MAHIADDIN BELUM BOLEH TIDUR LENA….

 

Rasa gembira Mahiaddin Md Yasin dan para penyokongnya atas keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri itu daripada empat pertuduhan salah guna kuasa nampaknya tidak bertahan lama.

Ini berikutan Pejabat Peguam Negara dengan segera telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan tersebut petang tadi.

Maknanya, masih ada kemungkinan kes tersebut dibicarakan jika rayuan itu diterima di peringkat Mahkamah Rayuan.

Jadi, sabar dulu dan jangan terlalu awal untuk bergembira dengan mengaitkan keputusan Mahkamah Tinggi itu sebagai bukti pertuduhan yang dibuat adalah bermotifkan politik.

Hakikatnya, keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah bukti bahawa Perdana Menteri atau pihak eksekutif di Putrajaya tidak campurtangan sama sekali dalam urusan mahkamah.

Awal hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Pengerusi PN itu untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dana berjumlah RM232.5 juta yang diterima Bersatu atas alasan pertuduhan itu tidak jelas dan melanggar keperluan Kanun Tatacara Jenayah.

Dengan itu, Mahiaddin telah dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan terhadapnya.

Selain rayuan telah difailkan, kepada yang mungkin terlupa, Mahiaddin juga masih lagi ada tiga kes mahkamah di bawah AMLA yang perlu dihadapinya.

Peguam Negara Idrus Harun berkata, keputusan Mahkamah Tinggi itu hanya membabitkan empat pertuduhan bagi kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 saja.

Tetapi, katanya, tiga lagi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang dihadapi Mahiaddin masih lagi kekal dan tarikh sebutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 September 2023 sebagaimana telah dijadulkan juga tidak berubah.

Di samping itu, menantunya yang dicari SPRM dan kini telah dimasukkan dalam notis merah pihak polis untuk ditangkap, turut merupakan satu lagi beban menunggu buat Mahiaddin.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata PDRM akan bekerjasama dengan SPRM dalam hal berkaitan.

“Sekiranya ada maklumat tambahan (notis merah interpol) saya akan memaklumkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau.

Ertinya sekarang ini, jangankan nak tidur lena, nak senyum pun masih tidak semudah biasa untuk Mahiaddin ukirkan pada wajahnya dengan sesuka hati.

Masih banyak kemungkinan tak terduga bakal menerpa kehidupannya. – ShahbudinHusin 15/08/2023.



ZAHID HAMIDI TAK BERHASRAT UNDUR DIRI, IKRAR BINA SEMULA KEKUATAN PARTI



 Di sebalik desakan dan asakan yang semakin lantang mendesak dirinya berundur, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berikrar untuk bergerak ke hadapan dan “melakukan lebih banyak” untuk membantu parti itu mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Sambil mengambil maklum, bahawa ini bukan kali pertama seseorang presiden Umno didesak meletak jawatan susulan keputusan pilihan raya yang lesu, katanya tanggungjawab prestasi buruk sepatutnya dipikul bersama oleh kepimpinan Umno.

“Walaupun saya bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya, seperti yang ditegaskan Johari, ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kepimpinan Umno,” katanya, yang dipetik oleh akhbar The Star, hari ini.

Zahid merujuk kenyataan Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani, yang pada Ahad lalu berkata, semua pemimpin Umno mesti bertanggung jawab terhadap keputusan memalukan parti itu pada enam pilihan raya negeri Sabtu, lalu.

Pilihan raya negeri pada 12 Ogos itu menyaksikan Umno sekadar mampu memenangi hanya 19 kerusi DUN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, dan Kelantan.

Parti itu juga mencatatkan prestasi terburuk apabila gagal merampas atau mengekalkan mana-mana kerusi yang ditandinginya di Terengganu dan Kedah.

Bagaimanapun, ia memperoleh 14 kerusi di Negeri Sembilan dan dua kerusi masing-masing di Pulau Pinang dan Selangor. Di Kelantan, parti itu hanya memenangi kerusi DUN Galas.

Berikutan itu, timbul semula gesaan untuk melakukan reformasi parti, termasuk Zahid bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai presiden Umno.

Zahid memberitahu akhbar berbahasa Inggeris itu bahawa dia menyedari desakan sedemikian, dan sebagai tindak balasnya, timbalan perdana menteri itu berjanji untuk berusaha ke arah mendapatkan semula keyakinan rakyat dengan bantuan pemimpin Umno yang lain.

“Kita akan meneliti pendekatan dan strategi. Kita akan menerima pakai yang baharu, supaya kami boleh memenangi hati dan fikiran pengundi sekali lagi,” katanya dilaporkan.

Menurut Zahid, parti itu perlu menangani kekeliruan dalam kalangan ahli Umno berhubung keputusannya untuk bekerjasama dengan DAP.

Walaupun usaha telah dibuat sebelum pilihan raya negeri untuk menjelaskan perkara itu, dia percaya lebih banyak perkara perlu dilakukan.

“Kami melakukan beberapa sesi untuk menjelaskan perkara ini di peringkat bahagian. Mungkin, mesej itu tidak sampai ke akar umbi atau mungkin perlu dijelaskan lagi di peringkat itu.”

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/675710




"APA SELEPAS PRN 6 NEGERI?" - Ustaz Dato' Badli Shah Alauddin

SAMAN FITNAH AKAN DITERUSKAN WALAUPUN WALAUN SUDAH MOHON MAAF!


Susulan fitnah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim, AMANAH Kelantan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Pengarah Operasi (Biro Kanun) PRN Amanah Kelantan, Hisham Fauzi berkata, pihaknya menerima tangkap layar berkaitan status berbaur fitnah yang dimuat naik seorang individu di laman sosial Facebook terhadap Dr Hafidzah selepas menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).




[WACANA SINAR] Pasca PRN: Rakyat sudah bersuara

Nak Percaya Siapa? Anwar & Madani, Mahiaddin & Bersatu, atau Hadi & PAS?...

DIN COPONG MENCOPONGKAN NIK AMAR.TAK DENGA DAH LA AYAQ PARIT PAS NI..

 



KU SANGKAKAN SEMANGAT ISLAM 

RUPANYA BERSENGKETA SESAMA SENDIRI


KU SANGKAKAN NIK AMAR MB KELANTAN

RUPANYA KAWAN SENDIRI… MELOPONG LAGI

KALAU IKUT YANG BODO BODO NI- DIA BUKAN CERDIK SANGAT. TELOQ N AYAM PUN TAK DAK DIA MASIH NAK. SOKONG


 

IMF UMPAMA MOMOKAN HANTU PADA ORANG MELAYU


 

DUIT DALAM AKAUN BEBAS....

 

Gino Marvela.


Failkan semula rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan pembebasan kes salahgunakuasa Muhyiddin. 


Bagaimana pula di bolehkan rasuah RM200juta ke akaun parti Bersatu di kategori bukan kesalahan bawah SPRM ? Kalau ini bukan rasuah, perlu ingat kes ini akan dijadikan sbg duluan kpd kes yg lain. 


Tu yg dalam akaun Wan Saiful Wan Jan masuk duit rasuah RM6.9 juta nak kira mcm mana...bukan termasuk dlm kesalahan perundangan bawah akta SPRM?


Sila failkan rayuan segera. Jika tidak, semua orang akan di kira berhak masuk duit rasuah ke dalam akaun bank. 


Utk makluman, Muhyiddin ada 6 pertuduhan. 4 darinya kes salahgunakuasa yg berlaku hari ini, lagi 2 lg pengubahan wang haram. Dan penelitian kami, berdasarkan situasi hari ini Muhyiddin akan buat permohonan batalkan lagi 2 kes pertuduhan.



Pasca PRN: Kerajaan Perpaduan perlu skuad media sosial lebih teratur



Kemenangan Perikatan Nasional di 22 kerusi DUN Selangor dalam Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos lalu berpunca daripada kekuatan naratif media sosial pembangkang.


Meskipun tohmahan yang dilemparkan kononnya dana KWSP telah lesap atau kejatuhan Selangor akan mengubah Kerajaan Persekutuan tidak masul akal, namun apabila pelbagai pempengaruh di TikTok mengulang ulang perkara tersebut, pengundi Selangor yang 'pandai' menilai akhirnya terpengaruh.


Bagi Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi, keadaan tersebut memerlukan Kerajaan Negeri dan Persekutuan melihat keperluan menyediakan pasukan media sosial yang lebih teratur kerana katanya, zaman telah berubah daripada era akhbar dan televisyen kepada Facebook dan kini maklumat untuk generasi muda terfokus kepada TikTok.


"Bagi saya kita kena adapt dengan perkembangan zaman. Kalau dulu zaman suratkhabar, waktu itu kita pembangkang kerajaan kawal total (media), kita berakhir ke media sosial. Kita berjaya menguasai naratif media sosial sehingga kita menang besar dalam beberapa pilihanraya.


"Media sosial ada evolusi zaman Youtube, FB dan Twitter kini ada Tiktok. Suka tak suka kita kena menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.


"Zaman ini anak muda lebih tertumpu kepada TikTok sebagai alternatif mereka dapat maklumat. Anak muda tak baca suratkhabar, bagi mereka benda yang panjang ini dia tak nak baca, dia buat video dan cakap pasal benda itu. Ini lebih mudah mereka terima dan faham," katanya kepada Suara Keadilan.


Bagi Najwan, beliau menyokong penuh sekiranya Kerajaan Negeri atau Persekutuan memikirkan untuk mewujudkan unit media sosial sebagai cabang kepada media tradisional ketika ini seperti akhbar dan laman web milik kerajaan.


"Saya sokong jika Kerajaan Negeri dan Persekutuan kalau ada satu unit yang menggerakkan informasi melalui kandungan TikTok, ini kena pada masa.


"Untuk kita dekati dan juga perbetulkan kembali penerimaan informasi pengundi muda dan juga pengundi berusia pun guna Tiktok," katanya.

SAIFUDDIN PATUTNYA BERADA DI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL. BUKAN FAHMI

 


Ramai nak Fahmi Fadzil letak jawatan atau diganti. Tapi kalau buat begitu, sebenarnya merosakkan kerjayanya dan dalam masa yang sama, cemarkan imej parti juga.


Bagi aku Fahmi ni ok. Cuma mungkin. Kementerian tak sesuai. Dia ni lembut sangat. Rahmah sangat perangainya. Mungkin kalau letak dia di KPDN lebih sesuai.


Menteri Komunikasi boleh beri kepada YB Sany. Dia mungkin boleh kawal kejahatan PN. Cara begini tak ganggu kuota parti untuk jawatan menteri. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


KITA MOVE ON- TINGGALKAN NEGERI PEMBANGKAN


 

UNDI PH 17K DARI PN- 18 DUN PN HILANH DEPOSIT- MALAHBTIADA SATU KERUSI PH HILANG DEPOSIT...PH ADA 10 DAN PN ADA 4. DI MANA BERSATU ????


 

PEMBEBASAN NAJIB TAK AKAN MEMARTABATKAN SISTEM KEADILAN NEGARA

 


Ada orang tanya aku, adakah dengan pembebasan Najib boleh kuatkan UMNO?


Memang boleh. Tapi kalau itu dibuat, kerajaan akan lemah. Ekonomi akan runtuh sebab pelabur akan lari. Isu keadilan adalah penting bagi para pelabur. Sebab itulah sekarang pelaburan banyak masuk berbanding ketika Mahiaddin jadi PM dulu.


Lagipun, Najib sendiri pun tak minta bebas. Dia cuma mahu perbicaraan semula. Mungkin itu boleh dilaksanakan. Tapi mungkin lepas Peguam Negara dan Ketika Hakim Negara lantikan Mahiaddin yang ada ni tamar kontrak dulu nanti.


Bagi aku jalan paling mudah adalah mengangkat anak Najib dalam parti dan dalam kerajaan. Zahid boleh lantik anak Najib ke satu jawatan lantikan dalam UMNO. Kemudian lantik dia ke satu jawatan dalam mana-mana kementerian.


Ini boleh ubati hati penyokong Najib sementara menunggu perbicaraan semula untuk diadakan. Beri anak Najib peluang. Kalau perform, mungkin dia boleh bentuk karier politiknya sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


BUKAN MASAALAH HUKUM....

 



Bukan masalah hukum. Tapi dah Sanusi dan PN yang kata diri tu hebat. Nak buat The Greater Kedah kan? So buatlah. Apa nak harap kerajaan pusat? Selangor dan Penang dulu boleh je.


Tapi aku yakin, DS Anwar takkan bertindak sekejam Mahathir dulu. DS Anwar memang serius nak basmi kemiskinan. Cuma, jangan harap duit pergi ke MB la. Baik salur terus ke orang miskin.


Kedah pun ada REE. Apa nak hairan. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu boleh bergabung buat 1 jajaran ekonomi sendiri. Ishk... Takkan itu pun nak kena ajar? Hang kat hang tera! Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


DIA PERASAN DIA MENANG BESAQ


 

MANA ACI- ACI TAK ACI, DAH PILIH AMBIK TERIMA LA.,


 

KONONNYA KENA LETAK JAWATA N APA HAL PULAK ..

 


KONONNYA MENANG LAH MEREKA NI


 

KEADAAN SITUASI SEMASA.

 

Gino Marvela.


Perlu ingat, kontrak lanjutan bg Peguam Negara & ketua SPRM itu di lanjutkan dalam tempoh pemerintahan Yang Di Pertuan Agong semasa/terkini. 


Kelak akan ada penggantian YDPA yg baru, akan ada sesi lantikan yg baru. Juga ada antara lain yg turut alami lantikan baru. Sebelum semuanya terjadi, kami akan turun padang terlebih dahulu. 


Ya, mungkin terpaksa bersabar sikit. Yg ada keliling Anwar itu, kebanyakannya penasihat yg wujud dari zaman 3 PM terdahulu. Kebanyakannya memegang jawatan dlm kerajaan. Nak tukar semua, kami sendiri akui Anwar berada dlm tekanan. 


Kerna itu kalian lihat Anwar ke sana sini ibarat mcm dia saja yg bekerja sendiri. Bukan tidak ada penasihat yg baik di sekeliling Anwar, ada...mmg tetap ada. Cuma dalam posisi 8 bulan nak ubah semua, segalanya terbatas.


Oleh itu, pembaharuan dalaman itu di buat secara berhati2. Nak perkuatkan SPRM & bidang kuasa perundangan, ambil sedikit masa. Pertamanya PH dh buat melalui perubahan di PDRM itu sendiri.


Keduanya, ibarat tarik rambut dlm tepung. Anwar tak buleh rentap semua. Ada yg berjawatan kerajaan tp kiblat kpd siapa yg mereka rasakan buleh teruskan agenda tebuk & korup. 


Kerajaan Perpaduan ambil inisiatif hal kebajikan & kenaikan gaji terlebih dahulu. Banyak perubahan di buat secara dalaman, tidak di beritahu kpd umum. Malangnya, dgn pelbagai inisiatif kerajaan dr pelbagai skim yg di umumkan...rakyat juga tak mengetahui.


Apa...bagaimana & di mana silapnya!


J-Kom umpamanya, kami tidak salahkan 100% kpd sdra Agus. Ketika awal sdra Agus di pilih pun, ramai sangat yg nak posisinya. Dah lah peruntukan tidak ada, agensi JKom ini pula hanya berfungsi sbg sebaran komunikasi yg terbatas.


Bukan tidak ada sebarang usul/kertas kerja kepada pemimpin kerajaan. Memang ada, tp sekali lg sumber perolehan terbatas. Nak minta sumber pula, perlu hadap tangan atas tangan, baru sampai ke PM. Bila ada sumber pula, kementerian lain (komunikasi digital) pula yg ambil utk program mereka. Jadi...itulah posisi J-Kom dan dilema yg mereka hadapi sekarang.


Idea & inisiatif itu banyak, tapi setakat banyak itu sajalah yg ada. Tak buleh berbuat apa2. Bertambah malang lg, pihak pembangkang mengembeling belanja yg begitu besar dlm promosi agenda mereka. Tiktok, Fb, Youtube...dan kebanyakan influencers mereka di jaga baik & di bayar. Kerana mereka tahu, mereka tak buleh sampai ke sasaran...maka cara pendek ialah belanja besar di sosial media dimana setiap rakyat guna smartphone. 


Sewaktu covid, seluruh rakyat terpaksa beli smartphone/telefon pintar. Nak masuk pasaraya beli ikan pun guna scan barkod. Nak pergi umrah & haji pun guna scan barcode. Apatah lg sbg bukti vaksin, di paparkan dari apps. 


Muhyiddin & pembangkang lain, tahu mereka tak buleh sampai ke bawah sasaran...mereka berbelanja puluh juta utk hal tersebut hanya menggunakan iklan media masa tv, sosial media & bayaran influencer.


PH dan Perpaduan, dok mengembeling tenaga tukar/perbaharui institusi dalaman. Ya, akan ambil masa dan tenaga. 


Fahmi yg memegang portfolio Kementerian Komunikasi & Digital umpamanya, hanya ikut atas kaki apa yg buleh, apa yg tak buleh. Contohnya kalau saluran tv asyik dendangkan pembangkang saat rakyat tahu kroni2 media, Fahmi hanya buleh cakap itu sykt swasta dan tidak terkait kerajaan...yg buleh di buat hanya nasihat ja. 


Bagi kami, itu lembik sebenarnya.


Kerajaan memegang lesen penyiaran, bermaksa kerajaan punya hak kuasa memberi & membatalkan lesen penyiaran. Masaalahnya, takut nak guna. Di takuti jadi kuku besi & kebebasan media.


Maka pihak pembangkang memperkotak-katikkan kerajaan sebegitu saja. Hinggakan jawatan PM anwar pun di kepala bapakkan oleh pembangkang, inilah kelemahannya. 


Isu undi 18 yg Syed Saddiq bawa, dia lepas tangan. Apa yg dia buat, nak jadi juara ja. Nurul Izzah & Hanna Yeoh sbg penyokong utama. Akhirnya undi 18 makan diri akibat tiada sesi mendidik anak2 ini. Mereka ghairah alam dunia mereka saja, maka peluang emas pembangkang pergunakan senjata ini.


Akhirnya, siapa yg salah ? Apakah perlu kita menuding sesama sendiri ?


Kami akui, PH bersama kerajaan perpaduan ini ada kelemahannya. Sdra anwar, Loke , Rafizi berjaya uruskan situasi getir dlm negara. Tapi menteri yg lain ?


Seperti yg Nurul Izzah kata semalam, komunikasi perlu di perbaiki. Itu kami akui, jentera komunikasi kita lemah. 


Oleh itu, setiap barisan para menteri seharusnya dh mula berbuat sesuatu. Dah perlu utk menyaring taring, mentaliti pemikiran rakyat Malaysia ini di takuk lama, maka wajiblah jadi tegas & garang. 


Tegas, garang & agresif itu tidak jadi beban apabila kita masih mengutamakan nilai murni & tatakelola yg baik tanpa rasuah & penyelewengan.


Tapi yg ada kini, masih takut2 nak beraksi. Takut jadi kuku besi, takut jadi media tak bebas. Tak bebas bagaimana lg jika ada ust popular dari pantai timur di beri tauliah sebaliknya ust dari PH sendiri tidak di beri tauliah atas sebab tak popular. 


Sekali lg, dah buleh turun buat sesuatu. Mereka (pembangkang) mempergunakan kelemahan PH & kerajaan perpaduan. 


Persoalannya...bukankah PH & Kerajaan Perpaduan itu sendiri dah duduk sbg institusi penting mentadbir negara Malaysia. Jadi mengapa masih letih & lesu ? Dah kamu jadi Kerajaan, maka beraksilah sbg set2 pentadbiran yg memerintah. 


Kamu bukan lg berada dlm denial syndrome era pembangkang puluhan tahun, mulalah perkukuhkan setiap kesatuan & agensi mengikut corak struktur tadbir PH itu sendiri.


Jabatan Kerajaan akan tetap berada di sana walau dari parti mana/siapa pun memerintah. Mereka (jabatan kerajaan) ini akan ikut apa yg di perintah menerusi format baru...model baru. Maksudnya mereka akan ikut arahan kalian sbg pelaksana.


Di persetankan jika mereka kata tiada kebebasan media @ kuku besi. Tempoh 5 tahun ini adalah tempoh kamu beraksi. Gunakan peluang ini sebaik mungkin. Setidaknya jahat kamu bukan nak mengebas harta negara & hasil cukai rakyat, sebaliknya jahat & tegasnya kamu itu utk bersihkan kekotoran puluhan tahun negara ini berada dalam kegelapan di zaman yg lama.


Zaman ini (2022-2027), zaman kamu memerintah. Oleh itu, jadilah & bekerjalah kamu sbg pemerintah, bukan berada sbg diri yg di perintah.


Yang berkarya:

Gino Marvela