Najib Bakar
Part 1 boleh dibaca sini, https://www.facebook.com/share/p/fJzdocT8MHhjBF5Z/?mibextid=oFDknk
"Hello assalamualaikum, En. Najib ya? Saya Inspektor ****** dari IPD Gombak.
Saya baru dapat laporan tentang En. Najib. Saya rasa En. Najib pun tahu siapa yang buat report tu. Minta En. Najib datang sekarang ya ke IPD Gombak."
"Maaf Inspektor, sekarang rasanya tak sempat. Malam ni saya pergi ya."
Malam tu, aku ajak 2 orang member teman ke balai. Tapi aku masuk berseorangan ke bilik Inspektor tersebut."
"Siang tadi En. Suffi datang, dengan peguam, masa buat aduan."
Aku dengar macam, fuh, hebat gila Suffi ni siap bawak lawyer.
Yang ikut aku 2 orang tu loya buruk ada la. 😆
Aku pun cerita la serba sedikit mengenai video tu. Aku tekankan itu bukan satu tuduhan (bahawa Suffi bertanggungjawab buat video PN jadi FYP di TikTok), cuma ianya satu pertanyaan.
Yang buat konklusi Suffi terlibat tu bukan aku, tapi netizen.
"Kami pun dah salin setiap patah perkataan yang En. Najib sebut dalam video tu. Bos saya pun sama.
Kami sama-sama berpendapat tak ada isu jenayah pun dari pihak En. Najib.
Boleh tak kalau saya panggil En. Suffi datang berjumpa En. Najib sekarang? Kita setel sini je la."
"Saya ok je. Saya pun nak tau apa yang dia tak puas hati sangat dengan video tu. Bukan fitnah pun."
Inspektor tu pun telefon Suffi.
"En. Suffi, boleh datang balai sekarang? En
Najib ada ni. Kita setel depan-depan lah ya?"
Tapi Suffi bagitau, dia ada di luar kawasan.
Inspektor tu pun mengomel. "Siang tadi En. Suffi setuju kalau nak datang balai jumpa En. Najib."
Aku pun bukak la akaun FB si Suffi.
Baru ja dia update pi makan malam dengan famili.
Siap tag tempat makan tu. Luar kawasan apa, dekat ja pun. Hadoih! 😆
Lepas Suffi taknak datang, Inspektor tu pujuk aku untuk tetap buat permohonan maaf terbuka seperti yang diminta Suffi.
"Setel macam tu la En. Najib, takyah panjang-panjang dah."
"Aik. Takkan saya nak mintak maaf. Bukan saya buat salah pun. Saya tetap takkan mintak maaf."
Ketegaq la jugak aku ni, dengan walaun, mana boleh bagi muka sangat.
Inspektor tu pun telefon la Suffi sekali lagi.
"En. Suffi, saya dengan bos saya berpendapat En. Najib tak ada keluarkan apa-apa kenyataan jenayah pun. Jadi kami tak boleh nak teruskan.
Kalau En. Suffi nak proceed, kena melalui mahkamah, saman malu ke."
Hampa nak tau apa Suffi cakap? Lebih kurang gini.
"Peguam saya cakap, boleh lekat kes tu. Polis kena amik tindakan juga terhadap Najib tu."
Respon Inspektor lepas tu memang kelakar.
"Aik, kami pulak yang nak kena ikut cakap En. Suffi?"
Bila dengar ja Inspektor cakap camtu, aku gelak macam haram. Aku rasa Suffi pun boleh dengar.
Harey betoi Suffi ni. Sukati dia ja nak mengarah polis. Hang ingat hang sapa? 😆
Owh, cerita ni tak habis lagi. Ada sambungan pulak, di mana esoknya, aku pulak buat report balas terhadap Suffi.
Bersambung. 😆