Hamdan Taha
Apa akan jadi jika dia ni bebas masa Ph jadi kerajaan...kita akan kata apa.....ayat saya ialah kita dan kebanyakan orang melayu.
Hamdan Taha
Apa akan jadi jika dia ni bebas masa Ph jadi kerajaan...kita akan kata apa.....ayat saya ialah kita dan kebanyakan orang melayu.
PETALING JAYA: Sebelum sebarang tindakan diambil, kesahihan rakaman audio yang mengandungi suara mirip seorang pemimpin PAS mempertikai kepimpinan presiden parti, Abdul Hadi Awang perlu dibuktikan terlebih dahulu, kata Takiyuddin Hassan.
Setiausaha Agung PAS itu berkata, parti juga terbuka sekiranya polis mahu melakukan siasatan selepas menerima laporan.
“Saya sebagai orang undang-undang, tak buat apa-apa komen berdasarkan andaian, andaian perlu dibuktikan dahulu. Kalau ada laporan polis, biar polis siasat,” katanya di Kota Bharu, menurut laporan Bernama.
Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan rakaman audio tersebut di media sosial sejak semalam.
KAK IDA ABDULLAH
MUNGKIN PAS BERTANDING SEMUA KERUSI DUN MELAKA..??
Jika benar audio yang tersebar itu suara Dr T.. Bagi aku ia adalah gambaran keresahan yang benar.. Bukan sebab Pendirian Hj Hadi berubah ubah.. Memang sejak dulu pendirian Hj Hadi itu berubah ubah..Mana pernah ada prinsip..
Apa Yang di Bimbangi Dr T itu hanya gambaran PAS akan kalah teruk di Terengganu sebagaimana PRU 2004 Zaman Paklah Badawi jika tidak bersama Muafakat Nasional.. mudah fahamnya bersama UMNO.. Hampir pasti UMNO akan berkuasa kembali pada PRU 15.. Ketakutan Dr T hanya melibatkan kerusinya sendiri..
Konflik PAS hari ini sebenarnya besar.. PAS akan terima kesan besarnya samada bersama PN atau BN.. Keduanya PAS hampir pasti Kalah besar terutama di Terengganu.. Dan kalau bersama UMNO mungkin boleh dapat kerusi luar bandar..Itupun kalau UMNO bagi laluan..
PH sukar menang di Terengganu.. Sebab takda Tokoh seperti Husam di Kelantan..Tapi pandangan peribadi aku, PH akan ada peluang besar di Kelantan jika strategi mereka tepat.. aku dah sebut sebelum ini..Amanah perlu buat persediaan dan tumpuan di Kelantan..
Tak hairan kebelakangan ini berlaku konflik kepimpinan Amanah di Kelantan..sebab seakan ternampak cahaya di Hujung terowong..Itu sebab nya, Sebelum ni aku dah kata..Amanah ada Peluang, Tapi ada Pemimpin yg sepatut terajui Kelantan pandai pandai buat Move nak bertanding di Gombak..Hari ni nak kembali ke Kelantan.. dan pandangan aku, pemimpin ini sesuai memimpin Kelantan..
Tu sebab jangan terikut Move move Politik ni.. balik lah ke pangkal jalan, jangan jadi sorang Adun kaki Bitcoin di Selangor.. Apapun PH jangan seronok sangat.. UMNO tak bodoh mcm PAS dan PN.. Kut mana pun esok..PRU 15 depa akan kuasai Kerajaan..
Ipohmali
MOHD MUKHLIS
Dah mai dah "kebenaran" palsu dia, demikianlah Mopti Serba Tahu, tikam fatwa berkhianat tapi pandai baca doa satu pun tak kena, alih-alih satu negara merana.
KUALA LUMPUR: Parti Kuasa Rakyat yang dilancarkan hari ini adalah mesra kerajaan, tetapi Presiden Penajanya, Kamarazaman Yaakob berkata, penubuhannya tiada kaitan dengan adiknya yang juga Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, penubuhan parti itu juga tiada kaitan dengan bekas pemimpin PKR, Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.
“Azmin, Zuraida bersama Bersatu sekarang dan dipimpin Muhyiddin Yassin, mereka tak bersama kami,” katanya pada sidang media selepas pelancaran parti itu.
Beliau berkata, penubuhan parti baharu itu dirancang sekian lama, sejak beliau menuntut di Universiti Malaya lagi dan ia tidak pernah dibincangkan dengan Ismail.
“Tidak ada kaitan (dengan Ismail), tak timbul soal restu tak restu, ia adalah perjuangan saya sejak dari kampus lagi.
“Keputusan saya, tindakan saya tidak pernah mengikut jalur pemikiran Perdana Menteri, tapi kami ada kesamaan kerana kami datang daripada anak seorang penoreh getah, sebab itu fokus parti kami (parti baharu) kepada nasib orang susah.”
Katanya, penubuhan parti itu bertujuan memudahkan agendanya bagi memperjuangkan kepentingan golongan B40, M40, rakyat marhaen, alam sekitar, keadilan sosial dan hak asasi manusia.
“Sebab untuk dapatkan rumah percuma bagi rakyat miskin atau pendidikan percuma tidak mungkin terhasil kalau tak mesra kepimpinan kerajaan hari ini.”
Beliau berkata, partinya belum menyasarkan jumlah kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sebaliknya mereka mahu melihat penerimaan rakyat terhadap parti itu terlebih dahulu.
Katanya, pihaknya juga belum memutuskan sama ada akan bersama Barisan Nasional, Perikatan Nasional atau gabungan lain untuk menghadapi PRU15.
“Di peringkat awal, kita dekati rakyat dahulu, perkenalkan parti, soal PRU kita akan masuk atau tidak bergantung kepada sokongan dan penerimaan dan kajian pengundi adakah mereka terima kami.”
Beliau tidak menolak kemungkinan menerima wakil rakyat yang melompat parti, dengan syarat ia perlu seiring dasar perjuangan mereka.
IPOH: Seorang pemandu kenderaan yang melanggar penghantar makanan sehingga kes itu tular di media sosial, telah menyerah diri kepada polis semalam.
Ketua Polis Perak Mior Faridalatrash Wahid berkata pemandu berusia 48 tahun itu, tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh beberapa jam selepas insiden itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pemandu kenderaan itu telah mengubah haluan secara tiba-tiba ketika berada di Jalan Ampang-Tambun, kira-kira 9 pagi semalam.
“Tindakan itu telah menyebabkan penghantar makanan yang berusia 34 tahun terjatuh ketika menunggang motosikalnya di jalan tersebut, sekali gus cedera ringan di bahagian siku serta lututnya. Pemandu kenderaan terbabit telah dibebaskan selepas keterangannya selesai diambil,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kes akan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai dan orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan raya dengan berhati-hati semasa memandu terutamanya dengan peningkatan kenderaan di atas jalan raya.
Semalam tular di media sosial video kemalangan langgar lari yang melibatkan seorang pemandu kenderaan dan penghantar makanan, yang mengundang pelbagai kecaman dan reaksi warganet.
MOHD MUKHLIS
Sekarang Tuan-Tuan sudah faham kedudukan kita di negara ini kan? Sekarang Tuan-tuan hendak buat apa?
Dakwaan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad bercuti di atas kapal mewah dengan tajaan sebuah syarikat adalah tidak berasas.
Tidak menunggu lama, pemilik kapal berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar.
Menerusi laman Instagramnya, pemilik kapal yang dikenali sebagai kingshah_captainks menjelaskan Rodzi telah menyewa kapalnya pada 10 Oktober dengan membawa tiga ahli keluarga dan enam kakitangannya.
“Rodzi menempah melalui telefon dan membuat bayaran secara tunai ketika bertemu di jeti,” katanya pada Jumaat.
kingshah_captainks turut mempersoalkan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang membuat tohmahan tersebut.
“Salah ke Datuk (Rodzi) mahu ‘support’ perniagaan kami yang hampir terkubur disebabkan Covid-19?” soalnya.
Ujarnya, rombongan Rodzi mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Datuk hanya buka pelitup muka kerana saya mahu bergambar dengan beliau. Bangga Datuk sudi sewa kapal saya,” katanya.
“Hikmahnya, saya dapatlah publisiti sikit… Harapnya anda yang datang bercuti di Langkawi sudi ‘check out’ kapal kami yang simple ini.
Untuk pengetahuan semua, (nama) kapal saya ini Kamilia sempena nama arwah anak yang meninggal akibat leukemia,” katanya.
Sebelum ini sebuah portal mendakwa Rodzi menikmati percutian dengan kapal mewah yang kononnya ditaja oleh syarikat yang diberi kontrak membangunkan aplikasi MySejahtera.
Selepas berkongsi nombor telefon peribadinya, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bukan sahaja menerima panggilan mengenai kerosakan jalan raya di Kuala Lumpur sebaliknya juga berkaitan permasalahan lain yang perlu diberi perhatian.
Beliau berkata masalah lain yang banyak diterima adalah seperti permohonan mendapatkan rumah projek perumahan rakyat (PPR) dan bantuan kewangan.
“Saya terima lebih 1,000 panggilan telefon sehari, bukan aduan jalan berlubang sahaja tetapi bermacam-macam sampai telefon saya ‘jammed’ (tidak dapat berfungsi). Ada juga yang sengaja call (hubungi) tanpa sebab.
Saya berusaha untuk melayani setiap panggilan namun saya juga minta maaf kerana tak dapat menjawabnya. Jadi, saya minta mereka untuk menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021) peringkat Wilayah Persekutuan dan kementeriannya yang turut dihadiri timbalannya Datuk Seri Jalaluddin Alias di Putrajaya, hari ini.
Pada Khamis, Shahidan dalam sesi penggulungan Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya, menyebut nombor telefon peribadinya untuk dihubungi bagi membuat aduan, rungutan dan makluman mengenai kerosakan jalan raya di Kuala Lumpur.
Pada masa sama, beliau turut berkongsi nombor telefon timbalannya Jalaluddin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah.
Sementara itu, Shahidan berkata terdapat 100 program dan aktiviti sukan yang berlangsung sepanjang HSN 2021 di peringkat Wilayah Persekutuan dan kementerian antaranya adalah “Keluarga Malaysia: Fit and Active Family HSN 2021”, pertandingan Kursus Asas Ikatan, pertandingan e-Sukan FIFA 2021 dan “Let’s Get Fit During Pandemik”.
Beliau turut tidak melepaskan peluang menyertai acara jalan laju sejauh tiga kilometer dari Menara Seri Wilayah ke kawasan sekitar Tasik Putrajaya dan Taman Wawasan.
“Aktiviti sukan ini akan dijalankan secara berterusan bagi memberi peluang kepada warga Wilayah Persekutuan untuk bergiat aktif sekali gus membudayakan gaya hidup sihat,” katanya.
Dalam pertemuan dengan UMNO Johor dua minggu lalu Perdana Menteri sebut untuk tubuh RCI Tommy Thomas.
Tetapi semalam, Kabinet hanya setuju tubuh pasukan petugas khas menyiasat dakwaan Tommy Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.
Oleh kerana isu Tommy Thomas adalah isu besar yang libatkan kepentingan negara dan integriti maka sepatutnya penubuhan RCI (Suruhanjaya Di Raja) lebih mendesak.
RCI ada asas perundangan. Penubuhannya berdasarkan statut. Pasukan Petugas Khas pula tidak ada kuasa perundangan utk panggil saksi, rakam percakapan atau untuk dapatkan dokumen yang berkaitan.
Walau bagaimanapun Perdana Menteri sebut, pasukan petugas khas ini hanya untuk buat kajian awal sebelum tindakan seterusnya diambil.
Justeru dicadangkan, penubuhan Pasukan Petugas Khas ini mestilah matlamatnya ke arah penubuhan Suruhanjaya Di Raja (RCI) Tommy Thomas.
Kedua beri tempoh hanya satu bulan kepada Pasukan Petugas Khas ini membuat kajian awal. Tempoh 6 bulan adalah terlalu lama. Sedangkan ramai pihak terkesan dengan isu ini.
Apatah lagi Tommy Thomas mendakwa wujud salah guna kuasa dalam perlantikan hakim, campur tangan eksekutif, pendakwaan terpilih serta pelanggaran sumpah kerahsiaan.
Ketiga, Pasukan Petugas Khas ini mestilah bebas total dan tidak ada pengaruh pejabat Peguam Negara. Tidak sesuai bekas AG disiasat oleh AGC.
DR. PUAD ZARKASHI
Ahli MT UMNO.
KESIAN ADIB
Ipohmali
1- Dalam kehangatan Politik di Melaka, Ia mengingatkan aku sejarah Kejatuhan Kerajaan PH di Putrajaya.. Mungkin ramai yang lupa, Aku pernah menulis bagaimana sentimen Kaum, LTTE digunakan untuk jatuhkan Kerajaan, Sehinggakan ada pemimpin PH yg masuk perangkap Ashabiyah..
2- Mungkin kita lupa, Sebelum Putrajaya tumbang..Plot Kejatuhan PH bermula di Melaka..2 Adun dan seorang Exco ditahan dibawah SOSMA dan dikaitkan dengan LTTE.. Ya, masa tu aku pernah menulis.. Aku tak sabar melihat bukti kaitan mereka dengan LTTE, Terutama transaksi kewangan.. Masa tu aku antara mempertahankan mereka dan mengaitkan dengan Deepstate..
3- Sehingga hari ini aku belum temui apa apa pendedahan bukti selain dari pertuduhan memiliki buku atau risalah berkenaan LTTE yg berlaku sejak zaman BN..Bagi aku perjuangan LTTE ini bukan hanya berkait dengan Pemimpin PH..sama seperti penyokong BN termasuk MIC yg secara terbuka menyokong LTTE di parlimen..
4- Kenapa aku yakin ianya sebahagian plot sebelum Jatuhnya Kerajaan PH.. Bila aku melihat pendedahan surat Tun Mahathir kepada KDN yg dipimpin Mahaiddin agar LTTE dikeluarkan sebagai senarai Pengganas dan membebaskan mereka yg ditahan dibawah SOSMA sebagai keterlaluan..
5- Dalam Surat itu, Tun mengaitkan Takrifan Pengganas yg dipakai Kerajaan US kepada Hamas.. Bagi aku pandangan Tun itu tepat..Jika bermudah mengaitkan sokongan Perjuangan LTTE dengan Keganasan, Apakah PAS hari ini sokong Taliban secara terbuka kita nak kaitkan dengan Keganasan Taliban melindungi Al Qaeda dan Osama ? Sudah tentu tidak.. Begitu juga aliran Salafi..
6- Maksudnya Tun sendiri tidak mengetahui apa apa akan tindakan KDN, Sebelum 2 Adun ditangkap.. Isu LTTE dimainkan sentimen kaumnya oleh kelompok Ashabiyah PAS, UMNO hatta anak Buah Zakir Naik dengan kempen2 mereka di media Sosial.. Lebih teruk di panaskan sentimen kebencian seorang Mufti dari Utara..Ini adalah plot permainan dari dalam PH sendiri..
7- Ada orang kata, Seorang Muaalaf covert kepada Melayu..lebih melayu dari Melayu yang sedang galak siasat Hal peribadi dan Alat sulit orang ni..Sebelum ini berjaya mendedahkan bukti LTTE.. hakikatnya, apa yg didedahkan tentang Keganasan, Takda kaitan dengan Politik Malaysia pun.. hari ini LTTE bukan lagi ancaman di Sri lanka..
7- Mereka anak buah Zakir naik hanya alat memanaskan Sentimen Perkauman dan Taksub kepada Zakir Naik.. Kalau nak kaitkan Keganasan, Kelompok Salafi dan Pondok Salafi di perlis pun boleh dikaitkan dengan Keganasan.. Tapi bukan kerja kita bermain Politik kebencian..
8- Apakah hanya pemimpin PAS dan UMNO yang mainkan Sentimen kaum ni ? Tidak..Ada pemimpin Bersatu, PH sendiri terperangkap dalam permainan kebencian kaum ini.. Termasuk lah Dr Maszlee disebabkan dia dari aliran yg sama dari Mufti Utara.. Mungkin hari ini Dr Maszlee sudah sedar permainan Politik dan Fitnah ini.. Dr Maszlee sebelum Putrajaya jatuh pernah pertikaikan Peguam Negara kerana membebaskan dua adun tersebut..
9- Isu LTTE ni samalah macam Sentimen anti Dong Zong, Anti Sekolah Vernakular.. Isu kematian Adib, Isu Kuil..Isu Jawi BMF.. Ianya hanya alat kelompok Ashabiyah..Contohnya LTTE.. MIC tetap sokong LTTE.. MCA tetap Sokong Dong Zong.. Tapi ramai dari kita terperankap di dalamnya..
10- Jadi dah Nampak ker semua percaturan dan Sejarah Kejatuhan PH ? Apapun aku bersyukur berlakunya langkah Sheraton.. Akhirnya Allah zahirkan segala perancangan Jahat mereka sendiri.. 🙂
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru Kerajaan Persekutuan agar memberi bantuan kewangan kepada sekolah agama swasta selepas mereka mengakui menghulurkan sejumlah bantuan kepada sekolah swasta Cina.
Menurut Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim, Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS) tidak menerima bantuan berbentuk peruntukan operasi dalam Belanjawan 2021.
“Peruntukan yang diberikan hanya aspek baik pulih dan penyenggaraan, namun tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan untuk diubah kepada peruntukan pengurusan akibat Covid-19.
“Sebab itu, sekiranya ada Belanjawan 2021 memperuntukkan untuk sekolah agama swasta, bantuan tersebut tidak sampai dan tidak bermakna.
“ABIM berharap ada bantuan dana khas kecemasan diturunkan bagi pengoperasian seperti bantuan gaji, sewaan dan utiliti serta pengurusan pemulihan setelah kehilangan (pengurangan) murid dan guru (akibat Covid),” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau lagi, rakyat umumnya mengetahui bahawa Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) telah mendapat peruntukan kewangan daripada kerajaan.
Oleh itu, kata Zairudin, sebaik-baiknya peruntukan kewangan juga disalurkan kepada sekolah agama swasta kerana orientasi SRAS dan SMAS yang menyepadukan kurikulum pendidikan kebangsaan, ditambah pula dengan pembelajaran agama.
“Peranan SRAS dan SMAS jelas selari dengan Falsafah Pendidikan Negara serta Akta Pendidikan 1996, berbanding dengan beberapa jenis sistem persekolahan swasta atau persendirian lain yang ada di negara ini.
“Bagaimanapun, pandemik Covid-19 sepanjang dua tahun telah memberikan kesan kepada SRAS dan SMAS.
“Antara kesannya adalah kepada aspek pengoperasian apabila institusi kehilangan pelajar dan pengurangan yuran yang berjangka panjang.
“Hal ini mengakibatkan SRAS dan SMAS terpaksa mengurangkan gaji guru dan dalam masa sama, masih perlu memenuhi tuntutan kos operasi yang tinggi untuk meneruskan komitmen sewaan dan utiliti,” katanya.
Tegas Zairudin, memandangkan kedua-dua institusi pendidikan berorientasikan agama tersebut berdiri atas kapasiti sumbangan komuniti, ABIM berpandangan bantuan kewangan tahunan amat perlu, ditambah pula permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menyediakan pendidikan akademik dan agama.
“Terdapat 457 sekolah rendah agama swasta (SRAS) dan 77 buah sekolah menengah agama swasta (SMAS), dengan lebih 79,000 orang murid.
“Jumlahnya jauh lebih banyak daripada 63 buah sekolah menengah persendirian cina (SMPC) yang diberikan dana bantuan sebanyak RM15 juta, iaitu secara purata, hampir RM240,000 sebuah.
“Maka, bantuan kepada SRAS dan SMAS perlulah lebih adil dan mencerminkan keselarian dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 12(2) dan Akta Pendidikan 1996.
“Isunya bukan untuk menidakkan bantuan dana kepada mana-mana institusi pendidikan, tetapi penting untuk memberikan keadilan kepada keseluruhan warga Keluarga Malaysia,” katanya.
Justeru, ABIM menggesa kerajaan mempertimbangkan bantuan kewangan disalurkan seperti mana diterima SMPC kerana tuntutan tersebut selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, perkara 12 (2) serta Akta Pendidikan 1996.
ABIM juga menyeru semua pihak untuk bersama menandatangani petisyen memohon bantuan kewangan pada pautan, https://chng.it/tH48S8Vm
EROPAH KATA MALAYSIA NEGARA KELABU AKIBAT PANDORA PAPERS
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun digesa membenarkan usul Kertas Pandora dibahaskan sebagaimana diusulkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, Azhar harus menyegerakan usul Kertas Pandora selepas Malaysia disenarai kelabu oleh Kesatuan Eropah berikutan skandal itu, selasa lalu.
“Isu Kertas Pandora telah pun memberi kesan amat besar kepada negara-negara dan tokoh-tokoh yang terlibat di seluruh dunia, dan Malaysia tidak terkecuali.
“Senarai kelabu ini berlaku buat kali pertama dalam sejarah negara kita, ketika pendedahan Kertas Pandora yang memperlihatkan individu kaya dan berkuasa menyimpan aset mereka di tempat perlindungan percukaian.
“Azhar menolak usul tersebut yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, meskipun pihak eksekutif Malaysia telah pun memberi komitmen untuk meminda atau menghapuskan “pengecualian rejim sumber pendapatan asing yang berbahaya” mulai 31 Disember 2022.
“Dalam isu ini, saya kesal Azhar lebih menyebelahi pihak kerajaan daripada mempertahankan kebebasan dan kedaulatan institusi perundangan aPrlimen. Bahkan beliau dilihat lebih konservatif dan berat sebelah berbanding pihak eksekutif, umpama “lebih sudu dari kuah”,” kata Chean Chung dalam kenyataan hari ini.
Tegas ADUN Semambu itu, kerajaan seharusnya melakukan sisatan terbuka berhubung Kertas Pandora sebagaimana negara-negara lain yang tersenarai bagi memperlihatkan ketelusan pihak berkuasa, kerana sebahagian nama dalam dokumen berkenaan merupakan anggota kerajaan memerintah dan Ahli Parlimen parti kerajaan.
“Saya ingin menambah, kedua-dua anggota kabinet yang mengetuai Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan Tengku Zafrul dan Timbalan Menteri Kewangan 2 Yamani Hafez Musa pernah ada rekod menjadi pemilik syarikat atau firma pemegang amanah luar pesisir.
“Antaranya Tengku Zafrul pernah dinamakan sebagai pengarah Capital Investment Bank (Labuan) Limited dan Yamani pernah dilantik pengarah Great Ocean Consultants di Kepulauan Virgin Britain dari 2013 hingga 2015.
“Walaupun tidak salah memegang amanah luar pesisir, objektif sebahagian mereka adalah lebih kepada tujuan kerahsiaan ataupun untuk melindungi harta. Persoalannya, mengapakah ahli-ahli politik perlu merahsiakan harta mereka di luar negara?
“Mengapakah mereka yang kononnya memperjuangkan bangsa dan tanah air meletakkan harta seribu batu jauh daripada Malaysia? Rakyat telah meletakkan amanah kepada mereka untuk menjaga harta negara di bawah kelolaan Kementerian Kewangan, bukankah mereka wajar memperjelaskan harta dan transaksi dengan lebih telus dan teliti?” tanyanya lagi.
Sehubungan itu, Chean Chung menuntut Azhar membenarkan rayuan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang supaya Kertas Pandora dibahaskan di Parlimen demi kebaikan rakyat dan negara. Beliau menasihatkan agar Speaker berhenti pertahan apa yang tidak dapat dipertahankan serta segera pulihkan martabat dan kemuliaan Dewan Rakyat.
PETALING JAYA: Polis sedang melakukan siasatan ke atas seorang pengguna Twitter yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai vaksinasi Covid-19.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan selepas laporan polis dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan kenyataan tidak benar dibuat individu terbabit kononnya 41 guru meninggal disebabkan vaksin.
“Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh KKM berhubung ciapan pemilik akaun Twitter Khalid@Khalids mengandungi kenyataan tidak benar mengenai senarai 41 kematian guru disebabkan oleh vaksin (Covid-19).
“Ciapan yang dimuat naik pada 8 Oktober 2021 itu mempunyai 52 retweets, 1,168 quote tweets dan 70 likes mengundang pelbagai reaksi dan maklum balas warganet,” katanya dalam kenyataan.
Jalil berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.
Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dengan tidak menyebar berita tidak benar.
“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.
Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah meminta laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna Twitter yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai vaksinasi Covid-19.
Beliau turut mengarahkan laporan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Dr Kamarul Zaman Yusoff
KUALA LUMPUR – Pas boleh menjadi penentu pada Pilihan Raya
Negeri (PRN) Melaka.
Pandangan itu dilontarkan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman
Yusof selepas meneliti keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Katanya, Pas mampu menjadi penentu dan
boleh mengubah situasi.
“Sukar untuk difahami bila ada yang masih berani memperkecilkan
dan membuang terus Pas dari perkiraan mereka dalam PRN Melaka.
“Sepertimana yang kita semua tahu, dalam PRU14, PH (Pakatan
Harapan) hanya menang 15 kerusi manakala BN (Barisan Nasional) pula menang 13
kerusi di DUN Melaka.
“Tetapi tahukah anda jika BN dan Pas
bekerjasama dalam PRU14 lalu, PH sebenarnya hanya mampu menang 9 kerusi sahaja
di DUN Melaka?” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Kamarul Zaman berkata, enam daripada 15 kerusi yang dimenangi PH
dalam PRU-14 lalu sebenarnya kalah oleh gabungan undi BN dan Pas.
Kerusi-kerusi tersebut katanya adalah DUN Gadek, Durian Tunggal,
Kelebang, Duyong, Telok Mas dan Bemban.
“Memang benar situasi dalam PRU14 mungkin
agak berbeza dengan situasi sekarang, tetapi tidakkah anda mahu belajar dari
kisah silam yang memeritkan?
“Mengapa kita masih mahu memperjudikan nasib dan merisikokan
diri sendiri sedangkan kita tahu keadaan pasti akan berubah dengan wujudnya
perpaduan? ujarnya. – MalaysiaGazette