OWHHH ENGLISH
Wow negeri mana ni? Malaysia ke ni?
Siapa pandai teka.
Aduh..antara negeri paling ramai Melayu...
Tapi guna istilah English..
Hati siapa mereka nak jaga ni?
Adakah ini agenda mereka untuk hapuskan elemen Melayu?
Dimana para pejuang bahasa Kebangsaan?
10 TERKORBAN DALAM NAHAS 2 HELIKOPTER TLDM DI LUMUT
23.4.2024: JBPM Negeri Perak dikejutkan dengan panggilan kecemasan pada jam 9.50 pagi membabitkan kemalangan helikopter yang berlaku di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
Menurut laporan Komander Operasi Kanan, TPgB II Suhaimy bin Mohd Suhail, pasukan Bomba daripada 2 buah balai berhampiran iaitu BBP Seri Manjung dan BBP Sitiawan telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan kenderaan utiliti Toyota Hilux sebaik dihubungi.
Dalam kejadian itu, terdapat 2 buah helikopter milik TLDM iaitu M502-6 (FENNEX), dinaiki oleh 3 orang mangsa dan M503-3 (HOM), dinaiki oleh 7 orang mangsa.
Kedua-dua helikopter ini telah bertembung ketika sedang melakukan latihan penerbangan. Kesemua 10 orang mangsa yang terlibat telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.
Kerja-kerja untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat di lokasi kejadian telah dijalankan oleh pasukan Bomba sehingga selesai.
Balai Bomba Sitiawan
Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Manjung
Bomba Perak Official
KEMALANGAN HELICOPTER.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah.
Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga 10 mangsa yang terkorban akibat tragedi pertembungan helikopter TLDM. Difahamkan pertembungan berlaku ketika latihan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.
Semoga ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan roh-roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
NI AKLAK PIMPINAN PAS.
MOHD FARUL AL QASAF
Pas perjuangkan hudud.
Dalam hudud ada Qazaf.
Pimpinan PAS langgar Qazaf.
Anda masih percaya mereka pejuang Islam?
Mereka hanya ahli politik yang mengejar kuasa tanpa mengira dosa pahala. Tak jauh beza Pas dan Gerakan.
QAZAF
Berak Lebih Mudah Dari Berketut
MSO...
Berak Lebih Mudah Dari Berketut
Tok Dor dah berkokok mungkin sihat molek dah. Kali ini dia kritik negara yang sokong penyelesaian kemelut di Gaza yang mahu rakyat Palestine tinggal Gaza.
Penyelesaian itu katanya menguntungkan Israel. Partinya lebih berprinsip mahukan rakyat Palestin kekal di Gaza dan menolak penyelesaian dengan cara membahagikan wilayah.
Dia juga tuduh negara negara itu termasuk Malaysia menerima kaedah penyelesaian itu sebagai menuruti kehendak zionis Israel.
Kalau benar Pas ada prinsip apakah peranan Pas dalam menyelamatkan rakyat Palestin. Tok Dor kemukalah solusi atau lebih afdal tubuh tentera sendiri dan hantar ke Gaza. Masa jadi Duta Timur Tengah duku apa peranan signifikan Tok Dor untuk Palestin. Saya nak mohon juga jadi tentera pembela.
Pembelaan Pas tidak berbaloi dengan mengibarkan bendera Palestin di sawah padi dan tepi laut. Kadang berak lebih mudah dari berketut Tok Dor.Hushhhh. Trims.
TAKAT SEMBANG, HASUT, KELUAR FATWA..... DONIA PUNYA LEBAI
Zainuddin Omar
Hadi pandai cakap sahaja tetapi apa dia buat semasa dia menjadi Duta Khas Timur Tengah?
Adakah dia nak sindir keluarga Nadir dan pertolongan PMX membawa mereka dari Gaza ke Malaysia?
Talk is cheap kata orang Muar.
***************
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengkritik negara-negara yang memudahkan rakyat Palestin yang mahu melarikan diri dari Gaza.
Dalam catatan Minda Presidennya semalam, Abdul Hadi tidak menamakan secara khusus negara tersebut namun menyifatkan mereka sebagai "mengikut agenda Israel dan Barat".
Dia turut menyifatkan rakyat Palestin yang meninggalkan negara itu dan Gaza sebagai tidak berprinsip.
"Rakyat Palestin yang menyokong kumpulan Islam Hamas terus bertahan di Gaza walaupun mereka dibelasah habis-habisan sehingga ramai yang telah gugur syahid.
"Mereka tetap bertahan tidak mahu keluar dari Palestin dan Gaza yang dikepung, walaupun telah disediakan kemudahan keluar untuk menyelamatkan diri oleh beberapa pihak.
"Hanya kalangan yang tidak berprinsip sahaja akan keluar meninggalkan Palestin dan Gaza," katanya yang juga ahli parlimen Marang.
Selain itu, Abdul Hadi turut mengkritik negara-negara yang menyokong penyelesaian dua negara untuk Palestin dan Israel, termasuk kerajaan Malaysia.
"Pendirian PAS bersama kerajaan, parti dan NGO menyokong perjuangan Palestin menentang kezaliman Zionis dengan istiqamah.
"Namun, PAS berbeza dengan pihak yang lain kerana PAS menolak penyelesaian dua negara yang disokong oleh kerajaan PH kini yang bersama Barat mendukung penyelesaian dua negara tersebut dan menyokong Palestin secara ‘dibelah-bahagi’," katanya lagi.
Untuk rekod, pentadbiran-pentadbiran Malaysia yang terdahulu turut menyokong penyelesaian dua negara bagi menamatkan konflik yang berpanjangan tersebut.
Ini termasuklah pada 2021 ketika pentadbiran negara dipimpin PN, di mana PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.
‘Wanita, kanak-kanak dibolehkan keluar’
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan membantu membawa keluarga CEO Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman untuk meninggalkan Gaza dan pulang ke Malaysia.
Menurut laporan Sinar Harian pada 13 April lalu, isteri Nadir - seorang warga Palestin - dan anak-anak mereka berada di Gaza selama enam bulan sejak konflik antara Israel dan Palestin tercetus pada Oktober lalu.
Keluarga Nadir bersama Anwar
Nadir berkata keluarganya pada mulanya bertahan di sana namun memutuskan untuk meninggalkan Gaza selepas anak bongsunya mula mengalami komplikasi pernafasan.
Menurut laporan itu lagi, Nadir berkata dia menghubungi beberapa ulama di Palestin dan Malaysia bagi mendapatkan pandangan berkenaan hukum meninggalkan medan perang di Gaza.
Katanya, dia menerima jawapan yang sama iaitu wanita dan kanak-kanak dibolehkan keluar selagi ada niat untuk kembali di sana apabila keadaan mengizinkan.
“Kami beristikharah dan bertawakal, perjuangan tidak akan berakhir tetapi tetap diteruskan walaupun tidak berada di sana,” katanya lagi, seperti dipetik.
KETUA WALAUN PERAK LENA KOT
Sham Ghaz
Ketua Walaun Perak Razman Zakaria ni tak tahu ke satu Malaysia Kerajaan Negeri setuju naikan tarif air?
Termasuklah Negeri yang diperintah walaun Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu.
*MAKLUMAT AWAL KEMALANGAN PESAWAT HELIKOPTER TLDM PADA 23 APRIL 24*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg Dato’.
*MAKLUMAT AWAL KEMALANGAN PESAWAT HELIKOPTER TLDM PADA 23 APRIL 24*
1. 0945H - POA Barat terima maklumat daripada Mk Udara memaklumkan terdapat 1 x HOM (M503-3) dan 1 x Fennec (M502-6) telah bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.
2. Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 0903H.
3. Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.
4. BOMBA, 96 HAT dan Protela telah dikejarkan ke tempat kejadian.
5. Mangsa yang terlibat adalah:
a. Pesawat HOM (M503-3) - 7 orang kru:
(1) Kdr Muhammad Firdaus bin Ramli TLDM - PM Skuadron 503.
(2) Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin TLDM.
(3) Lt Kdr Mohammad Amirulfaris bin Mohamad Marzukhi TLDM.
(4) PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol bin Tamadun.
(5) TBC
(6) TBC
(7) TBC
b. Pesawat Fennec (M502-6) - 3 orang kru:
(1) Kdr Muhamad Amir bin Mohamad TLDM - PM Skuadron 502.
(2) Lt Sivasutan a/l Thanjappan TLDM.
(3) PW II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi.
6. Dukacita dimaklumkan kesemua kru kedua-dua pesawat tiada yang terselamat.
7. Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
8. Sekian perkara diangkat untuk makluman YBhg Dato’.
CC:
TPA Barat
AKS Op
PMX TEGASKAN TITAH ADENDUM TIDAK SAH SEBAB TIDAK DIPUTUS DALAM MESYUARAT LEMBAGA PENGAMPUNAN
Meneliti kenyataan PMX sebagaimana dilaporkan Berita Harian, apa yang dapat disimpulkan ialah sebarang keputusan mengenai titah adendum oleh Agong ke-16 berhubung tahanan rumah kepada Najib Razak hanya dianggap sah jika ia diputuskan oleh mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Berikut adalah kenyataan PMX berkaitan titah adendum itu seperti mana dilaporkan oleh Berita Harian:-
[Sebarang keputusan berhubung Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak mahu mencampuri urusan berkenaan, biarpun ditohmah dan dilempar dengan pelbagai kritikan kononnya tidak berbuat apa-apa.
Saya sebutkan, ini menyinggung peranan Lembaga Pengampunan dan wewenang Agong. Itu jawapan bagi saya mengikut perbincangan dengan Peguam Negara dan maklumat dari Sultan dan Agong, itu sebaiknya.
“Kita tak cuba meringankan apa-apa keputusan yang dibuat hakim. Tapi cara kita lakukan itu yang tidak disenangi sesetengah pihak daÅ‚am parti sekutu atau sebaliknya, dalam kalangan yang lain di luar.
“Itu bukan kita persoalkan. Tapi pendirian kita tuntas, bahawa keputusan mesti dibuat daÅ‚am mesyuarat Lembaga Pengampunan dan keputusan muktamad (oleh) Agong (mesti juga) daÅ‚am mesyuarat Lembaga Pengampunan,” katanya.]
Berita penuh laporan Berita Harian itu di sini – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1237249/keputusan-titah-adendum-mesti-diputus-dalam-mesyuarat-lembaga
Dalam erti kata lain, berdasarkan kenyataan PMX dalam laporan tersebut, kiranya titah adendum itu tidak diputuskan melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan, maka ia dianggap tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.
Sebagaimana kita sedia maklum, mesyuarat Lembaga Pengampunan sebelum ini bermesyuarat pada 29 Januari 2024 dan titah adendum oleh Agong ke-16 berkaitan tahanan rumah, sebagaimana disebut Zahid Hamidi dalam afidavitnya, juga bertarikh 29 Januari 2024.
Tetapi, dalam kenyataan media Lembaga Pengampunan yang dikeluarkan pada 2 Februari 2024, apa yang dinyatakan hanyalah berkaitan pengurangan hukuman penjara kepada Najib daripada 12 tahun kepada 6 tahun dan denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Tiada langsung disebut berkenaan tahanan rumah dalam kenyataan media oleh Lembaga Pengampunan pada 2 Februari itu.
Ini memberi gambaran, titah adendum itu tidak diumumkan dalam kenyataan media pada 2 Februari itu kerana ia diangap tidak sah lantaran tidak diputuskan melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Kiranya titah adendum itu diputuskan melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan, sudah tentu ia diumumkan dalam kenyataan media Lembaga Pengampunan pada 2 Februari itu.
Kesimpulannya di sini dan berdasarkan apa yang dinyatakan PMX itu, pihak kerajaan sebenarnya tahu tentang kewujudan titah adendum tersebut.
Jika kerajaan tahu dan telah menyimpulkannya sebagai tidak sah kerana tidak melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan, lalu tidak disebut dalam kenyataan media Lembaga Pengampunan pada 2 Februari itu, bermakna Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi juga berkemungkinan besar tahu berkenaan perkara tersebut.
Sedemikian itu, kiranya sudah diketahui pendirian kerajaan ialah memutuskan titah adendum itu sebagai tidak sah kerana ia tidak diputuskan melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan, untuk apa Zahid Hamidi setuju mengemukakan afidavit bagi menyokong semakan kehakiman yang difailkan Najib?
Inikah juga yang menyebabkan PMX, sebagaimana disebut peguam Najib, Shafee Abdullah sebelum ini, tidak memberi sebarang respon balas terhadap pertanyaan yang dikemukakannya melalui surat untuk mengetahui berkenaan kewujudan titah adendum itu?
Soalnya, kenapa selama ini titah adendum itu hanya didiamkan dan kerajaan tidak beterus-terang sebelum Najib memfailkan kes ke mahkamah?
Bukankah jika surat peguam Najib itu dijawab, beliau tidak perlu memfailkan semakan kehakiman di mahkamah dan isu tidak jadi kalut seperti sekarang? – ShahbudinHusin 21/04/2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/04/21/pmx-gambarkan-titah-adendum-tidak-sah-sebab-tidak-diputus-dalam-mesyuarat-lembaga-pengampunan.html
DAP ‘PAKSA’ UMNO BALAS BUDI, DR AKMAL TOLONG RESPON SIKIT?
Menjelang PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan yang dilihat agak kritikal bagi DAP untuk mengekalkan kemenangannya, parti itu nampaknya cukup beterus-terang agar UMNO membalas budi yang dicurahkan dalam PRK Pelangai sebelum ini.
Sebagaimana dilaporkan sebuah media, Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming berkata, pihaknya mengharapkan semangat yang ditonjolkan parti itu ketika berkempen bagi memenangkan calon BN daripada UMNO ketika PRK DUN Pelangai di Bentong, Pahang pada Oktober lalu, dapat dibalas ketika PRK DUN Kuala Kubu Bharu akan datang nanti.
Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, peranan yang dimainkan DAP yang berhempas-pulas ketika kempen PRK Pelangai lalu telah berhasil meraih 98 peratus undi masyarakat Tiong Hua atau Cina di kawasan yang dijaga parti itu walaupun calon BN ketika itu datang daripada UMNO.
“Justeru diharapkan budi dan semangat yang sama dapat ditonjolkan pada PRK Kuala Kubu Baharu nanti iaitu agar BN khususnya UMNO dapat melakukan perkara serupa berikutan calon pada PRK itu nanti daripada DAP.
“Saya mohon budi, sekiranya semangat ini kita sudah ditonjolkan di Pelangai, maka ia dapat ditunjukkan juga di Kuala Kubu Baharu.
“Sebagaimana DAP berkempen habis-habisan untuk UMNO sehingga menang, UMNO juga diharap akan buat yang sama, iaitu buat baik untuk balas budi.
“Kawasan yang kami (DAP) jaga berjaya meraih 98 peratus undi khususnya pengundi kaum Tiong Hua untuk menyokong wakil UMNO yang mana ia tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila UMNO (sebelumnya) tak pernah dapat 98 peratus undi Cina.
“Tetapi dengan semangat perpaduan dan kerja keras DAP, kejayaan di Pelangai adalah satu rekod yang boleh dibanggakan dan kita harap ianya juga berlaku di PRK Kuala Kubu Baharu nanti,” kata Nga lagi.
Ehhh…membaca ayat yang diungkapkan Nga ini, ia seperti bukan lagi suatu bentuk pengharapan agar budi DAP di Pelangai dibalas UMNO di Kuala Kubu Baharu, bahkan semacam ada unsur-unsur memaksa agar budi itu dibalas.
Adakah ini menunjukkan DAP ada sedikit kesangsian terhadap bantuan UMNO?
Terdesak sangatkah DAP untuk memperolehi undi Melayu melalui bantuan UMNO di Kuala Kubu Baharu nanti?
Boleh jalankah cara semacam memaksa seperti ini?
Barangkali Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh boleh beri respon sikit kepada apa yang dinyatakan Nga ini? – ShahbudinHusin 22/04/2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/04/22/dap-paksa-umno-balas-budi-dr-akmal-tolong-respon-sikit.html
Sambungan kisah Suffi Kamari report polis terhadap Najib Bakar.
Najib Bakar
Part 1 boleh dibaca sini, https://www.facebook.com/share/p/fJzdocT8MHhjBF5Z/?mibextid=oFDknk
"Hello assalamualaikum, En. Najib ya? Saya Inspektor ****** dari IPD Gombak.
Saya baru dapat laporan tentang En. Najib. Saya rasa En. Najib pun tahu siapa yang buat report tu. Minta En. Najib datang sekarang ya ke IPD Gombak."
"Maaf Inspektor, sekarang rasanya tak sempat. Malam ni saya pergi ya."
Malam tu, aku ajak 2 orang member teman ke balai. Tapi aku masuk berseorangan ke bilik Inspektor tersebut."
"Siang tadi En. Suffi datang, dengan peguam, masa buat aduan."
Aku dengar macam, fuh, hebat gila Suffi ni siap bawak lawyer.
Yang ikut aku 2 orang tu loya buruk ada la. 😆
Aku pun cerita la serba sedikit mengenai video tu. Aku tekankan itu bukan satu tuduhan (bahawa Suffi bertanggungjawab buat video PN jadi FYP di TikTok), cuma ianya satu pertanyaan.
Yang buat konklusi Suffi terlibat tu bukan aku, tapi netizen.
"Kami pun dah salin setiap patah perkataan yang En. Najib sebut dalam video tu. Bos saya pun sama.
Kami sama-sama berpendapat tak ada isu jenayah pun dari pihak En. Najib.
Boleh tak kalau saya panggil En. Suffi datang berjumpa En. Najib sekarang? Kita setel sini je la."
"Saya ok je. Saya pun nak tau apa yang dia tak puas hati sangat dengan video tu. Bukan fitnah pun."
Inspektor tu pun telefon Suffi.
"En. Suffi, boleh datang balai sekarang? En
Najib ada ni. Kita setel depan-depan lah ya?"
Tapi Suffi bagitau, dia ada di luar kawasan.
Inspektor tu pun mengomel. "Siang tadi En. Suffi setuju kalau nak datang balai jumpa En. Najib."
Aku pun bukak la akaun FB si Suffi.
Baru ja dia update pi makan malam dengan famili.
Siap tag tempat makan tu. Luar kawasan apa, dekat ja pun. Hadoih! 😆
Lepas Suffi taknak datang, Inspektor tu pujuk aku untuk tetap buat permohonan maaf terbuka seperti yang diminta Suffi.
"Setel macam tu la En. Najib, takyah panjang-panjang dah."
"Aik. Takkan saya nak mintak maaf. Bukan saya buat salah pun. Saya tetap takkan mintak maaf."
Ketegaq la jugak aku ni, dengan walaun, mana boleh bagi muka sangat.
Inspektor tu pun telefon la Suffi sekali lagi.
"En. Suffi, saya dengan bos saya berpendapat En. Najib tak ada keluarkan apa-apa kenyataan jenayah pun. Jadi kami tak boleh nak teruskan.
Kalau En. Suffi nak proceed, kena melalui mahkamah, saman malu ke."
Hampa nak tau apa Suffi cakap? Lebih kurang gini.
"Peguam saya cakap, boleh lekat kes tu. Polis kena amik tindakan juga terhadap Najib tu."
Respon Inspektor lepas tu memang kelakar.
"Aik, kami pulak yang nak kena ikut cakap En. Suffi?"
Bila dengar ja Inspektor cakap camtu, aku gelak macam haram. Aku rasa Suffi pun boleh dengar.
Harey betoi Suffi ni. Sukati dia ja nak mengarah polis. Hang ingat hang sapa? 😆
Owh, cerita ni tak habis lagi. Ada sambungan pulak, di mana esoknya, aku pulak buat report balas terhadap Suffi.
Bersambung. 😆
BERAS KAITKAN BERNAS.
Sham Ghaz
Posting kaitkan ‘BERNAS’: YB Azman Ibrahim membenarkan kenyataan saya beras jenama “Terengganu Best” beredar dipasaran terbuka.
Lagi satu baca para last tu, jelas ada pemborong masih guna plastik lama dan edar di pasaran terbuka. Betul lah laporan saya buat sebelum ini.
Kamu yang salah, gopoh sangat. Kita tanya pasal beras jenama “Terengganu Best” yang kamu melenting ingat orang kritik “Beras Ganu” keluaran kamu kenapa?
Lagi satu kamu ni petik sumber mana ni?
Jika dari BERNAS kenapa takda letterhead dan sign pegawai BERNAS?
Apapun jika ia dari sumber BERNAS sekalipun, jenama beras “Terengganu Best” tu telah beredar di pasaran untuk makanan haiwan.
Kenapa beras tempatan untuk makanan manusia boleh dijual dipasaran dgn harga lebih kurang sama dgn harga untuk dijual sebagai dedak haiwan.
Isu yang timbul bekalan beras untuk manusia pun tidak cukup, macamana BERNAS mengawal dan memantau pengilangan, pemborongan dan pengedaran beras ini di pasaran?
Itu belum buka topik kenapa beras tempatan tidak cukup kena ada isu yang Viral beras tempatan dicampur dgn beras import untuk dijual dgn harga lebih mahal. Sbb harga beras import dari luar Negara naik berganda.
Tapi yang nyata, BERAS GANU keluaran Kerajaan Negeri PAS Terengganu pun tiada stok di pasaran.
Lebong jah lebih duk attack Kerajaan Pusat kononnya tidak pandai selesai ketidakcukupan beras putih untuk pasaran domestik,
Rupanya di negeri mereka tadbir lagi teruk!