but you made it. Bak kata Dato’ Sri tadi, it’s ok to be negative once a while but you need a useful believe yang akan pull you ke depan. Very meaningful kata-kata tu, kan.
Heliza Helmi selamat di ijab qabulkan dengan Datuk Seri
Dato’ Sri Mahadi juga dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk “Fundamental Components to Forge 21St Century Leaders” dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam.
Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3:45 petang dan berakhir pada jam 4:45 petang.
Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman telah berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.
Tampil menawan pakai busana pengantin putih…persis seorang puteriMenerusi rakaman dimuat naik jurugambar Aqo Imran, selebriti serta aktivis kemanusiaan tersebut dilihat cukup menawan apabila tampil ke acara akad nikah sambil memakai busana pengantin berona putih.
Lebih manis lagi, Heliza turut diiringi oleh ahli keluarganya yang sepadan memakai baju tema berwarna merah jambu.
Macam tak percaya Heliza dah kahwin…DS Mahadi orangnya hebat pula, moga hubungan kekal hingga Jannah.
Gomez, Borhan dan Abu Zahar, Azam Baki terbela?
OLEH : MSO
Gomez, Borhan dan Abu Zahar,
ANALISA ISU
|
Edmund L Gomez dan Azam Baki. |
PELETAKAN jawatan Edmund Terence Gomez sebagai ahli panel
perunding SPRM baru-baru ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi
perhatian dan menganalisa apakah sebab musababnya. Peletakan itu bukan
main-main, atau saja-saja tanpa mesej jauh sekali sama dengan peletakan jawatan
presiden FAM atau sewaktu dengannya.
SPRM adalah sebuah badan yang menjaga keselamatan dan memastikan
integriti negara sebagai sebuah kerajaan. Tujuan SPRM diwujudkan untuk
mencegah perbuatan rasuah yang boleh menjahanamkan negara. Rasuah lebih bahaya
daripada dadah atau dakwah menunggangkan agama.
Jadi apabila seorang ahli
apa lagi sebagai panel perunding atau lembaga penasihat meletak jawatan akibat
tidak berpuas hati apa yang dilihat dan dinasihatinya maka badan itu sudah rosak
dan cacat. Yang terbabit pula seorang professional dilihat tidak ada apa-apa
kepentingan politik dan peribadi.
Gomez meletak jawatan apabila beliau kesal dan kecewa dengan apa
dibangkitkan berkaitan badan itu sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli penal
perunding yang dikira boleh diajak berunding. Subjek dibangkit berhubung
perniagaan dengan pihak penguat kuasa badan itu.
Secara terus terangnya beliau tidak senang hati dengan laporan
salah laku membabitkan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Azam Baki yang dikatakan memiliki saham-saham
tersenarai di pasaran awam sebanyak RM2 juta. Bertolak dari situlah
beliau telah menulis kepada pengerusi Panel Perunding, Burhan Dollah dan
juga Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM Abu Zahar Ujang sendiri
mengambil perhatian apa dibangkitkan itu.
Beliau mahu salah laku terhadap Azam itu disiasat kerana isu itu
sudah tersebar luas yang boleh menjejaskan integriti SPRM. Tetapi malangnya
setelah tiga kali beliau menulis, memaklumkan perkara itu untuk perhatian
Burhan dan Abu Zahar tetapi ia tidak diambil apa-apa tindakan.
Kerana kesala sikap dua manusia itulah, maka beliau meletak
jawatan.
Peletakan jawatan itu mengejutkan umum dan menjadi tandatanya.
Dari sudut lain umum menyuluh SPRM ada masalah.
Sebagai reaksi atas tindakan Gomez itu Burhan dan Abu Zahar
telah menafikan yang Gomez ada memaklumkan tentang Azam Baki itu kepada mereka.
Burhan mengatakan dia tidak tahu atau menerima sebarang pemakluman itu.
Sebaik Burhan, membuat kenyataan itu, Gomez menempelak balik
dengan memberi tahu beliau sudah berkali-kali menulis dan menghantar email
kepada Burhan tentang perkara itu. Burhan tidak senang dengan kenyataan balas
Gomez dengan meminta agar Gomez tidak mempolitikan isu berkenaan. Kenyataan Burhan
itu agak kasar dan emosi, siapa yang hendak mempolitikan siapa dalam hal
ini.
Umum tidak nampak Gomez hendak bermain politik apabila
membangkitkan sesuatu keadaan yang boleh mencalar balarkan SPRM. Bukankah
tindakan itu untuk memastikan tidak wujud kepentingan peribadi oleh oknum-oknum
tertentu dalam SPRM.
Kemudian Abu Zahar juga turut menafikan ada menerima pemakluman
oleh Gomez itu di samping menyatakan pihaknya tidak akan berkompromi dengan
mana-mana tindakan tidak profesional terhadap mana-mana anggota SPRM.
Ertinya bagi Zahar Ujar tindakan Gomez itu menyalahgunakan
professionnalisme diamalkan SPRM. Tanpa menyebut apakah bentuk professional
SPRM, Abu Zahar meminta Gomez membuat laporan polis. Dalam masa sama juga
keengganan Gomez daripada berjumpa dengannya. Apakah perlu Gomez membuat
laporan polis kalau beliau sudah membuat laporan kepada pengerusi panel dan
pengerusi lembaga penasihat.
Bukankah dengan apa yang dilaporkan itu sudah cukup asas dan
dalil untuk membuat siasatan dalaman.
Abu Zahar dan Burhan boleh memanggil Gomez dan Azam Baki
bersemuka untuk menyelesaikan apa dibangkirkan Gomez itu.
Disinilah orang seperti Abu Zahar dan Burhan memerlukan
kebijaksanaan dan nilai pimpinan berhemah.
Dengan menafikan yang mereka konon tidak menerima pemakluman
(surat) daripada Gomez itu nampak sangat untuk menutup kes berkenaan atau
menyimpannya di bawah karpet. Ia juga semacam hendak membela dan menyelamat
Azam Baki.
Cara dan tindakan Abu Zahar dan Burhan itu bukan dapat menjaga
wibawa SPRM sebaliknya menjadikan badan itu diragui sepanjang masa, sementelah
banyak kes-kes yang dikendalikan oleh badan itu untuk pendakwaan menimbulkan
persoalan.
Seharusnya baik Burhan atau Abu Zahar tidak bertindak seperti
mahu menyelamatkan Azam Baki dan menafikan dakwaan Gomez, tetapi membuat
siasatan menyeluruh kemudian mengeluarkan kenyataan yang boleh menyakinkan dan
menjawab dakwaan itu Gomez itu bukannya kenyataan yang tambah mengelirukan dan
menampakan mereka sebagai BANGKAI berada disitu.
Apakah tunggu arahan daripada perdana menteri? Ismail
Sabri Yaakob sesekali tidak akan cuba bercakap mengenai dakwaan salah
laku Azam Baki itu, apa lagi membuat arahan seperti dia mengarahkan supaya
Ahmad Faizal Azmu, Menteri Belia dan Sukan balik daripada bercuti. Tidak. [wm.kl.9:48
an 31/12/2021]
Fahmi Fadzil: Menteri Wilayah Berikan Komitmen Tidak Akan Menjual Lagi K...
Hannah Yeoh: Laporan Polis Berkenaan 6 Kolam Takungan Banjir Diluluskan ...
OOOOO...KES AURAT PRAMUGARI SELESAI BELUM ? KUNCI LORI MANA ...KUNCI LORI...
Tengok siapa yang kata jangan jadikan isu politik ni.
Dulu kes aurat pramugari pun jadi isu politik. Kes pemandu mabuk
jadi isu politik. Kes gaduh, kes langgar mati, segala benda jadi isu politik.
Kalau boleh, berak sembelit pun nak jadi isu politik.
Tapi bila dia pegang kuasa, bila kerajaan lembab, enggan bantu
rakyat, bantuan tak sampai, semua jangan jadi isu politik. Terus kaitkan dengan
ibadah. Kena tang dia, semua dikait agama. Hipokrit!
WARISAN AKAN MAUT KALAU KERJASAMA DENGAN MUDA.
Warisan sendiri pun bakal maut kalau kerjasama dengan Muda je.
Di Sabah pun Warisan dan nyawa nyawa ikan.
Kau nak run solo, tak boleh survive. Jadi kau nak kena kerjasama
dengan parti lain. Tapi siapa yang nak korbankan kerusi untuk parti kau? Orang
dah bertahun bertanding di situ.
Sebab itu aku cakap, penubuhan parti baru ini hanya untuk pecah
belahkan rakyat. Supaya kaum yang zalim boleh kekal memerintah. Tujuannya nak
pembangkang kalah.
Masa Keadilan ditubuhkan, memang politik negara kita ada lompong
yang besar untuk sebuah parti berbilang kaum. Parti yang menjadi jambatan
antara PAS dan DAP.
Ketika Amanah ditubuhkan, ia mengambil tempat PAS secara
keseluruhannya. Tidak ada cerita rebut kerusi kerana Amanah ambil semua kerusi
PAS. Kalau ada rundingan pun sikit sikit je.
Malah ketika Warisan ditubuhkan di Sabah pun, ia mengisi
aspirasi rakyat Sabah yang mahukan parti lokal menguruskan negeri mereka.
Tapi Muda ditubuhkan untuk apa? Mewakili orang muda? Setiap
parti ada sayap gerakan pemuda. Tak ada keperluan pun untuk Muda ditubuhkan.
Dan kalau Muda dan Warisan kerjasama dengan PH, tiada tempat
untuk mereka. Kena ada parti yang mengalah. Tapi kalau parti itu mengalah, ahli
akan marah. Jadi bagaimana?
Cara paling mudah, parti yang gila sangat mahukan Warisan dan
Muda masuk PH, mereka yang kena korbankan kerusi untuk kedua parti ini.
Atau Warisan dan Muda lawan PN, BN dan PH sekali jalan. Dan itu
akan memenangkan BN. Tak kisahlah. Janji Warisan dan Muda boleh masuk
pilihanraya. Macamana?
Sebab itu aku jelas sebutkan, kemasukan Warisan ke Semenanjung
dan penubuhan Muda hanya untuk pastikan BN kekal berkuasa. Mereka hanya proksi
seseorang untuk tewaskan PH. Itu sahaja.
.
TAHUN BERGANTI, KERAJAAN GAGAL TETAP SAMA
Kerajaan tanpa mandat rakyat ini telah bertukar PM sebanyak dua
kali tidak sampai dua tahun. Tukar pemandu tetapi tetap dengan kereta buruk.
Sekarang, kereta buruk dengan pemandu yang gagal ini akan bawa kita ke tahun
2022.
Jatuhnya kerajaan PH yang dipilih oleh rakyat atas perancangan
jahat mamak bendahara Mahathir kutty, dibantu oleh si sembab dan semburit dan
disokong pula oleh kumpulan kleptokrasi campur puak lebai penjual agama, apakah
kita harapkan kerajaan ini diberkati Tuhan?
Tolak pengkhianat dan sekutunya yang bersama dalam kerajaan
gagal ini.
WFAUZDIN NS
Panas! Mahfuz kata jemaah menteri busuk hati perut
Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan jemaah menteri menaikkan kadar maksimum kompaun terhadap individu dan pertubuhan perbadanan dalam pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan kadar maksimum kompaun terhadap individu dan pertubuhan perbadanan sehingga masing-masing RM10,000 dan RM1 juta sebagai tidak masuk akal.
“Bagaimana Kabinet boleh bersetuju untuk pindaan ini? Buat undang-undang macam tulis di kedai mamak. Saya bukan mahu menghina pengusaha kedai mamak.
“Mesyuarat Kabinet lulus macam di kedai mamak. Inilah undang-undang yang diluluskan di Kabinet untuk dibawa ke dalam Parlimen.
“Tergamak jemaah menteri termasuk Menteri Agama dan seluruh anggota Kabinet daripada Umno dan Bersatu. Tergamak buat undang-undang denda RM100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.
“Apa punya hati perut jemaah menteri, busuknya hati perut,” katanya dalam forum menerusi saluran ThePerspektifTV.
Mahfuz yang juga bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia menegaskan pindaan terhadap Akta 342 dalam usaha memerangi Covid-19 tidak harus menghukum.
“Kita mahu ada kawalan, kena pakai pelitup muka, ikut SOP, tapi biar yang berpatutan,” tambahnya lagi.
APA HAL PULAK TAK BELEH TEGUR KERAJAAN. RAKYAT BUKAN WALAUN . BUKAN JUGA MAKAN GAJI BUTA ..
Hadi rayu rakyat jangan hentam kerajaan kegagalan urus bencana banjir
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta semua pihak berganding bahu bersama kerajaan dalam mendepani bencana banjir yang melanda negara ketika ini.
Beliau berkata, sekarang bukan masanya untuk saling menyalahkan antara satu sama lain sebaliknya masa untuk sama-sama bekerja membela golongan yang terjejas akibat bencana itu.
“Saya tertarik dengan usaha kerajaan yang bergabung bersama badan bukan kerajaan (NGO), turun ke lapangan bekerja bersungguh-sungguh.
“Kita perlu sedar bahawa bencana alam ini tidak diduga. Apabila tidak diduga biasanya akan wujud kelemahan. Jadi, jangan tumpu kelemahan itu untuk kritik atau hentam. Sepatutnya tolong selesaikan kelemahan itu,” katanya.
Banjir besar yang melanda Lembah Klang, beberapa daerah di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka hingga menjejaskan lebih 63,000 mangsa sebelum ini menjadi tumpuan seluruh rakyat negara ini.
Isu berkenaan menjadi hangat setelah ramai pihak tampil mempersoalkan kecekapan pihak keselamatan dalam menyelamatkan mangsa yang terjejas.
KAH..KAH..KAH...UMNO KATA JANGAN BUAT MEMANDAI- TAK DAK KENA MENGENA DENGAN MN-ATAU TAKUT KEHILANGAN NEGERI YANG DI PERINTAH AKIBAT LANGKAH SAYTON ?
DENGAR CAKAP AMBO....KAH..KAH...KAH
??????????
Panas! Hadi ajar Umno cara nak urus parti
Majoriti Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mahu bekerjasama mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu diakui Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan menyifatkan usaha tersebut membolehkan rundingan kerusi bersama UMNO dicapai bagi mengelak pertembungan kerusi dalam PRU15.
“Saya difahamkan walaupun bukan semua tetapi majoriti Ahli Majlis Tertinggi UMNO mahu bersatu dan bekerjasama (bersama Pas).
“Orang UMNO kena ikut pemimpin (Majlis Kerja Tertinggi) bukan bahagian-bahagian. Bahagian-bahagian ini akar umbi. Itu lain cerita. Kita tak boleh pakai demokrasi Barat. Kena ikut kepimpinan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, katanya beliau menyokong kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang menegaskan supaya rundingan kerusi antara parti-parti Melayu Islam perlu dilaksanakan semaksimum mungkin bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRU15.
“Memang kita tidak mahu tiga penjuru. Kita mahu Melayu Islam termasuk bukan Islam yang tidak ekstrem dan yang menjunjung perlembagaan untuk bersama dalam Perikatan Nasional (PN) ketika pilihanraya. Kita turut mengajak UMNO,” katanya.
Pada Khamis, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dalam kenyataan menegaskan akan terus memperkasa MN dan PN dalam usaha menyatukan kuasa politik umat Islam demi maslahah terbaik buat agama serta negara.
Katanya, perkara itu diputuskan dalam Muzakarah Majlis Syura Ulama yang bersidang pada Rabu.
Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin ketika Wawancara Khas ‘Dilema Covid dan Politik’ menerusi Facebook UMNO Online pada Khamis mengakui beliau telah serasi bersama Pas dalam jemaah menteri.
“Kita ada kerjasama yang baik jadi biarlah kita fikir dengan baik mengenai perkara ini dan jangan membuat apa-apa keputusan secara terburu-buru,” ujarnya.
Amaran hujan berterusan di kebanyakan negeri hingga Selasa
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan peringkat jingga (buruk) di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor hingga Isnin ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan 1 tengah hari tadi memaklumkan hujan lebat berterusan itu membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang; Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor; serta seluruh Melaka.
Hujan berterusan peringkat kuning (waspada) pula dijangka berlaku di Perak melibatkan daerah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Selangor; Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson); dan Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru) hingga Isnin.
Amaran tahap waspada itu turut dijangka berlaku hingga Selasa (4 Jan) di Kelantan, Terengganu, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) serta Sabah iaitu di Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan), serta Kudat.
PeKT ditamatkan awal: BN mulakan strategi sekat pengaruh PN?
Penamatan awal khidmat Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di
seluruh negara mulai 1 Januari 2022 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) dilihat sebagai usaha kerajaan BN untuk menyekat pengaruh
Perikatan Nasional (PN) di peringkat akar umbi.
Menurut Mantan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Selangor
itu lagi, penamatan PeKT boleh menjimatkan dana kerajaan dan boleh disalurkan
untuk keperluan yang lebih penting, berbanding mendanai ahli politik PN di
kawasan pembangkang.
Usah berlagak seperti jurucakap tak bertauliah Umno, ketua bahagian beritahu Hadi
Bersungguh benar nampaknya kerajaan memberi hujah berhubung keengganannya membenarkan pencarum mengeluarkan wang RM10 ribu daripada simpanan KWSP.
Semalam, dalam perutusan khasnya, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menghuraikan beberapa jenis bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan dengan bencana tersebut serta mengaitkannya dengan ketidakperluan mengeluarkan wang KWSP.
Katanya, dengan pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan, pengeluaran wang daripada KWSP tidak lagi diperlukan oleh mangsa banjir.
“Keseluruhan pemberian tunai yang disediakan kerajaan kepada mangsa banjir boleh mencecah RM10 ribu bagi setiap ketua isi rumah.
“Inilah usaha kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat tanpa perlu mereka mengeluarkan wang simpanan KWSP,” tegas beliau.
Hari ini Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz pula berkata, kerajaan akan membebankan generasi akan datang jika sekali lagi memberi kebenaran kepada pencarum mengeluarkan simpanan KWSP mereka.
Menurut beliau, kerajaan selama ini tidak pernah membenarkan pengeluaran KWSP semasa bencana seperti banjir kerana pelbagai jenis bantuan dan pemberian tunai akan disediakan untuk membantu mereka.
Tambahnya, bagi tujuan memenangkan kebajikan rakyat, langkah populis yang dicadang sesetengah pihak itu bukanlah langkah yang tepat.
“Akhirnya, rakyat juga yang akan terkesan pada jangka masa panjang dan anak cucu kita yang dibebani dengan kos menampung warga tua,” katanya.
Tengku Zafrul turut mempersoalkan niat pihak yang mendesak pengeluaran itu dengan menggunakan alasan ia bertujuan membantu masyarakat Melayu.
Ini kerana katanya, hampir 50 peratus pencarum KWSP atau enam juta orang hanya mempunyai baki caruman kurang daripada RM10 ribu.
“Hal itu bermakna, jika pun pengeluaran itu dibenarkan, enam juta pencarum tidak menerima manfaat untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka.
“Jika betul pihak ini ingin memperjuangkan nasib orang Melayu, walaupun maklum ramai yang tidak mempunyai cukup simpanan, apakah niat sebenar mereka memperjuangkan pengeluaran tambahan itu?” katanya lagi.
Selain itu, ujar Tengku Zafrul, dengan simpanan kurang daripada RM10 ribu yang dimiliki enam juta ahli KWSP sedia ada, mereka tidak dapat bersara dengan selamat.
“Pengeluaran tambahan juga akan menjadikan jumlah pencarum dengan simpanan kurang daripada RM10 ribu meningkat kepada hampir tujuh juta orang,” ujarnya memberi peringatan.
Kebenaran itu jika dibenarkan, tambah Tengku Zafrul, akan memaksa KWSP melupuskan pelaburan, sekali gus mengurangkan dividen ahli.
“Ini akan mewujudkan impak susulan kepada pasaran bon dan saham negara, mengakibatkan keruntuhan keyakinan pelabur dalam dan luar negara,” tegas beliau.
Begitu pun, sebagaimana kita semua sedia maklum, pihak yang kuat mendesak pengeluaran KWSP ini ialah UMNO, khususnya Zahid Hamidi, Mohamad Hasan, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Najib Razak dan sebahagian besar pimpinan dalam hireaki MT yang lain.
Tuntutan UMNO berkenaan dengannya bermula sejak era Mahiaddin Md Yasin memegang jawatan Perdana Menteri lagi.
Sebagaimana ketika itu Tengku Zafrul bertegas menolaknya, setelah jawatan Perdana Menteri kini diambil oleh Ismail Sabri pun, beliau kekal dengan pendirian yang sama.
Malah dengan Ismail Sabri turut menolak perkara itu, meski dirinya adalah pemimpin UMNO, beliau turut dituduh oleh Dr. Asyraf sebagai hanya mendengar nasihat Tengku Zafrul semata-mata.
“Dengarlah rintihan rakyat, jangan dengar nasihat Tengku Zafrul saja,” ujar beliau memberi ingatan kepada Ismail Sabri.
Dengan semua ini, apakah Ismail Sabri akan dijatuhkan tidak lama lagi dan gerakan ke arah itu bakal menjadi lebih rancak sebaik bermulanya tahun 2022? –
ShahbudinHusin 01/01/2022.
Tu lah Hadi...jangan memandai mengatur urusan Umno. Kau bukan jurucakap Umno pun.Kang kena kapirkang ...kah..kah...
Usah berlagak seperti jurucakap tak bertauliah Umno, ketua bahagian beritahu Hadi
PETALING JAYA: Pemimpin bahagian Umno membidas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak perlu berlagak seperti jurucakap tidak bertauliah Umno yang seolah-olah memperkecilkan peranan mereka dalam membawa suara akar umbi bertegas tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu.
Mereka merujuk dakwaan Hadi yang majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno cenderung untuk terus bekerjasama dengan partinya, di sebalik pendirian PAS mahu bersama Bersatu.
Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata tindakan Hadi yang bertegas mahu bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) memperlihatkan wajah sebenar PAS yang tidak mendengar suara akar umbi mereka dalam mempertimbangkan sebarang keputusan.
“Di dalam PAS, mungkin mereka akan ikut apa sahaja yang dikatakan pemimpin, walaupun ia tidak benar, umpama suatu ketika dahulu Umno dikafirkan oleh mereka, tetapi sekarang tak pula?
“Tetapi dalam Umno, keputusan Umno dari Perhimpunan Agung Umno…dari bawah, kalau MKT nak, tetapi akar umbi tak mahu, tidak akan jadi kenyataan. Hadi kena faham kaedah Umno ini…MKT boleh ditukar bila-bila masa, tetapi MKT tak boleh tukar akar umbi.
“Kalau tak ada angin kenapa pokok bergoyang? Tak payahlah nak jadi jurucakap kepada Umno, tiada orang suruh pun,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Hadi yang “menasihatkan” ahli Umno mengikut keputusan dibuat MKT, bukannya pandangan pemimpin di peringkat bahagian.
“Saya difahamkan majoriti ahli MKT Umno (mahu) bekerjasama. Umno kena ikut pemimpin…majlis tertinggi dia, bukan bahagian-bahagian. Bahagian-bahagian ni akar umbi…itu lain cerita,” kata Hadi selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang semalam.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Shafei Abdullah berkata akar umbi Umno jelas sepakat tidak mahu menjalin kerjasama dengan Bersatu, tetapi PAS tetap berkeras mahu Umno menerima “sahabat” mereka dalam Muafakat Nasional (MN).
“Akar umbi yang tidak mahu dengan Bersatu sebab sikap Bersatu di bahagian-bahagian besar kepala masa Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri, walaupun tiada orang (jentera), dia langgar sana sini.
“Dia ingat Umno ni kayu ke? Sebab itu akar umbi tak boleh terima Bersatu…tiada kena-mengena dengan orang atas (Majlis Kerja Tertinggi Umno),” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, Hadi sengaja mencipta suasana agar pengundi melihat Umno yang bersalah kerana enggan bekerjasama dengan PN.
“Saya rasa dia (Hadi) sengaja cipta suasana supaya nampak kita yang tak mahu dia (PAS dan Bersatu). Macam yang dia buat di (pilihan raya negeri) Melaka…supaya orang Melayu marah kita, sedangkan dah jelas dari hari pertama MN lagi, kita nak perkukuhkan MN, tetapi tak mahu Bersatu. Tetapi Hadi tetap nak Bersatu…kalau dia nak pergi ke Bersatu, selamat berjuanglah,” katanya.