INI VIDEO S/U PAS CAKAP....U TURN?

TRASKRIP S/U AGUNG PAS .BANYAK SANGAT U TURN PULAK DAH.....

Berikut adalah transkrip sidang media Takiyuddin di Kuala Lumpur semalam:








Pemberita: Salam perpaduan antara Umno dengan PAS, pemimpin PAS pun beri 1 reaksi positif?

Takiyuddin: Sebagaimana kita semua maklum ucapan diberikan presiden, cuma yang penting kepada kita, perpaduan yang diperjuangkan PAS selama ini adalah perpaduan dan “unity” berasaskan syariat.

Sebab itu sebagaimana kenyataan presiden PAS, sepanjang masa PAS berjuang atas dasar ini, sampai masanya ada pihak lain yang juga berjuang atau mengambil prinsip yang sama dengan PAS, maka PAS bersikap terbuka bersama-sama menjayakan agenda besar ini. 

Atas kata kunci perpaduan atau perjuangan berasaskan syariat itu kita bersama-sama mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Itu kenyataan presiden kita. Jelas. 

Pemberita: So maknanya PAS bersedia “forgive and forget”?

Takiyuddin: Itu antara ciri yang ada dalam perjuangan kita. 

Perkara ini bukan perkara baharu. Di dalam perjuangan PAS sendiri. Ramai pemimpin parti lain. Parti Umno sendiri. 

Yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik. Diterima dengan hati terbuka PAS. Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan “apply” perkara yang sama. 

Pemberita: Apakah selepas ini PAS dan Umno akan lebih kerap bertemu dalam majlis lain?

Takiyuddin: Itu bergantung perancangan kedua-dua pihak. Kita sekarang dalam proses untuk kita berikan penjelasan yang menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat dan perkara ini. 

Pemberita: Penerimaan ahli bagaimana?

Takiyuddin: Penerimaan saudara boleh melihat sekarang ini. Perkara yang baru memang ada tahap masing-masing. 

Tapi pokoknya dalam kepimpinan PAS, apa yang dibawa presiden PAS ini adalah satu yang bersikap kolektif atas nama parti. Itu adalah “collective decision” daripada parti.


lapor The Malaysian Insider

‘KENAIKAN KOS HIDUP CELIKKAN MINDA MELAYU MENJELANG PRU 14’

Pilih kasih, paip air dan permusuhan rumah panjang


Sg Iran 2
DULU, dua kejiranan rumah panjang – Rumah Timban dan Rumah Chirry di Sungai Iran, di Song berkongsi paip air dari empangan utama.
Namun, air empangan itu kian sukar susut dan paras air menjadi sangat rendah hingga tidak dapat menampung keperluan dua rumah panjang itu.
Paip usang sejak dipasang 15 tahun lalu, menambahkan lagi masalah kerana kerap bocor dan tidak berfungsi dengan baik.
Sg Iran 1Sejak dua tahun lalu, kerajaan mengumumkan projek bantuan luar bandar. Ia kelihatan baik. Sebaliknya, ia mencetus permusuhan antara kedua-dua penduduk rumah panjang itu lantaran sikap pilih kasih.
Kerajaan membantu Rumah Chirry tetapi mengabai Rumah Timban. Rumah Chirry menerima paip berketumpatan tinggi bersama penapis air manakala Rumah Timban tidak menerima apapun, walaupun sudah merayu.
Meski ada lebihan paip projek di Rumah Chirry, bahan itu disimpan berkunci di gudang milik Rumah Chirry. Ada desas desus mengatakan pendirian penduduk Rumah Timban yang cenderung menyokong pembangkang sebagai punca penindasan itu.
Bagi 16 keluarga di Rumah Timban, tersisih dari bandar utama Song dengan Sungai Iran, keterasingan itu akan menyebabkan pihak luar sukar membantu jika kerajaan enggan menghulur bantuan.
Sg Iran 4Untuk sampai ke rumah panjang, ia memerlukan sebuah bot dan mengambil masa 30 minit dari bandar Song, terkenal sebagai laluan paling sukar di Sarawak kerana ketiadaan jalan menghubung rumah panjang dengan kawasan lain.
Bot satu-satunya pengangkutan yang boleh sampai melalui Sungai Rejang, dua jam perjalanan dari Sibu.
Itu tidak menghalang Impian Sarawak untuk memindahkan 15 gelung paip dan bahan binaan di tujuh bot panjang, sebelum ditarik dan dipasang di kawasan seberang pada jarak 1.5 kilometer dari sumber empangan baru.
Empangan itu ditemui penduduk dan kemudian dibina oleh Impian Sarawak. Mujur, ketika itu musim hujan dan paras air yang tinggi memudahkan kerja pemasangan.
Dua kunjungan susulan – September dan Oktober – dibuat sebelum pembinaan dan kerja bermula pada November dan memakan masa tiga hari untuk siap.
Sg Iran 5Empangan baru mengambil masa 20 minit berjalan kaki dari rumah panjang. Sumber air itu mengalir terus dan penduduk bersepakat air itu tidak akan kering meskipun kemarau melanda.
Selain sukarelawan dan 45 penduduk menyiapkan kerja, projek itu turut dibantu Pengerusi Sementara DAP Kabitas, Paren Anak Nyawi dan Nyambung, individu bertanggungjawab di rumah panjang.
Perasmian projek itu dibuat Adun Pelawan, David Wong – menyaksikan penglibatan sulung Impian Sarawak di Kapit, kawasan paling mundur dari segi pembangunan dan paling terpencil antara 12 daerah di Sarawak.
Projek Impian membuktikan tiada kerumitan atau dana besar diperlukan untuk membolehkan sistem dijana untuk keperluan masyarakat itu dibuat kerana ia boleh dicapai melalui belanja sederhana – dibuktikan dengan projek hanya RM15,000 – dengan komuniti sebagai penggerak kepada projek itu.

 Lim Chia Ying ialah antara pasukan Impian Malaysia

Sokongan Hadi terhadap Najib atasi keperluan sokongan pemimpin UMNO


NAJIB_HADI_MULTAQA
SELAYANG  21 DIS: Sokongan terbuka Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Datuk Seri Najib Razak termasuk mempertahan Perdana Menteri itu dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meninggalkan kesan besar terhadap landskap politik negara.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan sokongan tidak berbelah bahagi Abdul Hadi itu sebagai sesuatu yang kuat dan mengatasi sokongan yang diperlukan Najib daripada pucuk pimpinannya sendiri.
“Dengan sokongan Presiden PAS yang begitu kuat, Najib tak perlukan pemimpin UMNO atau menterinya sekalipun untuk pertahankan beliau,” katanya pada majlis makan malam di Selayang, baru-baru ini.
Mei lalu, Abdul Hadi menasihati Najib supaya tidak tunduk terhadap desakan supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, malah Hadi meminta Najib supaya terus kekal berkuasa.
Julai lalu, Abdul Hadi turut menolak dakwaan Wall Street Journal (WSJ) terhadap Najib berkaitan ‘derma’ RM2.6 billion yang kononnya disumbangkan seorang perderma dari Timur Tengah.
Terbaru, Abdul Hadi dan Najib semalam dilihat hadir bersama pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Kuala Lumpur dan antara agenda program tersebut adalah melihat UMNO dan PAS bersatu kononnya demi penyatuan ummah.
Menyatakan pendedahan terbaharu WSJ sebagai sesuatu yang mengemparkan di tengah-tengah kemelut skandal yang tidak henti-henti melanda kebelakangan ini, Kit Siang berkata:
“Pendedahan WSJ mengaitkan 1MDB itu bukanlah satu-satunya perkara mengemparkan. Lebih mengemparkan ialah sokongan Hadi yang seolah-olah menjuarai isu Najib, mengatasi yang harus dilakukan pucuk pimpinan Najib sendiri.”
Laporan WSJ itu menyatakan satu unit 1MDB memindahkan sekurang-kurangnya AS$850 juta melalui tiga urus niaga tahun lalu kepada sebuah syarikat berdaftar di Kepulauan British Virgin.


ROKETKINI

Hutang negara: Jangan sampai Malaysia menjadi Zimbabwe


zim 20151128_183946

KUALA LUMPUR  21 DIS: Semua pihak patut risau bagaimana Kerajaan Malaysia mengendalikan hutangnya kerana rakyat Malaysia adalah pemiutang terbesarnya, kata Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.
Ia kerana, Penasihat DAP Perak itu berkata, wang simpanan yang dikumpul rakyat akan lenyap jika kerajaan Persekutuan tidak dapat membayar hutang atau mula mencetak lebih banyak wang Ringgit Malaysia secara berleluasa.
Beliau berkata, Menteri Kewangan pada jawapan bertulis kepadanya mengakui sejumlah RM608.7 bilion yang dihutang kerajaan ialah hutang kepada institusi yang menjadi tempat simpanan wang rakyat.
Katanya, ia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM127.6 bilion, Unit Amanah Pencen (RM20.3 bilion), institut perbankan (RM148.8 bilion), syarikat insurans (RM30.3 bilion), institusi kewangan pembangunan (RM22.8 bilion) dan lain-lain (78.8 bilion).
“Ia wang simpanan rakyat. Rakyat Malaysia secara langsung akan mengalami kerugian besar jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu membayar semula hutang itu.
“Benar, kerajaan tidak akan bankrap kerana ada kuasa mencetak wang lebih banyak untuk bayar hutang. Namun jika ia berlaku, nilai ringgit akan turun. Simpanan rakyat akan ‘hilang’ kerana wang tidak bernilai lagi.
“Kita tidak mahu Malaysia berakhir seperti Zimbabwe yang pernah dipuji sebagai negara membangun yang berjaya tetapi apabila mula mencetak mata wang secara berleluasa, akhirnya ia tidak lagi bernilai,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Menyatakan mata wang Zimbabwe kini satu-satunya yang tiada nilai, kata Koo Ham berkata: “Semua usaha keras menyimpan wang akan lenyap jika kerajaan menambah hutang dan gagal membayar balik atau mencetak mata wang dengan berleluasa.

ROKETKINI