Netizen berang, semata beri laluan pada ‘VIP’, dua kereta terlibat kemalangan-video disertakan


 

Sejak semalam, tular di media sosial satu video yang memaparkan dua kenderaan terlibat dalam kemalangan dipercayai kerana memberi laluan kepada kereta ‘orang kenamaan’.

Menerusi video berdurasi 45 saat yang dimuat naik di Twitter, kelihatan sebuah kereta Perodua Kelisa telah melanggar belakang kereta Proton Wira yang dilihat berhenti secara mengejut kerana memberi laluan kepada kereta milik VIP.

Susulan kejadian tersebut, warganet meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terutama apabila melihat polis pengiring yang berada di tempat kejadian membiarkan kemalangan tersebut tanpa memberi sebarang bantuan.

“VIP dgn polis buat tak tahu je tengok ada kemalangan depan mata yang berpunca daripada dia orang. ‘Common sense’ bro. Angin aku tengok dia orang rilek je lalu macam tak ada apa-apa berlaku kat situ,” tulis pengguna @Rafi_Addin.

Pengguna @HyeonjuMy pula menganggap tindakan polis pengiring sebagai tidak cerdik kerana memberhentikan kereta yang sedang laju.

“Lagi tak cerdik dia orang blah macam tu je. Tak boleh saman ke dia orang ni. Jika ada kehilangan nyawa, dia (VIP) salah kan?,” soalnya.

Ada juga pengguna Twitter yang memohon agar para peguam membantu mereka memfailkan saman terhadap VIP yang melayan rakyat marhaen tidak lebih hanya seperti ‘ulat’.

Tidak kurang ada juga pengguna yang berkongsi kisahnya terlibat dalam kemalangan semata-mata kerana memberi laluan kepada VIP lima tahun lepas.

“Berlaku pada saya pada tahun 2017. ‘VVIP lalu at the 199 traffic light (it was green for us)’ dan 4 kereta berderet terlibat kemalangan termasuk kereta saya. ‘Yes I cried because I was shocked and the VVIP and police just drove pass us’,” tulis @nazlynlyn.

Pada Disember tahun lalu, sebuah ambulans didakwa terpaksa diberhentikan di persimpangan jalan untuk memberi laluan kepada konvoi kenderaan orang kenamaan.

Isu tersebut tular secara meluas di media-media sosial dan mendapat kecaman hebat dari netizen kerana orang kenamaan dan polis pengiring didakwa tidak mempertimbangkan keperluan untuk memberi dahulu laluan kepada ambulans.

Kejadian ambulans diberhentikan itu berlaku selepas banjir buruk melanda Selangor dan ianya tular sehingga Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengeluarkan kenyataan media memperjelas situasi sebenar.

Mark Zuckerberg rugi RM121 billion dalam masa sehar apabila saham Meta jatuh merudum

 


Saham Meta jatuh merudum, Mark Zuckerberg rugi RM121 billion dalam masa sehari

Mark Zuckerberg kehilangan nilai bersih $29 bilion (~RM121 bilion) baru-baru ini apabila saham Meta Platforms Inc (FB.O) mencatatkan rekod kejatuhan untuk sehari sahaja.

Saham Meta jatuh 26% mengakibatkan kerugian lebih daripada $200 bilion dalam pasaran dalam waktu sehari yang merupakan rekod terbesar untuk Meta.

Hal ini menyebabkan nilai bersih asetnya menurun kepada $85 bilion (~RM371 bilion), menurut Forbes.

Berikutan kerugian $29 bilion, Zuckerberg kini berada di tempat kedua belas dalam senarai jutawan Forbes.

Yang pasti, dagangan dalam saham teknologi kekal tidak menentu kerana pelabur bergelut untuk menentukan harga kesan inflasi yang tinggi dan jangkaan kenaikan kadar faedah.

Zuckerberg menjual saham Meta bernilai $4.47 bilion (~RM18.6 bilion) tahun lepas sebelum sahamnya menurun pada 2021.


NAMAKAN KOLEKSI HAIWAN SEBUTAN HADI



Anjing

✅ Babi

✅ Itik

✅ Tikus

✅ Semut

✅ Ayam

✅ Bangau

✅ Burung Kasuari

✅ Tupai

✅ Kera

✅ Biawak

✅ Jerung

✅ Burung Kakak Tua

✅ Keldai

✅ Ikan

✅ Kambing

✅ Labah-labah

✅ Lembu

✅ Buaya

✅ Nyamuk

✅ Agas

✅ Serigala

✅ Ular

✅ Cicak

✅ Katak


APA pulak Selepas ini?




HASIL KERAJAAN 2 KUPANG

 

Sampai 3 Kementerian kaji, last-last turun 2 kupang ja?!

Bebal punya kerajaan!


HADI- KAT NEGARA SENDIRI PUN BANYAK . ITU PUN KAU BELUM MELAWAT PUN.




Kerana nak susukan kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan.

Bukan salah berbuat baik. Tak salah. Tapi kenalah lihat rumah sendiri dahulu. Kalau sendiri pun tak cukup beras, nak sibuk rumah orang buat apa?
Di Malaysia ini cukup ramai menderita. Ramai yang hilang mata pencarian. Sampai merayu minta duit untuk hari tua dalam KWSP. Tapi tak dihiraukan.
Tiba-tiba, dok bincang dengan Taliban, nak bantu Taliban. Akai ada ka?
Memang sesuai sangat peribahasa di atas dengan kerajaan ini. Ramai rakyat merintih kerana tiada punca pendapatan, dia bawa masuk Bangla.
Ramai yang tertekan kerana dilanda musibah banjir, dia sibuk nak bantu Taliban. Ini Keluarga Malaysia opah dia! Rakyat dibiarkan terus tersepit!
Aku tak faham dengan kerajaan yang ada ini. Dan sebenarnya aku lebih tak faham bagaimana ada orang yang boleh terima bahkan puji tindakan bodoh mereka.

DR WAN AZIZAH MERASMIKAN GALERI KALIGRAFI





Alhamdulillah, diberi penghormatan merasmikan Galeri Jiham Kaligrafi di Southville City, Kajang.

Mohon untuk membuat gubahan satu tulisan khat dari Jiham Kaligrafi (secara spontan), Allahu Ya al Barik yang bermaksud Allah Yang Maha Merancang.
Diiringi doa semoga maju dan berkat dalam perusahaan ini. Amiinn

KEKUATAN DAN KETEGASAN SAIFUDDIN MENJAGA DAN MENGAWAL HARGA BARANGAN DIPUJI KINI

 Terbaik kerajaan PH !!!

👏👏👏
Tahniah Tuan Saifuddin Nasution, pemantauan dari pihak berwajib dan apa yang pasti setiap barangan jualan tanda harga diwajibkan di pertontonkan agar memudahkan pemantauan pegawai2 yang ditugaskan untuk membandingkan harga barangan yg ditetapkan tidak sewenang-wenangnya dinaikkan sesuka hati.. Apa yang pasti kebajikan rakyat di ambil kira suatu ketika dahulu,

Tetapi itu semua hanyalah kenangan manis ketika PH menjadi kerajaan..noted
Crdits#NorPencetusKeadilan












FUHH TAK ACI





NORMAN RADZUAN

 Tak aci betul...pengajaran dari bangunan PNB118 (kedua tertinggi di dunia).. Lepas ini kalau Uganda bina bangunan setinggi 50 meter kemudian dia sambung menara 600 meter ia akn jadi bangunan tertinggi di Afrika dan kedua di dunia

😆
Bangunan PNB118 jika tanpa menara ia hanya berbeza 10 meter sahaja dgn TRX116. Di mana ketinggian tanpa menara 529m dan TRX116 519m.

JIKA LAYAK , BOLEH DIPERTIMBANGKAN SEBAGAI MB

 Terbaik

!! Prestasi cemerlang sebagai menteri pendidikan di era kerajaan PH. Tegas dan telus, sanggup letak jawatan menteri kerana tak mahu ikut telunjuk Mahathir. Berani tinggalkan Bersatu dan sanggup bersama Keadilan diwaktu Keadilan diserang.
Sokong Maszlee Malik calon MB Johor jika PH menang di PRN Johor.

w.faudzin



BELAJAR DAN MEMOHON MAAF TIDAK MENJATUHKAN MARTABAT

 

W.FAUDZIN


Akhirnya Syed Sadiq belajar berpolitik. Minta maaf tidak merendahkan martabat...

May be an image of text

Anak muda mesti bawa suara hati rakyat - Anwar




 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia digesa membawa suara hati anak muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.



Hal itu dinyatakan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan pelancaran jentera AMK PRN Johor, tengah hari tadi.



Menurut Anwar, menyuarakan suara hati rakyat itu adalah perbezaan perjuangan parti KEADILAN dan parti parti politik lain di Malaysia.



"Sebab itu bila kita nyatakan suara anak muda, itu bukan sahaja suara anak muda tetapi sebagai suara hati rakyat, ini meletakkan perbezaan AMK



"Kita bukan bicara soal percaturan kaum. Kita bicara soal ekonomi, budaya, mutu pendidikan, peluang kesihatan awam. Ini yang tidak masuk dalam pertimbangan dan perkiraan parti politik lain.



"Juga isu rakyat, kemiskinan, pengangguran pasca Covid 19 dan banjir serta jumlah kemiskinan yang bertambah," katanya.



Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, rakyat patut berasa malu untuk terus membenarkan parti yang melanun negara terus berkuasa.



Namun kebejatan tersebut tidak akan sampai ke pendengaran rakyat, katanya, sekiranya tidak dikempenkan secara berkesan.



"Tak malukah kita dalam negara kaya ini, kita mengizinkan kelompok yang dihimpit kemiskinan. Sementara kelompok kecil terus merampok, balak mereka ambil, minyak dan kontrak mereka sapu?



"Kontrak berbilion dari 1MDB sampai DNG sama sahaja. Pimpinan silih berganti tetapi perompak, perangai bobrok itu terus melanda rakyat kita," katanya.



Sehubungan itu, Anwar mahu AMK sentiasa cergas dan menjadi jurubicara parti di segala ceruk rantau negeri untuk memenangkan Pakatan Harapan dalam PRN Johor.



"Beza AMK dengan lain lain ialah AMK itu zahir, cergas di lapangan. Kalau bertanding 20 DUN saya nak lihat barisan anak muda itu di depan.



"Saya bangga pada hari ini. Persiapannya, latihan, program dan isu yang diangkat difikir dengan teliti supaya boleh difahami oleh anak muda dan rakyat.



"Suara anak muda, tetapi menyampaikan hasrat dan hati nurani rakyat. Isu yang sangat dekat dan mengesankan di kalangan rakyat," katanya lagi.

 

 

'Orang miskin nak pinjam RM10k susah, orang kaya tanpa cadangan dapat RM2.6 bilion'




 Isu pinjaman RM2.6 bilion yang diberi oleh bank bank Malaysia kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong yang muflis baru baru ini boleh diangkat sebagai isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak sepatutnya rakyat biasa disukarkan mendapat pinjaman tetapi syarikat besar diberi keistimewaan pinjaman tanpa cagaran.

"Orang kaya bertambah kaya, orang miskin tendang sampai tak ada kerja. Itu tak ada maruah...... Orang miskin nak pinjam bank RM10,000 sikit punya susah, pergi balik. 12 kali pergi pun tak dapat.

"Kemudian bank bagi pinjam RM2.6 bilion kepada syarikat judi di Hong Kong. Bankrap sudah syarikat itu. Apa sudah jadi macam ini," katanya ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya bagi DUN Tiram, pagi tadi.

Anwar menekankan soal perlunya nilai mulia dan maruah dijadikan budaya hidup rakyat negara ini selepas 60 tahun di bawah BN yang tidak menekankan hal hal akhlak dalam pemerintahan.

Bagi jentera kempen, Anwar mahu mereka menjawab dengan rapi isu isu wakil rakyat lompat parti dan janji yang belum ditunaikan pada era pemerintahan PH lalu.

" Kita kena terang. Dulu kami pilih kamu kemudian Ahli Parlimen kamu khianat. Masa kempen orang kerja setengah mati, bila menang dia khianat kita. Jangan maafkan orang macam ini, sampai jatuh kerajaan.

"Kita kena teliti betul betul orang kita yakin setia dengan prinsip parti kita.

"Kita harus bekerja menjelaskan dasar kita, komitmen kita. Bukan sekadar ulang apa yang PH janjikan. Ekonomi harus dipulihkan untuk rakyat. Rakyat yang susah majoriti Melayu tetapi India dan Cina miskin pun ada.

"Inilah pendekatan kita bila tubuh KEADILAN yang menjamin hak semua. Kita yang paling awal berani cakap begitu," katanya.

Selain itu, Pengerusi PH itu turut mengingatkan jentera kempen cabaran PRN ini lebih sukar kerana Umno dan Bersatu memainkan isu Melayu.

"Cabaran kita lebih sukar dan parti parti sekarang bawa isu baru, nak selamakan Melayu. Kempen Umno dan Bersatu ini Melayu. Kepada orang Melayu kita kena jelaskan. Yang dia susah miskin itu kerana kerajaan Melayu juga.

"Begitu juga isu calon bukan Melayu. Tiram kawasan Melayu buat apa nak ambil India? Kita jawab calon India nak letak mana? Satu Malaysia tak ada majoriti India. Tetapi kalau saya nak menang Port Dickson saya perlu tak sokongan India? India ada 13 %. Saya di Permatang Pauh India 10%, saya perlu tak sokongan? Perlu.

"Apakah orang India (dalam 10%) boleh rosakkan dasar Melayu? Ini sengaja nak menakutkan orang," katanya lagi.

 

‘Langkah Sheraton itu yang rakus, bukan PRN Johor’, Najib bidas Bersatu

 


Najib Razak berkata tiada jaminan Umno dan BN yang disifatkan
 Bersatu sebagai ‘rasuah’ dan ‘tamak kuasa’ akan menang pada PRN
 Johor.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Najib Razak membidas tuduhan bahawa Umno “rakus” dan “tamak kuasa” kerana mengusulkan pembubaran DUN Johor untuk membuka ruang pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Beliau berkata, “Langkah Sheraton” itu yang rakus kerana mengkhianati gabungan sendiri dan menggantikan pengasas parti (Bersatu) untuk menjadi Perdana Menteri, malah menggunakan “scheme of things” bagi mengekalkan kuasa.

“Ini baru rakus…’scheme of things’ untuk beli dan sogok Ahli-ahli Parlimen Umno untuk kekalkan jawatan sendiri sebagai PM. Menerima individu-individu yang dikaitkan dengan semburit, rasuah dan segala katak untuk menjadi PM.

“Buat darurat untuk gantungkan Parlimen dan membuat PKP separuh masak berbulan-bulan lamanya untuk menyeksa rakyat bagi mengelak sendiri ditumbangkan di Parlimen, derhaka kepada titah-titah Raja-raja Melayu dan YDPA…,” kata Najib di Facebook.

Najib berkata, PRN Johor dibuat bukanlah kerana Umno tamakkan kuasa, sebaliknya ia adalah untuk mengembalikan mandat rakyat dengan cara demokrasi.

Justeru, katanya tiada jaminan Umno dan BN yang disifatkan Bersatu sebagai “rasuah” dan “tamak kuasa” akan menang, sebaliknya pihak pesaing yang perlu yakin dengan kekuatan parti mereka.

“Tiada jaminan pun bahawa Umno dan BN yang dituduh mereka (Bersatu) sebagai rasuah dan tamak akan menang. Kenapa sendiri tak ‘confident’ biarpun sendiri mengaku sendiri hebat dan paling prihatin rakyat?,” katanya.

Pada 30 Jan lalu, seramai 10 Ketua Penerangan Bersatu bahagian di Johor tampil menyokong penuh Resolusi Muzakarah PAS-Bersatu untuk bertanding atas nama Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor.

Mereka sebulat suara mencadangkan semua parti politik di Johor merangka strategi ampuh bagi menggagalkan “muslihat” Umno dan Barisan Nasional (BN).

Dakwa mereka, gabungan itu dilihat semakin rakus, tamak kuasa dan gelojoh ingin mengadakan pilihan raya tanpa mengambil kira kesukaran dialami rakyat yang ketika ini masih berdepan ancaman Covid-19.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 9 Feb untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari pembubaran DUN pada 22 Jan.

Presiden AMANAH umum Muhammad Taqiuddin sebagai calon PH di Dun Mahkota

 


Presiden AMANAH umum Muhammad Taqiuddin sebagai calon PH di Dun Mahkota


Lawatan ke Johor hari ini bagi melancar jentera dan mengumumkan calon-calon Pakatan Harapan bagi DUN Mengkibol dan DUN Mahkota.

Semua jentera kita harus bekerja keras mempertahankan kerusi yang kita menangi pada PRU 2018 dan berusaha mengambil alih kerusi lawan untuk mengembalikan mandat rakyat kepada PH.

Mohamad Sabu


PH umum 2 lagi calon PRN Johor

 

Pengumuman calon PRN Johor DUN Mengkibol dan Mahkota diumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mengumumkan dua lagi calon bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor iaitu masing-masing daripada DAP dan Amanah.

Menurut laporan Kosmo, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol, Chew Chong Sin akan mempertahankan kawasan itu, manakala bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman berpindah ke DUN Mahkota.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam satu majlis di Kluang, hari ini.

Semalam, Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali dinamakan semula untuk mempertahankan kerusi DUN Paloh yang dimenangi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Chew menang 29,559 undi di DUN Mengkibol dalam PRU14 selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Chin Sim Lai yang hanya mendapat 10,333 undi.

Taqiuddin pula mengatasi Tee Siew Kiong dari BN dengan majoriti 3,395 di Pulai Sebatang yang terletak dalam Parlimen Pontian.

Sebelum ini, kerusi Mahkota disandang ADUN Amanah, Muhamad Said Jonit yang kemudian meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR bersama ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim dan ADUN Serom, Faizul Amri Adnan.