Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
ANWAR BERTEMU TMJ DIIRINGI TENGKU RAHMAN
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Mahkota Johor terima mengadap YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri
Malaysia bersama YAM Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad
Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang hari ini, 26 November 2022. Allah
Peliharakan Sultan.
———
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince
of Johor received in audience Prime Minister of Malaysia YAB Dato' Seri Anwar
Ibrahim together with HRH Tengku Abdul Rahman Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda of Pahang today, 26 November 2022.
Allah Peliharakan Sultan.
KABINET KATANYA HAMPIR 90% TEPAT- SEKADAR HIBURAN
KABINET KERAJAAN PERPADUAN 2022:
PERDANA
MENTERI: YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM (PKR-TAMBUN)
TIMBALAN
PERDANA MENTERI 1: YAB DATO’ SRI MOHAMAD HASSAN (BN-REMBAU)
TIMBALAN
PERDANA MENTERI 2: DATO’ SRI FADILLAH YUSOF (GPS-PETRA JAYA)
MENTERI
KEWANGAN & HAL EHWAL EKONOMI: YB TUAN MOHD RAFIZI RAMLI (PKR-PANDAN)
TIMB
MENTERI: YB TUAN MOHD SHAHAR ABDULLAH (BN-PAYA BESAR)
MENTERI
DALAM NEGERI: YB DATO’ SRI FADILLAH YUSOF (GPS-PETRA JAYA)
TIMB
MENTERI: YB TUAN NIK NAZMI NIK AHMAD (PKR-SETIAWANGSA)
MENTERI
PERTAHANAN: YB DATO’ SERI MOHAMAD HASAN (BN-REMBAU)
TIMB
MENTERI: YB SIM TZE ZIN (PKR-BAYAN BARU)
MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: YB TUAN LOKE SIEW FOOK (DAP-SEREMBAN)
TIMB
MENTERI: YB DATUK ABDUL RAHMAN MOHAMAD (BN-LIPIS)
MENTERI
KERJARAYA: YB TUAN M. KULASEGARAN (DAP-IPOH BARAT)
TIMB
MENTERI: YB DATUK RUBIAH WANG (GPS-KOTA SAMARAHAN)
MENTERI
PENDIDIKAN: YB DATO’ SERI PANGLIMA SHAFIE APDAL (WARISAN-SEMPORNA)
TIMB
MENTERI: YB DATUK R. RAMANAN (PKR-SUNGAI BULOH)
MENTERI PENDIDIKAN
TINGGI: YB SENATOR DR MASZLEE MALIK (PKR-SENATOR)
TIMB
MENTERI: YB TUAN NGA KOR MING (DAP-TELUK INTAN)
MENTERI
PERPADUAN NASIONAL & TUGAS-TUGAS KHAS: YB SENATOR DATUK DR ZAMBRY ABDUL
KADIR (BN-SENATOR)
TIMB
MENTERI: YB TUAN CHANG LIH KANG (PKR-TANJONG MALIM)
MENTERI
KEHAKIMAN, PARLIMEN & HAL EHWAL UNDANG-UNDANG: YB PUAN FADHLINA SIDEK
(PKR-NIBONG TEBAL)
TIMB
MENTERI: YB TUAN STEVEN SIM (DAP-BUKIT MERTAJAM)
MENTERI HAL
EHWAL AGAMA ISLAM: YB DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB (AMANAH-PULAI)
TIMB
MENTERI: YB DATUK HASBI HABIBOLLAH (GPS-LIMBANG)
MENTERI HAL
EHWAL SABAH & SARAWAK: YB DATUK AARON AGO DAGANG (GPS-KANOWIT)
TIMB
MENTERI: YB SENATOR DATUK DR JOACHIM GUNSALAM (GRS-SENATOR)
MENTERI
PENGANGKUTAN: YB DATUK TIONG KING SING (GPS-BINTULU)
TIMB
MENTERI: YB SENATOR TUAN ISHAM JALIL (BN-SENATOR)
MENTERI
TENAGA, AIR & SUMBER ASLI: YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (DAP-SEPUTEH)
TIMB
MENTERI: YB ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS (WARISAN-KOTA BELUD)
MENTERI
SUMBER MANUSIA: YB DATO’ SERI KHALED NORDIN (BN-KOTA TINGGI)
TIMB
MENTERI: YB WILSON UGAK KUMBONG (GPS-HULU RAJANG)
MENTERI
WILAYAH PERSEKUTUAN: YB PUAN RODZIAH ISMAIL (PKR-AMPANG)
TIMB
MENTERI: YB DATO’ HENRY SUM AGONG (GPS-LAWAS)
MENTERI
KEMAJUAN WANITA, KELUARGA, OKU & MASYARAKAT: YB DATO’ SRI NANCY SHUKRI
(GPS-SANTUBONG)
TIMB
MENTERI: YB PUAN HANNA YEOH (DAP-SEGAMBUT)
MENTERI
KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT: YB DR DZULKEFLY AHMAD (AMANAH-KUALA
SELANGOR)
TIMB
MENTERI: YB DATUK WETROM BAHANDA (KDM-KOTA MARUDU)
MENTERI
INDUSTRI PERTANIAN & UTAMA: YB MOHAMAD SABU (AMANAH-KOTA RAJA)
TIMB
MENTERI: YB PUAN TEO NIE CHING (DAP-KULAI)
MENTERI LUAR
NEGERI: YB DATO’ SERI JOHARI GHANI (BN-TITIWANGSA)
TIMB
MENTERI: YB TUAN ADLY ZAHARI (AMANAH-ALOR GAJAH)
MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA: YB TUAN GOBIND SINGH DEO
(DAP-DAMANSARA)
TIMB
MENTERI: YB PUAN AIMAN ATHIRAH AL JUNDI (AMANAH-SEPANG)
MENTERI
KOMUNIKASI, MULTIMEDIA & TEKNOLOGI SIBER: YB SENATOR DATUK SERI SAIFUDDIN
NASUTION ISMAIL (PKR-SENATOR)
TIMB
MENTERI: YB TUAN CHONG CHIENG JEN (DAP-STAMPIN)
MENTERI
PERUMAHAN, KERAJAAN TEMPATAN & PEMBANGUNAN LUAR BANDAR: YB DATUK DR NORAINI
AHMAD (BN-PARIT SULONG)
TIMB
MENTERI: YB TUAN LARRY SNG (PBM-JULAU)
MENTERI
SAINS, TEKNOLOGI, PERUBAHAN IKLIM & ALAM SEKITAR: YB PUAN YEO BEE YIN
(DAP-PUCHONG)
TIMB
MENTERI: YB DATUK MOHAMAD ALAMIN
(BN-KIMANIS)
MENTERI
KEMAJUAN USAHAWAN DAN KOPERASI: YB DATUK EWON BENEDICK (UPKO-PENAMPANG)
TIMB
MENTERI: YB SENATOR PUAN ZAHIDA ZARIK KHAN (BN-SENATOR)
MENTERI
PELANCONGAN, BUDAYA, BELIA & SUKAN: YB TUAN SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
(MUDA-MUAR)
KALAU LAH ADA LANGKAH LANGKAH YANG AKAN DIAMBIL, RASANYA PIHAK BERKUASA TAK DUDUK DIAM DAH. KALAU KERAJAAN BAGINDA NAK DIRUNTUHKAN, MAKA MEMANG MEREKA SEDANG DIPERHATIKAN
‘Semua orang dah gila, mana ada Langkah Tropicana’, kata Ismail
PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob menafikan ada pertemuan tertutup membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS yang dikatakan berlangsung di Tropicana Golf Resort, semalam.
Naib presiden Umno itu berkata, segala tindakannya kini disalah tafsir sehingga beliau dianggap pengkhianat jika bertemu rakan daripada PAS.
Katanya, manakala pihak yang bertemu pimpinan daripada Pakatan Harapan (PH) dianggap hero.
“Tak betul (pertemuan tersebut). Mana ada perjumpaan melibatkan 10 orang tu. Tengok senarai nama tu lima orang saja. Ini semua fitnah jahat untuk merosakkan nama saya.
“Hari ni nak jumpa kawan-kawan pun tak boleh. Jumpa kawan PAS (dianggap) jadi pengkhianat, jumpa orang PH jadi hero penyelamat parti. Semua orang dah gila,” katanya menurut Malaysiakini.
Dalam hantaran tular di Twitter, pertemuan antara pemimpin BN dan PAS itu dikatakan berlangsung di lokasi berkenaan dari 10.30 pagi hingga tengah hari semalam.
Hantaran itu menyatakaan antara pemimpin hadir termasuk Ismail, bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Presiden MCA Wee Ka Siong dan setiausaha akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz.
Khabar angin berhubung pertemuan di Tropicana Golf Resort yang diberi jolokan “Langkah Tropicana” itu berlegar di media sosial, disertakan dengan beberapa gambar yang didakwa dirakam ketika pertemuan itu.
Terdahulu, Wee menafikan spekulasi beliau terbabit dalam pertemuan itu.
Beliau kecewa orang ramai masih menyebarkan khabar angin dan menuduhnya terbabit dalam gerakan politik walaupun krisis politik susulan pilihan raya umum lalu sudah diselesaikan.
ANWAR DAN ANAK SEMUA BANGSA
Oleh: Rosli Khan
‘Politik itu juga sastera. Dengan tidak menyintai sastera, anda cuma hidup sebagai haiwan yang sedikit cerdik.’ Pramoedya Ananta Toer (1925-2006).
Buku kedua dari novel tetralogi penulis terkenal Indonesia Pramodya Ananta Toer, atau bisa dipanggil Pak Pram, bertajuk ‘Anak Semua Bangsa’.
Beliau adalah seorang sasterawan yang prolifik, pemikir bangsa dan penulis revolusioner yang tajam dan ditakuti dizamannya dahulu.
Walaupun dipenjara tanpa sebarang pembicaraan oleh Suharto dari tahun 1965, Pak Pram, yang disalahkan kerana beliau begitu kritis, menjadi banduan solitari yang terpanjang di pulau Buru, Indonesia.
Corak sastera politiknya yang berkesan, banyak berkisar tentang pengalaman beliau ditengah masyarakat bawahan yang ditindas.
Beliau bermula dalam penjajahan Belanda keatas Indonesia, diikuti zaman penaklukan Indonesia ditangan Jepun sepanjang perang dunia kedua, dan pemerintahan kukubesi Suharto dari tahun 1965.
Ketidaksamaan dalam kutipan cukai pertanian, polarisasi kaum, penindasan dan diskriminasi, menjadi tema utama dalam karya-karya Pak Pram.
Sastera Politik
Perjuangan politik Anwar Ibrahim juga hampir sama. Dia berjuang untuk kaum yang ditindas, bergerak untuk membasmi kemiskinan dan menolak kronisme yang berlarutan ditahun-tahun 1990an.
Dia mahukan politik keterbukaan dan bertanggungjawab (transparency dan accountability).
Anwar menyelit sastera politik dengan laungan transformasi untuk rakyat, terhadap pembubalan banyak legislasi kuno, seperti ISA, OSA, ASA dan berbagai lagi.
Legislasi-legislasi inilah yang digunapakai oleh pemerintahan kukubesi Mahathir dan kemudiannya, Najib, demi mengekang pembaharuan dan pengembangan minda rakyat.
Mereka berdua bukan saja memenjarakan Anwar tetapi juga menyekat segala pemikiran sastera politik yang akan memerdekakan minda rakyat dan negara, dalam erti kata yang sebenarnya.
Cengkaman inilah yang mahu dibebaskan Anwar.
Mungkin secara kebetulan atau secara disedari, konsep ‘Anak Semua Bangsa’ ini, juga menjadi piagam parti yang Anwar tubuhkan pada tahun 1998, selepas beliau disingkir dari Umno dan terpenjara.
Anak Semua Bangsa
Partinya, PKR, berbilang kaum, dan mencuba untuk memberi kesamaan dan nafas baru kepada semua kaum di Malaysia.
Wawasan Anwar ialah untuk melihat anak-anak dari berbagai kaum, keturunan, latar belakang dan sudut negara diberi peluang yang sama dalam segala sektor seperti pelajaran, bantuan kewangan dan kesihatan.
Tema ‘Anak Semua Bangsa’ ini menjadi konsep utama dalam kempen Anwar pada PRU15 yang baru berlalu.
Menurut Anwar, disitulah terletaknya titik permulaan kepimpinan kepada sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Sememangnya keadaan di negara kita, agak terpisah dalam kesatuan. Ramai yang berpuak dan kurang memahami antara satu sama lain.
Dari awal persekolahan mereka dipisahkan mengikut kaum. Perasaan tertindas dan ditindas dirasai dan ditanami dalam perkauman.
Kaum minoriti berpendapat, kita sebenarnya tidak ada kesamaan.
Tidak hairanlah, politik tanpa sastera ini bergerak dan menuju kearah mono-rasial, mono-lingual dan mono-kultur yang amat membimbangkan.
Hal ini dimainkan pula oleh segolongan ahli politik yang kering dalam pemikiran, seperti Hadi dan Muhyudin, semata-mata untuk memancing undi.
Kesamaan dan Perlawanan
Seperti Pak Pram yang terpenjara selama lebih tiga dekad lamanya, Anwar berjuang diatas dasar kesamaan selama hampir 25 tahun, demi menegakkan idealismanya dan reformasi yang semakin pudar.
Adalah amat sukar apabila politik lawan berkisar disekitar kapitalisma yang memanjang, kumpulan elit yang berpengaruh serta budaya dan sastera negara yang kian terpinggir.
Suatu masa lalu, Anwar dianggap seperti cuba untuk menghidupkan kembali unggun api yang telah hampir mati.
Dari sudut perlawanan, Hadi dari Pas berkempen diatas konsep rakan parti Anwar, DAP, sebagai parti komunis.
Ada persamaan sewaktu Suharto menuding jari kepada Pak Pram dipermulaan konsep ‘Order Baru’ di Indonesia dahulu.
Isu komunis inilah senjata yang memusnahkan pemerintahan zaman Sukarno dan melonjak naikkan Suharto.
Hampir keseluruhan pengikut berhaluan kiri disingkir dan juga dihapuskan oleh Suharto.
Rakan Hadi, Muhyudin pula menggunakan konsep yang hampir sama, iaitu kad agama yang tidak keruan.
Agen yahudi kononnya akan menkristiankan penduduk Malaysia dengan maksud menjadikan ancaman kepada kepercayaan yang sedia ada. Satu dongeng yang tiada asas.
Inilah antara perbezaan besar dalam pemikiran Anwar, Hadi dan Muhyudin. Anda tentunya dapat bezakan antara ideologi dan polemik.
Mujurlah kita masih mempunyai media yang bebas. Pemikiran sebegini diberi ruang dan pilihan kepada rakyat.
Ia memisahkan para pemikir dari pengelamun. Yang serius dari yang badut. Yang memimpin dari pemimpin.
Agak malang bagi Hadi dan Muhyudin, konsep ‘Anak Semua Bangsa’ ini kembali hidup dan dipercayai ramai.
Konsep ini mulai mendapat tempat dihati kalangan ramai pengundi dan mesti dilebarkan kepada semua kaum.
Memerdekakan minda masyarakat mesti diteruskan.
Di sinilah bermulanya titik kepimpinan Anwar yang tergelincir dan disita hampir 25 tahun itu. – Rosli Khan – 25 Nov 2022
PH Pahang sokong BN tubuh kerajaan negeri, kata Amirudin
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Pahang mencapai persetujuan sebulat suara memberikan sokongan secara rasmi untuk membentuk kerajaan negeri bersama Barisan Nasional (BN).
Pengerusi PH Pahang, Amirudin Shari, berkata keputusan itu hasil mesyuarat dipengerusikannya hari ini.
Katanya, keputusan itu berdasarkan kepada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara keseluruhan yang dimenangi BN (16) dan PH (lapan), sekali gus melebihi majoriti mudah.
“Kami berharap kerajaan Pahang yang baru pasca PRU15 dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Pada PRU15 lalu, Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi daripada 41 DUN Pahang, manakala BN memperoleh 16 dan PH lapan kerusi.
Anwar tak perlu uji majoriti di Parlimen, kata Ramkarpal
PETALING JAYA: Pemimpin DAP Ramkarpal Singh menggesa Anwar Ibrahim tidak membuat usul percaya terhadap kepimpinannya ketika persidangan Dewan Rakyat 19 Dis ini kerana ia “tidak diperlukan lagi”.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, lebih baik perdana menteri memberi tumpuan kepada bajet 2023 yang akan dibentangkan kemudian.
“Adalah jelas sekarang bahawa beliau (Anwar) mempunyai majoriti besar, melebihi 140 kerusi,” katanya.
Awal minggu ini, Anwar dalam sidang media pertamanya sebagai perdana menteri berkata, beliau akan “menguji” majoritinya di Parlimen melalui undi percaya.
Selain itu, beliau turut berkata kerajaannya akan membentangkan belanjawan yang disemak semula “dalam sebulan lagi atau lebih”.
Ramkarpal, yang juga seorang peguam berkata kenyataan Anwar bahawa beliau akan menguji sokongannya di Dewan Rakyat dibuat sebelum bekas perdana menteri yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengakui bahawa PH “mempunyai angka yang mencukupi”.
“Dengan pengakuan dan pengesahan Muhyiddin bahawa PN akan memberikan semak dan imbang kepada kerajaan dengan menjadi pembangkang, keperluan undi percaya tidak lagi timbul,” katanya,
LANGKAH TROPICANA?-MAHU JATUHKAN KERAJAAN BAGINDA?
LANGKAH TROPICANA?
Norman Radzuan
Jangan lalai…broker2 politik tidak akn diam
BAIK DAN BURUKNYA KEABSAHAN DI PARLIMEN
Buka HP dlm percutian kawan send foto ini yg sebenarnya saya sudah melihatnya di group. Saya ditanya mengenai isu keabsahan di Parlimen. Jawab saya ada pro & kon. PRO nya utk buktikan keabsahan tanpa ragu sokongan tersebut.
KON nya akn membuat ahli politik mulakan LANGKAH seperti Langkah Tropicana utk malukan PM. Sdgkan Akta Lompat Parti sudah sedia maklum ia keputusan En Bloc. Broker2 politik mana peduli lantikkan Agong, mana peduli kestabilan politik utk ekonomi rakyat.
Ia hanya sekadar membuat sedikit kebimbangan rakyat adakah akn berlaku keruntuhan kerajaan Perpaduan ini. Ini kerana sudah beberapa kali ia berlaku. Di Perak 2 kali, federal 2 kali. Broker politik ini tidak akn pernah diam. Mereka bimbang salah guna kuasa dan mahukan kuasa utk merompak harta negara.
Apatah lagi bila pembentukan kabinet berlaku pastinya ada pihak yg tidak berpuashati. Bimbang akn berlaku Langkah sulit utk memalukan PM malah ia hanya membuat ketidakstabilan politik sehingga tarikh 19hb ini.
Sepatutnya kita sudah fokus kpd pemulihan ekonomi bukannya bimbang apa akn berlaku pada 19hb apabila kita membuka jalan. 2018 kita mahu ketelusan hingga media dikuasai pembangkang. Itu yg saya kebimbangan peribadi saya mengenai undian Parlimen yg tidak perlu pun sebenarnya.
So apa caranya utk menyekat dari ia berlaku…ada caranya tapi tidak bolehlah diceritakan secara terbuka. Tanya saya perlu atau tidak undi 19hb ini?… Bagi saya tak perlu sb parti2 secara bersurat bersetuju menyertai kerajaan Perpaduan iaitu kerajaan saranan Agong.
KENDERAAN APA IRINGI PM 10-Anwar tiba di Bangunan Perdana Putra, mula tugas rasmi Perdana Menteri
KENDERAAN ROADRUNNER IRINGI PM 10 -ANTI TERORIST MENGHALANG PANGGILAN
MALAYSIA BANGKIT SEMULA DIPIMPIN SECARA DINAMIK
Malaysia bangkit semula dipimpin secara dinamik
on:
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia ke 10 dan merafak sembah di atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong melantik Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri.
Presiden ABIM Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz, dalam kenyataannya memuji kematangan rakan rakan kerajaan perpaduan yang menyedari keperluan berkerjasama sebagai keutamaan demi menyelamatkan rakyat pada ketika ekonomi dan sosial sedang genting.
“ABIM memuji kematangan rakan gabungan politik yang berlapang dada untuk mendukung pembentukan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan isu asasi rakyat dapat diselesaikan dengan segera.
“Sesungguhnya kematangan yang ditonjolkan ini harus disambut oleh segenap lapisan rakyat sebagai timbal balik dengan memberi dukungan penuh kepada Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar
“Semoga kerajaan yang dibentuk ini dapat sama-sama meraikan peran serta pemegang taruh utama masyarakat untuk memastikan manfaatnya dapat dirasai setiap kelompok serta segenap lapisan warga Malaysia,” katanya.
Selain itu, beliau juga mendoakan agar kerajaan perpaduan Pakatan Harapan dan sekutunya ini akan bertahan lama sehingga ke penghujung penggal.
“ABIM mendoakan semoga pelantikan ini akan merintis keharmonian politik berasaskan kepada semangat perpaduan yang dilandaskan pada peribahasa “Biduk lalu kiambang bertaut”.
“Rakyat dan negara memerlukan kepimpinan yang dinamik dan inklusif untuk bangkit semula mengatasi pelbagai cabaran yang berlaku sepanjang beberapa tahun yang lalu,” katanya lagi.
LANTIK KERAJAAN TIDAK LAGI GUNA SD, SECARA EN BLOCK
Lantik kerajaan tidak lagi guna SD, secara en block
Pelantikan Perdana Menteri (PM) tidak lagi menggunakan kaedah mengumpul Akuan Berkanun (SD) tetapi secara sokongan daripada keseluruhan parti yang disampaikan oleh pengerusi parti kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh mempertikaikan tindakan Pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Yassin yang terus mempersoalkan keabsahan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kurang bijak.
Katanya, tindakan Mahiaddin itu tidak wajar kerana beliau juga terlibat dalam meluluskan Akta Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti kira kira 6 bulan lalu.
“Saya rasa dia sedang merasai perasaan macam kita jatuh dulu (Mac 2020). Kita nak tahu berapa banyak sokongan. Kita kata masa itu kita ada bilangan yang lebih mencukupi tetapi ditolak.
“Cuma sekarang dan dulu berbeza. Dulu tak ada undang undang anti lompat parti, tak ada secara blok (sokongan). Setiap Ahli Parlimen penting sokongan dia. Sebab itu kita lihat kepada SD.
“Sekarang kita dah ada (kaedah) en block dan tidak perlu melihat lagi kepada Akuan Berkanun.
“Bukan jumlah itu yang jadi penentu sekarang tetapi lebih kepada blok. Jadi bila BN bertemu dengan istana, yang pergi adalah wakil mereka, presiden, timbalan dan setiausaha agung BN.
“Jadi itulah sepatutnya berlaku, bukan berdasarkan kepada jumlah SD,” katanya.
Mengenai keabsahan jumlah sokongan, Syed Ibrahim berkata, penjelasan Anwar dalam sidang medianya semalam bahawa agenda pertama dalam sidang parlimen pada 19 Disember depan adalah Undi Percaya sudah cukup untuk membuktikan sokongan, dan itulah kaedah yang diakui Perlembagaan Persekutuan.
“Saya pun orang tanya. Tetapi bila selesai proses pelantikan, Agong memang tak kan beritahu berapa jumlah sokongan. Itu adalah atas kepercayaan majoriti. Tak ada satu jumlah diberitahu kepada semua. Kalau en block pun berapa jumlahnya.
“Jadi akhirnya saya rasa, semalam Datuk Seri Anwar sebagai PM menjelaskan antara usul pertama dia ialah Undi Percaya di Dewan Rakyat. Itu bagi saya satu tindakan yang berani dan apa sepatutnya. Kalau itu dah disebut, bagi saya Anwar sahut cabaran oleh Perikatan Nasional.
“Itu bagi saya satu usaha yang berani dan ada risiko. Namun itu satu yang baik, kita bertindak atas pendekatan yang betul. Kita yakin sebenarnya sokongan diberikan oleh blok parti,” katanya lagi.
Terdahulu, dalam sidang medianya semalam, Mahiaddin terus mendakwa beliau paling layak diangkat sebagai PM kerana mempunyai 115 SD, yang antaranya 10 daripada Ahli Parlimen Umno, biar pun Umno telah mengumumkan penarikan balik 10 SD berkenaan kelmarin.
Misi Underground-Mereka mula merancang.
Misi Underground
Adakah ini langkah Bajang eh Kajang juga....
*Perjumpaan Tertutup Tertutup Pemimpin BN dan
PAS*
Pada 25 November 2022 (Jumaat) jam 10.30 am
hingga 12.00 pm bertempat di Coffee House, Main Wing, Tropicana Golf Resort,
Tropicana, Petaling Jaya berlangsung perjumpaan tertutup beberapa pemimpin BN
dan PAS yang diketuai oleh Dato’ Sri Ismail Sabri.
*Kehadiran*
2. Seramai 10 orang yang terdiri daripada
pemimpin BN dan PAS telah hadir. Antara yang dikenali ialah :-
(a) Dato’ Sri Ismail Sabri (Naib Presiden
UMNO);
(b) Tan Sri Annuar Musa (KUB Ketereh);
(c) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha
Agung PAS);
(d) Wee Ka Siong (Presiden MCA); dan
*Ulasan*
3. Difahamkan perjumpaan tersebut diadakan
secara _ad-hoc_ dan tiada sebarang tempahan awal dibuat. Setakat ini, tidak
dapat dipastikan tujuan perjumpaan tersebut melibatkan pemimpin intraparti.
Sekian untuk makluman YDH Datuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)