KETUA PEMBANGKANG PALING TAK BERGUNA DALAM SEJARAH PARLIMEN MALAYSIA.


Amran Jan




Kalau setakat pakai air liur saja kondem sana sini, idea langsung tak ada untuk pembangunan negara baik jadi Ketua Kamuniti saja lah.! 


Rakyat/pengundi nak menilai kerajaan mana yang baik untuk masa depan mereka.... bukan sesaja nak dengar korang membebel/melalut tak tentu hala dalam Parlimen tu.

Useless punya Pembangkang. 


BERSAMA yang usia tak sampai 4 bulan pun boleh buat fullset BELANJAWAN BAYANGAN 2027.


Apara. 

.




PAS ADA CALON PM. RAKYAT PULA DAPAT CALON PENGANTAR TIDUR KEBANGSAAN! 😭😂

 

Nadi Daily





Bukan calang-calang orang Dr Sam ni. PAS bukan sekadar ada calon Perdana Menteri, PAS mungkin sudah menemui BAKAL PERDANA MENTERI PALING MENENANGKAN JIWA RAKYAT MALAYSIA! 🤣


Hari ini Dr Sam bangun membahaskan Bajet 2027 di Parlimen. Ramai yang menunggu. Maklumlah, nama beliau disebut-sebut sebagai calon PM daripada PAS. Orang pun pasang telinga, mana tahu keluar idea ekonomi yang boleh buat PMX terduduk.


Sekali dengar, Subhanallah! Tenang sungguh. Tak ada kejutan. Tak ada debaran. Tak ada babak yang membuatkan orang terlompat dari kerusi. Kalau dengar sambil baring, silap-silap terlajak sampai Subuh! 😂


Dr Sam memang lain macam. Dalam dunia politik yang penuh hiruk-pikuk, beliau memilih pendekatan paling damai. Bukan sahaja tidak mahu mengganggu kerajaan, tidur rakyat pun nampaknya beliau tak mahu ganggu.


Orang lain berbahas bajet sampai satu negara bercakap. Dr Sam berbahas dengan penuh tertib, sampai saya sendiri tertanya-tanya, ini sesi perbahasan atau sesi rakaman audiobook di Parlimen?


Bezanya, audiobook boleh kita lajukan kepada 1.5x. Yang ini kena sabar dan hayati setiap patah perkataan. 🤣


Paling saya kagum, beliau begitu menghormati teks ucapan. Satu koma pun tak dipandang ringan. Noktah dijaga penuh kasih sayang. Kalau kertas A4 tu ada perasaan, mesti dia menangis terharu kerana akhirnya ada pemimpin yang begitu menghargai kewujudannya.


Saya tunggu juga bahagian yang boleh jadi viral. Mana tahu ada satu hujah luar biasa. Satu ayat yang menusuk kalbu. Satu cadangan ekonomi yang membuatkan rakyat berkata, "Haa, inilah bakal PM kita!"


Tunggu punya tunggu, akhirnya saya sedar. Mungkin bahagian paling menarik dalam perbahasan Dr Sam ialah ketika beliau selesai membaca teks. 😭


Hebat strategi PAS. Selama ini orang bimbang siapa calon PM mereka. Sekarang sudah nampak kelebihan Dr Sam. Kalau beliau jadi PM, negara mungkin tak perlu lagi kempen pengurusan stres. Cukup siarkan ucapan beliau secara langsung setiap malam.


Malah, kalau dibuat aplikasi tidur, boleh letak pilihan: bunyi hujan, bunyi ombak, bunyi unggas malam dan perbahasan Bajet oleh Dr Sam. Saya rasa pakej premium pun orang sanggup langgan. 🤣🤣


Cuma kesiankan penyunting video PAS. Kalau nak buat klip 30 saat yang menggegarkan media sosial, mahu berpeluh juga mereka mencari bahagian sesuai. Silap-silap terpaksa letak muzik latar dramatik, bunyi petir dan efek gegaran setiap kali Dr Sam menyelak muka surat.


PAS selalu cakap mereka ada ramai pemimpin hebat untuk mentadbir negara. Saya percaya, sebab bukan mudah nak cari pemimpin yang boleh membuatkan suasana Dewan Rakyat terasa seperti ruang menunggu klinik pergigian. Semua duduk diam, tenang dan menunggu giliran selesai. 😂


Tapi janganlah kita terlalu keras mengkritik Dr Sam. Bukan semua pemimpin perlu petah berpidato. Bukan semua perbahasan mesti jadi viral. Mungkin beliau sengaja menyimpan segala kehebatan itu untuk hari beliau benar-benar menjadi PM nanti.


Kalau sekarang sudah keluarkan semua idea hebat, apa lagi yang tinggal untuk kempen PRU nanti, betul tak?


Apa pun, saya tabik Dr Sam. Orang lain masuk Parlimen nak mencipta sejarah. Dr Sam masuk Parlimen dan mengingatkan kita tentang satu perkara yang semakin dilupakan oleh generasi muda.


DALAM ZAMAN AI BOLEH TULIS UCAPAN, MANUSIA MASIH DIPERLUKAN UNTUK MEMBACANYA! 🤣🤣🤣


Tahniah Dr Sam. Kalau belum berjaya menawan Putrajaya, sekurang-kurangnya sudah berjaya memberi saingan sengit kepada aplikasi muzik untuk tidur.


PAS ADA CALON PM. RAKYAT PULA DAPAT CALON PENGANTAR TIDUR KEBANGSAAN! 😭😂


#DrSam #Bajet2027 #ParlimenMalaysia #PAS #PerikatanNasional #PolitikMalaysia #NadiDaily




KEH..KEH..KEH...WOII..NAK TENGOK CERDIK KA DAK INI LAH BUDAYA .

 



Senang betul jadi pembangkang sekarang. Bila rakyat tanya mana ‘Bajet Alternatif’ sebagai bukti kemampuan mentadbir, terus beri alasan takut ‘syok sendiri’ pula. 


Padahal, merangka bajet bayangan itulah kayu ukur sebenar sama ada mereka ini betul-betul kompeten atau sekadar pandai bercakap kosong. Kalau nak merangka kertas kerja bajet pun dah banyak alasan, macam mana nak yakinkan rakyat untuk tadbir negara?


#parlimen #ketuapembangkang #hamzahzainuddin #perikatannasional




Dari sudut pandang seorang aku, yang melihat Anwar dan Rafizi sejak 1998.

 



PUTIH KAMELIA






Aku terbaca ni kat threads. 

Aku tau, ramaiii yang fikir macam ni.

So aku cuba jawab ye.

Dari sudut pandang seorang aku, yang melihat Anwar dan Rafizi sejak 1998. 


Ok here we go.


Aku melihat kedua tokoh ni dari kacamata seorg budak remaja sampai sekarang dah hampir separuh abad. Pengamatan aku konsisten sejak dulu. Dalam hidup aku, tiada sebarang kepentingan politik, sebaliknya aku hanya mahu lihat Malaysia ditadbir dengan betul dan bijaksana.

Aku cukup benci ketaksuban pd tokoh, walaupun aku membesar dalam persekitaran Politik PAS, yang terkenal dengan totok pada pimpinan.


So apa beza anwar dan rafizi?


1. Anwar seorang yang generalis. Dia bukan orang yang master secara terperinci dalam sesuatu. Ucapan-ucapan dia yang detail tentang penyelewengan najib dsbnya sebelum ini adalah tulisan Rafizi. Anwar juga seorg yang retorik, dengar dia bercakap boleh khayal, tp kalau perhatikan sgt banyak inconsistencies. Dulu cakap lain, sekarang lain. In fact dia blh berubah janji in the course of a few days depends on siapa audiens dia masa tu. Sebaliknya rafizi Adalah orang yang sangat2 hands-on. Dia tau detail apa yg dia buat, dia faham kenapa begitu kenapa begini. Kau takkan boleh tipu dia sbb dia very sharp. Akademik cemerlang giler dan grad pula dalam Engineering + Chartererd Accountant. Dua-dua bidang ni akan membentuk pemikiran yang detail serta minda problem solving. Kau compare dengan anwar yg grad kesusasteraan (tak aku tak kata lekeh yang korang yang grad course ni ya) tapi dalam mentadbir negara, kau pilih nak org sastera ke org akaun + engineering? Kalau dengan Rafizi bercakap, tak pernah lari dari fakta. Takde cakap kosong dan kalau dia tiada data, dia akan mintak masa utk dia selidik betul-betul. 


2. Rafizi consisten sejak 2000an (Ketika mula aktif dipentas ceramah sebab sebelum tu kita semua tak kenal sbb dia belakang tabir). Sampai skrg apa yang Rafizi cakap ialah apa yang dia percaya sepenuh hati. Cuma yang korang mungkin confuse ialah bila musuh politik mengatakan ‘Rafizi cakap sekian-sekian dulu, bila jd Menteri dia tak buat’. Sebenarnya samada Rafizi tak cakap (pimpinan PH lain yang cakap) atau orang sengaja ambik tanpa konteks, sekerat-sekerat. Anwar pula, aku malas komen la.. korang dengar apa dia cakap dulu sebelum jd PM, pastu korang tengok apa dia buat skrg. Jgn DENGAR DIA CAKAP, TENGOK APA DIA BUAT.


3. Rafizi clean giler, kau boleh panggil dia nak siasat, dia boleh terus berlenggang je pergi. Anwar banyak sgt political baggage yang pengikut dia sakit kepala nak cover. Sejak 1999 lagi mcm2 kes, liwat, salahguna kuasa, china doll, saiful, Yusoff, dato Nalla, Nicky liow, Azam baki, farhash, dato india apa kenama tu, semua ni tak clean. Dan kau perasan tak dia sentiasa mencari helah atau buying time untuk berhadapan dengan semua kes-kes dia. Dia tak jawab sendiri, tapi orang sekeliling dia bersilat mencari dalil. Dan kalau kau org perasan, Rafizi Adalah antara pimpinan PKR yang sangat jarang sentuh atau defend kes peribadi anwar. Aku pun tak boleh nak agak samada Rafizi malas nak buang tenaga dia untuk ambil tau hal peribadi mcm tu, atau dia pun tak yakin dengan boss dia tp dia sabar je lah dulu sementara BN belum jatuh.


4. Anwar dikelilingi golongan yang doubtful, golongan cari makan dalam politik, golongan yang tak ada kelebihan peribadi sendiri. Sebaliknya orang yang mahu membodek, pandai cakap sahaja. Rafizi sebaliknya dilihat sombong sebab dia akan mengelak dari dibodek. Orang yang dipilih utk disamping dia ialah orang yg bijak, Ikhlas, konsisten buat kerja walaupun tiada imbuhan, kaki bodek dia dah tolak awal. Cuba korang tgk siapa kawan dia, siapa pegawai dia dan penasihat2 masa dia Menteri dulu. Semua geng2 super genius yang orang tak kenal pun tp pakar dalam bidang masing-masing.


5. Nilai Islam dalam diri Rafizi lebih jujur walaupun dia tak akan pernah tunjuk benda tu diluar. Kau dengar dia bercakap kau tahu bahawa dia ni orang yang ada Taqwa. Dia tak menempel dlm majlis majlis agama, tp dia takut nak buat benda salah sbb dia takut nak menjawab dengan Tuhan di akhirat. Anwar pula sentiasa associate diri dia dengan majlis ilmu, ulama, buku-buku, tapi daam masa yang lain berjoget sakan. Hipokrit kan?


6. Kelebihan anwar bg aku ialah pembawaan diri / diplomasi dipentas antarabangsa. Walaupun substance tak jelas, tapi  form dia menonjol. Rafizi pd aku most probably tak akan begitu, sebaliknya rafizi kalau jd PM dia mungkin akan lebih ke gaya TunM, yang mungkin akan disukai oleh orang-orang rajin mcm orang jepun.


7. Kekurangan Rafizi pun ada, dan aku tak akan jd pentaksub dia. Kalau dia buat salah yang fatal, aku tak akan backup. Buat masa ni bagi aku kelemahan dia sangat manusiawi, karakter yang tertentu, tp tidak sampai memberikan mudarat kepada negara dan org lain. 


Ramai orang ingat Rafizi ni protege Anwar.  Sebenarnya tak. Bg aku Rafizi yg berjasa pd anwar sebab Anwar 1999-2004 dalam jail. Rafizi kat UK sana duk melobi kepada negara² overseas. 2014-2018 Anwar dalam jail lagi kes liwat, rafizi yang naik turun pentas ceramah bongkar 1mdb dan hasut rakyat jatuhkan kerajaan korup BN. Ye betul dia menghasut, tapi dia hasut untuk kebaikan. Rafizi tak belajar apa sangat dari Anwar sebaliknya dia jadi guard kepada Anwar supaya nampak elok. Sebab dia tau anwar ialah satu2nya tokoh yang boleh dipilih jika mahu jatuhkan penguasaan 60 tahun BN. Dia mungkin naive, tapi dia tak salah sebab selagi anwar belum berkuasa, siapa kita untk mengagak bahawa seorang itu boleh berubah ketika berada diatas?


Dia tak pernah lepas misi dia untuk better Malaysia, sebab tu dia berani tegur anwar di dalam, dan setelah habis cara untuk tegur di dalam, dia pilih utk berada diluar. 


Dia boleh pilih jadi jahat macam azmin, tikam belakang tak payah bagi bebas anwar, tapi korang tgk kan dia menangis masa hari anwar bebas. Which kau takkan pernah tengok airmata dia masa lain selain itu. 


Ok kalau korang banding karakter 2 orang ni kan, kau agak Rafizi akan ikut jejak pemimpin sebelum ni? Aku rasa jauh panggang dari api.


So gitulah lebih kurang bacaan aku terhadap 2 orang ini, pembacaan watak yang aku perhatikan sejak lebih 20 tahun.


Aku tak malu mengaku, aku sentiasa doa pemimpin yang takut pada Allah begini, suatu hari akan jadi PM kita. Semoga Rafizi Ramli jaga kesihatan, untuk sihat dan konsisten berjuang utk anak cucu kita. TQ sebab kami tak mampu sekuat kamu, tapi kami sokong dibelakang.



#aku angkat penulisan ni sebab ada nilai penulisan. Namun penulisan yang baik tidak terlalu banyak menggunakan perkataan penulisan yang diringkaskan,supaya ada kepercayaan dan nilai penulisan itu sendiri. 


KENA GASAK DENGAN CNBC...DAN MEDIA BARAT..HANG GAGAU LA NAK JAWAB..SETAKAT NI TUN MAHATHIR DAN ANWAR BOLEH BALAS JAWAB..LAIN KELUAR NEGARA PUN TAK SAMPAI JAUH MANA...SO JANGAN PERASAN KUAT ATAU BOLEH HADAP..

 



Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi perhatian apabila dilihat membaca teks ketika menyampaikan perbahasan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat.






Menerusi siaran langsung Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kemaman itu kelihatan berdiri sambil memegang beberapa helaian kertas dan merujuk teks ketika berucap.


Apa yang menarik, Ahmad Samsuri merupakan antara pemimpin yang sering diketengahkan PAS sebagai tokoh penting dalam kepimpinan parti dan gabungan pembangkang.


Malah, pelantikannya sebagai Pengerusi PN turut meletakkan beliau pada kedudukan yang membawa harapan besar penyokong gabungan tersebut.


Namun, penampilannya ketika perbahasan belanjawan kali ini menimbulkan persoalan tentang gaya kepimpinan yang mahu ditonjolkannya.


Kalau PAS sendiri begitu yakin dengan kehebatan Ahmad Samsuri, sudah tentu ramai mahu melihat bagaimana beliau mengupas isu ekonomi negara dengan hujah yang jelas, bersemangat dan meyakinkan.


Apatah lagi beliau kini bukan sekadar seorang Ahli Parlimen, tetapi Pengerusi kepada gabungan parti pembangkang yang mahu menawarkan kepimpinan alternatif kepada rakyat Malaysia.


Bagaimana mahu menyerlah sebagai pemimpin utama pembangkang jika ketika membahaskan belanjawan negara pun penyampaiannya lebih tertumpu kepada pembacaan teks?


Sudah tentu membaca teks bukan satu kesalahan. Namun, persoalan yang dibangkitkan ialah sejauh mana seorang pemimpin mampu menunjukkan penguasaan isu dan keyakinan ketika menyampaikan pendiriannya di Parlimen.


Bagi seorang pemimpin yang sering diketengahkan sebagai antara wajah utama PAS dan PN, penampilan di Dewan Rakyat merupakan peluang untuk membuktikan kemampuan kepimpinannya.


Akhirnya, kehebatan seseorang pemimpin bukan hanya bergantung pada pujian parti sendiri, tetapi turut dinilai melalui hujah, penguasaan dasar dan kemampuan menyampaikan pandangan kepada rakyat.





PENJELASAN TIM MENTERI AGAMA


 

SOALAN PELAJAR UM TENTANG RASUAH


 

BANYAK YANG DILAKUKAN DI ZAMAN PMX




 "Berapa banyak Perdana Menteri, inilah Perdana Menteri yang lepaskan kuasa mengawal Parlimen, bererti cerainya talak tiga!" - Azalina Othman Said 


#parlimen #dewanrakyat #aktaperkhidmatanparlimen




DULU ZAMAN REFORMASI


 

KITA RAIKAN PRO KONTRA


 

KITA DENGAR PELBAGAI PANDANGAN..SALAH SEBUT ..TAPI IYA LAH KAN....NAK KATA ALIM LA GAMAKNAY


 

NAK TOLONG PUN PAYAH ??


Che Ibrahim





 Ikut maklumat tak rasmi, Jabatan Peguam Negara akan buat lagi Kampung Angkat Madani di Kok Lanas, Kelantan. YB Peguam Negara dan YBM Dato' SUK Kelantan dijadualkan akan hadir di Majlis Perasmian pada 31 Oktober 2026.


Agak2 YB Kota Bharu akan pertikai juga ke?




ADA LAGI SAKAW

 





Jason Yew



UMNO sakau lagi? Inikah agenda Malaysia Biru yang kononnya mahu memperjuangkan rakyat, tetapi akhirnya rakyat juga yang tertanya-tanya siapa sebenarnya yang mendapat manfaat?





OWHHHH....PELAQ NI MEMANG BAHASA DIA GITU..MACAM SANUSI KATA KEPALA BAPAK TU PUJIAN..ORANG UTARA KATA PELANG...SERUPA PELAQ OOOO BAHASA .

 



Usaha kerajaan menyediakan kediaman lebih selesa kepada mahasiswa menerusi Belanjawan 2027 turut menerima kritikan daripada pemimpin Perikatan Nasional (PN), malah istilah “luar tabii” digunakan ketika mempersoalkan pembiayaan projek berkenaan.






Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menggunakan istilah tersebut ketika mencelah ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.


“Adakah satu tindakan luar tabii yang menjarah duit KWAP untuk bina kampus pelajar-pelajar?” soal Rosol.


Persoalan itu timbul ketika Hamzah mempertikaikan cadangan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP membiayai RM750 juta bagi pembangunan kediaman siswa menerusi inisiatif Vista Kampus.


Hamzah kemudian menyambut celahan Rosol dengan menjelaskan bahawa isu yang dibangkitkannya berkaitan mandat KWAP serta pulangan pelaburan daripada projek tersebut.


Namun, penggunaan istilah “luar tabii” dan “menjarah” terhadap cadangan membina kediaman mahasiswa pastinya menarik perhatian.


Ini kerana tujuan projek berkenaan adalah untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada pelajar, sesuatu yang berkait secara langsung dengan kebajikan dan kehidupan mahasiswa.


Sudah tentu, dana persaraan penjawat awam perlu diurus secara bertanggungjawab. Sebarang pelaburan KWAP juga mesti mempunyai asas kewangan yang kukuh, risiko terkawal dan pulangan yang munasabah.


Bagaimanapun, persoalan yang wajar dibahaskan ialah sama ada model pelaburan Vista Kampus memenuhi syarat tersebut, bukannya terus menggambarkan cadangan pembinaan kediaman pelajar sebagai tindakan menjarah dana.


Pembiayaan projek hartanah yang memberikan pulangan bukanlah perkara yang sama dengan pemberian wang secara percuma, tetapi butiran pelaburan tetap perlu diperjelaskan.


Rakyat, khususnya mahasiswa, tentu mahu tahu bagaimana projek itu dapat membantu menyediakan tempat tinggal yang lebih baik tanpa menjejaskan kepentingan pencarum dan penerima pencen.


Mudah cerita, apabila kerajaan mahu membina kediaman mahasiswa, pemimpin PN memilih istilah “luar tabii” untuk mempersoalkannya. Kritikan terhadap pelaburan memang dibenarkan, tetapi biarlah perbahasannya tertumpu kepada fakta, risiko dan pulangan, bukan sekadar istilah yang mengundang sensasi.





TAKUT KENA JADI KAPIAQ.

 


Ketua Pembangkang ni nak kena pecat ke Pas pula ke??





BACKUP APEK SIAL TU BOLEH LAK YA..

 



Tindakan Senator PAS, Nik Mohamad Abduh yang tampil mempertahankan hantaran media sosial Eric See-To (juga dikenali sebagai Lim Sian See) berhubung isu perkataan 'Lighad' dan 'Liwat' kini mencetuskan persoalan serta kemarahan dalam kalangan warganet.  



Kontroversi bermula apabila tangkap layar tular memaparkan komen Eric See-To yang menyebut, "Yang saya tengok ialah ada 'Lighad' yang saya langsung tak tahu apa itu. Tapi tak ada 'Liwat' pula". Susulan hantaran tersebut, ramai pihak menyuarakan kemarahan kerana tindakan itu dilihat cuba mengaitkan sensitiviti ayat suci Al-Quran berhubung perkataan 'Lighad-Liwat'.  


Walau bagaimanapun, keadaan menjadi lebih panas apabila Nik Mohamad Abduh tampil meninggalkan komen balas yang secara terang-terangan membela penganalisis politik tersebut dengan berkata, "Eric, anda tidak salah".  


Beliau turut menambah bahawa situasi tersebut hanyalah "salah faham akibat perangkap ceplos" dan menggalakkan Eric dengan kata-kata, "Teruskan memburu...".  


Tindakan Senator PAS yang seolah-olah 'menghalalkan' kenyataan Lim Sian See itu mengundang kritikan hebat. Ramai yang mempertikaikan mengapa seorang tokoh agama sanggup 'membongkok' dan menyokong kenyataan sedemikian ketika orang ramai sedang mempertahankan kesucian agama berhubung isu berkenaan. (Foto: saiful nizam)




GITU LAH....KIRANYA..

 


Saya tak pernah dengki dengan gaji orang miskin.





OSTAT BALA FASIH KOT





Nor Adni Bin Adnan


 Osetad Bala yang mimpi berkali-kali jumpa SAW tu tajwid dia kompom perfect, kan. 

Dia tu TOKONG hangpa.






YB tidak rujuk kitab Tafsir Al-Azhar HAMKA?


Muhammad Razazali 

---




--

Perkataan "lighad" (لِغَدٍ) bermaksud "untuk hari esok". Istilah ini terdapat dalam Surah al-Hasyr, ayat 18 yang dipetik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen, sehingga mencetuskan perbincangan meluas di media sosial.


Dalam Tafsir Al-Azhar karya ulama tersohor Nusantara, Buya Hamka, perbahasan mengenai perkataan "lighad" dalam ayat ini dihuraikan seperti berikut:


1. Definisi dan Konteks Makna "Hari Esok"


•Persediaan Akhirat: Buya Hamka menjelaskan bahawa perkataan "lighad" (untuk hari esok) secara hakikinya merujuk kepada hari kiamat atau kehidupan akhirat. Allah SWT menggunakan istilah "esok" bagi menggambarkan betapa dekatnya tempoh masa antara kehidupan dunia dengan kematian serta hari pembalasan. 


•Perumpamaan Waktu: Jarak kehidupan manusia di dunia dengan hari akhirat diumpamakan seperti jarak antara "hari ini" dan "hari esok" yang pasti akan ditempuh tidak lama lagi. 


2. Kepentingan Muhasabah dan Perancangan (Masa Depan)


Introspeksi Diri: Melalui Tafsir Al-Azhar, ayat ini ditekankan sebagai perintah asas untuk umat Islam melakukan muhasabah (introspeksi diri) sebelum mereka dihisab di akhirat. 


•Meninggalkan Warisan Terbaik: Walaupun konteks utama ayat adalah persediaan amalan untuk akhirat, prinsip "melihat apa yang disediakan untuk hari esok" juga melambangkan keperluan merancang masa depan dengan teliti, termasuk memikirkan kesan tindakan semasa terhadap generasi akan datang. 


Isu Tular Berkaitan


Isu ini menjadi perbincangan hangat susulan tindakan seorang pempengaruh politik mengejek istilah "lighad" dengan membandingkannya secara jelik dengan perkataan lain. Tindakan mempermainkan istilah daripada ayat suci ini menerima kecaman ramai, dengan komuniti Islam membantah keras perbuatan memperlekehkan kalam Allah. Dalam suasana mempertahankan kesucian Al-Quran ini, para netizen turut memetik kenyataan tegas Buya Hamka yang popular daripada Tafsir Al-Azhar: "Jika diam dan bungkam di saat agamamu dihinakan, gantikan saja bajumu dengan kain kafan!"





AMANAH buka pintu kerjasama dengan Bersatu? CSA Selangor mungkin jadi permulaan

 


Cadangan Perjanjian Kepercayaan dan Pembekalan (CSA) antara kerajaan Selangor dengan Bersatu berpotensi menjadi langkah awal kepada kerjasama politik lebih luas, termasuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Timbalan Ketua AMANAH Selangor, Azli Yusof, berkata partinya menyambut baik cadangan itu sebagai usaha memperkukuh sokongan terhadap pentadbiran Pakatan Harapan (PH), meskipun rundingan pembahagian kerusi pilihan raya memerlukan perbincangan lebih mendalam.

“Mungkin boleh jadi sampai ke peringkat itu tetapi saya rasa yang lebih penting sekarang adalah CSA.

“Pilihan raya itu mungkin lebih rumit dan perlukan perbincangan lebih mendalam, dari segi pembahagian kerusi dan lain-lain,” katanya.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata keputusan mengenai kerjasama pilihan raya juga memerlukan pertimbangan di peringkat pusat, bukan hanya antara parti di Selangor.

Bagaimanapun, beliau menganggap CSA sebagai permulaan yang baik, terutama susulan perkembangan positif rundingan antara Bersatu dengan kerajaan negeri seperti didedahkan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu merangkap Adun Taman Medan, Dr Afif Bahardin.

Afif sebelum ini dilaporkan berkata bahawa cadangan perjanjian itu bukan sekadar berkaitan peruntukan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), malah boleh membuka ruang kepada penglibatan lebih besar Adun Bersatu dalam proses membuat keputusan di peringkat negeri.

Azli berkata AMANAH mengalu-alukan sokongan Bersatu terhadap pentadbiran negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, dan berharap rancangan kerajaan negeri dapat diterima dengan baik.

Menurutnya, sokongan itu juga memberi gambaran bahawa pentadbiran PH di Selangor mendapat dukungan lebih luas daripada wakil rakyat, termasuk di luar gabungan yang membentuk kerajaan negeri.

Beliau turut memaklumkan bahawa dirinya dijangka mewakili AMANAH dalam rundingan CSA, dengan perbincangan terperinci dijangka berlangsung sebelum persidangan DUN Selangor pada pertengahan November.

Cadangan itu muncul ketika hubungan PH dengan Umno dan BN, rakan sekutu dalam kerajaan persekutuan serta Selangor, dilaporkan tegang, manakala hubungan Bersatu dengan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) turut berdepan konflik.

Azli berkata perubahan landskap politik itu mungkin membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk mencari titik persamaan demi kepentingan negeri.

“Disebabkan adanya konflik dalam PN, Bersatu juga mungkin memerlukan sokongan kerajaan negeri.

“Jika kedua-dua pihak boleh mencapai kesepakatan, ia akan membawa kebaikan kepada negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Sany Hamzan, turut menyokong cadangan CSA, namun mengingatkan bahawa peluasan kerjasama kepada pilihan raya akan membawa cabaran lebih besar, khususnya dalam pembahagian kerusi.

Ahli Parlimen Hulu Langat itu berkata rundingan perlu berasaskan prinsip menang-menang, dengan kedua-dua pihak mengambil kira kerusi yang dimenangi serta kawasan yang berpotensi ditandingi.

Sany juga menyambut baik kemungkinan kerjasama itu menghasilkan majoriti dua pertiga di DUN Selangor, yang menurutnya boleh membuka ruang kepada perubahan termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Kerajaan Selangor kini mempunyai sokongan 35 daripada 56 Adun, terdiri daripada 32 wakil PH, dua daripada BN dan seorang wakil bebas. Bersatu pula mempunyai 11 kerusi; sokongan semua wakilnya akan meningkatkan jumlah sokongan kepada 46 Adun, melepasi ambang 38 kerusi yang diperlukan untuk majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun, sama ada CSA itu akan kekal sebagai perjanjian sokongan pentadbiran atau berkembang menjadi kerjasama pilihan raya masih bergantung pada rundingan dan keputusan kepimpinan parti masing-masing.




Mufti Wilayah perjelas isu cuci kuil, bezakan antara berbuat baik dengan membantu urusan agama lain

 


Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil menjelaskan bahawa perbuatan mencuci kuil oleh orang Islam bukanlah suatu bentuk ibadah.

Namun tindakan itu, tegas beliau tetap mempunyai batas dari sudut hukum syarak kerana melibatkan tempat penyembahan agama lain.

Menurutnya, walaupun kerja pembersihan tersebut tidak dianggap sebagai ibadah, ia boleh membawa maksud membantu kegiatan keagamaan yang ditegah dalam Islam.

“Memang mencuci kuil bukan beribadah, namun ia memberi erti menolong ke arah sesuatu yang dicegah, di mana ia merupakan tempat penyembahan agama lain,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook pagi ini.

Menurut Ahmad Fauwaz, umat Islam tidak boleh mencampuri urusan keagamaan penganut agama lain, khususnya perkara yang berkaitan dengan tempat penyembahan mereka.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Islam tidak pernah menghalang umatnya daripada melakukan kebaikan terhadap masyarakat bukan Islam selagi bantuan tersebut tidak berkaitan dengan syiar keagamaan mereka.

“Namun berbakti kepada bukan Islam yang bukan bersifat syiar agama mereka, ia adalah perkara terpuji dan dibolehkan,” jelasnya tanpa menyebut secara khusus insiden yang dimaksudkan.

Ketetapan syariat

Namun, sejak beberapa hari lalu, tular rakaman video memaparkan sekumpulan individu termasuk orang Islam bergotong-royong mencuci sebuah kuil Hindu di Jalan Dato Keramat, George Town, Pulau Pinang.

Aktiviti pada 8 Oktober lalu itu dikatakan melibatkan kakitangan berbilang kaum daripada sebuah hotel di George Town, Pulau Pinang sempena penganjuran program tanggung jawab sosial korporat (CSR).

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Mohd Sukki Othman turut mengingatkan umat Islam supaya mengelakkan penglibatan dalam aktiviti membersihkan rumah ibadat agama lain walaupun atas alasan gotong-royong dan hubungan baik antara masyarakat.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan bahawa Islam tidak melarang umatnya menjalinkan hubungan harmoni serta berbuat baik kepada masyarakat berlainan agama, namun setiap tindakan perlu berpandukan ketetapan syariat.

Malah, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan pernah menerbitkan penjelasan pada Januari 2022 yang menyatakan bahawa umat Islam ditegah daripada menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan rumah ibadat agama lain.

Penjelasan itu turut menegaskan bahawa larangan berkenaan tidak harus disalahertikan sebagai larangan membantu masyarakat bukan Islam yang ditimpa musibah atau memerlukan pertolongan.




MUKA TARAK MALU PUNYA...

 


Adakah Tuan Ibharim tidak suka melayu Islam menabung dalam TH???

 




Adakah Tuan Ibharim tidak suka melayu Islam menabung dalam TH???

Duit yang disimpan atau dikumpul untuk tujuan naik haji tak perlu "parking" di TH, cukup ada simpanan minima rm10 sahaja, bila dapat tawaran haji, baru cukupkan rm15k kos haji atau mungkin murahkan lagi melalui subsidi oleh TH.... Mapus keras la PH kalu ini pemikiran puak Pas.







KIOKKERANA AKAN MELINGKUPKAN NEGARA






 PRU 16 2028

PH/GPS/GRS ++
VS
BN/Pas/Wawasan++
PN out


Semasa UMNO @ BN bersekongkol dengan Pas tebuk atap kerajaan PH, selepas Mahathir jatuh, kemudian Muhyidin pula jatuh, mengapa Zahid dan Haji Hadi diketepikan?
Mengapa Ismail Sabri yang dipilih sebagai TPM, kemudian dilantik sebagai PM9, bukan Zahid atau Haji Hadi?






DATO TAJUDDIN CAKAP SAYA KESIAN DEKAT PMX ANWAR,KENAPA ?


 

Wabak Ebola Landa Congo Kini Ragut Nyawa Lebih 4,000

 

IMG_8177

Pegawai Kementerian Kesihatan Kenya memeriksa suhu badan pengembara dan pekerja di Pos Sempadan Sehenti (OSBP) Busia, di sempadan Kenya-Uganda, ketika pihak berkuasa kesihatan mempergiat saringan Ebola. Foto AFP

CAPE TOWN, 15 Okt – Ujian makmal mengesahkan sebanyak 9,144 kes Ebola dan 4,410 kematian dalam wabak semasa di Republik Demokratik Congo (DRC), menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) menyifatkan wabak yang bermula pada pertengahan Mei itu sebagai wabak Ebola yang merebak paling pantas dalam sejarah.

Awal bulan ini, kes pertama jangkitan virus Ebola strain Bundibugyo yang sangat mudah berjangkit disahkan di Kenya.

Kematian demi kematian terus direkodkan akibat penularan wabak Ebola di Congo melepasi 4,000 orang setakat ini. Foto AP

Pesakit berkenaan, yang meninggal dunia, dijangkiti penyakit itu di DRC sebelum melakukan perjalanan darat ke negara jiran Uganda dan kemudian menaiki pesawat ke Kenya.

Pihak berkuasa kesihatan Kenya sedang mengesan semua individu yang mempunyai kontak dengan lelaki itu sepanjang perjalanannya.

Wabak semasa amat sukar dikawal kerana tiada vaksin khusus atau rawatan bersasar untuk strain Bundibugyo.

Selain itu, jangkitan yang disebabkan oleh strain ini pada peringkat awal mudah disalah anggap sebagai penyakit lain seperti malaria.

Keadaan ini boleh melambatkan proses pengasingan dan rawatan pesakit.

Ujian klinikal bagi dua pendekatan rawatan antivirus dijalankan sejak Julai.

Dua lagi ujian klinikal sedang dijalankan bagi mengkaji sama ada vaksin Ebola Ervebo turut memberikan perlindungan terhadap strain Bundibugyo.

Ervebo diluluskan dan disyorkan untuk digunakan semasa wabak yang berpunca daripada virus Ebola Zaire. – Bernama




GELABAH NAMPAK!! - HAMZAH BERHADAPAN PMX DI PARLIMEN | ROHINYA - HANGPA YANG BAWAKMAI

 




Dewan Rakyat debate heats up over migrant refugee issue-HANG GI CARI NAJIS BABI LA KOT


 

Inilah contoh, yang tn guru HAHA kata dia nak cari anak muda, tua pon xde hal, yang jahil agama jahil politik.



Mohd Jaafar Wan Sulong





 Inilah contoh, yang tn guru HAHA kata dia nak cari anak muda, tua pon xde hal, yang jahil agama jahil politik.

Orang kategori tu je bangga buat komen macam ni tunjuk muka, sebab nanti berjemaah jenis macam tu like, cmmt, share dengan bangganya