KUASA TELAH DISERAHKAN PADA ZAHID HAMIDI



 

PUNCA MAHIDDIN PUTIH BIJI MATA LAGI


 

FAWWAZ JANGAN LUPA APA YANG DIUCAPKAN


 

ADAKAH PH MENJUAL WARGANEGARAAN. JOM DENGAR..


 

PENERANGAN MENARIK-DUN GPS BANTAI ABANG JO KERANA TIADA PERBINCANGAN TERLEBIH DAHULU- PENERANGAN MENGENAI PARTI GPS--ISWARDI MURNI


 

KERAJAAN PAHANG SELESAI


 

MAIL YANG TIDAK MENGENANG JASA KITA PH MEMBANTUNYA.



DSIS adalah manusia yang paling ungrateful yang tak mahu balas budi, yang tiada etika Melayu. PH sign MOU dgn BN masa UMNO tengah tenggelam, berpuluh2 bulan makan gaji tertinggi sbb MOU yang ditaati oleh PH. Hari ini dia jadi baruah bersama H2O. Manusia jijik yang tak kenang budi PH!



TAFSIRAN

 


Ayam goreng = something yg secara amnya rakyat Malaysia suka

 

Sambal = segala perit jerih hingga berdarah DSAI kena bantai dalam penjara dulu

 

Kicap = titik hitam sejarah

 

bila ayam goreng + kunyit + sambal + kicap hitam disatukan, jadi satu lauk yg sedap

 

Itu lah sebabnya DSAI serves lauk ni for lunch today.

 

Segala perit jerih perjuangan yang akhirnya akan memberikan sesuatu yang sedap & lazat buat seluruh Malaysia

 

Okay baru nampak telur mata pun ada.

 

Umum sedia maklum, lambang PKR dikatan diinspirasikan daripada mata lebam DSAI semasa dalam tahanan.

 

Telur mata juga simbolised benda yang sama.

 

Ada yg suka telur mata cair, ada yang tak. So sama lah dgn Malaysians yg suka DSAI atau tak

 

DSAI juga bagi 100plus, milo kotak & biskut.

 

100plus ada dua maksud. 100+ means numbers of seats yg sokong DSAI. 100plus juga simbolised 10th PM

 

Biskut tu harga dia RM12.20, tu maksud dia 20hb haritu lagi DSAI dah ada majoriti.

 

Angka 12 pada harga rm12.20 tu pula maksudnya bulan 12 ni bajet pertama DSAI sebagai PM10 akan diluluskan.

 

Biskut tu pula jenama FUNMIX yang mungkin bagi petunjuk ada mix of kaum dan agama dalam pentadbiran DSAI sebagai PM10 nanti. And DSAI memang perjuangkan multiracial parti

 

Anddddd kat bawah pack biskut tu ada tulis “easy pack”.

 

Sebenarnya pact tapi hidden message kan. Easy pact. Senang ja DSAI build pact dgn parti lain sebenarnya. Sebab tu @anwaribrahim tenang ribut jiwa ja hadap semua ni. Benda dah sorted out awal lagi muehehehe

 

And air kotak milo tu DSAI nak bagi hidden code for

 

Malaysia

Ini kali

Lu semua

Okay

 

English translation: “Dear Malaysia, this time you guys will be okay!”

 

Okay sebab DSAI akan terajui Malaysia ke arah The Asian Tiger again! Roar! 🐯

 

DSAI pun ada tanya “kerusi mana kerusi”

 

Tu soalan bukan pada media. Sebenarnya tu cara DSAI nak media tanyakan Muhyiddin berapa kerusi yang Muhyiddin ada sebenarnya

 

Twitter - yon _shappler

PEGAKUAN




 

MAHIADDIN DERHAKA LAGI…

 

Sebagai jalan tengah untuk menyelesaikan kemelut Parlimen tergantung, Yang Dipertuan Agong telah mencadangkan agar ditubuhkan sebuah kerajaan perpaduan.

Titah penubuhan kerajaan perpaduan itu dititahkan baginda kepada Anwar Ibrahim dan Mahiaddin Md Yasin ketika kedua-duanya dititahkan mengadap baginda di Istana Negara, petang semalam.

Bagaimanapun, Mahiaddin dengan tegas telah menolak titah cadangan Agong itu.

“Kami telah bincang sejak awal. Tak akan kerjasama dengan PH. Apa tujuan sekali pun, tak setuju.

“Jadi saya diminta tandatangani surat – saya tanda ‘tak setuju’ untuk kerajaan perpaduan,” katanya pada sidang media di kediamannya.

Wahhh…sombong dan berlagaknya Mahiaddin?

Bagaimana beliau boleh begitu sombong menolak titah cadangan baik daripada Agong itu yang sebenarnya adalah untuk kebaikan negara dan kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera?

Tidakkah tindakan beliau itu sebenarnya suatu sikap derhaka kepada Agong?

Mahiaddin memberi alasan penolakannya itu kerana berasakan beliau lebih layak diangkat sebagai Perdana Menteri berikutan mendakwa sudah memiliki akuan bersumpah 115 Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Sambil menunjukkan surat yang membuktikan perkara itu, namun katanya, beliau diberitahu oleh Istana Negara sokongan yang dimilikinya masih tidak mencukupi.

Dalam hal ini, Mahiaddin nampaknya tidak cukup peka, bermaklumat serta mengikuti perkembangan semasa kerana Dewan Tertinggi BN sudah pun membuat ketetapan pagi semalam bahawa tiada Ahli Parlimen mereka memberi sokongan kepadanya sebagai Perdana Menteri.

Ini bermakna, jika ada Ahli Parlimen BN telah menandatangani akuan bersumpah menyokongnya, ia sudah tidak terpakai lagi.

Selain itu, GPS turut berubah kepada berkecuali dengan menyerahkan soal perlantikan Perdana Menteri kepada Agong untuk menentukannya.

Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataannya berkata, ia susulan kemelut politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia ketika ini.

“Memandangkan kepada kemelut politik di Semenanjung Malaysia, GPS berpendirian bahawa mandat rakyat hendakhlah dihormati

“Oleh itu, GPS menyerahkan kepada kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong mengikut kuasa yang diperuntukan kepada Baginda dalam Perlembagaan Malaysia untuk melantik Perdana Menteri yang akan mengetuai kerajaan yang kukuh untuk mentadbir negara,” kata kenyataan itu.

Jadi, kedudukan beliau yang masih tidak cukup majoriti sebagaimana dimaklumkan Agong itu adalah betul serta benar kerana sokongan sebilangan Ahli Parlimen BN dan GPS sudah tidak terpakai dan sebab itulah, sebagai jalan tengah, baginda mencadangkan penubuhan sebuah kerajaan perpaduan.

Dengan menolak titah Agong itu, ia bukan saja menunjukkan penderhakaan beliau kepada titah Agong untuk kepentingan negara, malah sikap derhaka ini bukan pertama kali dilakukan oleh Mahiaddin.

Ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, berikutan banyak isu berbangkit dalam negara tidak terurus dan tidak telus susulan pandemik Covid19, Agong telah menitahkan agar Parlimen dibenarkan bersidang dengan secepat mungkin.

Malangnya, Mahiaddin tidak mematuhi titah baginda itu dan terus melengah-lengahkan pembukaan Parlimen.

Kini, sekali lagi beliau menunjukkan sikap sombong dan penderhakaan kepada Agong.

Hampir tidak pernah ada mana-mana rakyat biasa pernah derhaka sampai dua kali kepada Raja, tetapi Mahiaddin nampaknya mencatat rekod cemerlang dalam hal ini.

Bersama pelbagai deretan kegagalan sebelum ini yang tidak perlu dihuraikan lagi sehingga dijatuhkan sebagai Perdana Menteri, sikap sombong dan derhaka yang bukan sekali dilakukannya itu, dengan sendirinya menunjukkan beliau tidak layak sama sekali untuk kembali sebagai Perdana Menteri.

Perlakuan yang ditunjukkannya, selain memalukan rakyat dan negara, malah dengan sendirinya turut memberi malu kepada PN juga jika terus mahu mengekalkannya sebagai calon Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 23/11/2022.



BUKAN CADANGAN.TAPI TITAH.

 

Bukan lagi cadangkan. Agong sudah bertitah. BN sertai Kerajaan Perpaduan. BERAT tu. Dah kira arahan. 


Makanya, PH 82 + BN 30 + Warisan 3 = 115


Sudah ada majoriti mudah.  


Ini cakap Zahid Hamidi apa jadi di Istana tadi. 


Kita nantikan esok pula. 


Keep praying, Malaysia. Hanya yang terbaik untuk kita. 


~LM~

YDPA MAHUKAN KERAJAAN PERPADUAN . PN TOLAK ..BN INSYALLAH TERIMA.



 BN Chairman Zahid Hamidi said that YDPA has requested BN to be part of a unity government.


However, when asked whether BN will uphold its decision to be in the Opposition, he replied: "That is not Tuanku’s order”. 


Read more: https://newswav.com/article/zahid-agong-wants-bn-to-join-unity-govt-A2211_bVLrjf - Malay Mail


KEH..KEH...MAT SELFIE..ORANG SERABUT NAK TUBUH KERAJAAN MELAYU ISLE...MUNG BOLEH SELFIE...TENGOK MUKA SORE SORE..SERABUT WEIIIII


 

PENGKHIANAT SEBENAR ?

 *Hishammuddin Hussein Onn adalah pengkhianat sebenar yang tidak diketahui ramai!*


 1) Semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri buat kali kedua di bawah PH, Hishammuddin adalah ahli parlimen Melayu pertama melawatnya dan membincangkan Perpaduan Melayu dan melakukan semua asas untuk UMNO dan PAS bergabung tenaga bersama Bersatu.


 2) Dia bertemu dengan seorang lagi pengkhianat terkenal bernama Azmin Ali di Maghribi untuk merancang segala gerak kerja dan tindakan licik.  Kedua-dua Azmin dan keluarga Hishammuddin sedang bercuti di Maghribi untuk merancang semua tindakan jahat!  Mereka memperbodohkan orang ramai Malaysia dan menyebut bahawa mereka kebetulan bertemu di Maghribi secara kebetulan.


 3) Hishammuddin melakukannya sekali lagi!  Sumber UMNO berkata beliau sedang mengatur beberapa ahli parlimen BN untuk menandatangani SD bagi memihak kepada Muhyiddin menjadi perdana menteri.  Tidak hairanlah beberapa ahli UMNO termasuk pemimpin MIC dan MCA menggesa agar Zahid meletak jawatan.  Sila ambil perhatian bahawa panggilan pertama itu berasal dari MB Johor saudara sepupu Hishamudin.  Satu lagi rancangan jahat Hishammuddin untuk memudahkan pemeteraian SD.


 Fakta yang diketahui umum bahawa Hishammuddin berkait rapat dengan raja Malaysia sekarang.  Dia berkahwin dengan anak saudara raja, Marsilla Tengku Abdullah.


 4) Sudah menjadi jelas bahawa ketua penerangan baru UMNO, Isham Jalil, menggesa agar UMNO kekal sebagai pembangkang.  Dia membantu/incohort dengan percubaan Hishammuddin dalam melaksanakan rancangan jahatnya, dengan mencuci otak semua ahli Umno Parlimen untuk menentang Pemimpin Umno MKT.  Beliau juga merupakan kuda Trojan kepada Pemimpin Kebangsaan Perikatan Muhiddin , Azmin n Hadi.


Lebih 23,000 tandatangani petisyen desak GPS tolak PN

 FMT Reporters

 -
Pengerusi GPS, Abang Johari Openg (kanan) ketika pertemuan dengan pemimpin PN termasuk Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang . (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Satu petisyen dalam talian menggesa Ahli Parlimen beragama Kristian dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan berjaya mengumpul 23,400 tandatangan setakat 9.45 malam tadi.

Petisyen di Change.org dilancarkan semalam selepas seorang ADUN Sarawak menggesa GPS menolak gabungan dengan PN dan parti komponennya PAS kerana mendakwa dianggotai “pentaksub perkauman”.

Bekas pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, Ahli Parlimen negeri itu mesti mengekalkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak.

Beliau merujuk kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin baru-baru ini, yang mendakwa ada usaha untuk “mengkristiankan Malaysia” oleh Pakatan Harapan.

Muhyiddin kemudian menjelaskan ucapannya diambil di luar konteks oleh lawan PN bagi mencemarkan imejnya.

Baru turut mendakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menunjukkan dirinya sebagai “pentaksub agama dan kaum” dengan menyalahkan orang bukan Islam sebagai punca rasuah.

Semalam, Abang Johari dilaporkan berkata, GPS setuju bergabung dengan PN, Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah untuk membentuk kerajaan baharu yang stabil. Tetapi, BN menafikan ia berunding dengan GPS atau PN mengenainya.

Bagaimanapun, sumber memberitahu, GPS memutuskan untuk bekerjasama dengan PN kerana beranggapan Barisan Nasional (BN) juga bersetuju untuk menyertai gabungan itu.

KENYATAAN MEDIA BIRO UNDANG-UNDANG (KANUN) PARTI AMANAH NEGARA LAPORAN POLIS TERHADAP POSTING MENGHASUT DAN RASIS

 















KENYATAAN MEDIA

BIRO UNDANG-UNDANG (KANUN)

PARTI AMANAH NEGARA

LAPORAN POLIS TERHADAP POSTING MENGHASUT DAN RASIS

1. KANUN menerima banyak aduan semenjak semalam terhadap pihak yang tidak berpuashati dengan pembentukan Kerajaan Negeri Perak pada 21.11.2022 dan proses pembentukan Kerajaan Persekutuan pada hari ini.

2. Sehubungan itu, peguam KANUN bersama Biro Mobilisasi akan menggerakkan laporan polis dibuat ke atas pihak-pihak yang membuat posting berbaur menghasut dan bersifat rasis di semua media sosial.

3. KANUN menegaskan bahawa tindakan sedemikian adalah tindakan berbahaya kepada negara dan boleh mencetuskan pergaduhan serta pertumpahan darah. Tindakan ekstrimis atas nama bangsa dan agama ini akan memudaratkan keamanan.

.

4. KANUN menegaskan bahawa pihak-pihak yang telah membuat posting sedemikian atau atau telah berkongsi posting sedemikian di media sosial tiktok, Facebook dan Instagram perlu memadamkannya segera. Sekiranya pihak kami mendapati posting sedemikian masih wujud maka pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

5. Sayugia kami mengingatkan bahawa pihak yang membuat posting sedemikian bakal berhadapan dengan hukuman denda dan penjara.

Dr. Zulqarnain Lukman

Pengerusi KANUN (Biro Undang-Undang)

Parti Amanah Negara

22 November 2022

 

KERAJAAN SEMUA KAUM DIPERLUKAN SELAMATKAN NEGARA

 

PERBINCANGAN BERSAMA BN WUJUDKAN KERAJAAN STABIL

BACA UNDANG UNDANG


 

Mahiaddin tolak cadangan Agong bentuk kerajaan perpaduan PH - PN


 Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Mahiaddin Yassin menolak cadangan terbaik Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).


Menurut laporan berita Astro Awani, Muhyiddin mengakui Agong mencadangkan satu kerajaan yang bersatu padu untuk rakyat pelbagai kaum dibentuk, tetapi beliau tidak ingin melakukannya atas dasar perjuangan PN.


".... kerana dikatakan tidak ada satu pun mempunyai jumlah bilangan mencukupi Tuanku mencadangkan kita kerjasama dengan PH membentuk kerajaan perpaduan. Tetapi kami berbincang perkara itu, kami tidak akan kerjasama dengan PH. Atas tujuan apa sekali pun, kita tidak setuju


"Kita diminta untuk tandatangan dokumen (oleh Agong) supaya kalau kami bersetuju. Saya sain tetapi di atas jawab tidak bersetuju," katanya


Perkataan itu bertentangan dengan sidang media Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelumnya yang bersetuju satu kerajaan inklusif dibentuk mengambil kira semua bangsa dan wilayah.


Katanya beliau, konsep kerajaan perpaduan telah dibangkitkan oleh Agong sejak 2021 dan melibatkan semua pihak namun Muhyiddin mahu pun Ismail Sabri tidak melakukannya


"Yang di-Pertuan Agong sejak dahulu menitahkan agar kerajaan perpaduan dibentuk samada semasa (Datuk Seri) Ismail Sabri membentuk kerajaan dan juga semasa (Tan Sri) Mahiaddin. Tetapi mereka tidak patuh," katanya.

Agong beri lagi masa bentuk kerajaan


 Upacara menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini bagi urusan menubuhkan Kerajaan Persekutuan baharu tidak membawa sebarang keputusan kepada mana mana pihak dilantik sebagai Perdana Menteri yang berhak membentuk Kerajaan


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pertemuan bersama Agong sebaliknya membincangkan hal keinginan Agong melihat kerajaan yang kuat, inklusif, libatkan semua kaum, agama dan wilayah.


"Itu akan memberikan kerajaan peluang fokus selesai masalah rakyat dan pulihkan ekonomi.


"Tak ada apa keputusan setakat ini," katanya dalam sidang media di luar pintu pagar Istana Negara.


Mengenai pengumuman awal beberapa media petang ini kononnya Anwar telah dilantik sebagai Perdana Menteri Sementara, beliau berkata perkara itu tidak timbul dalam perbincangan.


"Ada kekosongan jawatan (PM) dan terbuka untuk permohonan," katanya.


Ditanya mengenai cadangan PH untuk menubuhkan kerajaan dan berapa jumlah Ahli Parlimen yang bersama, Anwar hanya berkata hal itu telah dipersembahkan namun PH kekurangan majoriti.


"Kami telah submit dan perlu beri masa. Saya rasa kami boleh dapatkan majoriti mudah yang saya bayangkan terdahulu


"Nama (ahli parlimen) telah dipersembahkan tadi," katanya.