Anwar gesa kabinet bincang semula pemansuhan elaun khidmat kritikal



Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa kabinet membincangkan semula keputusan menamatkan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal kepada penjawat awam profesional yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan.

Beliau berkata ia bagi mengambil kira keresahan dan kebimbangan yang disuarakan rakyat berhubung perkara itu.

"Saya berpendapat perkara ini perlu dibincang semula oleh kerajaan dalam sidang kabinet pertama 2020.

"Para menteri juga disyorkan menggunakan ruang kabinet bagi menyatakan pandangan mereka," kata anggota parlimen Port Dickson itu dalam kenyataan, hari ini.

Penamatan bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK) kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan diumumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi pekeliling bertarikh 20 Disember lalu.

BIPK merupakan satu daripada sembilan elaun yang dihentikan kerajaan, termasuk elaun hiburan kepada setiausaha sulit, dan insentif kecekapan berbahasa Inggeris.

Mereka yang sudah menerima elaun akan terus mendapat bayaran tersebut, termasuk pekerja kontrak yang kontraknya telah diperbaharui.

Menurut soalan lazim yang disertakan dalam pekeliling JPA, jumlah elaun perkhidmatan kritikal antara 5 hingga 15 peratus berdasarkan gaji asas penerima, dengan jururawat mendapat jumlah tertinggi (15 peratus).

Antaranya pegawai perubatan, ahli farmasi dan pensyarah di kedua bidang ini menerima kadar rata RM750.

Soalan lazim itu turut menyatakan BIPK diperkenalkan kerajaan pada 1992 untuk kedudukan yang sukar dipenuhi.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, semakan 2019 mendapati kerja tersebut tidak lagi menepati kriteria yang ditetapkan, dan maka jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memutuskan tiada lagi pemberian baru untuk lantikan bermula awal tahun depan.

JPA sebelum ini menjelaskan, walaupun beberapa elaun termasuk BIPK telah dimansuhkan, kajian elaun sentiasa dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.

GAMIS DAH TAKUT kah?


Oleh: Hobbs

Kenapa Page Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) edit tajuk eh?

Takut kena kutip ke?

Eh seru 13 Mei berani pula?


KENYATAAN MEDIA AI.


DS NAJIB DAN PERKHIDMATAN AWAM



Hari ini sahlah elaun kritikal bagi 33 jawatan perkhidmatan awam akhirnya dimansuhkan. Saya tidak terkejut, kerana ia hanya mengulangi sifir (recycle) yang telah dibuat oleh kerajaan pada awal tahun 1998. Ketika itu pelbagai elaun melibatkan 80 ribu penjawat awam dikurangkan atas dasar penjimatan ketika krisis kewangan serantau.

Kaedah ini sangat berbeza dengan amalan PM ke 5 dan PM ke 6 walaupun mereka berdua berhadapan dengan krisis kewangan global 2009 dan Oil Crash 2015 yang lebih menekan.

Pada zaman Pak Lah, beliau memilih untuk menaikkan mutu dan moral perkhidmatan penjawat awam. Tahun 2007, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 35% sementara elaun sara hidup dinaikkan sekali ganda. Kesannya, kadar rasuah dikalangan penjawat awam bawahan menurun secara mendadak 

Legasi ini diteruskan oleh DS Najib Razak selepas beliau mewarisi jawatan eksekutif no 1 negara. Tetapi kali ini dengan fokus khas bagi penjawat awam pangkat rendah yang tertakluk kepada golongan B40. Antaranya:

1. Tahun 2012, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 12%. Pencen minimum dinaikkan dari RM720 kepada RM820 sebulan dan elaun sara hidup dinaikkan RM50 kepada penjawat awam yang bertugas di pinggir bandar.

2. Tahun 2013, kenaikan pangkat secara besar-besaran PDRM dan ATM berdasarkan time-based dan perubahan lapisan gred. Skim Perumahan Penjawat Awam (PP1M) diwujudkan dengan sasaran 200 ribu unit rumah disiapkan menjelang tahun 2020.

3. Tahun 2015, imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada minimum RM300

4. Tahun 2016, gaji minimum dinaikkan daripada RM832 kepada RM1200. Pencen minimum dinaikkan lagi kepada RM950 sebulan.

Prinsip DS Najib ketika itu senang dibaca. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan servis terbaik, bayar mereka setara dengan kualiti kerja mereka. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan fokus dan tenaga 100%, pastikan kemudahan asas dan pendapatan mereka mencukupi.

Dan insentif yang pelbagai ini dibalas oleh penjawat awam melalui prestasi tinggi badan-badan kerajaan. Anda boleh lihat bagaimana UTC dan RTC diwujudkan - memberikan servis pantas kepada rakyat.

Akhirnya masa rakyat tidak terbuang dan boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi yang memberi kesan kepada peningkatan pungutan cukai, kewujudan pekerjaan baru dan kenaikan gaya hidup. 

Bayangkan bagaimana Bank Dunia sendiri mengiktiraf UTC dan RTC sebagai antara model perkhidmatan kerajaan terbaik dunia

Ini kitarannya. Saya tidak tahu sama ada kerajaan baru faham kitaran ini.

Sebab itu dalam 7 tahun pertama pentadbiran beliau, 2.26 juta pekerjaan diwujudkan. Saya tidak tahu berapa juta pekerjaan yang PH dah buat. Mungkin 5 bilion selepas wujudnya Gojek

Malah hebatnya golongan pekerja diMalaysia sehinggakan pada tahun 2017, KWSP diiktiraf oleh State of The Global Islamic Economy sebagai badan yang mempunyai pelan simpanan Islamik paling besar di dunia.

Berapa caruman terkumpul KWSP? RM814.4 bilion pada 2017 berbanding RM341.6b pada 2009.

Hari ini kita terbaca bagaimana seolah olah penjawat awam adalah beban. Seolah olah penjawat awam bergaji terlalu besar. Seolah olah bayaran pencen mereka membazirkan harta negara.

Saya teringat gambar 2 orang jururawat bangga mengibarkan bendera PKR di hadapan Seri Perdana pada malam 9 Mei 2018

Apa khabar mereka agaknya

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

MAKLUMAT DARI KPDNHEP

Ikuti laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengetahui perkembangan terkini dan maklumat tepat mengenai isu-isu Kepenggunaan dalam negara.

Jom like, follow dan share hari ini.

Visit to Like my Page-https://www.facebook.com/mykpdnhep/?referrer=whatsapp

Kenyataan Media



Jingga13 Malaysia 

26 Disember 2019

JINGGA13 MALAYSIA KECEWA DENGAN TINDAKAN KERAJAAN UNTUK MENHENTIKAN ELAUAN KRITIKAL PENJAWAT AWAM 

Jingga13 Malaysia benar-benar kecewa dengan  tindakan yang diambil oleh keputusan kerajaan menamatkan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan adalah merupakan sangat tindakan yang sangat mengecewakan dan perlu dihentikan . 

Tindakan sebegini akan menimbulkan rasa kemarahan dan kurang senang penjawat awam yang akan memberikan impak dan natijah negatif kepada kerajaan Pakatan Harapan . 

Jingga13 Malaysia mendesak agar dihentikan perlaksanaan tersebut demi kebaikan rakyat dan negara .

Muafakat + Prihatin + Berani 

FARIZ MUSA 
ketua Koordinator 
Jingga13 Malaysia

APANDI ALI LETAK JAWATAN.



[EKSKLUSIF] Apandi Ali umum letak jawatan, tak rela jadi 'kuda tunggangan' dalam UMNO
 Astro Awani | Diterbitkan pada Disember 26, 2019

[EKSKLUSIF] Apandi Ali umum letak jawatan, tak rela jadi 'kuda tunggangan' dalam UMNO
Mohamed Apandi letak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Displin kerana kecewa prosiding dengan Hishammuddin Hussein dibatalkan pucuk pimpinan
Kuala Lumpur: Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Displin UMNO serta-merta.

Keputusan itu diambil beliau ekoran keputusan pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam mesej pesanan ringkas kepada Astro AWANI, bekas Peguam Negara itu berkata, pembatalan itu adalah sesuatu yang tidak bertepatan dengan Perlembagaan Parti.

“Hasil perkembangan ini, saya telah arahkan Setiausaha Lembaga Displin untuk menyediakan surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dan berkuatkuasa dengan serta-merta.

“Saya tidak rela dijadikan sebagai kuda tunggangan.Maruah saya lebih penting daripada jawatan,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, Hishammuddin sepatutnya dipanggil mengadap Lembaga Displin hari ini bagi memberi penjelasan berhubung tuduhan melanggar perlembagaan dan tataetika sebagai ahli Umno.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam sebelum ini telah memfailkan surat rasmi kepada Lembaga Displin bagi menyiasat dakwaan bahawa Ahli Parlimen Sembrong itu cuba menjadi ‘orang tengah’ dengan membawa masuk beberapa pemimpin UMNO ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut, Mohamed Apandi berkata, beliau amat kecewa kerana sesi itu telah dibatalkan atas arahan pucuk pimpinan parti.

Arahan itu, katanya, jelas melanggar keluhuran dan kebebasan Lembaga Displin seperti yang termaktub di bawah perlembagaan parti.

“Memang prosiding show cause akan dipengerusikan oleh anggota Lembaga yg lain.Yang saya amat kecewa ialah, ia di batalkan atas arah pucuk pimpinan parti. Ini tiada peruntukan dalam Perlembagaan Umno.

“Lembaga Disiplin adalah suatu badan bebas yang tidak tertakluk kepada apa-apa arahan pimpinan parti.

"Tindakan membatalkan prosiding itu adalah tidak berpelembagaan. Ia tidak sah di sisi undang-undang. Sebagai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan bekas Peguam Negara, ia adalah tanggungjawab saya untuk menegakkan perlembagaan dan undang-undang," tegas beliau lagi.

TUDUHAN KOMUNIS BERARAK... HELLO....ABANG NAK KENA TAHAN POLIS KA BANG....DOK LOKAP SAT NO....


BIAR BETUL NI...


Oleh: Chris Nur

Ini boleh mendatangkan marah, macam cerita P. Ramlie lah pula.. Aku no komen sebab yang memerintah Terangganu bukan Kerajaan PH pun.. Baru peniaga ada akal, Lobai PAS nak duit tu.. Kutip derma tin milo seciput, buat undang-undang macam ni baru dapat duit banyak ma.. RM100,000 bukan angka yang kecil.

*NAJIB THE THIEF*



Kenapa selepas PH jadik kerajaan baru kita tahu perkara berikut? :

1) Khazanah
- Separuh kerugian Khazanah kerana 'Bail-out' MAS.
- MAS menyebabkan 6000 orang rakyat Malaysia hilang pekerjaan demi membela 2 orang CEO Mat Salleh.
- CEO Mat Salleh gadai laluan MAS kepada Emirates lepas tu dia resign keje dengan Emirates. 
- Syarikat-syarikat GLC bawah Khazanah jugak gagal menyumbangkan keuntungan.

2) Felda
- Felda mempunyai hutang RM8 bilion hingga menjejaskan perancangan tanam semula.
- FGV yang merupakan IPO kedua terbesar di dunia gagal memberikan pulangan kepada Felda seperti yang 'dibawangkan'. 
- FGV membeli ladang milik Peter Sondakh pada nilai yang lebih tinggi daripada market price. Disahkan oleh Jabatan Audit sendiri. 
- Pelaburan FGV di luar negara tidak menguntungkan langsung.

3) Tabung Haji
- TH sejak 2014 lagi sepatutnya diisytiharkan rugi dan tidak boleh isytihar Hibah kerana nilai liabiliti melebihi nilai aset.
- Najib dan Azeez menyembunyikan kerugian TH dengan memanipulasikan nilai aset dan liabiliti TH tanpa mempedulikan Akta TH sendiri yang melarang sedemikian. 
- TH turut diperalatkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya untuk 'Bail-out' skandal 1MDB menerusi pembelian hartanah TRX. 
- Lembaga Pengarah TH jugak dianggotai oleh Pengurusan 1MDB.

LTAT
- Syarikat-syarikat GLC milik LTAT terlibat dalam pembelian AES pada harga tinggi.
- Dana LTAT jugak dikatakan dipergunakan untuk menutup skandal 1MDB.
- Menteri Pertahanan sendiri baru-baru ini mendedahkan pembinaan 2 kem tentera melibatkan GLC bawah LTAT hanya semata-mata untuk tambah pengundi UMNO.

KWAP
- RM3 bilion duit KWAP hangus dipergunakan oleh 1MDB melibatkan urusniaga dengan IPIC.
- Sampai sekarang duit itu tidak diganti tetapi 'Money Trail' menunjukkan ianya disonglap oleh Jho Low - rakan Najib sendiri dalam 1MDB

KWSP
- Pelaburan EPF di UK untuk projek Battersea tidak menguntungkan.
- EPF jugak kerugian dalam membeli IPO FGV
- Dana EPF jugak jadik modal Najib untuk 'membantu ekonomi US' semasa dia jumpa Trump.

PNB
- Pelaburan PNB jugak tidak begitu untung kerana ada GLC-GLCnya turut berkait dengan skandal 1MDB dan Felda.
- Masalah Sime Darby 

Apa lagi kerugian yang disembunyikan oleh Najib umpama dia berak tapi suruh orang lain yang basuh? Kalau ikut semua pendedahan Najib sendiri dalam Twitternya, memang dia tahu hampir kesemua GLC yang diganggunya selama 9 tahun ini telah rugi/kurang untung tapi dia dan Cybertrooper UMNO cuba alihkan kesalahannya itu kepada Kerajaan PH..

Sebab itu zaman Najib dia berhutang dengan China dan perkenalkan GST untuk tampung duit yang dia memang tahu dah lesap.. Umpama dia longgarkan skru tayar keretanya yang akan dipandu oleh pemandu lain.

Utk Sobat2Ku

*Agus: Tolak walak pada ulama 'bermulut hodoh'*



*Agus: Tolak walak pada ulama 'bermulut hodoh'*

2:21 tengahari

Walaupun mengakui ulama wajar dihormati dan diteladani, penganalisis politik dan pensyarah universiti, Prof Dr Mohammad Agus Yusoff berkata golongan terbabit sepatutnya menunjukkan keperibadian mulia.

Katanya kualiti itu perlu ada pada seseorang yang digelar ulama, kerana penguasaan ilmu yang tinggi semata-mata tidak memadai.

Justeru kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu beliau tidak rela memberikan ketaatan kepada seseorang ulama "mulutnya hodoh".

Menulis di media sosial selepas mendengar satu ceramah politik Mohammad Agus membangkitkan persoalan sama ada ketaatan wajar diberikan kepada seseorang "ulama" yang perbuatannya tidak seiring dengan kata-kata.

Menurutnya beliau mendengar satu acara politik yang menyaksikan penceramahnya menekankan kemestian seseorang memberikan ketaatan dan walak kepada ulama kerana kedudukannya sebagai pewaris nabi.

"Apakah perlu kita patuh pada ulama yang apabila berceramah mulutnya hodoh (sering menyumpah orang)?

"Apakah perlu kita patuh pada ulama yang perbuatannya tidak sama dengan yang diucap?

"Apakah perlu kita patuh kepada ulama yang berbangga diri kononnya puaknya sahaja benar dan puak lain salah?" katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan ulama dari pihak mana yang disebutkan oleh pemerhati politik yang dikenali ramai itu.

Beliau ialah anak Kelantan yang memang dikenali sebagai penganalisis yang bersikap kritis dan tidak berpihak secara jelas kepada mana-mana parti.

Menurut Mohammad Agus selepas meneliti konsep ulama, beliau memutuskan untuk menolak walak dan taat kepada ulama yang bermulut hodoh tersebut.

“Bagi saya, ulama bukan sahaja perlu mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi juga mesti memiliki akhlak dan peribadi yang terpuji,” katanya.

https://m.malaysiakini.com/news/478555

POTONG ELAUN: JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN AKAN BINCANG

PTPTN: PH TELAH TUNAI 3/4 JANJI MANIFESTO

KEBEBASAN BERSUARA BUKAN LABEL MALAYSIA NEGARA KOMUNIS

JIKA TIDAK SETUJU DWNGAN KERAJAAN, LEPASKAN LAH JAWATAN.



Setakat ini sekurang-kurangnya dua orang menteri, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Dzulkefly Ahmad telah tampil memberi reaksi tidak setuju dengan keputusan JPA menamatkan pemberian elaun kritikal kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain dalam pengambilan baru perkhidmatan awam bermula tahun depan.
Sementara Menteri Kesihatan hanya mengeluh dengan ciapan “Aduhh” di laman Twitternya, Menteri Belia dan Sukan sebaliknya dengan pantas membuat rakaman video dan menyebarkan melalui media sosialnya.
Dalam rakaman itu, Syed Saddiq secara jelas membantah keputusan JPA itu sambil menegaskan bahawa elaun ahli politik dan menteri sepertinya yang harus dipotong, bukan pekerja profesional dalam kerajaan tersebut.
Seterusnya, sebagai tanda simpati, beliau turut mengumumkan keinginan mengurangkan cuti tahunannya, memulangkan elaun percutian dan meneruskan pemotongan gaji bulanan sebanyak 10 peratus.
Berbanding keluhan Dzulkefly yang tidak banyak mendapat reaksi, apa yang lakukan Syed Saddiq lebih mengundang kecaman banyak pihak terhadapnya.
Ramai yang menyifatkan tindakan Syed Saddiq itu lebih bermotifkan mahu publisiti murahan dan ingin menampilkan dirinya seolah-olah pejuang rakyat, khususnya kepada anak-anak muda.
Sejujurnya Syed Saddiq harus sedar beliau kini adalah seorang menteri dan anggota kabinet, maka beliau seharusnya mendokong dan menyokong dasar serta keputusan kerajaan.
Apalagi, difahamkan keputusan JPA itu adalah berdasarkan hasil mesyuarat jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri.
Maka, sebagai menteri dan anggota jemaah kabinet, Syed Saddiq tidak boleh sesuka hati menampilkan dirinya dalam rakaman video yang dibuatnya sendiri untuk membantah perkara itu.
Beliau harus ada etika atas kedudukannya sebagai anggota jemaah menteri.
Jika mahu membantah dan tidak setuju dengan perkara itu, beliau seharusnya menggunakan saluran yang betul iaitu melalui mesyuarat kabinet yang diadakan pada setiap minggu.
Kenapa Syed Saddiq tidak boleh menunggu mesyuarat kabinet untuk menyuarakan pandangan serta bantahannya dan mengapa mesti melalui video secara terbuka?
Kalau bukan kerana mencari populariti, apa lagi tujuan dan motifnya?
Apakah Syed Saddiq merasakan dirinya masih seorang pembangkang?
Jika beliau tidak setuju dengan sesuatu keputusan kerajaan dan kalau pun tidak mahu menggunakan saluran mesyuarat kabinet, langkah yang lebih terpuji ialah meletakkan jawatan sebagai menteri.
Jika mahu umum letak jawatan, bolehlah juga diterima jika dilakukan melalui video.
Itu baru betul, itu pun kalau betul-betul beranilah!! (ShahbudinHusin 26/12/2019)

ELAUNS KRITIKAL..APA CRITA?

Elaun kritikal

1) Apa cerita?

Kerajaan baru-baru ni mengumumkan yang pelantikan Pegawai kerajaan baru bermula daripada 1 Jan 2020 tidak lagi akan menerima elaun kritikal.

Tapi sebenarnya bukan hanya elaun kritikal, secara keseluruhan ada 9 elaun yang dimansuhkan terus

- Bayaran insentif angkat najis
- Bayaran insentif menaip jawi
- Elaun keraian Setiausaha Sulit dan Setiausaha Sulit Kanan
- Elaun khas penolong pemungut hasil tanah
- Elaun operator gangguan elektrik
- Elaun penyelia bilik taip
- Elaun tilikan trigonometric observation
- Insentif profisiensi Bahasa Inggeris
- Bayaran insentif perkhidmatan kritikal

Post ni cuma nak cakap berkaitan yang perkhidmatan kritikal sahaja. 

2) Apa itu elaun kritikal?

Elaun kritikal ni elaun yang diberikan kepada perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh Kerajaan, mempunyai ciri-ciri penawaran yang rendah serta pengisian jawatannya sukar dilakukan.

Dia bukanlah elaun yang diberikan disebabkan belajar lama, belajar susah atau kerja long hour (malahan yang ni ada bayaran OT)

3) Kenapa dimansuhkan?

Jawapan rasminya adalah ianya tidak lagi menepati syarat jawatan-jawatan ini sebagai 'kritikal'

Bermaksud 'supply' untuk mereka yang berkerja dalam bidang ini tidak lagi rendah. Sekaligus menjadikan pengisian jawatan tu tidak lagi sukar untuk dilakukan. 

4) Kalau supply tinggi kenapa doktor kerajaan masih tak cukup, kerja lewat malam dan servis masih lambat? 

Sebab kerajaan tak ada duit untuk sediakan tempat lebih banyak. Jadi walaupun ramai jurusan perubatan sekarang, tapi supply untuk jawatan tersebut dalam kerajaan masih tak berubah. 

Jadi setakat 'tempat' yang ada sekarang ni, ianya mudah untuk diisi.

5) Macam mana dari segi ekonomi?

Elaun kritikal ni sebagai insentif untuk menjadikan lebih ramai pekerja dalam bidang tersebut berkerja dengan kerajaan. 

Doktor contohnya, tawaran gaji yang diberikan oleh swasta adalah jauh lebih lumayan daripada tawaran kerajaan. Jadi tanpa elaun kritikal ini, berkerja di dalam sektor kerajaan adalah jauh lebih tidak attractive. 

Tetapi dengan lambakan IPTS yang melakukan jurusan perubatan sehinggakan nak mula mendapat tempat pun perlu menunggu 6-12 bulan. Maka ianya tidak lagi menjadi 'kritikal' atau tidak lagi sukar untuk kerajaan mengisi kekosongan jawatan tersebut. Maka insentif tambahan ni kerajaan nampak dah tak perlu.

6) Tapi takkan gaji kena potong? Macam mana nak bayar pinjaman bank?

Pemansuhan elaun kritikal ni hanya dibuat untuk lantikan baru. Malahan pekerja kontrak pun masih akan mendapat elaun ni setiap kali renew contract tersebut

7) Tapi kesian la junior kami yang susah-susah belajar kursus perubatan

Emmm yes betul huhu. Tapi elaun kritikal tu memang bukanlah elaun permanent. Dan yang memberikan propaganda doktor akan dapat gaji tinggi dan hidup senang ni bukanlah kerajaan (dulu mahupun sekarang). Malahan doktor masih boleh dapat gaji T5% kalau berkerja di swasta

Malahan dengan kurangnya elaun kritikal ni, menjadikan possible untuk mereka tambahkan lagi bilangan jawatan dalam bidang ni. Well theoretically lah, tak taulah akan buat ke tak

8) Masih rasa tak puas hati....

Saya sendiri rasa benda ni tak tepat sepenuhnya. Pemansuhan elaun kritikal tu tak sepatutnya dibuat pukul rata kepada semua Pegawai perubatan.

Malaysia masih kekurangan pakar-pakar yang penting di kebanyakan hospital terutamanya di luar Lembah Klang. Sebaiknya elaun kritikal masih dibuat untuk jawatan-jawatan ni, sekaligus memberikan insentif untuk mereka melanjutkan pengajian dan kepakaran mereka di dalam pengkhususan yang kekurangan tenaga kerja

And it would be best kalau diorang mansuhkan elaun ni diganti dengan bilangan doktor dan pegawai perubatan yang lebih banyak. At least elaun takde tapi beban kerja berkurang.

9) Kenapa kerajaan asyik tak ada duit?

Sebab cukai kita rendah sebenarnya. Hanya cukai korporat Malaysia yang sama tinggi dengan negara lain. Sedangkan cukai-cukai kita yang lain adalah sangat rendah.

Dan kita selama ni menampung belanja yang tinggi walau dengan cukai yang rendah ni melalui duit minyak.

Dan hasil duit minyak ni tak sustainable

10) Jadi macam mana sekarang?

Owh terpulang kepada individu masing-masing. Post ni saja nak kongsi perspektif je. 

Yang paling layak untuk marah adalah Pegawai-Pegawai perubatan, terutamanya yang baru.

Cuma sebagai ex-economist, memang kerajaan tak ada duit. Opex kerajaan dah terlalu tinggi.

Kerajaan paling banyak spend duit untuk gaji pegawai pendidikan (cikgu) dan pegawai perubatan.

Dari segi sektor pun sektor pendidikan dan perubatan yang memakan belanja paling tinggi, disebabkan kedua-duanya adalah 'hampir' percuma.

Solusinya antara dua, antara kurangkan belanja (potong elaun, kurangkan intake), atau naikkan pendapatan (cukai lagi tinggi, kena bayar lagi banyak untuk rawatan di hosp / sekolah) 

Kedua-duanya akan ada orang yang marah.

Kredit : Izzuddin Yussof

SARANAN UNTUK KERAJAAN. JANGAN HANYA MAIN POTONG POTONG.KATA TERRER.



Kadang-kadang kita hanya highlight benda yang kita nampak.

Contoh: Highlight hilang elaun kritikal untuk staf baru 

Tapi tak highlight orang2 yg tak dapat kerja doktor langsung walaupun ada degree MBBS atau yg setara sebab tak ada perjawatan.  Yang lebih teruk kalau belajar dulu dengan loan, bukan biasiswa. Tak highlight dah berapa lama perjawatan KKM dibekukan sebab tak mampu menampung implikasi kewangan pertambahan perjawatan.

Ada yang terpaksa jadi pekerja KFC/McD. Ada yang buka GP tapi gagal sebab persaingan (tapi tetap kena sambung bayar loan). Student Nurse kerja di butik tudung lps grad. Ada doktor yang buka GP terpaksa jual MC/ubat batuk sebab nak survive. Farmasi yang tumbuh makin banyak sebab isu yang sama. Ini contoh-contoh masalah yang semakin bertambah dan akan jadi lebih teruk kalau isu oversupply ni tak diaddress dengan baik. Saya sebenarnya kasihankan kelompok ini. Siapa yang akan perjuangkan nasib mereka? Anda silap jika mengatakan saya tidak sayang pada 'junior doctors' . 

Apa penyelasaian terbaik? 

1) Buang elaun kritikal tapi tambah perjawatan. 

2) Kekal elaun kritikal tapi tak tambah perjawatan. 

3) Buang elaun kritikal staf senior untuk diberi kepada junior (tentu akan terima tentangan lebih dahsyat dari staf senior sebab bajet bulanan mereka bergantung pd elaun ini. Nak bayar kereta mahal etc). 

Tentu ada yang kata kenapa tak kekalkan sahaja elaun dan tambah perjawatan. Kalau tidak ada masalah dari segi implikasi kewangan tentu ini yang terbaik. Tapi tak semua benda penyelesaiannya yang paling ideal. Tentu kerajaan lama dah buat kalau semua ini semudah ABC. 

Saya amat berharap agar kerajaan tidak u-turn dengan memberikan elaun kritikal, tetapi secara senyap-senyap mengurangkan perjawatan baru. For every action there is reaction.

Kredit : Najmi Nadzir Ahmad Najmee