JAHANAM DUIT RAKYAT

 

HAMZAH RIE NA


Ini bermakna, Perbendaharaan Malaysia, menteri besar atau ketua menteri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat.

Jelas, demokrasi telah dicabul, dirogol pengkhianat kjaan tebuk atap..!!!

Rakyat berhak tahu bagaimana wang kerajaan dibelanja kerana itu Parlimen perlu bersidang.

Kami mohon campurtangan YDP Agong sebagai ketua negara..

May be an image of 1 person and text that says "Jahanamlah Duit Rakyat malaysiakini Ordinan baru beri kuasa PM guna dana tanpa lalui legislatif Dikemaskini 7 minit lepas SR suara-rakye"


 

KENYATAAN MEDIA KETUA PEMBANGKANG BERKAITAN KELULUSAN BELANJAWAN TAMBAHAN

 

May be an image of 1 person and text that says ".......... Pemerintah memberikan hujah bahawa Pengisytiharan Darurat hanya bagi melawan dampak wabak. Namun, apa yang terserlah adalah ia digunakan untuk menggugat masyarakat madani, menekan kebebasan bersuara dan menjarah kantung negara. 31 Mac 2021 Anwar Tbrihin Presiden Keadilan Ahli Parlimen Û Port @anwaribrahim_ keadilan @anwaribrahim_n @anwaribrahim Anwar ÛaIbrh"



KENYATAAN MEDIA

31 Mac 2021

Laporan terkait cubaan kerajaan Perikatan Nasional mahu meluluskan belanjawan tambahan tanpa penelitian oleh Parlimen atas alasan darurat semakin menyerlahkan motif sebenar mereka.

Pemerintah memberikan hujah bahawa Pengisytiharan Darurat hanya bagi melawan dampak wabak. Namun, apa yang terserlah adalah ia digunakan untuk menggugat masyarakat madani, menekan kebebasan bersuara dan menjarah kantung negara.

Tidak ada sebarang sebab untuk pemerintah ini bertindak sebegini. Belanjawan 2021 telah diluluskan kurang dari empat bulan dulu yang telah memperuntukkan dana yang cukup bagi menghadapi COVID-19. Sebarang dana tambahan akan diluluskan oleh Parlimen dengan majoriti yang jelas, dan berkemungkinan akan mendapat dukungan kedua-dua belah pihak sekiranya ia munasabah.

Saya menentang langkah ini. Saya merasakan ia cukup tidak beretika dan tidak bertanggungjawab. Reputasi negara sangat memprihatinkan saat ini, dan ia pasti akan terus menghakis keyakinan pada ekonomi kita.

Saya sekali lagi menggesa agar Parlimen mesti dibuka dan Ahli-ahli Parlimen wajar dibenarkan menjalankan tanggungjawab mereka bagi mengelak demokrasi negara ini terus diinjak.

ANWAR IBRAHIM

 

HOSPITAL PATUH SYARIAH KELANTAN TIANG PUN TAK ADA..TAPI DI PENANG DAH NAP SIAP TAHUN DEPAN ..

 

HAMZAH RIE NA


Masa PRU14 dijanjikan rakyat Kelantan nak buat Hospital wanita patuh syariah pertama di Kelantan. Bukan main berkepak pemimpin PAS ketika itu, kerana dijanjikan jangka siap pada tahun ni..

Tapi satu batang konkrit pun tak pacak lagi walaupun sudah hampir 3 tahun berlalu..

TAKKAN LEBAI NAK MENIPU !!

SR

 May be an image of 2 people, people standing and text that says "2018 BERITAPAS Home 2021 Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat DEWAN ULAMAK PUSAT ARTIKEL DEWAN ULAMAK AS PUSAT Hospital wanita patuh syariah pertama di Kelantan 28/05/2018 2618 Dah 3 tahun dijanjikan akan siap, di mana hospitalnya? SR rakyat KOTA BHARU- Sebuah hospital wanita dan kanak- -kanak berkonsepkan patuh syariah pertamad Kelantan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan. Yang ini ka!!"


HOSPITAL Islam Pulau Pinang- yang pertama di utara Semenanjung- dijangka siap pada 2022, dua tahun lebih awal daripada rancangan.

Kos membina hospital 15 tingkat itu juga naik lebih RM50 juta, menjadikan kos penuhnya kepada RM250 juta berbanding kos asal RM200 juta, kata Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP).



Events | Medic IG Holdings Sdn Bhd



Majoriti negara OIC benar undi 18 tahun, apa penjelasan Abdul Hadi?

 

Oleh B. Suffian

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan sebab parti itu menarik sokongan terhadap pelaksanaan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Kit Siang berkata, sebahagian besar daripada 57 negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mempunyai had umur mengundi pada usia 18 tahun termasuk Arab Saudi, Iran, Iraq, Turki, Jordan, Algeria, Libya dan Palestin.

“Saya amat terkejut dengan pendirian Abdul Hadi, yang menentang usaha untuk memberikan hak pengundi kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun sedangkan saya telah perjuangkan perkara ini di Parlimen 50 tahun lalu.

“Perkara ini bermakna, sokongan yang ditunjukkan Abdul Hadi di Parlimen pada 2019 semasa meluluskan rang undang-undang pindaan perlembagaan untuk membolehkan individu berusia seawal 18 tahun untuk keluar mengundi, bukanlah sokongan yang benar-benar jujur,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan Abdul Hadi yang bersetuju terhadap penangguhan pelaksanaan undi 18 kerana usia itu bukan penentu kematangan bagi rakyat negara ini memilih kerajaan.

Pada masa sama beliau menegaskan, penangguhan undi 18 tahun tidak akan memberi kesan kepada Pas.

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, pada sekitar tahun 2000, sejumlah negara sudah mula mempertimbangkan sama ada had umur mengundi patut diturunkan kepada 16 tahun.

Pada tahun 2007, tambahnya, Austria menjadi negara pertama yang membenarkan remaja berusia 16 dan 17 tahun untuk mengundi dalam pilihan raya, sebelum ia diperkembangkan buat pertama kali pada pilihan raya Parlimen Eropah 2009.

Menurutnya, kajian terhadap pola sikap anak muda berhubung pengundian menunjukkan mereka sebenarnya mampu menggalas tugas sebagai pengundi seperti mana pengundi dewasa dalam menyatakan pandangan mereka dan membuang undi sesuai dengan cita rasa mereka.

“Pengetahuan tentang proses politik yang dimiliki mereka juga tidak kurang hebat berbanding dengan pengundi yang lebih dewasa, malah anak muda dilihat mempunyai keyakinan yang lebih terhadap sistem demokrasi dan lebih bersedia untuk melibatkan diri dalam proses demokrasi,” katanya.

Negara yang mempunyai had umur mengundi 16 tahun termasuklah Austria, Brazil, Ecuador, Cuba, Nicaragua, Scotland dan Argentina, tambahnya.




‘Jangan rembat kuasa Parlimen luluskan belanjawan tambahan’ – Guan Eng

 


Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mengingatkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin agar tidak merampas kuasa Parlimen untuk meluluskan Belanjawan (Perbekalan) Tambahan.

Ini selepas media melaporkan kerajaan Muhyiddin meluluskan satu undang-undang yang membenarkan perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif sepanjang penguatkuasaan darurat.

“Adakah prinsip demokrasi, akauntabiliti awam dan ketelusan masih wujud sekiranya kuasa menentukan segala-galanya yang melibatkan puluhan bilion ringgit wang rakyat terletak dalam tangan seorang individu? 

“Jangan rembat kuasa Parlimen untuk meluluskan Belanjawan (Perbekalan) Tambahan. Kembalikan kuasa rakyat. Buka semula Parlimen dengan segera!” tegas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini. 

Menurut Malaysiakini, menerusi ordinan tersebut, Perbendaharaan Malaysia, menteri besar atau ketua menteri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat.

Ini bukan kali pertama kerajaan Muhyiddin meluluskan ordinan yang mengundang kritikan pelbagai pihak. 

Sebelum ini, Ordinan Berita Tidak Benar diluluskan sehingga menimbulkan kebimbangan mengenai kebebasan media dan hak bersuara masyarakat. 




Aliran keluar dana asing suku-1 2021 RM1.5 billion, beza zaman PH suku-1 2020 aliran dana asing masuk RM7.6 billion

 


Aliran keluar dana asing suku-1 2021 RM1.5 billion, beza zaman PH suku-1 2020 aliran dana asing masuk RM7.6 billion


Semalam baca laporan akhbar berita harian menyebut, Aliran masuk dana asing bersih bagi bulan Mac yang berbaki tiga hari dagangan lagi mencatat RM185.5 juta manakala Bursa Malaysia menyaksikan aliran keluar dana asing bersih sebanyak RM1.5 bilion setakat Mac pada tahun ini.

Ini berbanding aliran masuk bersih bernilai RM7.6 bilion pada suku pertama 2020 (Q1 2020) zaman pemerintahan PH, ini kata Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim..

Nampak tak, Dalam keadaan PH menghadapi Covid-19 gelombang pertama di Wuhan sehingga Mac , Berlaku Perang dan ketegangan Perdagangan US-China, Laporan Pelaburan dan Ekonomi kita cukup baik.. Berlaku kemasukan aliran Dana Asing RM 7.6 Billion..

Maksudnya Jika Kerajaan PH itu kekal, Kita mungkin akan jadi destinasi Pelaburan Asing terbesar di Asia.. Malangnya dengan penubuhan Kerajaan tebuk Atap.. Ketidak setabilan Politik sebabkan Pelabur Lari dari Malaysia..

Kestabilan Politik inilah diimpikan Tun Mahathir menawarkan Kerajaan Perpaduan, tanpa diganggu gugat berita peralihan kuasa, Atau perebutan kuasa , sentimen perkauman bagi menarik Pelaburan… inilah mahu dilakukan Tun demi Negara.. Inilah juga dilakukan Jokowi di Indonesia, Bila seteru Politik mereka, Prabowo dan Andi Sandiaga Uno menyertai Kabinet Jokowi.. Hasilnya pelaburan masuk ke Indonesia melonjak, Indonesia berjaya meningkatkan Pelaburan Asing..Jelas terbukti..

Aku masih ingat ucapan dan perutusan Tun Mahathir pada 26 Febuari 2020.. Kita perlukan Kerajaan yang kuat dalam Menghadapi Covid-19 dan Kemelesetan Ekonomi.. tapi ramai dari kita terperangkap dengan kerja Jahat Najib , UMNO dan PAS kononnya PH sebuah Kerajaan yang Gagal..

Biarpun ketika itu pelaburan lemah, tetapi data Ekonomi ketika itu jauh lebih baik berbanding negara Asian lain seperti Indonesia dan Singapura Sendiri, trend yg sama dilihat seluruh Asia..Samada dalam menarik pelaburan Asing hatta pertumbuhan KDNK kita mengatasi jangkaan Penganalisis.. membandingkan Data tahun sebelumnya tanpa krisis tidak begitu tepat..

Kadang kadang aku marah bila orang PH sendiri masuk perangkap sentimen yg dibuat Penyangak, Pengkhianat Negara Najib Razak.. apalagi ditambah sentimen Perkauman PAS dan UMNO..Aku tak kisah lah ramai yang tak bersetuju dengan penulisan aku..aku cuma nak kata apa yg aku rasa benar.. aku berharap doa Almarhum Tg Nik Aziz kepada Pengkhianat Negara ini dimakbulkan Allah..

Sebenarnya setahun pemerintahan PN, hanya membuktikan.. dan Terbukti PH sebenarnya Kerajaan yang progresif dan jauh lebih baik biarpun menghadapi saat sukar Perang Dagang US-China juga wabak Covid-19.. 🙂

Ipohmali





HUSAM MENANG LAGI

MIINYAK NAIK LAGI

 


PETALING JAYA: RON97 will see a two sen increase come midnight, the finance ministry announced today.

It will retail at RM2.52 per litre.

Meanwhile, the price of RON95 and diesel remains unchanged at RM2.05 and RM2.15 per litre respectiv


“The government will continue to monitor the trends of global crude oil prices and take appropriate measures to ensure the continued welfare and well-being of the people,” the ministry said.




HAI NAK PI NIKAHKAN SAPA PULAK...JANGAN LUPA BAWA DUTA KHAS SAMA YE

 Selepas nikahkan Neelofa, menteri agama nak ke Saudi pula

Selepas nikahkan Neelofa, menteri agama nak ke Saudi pula

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri  Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan ke Arab Saudi dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan perincian berhubung prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji musim ini.

Katanya, kerajaan dijangka membuat ketetapan berhubung penghantaran jemaah haji negara ke tanah suci selepas perincian SOP tersebut diselesaikan.

“Kita nak tengok (apa lagi) SOP (Arab Saudi),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dana Wajar Yayasan Islam Negeri Kedah, di sini hari ini.

Tahun lepas, kerajaan Arab Saudi mengumumkan pelbagai syarat ketat  untuk menunaikan haji, termasuk bilangan jemaah tidak melebihi 10,000 orang, selain semua jemaah perlu disaring sebelum tiba di Makkah dan Madinah.

Pada tahun ini pula, Menteri Kesihatan Arab Saudi Dr Tawfiq al-Rabiah dilaporkan berkata antara syarat utama kemasukan jemaah haji pada Julai nanti ialah wajib mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Mengulas pengambilan vaksin COVID-19 oleh bakal jemaah, Zulkifli berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan bagi tujuan itu. 



NASIHATI MENTERI-MENTERI UMNO JANGAN LETAK JAWATAN, MUHYIDDIN SAH PENAKUT!!

 

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akhirnya mengesahkan menteri-menteri UMNO telah datang menemuinya pada Isnin lalu susulan ketetapan PAU2020 yang memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu, seterusnya memberi mandat kepada Presiden dan MT UMNO menetapkan tarikh yang sesuai untuk meninggalkan kerajaan.

Kata Muhyiddin, menteri-menteri UMNO datang untuk meminta nasihatnya berkenaan kedudukan mereka dalam kabinet.

Lanjutan itu, tegas Perdana Menteri, “Saya telah menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam kabinet. Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

“Justeru, saya tidak mahu perletakan jawatan mereka dari kabinet menjejaskan segala perancangan Kerajaan untuk mengatasi masalah COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri UMNO akan terus kekal berada dalam kabinet”.

Di atas adalah sebahagian petikan kenyataan media yang dikeluarkan Muhyiddin berhubung perjumpaannya dengan menteri-menteri UMNO itu.

Apa yang paling mudah difahami daripada kenyataan media tersebut?

Jelas dan terbukti bahawa daripada kenyataan media itu Muhyiddinlah yang sebenarnya telah menasihati menteri-menteri UMNO agar tidak meletakkan jawatan.

Meskipun ketetapan PAU adalah putus hubungan dengan Bersatu dan menteri-menteri UMNO akan meninggalkan kerajaan setelah ditetapkan oleh MT atau menjelang 1 Ogos iaitu sebaik tempoh darurat berakhir, tidak mustahil ada di kalangan menteri-menteri UMNO yang menyatakan kesediaan meletakkan jawatan mereka lebih awal lagi, sesuai dengan tujuan kedatangan mereka berjumpa itu adalah untuk meminta nasihat berkenaan kedudukan mereka dalam kerajaan.

Tetapi, oleh kerana Muhyiddin takut kerajaannya jatuh dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri berakhir, maka beliau telah menasihati mereka agar tidak berbuat demikian.

Tidak mustahil juga dalam menasihati itu Muhyiddin turut merayu mereka agar jangan letak jawatan.

Kalau bukan kerana takut kedudukannya berakhir, untuk apa Muhyiddin menasihati atau mungkin merayu mereka agar jangan letak jawatan?

Bukankah beliau boleh berpendirian, “Terserahlah kepada anda semua sama ada nak letak jawatan atau tidak kerana UMNO sudah membuat ketetapan sedemikian”.

Lebih gentleman lagi, oleh kerana MT UMNO akhirnya pasti akan membuat keputusan meninggalkan kerajaan pada masa yang sesuai atau menjelang 1 Ogos depan, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang tidak boleh dilihat lekeh, seharusnya berkata, “Eloklah anda semua undur diri sekarang sebelum saya ambil tindakan memecat dan menggantikan dengan orang lain”.

Namun, kenapa Muhyiddin tidak berani berbuat demikian?

Tidakkah dengan orang yang sudah membuat ketetapan untuk putus hubungan, seseorang itu seharusnya berani “menghalau” mereka tanpa gentar atau berlengah lagi?

Apa barang jadi Perdana Menteri tapi masih tiada keberanian seperti pahlawan?

 (Shahbudindotcom 31/03/2021)

 

PENIPU JUGA...NAK LEBAI TAK LEH CAYA SANGAT

 

AHMAD SHAHRIL SHAHRIL


Kantoi dah pergi Langkawi bukan atas lawatan kerja tapi lawatan

 dikerjakan...tiada pun outlet baru akan di buka di langkawi...nak tanya

 PU tak berdosa ke menipu....ops silap-silap lawatan untuk makan

 angin dan  sorga dunia



May be an image of text



JADI MENTERI TAKAT NIKAH KAWIN BAIK LEPAS JA JAWATAN.

 

IBRAHIM MAT ISA


Agamawan turn to politaik biasanya menjilat tak reti nak agak! Hanyut dengan kuasa dan pangkat demi dunia..

Ingatlah: agamawan ialah orang yang pertama sangat sensitif terhadap kemungkaran, bukan seperti dijahit mulut!

 May be an image of 2 people and text





TAK WAJAR GUNA ALASAN COVID TEKAN DEMONTRASI AMAN


TANGGUH UNDI 18 JAUHKAN ANAK MUDA DARI POLITIK

 

BAIK PKP ATAU LARANGAN RENTAS NEGERI, SEMUANYA SUDAH TIDAK DIPEDULI, TAPI…..

 


Semalam diumumkan PKPB dan PKPP di seluruh negara bersambung lagi sehingga 14 April depan.

Sekaligus dengan itu, larangan rentas negeri terus dikuatkuasakan lagi.

Tetapi, jika kita perhati, inilah pengumuman PKP oleh Ismail Sabri Yaakob yang paling tidak dipedulikan sekali.

Selepas pengumuman semalam, hampir tiada yang bercakap mengenainya di warung kopi atau menulis untuk mengeluh serta merungut di media sosial.

Tiada yang peduli lagi.

Rakyat sebenarnya sudah tidak peduli, baik PKP, PKPB, PKPP atau apa jadah ungkapan sekali pun yang digunakan, semuanya bagi mereka sama saja.

Berbanding cerita PAU dua hari sebelumnya, ia lebih banyak diperbual, diperkata dan ditulis oleh rakyat jelata.

Rakyat lebih peduli cerita PAU berbanding cerita PKP dan Covid19.

Kenapa rakyat makin tidak peduli?

Rakyat sebenarnya makin benci, lalu lebih baik mereka ambil sikap tidak peduli.

Mereka benci kerana di sebalik PKP, PKPB, PKPP dan entah-entah apa lagi, makin banyak perkara lain seperti tiada larangan apa-apa buat golongan terpilih.

Menteri-menteri masih bebas ke sana sini tanpa pelitup muka dan tanpa menjaga penjarakan diri.

Ada yang pergi majlis kahwin di negeri lain, menikahkan selebriti macam sudah jadi menteri nikah kahwin dalam cerita Musang Berjanggut, menghadiri program dan macam-macam lagi dengan bebas saja sesuka hati.

Di waktu yang sama, rakyat ditakutkan dengan denda langgar SOP sehingga RM10 ribu tingginya.

Orang lain balik daripada luar negara kena kuarantin di tempat yang disediakan kerajaan, tetapi timbalan menteri balik bercuti 55 hari hanya perlu kuarantin di rumah sendiri.

Menteri dan orang kayangan di waktu PKP ini seolah-olah tiada larangan, malah ada keistimewaan, walhal rakyat nak merentas negeri menjenguk ibu bapa di kampung sebeum ketibaan Ramadan yang dijangka pada 13 April pun tiada kesempatan.

Ketidakadilan ini menjadikan rakyat tambah benci, benci dan kekal benci.

Selepas 14 April nanti, kalau merentas negeri masih tidak dibenarkan pun rakyat tetap tidak peduli.

Bahkan, kalau tidak dibenarkan merentas negeri untuk menyambut Hari Raya kali ini juga rakyat tidak peduli.

Benar, memang rakyat sudah tidak peduli.

Benar, memang rakyat jadi semakin benci.

Tapi, siap kau bila tiba masa mengundi nanti!!


 (Shahbudindotcon 31/03/2021)





Adflin Sauki pilih sertai KEADILAN

 



Pengarah filem dan artis terkenal tanah air Datuk Adflin Shauki memilih untuk menyertai KEADILAN bagi berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Bercakap kepada Astro Awani semalam, Adflin berkata nilai perjuangan dan semangat kental tokoh KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin sebelum ini telah mendorong beliau untuk mendekati rakyat.

Katanya, jiwa besar dan dedikasi Anwar dalam perjuangan politik di sebalik jerit perih yang dilaluinya juga banyak mencetus keinsafan dalam diri beliau.

“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.

“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui. Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” katanya dipetik Astro AWANI.

Menurut Adflin lagi, menyertai KEADILAN dan sebelum ini bersama Umno adalah di atas pertimbangannya mengambil kira rakyat berbilang kaum dan perlunya perjuangan menyatukan pelbagai kaum di Malaysia.

"KEADILAN adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.

"Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” kata Afdlin lagi.

Bagaimanapun, pengumuman penyertaan Afdlin dan penyanyi kumpulan Altimet ke dalam KEADILAN akan diumumkan oleh Anwar dalam acara "Temu Anwar" pada 1 April ini di sebuah hotel di Ampang.

 

KATAK OH KATAK....

 


Zahid tak makan katak walaupun masak tiga rasa


“Walaupun saya kaki pancing, tetapi saya tidak pernah gunakan katak sebagai umpan.

“Sebab ada orang kata berdosa dan saya juga tidak akan makan katak walaupun masak tiga rasa,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata demikian dalam hantaran di Facebooknya hari ini yang dilihat sebagai kaitan dengan isu lompat parti dalam politik tanahair.

Ahmad Zahid berkata beliau tertarik berkongsi maklumat mengenai katak selepas seorang pemancing merungut harga haiwan eksotik itu semakin mahal.

Mungkin sebab itu semakin banyak katak di pasaran sejak tahun lalu, katanya.

“Tapi kena faham. Ini bukan katak liar. Ini katak belaan. Katak yang diternak tauke tertentu. Mungkin ramai tidak tahu bagaimana katak ternakan ada nilai jual beli di pasaran? Banyak kegunaan katak.

“Selain daripada melompat-lompat, katak dibeli untuk tujuan pancing. Ada kaki pancing menggunakan katak sebagai umpan untuk menangkap ikan,” ujarnya.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, katak hidup dikatakan lebih efektif berbanding katak tiruan untuk memperdaya ikan.

“Katak turut dijadikan sebagai sumber makanan eksotik oleh golongan tertentu. Bagi orang beragama Islam, makan haiwan dua alam adalah haram ternasuk katak dan labi-labi,” ujarnya.

Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada Ahad lalu, isu lompat parti masih menjadi perhatian perwakilan dan menyamakan mereka yang berbuat demikian dengan sifat katak.