Innalillah- Al- Fatihah- Semoga rohnya dicucuri rahmat
MENJELANG 2030 5 JUTA JEMAAH TINGGAL DALAM BANGGUNAN DAN BUKAN LAGI KHEMAH.
Menjelang tahun 2030, tiada lagi khemah untuk jemaah haji di Mina. Semua disediakan rumah kekal 5 tingkat, setiap bilik boleh didiami 25 orang jemaah. Kemudahan ini boleh memuatkan 5 juta jemaah haji serentak.
KESAN PEMBENTERASAN RASUAH...
𝗪𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗧𝗘𝗥𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧𝗜 𝗹𝗮𝗴𝗶.
Apa sahaja berita positif di era PMX dan Kerajaan Perpaduan MADANI, 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗣𝗢𝗤 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗬𝗔𝗡 untuk memburuk-burukkan Kerajaan. Biasakla. 𝗣𝘂𝗮𝗸 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡, tak reti bersyukur.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"𝗠𝗔𝗞𝗔 𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗠𝗨 𝗗𝗨𝗦𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡"?
Surah Ar Rahman Ayat 13.
- Zus Din
04062024
News link : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kapal-lcs-pertama-berjaya-diluncurkan-ke-air-473386?
TOK DOR JADI MACAM PENYU DEMAM
Semalam saya bersembang dengan seorang rakyat Terengganu yang juga merupakan pengkagum Tok Dor Hadi yang tegar. Baginya Hadi dulu seorang pemimpin habat bertaraf dunia apabila dia dilantik menJadi naib pengerusi Sekretariat Ulama Sedunia bagi peringkat Asia Tenggara. Tempat Hadi kini diganti Dr Salim dari Indonesia.
Ketika itu penggaruh dan wibawanya sama setanding dengan Anwar Ibrahim. Bahkan halangan dialami oleh Anwar untuk menggerakkan misi pengembangan Islam dan pembelaan kemanusiaan kerana dipenjara dilaksanakan Hadi yang menjadi wakilnya.
Katanya yang pernah aktif dalam Pas, status dimiliki Hadi itu menyebabkan dia mengkagumi Hadi sampai peringkat anggap Hadi sebagai wali yang punya keramah dan sakti.
Namun penerimaan dan tanggapan itu kini sudah sirna, semuanya kerana ulah Hadi sendiri. Pengaruh dan karismatik Hadi katanya mula menurun dan terjejas apabila bekas MB Terengggganu empat tahun lebih itu bergerak tidak seiringan dengan pemikiran Yusuf Qardhawi yang jadi ketuanya dalam Sekretariat Ulama Sedunia itu kerana menggambil pendekatan ekstremis dalam alur perjuangannya dan lebih mesra Syiah.
Bukan itu sahaja tuturnya, kritikan Hadi kepada Qardlhawi mengatakan Qardahwi sudah tua dan pekak juga mencemarkan wibawanya.
Sejak itu beliau lihat Hadi sekarag bukan Hadi sebelum ini, sebelum terperangkap dengan kegilaan kuasa mereka yang menggulingkan kerajaan PH. Pelantikan Hadi sebagai Duta Khas Timur Tengah juga katanya tambah menjejaskan kredibilitinya selaku kepimpinan Islam dan beliau tidak disanjung setinggi dulu lagi.
Dan pengaruh Hadi makin merosok begitu teruk sekali apabila dia telah terputus dengan mata rantai dengan gerakan Islam sedunia apabila tidak lagi memiliki apa apa jawatan dan kuasa dalam Sekretariat Ulama Sedunia. Hadi hari ini menurutnya jadi macam penyu tua yang demam. Trims.
MEREKA DAPAT KEBENARAN POLIS? KDN? ATAU SAJA SAJA EKSEN BAJU WARNA POLIS?
Wow... Hebat sungguh PAS. Bulat-bulat tiru jaket polis ni. Tapi yang peliknya, 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻. Apa yang KDN dan polis takut sangat nak ambil tindakan pada PAS ni aku pun tak tahu.
Sebelum ini tular gambar Hadi memeriksa perbarisan 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗔𝗺𝗮𝗹 yang 𝘂𝗻𝗶𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗶𝗿𝗶𝗽 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮. Dan terbaru gambar ini pula. Memang di negara kita bebas tiru pakaian anggota keselamatan ke?
Bayangkan kalau mamat Unit Amal ni buat benda yang 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗼𝗻𝗼𝗵. Tak payah fikir jauh, 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗶𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗹𝗶𝗻𝘁𝗮𝘀 la misalnya. Tak berhenti di lampu merah. Yang buruk nama nanti PDRM juga.
Itu baru kes kecil. Kalau libatkan kes besar lagi? Peras ugut pendatang ke, 𝘩𝘢𝘳𝘢𝘴𝘴𝘮𝘦𝘯𝘵 ke, tak pun kes yang paling biasa dengar lebai buat, 𝗹𝗶𝘄𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗵𝗳𝗶𝘇. Apa jadi dengan imej polis?
Budak-budak Unit Amal ni bukan ada kelayakan masuk polis pun. Jadi Unit Amal pun sebab tu la. Nak masuk polis ke tentera tak layak, jadi dapat 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗔𝗺𝗮𝗹 pun kira bolehlah.
Kalau tiada tindakan terhadap Unit Amal ini, bermakna KDN 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗶𝘇𝗶𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻. Maknanya kalau kita pun nak buat jaket macam ni, tak salah la kan?
Aku pun ingat nak buat la untuk platform aku. Ok gak ni. Boleh pakai masa 𝘵𝘳𝘢𝘷𝘦𝘭 nak pergi kerja. Baru la tak kena tahan 𝘳𝘰𝘢𝘥𝘣𝘭𝘰𝘤𝘬. Guane boh?
Raja Gelap II
.
KONSORTIUM MAHB: ‘JANGAN POLITIKKAN DANA ANTARABANGSA BLACKROCK’
Konsortium MAHB: ‘Jangan politikkan dana antarabangsa BlackRock’
4 JUN , 2024
Cadangan konsortium terdiri daripada Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Global Infrastructure Partners (GIP) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dalam menguasai saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) bagi meningkat kualiti penerbangan negara wajar dipuji.
Malangnya, cadangan proaktif itu diburuk burukkan oleh pihak pembangkang apabila mengaitkan sebuah syarikat pengurusan dana antarabangsa pro-Israel, BlackRock akan menguasai 30% daripada saham MAHB melalui GIP.
Menyifatkan langkah itu tidak sepatutnya dipolitikkan kerana belum ada pengesahan penglibatan BlackRock, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf berkata, sebaiknya pembangkang melihat dahulu kebaikan daripada peningkatan kualiti MAHB yang bakal diperolehi.
“Dalam keadaan kerajaan berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi terbaik di rantau ini, peranan lapangan terbang amat penting untuk ekonomi negara.
“Ia membantu menarik lebih banyak pelabur dan industri pelancongan untuk datang ke Malaysia. Ia boleh meningkat pendapatan negara dan sebab itu langkah proaktif ini perlu disokong,” katanya kepada Suara Keadilan.
Mengenai boikot ke atas bentuk penglibatan dana pro Israel dalam perniagaan antarabangsa, kata Abshar, pembangkang PN sebaliknya perlu melihat operasi BlackRock yang menguasai hampir kesemua syarikat senarai awam di dunia.
“BlackRock adalah pengurus dana terbesar di dunia, dengan dana berjumlah AS$10.5 trilion.
“Pelaburan mereka merangkumi pelbagai jenis aset termasuk ke atas gergasi teknologi seperti Google, Facebook dan Apple. Kalau nak boikot bermakna kita kena boikot semua yang ada dan terlibat dalam saham itu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Khazanah Nasional (Khazanah) Datuk Amirul Feisal Wan Zahir memaklumkan konsortium MAHB dibentuk bertujuan meningkatkan keuntungan dan potensi sektor penerbangan Malaysia.
Jelasnya, inisiatif konsortium itu lebih mengutamakan kualiti penerbangan dan meningkatkan jumlah penumpang selain memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan memberhentikan pekerja MAHB.
Selain itu, Amirul turut menjelaskan bahawa rakan kongsi langsung bagi projek Gateway Development Alliance pada waktu ini hanyalah ADIA dan GIP, bukannya BlackRock.
Jelasnya langkah BlackRock untuk membeli GIP hanya diperingkat perbincangan dan belum diputuskan.
“BlackRock menyatakan minat meningkatkan keupayaan dana infrastruktur dengan rancangan untuk mengambil alih GIP…Bagaimanapun, pada pengetahuan saya, perjanjian mereka masih belum dimuktamadkan.
“Kami ingin menjelaskan bahawa rakan kongsi konsortium langsung kami ialah ADIA dan GIP, bukannya BlackRock,” katanya memetik laporan Bernama.
PAS AKAN BERTANDING KERUSI BERSATU: PN GOYANG
Pas akan bertanding kerusi Bersatu: PN goyang
Kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin bahawa parti itu akan bertanding kesemua 6 kerusi Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya berlaku kekosongan, memberi tamparan hebat kepada Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.
Menurut Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, kedudukan Hashim sebagai pemimpin spiritual tertinggi Pas yang boleh dianggap sebagai suara pemutus dan tidak boleh dipandang ringan bahawa PN pada waktu ini sedang menghadapi pergolakan dalaman yang parah.
“Bila mana Bersatu sudah hilang taring akibat pelbagai perkara yang menyebabkan Pas sendiri sudah tidak menghormati kepimpinan Bersatu dan PN, kita lihat ustaz Hashim Jasin telah pun mengumumkan Pas bersedia bertanding di kesemua 6 kerusi wakil rakyat Ahli Parlimen Bersatu yang telah menyatakan sokongan kepada PM
“Saya berikan peringatan kepada Bersatu, bila Mursyidul Am Pas mula buka mulut ini bermakna suara Bersatu dah tak laku.
“Ini gambaran jelas bibit awal kehancuran PN di mana suara Mursyidul Am Pas mendahului Pengerusi PN iaitu Muhyiddin Yassin,” katanya dalam siaran langsung Facebook beliau.
Bagi Lokman, kenyataan Hashim tersebut seharusnya dijawab segera oleh Bersatu untuk membuktikan perpaduan di dalam PN masih utuh.
Sekiranya tidak, katanya, maka jelas tanggapan umum bahawa Pas tidak lagi menghormati sekutunya setelah pemimpin utama parti itu tidak ramai turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu awal Mei lalu.
Kata Lokman, sekiranya benar Pas akan membuat keputusan sepihak terhadap 6 kerusi berkenaan maka masa depan PN amat goyah untuk kekal sebagai satu pasukan.
“Saya cukup hairan kenapa kenyataan ini di keluarkan oleh seseorang yang begitu tinggi pangkatnya dalam Pas.
“Pangkat Mursyidul Am Pas ini seperti Tuan Guru Nik Aziz atau Datuk Dr Harun Din. Jarang Mursyidul Am Pas keluarkan kenyataan seperti ini kecuali sudah berbincang dengan Presiden Pas.
“Ini tanda tak lama lagi PN lingkup,” katanya sinis.
Manakala bagi UMNO, kata Lokman, pihak mana pun yang akan bertanding parti itu siap menurunkan calon terbaik jika berlaku PRK.
Katanya berdasarkan formula, 6 kerusi tersebut akan ditandingi BN kerana pencapaian dalam PRU 2022 lalu UMNO mendapat tempat kedua undi tertinggi.
Bagaimanapun, Lokman tidak menolak kemungkinan Hashim cuba mengalihkan isu tuduhan mahkamah ke atas anak MB Perlis dalam isu PRK tersebut.
Katanya, sebagai Mursyidul Am Pas, Hashim sepatutnya memberi komen mengenai penglibatan atau kecuaian pemimpin Pas dalam memberi laluan kepada anak sendiri dalam urusan perolehan kerajaan sehingga menjadi kes mahkamah, dan bukan cuba mengalihkan isu tersebut.
PENYASARAN SUBSIDI DIESEL JIMAT RM4 BILION, DAPAT BANTUAN BULANAN’
‘Penyasaran subsidi diesel jimat RM4 bilion, dapat bantuan bulanan’
on:JUN 4
Penyasaran subsidi diesel yang akan dilaksanakan pada Jun ini dilihat mampu mengawal tanggungan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan masalah hutang negara setinggi RM1.5 trilion.
Menurut Ahli Parlimen Subang, Wong Cheng, penyasaran subsidi itu sebaliknya memberi manfaat semula kepada golongan yang layak sama ada individu atau syarikat melalui pemberian tunai secara bulanan ke atas kegunaan diesel kenderaaan mereka.
“Subsidi bersasar akan jimatkan RM4 bilion dan pada masa sama ia akan membantu golongan pertengahan dan sederhana dengan bantuan (tunai) yang lebih besar dari segi kegunaan diesel.
“Oleh itu, pihak yang tidak bersetuju harus membuat ‘homework’ dan perkiraan lanjut serta kerajaan juga perlu tingkatkan komunikasi dengan lebih jelas,” katanya kepada Suara Keadilan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi diesel mulai bulan hadapan tanpa melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.
Kerajaan akan menyediakan bantuan subsidi diesel berupa pemberian tunai kepada syarikat dan pemilik kenderaan individu yang layak. Pemilik kenderaan individu diberi bantuan melalui Program Bantuan Subsidi Madani (BUDI).
Dalam hal ini, Wong Chen menolak kekeliruan yang cuba ditanamkan kepada rakyat kononnya Pangkalan Data Utama (PADU) (PADU) telah gagal kerana rakyat sejak semalam diarah mengisi data di dalam BUDI.
Katanya PADU adalah untuk maklumat peribadi dan keluarga sedangkan BUDI merupakan pangkalan data maklumat kenderaan perniagaan yang tidak ada saling hubung kait satu sama lain.
Bagaimanapun, Wong Chen berharap penjelasan lebih lanjut perlu diberikan untuk skim BUDI agar tidak wujud kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“BUDI adalah nama program yang ada kaitan dengan PADU tetapi lebih spesifik kepada pemilik kenderaan diesel.
“Melalui pendaftaran ini maklumat mengenai kenderaan dari segi usia perlu ditunjukkan. Ia berbeza dengan PADU kerana maklumat kenderaan dan jenis minyak kenderaan tidak perlu untuk dinyatakan (dalam pangkalan data itu),” ujarnya.
Inisiatif BUDI merupakan bantuan tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi bemilik kenderaan diesel persendirian termasuk individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi daripada golongan B40 dan M40 khusus di Semenanjung.
Kriteria kelayakan bagi kategori BUDI Individu ialah, pemohon merupakan warganegara Malaysia; memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
Selain itu, kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif dan pendapatan tahunan individu atau pasangan berjumlah RM100,000 dan ke bawah.
[gempak] 6 MPS BERSATU TELAH DIGUGURKAN! DAN INI TINDAKAN PARTI BERSATU ...
RENTASAN 1603 | USAHA PAS TAKUTKAN PELABUR DIGITAL TERNYATA GAGAL?
AMANAH AKTIF MEMBANTU DI TEMERLOH
Ziarah PEDULI Awan Kawasan yang diketua Kasih Hana di sekitar Mentakab.Turut bersama dalam program ziarah ini ajk Awan.
Semoga program ziarah ini dapat diteruskan lagi bagi merapatkan ikatan silaturrahim bersama masyarakat di Temerloh.
#proamanah
#pedulitemerloh
#MalaysiaMadani
PAS Akan Hapus Hak Istimewa Melayu
PAS Akan Hapus Hak Istimewa Melayu Jika Berkuasa - Hadi Awang 1985
✍️ Saiful Nizam
Kita sering kali mendengar laungan PAS yang kononnya memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dan Islam. Namun, adakah kenyataan ini tulus atau sekadar helah politik?
Pada tahun 1985, ketika berdialog dengan masyarakat Cina di Kemaman, Hadi Awang dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan menghapuskan hak istimewa Melayu jika berkuasa. Kenyataan ini menimbulkan persoalan besar kerana ia bertentangan dengan prinsip yang sering dilaungkan PAS.
Malah, mantan Ketua PAS Kuala Terengganu, Wan Mutalib Embong, menyokong dakwaan bahawa Hadi mahu menghapuskan hak istimewa Melayu dan menolong kaum Cina menambah hak mereka.
Walau bagaimanapun, Hadi Awang dan PAS telah menafikan dakwaan tersebut. Setiausaha akhbar Hadi, Abdul Malik Ab Razak, menyatakan bahawa kenyataan itu adalah salah lapor dan telah dikitar semula oleh pihak tertentu.
Hadi sendiri menyatakan bahawa beliau tidak pernah membuat kenyataan sedemikian, dan bahawa PAS sentiasa menghormati hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Namun, penafian ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.
Jika benar Hadi tidak pernah membuat kenyataan tersebut, mengapa begitu banyak sumber yang menyatakan sebaliknya? Adakah ini satu lagi contoh hipokrasi PAS? Dalam beberapa situasi lain, PAS dan Hadi Awang dilihat sering berubah pendirian mengikut kepentingan politik semasa.
Ketika bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, mereka dilihat lebih lunak terhadap hak kaum bukan Melayu, tetapi kini mereka kembali bersikap ultra Melayu-Islam.
Contoh lain yang menunjukkan sikap hipokrasi PAS adalah tragedi Memali. Pada mulanya, PAS mempertahankan orang-orang kampung yang meninggal dunia sebagai syuhada, tetapi kenapa Hadi Awang membisu apabila Tun Mahathir melabelkan mereka sebagai "mati katak", malah kini Hadi Awang dan Mahathir bekerjasama erat dalam politik serta sanggup melantik Mahathir menjadi penasihat SG4.
Maka, apakah benar PAS memperjuangkan hak istimewa Melayu, atau sekadar menggunakan isu ini untuk meraih sokongan politik? Mengapakah PAS bersekongkol dengan Mahathir yang pernah menghina kaum Melayu sebagai pemalas? Yang dikatakan menyekat peruntukan Kelantan bertahaub-tahun? Adakah prinsip PAS boleh berubah-ubah mengikut keperluan politik?
Kesimpulannya, sebagai rakyat yang rasional, kita harus sentiasa menyoal integriti dan ketulusan pemimpin politik kita.
Adakah mereka benar-benar berjuang untuk kita, atau sekadar bermain wayang demi kuasa? Isu hak istimewa Melayu ini harus diperhalusi dengan minda terbuka dan bukan sekadar menerima apa yang dikatakan oleh pemimpin tanpa soal.
Kebenaran mengenai kenyataan Hadi Awang dan pendirian sebenar PAS perlu diselidik dengan lebih mendalam. Jangan biarkan diri kita tertipu dengan kata-kata manis politikus. Ingatlah, hipokrasi dalam politik bukan perkara baru, dan seringkali, yang menjadi mangsa adalah rakyat.
#RakyatBijak #KekalPerpaduan
KEH.. KEH.. MACAMANA GANG ULAMAK...HANGPA NAK BIAR HADI AWANG JADI APA?
Masalahnya geng ustad mau ka depa dua ni? 🙈
Nusi tu kalau lekat kes yang Istana Selangor repot, pakai terlucut lah.
Kat Teganu pulak kes tanah dijual kat persatuan bini sendiri dengan harga murah berkali ganda, dari harga pasaran 30 juta dijual harga 500k saja.
Hmmmmm, helok lah gandingan ni. 😁
KAU MAKAN GAJI.. KAU BUKAN TAUKE.. LAIN KALAU YANG PUNYA LORI SENDIRI. SOH BELAJAR DULU MALAS.
Ada yang minta aku ulas sikit pasal posting ni yang aku sendiri pun tak tahu dari mana asalnya.
Sebenarnya 𝘀𝘂𝘀𝗮𝗵 aku nak ulas sebab aku 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗲𝗸𝘀 𝗮𝘀𝗮𝗹 penulis post ni. Ya la. Apa maksud dia tauke tersenyum, pekerja tak dapat apa.
Kalau dia post tu sebagai pemandu lori, nampaknya dia tak faham. Subsidi memanglah untuk tauke sebab biasanya 𝘁𝗮𝘂𝗸𝗲 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸.
Aku tak pasti kalau ada syarikat yang pemandu kena 𝗶𝘀𝗶 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Ada ke? Kalau guna duit sendiri pun biasanya 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝙘𝙡𝙖𝙞𝙢. Kan?
Tapi kalau dia tulis post ni sebagai orang awam, maka sebenarnya 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝘄𝗮𝗺 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹. Tapi dengan syarat bukan kereta mewah atau kereta mewah pun, berusia 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 10 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻.
Dah macamana kalau dia pakai kereta mewah yang tak sampai 10 tahun usianya?
Eh... Kalau dah pakai kereta mewah, nak subsidi diesel buat apa lagi? Dah kaya kan? 𝗞𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂, 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂?
Apa kata kalau dia sebenarnya bukan kaya sangat tapi saja nak penuhi 𝗺𝗶𝗻𝗮𝘁 beli kereta mewah. Macamana?
Tu senang je. 𝗞𝗲𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗿𝗶. Tak mampu buat cara tak mampu. Beli je kereta yang sesuai dengan taraf hidup. Tak payah nak 𝗮𝗰𝗮𝗵 𝗮𝗰𝗮𝗵 𝗸𝗮𝘆𝗮.
Jangan sibuk beli kereta mewah, dah tu bila tak cukup duit nak beli barang dapur, 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹. Berlakon sengsara. Guane boh?
Raja Gelap II
.
BIAQ BETOI WALAUN.. HEBAT KAT MANA DUA ORANG NI... MINTA SEDWKAH JA PADA KERAJAAN PUSAT...
Aku tak pasti kalau yang tulis posting ni walaun atau tidak. Dan tak pasti dia serius atau bercanda. Kalau dia serius, memang 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝙘𝙝𝙚𝙘𝙠 𝙖𝙡𝙞𝙜𝙣𝙢𝙚𝙣𝙩 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗮 ni.
Macamana agaknya cara walaun menilai pemimpin? Apa ciri yang dicari? Takkanlah langsung tak tengok 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗹𝗮𝘁𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴 pemimpin tu?
Macam dua makhluk ni. Kedua-duanya 𝗱𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗠𝗕. Tapi apa pencapaian mereka? Tak ada apa pun boleh dibanggakan. Setakat sembang je.
Yang sorang tu meratib royalti je. Tak ada usaha untuk 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻. Janjikan peluang kerja untuk rakyat negerinya, rupanya peluang kerja tu 𝗱𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗹𝗮𝗶𝗻.
Yang sorang lagi sibuk kata negerinya dipaksa miskin. Kerja tak sudah 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁 𝗽𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗮𝗻𝗮. Dah tu seronok main umum itu ini. Satu apa pun tak jadi.
Dakwa pelaburan masuk kemain lagi. 𝗕𝗲𝗿𝗽𝘂𝗹𝘂𝗵 𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻. Tapi tengok, dok sibuk minta duit dari Pusat juga. Air pun tak boleh jaga. Pun kena 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻.
Walaun pulak kalau DS Anwar umum pelaburan masuk asyik pertikai. Tak nampak hasil. Padahal ada bukti jelas memang 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗼𝗺𝗶𝘁𝗺𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿.
Tapi bila mat sembang deraih ni cakap, walaun terus percaya walaupun jumlahnya 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗹. Dan tak ada bukti malah hasil pun tak ada lepas sekian lama.
Yang sorang tu, dah jadi 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻. Dah masuk Dewan pun. Tapi itulah. 𝗠𝗮𝗰𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗸 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗷𝗲. Tak nampak pun signifikan dia jadi ahli parlimen.
Itu yang aku pelik macamana walau boleh namakan dua makhluk ni 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗠 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗣𝗠? Jaga negeri pun gagal, apa lagi nak jaga negara. Melingkup la.
Lagipun, Hadi 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 punya. Dan tentu tentu 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗣𝗠 dari PN. Silap-silap 𝗧𝗣𝗠 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂. Tengok la.
Tapi kan, kenapa walaun tak letak 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗣𝗠 ek? Walaun pun tak percaya Hadi boleh memimpin ke? Parah kalau macam ni. Guane boh?
Raja Gelap II
.
JANGAN JADIKAN ISU KPG SRI MAKMUR SEBAGAI MEDAN PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN BERSATU
2hb Jun 2024
Tindakan dua pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang
memperkudakan penduduk Kampung Sri Makmur, Gombak, ke dalam persengketaan antara mereka berdua yang sedang bergelut untuk jawatan dalam
pemilihan parti yang bakal berlangsung adalah tindakan tidak bermaruah dan
seharusnya dihentikan serta-merta.
Selaku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia dan Dewan Negeri
Selangor, YB Hamzah Zainudin dan YB Azmin Ali yang merupakan dua watak yang
sentiasa diragui rakyat seeloknya lebih bertanggungjawab dalam hal melibatkan
rakyat.
Sebaliknya, mereka serta YB Hilman Idham yang terikut dengan tindak-tanduk
kedua-dua idola politiknya sanggup melangkaui batas sehingga menyalahgunakan
kitab suci Al-Quran sebagai bahan politik di Kampung Sri Makmur.
Sebenarnya, perkara berkait Kampung Sri Makmur bermula sejak tahun 2006
apabila Kerajaan Negeri pada waktu itu telah menawarkan rumah kepada
penduduk setinggan yang menduduki tanah milik Kerajaan.
Tawaran ini dibuat berdasarkan bancian penduduk setinggan asal yang
dilaksanakan pada tahun 2006 oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama
Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG).
Sebahagian besar penduduk telah menerima tawaran Kerajaan Negeri untuk
pindah ke rumah kos rendah di Selayang Mulia, manakala sekumpulan lagi menolak
tawaran ini dan memohon pampasan.
Kemudian, MPS pada bulan Julai 2006 telah menjalankan operasi perobohan bagi
unit-unit rumah yang telah dikosongkan.
Pada tahun 2016, susulan kepada keputusan untuk membangunkan kawasna itu,
Pejabat Daerah dan Tanah Gombak telah menjalankan satu lagi proses bancian
untuk mengenalpasti penduduk setinggan asal yang menduduki kawasan itu sejak
tahun 2006 dan sebelumnya.
Namun, penduduk setinggan Kampung Sri Makmur dibiarkan dalam keadaan tidak
tentu akibat Menteri Besar pada tahun 2016 yang tidak dapat mencari solusi
kepada isu ini. Malah, YB Hilman Idham merupakan Pegawai Khas kepada Menteri
Besar pada detik itu.
Apabila pentadbiran baharu mengambil alih pada tahun 2018, Kerajaan Negeri
memutuskan bahawa kawasan itu harus dibangunkan secara tersusun dan
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor telah mengambil langkah dengan menjual
tanah ini kepada Rexpoint Resources Sdn. Bhd pada September 2020.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri berikhtiar bahawa penduduk asal setinggan
Kampung Sri Makmur harus menikmati peluang memiliki rumah sendiri selepas
menetap dalam keadaan setinggan untuk tempoh yang lama.
Oleh yang demikian, YAB Dato’ Menteri Besar telah mengarahkan supaya Majlis
Perbandaran Selayang, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, serta PKNS menyemak
semula senarai bancian tahun 2006 dan 2016 dan mengesahkan senarai ini supaya
dapat mengenal pasti penduduk setinggal asal Kampung Sri Makmur agar dapat
mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan ke atas proses ini.
Ini yang menjadi asas yang membolehkan Kerajaan Negeri untuk menawarkan
pembelian Rumah Selangorku Seri Temenggung berkeluasan 750kps dengan subsidi
sebanyak RM65,000 setiap keluarga serta bayaran untuk pemindahan rumah
sebanyak RM1,000.00 oleh pihak pemaju kepada 21 setinggan asal yang tersenarai
dalam proses bancian tahun 2006 dan 2016 serta disahkan oleh Pejabat Daerah dan
Tanah Gombak.
Seterusnya, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah
mengeluarkan surat tawaran Rumah Selangorku pada 21 Mei 2024 dan tawaran ini
diedarkan oleh pihak pemaju kepada 21 setinggan asal yang disahkan.
Harus dinyatakan bahawa syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah
dan Tanah Gombak adalah keluarga setinggan yang dapat mengemukakan sebarang
bukti dokumen bahawa mereka telah menetap di Kampung Sri Makmur sejak
sebelum tahun 2006 dan terlibat dalam kedua-dua proses bancian tahun 2006 dan
2016.
Malangya, terdapat juga mereka yang telah meninggalkan kawasan itu tetapi kini
menuntut supaya diberikan pampasan yang sama seperti mereka yang merupakan
penduduk setinggan asal Kampung Sri Makmur.
Selaku Setiausaha Politik, saya diarahkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar supaya
bahawa sepanjang proses ini berjalan, kita harus membela penduduk setinggan asal
Kampung Sri Makmur meskipun kita mengakui bahawa memindah dari
perkampungan asal ke kawasan perumahan baharu bukannya satu proses yang
mudah.
Waima demikian, penyelesaian yang dicapai adalah bukti Kerajaan Negeri
melaksanakan proses ini dengan amat cermat supaya sekurang-kurangnya
penduduk setinggan asal Kampung Sri Makmur akan mempunyai hak kepada rumah
yang dimiliki sendiri dengan harga subsidi yang tidak diperolehi komuniti lain.
Selain itu, dakwaan bahawa puluhan naskah-naskah kitab suci Al-Quran
dimusnahkan dalam proses pengosongan Kampung Sri Makmur merupakan satu
fitnah keji terhadap penjawat awam dan pegawai keselamatan oleh orang yang
tidak bertanggungjawab.
Saya amat kesal dengan tindakan beberapa pemimpin yang ketagih politik dan
menyalahgunakan isu ini semata-mata sebagai gelanggang kempen yang ingin
merebut jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti yang akhirnya tidak
akan membawa manfaat kepada rakyat.
A Rahim Bin Ahmad Kasdi
Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
EDISI HADIS PALSU #6
Suara Sunnah
EDISI HADIS PALSU #6
ان الصلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين صلاة بغير عمامة
“Sesungguhnya solat dengan berserban menyamai dengan dua puluh lima solat tanpa memakai serban.”
Di dalam lafaz yang lain
الصلاة في العمامة بعشرة الاف حسنة
“Solat dengan berserban mendapat sepuluh ribu kebaikan.”
Berkata Ibn Arraq al-Kannani: “Sanad hadith ini dhaif (lemah). Di dalam sanadnya terdapat rawi bernama Abban bin Abi 'Iyash dan beliau merupakan seorang yang terkenal sebagai kazzab (pendusta) dalam kalangan muhaddith.” (Tanzih al-Syariah)
Berkata Ibn Hajar al-Asqalani: “Hadith ini adalah mungkar bahkan ianya maudhu' (palsu) dan di dalam sanadnya terdapat rawi yang majhul (tidak dikenali).” (Lisan al-Mizan)
Ibn Hajar turut menukilkan hadith maudhu' berkenaan pemakaian serban ketika solat dengan lafaz yang lain:
الصلاة في العمامة بعشرة الاف حسنة
“Solat dengan berserban mendapat sepuluh ribu kebaikan.”
Berkata al-Sakhawi berkaitan hadith ini “Hadith ini mungkar dan maudhu' (palsu).” (al-Maqasid al-Hasanah)
Tidak ada hadith yang sahih yang menyatakan kelebihan dan galakan memakai serban ketika solat mahupun di luar solat.
Serban juga bukanlah sesuatu yang dituntut oleh sunnah Rasulullah SAW namun memakainya bukanlah pula sesuatu yang tercela atau dilarang. Ia adalah diharuskan disisi syara'.
Serban merupakan pakaian uruf (adat) bagi kaum arab. Namun begitu memakai serban dan jubah diharuskan dan mendapat pahala jika dasarnya sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW dan bukan kerana menganggap ia sunnah yang thabit dari Rasulullah SAW sebagaimana hadith yang telah dijelaskan di atas.
#SuaraSunnah
#EdisiHadisPalsu
#Ashujaa
ISU QUNUD SUBOH
Abdulaah Jalil
Lucu dan sadis melihat golongan Wahhabi memainkan isu khilafiyyah Qunut Subuh dan pembayaran zakat menggunakan wang apabila ditanya mengenai apa itu Wahhabi 🤦🏻♂️
Kasihan masyarakat awam kene “game” dengan kelicikan mereka. Itu bukan isunya. Itu hanya teknik diversion untuk mengalihkan kefahaman dan fokus dari isu sebenar.
Mohon dapatkan maklumat dari sumber fatwa rasmi dan kajian penyelidikan ilmiah.
[Link fatwa2 rasmi di Malaysia berkenaan Wahhabi akan dishare nanti insya Allah]
Isu-isu utama sebenarnya ialah:
- Tabdi’ (membid’ahkan amalan muktabar dan khilafiyyah)
- Takfir (mudah mengkafirkan umat Islam)
- Tajsim (menyifatkan Allah dengan sifat2 jisim dan makhluk seperti bertempat, mempunyai arah, berpindah dan mempunyai anggota seperti muka, mata, tangan, kaki, betis dan jari jemari)
- Tahqir (bersikap biadap terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم)
- Irhab (Kaitannya dengan terorism dan ekstrimism di kalangan umat Islam)
Mohon masyarakat awam lebih waspada. 🙏 Fitnah ahli bid’ah itu sangat halus dan licik.
Afwan
PENUNTUT ILMU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN PERAK. SILA AMBIL TINDAKAN.
Mohd Fairul Al Qasas
Lagi kes guru KPM..
Ambil tindakan sebelum parah.
Jangan korbankan anak murid pewaris negara dengan sikap guru yang tidak beradab.
Seorang guru KPM Fairuz Hafiizh Othman dari SK Simpang Pulai, Kg Kepayang, beliau juga pemegang tauliah agama di Perak.
Guru ini juga ahli politik berjawatan dalam PAS Perak.
Guru ini menghina Perdana Menteri sebagai 'kaki spin' dan mempertikaikan keputusan kerajaan untuk bertegas soal 3R.
Penegasan soal 3R juga adalah titah Duli-duli Tuanku Majlis Raja-raja, agar negara ini harmoni.
Bagaimana guru yang tidak beradab kepada ulil amril ini boleh dilantik sebagai hakim pertandingan adab dan nilai?
Menurut laporan yang saya terima, beliau semasa berceramah di masjid juga mengulas bab politik. Tapi tidak menyebut parti politik.
Menjadi kebiasaan ustaz PAS mencucuk jarum halus dalam ceramah mereka bagi tujuan menyemai sokongan di masjid dan surau.
Mohon KPM YBM Fadhlina Sidek pantau hal ini.
Juga untuk pengetahuan
YAB Anwar Ibrahim
YAB Zahid Hamidi
YAB Saarani Mohamad
YBM Fahmi Fadzil
Terima kasih